Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: QA Selawat Yang Dikarang Ulama


Search This Blog

QA Selawat Yang Dikarang Ulama

Soalan: Kenapa selawat yg direka oleh para ulama begitu banyak fadhilat? Adakah diberitahu oleh Rasulullah saw dlm mimpi. Dan kenapa disebarkan ke awam?

Bukan kah ianya menjadi fitnah? Makin sukar nak ajarkan kpd org awam?

Jawapan :

Imam Sakhawi r.a. menyatakan bahawa terdapat banyak hadith yang meriwayatkan tentang cara-cara bersalawat ke atas Nabi saw. Sebagaimana yang diketahui, bersalawat ke atas Nabi saw merupakan suatu doa dan zikir yang mengungkap kesempurnaan Nabi saw yang terlalu luas. Maka cara-cara dan kalimah yang digunakan tidak mempunyai batas sempadannya dan tidak terhenti kepada sesuatu nas. lbnu Mas’ud sendiri menyatakan: 

أَحْسِنُوْا الصَّلَاةَ عَلَى نَبِيِّكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُوْنَ لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ

Artinya: *"Perelokkanlah salawat ke atas Nabi kamu kerana kamu tidak mengetahui moga-moga yang demikian itu dibentangkan kepadanya (Rasulullah saw).”* [1]

Termasuk di sini Selawat Azimiah dan selawat-selawat yang lain yang dikarang ulama' yang mengungkap kebesaran Nabi saw. la tidaklah dilarang, kerana tidak ada larangan memuji Nabi saw dengan kalimah yang indah dan tinggi. Malah, ia digalakkan sebagaimana yang terdapat di dalam al Quran, selagimana pujian terhadap Nabi saw tersebut tidak menyamai atau melebihi kedudukan Allah swt. 

Mengenai kelebihan-kelebihan selawat tersebut adalah daripada pengalaman ulama' yang telah beramal dengannya.

Malah Imam Syafie r.a juga ada selawat yang dikarang sendiri sebagaimana yang terdapat di dalam kitab al Risalah, iaitu:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَي مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُوْنَ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ كُلِّمَا غَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُوْن

*"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad setiap kali orang-orang yang berzikir mengingatinya, dan limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad setiap kali orang yang alpa lalai daripada mengingatinya.”* [2]

Imam Muzani r.a berkata, “Saya bermimpi melihat Imam Syafi'i r.a selepas kewafatannya, maka saya bertanya kepadanya, “Apakah yang telah Allah lakukan terhadap kamu?” Maka jawabnya, “Allah telah mengampunkan dosa saya dengan salawat yang saya baca ke atas Nabi saw sebagaimana selawat yg di atas itu.

Sekiranya ia merupakan suatu bid’ah, sudah tentu ulama’ telah lama mengenepikannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendakwa bid’ah berada dalam kekeliruan yang kabur untuk memahami hakikat sebenar perkara ini. Malah, mereka mempermudahkan dan tidak berhati-hati menghukum bid’ah sesuatu perkara.

[1]. Al Qaul al Badi' karangan Imam al Sakhawi H:90
[2]. Al Hafiz al Sakhawi Al Qaul al Badi' fi al Solah 'ala al Habib al Syafi'i H:359
QA Selawat Yang Dikarang UlamaSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.