Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Kelebihan Lafaz Dzikir Fii Kulli Lamhatin


Search This Blog

Kelebihan Lafaz Dzikir Fii Kulli Lamhatin

.
Solawat ‘Azhimiyyah telah ditalqinkan oleh Nabi s.a.w. langsung kepada Shaykh Ahmad ibn Idris dengan tanpa perantara, sekali dan dengan perantara Nabi Khidir a.s. sekali.

Sesungguhnya telah dijelaskan oleh Shaykh yang Kamil, orang yang ‘Alim lagi mengamalkan, Sayyidi Shaykh Ismail an-Nawab yang bermukim di Makkah al-Musharrafah, dari Gurunya Barakatul Wujud, Sayyidi Shaykh Ibrahim ar-Rasyid, dari Gurunya yang Agung, Sayyidina Shaykh Ahmad ibn Idris, bahwa beliau ditalqinkan oleh Nabi s.a.w. sendiri awrad Thariqat Syadziliyyah, dan memberinya awrad yang tinggi nilainya serta Thariqat Suluk yang teristimewa (khusus).[1]

Bersabda Nabi s.a.w:
“Barangsiapa yang sampai kepadamu (wasilahnya) maka ia tidak akan tersesat ke daerah yang lain atau kepada jaminan yang lain, tetapi akulah yang menjadi kekasihnya dan dia menjadi tanggunganku”.

 Shaykh Ahmad ibn Idris berkata:
“Aku berkumpul bersama Nabi secara nyata beserta Nabi Khidir. Nabi pun memerintahkan kepada Nabi Khidir agar menalqinkan kepadaku awrad Thariqat Syadziliyyah. Lalu Nabi Khidir mengajarkan dzikir tersebut di hadapan Baginda”.

Kemudian bersabda Nabi s.a.w kepada Nabi Khidir a.s:
“Wahai Khidir, talqinkan (ajarkan) dia awrad yang mencakup seluruh dzikir, solawat dan istighfar, yang lebih utama ganjarannya dan lebih banyak jumlahnya”.

Berkata Nabi Khidir a.s:
“Apakah itu wahai Rasulullah?”

Bersabda Baginda:
“Katakan olehmu: Laailaaha illallaahu Muhammadur Rosuulullaah, Fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa wasi’ahuu ‘ilmullaah.

Sehingga aku pun meniru bacaan setelah keduanya (Rasulullah & Nabi Khidir) selesai mengucapkannya. Diulangi oleh Rasulullah hingga tiga kali.

Lalu Baginda bersabda:
“Ucapkan: Allaahumma innii as-aluka bi nuuri Wajhillaahil ‘Azhiim… … Kemudian bersabda Nabi: “Ucapkan: Astaghfirullaahal ‘azhiim Alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyal qoyyuum… … Itulah Istighfar Kabir, lalu diulangi oleh Nabi Khidir a.s, dan aku mengulanginya.

Kemudian Rasulullah bersabda:
“Ya Ahmad, sungguh aku berikan kunci langit dan bumi, itulah dzikir yang khusus, solawat yang agung, dan istighfar yang besar”.

Dikatakan pula oleh Syekh Ahmad:
“Kemudian aku menerima awrad tersebut langsung dari Rasulullah dengan tanpa perantara, sehingga aku talqinkan kepada para murid sebagaimana yang telah ditalqinkan kepadaku”.

Pernah suatu kali Rasulullah bersabda kepada Syekh Ahmad:
Laailaaha illallaahu Muhammadur Rosuulullah, Fii kulli lamhatin wanafasin ‘adada maa wasi’ahuu ‘ilmullaah. Aku menyimpannya untukmu, wahai Ahmad. Tiada seorangpun yang dapat mendahului keutamaan engkau, wahai Ahmad. Ajarkan pada para pengikutmu, agar mereka menjadi orang pertama yang mengetahuinya”.

Syekh Ahmad berkata:
“Rasulullah membacakan untukku hizib-hizib dari lafazh beliau”. Sehingga, ulama’ pengikutnya merasa kesulitan pada suatu kalimat dalam hizib. Maka ia berkata, “Wahai saudara kami, demikianlah Rasulullah mengucapkan kepadaku”.

Para Guru Sufi mengatakan bahwa dasar Thariqat Syadzili dari Syekh Ahmad ibn Idris. Setiap awrad yang diambil dari beliau bererti berasal dari Nabi s.a.w.[2]

Antara murid Ahmad ibn Idris yang termasyhur, Sayyidi Muhammad ibn Ali as-Sanusi dalam kitabnya Masyariqul Anwar menceritakan bahwa ia pernah ditanya,
“Kepada siapa awrad ini dinisbahkan?”

Beliau katakan bahwa setiap murid yang ditalqinkan oleh Syekh Ahmad ibn Idris pada awalnya, bererti ia ditalqin oleh Nabi.[3]

Apa yang terkandung dalam dzikir ini mencakup segala dzikir seluruh makhluk, baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi. Secercah benda cair maupun padat, yang bernyawa atau tidak merupakan bagian terkecil dari Ilmu-Nya, yang tak lepas dari pengamatan-Nya, kesemuanya terangkum dalam keluasan Ilmu Allah (Wasi’ahu ‘Ilmullaah).

