Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: SANGAT MUDAH KENALI WAHHABI


Search This Blog

SANGAT MUDAH KENALI WAHHABI

SANGAT MUDAH KENALI WAHHABI

Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh,kerana 3 Mazhab lain pun tidak membaca Qunut Subuh,itu khilaf Mazhab.

Bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qaul dlm Mazhab Syafi'e yg tidak menggalakkannya.

Bukan juga kerana itu & ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yg salah yg membentuk satu gerakan ekstrem yg boleh memecahbelahkan masyarakat. Kemuncak ekstrem dan radikal Wahabisme sehingga boleh membawa pertumpahan darah seperti  DAESH, IS, ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban.

Semua gerakan ekstremis ini adalah hasil dari didikan Wahabi.

Di Archipelago Nusantara, hanya negara Brunei serta beberapa buah negeri di Malaysia yg masih merupakan kubu terkuat Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Paparan media massa telah menunjukkan majoriti bilangan para militan berada di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina dimana Dakyah Wahabi diterima dan diamal sebahagian besar oleh penduduknya.

Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yg kononnya menyeru supaya Jangan taqlid, jangan mengikut membuta tuli, menyeru kononnya supaya Kembali kpd al-Quran & al-Sunnah.

1) Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan org lain yg tidak sehaluan dgn mereka dan merasakan hanya amalan mereka shj yg betul. Hanya mereka shj kononnya mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak).

2) Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada dlm 2 bentuk:-
(i) Baik (Hasanah) &
(ii) Sesat (Dolalah).
Bagi Wahabi semua Bid'aah adalah sesat dan masuk Neraka. Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar dan bagi mereka wajib ditentang. Lalu Wahabi membesarkan perbezaan pendapat dan membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada. Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbanyak menuturkan 'Bid'aah' terhadap amalan org lain dan menjadikan ianya wirid harian.

3) Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus utk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum drpd al-Quran dan al-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas dan dalil, walhal perintah yg bersifat umum sudah ada, namun mereka menolaknya. Wahabi marah membaca Surah Yassin mlm Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah memperbykkan membaca al-Quran sudah cukup byk dan memadai? Adakah nas melarangnya pula? Tidak. Tiada Larangan.

4) Wahabi adalah gerakan MENSYIRIKKAN org lain. Tawassul bg mereka syirik kecuali tawassul dgn amalan soleh dan dgn Asmaul Husna sahaja. Walhal para Sahabat dan Salafus Soleh bertawassul dgn pelbagai bentuk lain.

5) Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT yakni mensifatkan Allah SWT itu:-
# bertangan
# duduk atas Arasy
# ketawa
# Allah di atas langit

Wahabi menolak takwil yg dibawa oleh manhaj Ashairah dan Maturidiyyah, sdgkan manhaj Ashairah dan Maturidiyyah itu lebih selamat dari mensifatkan Allah SWT dgn sifat-sifat makhluk.

6) Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith dan MEMARDUDKAN hadith dhaif menolak penggunaan hadith2 dhaif dan membakulsampahkan semua hadith2 dhaif. Sedangkan sejak lebih seribu tahun para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dlm hal fadhailul amal dan targhib wa tarhib. Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid dan mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh Al-Albani.

Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian Kibarul ulama Saudi hari ini,manakala kitab2 rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab. Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga apabila didtgkan hujah drpd para ulamak lain yg muktabar yang tidak sealiran dgn mereka.

7) Wahabi gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi dan Tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dgn fikrah mereka. Kitab2 Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Al-Dhahabi, Al-Syawkani khususnya, menjadi rujukan di dlm bab memburuk dan mencemuh para Sufi, kerana Wahabi adalah gerakan anti-Sufi. Walhal Ibnu Taimiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah. Wahabi Malaysia mengatakan tasawuf lebih kotor drpd air longkang, sedangkan Sufi ada yg baik dan ada yg sesat, sepertimana umat Islam yg lain juga amnya, ada yg Soleh, ada Munafik dan ada yg berdosa. Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik Sufi palsu walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.

8) Wahabi MENOLAK IMAM AL-GHAZALI RA dan jarang dengar mereka mengutip kalam Imam Al-Ghazali RA. Bagi mereka Imam Al-Ghazali RA Hujjatul Islam itu jahil hadith.

Itulah Wahabi, dan jgn terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu hantu, momok dan tidak wujud. Kenal dulu ciri2 Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka. Kalau yg melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi
(yg malu mengaku). Hati2 dgn mereka ini walaupun petah berbicara dan mulut penuh dgn ayat2 al-Quran dan al-Hadith.

Ada Wahabi Malaysia yg sgt terkenal dan bicara memukau sehingga ramai org awam tertipu.

Dgn pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan, Perak, Pahang & Kedah, moga2 makin ramai yg sedar dan makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yg bertopeng dan begitu licik selama ini.

Jgn terkejut jika ada ustaz2 yg anda kagumi selama ini sebenarnya/mungkin pendokong Wahabi. Identiti mereka tidak dapat disorok lagi. Kita sudah tahu jantan betinanya...

SANGAT MUDAH KENALI WAHHABISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.