Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: 2013


Search This Blog

Sejarah Ringkas Ajaran Wahhabi

.
Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri.

Saudara kandungnya Syeikh Sulayman bin ‘Abd al-Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulayman tersebut: Fasl al-Khitab Fi al-Radd ‘Ala Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan al-Sawa‘iq al-Ilahiyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyah.

Bapanya juga iaitu ‘Abd al-Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama:

“Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ini”.

Sebagai bukti sila rujuk kitab al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah cetakan Maktabah Imam Ahmad, muka surat 275. Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi

Mufti Mazhab Hanbaliyy, Muhammad bin Abdullah bin Hamid al-Najdiyy (1225H) menyatakan dalam kitabnya al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah, muka surat 276:

“Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh.”

Mufti Mazhab Syafi‘iyy, Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) yang merupakan tokoh ulama Makkah pada zaman Sultan ‘Abd al-Hamid menyatakan dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyyah, muka surat 42:

“Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik.”

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Ta’if. Sila rujuk kitab Umara’ al-Balad al-Haram, muka surat 297 – 298, cetakan al-Dar al-Muttahidah Li al-Nasyr.

Tokoh Wahhabi, ‘Abd al-Rahman bin Hasan Al al-Syeikh mengkafirkan golongan al-Asya‘irah yang merupakan pegangan umat Islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tawhid muka surat 353 cetakan Maktabah Dar al-Salam Riyadh.

Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Salih bin Fawzan al-Fawzan turut menghukum golongan al-Asya‘irah sebagai sesat aqidah dan bukan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam, muka surat 32, cetakan Ri’asah ‘Ammah Li al-Ifta’ Riyadh.

Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama Islam bahkan umat Islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya:

“Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik.”

Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan ibu Bani Adam iaitu Sayyidatuna Hawwa dengan kenyataannya:

“Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawwa.”

Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad al-Qanujiyy antara yang hampir dengan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya al-Din al-Khalis, juzuk 1, muka surat 140 dan 160, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Maka fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama membongkar untuk diperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini turut bertunjang kepada pemikiran Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Kharijiyy (al-Jawziyy) antaranya:
1. Membawa konsep bid‘ah yang bercanggah dengan jumhur ulama.
2. Mempromosi bid‘ah dalam usul (aqidah) dan furu‘.

Percanggahan Dalam Masalah Aqidah:
1. Membawa kaedah tawhid “Tiga T”; Tawhid Uluhiyyah, Tawhid Rububiyyah dan Tawhid Asma’ Wa Sifat, penyelewengan mereka dalam hal tersebut adalah kerana membeza-bezakan antara Tawhid Uluhiyyah dengan Tawhid Rububiyyah sehingga menghukum kesemua orang kafir juga beriman kepada Allah serta menetapkan Tawhid Asma’ Wa Sifat dengan erti yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sejati bahkan lebih menjerumus kepada aqidah tajsim yang ditolak oleh ulama Islam, pembahagian tawhid mereka tersebut tidak pernah wujud di dalam sejarah ilmu tawhid Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tulen.
2. Membawa fahaman “tajsim” dan “tasybih” iaitu menjerumus kepada menjisimkan Allah dengan mengatakan Allah itu adalah jisim dan menyamakan Allah dengan makhluk seperti menyifatkan Allah dengan sifat mulut, telinga, bayang-bayang dan selainnya dari sifat yang tidak pernah Allah nyatakan dalam al-Qur’an mahupun al-Hadith.
3. Menolak pengajian sifat dua puluh (20).
4. Menghukum syirik amalan tawassul, tabarruk, ziarah kubur dan istighathah.
5. Mengkafirkan dan mem-bid‘ah-kan ramai ulama-ulama yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ariyy, perumus aliran Ahli Sunnah Wal Jama‘ah, 7. 8. Imam Nawawiyy dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy turut dihina oleh kelompok Wahhabi.
6. Mengelirukan pengertian ta’wil, ta‘til dan tafwid.
7. Mendakwa dari golongan Salaf.
8. Mendakwa sesiapa yang mentakzimkan Nabi Muhammad membawa kepada syirik.

