Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Penjelasan mengenai fahaman wahabi


Search This Blog

Penjelasan mengenai fahaman wahabi

22. Penjelasan mengenai fahaman wahabi

Soalan : Assalamu'alaikum. Tuan mufti saya ingin penjelasan mengenai fahaman wahabi yang sedang menjadi isu hangat ketika ini. Adakah fahaman ini mengelirukan atau menyesatkan umat Islam dan apakah sebab-sebabnya.  Yang keduanya bagaimana dengan hukum mengamalkan solawat shifa', nahriyah, badriyah, munjiah tafrijiah dan lain-lain.

Jawapan: Waalaikumsalam wbt.

Aliran Fahaman Wahabi yang diasakan Muhammad Abd Wahab (1115-1206H) melibatkan soal aqidah, syariah dan akhlak yang bercanggah dengan fahaman ahli sunnah waljamaah mengikut Mazhab Syafie, boleh memberi ancaman kepada perpaduan dan keselamatan negara. Oleh itu fahaman ini tidak sesuai diamalkan oleh umat Islam negara ini.

Mengamalkan selawat shifa’, nahriyah, badriyah, munjiah dan lain-lain adalah amalan yang mempunyai fadhilatnya sendiri (fadhailul a’mal). Untuk itu boleh beramal dengannya. Bagi mereka yang tidak mahu beramal, terpulanglah kepadanya. Sebagai orang awam, janganlah semudah-mudah untuk menyalahkan amalan-amalan yang dibuat oleh orang lain, kecuali yang jelas larangnya.

Wallahu a’alam

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor

Penjelasan mengenai fahaman wahabiSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.