Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Selawat al-Azimiyyah

Search This Blog

Loading...

Selawat al-Azimiyyah

video
Selawat al-Azimiyyah - Ustaz Mohd Hasbi


(Terjemahan Ahzab)

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la (yang juga disebut sebagai al-Mu‘alla). Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib.

Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya.

Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?”. Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapa pun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan selawat (as-Salah) al-‘Azimiyyah, yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris.” Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi (sejauh perjalanan) lima ratus tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula asy-Syaikh Muhammad Thahir ar-Rasyidi al-Ahmadi : Kelebihan selawat al-‘Azimiyyah yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris ialah, jika ia dibaca sebanyak dua belas kali dan dihadiahkan pahalanya kepada mayat yang telah berlebih-lebihan ke atas dirinya, nescaya dia akan dipindahkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang menerima nikmat daripada Allah, yakni golongan al-anbiya, as-siddiqin, asy-syuhada dan as-salihin, dan mereka adalah sebaik-baik teman, kerana berkat ketinggian mertabat selawat ini

Kesahihannya telah pun dibuktikan oleh mereka daripada golongan ahli kasyaf dan ahlullah, dengan penyaksian dan penglihatan rohani. Pahala dan ganjaran selawat al-Azimiyyah akan sentiasa berkekalan di dunia dan di akhirat. Tiadalah akan putus pahalanya, dan andaikata seseorang itu sudah masuk ke dalam syurga sekalipun. Bahkan pahalanya digandakan dengan penggandaan tanpa hisab, kerana kata-kata di dalam selawat itu, “dengan selawat yang berkekalan dengan kekekalan Allah Yang Maha Agung”. Dan sesungguhnya, kekekalan Allah Yang Maha Agung itu tiadalah ia mempunyai akhirnya. Maka selawat ini pun kekal selama-lamanya. Maka penggandaan pahala bagi selawat ini diberikan di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar, dan juga di dalam syurga. Dan ia tidak akan sekali-kali hilang.

Telah berkata lagi asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini: Kelebihan selawat ini bagi sesiapa yang banyak membacanya ialah ia membolehkan si pembaca berjumpa dan berkumpul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (di kala mimpi dan jaga).

Telah diriwayatkan bahawa asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah berkata: Kami pernah mengingatkan kepadamu agar memasukkan ke dalam al-khalwah sesiapa yang engkau lihat memiliki keazaman yang kuat untuknya, kerana Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam (melalui komunikasi rohani) pernah menyarankan sesetengah daripada al-ikhwan agar memasuki al-khalwah dan telah memerintahkan mereka memasukinya dengan mengamalkan selawat al-Azimiyyah. Maka mereka telah memasukinya dan telah terbukalah pintu (yakni pintu rohani) di antara mereka dengan Allah dan pesuruhNya.

Ijazah
This is an 'ijaza-permission for all to recite Salawat Azeemiya, Idiris Tahlil and Istighfar al-Kabir of Sayyidi Ahmad Ibn Idris (ra) from late, Qutb of Al-Azhar, Shaykh Saleh al-Jafari (ra)
Selawat al-AzimiyyahSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.