Percanggahan Dalam Furu’ Iaitu Cabangan Agama:
1. Menganggap talqin sebagai bid‘ah sesat.
2. Mengganggap amalan tahlil, Yasin, kenduri arwah sebagai bid‘ah sesat.
3. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
4. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
5. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid‘ah sesat.
6. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
7. Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid‘ah sesat.
8. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan hadith sebagai bid‘ah sesat. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid‘ah yang haram.
9. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
10. Menolak sambutan mawlid nabi, bahkan menolak cuti sempena hari mawlid Nabi Muhammad bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlid Nabi dengan perayaan Kristian.
11. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama mereka menyeru agar makam Rasulullah dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.
12. Menganggap amalan menziarahi makam Rasulullah, para anbiya’, awliya’, ulama dan salihin sebagai bid‘ah sesat lagi syirik. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang muktabar.

Sumber:http://www.al-azim.com/masjid/index.php
Sejarah Ringkas Ajaran WahhabiSocialTwist Tell-a-Friend

APAKAH SAMPAI PAHALA YANG DIHADIAHKAN KEPADA SI MATI?

.
Hadits Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam:

 حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ وَابْنُ حُجْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ هُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah (iaitu Ibnu Sa'id) dan Ibnu Hujr mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Isma'il (iaitu Ibnu Ja'far) dari Al 'Ala' dari Ayahnya dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya."
[Sahih Muslim hadits no.3084]

Mengenai hadits yang mengatakan bahwa bila wafat keturunan adam, maka terputuslah amalnya terkecuali 3 (tiga), sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anaknya yang berdoa untuknya, maka orang lain yg mengirim amal, zikir dll untuknya ini jelas-jelas bukanlah amal perbuatan si mati, kerana Rasulullah s.a.w menjelaskan terputusnya amal si mati, bukan amal orang lain yang dihadiahkan untuk si mati, dan juga sebagai hujjah bahwa Allah memerintahkan di dalam Al Quran untuk mendoakan orang yg telah wafat :

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa Kami dan dosa saudara-saudara Kami yang mendahului Kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu". [Surah al-Hasyr ayat 10]

Dalam ayat ini Allah SWT memuji orang yang beriman atas istighfar mereka untuk kaum Mukminin sebelum mereka. Ini menunjukkan bahawa si mati mendapat manfaat daripada doa dan istighfar yang diucapkan dari pihak orang hidup.

Dalil Hadits:
"Dari Sayyidina Ma'qal Bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Yaasin adalah jantung Al-Qur'an, tidaklah membacanya seorang itu semata-mata kerana Allah dan mengharap kebahagiaan akhirat kecuali ia akan diampunilah akan dosanya. Maka bacakanlah Yaasin ke atas saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia"
[HR Imam Abu Daud, Imam Ibnu Majah, Imam An-Nasaai dan Imam Ahmad]

Rasulullah SAW berkirim amal pada orang lain, beliau saw sudah pun mengirim amal pada kita. Berdasarkan hadis Nabi SAW:
"Bahawasanya Nabi telah berkorban dua ekor kibasy kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk dirinya SAW dan seekor lagi untuk umatnya yang mengaku keesaan Allah Ta'ala dan menyaksikan Kerasulannya".
[HR Imam Abu Daud, Imam Ahmad dan Abu Ya'la, dan disebutkan hadis ini oleh al-Haithami dalam kitab al-Majmak al-Zawaid]
Maka pahala qurban beliau SAW sudah sampai pada seluruh ummatnya saw hingga akhir zaman.

