Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi

Search This Blog

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

Solat sunat Istikharah ialah solat memohon petunjuk drpd Allah swt. Hendaklah berterusan mengerjakan solat istikharah dan membaca doanya pada setiap hari sebelum memulakan sebarang pekerjaan dan ketika mempunyai hajat yg penting.

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

🔷Lafaz niat solat istikharah ialah:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الإسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Ketika sujud terakhir seeloknya dibaca ayat di bawah sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan:

سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا، إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيْمُ الْحَكِيْمُ

SUBHANAKA LA 'ILMA LANA ILLA MA 'ALLAMTANA, INNAKA ANTAL 'ALIMUL HAKIM
"Maha Suci Engkau, tidak ada pengetahuan bagi kami melainkan apa yang telah Engkau ajari kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Setelah salam, baca doa di bawah sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ: Apabila kamu inginkan sesuatu perkara, maka hendaklah solat (istikharah) 2 rakaat, kemudian baca doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيْمِ، إِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ. اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ...
(Sebutkan hajat sama ada urusan pernikahan, perniagaan atau musafir)
خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي، فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي, ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ. وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي، فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon petunjuk dan pilihanMu. Aku memohon kepadaMu dari kurniaanMu yang besar kerana Engkau sahajalah Yang Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkaulah Yang Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah! Sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini.........(Sebutkan hajat sama ada urusan pernikahan, perniagaan atau musafir) adalah baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka taqdirkanlah ia dan permudahkan ia untukku, kemudian Engkau berkatilah ia untukku. Sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk dan tidak baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka jauhkanlah dan palingkanlah ia daripadaku dan taqdirkanlah kebaikan untukku di mana sahaja ia berada, kemudian limpahkanlah keredhaanMu kepadaku dengannya." (HR. Bukhari)

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

SOLAT SUNAT ISTIKHARAHSocialTwist Tell-a-Friend

SOLAT TAHAJJUD

SOLAT TAHAJJUD

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

🔷Lafaz niat:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat tahajjud dua raka'at kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ

Semasa sujud akhir dalam rakaat kedua, ucapkan sebanyak 3 kali,

رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ، وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ، وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيْرًا

"Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya denga cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku."
(QS Al Israa': 80)

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

SOLAT TAHAJJUDSocialTwist Tell-a-Friend

SOLAT SUNAT RAWATIB

SOLAT SUNAT RAWATIB

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

Solat sunat Rawatib ialah solat2 sunat dilakukan sebelum dan sesudah solat fardhu lima waktu iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Solat2 sunat yang dikerjakan sebelum solat fardhu dinamakan 'Qabliyyah' dan yg dikerjakan selepas solat fardhu dinamakan 'Ba'diyyah'.

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

1) Solat sunat sebelum Subuh dua raka'at

🔷Lafaz niatnya ialah:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat Subuh dua rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Insyirah:
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Fil:
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَٰبِ ٱلۡفِيلِ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

CATATAN: Tidak ada solat sunat selepas mengerjakan solat fardhu Subuh.

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

2) Solat sunat empat raka'at sebelum Zohor dan selepasnya.

🔷Lafaz niat solat sunat sebelum Zohor:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor empat rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

🔷Lafaz niat solat sunat selepas solat Zohor:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الظُّهْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ بَعْدِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat selepas Zohor empat rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

3) Solat sunat sebelum Asar dua rakaat.

🔷Lafaz niat solat sunat sebelum Asar:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الْعَصْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

CATATAN: Tidak ada solat sunat selepas mengerjakan solat fardhu Asar.

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

4) Solat sunat dua raka'at sebelum dan selepas Maghrib.

🔷Lafaz niat solat sunat sebelum Maghrib:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat sebelum Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

🔷Lafaz niat solat sunat selepas Maghrib:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

5) Solat sunat dua raka'at sebelum dan selepas Isya'.

🔷Lafaz niat solat sunat sebelum Isya':

أُصَلِّيْ سُنَّةَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat sebelum Isya' dua rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

🔷Lafaz niat solat sunat selepas Isya':

أُصَلِّيْ سُنَّةَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ بَعْدِيَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat selepas Isya' dua rakaat kerana Allah Taala."

