Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Tahlil Khusus

Search This Blog

Tahlil Khusus




At-Tahlil al-Makhsus:


لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

"Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Allah."


Sebenarnya berzikir dengan kalimat la ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu alaihi wa sallam sudah pun diamalkan sebelum zaman asy-Syaikh Ahmad ibn Idris lagi.

Telah menulis asy-Syaikh Ahmad ibn Idris di dalam sepucuk surat beliau: "Sesungguhnya, kami telah mengambil tarekat ini daripada guru kami Abdul Wahhab yang tersebut, dan dia telah mengambil daripada an-Nabi Sallallahu alaihi wa sallam.Dan aku pernah mendengar dia berkata", “Aku telah mendengar Rasulullah Sallalaahu alaihi wa sallam berkata, “Tiada aku melihat yang lebih bermanfaat daripada la ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Tetapi asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah mendapat keistimewaan apabila telah diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam agar menambahkannya dengan kata-kata “fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah.” Ini menyebabkan zikir itu bertambah berganda-ganda nilainya.

Telah bercerita asy-Syaikh Ahmad ibn Idris: Pada suatu ketika, telah berkata Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam, “La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah. Telah aku simpankan ia (yakni at-Tahlil al-Makhsus yang dikenali juga sebagai adh-Dhikr al-Makhsus) untukmu wahai Ahmad. Tiadalah engkau didahului oleh sesiapa pun kepadanya. Maka ajarkanlah ia kepada para sahabatmu supaya dapat mereka berlumba-lumba dengan orang-orang yang terdahulu (al-awa’il).”


Telah bercerita asy-Syaikh Ahmad ibn Idris mengenai kelebihan at-Tahlil al-Makhsus:

Andai kata ada seorang individu mengucapkan la ilaha illallah muhammadur rasulullah dari masa Saiyidina Àdam ‘alaihissalam hingga ke masa ditiupkan Sangka Kala, dan ada pula seorang individu lain membaca at-Tahlil al-Makhsus satu kali sahaja, nescaya pahala membaca at-Tahlil al-Makhsus itu melebihi pahala pembacaan yang satu lagi itu.
Tahlil KhususSocialTwist Tell-a-Friend

4 comments:

Assalamualaikum,

Saudara, zikir ini adalah lafaz syirik kepada Allah. Ia bukan dtg dpd hadith sohih. Lafaz ini adalah lafaz yg ditulis di depan makam nabi saw.

Berhati2 lah dlm beramal ibadat. Belajarlah isi kandungam quran dgn guru yg bersanad

 

Tutup mulutmu! wahai orang yang BIADAP dengan Wali Allah...Jika anda tidak suka kepada jalan KAMI! silalah beredar...anda tidak berhak dan tidak layak sedikit pun untuk memberikan komen lancang sedemikian itu.....Al-imam Qutubul Muhaqqiqin Sultan As Salatin Sayyidi Ahmad Ibni Idris Radhiallahu Anhu adalah Wali Allah,Kekasih Al-Mustofa Sollollohu Alaihi Wasallam dan guru KAMI. Ya Allah peliharakanlah guru-guru kami daripada fitnah manusia yang kurang ajar...

 

memuji Allah swt pun ada golongan kata syirik... aduhai...

 

pham x makna syirik tu ape? cek makna selawat tu? ^^

 

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.