Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Kaifiat Surah al Insyirah

Search This Blog

Kaifiat Surah al Insyirah

[94] Surah al Insyirah

ﺑِﺴۡﻢِ ﭐﻟﻠﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ

ﺃَﻟَﻢۡ ﻧَﺸۡﺮَﺡۡ ﻟَﻚَ ﺻَﺪۡﺭَﻙَ ( ١ ‏) ﻭَﻭَﺿَﻌۡﻨَﺎ ﻋَﻨﻚَ ﻭِﺯۡﺭَﻙَ ( ٢ ‏) ﭐﻟَّﺬِﻯٓ ﺃَﻧﻘَﺾَ ﻇَﻬۡﺮَﻙَ ( ٣ ‏) ﻭَﺭَﻓَﻌۡﻨَﺎ ﻟَﻚَ ﺫِﻛۡﺮَﻙَ ( ٤ ‏) ﻓَﺈِﻥَّ ﻣَﻊَ ﭐﻟۡﻌُﺴۡﺮِ ﻳُﺴۡﺮًﺍ ( ٥ ‏) ﺇِﻥَّ ﻣَﻊَ ﭐﻟۡﻌُﺴۡﺮِ ﻳُﺴۡﺮً۬ﺍ ( ٦ ‏) ﻓَﺈِﺫَﺍ ﻓَﺮَﻏۡﺖَ ﻓَﭑﻧﺼَﺐۡ ( ٧ ‏) ﻭَﺇِﻟَﻰٰ ﺭَﺑِّﻚَ ﻓَﭑﺭۡﻏَﺐ ( ٨ ‏)

Artinya:
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, (1) Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, (2) yang memberatkan punggungmu? (3) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan [nama]mu. (4) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (6) Maka apabila kamu telah selesai [dari sesuatu urusan], kerjakanlah dengan sungguh-sungguh [urusan] yang lain, (7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (8)

Berkata Orang-orang Soleh :

"Sesiapa yang berterusan membacanya selepas setiap kali solat lima waktu, nescaya Allah akan memudahkan urusannya, menghilangkan kesedihannya dan mengurniakan kepadanya rezeki dengan tidak disangka-sangka."

Manakala sebahagian yang lain berkata :

"Membacanya, akan memudahkan rezeki, melapangkan dada, menghapuskan kesusahan dalam pelbagai perkara, membaiki keadaan orang yang malas untuk melakukan ketaatan dan gagal menguruskan kehidupan menjadi rajin dan cergas, jika ia sentiasa dibaca dengan ikhlas dan yakin."

Sebahagian orang soleh menyebut bahawa bilangan bacaan yang terbukti berkesan dan mendatangkan manfaat ialah sebanyak 700,000 kali.

#Sumber : Kitab Pintu-Pintu Pelepasan. Al Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani R.A.

Dan membaca سورة الشرح sebelas kali lepas tiap-tiap sembahyang fardhu bagi memasuki syurga daripada mana-mana pintu yang dikehendaki dan dikahwin dengan anak-anak bidadari daripada mana-mana yang dicintai.

# Sumber : Kitab Safinatus Salamah karangan Tuan Sheikh Hj. Ahmad bin Sheikh Hj. Mohd Said Al Linggi (Mufti pertama Negeri Sembilan)

Kaifiat Surah al InsyirahSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.