♦Pada rakaat pertama:
Surah al Fatihah
Surah al Kafirun:
قُلۡ يَٰۤأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

♦Pada rakaat kedua:
Surah al Fatihah
Surah al Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
(Atau surah lain yg dikehendaki.)

~~~~~~~🍀🌹🍀~~~~~~~

SOLAT SUNAT RAWATIBSocialTwist Tell-a-Friend

Kisah Tassawuf & Tareqat Digeruni Dajjal Dan Pengikutnya

Kisah Tassawuf dan tareqat digeruni dajjal, orang kafir dan pengikutnya:

Kenapa dajjal, eropah, freemason,illuminati sangat benci kepada ilmu tasawwuf dan tareqat..???

Sebabnya, tasawwuf mengajarkan kita penyucian hati dan taqarrub (dekat) dengan Allah dan apabila hati suci dan dekat dengan Allah, maka nusrah (pertolongan Allah) akan terzahir seperti yang berlaku kepada para Sahabat Nabi SAW yang hanya dengan 313 tentera dalam keadaan kelengkapan yang kurang, dapat hancurkan 1000 tentera kafir yang lengkap bersenjata pada perang badar, begitu juga yang berlaku kepada Sayyidina Khalid Al-Walid r.a, hanya dengan membawa 59 orang tentera dari para Sahabat, mereka dapat menghancurkan tentera Rom seramai 60 000 orang yang lengkap berbaju besi dan bersenjata canggih.

Sejarah telah membuktikan peperangan demi peperangan Islam dengan kafir adalah asbab amalan-amalan mendekatkan diri kepada Allah SWT yang para Ulama' namakan dengan ilmu "Tasawwuf" dan aqidah yang shohih iaitu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang disusun melalui mazhab oleh Asya'irah dan Maturidiyyah. Cuba baca sejarah Sultan Salahuddin al-Ayubi yang merupakan seorang sufi (ahli tasawwuf) dan berakidah Asy'ari dan bermazhab Syafi'e, baca sejarah sultan Muhammad al-Fatih yang juga seorang sufi dan bermazhab Hanafi dan berakidah maturidi dan ramai lagi para Mujahid lain.

Begitu juga peperangan moden seperti perang Afghan dengan Russia yang lengkap bersenjata dapat dikalahkan oleh orang Afghan yang pakai senjata murah tapi mereka bermazhab hanafi, beraqidah maturidi dan ahli tareqat (sufi) chisty dan lain-lain tareqat maka tentera lengkap bersenjata itu hancur lebur. Begitu juga dengan para mujahid chechen yang menentang Russia juga dalam keadaan kelengkapan perang yang sedikit tetapi mereka bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan mengikut tareqat naqshabandi, dan mereka hancurkan musuh dengan zikir.

Di tanah Melayu juga, para pejuang Melayu yang menentang orang kafir penjajah semuanya bermazhab Syafi'e, beraqidah Asy'ari dan Ahli Sufi. Kepada yang biasa dengan sejarah Islam, tentu tahu kisah Nabi Sulaiman a.s. yang mahukan istana Balqis dibawa ke depannya lalu jin ifrit memnawarkan diri untuk bawa, tapi masa yang dia perlukan agak lama, kemudian seorang ahli ibadat yang merupakan seorang sufi mempelawa untuk bawa istana tersebut hanya dengan sekelip mata.

Sejak dari hari itu syaitan, jin,dajjal, iblis sangat ANTI kepada Ahli Sufi kerana "teknologi" mereka lebih hebat. Ahli sufi yang memang terkenal sebagai jemaah zikir yang sangat digeruni dajjal dan pengikutnya kerana nusrah Allah sentiasa bersama mereka kerana Allah berfirman mafhumnya ingatlah aku maka pasti aku akan mengingatiMu.