----------------------------------------

[1]. Diceritakan dalam kitab Afdhalus Sholawat karya Shaykh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, hal. 170
[2]. Thariqat-thariqat yang mengambil sumber awrad / ajaran dari Syekh Ahmad adalah Al-Idrisiyyah, Sanusiah, Dandirawiyyah, Rasyidiyyah, Shalihiyyah, Madaniyyah, Ja’fariyyah, Majdzubiyyah, Khatmiyyah, Mirghaniyyah.
[3]. Demikian pula disebutkan oleh Sayyid Muhammad Utsman al Mirghani dalam kitab Ratib dan Sayyidi Shalih Ja’far dalam kitabnya Mafatihus Samawati wal Ardh (Pengantar kitab Majmu’ah Awrad Sayyidil Imam Ahmad ibn Idris r.a)

Dipetik daripada laman web www.ahmadiah-idrisiah.com

Kelebihan Lafaz Dzikir Fii Kulli LamhatinSocialTwist Tell-a-Friend

74 comments:

Assalamualaikum, tumpang tanya, saya tidak faham, kenapa Rasulullah Solallah 'Alaihi Wasalam menyimpannya khusus untuk Syeikh Ahmad, kenapa baginda tidak mengajarnya kepada sahabat-sahabat baginda sebelum baginda wafat.

 

Daripada Ahmad Rifaie

Wa'alaikumsalam wbt,

Kenapa Rasulullah SAW menyimpan amalan khusus ini kepada Sayyid Ahmad ibn Idris, kerana Rasulullah SAW tahu umat akhir zaman nanti malas beribadat, sibuk dengan urusan dunia, maka Rasulullah SAW mengajarkan amalam yang amat mudah dan ringkas ini tetapi besar ganjarannya kepada Sayyid Ahmad ibn Idris r.a. agar umat ini (yang terima amalan ini) dapat mendahului dan mengejar maqam dan kedudukan orang-orang yang sebelum mereka.

 

terimakasih atas siarnya

 

Tak masuk akal....agama ini telah sempurna sebelum nabi wafat....kenapa tak tanya Rasulullah utk penyelesaian permasalahan dunia kini...

 

makom wali hampir menyamai nabi nabi terdahulu,

 

Anonymous said...
Guru kami mengajarkan bahwa sempurnanya agama islam dlm surat al maidah ayat 3 adalah telah lengkapnya atau sempurnanya pondasi2 bangunan agama islam yang telah dibangun sejak kenabian adam as. Dan di selesaikan pada masa kenabian Muhammad SAW, sekaligus beliau penutup para nabi yg mana tidak ada lagi wahyu yg diturunkan kpd manusia, namun hikmah-hikmah dr sempurnanya islam akan terus ada melalui penerus2 nabi dr kelompok ulama pilihan Rosul. Salah satunya Syekh Ahmad bin Idris , syekh abdul qadir jaelani dan para wali yg lain. Dan Allah menjamin mukjizat Al quran akan terus terjadi sampai kiamat meski di kupas, dipelajari kandungannya sedalam-dalamnya sepanjang zaman. Seibarat bangunan rumah...bisa di sebut sempurna jika telah terbangun pondasi, atap,dinding, kamar-kamar, sehingga sudah layak dihuni manusia, kemudian hiasan-hiasan dapat menyusul kemudian disesuaikan kondisi zaman, kebutuhan dan kemampuan pemilik rumah. Wallohu a'lam

 

Bersyukur kehadrat ilahI kerana terpilih menjadi ahli tarikat ahmadiah Idrisiah

 

Tahun 1994 ku berjumpa guru Tuan Syeikh Ahmad yang merupakan cucu kepada sidi syeikh Muhammad Said Al -Linggi dan terus berguru denganNya

 

Karut semuanya!!!
Siapa lebih utama??sahabat spt abu bakar,umar, uthman dan ali berbanding kitasehingga rasulullah saw khususkan utk al syeikh?
Jika ada zikir yg lebih utama telah pun diajarkan kpd sahabat2..apakah kita mendakwa al syeikh lebih layak mendapat zikir itu berbanding sahabat??se

 

Karut semuanya!!!
Siapa lebih utama??sahabat spt abu bakar,umar, uthman dan ali berbanding kitasehingga rasulullah saw khususkan utk al syeikh?
Jika ada zikir yg lebih utama telah pun diajarkan kpd sahabat2..apakah kita mendakwa al syeikh lebih layak mendapat zikir itu berbanding sahabat??se

 

Karut semuanya!!!
Siapa lebih utama??sahabat spt abu bakar,umar, uthman dan ali berbanding kitasehingga rasulullah saw khususkan utk al syeikh?
Jika ada zikir yg lebih utama telah pun diajarkan kpd sahabat2..apakah kita mendakwa al syeikh lebih layak mendapat zikir itu berbanding sahabat??se

 

Knp nabi menyimpannya utk saidi ahmad idris,adalah d zaman hidupnya lagi baginda mengkhuatirkan unmatnya yg akhir zaman...spt yg d sabdakan dlm hadis2nya ttg kebimbangannya terhadap ummat slps kurun sahabat

 

Jangan banyak tanya

 

Ilmu mu cetek...p blajar dulu baru mu tau nanti

 

Ilmu mu cetek...p blajar dulu baru mu tau nanti

 

Assalamualaikum warahmatullah,

Yang diamalkan dalam toriq ini adalah zikir tuan2. Bukan meletak syariat baru. Jadi ulama2 dahulu berkata ianya baik. Seperti juga amalan Ya Hayyu, Ya Qayyum Laa ilahailla anta yang banyak dibacakan itu juga tercetus dari penerimaan ulamak daripada Nabi saw (saya lupa nama ulamak nya, tapi saya dengar ceramah daripada Sheikh Hamzah Yusuf Hanson al-Maliki al-Ash'ari Ulamak Besar USA). Shaikh Hamzah memberi komentar bahawa ada ulamak besar yang memandang amalan2 doa, selawat, wirid, zikir yang diambil daripada Nabi saw boleh diamalkan.

