Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Bahaya Syiah


Search This Blog

Bahaya Syiah

Bermacam-macam keganjilan yang dibuat oleh Syiah terhadap Islam. Di antaranya:

1.Tentang ibadah solat.
Imam solat mereka, solat di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).

2. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat  segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi daripada tanah.

3. Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota tiga kali berturut-turut akan membatalkan solat. Setengah mereka ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu sunat saja.

4. Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan "Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah" ditambah kalimah: "Wa Anna Aliyyan Wali Yullah". Dan selepas mengucapkan "Haiyya 'Alal Fallah" ditambahkan lagi dengan "Haiyya 'Alal Khairil 'Amal.

5. Wudhu' mereka tidak perlu basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.

6. Syarat untuk solat Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja. Jadi beratus-ratus ribu oranglah solat di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid. Seelok-elok saja selesai solat Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.

7. Waktu solat Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk dia pun seru kuat-kuat: "Rukuk". Kalau berdiri dia seru: "Qiyam!". Dan seterusnya dia sendiri tidak solat Jumaat sampai akhir.

8. Selalunya kalau ada yang menyebut Rasulullah, nanti yang lain menyahut dengan solawat untuk Rasulullah satu kali. Tapi kalau tersebut Khomeini maka bergemalah solawat sebanyak tiga kali.

9. Setiap pagi Jumaat tanah perkuburan penuh dengan beribu-ribu orang, termasuk ulama. Jadi macam pesta. Tanah perkuburan meriah dengan doa, syarahan dan majlis makan. Di Syiria, maqam-maqam Ahlil Bait diziarahi oleh rakyat Iran sambil memukul-mukul badan ke maqam, meratap-ratap dan menangis. Perempuan ramai buat begitu. Lelakinya tolong melagukan lagi supaya lebih kuat dan lebih lama tangisan itu. Bising tanah perkuburan dengan suara-suara ratapan itu. Berbeza sungguh cara orang Iran dengan kita. Tiap-tiap kubur di Iran diletakkan bendera-bendera dan gambar-gambar si mati. Sesetengahnya pula gambar Sayidina Ali dan gambar Imam Mahdi.

10. Tentang Imam Mahdi, orang Iran percaya Mohammad bin Al Askari, Imam mereka yang ke 12, yang ghaib waktu kecil (belum baligh) akan datang lagi untuk jadi Imam Mahdi. Mereka menunggu-nunggu kedatangannya dengan ghairah sekali. Sebab itu dinding-dinding bangunan, di tembok dan di kubur-kubur ada ditampalkan gambar "Imam Mahdi" sedang tidur.

Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya juga akan kedatangan Imam Mahdi. Tapi namanya bukan Mohammad bin Hassan Al Askari tapi Muhammad bin Abdullah. Dan kita tidaklah sampai ke tahap melukiskan gambar. Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah khilaf dalam menentukan siapa Imam Mahdi. Tapi tidaklah sampai meletakkan gambar.

11. Di Iran, jubah, serban hanya dipakai oleh ulama dan pelajar agama, yang bukan ulama pakai macam biasa, berseluar ketat dan kepala gondol. Walhal jubah serban ialah pakaian Rasulullah dan layak dipakai oleh sesiapa juga umatnya.

12. Setiap hari 10 Rejab, di Iran khususnya di Karbala orang-orang Syiah buat perayaan memukul diri, meratap-ratap dan menangis-nangis dengan suara tinggi menyesali kematian Sayidina Hussin. Jelas sekali Rasulullah melarang meratapi mayat. Tapi Khomeini tidak pernah tegur anak buahnya yang buat begitu. Kalau benar perjuangkan makruf dan mencegah kemungkaran, kenapa maksiat sebesar itu didiamkan saja.

Maka jelaslah bagi kita bahawa banyak penyelewengan yang dilakukan Syiah. Mereka telah mempermain-mainkan Al Quran dan Sunnah.

############################

[Bahaya Syiah]

Syiah adalah satu mazhab yang menganut aqidah dan ibadah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah:

1. Syiah Imamiah menokok tambah Al Quran yang asal Jumhurul Muslimin hingga bilangan ayat dan susunannya berubah sama sekali. Al Quran yang sebenarnya ada 6666 ayat.