Dajjal dan illuminati berusaha keras untuk hapuskan fahaman sufi dan tareqat dari umat Islam tapi selama ratusan tahun mereka tidak berjaya. Akhirnya mereka sedar yang jemaah sufi tidak boleh dihapuskan dengan kekerasan tentera sepertimana mereka tidak boleh hapuskan para Sahabat dengan kekerasan.

Selepas itu apa yang dajjal cuba lakukan..???

1) Mereka jauhkan Ahli Sufi dengan amalan-amalan sufi mereka dengan memperkenalkan pelbagai hiburan, politik, wang dan sebagainya sehingga umat Islam pun leka dan sibuk hendak berpolitik juga. Sedangkan sejak dahulu kaum Sufi sangat terkenal dengan prinsip zuhud yang tidak ada kebesaran dunia dalam hati seperti hiburan, politik, wang dan lain-lain lagi. Bila Ahli Sufi dijauhkan dari amalan sufi, maka Allah tidak akan membantu mereka lagi lalu mereka dihancurkan oleh tentera kafir.

2) Dajjal dan illuminati tahu mereka tidak dapat fitnah kaum sufi kerana mereka orang kafir, tidak ada orang Islam yang akan percaya mereka, maka mereka wujudkan 3 jemaah seperti yang diceritakan oleh Syeikh Ramadhan al-Butti iaitu jemaah wahabi untuk menyesatkan benua arab,
jemaah qadiani untuk menyesatkan benua india dan jemaah baha'iyyah untuk sesatkan benua asia.

ketiga-tiga jemaah ini wujud secara serentak dalam satu masa dan mereka berjaya menyesatkan umat Islam secara besar-besaran.

Tapi di Nusantara, jemaah bahaiyyah tidak berjaya sesatkan bangsa Melayu yang beragama Islam kerana bangsa Melayu yang beragama Islam sangat terkenal berpegang teguh pada mazhab Syafi'e, aqidah Asya'ari dan amalan-amalan Sufi. Zikir-zikir mereka sentiasa bertalu sehingga ke hari ini.

Tapi di benua Arab, dajjal berjaya menapak di sana dengan membawa fahaman wahabi. Jadi jangan hairan lah kenapa budak-budak wahabi sangat elergi dan anti dengan tareqat, sufi, zikir dan tasawwuf. Kini di Nusantara jemaah bahaiyyah yang gagal telah diganti dengan jemaah wahabi dan budak-budak wahabi berusaha keras untuk hapuskan amalan-amalan sholeh di Nusantara dengan alasan bid'ah, kufur, syirik, tahayul, dan bla bla bla... Zikir selepas solat pun dituduh bid'ah dan masuk neraka.

Kini jemaah sufi semakin pudar kerana fahaman wahabi telah menyusup, dan bila ahli sufi mula terpedaya dengan tipu helah wahabi, mereka akan tinggalkan zikir. Maka sekali lagi pada zaman milenium ini, dajjal menghantar tenteranya di negara-negara umat Islam untuk menyerang mereka dan terbukti jelas umat Islam telah dizalimi dengan teruk. Kerana mereka dulu yang berpegang teguh pada amalan-amalan sholeh, kini mereka tinggalkan kerana tipu helah wahabi yang mengatakan ia adalah perbuatan "bid'ah". Maka nusrah Allah pun hilang, dan tentera-temtera sufi seperti ikhwan muslimin yang diasaskan oleh imam Hasan Albanna yang bermazhab Hanafi, beraqidah asyari dan ahli tareqat tijani (tak silap saya) kini sudah mula tidak mahu bermazhab, menolak zikir, bida'ahkan orang lain sana sini dan mula pukul canang dengan slogan "islam itu mudah" dan mereka