Lagi pula ulamak2 besar Dunia Melayu dahulu kala juga amalkan Toriq Ahmadiah Idrisiah. Cuba perhatikan alim Besar kita, Sheikh Ahmad al-Fatoni, Pak Da Eil al-Fatoni. Mereka ini selain amalkan Toriq Shattariah juga ada mengamal dan beri bai'ah Toriq Ahmadiah Idrisiah. Raja Kelantan juga dahulu pernah menghantar surat ke hadrat Shaikh Ahmad al-Fatoni bertanya tentang Haji Id Linggi (Shaikh Said Linggi dan toriqat yang dibawanya hingga membuat kanak2 pun turut mendapat jazbah. (Baca fatwa Sheikh Ahmad al-Fatoni ini dalam Fatawa al-Fatoniah, terbitan Khazanah Fathaniyah dan Sheikh Ahmad al-Fatoni membenarkan Toriq Ahmadiah Idrisiah, bahkan Sheikh Ahmad turut berbaiah toriq ini).

Amatlah berbahaya kepada kita orang awam Muslim ini yang hanya berguru sekerat dua dengan guru-guru pseudo-salafi (salafi jadian) dalam bidang Islam. Ambil lah ilmu banyak2 dan bandingkan. Kemudian amalkan untuk anda dan keluarga terdekat. Islam itu luas. Kalau tak khatam semua nya mazhab 4 yang majority dan dua mazhab aqidah Asha'iroh dan Maturidi, jangan nak menyesatkan orang. Bimbang kita yang sesat tak ketahuan.

Ikhlas dari hamba cap ayam, ikhwan Shattariah.

Wassalam.

 

Assalamualaikum wbt.

Zikir Tahlil Khusus:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِ، فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللّٰهِ

"Tiada Tuhan melainkan Allah Muhammad Rasulullah, pada setiap kerlipan mata, dan hembusan nafas sebanyak mana luasnya ilmu Allah."

Dalam zikir Tahlil Khusus, kalimah:

فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللّٰهِ

Hanyalah merupakan sepotong doa yang bermaksud supaya Allah menggandakan zikir yang datang daripada Rasulullah SAW, iaitu tahlil:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِ

Apabila tahlil ini dibaca dengan doa tersebut, maka walaupun dibaca sekali, pahalanya dilipat gandakan sebanyak bilangan kelipan mata manusia, sebanyak hembusan nafas dan sebanyak keluasan ilmu Allah yang tidak boleh dihitung oleh makhlukNya.

 

Dimana Allah taala janji siapa baca tahlil diatas seperti yg saudara nyatakan pahala dia sekian2..sila bawa dalil sahih drp nabi saw. Jika tiada jgn mengada2kn dusta atas nama Allah taala dgn janji palsu.

 

Tak perlu mengaji lebih utk mengetahui dakwaan itu semuanya tidak benar..jika benar bawakkn dalil..jika tiada berhentilah drp berdusta dgn menyandarkn dakwaan atas nama nabi saw

 

Zikir yg saudara bawa diatas adakah sandarannya? Jika ada sila nyatakn riwayat siapa..bukhari?muslim?

 

Saudara silap. Ada perkara yg mesti kna tanya ..bukan diterima bulat2..malas bertanya sesat jalan

 

Saudara..nabi saw beritahu kpd saudara begitukah? Jgn buat andaian dan sandar kpd nabi apa yg nabi tak kata...siapa sandar sesuatu kpd nabi sedangkn nabi saw tak kata maka siap tempat duduk dlm neraka..

 

Kita sayang dan hormati guru2 kita ttp Jgn sampai taksub dgn guru2 sehingga hilang pertimbangan..selepas nabi maqam yg plg tinggi adalah sahabat2 nabi kemudian penghulu auliya uwais yg mana nabi saw sebutkn namanya kpd para sahabat..doanya mustajab..dan mereka2 yg mengikuti generasi sebelumnya dgn baik..kita sayang kpd guru dn syeikh kita ttp itu tidak menjadikan kita taksub..apa yg bertepatan dgn quran dan sunnah kita terima apa yg menyelisihi keduanya kita tolak itulah pegangan ahli sufi ahlul sunnah

 

Sekiranya kita meneliti makna tahlil tersebut, ia tidak bercanggah atau bertentangan sama sekali dengan Al Quran dan Sunnah. Keadaannya sama sahaja dengan doa-doa yang lain. Hukum syara' tidak pernah melarang kita berdoa kepada Allah dengan apa sahaja doa, sekali pun ia bukannya diambil daripada Rasulullah SAW. Namun, kita tidak menafikan bahawa doa-doa yang diambil daripada Rasulullah SAW adalah lebih afdhal daripada doa-doa yang lain.

Sekiranya dilihat, ramai ulama' bahkan para sahabat RA beramal dengan selawat mereka sendiri yang bukan datang daripada Rasulullah SAW. Contohnya, Imam Syafi'i, Abdullah ibn Abbas, Ali Zainal Abidin dan Fatimah al Zahra' RA, kesemua mereka mempunyai bacaan salawat masing-masing.