Telah berkata Qadi Iyadh RA dalam karangan beliau iaitu Syarah Sahih Muslim berkenaan hadis pelepah tamar, Nabi SAW bersabda:
"Mudah-mudahan diringankan siksa keduanya (kedua ahli kubur) selama kedua pelepah tamar tersebut masih basah."
[HR Imam Al Bukhari dan Imam Muslim]
Beliau mengulas: "Telah memahamkan oleh ulama' daripada hadis ini bahawa sunat membaca al-Quran pada orang mati kerana bahawa jika diringankan (siksa) dengan bersebab dua pelepah tamar padahal keduanya itu jamad (benda beku tidak bernyawa) maka membaca al-Quran itu lebih utama".
APAKAH SAMPAI PAHALA YANG DIHADIAHKAN KEPADA SI MATI?SocialTwist Tell-a-Friend

Wirid Pagi Jumaat - TG Nik Aziz


Wirid Pagi Jumaat - TG Nik AzizSocialTwist Tell-a-Friend

ASTRONOMI ISLAM

 

FENOMENA "BIG BANG" DAN ALAM YANG MENGEMBANG

Terjadinya bulatan langit yang pertama dan seterusnya sampai ke atas kepada bulatan langit yang ketujuh berasal dari beberapa kali “letupan besar” yang menghasilkan “gelombang-gelombang” yang kemudiannya menjadi keras dan dinamakan tujuh lapis langit dan alam yang mengembang di bawahnya.

“Tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan bahawa langit-langit dan bumi (pada asalnya) adalah bercantum (sebagai seketul benda) lalu kami pisahkan antara keduanya”(Surah al-Anbia, ayat 30)

Terjadinya 7 lapis langit dalam masa dua hari, dimaksudkan terjadinya dua kali letupan besar yang disenggangi oleh suatu zaman yang lama. Sekali letupan besar menimbulkan empat gelombang yang menjadikan empat lapis langit dan sekali lagi letupan besar menimbulkan tiga gelombang yang menjadikan tiga lapis langit bawah termasuk lapis langit yang pertama yang diistilahkan oleh Mujahid di atas dengan “al-haikal” (kerangka).

Selepas itu terjadi lagi dua letupan besar, salah satunya adalah suatu letupan besar yang diikuti oleh enam letupan yang menjadikan tujuh bulatan Jabal al-Qaf yang berdekatan letaknya sebagai belon-belon yang berdampingan, kemudian mengembang saling meninggalkan satu sama lain, dalam masa mengembang ini terjadi pula seperingkat tujuh letupan besar yang menjadikan galaksi-galaksi dalam tujuh bulatan Jabal al-Qaf dalam waktu yang kira-kira serentak, salah satunya ialah Letupan Besar (big Bang) yang terjadi dalam bulatan Jabal al-Qaf yang terletak pada tengah yang menjadikan galaksi-galaksi kita dan inilah letupan besar yang dikaji oleh Goerges Lemaitre dan George Gamow.

Sebelum terjadinya suatu letupan besar yang menjadikan bulatan alam, mungkin unsur-unsur itu dalam keadaan sebatian (compound). Unsur-unsur itu berupa molekul-molekul yang memenuhi ruang. Bila terjadinya letupan letupan besar di tengah ruang, molekul-molekul itu ditolak ke atas segenap penjuru, menjadi gelombang-gelombang kabut, kemudian mendidih dan akhirnya menjadi zat yang keras menurut hukum-hukum kejadian alam yang tertentu. Gelombang-gelombang ini dinamakan tujuh gunung qaf dan tujuh lapis langit.

Meskipun struktur atom yang membentuk alam atas itu berbeza, tetapi cara terbentuknya menerusi letupan-letipan besar adalah hampir sama, sampai kepada al-‘Arsy al-‘Azim, bingkai alam yang paling besar.

Jangan terkejut bahawa setiap lapisan bulatan alam itu mulai dari lapisan Jabal al-Qaf, sampai kepada lapis-lapis tujuh lapis langit adalah sangat tebal dengan ukuran sebanyak 1/3 dari jarak ruang angkasa antara satu sama lain. Begitu juga ukuran ketebalan setiap lapis alam-alam yang lebih tinggi hingga al-‘Arsy al-‘Azim semunya dengan ukuran 1/3.