hanya mengikuti "al-qur'an dan as-Sunnah". Mereka sudah lupakan perjuangan asal imam Hassan Albanna yang pegang teguh pada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Namun percayalah satu hari nanti Jemaah Ahli Sufi akan kembali diberi nafas baru, yang zuhud dan tiada kebesaran dunia dalam hatinya, dan hatinya penuh kebesaran hanya kepada Allah SWT dan mereka akan muncul seperti yang dikhabarkan dalam sebuah Hadith contohnya sebuah Hadith yang menceritakan bahawa umat Islam akan ditimpa bencana kemarau dan tiada makanan selama bertahun-tahun ketika dajjal datang, dan hanya pengikut dajjal sahaja yang dapat makanan kerana mereka mengikuti dajjal. Para sahabat bertanya apa makanan umat Islam yang tidak mengikuti dajjal ketika itu wahai Rasulullah..??? Nabi SAW menjawab ZIKIR.

Begitu juga dalam Hadith yang lain Rasulullah SAW khabarkan tentera-tentera Islam dari kalangan Ahli Sufi akan hancurkan musuhnya hanya dengan TAKBIR dan ZIKIR.

Tidak mungkin tentera-tentera Islam yang kuat bezikir ini akan datang dari kalangan wahabi kerana mereka mengkafirkan jemaah zikir dan mereka sendiri tidak berzikir kecuali zikir "bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah bid'ah apa dalil apa dalil apa dalil apa sanad apa sanad tahyul tahyul tahyul khurafat khurafat syirik syirik syirik kafir kafir kafir" yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, atau para Sahabat mahupun mana-mana Salafus Sholeh.

Maka Jemaah Zikir yang manakah Rasulullah SAW maksudkan yang akan menghancurkan dajjal serta sekutunya..???

Semoga Allah tetapkan hati kita dan seluruh keluarga kita serta keturunan kita dengan "Zikirrullah" yang sangat digeruni oleh dajjal dan sekutunya.

Aamiin... ya Rob.

Kisah Tassawuf & Tareqat Digeruni Dajjal Dan PengikutnyaSocialTwist Tell-a-Friend

Selawat Azimiah ( ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻌﻈﻤﻴﺔ )

Selawat Azimiah ( ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻌﻈﻤﻴﺔ )

اَللّٰهُمَّ إِﻧِّﻲْ أَسْأَلُكَ ﺑِﻨُﻮْﺭِ ﻭَﺟْﻪِ اللّٰهِ الْعَظِيْمِ

Allāhumma innī as’aluka bi-nūri wajhillāhil ‛aẓīm,
Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada Engkau dengan cahaya Dzat Allah Yang Maha Agung

ﺍﻟَّﺬِيْ مَلَأ ﺃَﺭْكَاﻥَ ﻋَﺮْﺵِ اللّٰهِ الْعَظِيْمِ

Alladhī mala’a arkāna ‛arshillāhil ‛aẓīm,
yang memenuhi tiang-tiang 'arasy Allah Yang Maha Agung

ﻭَﻗَﺎْﻣَﺖْ ﺑِﻪِ ﻋَﻮَﺍْﻟِﻢُ اللّٰهِ الْعَظِيْمِ

Wa qāmat bihī ‛awālimullāhil ‛aẓīm,
dan berdiri dengannya alam-alam Allah Yang Maha Agung

ﺃَﻥْ تُصَلِّيَ عَلَىٰ ﻣَﻮْلَاﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﺫِﻱ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ

An tuṣalliya ‛alā mawlānā Muḥammadin dhil-qadril ‛aẓīm,
agar Engkau berselawat atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, yang mempunyai kadar yang agung

ﻭعَلَىٰ ﺁﻝِ ﻧَﺒِﻲِّ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ

Wa ‛alā āli nabiyyillāhil ‛aẓīm,
dan (berselawat juga) atas keluarga Nabi Allah Yang Maha Agung

ﺑِﻘَﺪْﺭِ ﻋَﻈَﻤَﺔِ ﺫَﺍْﺕِ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ

Bi-qadri ‛aẓamati dhātillāhil ‛aẓīm,
dengan kadar keagungan Dzat Allah Yang Maha Agung

ﻓِﻲْ ﻛُﻞِّ ﻟَﻤْﺤَﺔٍ ﻭَﻧَﻔَﺲٍ ﻋَﺪَﺩَﻣَﺎ ﻓِﻲْ ﻋِﻠْﻢِ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ

Fī kulli lamḥatin wa nafasin ‛adada mā fī ‛ilmillāhil ‛aẓīm,
pada setiap kelipan dan penafasan sebilangan apa yang ada pada ilmu Allah Yang Maha Agung

صَلَاﺓً ﺩَﺍْﺋِﻤَﺔً ﺑِﺪَﻭَﺍْﻡِ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ

Salātan dā’imatan bi-dawāmillāhil ‛aẓīm,
selawat yang sentiasa berkekalan dengan kekalnya Allah Yang Maha Agung

ﺗَﻌْﻈِﻴْﻤًﺎ ﻟِﺤَﻘِّﻚَ ﻳَﺎ ﻣَﻮْلَاﻧَﺎ ﻳَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪُ ﻳَﺎ ﺫَﺍ ﺍﻟْﺨُﻠُﻖِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ

Ta‛ẓīman li-ḥaqqika yā mawlānā yā Muḥammadu yā dhal-khuluqil ‛aẓīm,
kerana mengagungkan hakmu wahai penghulu kami, wahai (Nabi) Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang agung

ﻭَﺳَﻠِّﻢْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ وَ عَلَىٰ ﺁﻟِﻪِ ﻣِﺜْﻞَ ذٰلِكَ

Wa sallim ‛alayhi wa ‛alā ālihī mithla dhālik,
dan salamlah keatasnya dan keatas ahli keluarganya seperti semua itu juga

ﻭَﺍﺟْﻤَﻊْ ﺑَﻴْﻨِﻰْ ﻭَﺑَﻴْﻨَﻪُ ﻛَﻤَﺎ ﺟَﻤَﻌْﺖَ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﺮُّﻭْﺡِ ﻭَﺍلنَّفْسِ

Wajma‛ baynī wa-baynahū kamā jama‛ta baynarrūḥi wannafsi,
dan himpunkanlah antaraku dan antaranya (Rasulullah) sebagaimana Engkau himpunkan antara roh dan diri (jasad)

ﻇَﺎﻫِﺮًﺍ ﻭَﺑَﺎﻃِﻨًﺎ , ﻳَﻘَﻈَﺔً ﻭَﻣَﻨَﺎﻣًﺎ

Zāhiran wa bāṭinan, yaqẓatan wa manāman,
pada zahirnya dan pada batinnya, dalam keadaan sedar mahupun di dalam keadaan tidur

ﻭَﺍﺟْﻌَﻠْﻪُ ﻳَﺎﺭَﺏِّ ﺭُﻭْﺣًﺎ ﻟِﺬَﺍْتِيْ ﻣِﻦْ ﺟَﻤِﻴْﻊِ ﺍﻟْﻮُﺟُﻮْﻩِ

Waj‛alhu yā Rabbi rūḥan li-dhātī min jamī‛il wujūhi,
dan jadikanlah dia (Rasulullah) ya Tuhanku sebagai roh bagi dzatku daripada segala segi

فِي ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻗَﺒْﻞَ الآﺧِﺮَﺓِ ، ﻳَﺎ عَظِيْمُ

Fiddunyā qablal ākhirati, yā ‛aẓīm.
di dunia, sebelum hari akhirat, ya Allah Yang Maha Agung

Rujukan : Web Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/160-maklumat-tarekat-tassawuf/614-pengenalan-tarekat-ahmadiah-al-idrisiah-al-rashidiah-al-dandarawiah

Selawat Azimiah ( ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻌﻈﻤﻴﺔ )SocialTwist Tell-a-Friend

Istighfar Kabir ( الاستغفار الكبير )

Istighfar Kabir ( الاستغفار الكبير )

أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ الْعَظِيْمَ ،

Astaghfirullāhal ‛aẓīm,
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Agung

الَّذِيْ لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ ،

Alladhī lā ilāha illā hū, al-ḥayy al-qayyūm,
Yang tiada tuhan yang disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Dengan SendiriNya

غَفَّارَ الذُّنُوْبِ ذَاالْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ ،

Ghaffār adh-dhunūbi, dhal-jalāli wal-ikrām,
Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun segala dosa, Yang mempunyai Ketinggian dan Kemuliaan

وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِي كُلِّهَا وَالذُّنُوْبِ وَالآثَامِ ،