 

Menurut Al Ariff billah Sayyid Muhammad ibn Sayyid Alawi al Maliki al Hasani RA, sesiapa yang berpendapat bahawa berdoa dengan doa yang tidak dibaca oleh Nabi SAW adalah bid'ah, sebenarnya telah melakukan pembohongan terhadap Rasulullah SAW dan syariatnya. Hal ini telah dimaklumi, kerana sahabat2 Nabi SAW banyak melakukannya dan berdoa dengan doa yang tidak dibaca oleh Nabi SAW dan perakuan Nabi SAW merupakan hukum syara'.

Di antara perakuan Baginda SAW, ditunjuki melalui hadith yang diriwayatkan Buraidah RA, bahawa Nabi SAW mendengar seorang lelaki berdoa:

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadamu dengan aku bersaksi sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Esa yang menjadi tempat pergantungan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara denganNya."
Maka Rasulullah SAW bersabda, "Demi Zat yang diriku berada di dalam kekuasaanNya, bahawa dia telah memohon kepada Allah dengan namaNya Yang Maha Agung yang apabila dipanjatkan doa dengannya, pasti akan dimakbulkan dan apabila diminta dengannya pasti akan diperkenankan."
(Hadith ini dikeluarkan oleh Ahli Sunan yang empat. Ia telah diangkat kepada darjat Hasan oleh Al Tarmizi dan disohihkan oleh Ibnu Hibban. Al Hafiz al Maqdisi berkata: Hadith ini tidak tercela atau ditolak. Lihat Tuhfah al Ahwazi Syarh Sunan al Tirmizi, Jld 9, H: 313, hadith no:3706.)

 

Di dalam Sunnah, banyak diriwayatkan taqrir (pengakuan) Nabi SAW terhadap orang-orang yang berdoa dengan doa yang diilhamkan oleh Allah. Keharusan yang diberikan oleh Nabi SAW kepada sahabat-sahabatnya untuk memuji Allah dengan kata-kata pujian mereka sendiri dan perakuan daripada Baginda SAW, merupakan sebaik-baik keharusan daripada Insan yang Maksum SAW. Apa sahaja yang diharuskannya kepada seseorang dari umat Baginda SAW, adalah harus bagi semua umat Baginda SAW kerana Baginda SAW merupakan Nabi dan Rasul bagi umatnya sehingga hari Kiamat. Perutusan Baginda SAW tidak hanya dikhususkan untuk satu zaman.

Para sahabat RA, selepas kewafatan Rasulullah SAW sering berdoa dengan doa-doa yang mereka perolehi melalui ilham-ilham yang dikurniakan oleh Allah dan tidak setakat berdoa dengan doa-doa yang datang daripada lafaz-lafaz Rasulullah SAW. Namun, dalam masa yang sama, mereka memperakui dan meyakini bahawa doa dan lafaz daripada Rasulullah SAW adalah seafdhal-afdhal doa.

 

Orang yang mendakwa bahawa tidak harus berdoa dengan doa yang diperolehi melaui ilham, hanya mendustakan suatu kebenaran kerana mereka sebenarnya tidak mampu untuk mendatangkan hujah yang menyatakan perbuatan tersebut adalah salah. Apatah lagi, untuk mendatangkan hadith-hadith Nabi SAW atau pendapat-pendapat sahabat dan Tabi'en yang melarang perbuatan tersebut.

Apa yang pelik, mereka(wahabi) menulis di dalam risalah mereka tentang pengharaman berdoa dengan doa yang bukan daripada Rasulullah SAW, tetapi mereka sendiri menutup penulisan karya-karya mereka dengan doa yang mereka karang sendiri.

 

Setuju..jika bacaan tahlil itu pada sebutan dan maknanya tdk bercanggah dgn al quran dan sunnah.mmg tidak dinafikan ada dikalangan para sahabat yg membuat zikir mereka sendiri kemudian didengar oleh nabi saw dan diterima.ini sunnah takrir.diakui oleh nabi saw.namun perlu diingatkan disitu ada juga zikir2 sahabat yg dibetulkan oleh nabi saw kerana bercanggah.maka nabi saw betulkan para sahabat..ada pun kita tiada yg dapat memastikan betul atau tidak zikir2 rekaan sendiri.
Setuju...Berzikir dgn zikir yg datang drp nabi saw itu lebih afdal..banyak zikir2 yg sahih drp nabi saw boleh diamalkan.cthnya di dlm sahih muslim.imam nawawi ada menulis al azkar menghimpunkan zikir2 nabi saw.alangkah baiknya jika semua zikir itu di amalkan dahulu kerana ianya sahih drp nabi saw.kita mengutamakan apa yg dtg drp nabi saw.kerana itu yg diajar oleh nabi saw dan telah pasti ganjaran dan
Pengiktirafan Allah Taala. jgnlah sampai diutamakan zikir kita dahulu sehingga meminggirkan zikir nabi saw sekian banyak. Zikir nabi yg sebegitu banyak pun belum habis diamalkan mengapa hendak diutamakan zikir yg lain yg belum tentu fadhilatnya.
Kemudian dgn membuat dakwaan zikir yg direka sendiri ini ada fadhilat tertentu dgn sekelian pahala memerlukan dalil saudaraku..disinilah masalahnya.kita membuat dakwaan jika zikir ini dibaca sekian2 pahalanya sekian2.persoalanya..dimana Allah Taala dan nabi saw janji didlm quran dan sunnah bahawa bacaan zikir tahlil khusus yg kita amalkan diatas jika dibaca pahalanya sekian2..jika ada sila bawa dalil sahihnya drp quran dan hadith jika saudara adalah benar maka saya insyaAllah akan mengamalkanya.jika tiada..berhentilah wahai saudaraku drp dakwaan tersebut kerana kita bimbang ia merupakan suatu pendustaan terhadap nabi saw dan Allah Taala. Dan nabi saw memberi amaran didlm hadith mutawatir sahih bukhari dan muslim maksudnya 'sesungguhnya berdusta keatasku(menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta keatas org lain(menggunakan nama org lain).siapa burdusta ke atasku dgn sengaja ,maka siaplah tempat duduknya dlm neraka'.

