Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Fatihah Al-Aurad

Search This Blog

Fatihah Al-Aurad

.
Fatihah Al-Aurad (Pembuka Bacaan Aurad)

اَللَّهُمَّ إِنِّي أُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَيْ كُلِّ نَفَسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا أَهْلُ السَّمَوَاتِ وَأَهْلُ الأَرْضِ, وَكُلِّ شَيْءٍهُوَ فِي عِلْمِكَ كَائِنٌ أَوْ قَدْ كَانَ, أُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَ يْ ذَلِكَ كُلِّهِ

"Ya Allah! Sesungguhnya aku persembahkan (amalanku ini) kepadaMu di hadapan setiap nafas, setiap kelipan mata dan pandangan segala penduduk langit dan bumi, dan setiap sesuatu yang berada di dalam pengetahuanMu, yang akan berlaku atau pun yang telah berlaku. Aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu semuanya (agar ia menjadi saksi amalanku ini)."


Fatihah al-Aurad ini banyak dimasukkan ke dalam amalan-amalan yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris. Kelebihannya yang utama ialah ia dapat menggandakan ganjaran mana-mana amalan. Ia telah diketahui sejak zaman Nabi Musa alaihissalam lagi.

Telah diceritakan di dalam sebuah tulisan oleh sesetengah al-ulama silam bahawa telah sampai satu riwayat melalui Ibn Abbas, semoga dia dan bapanya diredai Allah, bahawa telah bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam (yang bermafhum): Musa ibn Imran alaihissalam pernah bertanya kepada Jibril alaihissalam mengenai pahala membaca ayat al-Kursi. Dia telah menjawab pahalanya adalah tidak terhingga. Kemudian telah datang Jibril alaihissalam sekali lagi pada suatu waktu yang lain dan dia telah berkata, “Telah berfirman Tuhanmu untukmu, “Sesiapa yang membaca selepas tiap-tiap sembahyang yang maktubah (yakni yang fardu) allahumma inni uqaddimu . . . (hingga ke akhir Fatihah al-Aurad) dan disambungkan dengan ayat al-Kursi, maka bahawasanya, malam dan siang itu selama dua puluh empat jam, tiada padanya satu jam melainkan naik kepadaKu daripada tujuh puluh ribu (70'000) kebaikan hingga sampai waktu ditiup Sangka Kala.”
Fatihah Al-AuradSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.