Wa atūbu ilayhi min jamī‛il-ma‛āṣī kullihā wal-dhunūbi wal-āthām,
Dan aku bertaubat kepadaNya dari semua kemaksiatan, semua sekali, dan dari segala dosa dan kesalahan

وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأً

Wa min kulli dhanbin adhnabtuhu ‛amdan wa khaṭa’ā,
Dan daripada segala dosa yang aku lakukannya sama ada sengaja atau tidak sengaja

ظَاهِرًا وَبَاطِنًا ، قَوْلاً وَفِعْلاً ،

Zāhiran wa bāṭinā, qawlan wa fi‛lā,
Yang zahir dan yang batin, dalam bentuk percakapan dan dalam bentuk perbuatan

فِي جَمِيْعِ حَرَكَاتِىْ وَسَكَنَاتِىْ وَخَطَرَاتِىْ وَأَنْفَاسِىْ كُلِّهَا

Fī jamī‛i ḥarakātī wa sakanātī wa khaṭarātī wa anfāsī kullihā,
Dalam setiap pergerakkanku dan dalam setiap diamku dan dalam setiap lintasan hati dan dalam setiap penafasanku, semuanya sekali

دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا ،

Dā’iman abadan sarmadā,
Selalu, selama-lamanya dengan tiada akhirnya

مِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ أَعْلَمْ ، وَمِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ لَا أَعْلَمْ ،

Minadh-dhanbilladhī a‛lam, wa minadh-dhanbilladhī lā a‛lam,
Daripada dosa yang aku ketahui dan daripada dosa yang tidakku ketahui

عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ العِلْمُ ، وَأَحْصَاهُ الْكِتَابُ ، وَخَطَّهُ الْقَلَمُ ،

‛Adada mā aḥāṭa bihil ‛ilmu wa aḥṣāhul kitābu wa khaṭṭahul qalam,
Sebanyak bilangan apapun yang meliputi ilmu (Allah), dan apapun yang dihitung oleh kitab (Allah), dan apapun yang ditulis oleh kalam (Allah)

وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ ، وَخَصَّصَتْهُ الإِرَادَةُ ،

Wa ‛adada mā awjadat-hul qudrah, wa khaṣṣaṣat-hul irādah,
Dan sebilangan apapun yang dijadikan oleh kudrat (Allah), dan apa yang dikhususkan oleh kehendak (Allah)

وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللّٰهِ ،

Wa midāda kalimātillāh,
Dan sebilangan kalimat-kalimat Allah

كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِ رَبِّنَا

Kamā yanbaghī li-jalāli wajhi Rabbinā,
Sebagaimana yang sepatutnya, mengikut Kemuliaan dan Ketinggian Dzat Tuhan kami

وَجَمَالِهِ وَكَمَالِهِ ، وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَىٰ.

Wa jamālihī wa kamālihī wa kamā yuḥibbu Rabbunā wa yarḍā.
Dan Kecantikkannya, dan kesempurnaannya, dan sebagaimana yang disukai oleh Tuhan kami dan diredhai olehNya.

Rujukan : Web Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/160-maklumat-tarekat-tassawuf/614-pengenalan-tarekat-ahmadiah-al-idrisiah-al-rashidiah-al-dandarawiah

Istighfar Kabir ( الاستغفار الكبير )SocialTwist Tell-a-Friend

PhD Hadith VS Kitab-Kitab Hadith

PhD Hadith VS Kitab-Kitab Hadith

سم الله الرحمن الرحيم الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه واتبع هداه أما بعد

Mereka yang hanya melihat dua kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja sebagai kitab hadith sahih merupakan mereka yang sempit ilmunya.

Sebelum dua Imam ini para ulama’ mazahib mempunya hadith dan sanad-sanad mereka sendiri. Mereka mengambil daripada generasi sebelumnya.