 

Setuju!..zikir dan doa sahabat2 ditakrirkan oleh nabi saw..ia sunnah takrir termasuk didlm hadith seperti yg saya sebutkan diatas.
Berdoalah dan berzikirlah namun jgn membuat dakwaan zikir kita ada fadhilat sekian2..pahala sekian2 melainkan dibentangkan dalil sahih drp nabi saw pahalanya sekian2..jika tiada dalil bagaimana kita boleh membuat dakwaan sedemikian rupa..?

 

Setuju!
Apa yg dtg drp quran dan sunnah yg sahih kita terima.keutamaannya untuk diamalkan melebihi segala yg lain.
Kesimpulannya..berdoalah..berzikirlah selagi mana ia tidak bercanggah.doa dan zikir kita itu boleh dibacakan di hadapan guru..syeikh..maulana..untuk kepastian supaya tidak bercanggah namun jgn sekali2 membuat dakwaan doa dan zikir ini ada fadhilat dan pahala sekian2 melainkan ada dalil sahihnya.
Kita sayang dgn saudara yg seakidah..
Cubit paha kiri peha kanan terasa..
Tidak boleh membidaah dan mengkufurkan saudara kita dgn mudah..ini sikap yg melampau dlm agama.kita ahlul sunnah cukup sukar utk menkufurkan saudara seakidah.syarat2nya cukup ketat.
Tidak perlu mengikuti fahaman dikatakan wahabi itu yg dikatakan agak keras ttp kita mengikuti apa yg dtg drp nabi saw yg sahih.

 

Setuju!..zikir dan doa sahabat2 ditakrirkan oleh nabi saw..ia sunnah takrir termasuk didlm hadith seperti yg saya sebutkan diatas.
Berdoalah dan berzikirlah namun jgn membuat dakwaan zikir kita ada fadhilat sekian2..pahala sekian2 melainkan dibentangkan dalil sahih drp nabi saw pahalanya sekian2..jika tiada dalil bagaimana kita boleh membuat dakwaan sedemikian rupa..?

 

Boleh rujuk website Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, berkaitan zikir ini.
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/160-maklumat-tarekat-tassawuf/614-pengenalan-tarekat-ahmadiah-al-idrisiah-al-rashidiah-al-dandarawiah

 

Saya mmg tahu tahlil itu ada didlm tarikat ahmadiah idrisiah.ramai dikalangan sahabat2 saya yg memegang tarikat ini mengamalkannya.walaubagaimana pun itu tidak tidak menjawab persoalan tentang fadhilat2 tahlil itu yg tiada nas sahih untuk menyokong dakwaan tersebut. Memang ia diiktiraf oleh jabatan mufti NS..namun dari segi dalil sahih tiada.hanya dakwaan bahawa nabi saw yg mentalkinkan tahlil tersebut kpd al syeikh(semoga Allah taala merahmati al syeikh).amatlh mengecewakan zikir2 yg sahih drp nabi saw didlm kitab2 hadith muktabar dgn pelbagai fadhilat itu tidak diutamakan tetapi mengutamakan zikir yg ditahlilkan yg kononnya ditahlilkan oleh nabi saw secara yaqazah.tidak mustahil dikemudian hari ada golongan2 yg mungkin akan mendakwa bermimpi ataupun yaqazah bertemu nabi dan membawa zikir2 yg lain dgn dakwaan zikir tersebut lebih hebat dan lebih utama drp tahlil ahmadiah idrisiah.

 

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, berzikir dengan zikir ini tidak salah dari segi syariat, kerana tahlil
لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِ، فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللّٰهِ
datang dari Rasulullah saw, dan lafaz
فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللّٰهِ
hanyalah sepotong doa.

 

Sewajibnya kita mengambil sumber ibadah kita cthnya spt zikir drp nabi saw didlm hadith2 yg sahih.adapun zikir2 yg diambil drp sumber yg lain spt yaqazah,ilham dan mimpi sekali2 tidak sepatutnya dijadikan sumber amalan.selepas ini mungkin ada pihak lain yg mengaku yaqazah dgn nabi saw dan mendakwa diijazahkan zikir dan amalan2 yg lain yg tiada didapati didlm mana2 kitab hadith.

 

Sewajibnya kita mengambil sumber ibadah kita cthnya spt zikir drp nabi saw didlm hadith2 yg sahih.adapun zikir2 yg diambil drp sumber yg lain spt yaqazah,ilham dan mimpi sekali2 tidak sepatutnya dijadikan sumber amalan.selepas ini mungkin ada pihak lain yg mengaku yaqazah dgn nabi saw dan mendakwa diijazahkan zikir dan amalan2 yg lain yg tiada didapati didlm mana2 kitab hadith.