Begitu besarnya ‘Alam al-Mulk atau “al-ard” (bumi) yang terdiri dari “tujuh Gunung Qaf” yang di dalamnya terdapat “tujuh ‘alam yang mengembang” ia menjadi “’alam kecil” pula terletak dalam ruang angkasa al-sama’ al-dunia (langit rendah).




Bukti sains alam yang sentiasa berkembang.

Pada tahun 1925, seorang ahli astronomi, bernama Edwin Hubble, telah dapat membuktikan (melalui kajian sains) iaitu galaksi 'menjauhkan' antara satu sama lain. Ini merupakan bukti yang jelas bahawa alam sentiasa berkembang. Sekarang, sains moden telah menerima pakai konsep ini. Allah SWT ada menyebut tentang fenomena ini dalam Al-Quran.

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa" (Surah Adz-Dzaariyaat: 47)

Perkataan Arab "muusi'uun" diterjemahkan sebagai "sedang berkembang" dan ia merujuk kepada konsep kejadian dan perkembangan alam ini.


TERDAPAT KUMPULAN ASAP SEBELUM TERCIPTANYA GALAKSI INI

Para saintis mengatakan bahawa sebelum terciptanya galaksi dan alam ini, objek-objek angkasa berada dalam bentuk kumpulan asap. Pendeknya, kumpulan-kumpulan asap yang terdapat di ruang angkasa adalah sangat besar. Dalam ayat Al-Quran di bawah parkataan Arab yang digunakan memberi maksud asap ialah "Dukhan".

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya (langit) dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati"" (Surah Fushshilat: 11)



BENTUK BUMI YANG SPERA

Pada zaman dahulu, manusia percaya bahawa bumi mendatar. Ini menyebabkan manusia takut untuk belayar jauh; takut kalau terjatuh di hujung dunia! Orang pertama yang membuktikan alam ini berbentuk sfera ialah Sir Francis Drake apabila beliau belayar mengelilingi dunia pada tahun 1597.

"Tidaklah kamu memerhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam." (Surah Luqman: 29)

"Memasukkan" di sini bermaksud Allah SWT menukarkan malam kepada siang dan siang kepada malam secara perlahan-lahan. Fenomena ini hanya boleh berlaku sekiranya dunia ini berbentuk sfera. Jika dunia ini mendatar, pastinya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam akan berlaku secara tiba-tiba.

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam."(Surah Az-Zumar: 5)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah "Kawwara" yang bermaksud menutup, sebagaimana serban menutup kepala. Penutupan secara "kawwara" yang bersilih ganti hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk sfera.

Dunia ini sebenarnya bukanlah bulat seperti bola, tetapi "Geo-Spherical", iaitu dunia ini mendatar di Kutub Utara dan Selatan. Ini dijelaskan dalam ayat Al-Quran di bawah:

"Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya"(Surah An-Naazi'aat: 30)

Perkataan Arab "dahaaha" di sini bermaksud telur burung unta. Ia juga bermaksud sesuatu yang luas terbentang (seperti dalam tafsiran, Yusuf Ali). Bentuk telur burung unta pula menyerupai bentuk bumi, iaitu bentuk "Geo-Spherical".


CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA YANG DIPANTULKAN

"Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya."(Surah Al-Furqan: 61)

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas yang membawa maksud matahari ialah "shams". Ia juga dirujuk sebagai "siraaj" yang bermaksud obor dan "wahhaaj" yang bermaksud lampu yang bernyala serta "diyaa" yang bermaksud sinaran (shinning glory). Ketiga-tiga perkataan tersebut adalah sesuai untuk menggambarkan matahari, memandangkan ia (matahari) menghasilakn haba dan cahaya melalui "Internal Combustion" - pembakaran dalaman.

Manakala, perkataan Arab bagi menunjukan makna bulan ialah "qamar" dan dihuraikan dalam Al-Quran sebagai "Muneer", yang
ASTRONOMI ISLAMSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.