Dua Imam Bukhari dan Muslim menyambung kejuhudan mereka di dalam meriwayatkan hadith daripada generasi sebelumnya termasuk Imam-Imam Mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hanbal.

Di antara kitab-kitab hadith yang bernilai di dalam Islam ialah ;

Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m. 870), mengandungi 7275 ahadith
Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m. 875), mengandungi 9200 ahadith
Sunan al-Sughra, himpunan Imam Nasa’i (m. 915)
Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud (m. 888)
Jami’ at-Tirmizi, himpunan Imam Tirmidzi (m. 892)
Sunan Ibnu Majah, himpunan Imam Ibnu Majah (m. 887)

Selain 6 kitab ini yang dinamakan sebagai الكتب الستة atau الصحاح الستة terdapat kitab hadith yang lain yang masyhur di sisi kita iaitu ;

al-Muwatta’
Musnad Ahmad
Musnad al-Syafi`e
Sahih Ibn Khuzaimah
Mustadrak al-Hakim
Sunan al-Daruqutni
Jami’ al-Darimi
Muntaqa Ibn al-Jarud
Sahih Ibn Hibban

Mustakhraj Abi Awanah Berikut adalah 29 jenis kitab hadith ;

Jami’/ jawami’
Sunan/ ahkam
Mathani/ musnad
Ma’ajim/ mu’jam
Masyikhat
Ajza’/ rasail
Arbainat
Afrad dan Gharaaib
Mustadrak
Mustakhraj
‘ilal
Atraf
Tarajim
Ta’aliq
Taghrib wa tarhib
Mursalsalat
Tsulasiyyat
Al-amali
Zawaid
Al-Mukhtasarat
Takharij
Syarhul atsar
Asbab nuzul hadis
At-tartib
At-Ta’liq
Al-Mawdhu`at
Al-ma’thurat
an-Nasikh wal Mansukh
Mutasyabih/ Musykil hadis

Setiap kategori kitab hadith di atas mempunyai kitab-kitab yang sangat banyak jumlahnya seperti yang disebut oleh Al-Kittani dalam kitab beliau Al-Risalah Al-Mustatharrifah bahawa terdapat hampir 82 kitab yang ditulis dalam method المسانيد sahaja. Belum lagi jenis-jenis yang lain.

Saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang berkelulusan PHD dalam bidang hadith pada hari ini untuk tempoh setahun dua di Universiti tanpa sanad ilmu dan guru yang jelas, begitu yakin untuk menyatakan sesuatu hadith itu palsu atau tidak. Seolah-olah mereka telah menguasai dan menghafal semua kitab hadith dan mengatakan dengan penuh yakin bahawa sesuatu hadith itu tiada riwayat.

Kalaupun tiada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim apakah tidak ada di dalam kitab-kitab hadith yang lain?

Hari ini ramai yang berani kerana kejahilan. Kalaulah mereka sedar, kedudukan ilmu mereka sebenarnya sangat jauh daripada para ulama’ terdahulu, sudah pasti mereka lebih suka untuk berdiam diri daripada berkata-kata.

Semoga Allah Ta’ala memelihara kita daripada golongan yang pendek akal mereka, panjang angan-angan bahkan Al-Quran dan Al-Hadith yang keluar daripada bibir mereka tidak sampai ke hati-hati mereka.

والله سبحانه وتعالى أعلم بالصواب
Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons) Usuluddin Akidah Dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir

PhD Hadith VS Kitab-Kitab HadithSocialTwist Tell-a-Friend

Doa Barang Hilang

Jika barang hilang atau apa-apa hajat, baca ﻓَﺎﺳۡﺘَﺠَﺒۡﻨَﺎ (fastajabna) empat puluh kali.

ﻓَﺎﺳۡﺘَﺠَﺒۡﻨَﺎ
"Maka Kami kabulkan permohonan doa"
(QS Al Anbiya: 88)

Doa Barang HilangSocialTwist Tell-a-Friend

Amalan Benteng Diri