 

Boleh rujuk tuan mufti negeri sembilan yg membenarkan beramal dgn tariqat ini, janganlah kerana ilmu kita yg sedikit, kita nak menuduh amalan orang lain sesat.. padahal amalan ini sudah ada dalil yg dibolehkan untuk beramal.

 

Jgn saudaraku salah faham.kita sesekali tdk menuduh sesat.kita ini golongan ahlul sunnah yg tidak menuduh org lain sesat dgn mudah.tetapi dlm beramal kita harapkan sesuatu yg kemas.apa pun mungkin saudara yg berada didlm tarekat ini boleh bertanyakan sebagaimana persoalan kita. Sahabat2 saya didlm tarekat ahmadiah idrisiah tidak memberikan saya jawapan yg memuaskan.Walaubagaimanapun kita juga insyaAllah akan tanyakannya kpd SS TuanMufti Dr. Zulkifli Al Bakri.Moga2 Allah Taala tunjuki kita kpd kebenaran

 

Jgn saudaraku salah faham.kita sesekali tdk menuduh sesat.kita ini golongan ahlul sunnah yg tidak menuduh org lain sesat dgn mudah.tetapi dlm beramal kita harapkan sesuatu yg kemas.apa pun mungkin saudara yg berada didlm tarekat ini boleh bertanyakan sebagaimana persoalan kita. Sahabat2 saya didlm tarekat ahmadiah idrisiah tidak memberikan saya jawapan yg memuaskan.Walaubagaimanapun kita juga insyaAllah akan tanyakannya kpd SS TuanMufti Dr. Zulkifli Al Bakri.Moga2 Allah Taala tunjuki kita kpd kebenaran

 

Assalamualaikum warahmatullah,
InShaAllah.

Terima kasih saudara.

WasSalam.

 

Assalammualaikum sahabat-sahabat. Terlalu banyak komen yang telah saya baca dibawah ini.. Terlalu banyak sekali hujah-hujah dari saudara-saudara sekalian yang mantap ilmu ilmiah nya...

Ilmu ku sedikit saja dan amalan ku juga amat sedikit dari ilmu ku perolehi..untuk berbicara lebih dengan kalian semua ku tidak mampu berhujah.

Akan tetapi...

Jadi aku berzikir dengan ayat amalan ini.. Untuk DIriKu yang Jahil dari segi ZOhir Dan Batil..

JIka kalian tidak mahu menerima dan masih mencari-cari salah dimana asal usulnya dan dalil2 yang sohih!.. TIDAK sesekali menjejaskan amalan-amalan yang dibuat Oleh si pengamal..kepada sahabat yang sedemikian Carilah kesalahan itu sehingga kalian berasa senang dihati....kerana perbezaan kita dengan si pengamal asalnya"SheiKh Ahmad Ibn IDris dan juga ulama2,Sheikh2,Tarekat2 dll" itu LEBIH JAUH Hebat amalan DAn TINGGI Ilmu Rohaniahnya DARI KITA yang Sekarang ini.. Banyak Berkata-kata sahaja!

Mengenali diriKu Sendiri yang Lemah dan JahiL!.

kerana ALLAH SWT saja lah yang Maha Mengetahui! Daku berserah...

Sekian.

 

Assalam bidaah gapow pulak ...atas niat segala benda ...kalau kita beriman kerna niat.nak ganjaran mcm.mn rasa2 Allah terima ker kerna atas amalan kito .kita beramal kerna Allah swt .bukan kerna kelebihan dan sesuatu .syirik

 

assalam jangan selalu pertikaikan segala perbuatan sesuatu .
kenal diri dan kenal akan tuhan bernama Allah dahulu .baru kita baharu kenal Akan agama islam .apa itu islam dn apa itu iman.
Segala nya Hak Allah jua. x kira bangsa apa dan agama apa semua dtg daripada Adam dan Hawa jua

 

Sebaik2 zikir Adalah Memuji Allah swt .Dan berselawat kepada Nya .
Islam tu mudah .
sesama islam kita nak berdebat.
Baik la kita mengenal Hak Allah swt dan Hak Insan sebagai Hamba.
jangan la setiap sesuatu kita buat Amal.kita Akui diri kita Yang Buat .
Tiada sebesar zarah bergerak melainkan dengan kekuasaan dan gerak Allah swt

 

2O HADIS PALSU SKRNG BYK TERSEBAR
YG SHAHIH
HADIS BUKHARI HADIS MUSLIM HADIS QURSIY HADIS 4O DAN LAIN2 KAJI LAH DI UNIVERSITI AL AZHAR .
ORANG MELAYU PERTAMA ADALAH SHEIKH RAJA AHMAD AL FATAHNI SALASILAH DARIPADA RASULULLLAH SAW.KETURUNAN IBNU ABBAS.R.A. YG PERTAMA BELAJAR DI AL AZHAR DAN MENGAJAR DAN MENYEBARKAN ISLAM AWAL2 DI TANAH MELAYU DAN NUSANTARA

 

Assalam jangan byk pertikaikan hal hal agama islam dan syariat Allah swt .kerna Orang2 beriman masih lg dalam.keadaan di uji oleh diri sdiri lg .KE AKU AN DIRI. masih Ada pada Diri Selagi Itu kita Masih syirik Pada Allah swt

 

