Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Search This Blog

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

Solat sunat Istikharah ialah solat memohon petunjuk drpd Allah swt. Hendaklah berterusan mengerjakan solat istikharah dan membaca doanya pada setiap hari sebelum memulakan sebarang pekerjaan dan ketika mempunyai hajat yg penting.

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

🔷Lafaz niat solat istikharah ialah:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الإسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Ketika sujud terakhir seeloknya dibaca ayat di bawah sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan:

سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا، إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيْمُ الْحَكِيْمُ

SUBHANAKA LA 'ILMA LANA ILLA MA 'ALLAMTANA, INNAKA ANTAL 'ALIMUL HAKIM
"Maha Suci Engkau, tidak ada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang telah Engkau ajari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Setelah salam, baca doa di bawah sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: Apabila kamu inginkan sesuatu perkara, maka hendaklah solat (istikharah) 2 rakaat, kemudian baca doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيْمِ، إِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ. اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ...
(Sebutkan hajat sama ada urusan pernikahan, perniagaan atau musafir)
خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي, ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ. وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon petunjuk dan pilihanMu. Aku memohon kepadaMu dari kurniaanMu yang besar kerana Engkau sahajalah Yang Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkaulah Yang Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah! Sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini.........(Sebutkan hajat sama ada urusan pernikahan, perniagaan atau musafir) adalah baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka taqdirkanlah ia dan permudahkan ia untukku, kemudian Engkau berkatilah ia untukku. Sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk dan tidak baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka jauhkanlah dan palingkanlah ia daripadaku dan taqdirkanlah kebaikan untukku di mana sahaja ia berada, kemudian limpahkanlah keredhaanMu kepadaku dengannya." (HR. Bukhari)

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

SOLAT SUNAT ISTIKHARAHSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.