Amalan benteng diri baca lepas solat atau bila2 masa.

1. Pertama baca Doa Pembuka Wirid (Fatihatul Aurad)

اَللَّهُمَّ اِنِّى اُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ  يَدَىْ كُلِّ نَفَسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا اَهْلُ السَّمَوَاتِ وَأَهْلُ الأََرْضِ، وَكُلِّ شَيْءٍ هُوَ فِىْ عِلْمِكَ كَائِنٌ أَوْ قَدْ كَانَ، اُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَىْ ذَلِكَ كُلِّهِ

Ya Allah sesungguhnya aku persembahkan kepadaMu di hadapan setiap nafas dan (setiap) kerlipan dan (setiap) kerdipan, berkedip dengannya penghuni langit dan bumi dan setiap sesuatu ianya dalam ilmuMu ada, atau telah pernah ada, aku persembahkan kepadaMu di hadapan semua itu.

2. Kemudian baca ayat Kursi, selesai baca pd bacaan...

No.1 Tiup sebelah kanan
No.2 Tiup sebelah kiri
No.3 Tiup ke depan
No.4 Tiup ke depan tp bayangkan tiup ke belakang.
No.5 Tiup ke bawah
No.6 Tiup ke atas
No.7 Sedut nafas, tahan sekejap, kemudian lepas, dan sebut 'Allahu Akbar'

1. ﭐﻟﻠَّﻪُ ﻟَﺎٓ ﺇِﻟَـٰﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﻫُﻮَ ﭐﻟۡﺤَﻰُّ ﭐﻟۡﻘَﻴُّﻮﻡُۚ
2. ﻟَﺎ ﺗَﺄۡﺧُﺬُﻩُ ۥ ﺳِﻨَﺔٌ۬ ﻭَﻟَﺎ ﻧَﻮۡﻡٌ۬ۚ
3. ﻟَّﻪُ ۥ ﻣَﺎ ﻓِﻰ ﭐﻟﺴَّﻤَـٰﻮَٲﺕِ ﻭَﻣَﺎ ﻓِﻰ ﭐﻟۡﺄَﺭۡﺽِۗ
4. ﻣَﻦ ﺫَﺍ ﭐﻟَّﺬِﻯ ﻳَﺸۡﻔَﻊُ ﻋِﻨﺪَﻩُ ۥۤ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﺈِﺫۡﻧِﻪِۦۚ ﻳَﻌۡﻠَﻢُ ﻣَﺎ ﺑَﻴۡﻦَ ﺃَﻳۡﺪِﻳﻬِﻢۡ ﻭَﻣَﺎ ﺧَﻠۡﻔَﻬُﻢۡۖ
5. ﻭَﻟَﺎ ﻳُﺤِﻴﻄُﻮﻥَ ﺑِﺸَﻰۡﺀٍ۬ ﻣِّﻦۡ ﻋِﻠۡﻤِﻪِۦۤ ﺇِﻟَّﺎ ﺑِﻤَﺎ ﺷَﺎٓﺀَۚ
6. ﻭَﺳِﻊَ ﻛُﺮۡﺳِﻴُّﻪُ ﭐﻟﺴَّﻤَـٰﻮَٲﺕِ ﻭَﭐﻟۡﺄَﺭۡﺽَۖ
7. ﻭَﻟَﺎ ﻳَـُٔﻮﺩُﻩُ ۥ ﺣِﻔۡﻈُﻬُﻤَﺎۚ ﻭَﻫُﻮَ ﭐﻟۡﻌَﻠِﻰُّ ﭐﻟۡﻌَﻈِﻴﻢُ

Amalan Benteng DiriSocialTwist Tell-a-Friend

Madad

Madad

Suatu hari di majlis pengajian Sayyidi Syeikh Soleh Ja'fari Radhiallahu 'anhu di Masjid Azhar, tiba-tiba bersuara seorang lelaki tentang madad, ya syeikh telah menegah oleh guruku tentang berkata "madad ya Rasulullah", lalu jawab Syeikh Soleh :

Apa makna madad yang engkau faham ?

Ketika engkau pergi kepada seorang yang 'alim dan berkata engkau di hadapannya madad; maksudnya ajarkan aku.

Ketika engkau berkata kepada seorang wali, madad; maksudnya engkau meminta kepada wali itu doakan kebaikan.

Ketika engkau berkata juga, Madad Ya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam; maksudnya engkau meminta ampun wahai pesuruh Allah.

Kesimpulannya

Kalimah madad sepatutnya mesti mengetahui kepada mereka yang kita tujukan, samada wali atau orang 'alim atau Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam dan kepada siapa yang kita tujukan.

Maka hendaklah kita faham wahai saudaraku tentang makna madad yang sebenarnya. Ia bukan satu kalimah yang syirik, padahal madad adalah harus dengan bahawasanya kita faham maksud asalnya. Kita berkata Madad Ya Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam; maksudnya kita pohonkan dan panjatkan dengan shafa'at dan memohon ampun daripada Rasulullah Sollahu 'alaihi wasllam. Dan perkara ini adalah harus.

Wallahu a'lam.

Rujukan :

1) Kitab al-Fatawa wal Ajwibah al-Ja'fariyyah
2) Majalah an-Nur al-Muhammadi

MadadSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.