Assalam jangan byk pertikaikan hal hal agama islam dan syariat Allah swt .kerna Orang2 beriman masih lg dalam.keadaan di uji oleh diri sdiri lg .KE AKU AN DIRI. masih Ada pada Diri Selagi Itu kita Masih syirik Pada Allah swt

 

SETUJU SELAGI KITA BER HUJAH DAN BERDEBAT TAPI AMALAN TIDAK DI BUAT APA YG DPT .
DPT HUJAH2 YG SIA2 TANPA JEJASKAN PENGAMALNYA .73 GOLONGAN BETUL2 YG BETUL2 DI KEHENDAKI ALLAH SWT YG MANA HAK ALLAH JUA MENERIMA NYA

 

SETUJU SELAGI KITA BER HUJAH DAN BERDEBAT TAPI AMALAN TIDAK DI BUAT APA YG DPT .
DPT HUJAH2 YG SIA2 TANPA JEJASKAN PENGAMALNYA .73 GOLONGAN BETUL2 YG BETUL2 DI KEHENDAKI ALLAH SWT YG MANA HAK ALLAH JUA MENERIMA NYA

 

2O HADIS PALSU SKRNG BYK TERSEBAR
YG SHAHIH
HADIS BUKHARI HADIS MUSLIM HADIS QURSIY HADIS 4O DAN LAIN2 KAJI LAH DI UNIVERSITI AL AZHAR .
ORANG MELAYU PERTAMA ADALAH SHEIKH RAJA AHMAD AL FATAHNI SALASILAH DARIPADA RASULULLLAH SAW.KETURUNAN IBNU ABBAS.R.A. YG PERTAMA BELAJAR DI AL AZHAR DAN MENGAJAR DAN MENYEBARKAN ISLAM AWAL2 DI TANAH MELAYU DAN NUSANTARA

 

Sebaik2 zikir Adalah Memuji Allah swt .Dan berselawat kepada Nya .
Islam tu mudah .
sesama islam kita nak berdebat.
Baik la kita mengenal Hak Allah swt dan Hak Insan sebagai Hamba.
jangan la setiap sesuatu kita buat Amal.kita Akui diri kita Yang Buat .
Tiada sebesar zarah bergerak melainkan dengan kekuasaan dan gerak Allah swt

 

SHEIKH RAJA AHMAD AL FATAHNI CICIT CIAT NYA TN GURU HJ ABU DOLLAH BIN MOHAMAD (TOK KUNDANG)
SEORANG YG BERKATA2 TERUS KUN FAYA KUN DENGAN TERZAHIRNYA KALAM ALLAH SWT KEPADA NYA .
SHEIKH AHMAD AL FATAHNI ORANG PERTAMA NAIKKAN AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU DAN MELAHIRKAN ULAMAK2 DI TANAH MELAYU SERTA NUSANTARA LAIN2 ASIA

 

SHEIKH RAJA AHMAD AL FATAHNI CICIT CIAT NYA TN GURU HJ ABU DOLLAH BIN MOHAMAD (TOK KUNDANG)
SEORANG YG BERKATA2 TERUS KUN FAYA KUN DENGAN TERZAHIRNYA KALAM ALLAH SWT KEPADA NYA .
SHEIKH AHMAD AL FATAHNI ORANG PERTAMA NAIKKAN AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU DAN MELAHIRKAN ULAMAK2 DI TANAH MELAYU SERTA NUSANTARA LAIN2 ASIA

 

assalam jangan selalu pertikaikan segala perbuatan sesuatu .
kenal diri dan kenal akan tuhan bernama Allah dahulu .baru kita baharu kenal Akan agama islam .apa itu islam dn apa itu iman.
Segala nya Hak Allah jua. x kira bangsa apa dan agama apa semua dtg daripada Adam dan Hawa jua

 

Assalam bidaah gapow pulak ...atas niat segala benda ...kalau kita beriman kerna niat.nak ganjaran mcm.mn rasa2 Allah terima ker kerna atas amalan kito .kita beramal kerna Allah swt .bukan kerna kelebihan dan sesuatu .syirik

 

Kuat membaca kitab bagus. Tapi harus berguru. Kefahaman dan oengalaman diri yg nerasai darpada amalan kita menambahkan keyakinan kita. Lagi yakin kpd ALlah lagi baik untuk kita. Tuhan menguji kita bukanya Dia tidak tahu sebaliknya Dia menguji kita untuk memberi keyakinan kpd apa yang kita usahakan. Amalan seseorang telah nyata kpd dirinya barulah akan menghasilkan iman yg lagi tinggi. Apa yg diperolehi daripada amalan kita adalah untuk diri kita.jgn sesekali berselisih faham dgn orang yg tidak mengamalkannya. Ia akan menghasilkan fitah yg besar. Peekara yg ghaib hasilnya pun ghaib. Untuk menyatakan kpd yg tidak nengamalkanya ada sesuatu yg sukar. Kalau mrk yg tidak yakin usalah dioanjangkan lagi. Tak oerlu untuk buktikan sesuatu kpd yg tiada keyakinan. Yakin adalah hak ALlah. Di kurniakan kpd sesiapa saja yg Dia hendak berikan. Amalan sesuatu perkara yg diamalkan oleh seseorang mestilah telah terbukti kpd dirinya. Setiap amalan sekirnya tiada bukti yg dirasainya adalah sesuatu yg tidak memberikan keyakinan yg tinggi. Saperti solat sekiranya kita tidak merasai kemanisanya kita bukan tidak yakin tetapi terasa kosong. Tetapi sekira kita meeasainya diatas kodar masing2 ia akan membuat seseorang itu lebih tekun dan kerana telah neeasai kenikmatannya yg orang lain tidak. Itu semua adalah anugrah ALlah kpd sesiapa yg Dia hendak kuniakan. Nabi ALlah khidir tidak sezaman dgn Nabi Muhamad tetapi banyak ilmu yg dikurniakan ALlah kodnya. Apakah Dia perlu dalilnya? Yg perlu kpd dalil teeuskanlah dan yg tak perlu dalil teruskan juga. Akhir sekali masing2 dgn nafsi sendiri. Salamullah.