2. Syiah Imamiah menolak banyak hadis sahih yang kebanyakkannya diriwayatkan oleh sebahagian sahabat besar. Tapi memasukkan kata imam-imam mereka sebagai hadis. Sebab itu mereka ada kitab hadis mereka sendiri namanya Usulul Kafi mengandungi 16000 hadis berbanding kitab hadis Bukhari yang mengandungi lebih kurang enam ribu hadis sahih.

3. Syiah Imamiah menganggap imam mereka maasum. Ucapan dan perbuatan mereka dikatakan hadis.

4. Imam mereka lebih mulia daripada para malaikat, Rasul dan para Nabi.

5. Para Imam mereka juga dikatakan mendapat wahyu.

6. Syiah Imamiah menganggap tiga orang Khulafaur Rashidin iaitu Abu Bakar, Umar, Usman itu fasik dan zalim, bahkan kafir. Malah setengah kitab-kitab mereka mengkafirkan serta melaknat sahabat besar, kecuali beberapa orang sahaja.

7. Syiah Imamiah menganggap isteri-isteri Rasulullah terutama Sayidatina Aisyah, Sayidatina Habsah dan Sayidatina Zainab bukan Ahlul Bait malah dikafir serta dilaknat.

8. Syiah Imamiah menganggap kerajaan selain daripada zaman pemerintahan Rasulullah dan Sayidina Ali adalah kerajaan thaghut. Seterusnya Ahli Sunnah Wal Jamaah dianggap musuh mereka seperti orang kafir.

9. Syiah Imamiah menganggap di zaman tidak ada imam, maka yang layak memerintah hanya ulama Syiah. Ulama AHli Sunnah tidak layak. Malah kata mereka kalau berada di bawah pimpinan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (dan selain Syiah) tidak wajib diikuti dan turut berjuang bersama. Kerana kepimpinan mereka tidak sah.

Lain2 keyakinan Syiah Imamiah:

10. Imam boleh memansuhkan hukum syariat

11. Mereka menuduh Nabi berbohong

12. Ulul Azmi meminta keuzuran daripada Allah

13. Para Nabi tidak tahu usul aqidah kecuali sesudah jadi Nabi

14. Perlantikan Rasul adalah wajib pada Allah

15. Para Rasul ada yang hasad dengki seperti Nabi Adam

16. Siapa yang tidak mengiktiraf imam mereka dianggap kafir

17. Mereka menganggap Siti Fatimah mendapat wahyu, dan wahyu itu ditulis oleh Sayidina Ali menjadi Mushaf Fatimah (Al Quran Fatimah)

18. Imam-imam mereka lebih alim daripada para Nabi kecuali Rasulullah SAW.

Banyak perkara di atas adalah perkara yang berkait dengan aqidah. Sesiapa yang menganut fahaman itu bererti menganut satu aqidah yang jauh bezanya dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya bukan menghukumkan sesat atau kafir pada puak ini. Terpulang pada para pembaca untuk menentukan apakah "title" yang layak pada mereka.

Dalam perkara ibadah iaitu hukum halal dan haram, terjadi juga perbezaan besar antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Antara yang paling menonjol ialah:

1. Menghalalkan nikah mut'ah (nikah kontrak).

2. Menghalalkan nikah dengan wanita Yahudi dan Nasrani.

3. Menganggap Nabi dan Imam mereka melakukan takiyah setiap kali mereka itu melakukan amalan umum umat Islam (yang berbeza dari yang Syiah katakan).

4. Hanya menyapu air di kaki ketika wudhu', tidak membasuh kaki.

5. Menganggap pemerintahan selain Rasulullah, Sayidina Ali dan Syiah adalah thaghut.

6. Menganggap tidak sah kepimpinan Ahli Sunnah

7. Tidak wajib taat kepada pemimpin selain Syiah.

8. Nikah mut'ah boleh dilakukan beberapa banyak perempuan.

Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengamal atau meyakinkan perkara-perkara di atas adalah termasuk perbuatan keji dan haram.

