Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: DOA BAGI MELIHAT NABI SAW DI DALAM TIDUR

Search This Blog

Loading...

DOA BAGI MELIHAT NABI SAW DI DALAM TIDUR



Kaifiyatnya:

1.Dibaca 3 malam berturut-turut, tiap-tiap malam sebanyak 100 kali iaitu selepas Isya’, atau

2.Dibaca surah al-Ikhlas 17 kali dan dibaca doa di atas sekali sebelum tidur.

والله أعلم

Dipetik dalam kitab Aurad al-Tarikah al-Ahmadiah, karangan Syeikh Ahmad bin Mohd Said.


Antara amalan untuk bertemu Rasulullah SAW

1.Surah al-Qadr

Dibaca ketika terbit dan terbenam matahari sebanyak 21 kali.


2.Surah al-Kauthar

Dibaca pada malam hari sebanyak 1000 kali. Telah berkata Syeikh Hassan Mahmud Syaddad Baomar, ia terbukti mujarab, Insya Allah.


3.Surah Muzammil

Dibaca sebanyak 41 kali.


4.Surah al-Qadr

Dalam kitab Khazinatul Asrar ada menyatakan sebahagian ulama’ berkata, siapa yang membaca surah al-Qadr sebanyak 1000 kali pada malam Jumaat maka dia tidak akan mati sehingga bertemu Rasulullah SAW.


5.Surah al-Ikhlas

Saidina Abdullah bin Abbas menyatakan, siapa yang membaca surah al-Ikhlas pada waktu malam sebanyak 1000 kali maka ia akan dapat melihat Nabi dalam tidurnya.


Dipetik dalam Majalah al-Tariq, bil 5, keluaran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Sumber

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:

Maksudnya: "Barang siapa yang bersembahyang dua rakaat pada malam Jumaat, ia membaca pada setiap rakaat surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi sebanyak satu kali serta 15 kali surah Al-Ikhlas seterusnya ia berselawat di akhir sembahyangnya 1000 kali:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدِ النَّبِيِّ الْأُمِّىِّ

Maka sesungguhnya ia akan melihatku di dalam tidur dan tidak akan berakhir Jumaat melainkan ia telah melihatku. Dan sesiapa yang melihatku maka baginya syurga dan pengampunan terhadap dosanya yang lalu dan akan datang."

Hadith ini disebut oleh Qutub ar-Rabbani Imam Abdul Qadir al-Jailani di dalam kitab "Hada Iqul Qunyah". Lafaz selawat ini juga disebut oleh Syeikh al-Habib Attas al-Habsyi di dalam kitabnya "Tazkirul Mustafa" dan juga ditulis di dalam kitab "Az-Zaqa Irul Muhammadiyah."

Berkata Syeikh Hassan Syaddad : "Ia mujarab, Alhamdulillah."
DOA BAGI MELIHAT NABI SAW DI DALAM TIDURSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.