 

Semakin rasa tiada ilmu semakin rendah diri kita didepan ALlah. Azazil tinggi ilmunya didepan ALlah. Nak untuk diri kita ni yg tinggi ke nak yg maha rendah.? Teringat kpd resmi padi.

 

Orang suka berdalil ni kalau berada di zaman Nabi mana2 pun dia akan berdalil. Yg paling sukar dizaman Nabi mana2 pun dgn golongan yg berdalillah. Kalau boleh kurangkan berdalil ni. Sbb yg beramallah yg akan merasainya. Yg bedalil ni yg suka bercakap dan suka bertengkar. Perhatkanlah. Semakin banyak dalil semakin kuat berdalil sehinggga lupa nak mengamalkannya. Tiada amal tiada keyakinan. Tak makan macamana nak rasa sesuatu makanan. Tak kenyang kalau asyik nak dalil saja. Dok depan makanan dalilah sepuas2nya jgn makan.

 
Abu Sofyan Al Gemeti

Salam semua..
Ada beberapa sahabat yg mungkin tidak membaca betul2 pandangan sahabat mk atau silap pemahaman apa yg sahabat mk utarakan lantas dgn pantas menempelak sahabat mk..maaf itu bukanlah sifat tingkah laku pengamal tarikat.kerana jelas pd saya hujah2 amat tersasar. Ruang lingkup hujjah sahabat mk sangat jelas untuk difahami. Beliau setuju tidak salah untuk beramal CUMA mendakwa dakwi fadilat tahlil dan amalan tarikat itu begini dan begitu. Itu yg tak perlunya..ikhlas beramal dan serah segala pada Allah bukan kerana fadilat amalan itu yg kita cari tapi keredaan Allah.
Mudah2an Allah beri kita hidayah dan terima segala amalan kita yg amat kerdil ini

Abu Sofyan Al Gemeti

 

AsSalam wbt, Bolehkah orang awam seperti saya mengamalkan zikir ini? Haruskah dgn diizinkan oleh guru.. andai boleh.. saya mohon utk diamalkan, terima kasih..

 

alhamdulillah mintak izin mohon untuk share kepada ummat islam yang lain ustaz inshaa allah

 

Sungguh MK..anda perlu lebih belajar.

 

Qobiltu ustadz izin mengamalkan dan share .. Syukron

 

Pergila belajar MK. Tak guna rasa diri tu tinggi dan berilmu. Ilmu tuhan ni luas. Semoga dipertemukan jalan kebenaran.

 

mohon izin juga untuk dibaca dan menjadi amalan..inShaaAllah...qobiltu sahabat...

 

Lama sy perhati. Macam kenal tuan punya blog ni.. Sambil baca penerangan ni. sambil berfikir. Sapa dia ni? kenapa mcm pernah tgk. Tambahan nama di belakang bin hizam.

Subhanallah.... Tepuk dahi saya. Ni anak baba hizam.

#SeminarBerniagaCaraAllahSukaMelaka
#TeamCemara

 

Banyak soal amalnya tidak...lagi Di asak oleh Syaitan lagi banyak yg menyoal...amalnya tidak jugak.asyik asyik nak dalil..sapa kamu utk berdalil..kamu Ahli fatwa kah?kamu Mufti ke....kalau dah bodoh diam pi Jumpa ulama bukan nak menyalak mensakat orang Sana sini....sifat syaitan asyik Banyak menyoal Dari membuat....ITU lah jarum jarum jahat Syaitan Banyak membidaahkan Dan umpan nya dalil...pi sahaja ke Pejabat Mufti bukan menyalak Disini tak setuju ITU Dan ini...Lepas soal ,sendiri yg buat keputusan sapa lebih bidaah dgn banyak soal Lepas Tu dia yg menghukum...ITU lah sifat syaitan dgn egonya confuse Kan orang kucar kacirkan keadaan tanam sifat membenci Salah Kan orang Tu Dan ini...sifat sombong nak berdalil sipenyoal.kamu tak layak..Amal Aja tak nak diam tak faham Tanya bukan Tanya bende yg kalau dikasi fakta pun kamu tak Akan teriMa sebab kebodohan kejahilan kamu...diam ITU Emad..rujuk lah kpd ulama.Kalau betul kamu ahlil Sunnah berjamaah kamu pegang Qur'an Hadith Dan ulama..kalau Qur'an Hadith Aja tau Aja lah..sikap orang sombong bodoh..banyak pertikaikan ulama.. Wallahua'alam

 

Qobiltu ustaz.mohon diamal.

 

Laa kum dinukum waliyadin. Mk...

 

Bismilah hirohman nirohim qobiltu ijazah ustadz semoga menjadi orang yang beruntung di dunia dan di akherat amiin yaa robbal alamiin

 

Hj abudollah tu duduk di kg kerinchi dulu ye?

 

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.