Demikianlah Syiah Imamiah menyimpang dari Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu bukan saja tentang perkara furu'iah tapi adalah aqidah. Ini merupakan bahaya yang paling besar bagi orang Islam. Bila aqidah menyimpang dari kebenaran, ibadah lain walau sebanyak mana pun tidak bernilai. Wallahu'alam

#############################

[Bahaya Syiah]

Syiah hanya wujud di zaman akhir Sayidina Ali k.w, iaitu pada tahun 37 Hijrah. Bukannya zaman Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam masih ada. Ertinya Syiah wujud sesudah wafat Rasulullah dan khalifah yang tiga. Kalau begitu Syiah bukan merupakan puak atau ajaran yang seperti apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Malah ia termasuk dalam golongan yang terpisah dari ajaran asal yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yakni salah satu dari 72 puak yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam:

Ertinya: "Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya, sungguh ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan, yang satu (1) golongan masuk syurga dan yang tujuh puluh dua (72) golongan akan masuk neraka." Lalu beliau ditanya, "Wahai Rasulullah, siapakah mereka (yang masuk syurga)?" beliau menjawab: "Iaitu Al Jama'ah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)."" [Sunan Ibnu Majah hadits no.3982]

#############################

[Bahaya Syiah]

Nikah Mut'ah.

Satu fatwa yang sangat sesat dari Kaum Syiah ialah menghalalkan nikah mut'ah.

Cara nikah mut'ah itu ialah, bahawa dua orang lelaki dan perempuan tanpa wali dan tanpa saksi nikah dengan akad: Mengahwini aku akanmu selama seminggu (umpamanya) dengan upah xx500.

Mereka bergaul seminggu dan sesudah seminggu nikahnya tercerai sendirinya.

Iddah wanita yang tercerai dari nikah mut'ah ini adalah 2 kali haidh wanita yang berhaidh dan 45 hari bagi wanita yang tidak berhaidh.

Nikah mut'ah boleh saja dengan banyak wanita, tidak perlu hanya dibolehkan sampai empat sebagai kahwin biasa.

Kaum Syiah mengambil dalil dari ayat Quran:
Artinya: "(menurut Syiah) Maka wanita-wanita yang telah kamu istimta' dengan mereka, berikanlah kepada mereka upah mereka, sebagai suatu kewajipan" [An Nisa: 24]

Dalam ayat ini - kata orang Syiah - kita boleh istimta' (bersenang-senang) dengan wanita asal dibayar upahnya. Istimta' itu ialah mut'ah, katanya.

Kaum Ahlussunnah wal Jama'ah dan Imam-imam yang berempat menganggap bahwa nikah mut'ah itu sama saja dengan zina, terlarang dan haram hukumnya.

Arti ayat an Nisa' 24 ini bukanlah menghalalkan mut'ah, tetapi ayat semata-mata bergantung dengan soal nikah.

Arti yang sebenarnya dari ayat ini ialah:
"Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) berikanlah kepada mereka maharnya dengan sempurna sebagai suatu kewajipan".

"Ujur" dalam ayat ini bukan berarti "upah", tetapi berarti "mahar", sebagai juga yang tersebut dalam ayat:
Artinya: "Maka kahwinilah mereka dengan seizin tuannya dan berikanlah mahar (mas kawin) dengan cara yang patut". [An Nisa': 25]

Di situlah terletak kesalahan Syiah, sampai menghalalkan yang haram, tersebab kerana tersalah dalam mengartikan "ujur".

#############################

[Bahaya Syiah]

I'ttiqad At Taqiyah bagi kaum syiah adalah menyembunyikan faham yang sebenarnya dan melahirkan yang lain daripada yang ada dalam hati.

Faham at taqiyah ini sama dengan "membohong"

Mereka kaum Syiah kalau melihat bahwa yang berkuasa kaum Ahlussunnah maka mereka pura-pura Ahlussunnah, kalau Khawarij berkuasa maka mereka pura-pura Khawarij dan kalau kaum Mu'tazilah berkuasa maka mereka menjadi Mu'tazilah pula.

Hal ini bukan tidak sengaja, tetapi wajib dibuat begitu dan ini salah satu dasar kepercayaan Syiah.

Orang kalau belum pandai bertaqiyah belum boleh dinamakan Syiah.

Bagi kaum Ahlussunnah hal ini termasuk golongan orang munafiq yang akan dimasukkan ke dalam alas yang terbawah sekali dari neraka.

Nabi Muhammad Saw, bersabda:
"Tanda-tanda orang Munafiq tiga, iaitu: Membohong apabila berkata, berdusta apabila berjanji, berkhianat apabila dipercayai"
[HR Imam Bukhari dan Muslim]

Bahaya SyiahSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.