Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi


Search This Blog

Amalan Hari Asyura', 10 Muharram

Amalan Hari Asyura', 10 Muharram

"Faedah dan Manfaat yang sangat besar" telah menyebut oleh Al-A'lamah Ad-Dairabi di dalam fawaidnya dan Sidi Muhammad Al-Amir Al-Soghir di dalam risalahnya pada menyebutkan beberapa kelebihan yang dibangsakan kepada Asyura', ia naqal daripada Al-A'lamah Al-Jauhari bahawasanya: Barangsiapa membaca pada hari Asyura'

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيرُ

70 kali, mempada akan dia oleh Allah Taa'la mara bahaya-bahaya demikian itu tahun.

***

Dan setengah daripada barang yang dituntut paada hari Asyura' bahawa memperbuat ia akan barang yang sah daripada barang yang lagi akan datang daripada perkara-perkara dan telah membilang oleh setengah ulama' 10 perkara, dan setengah ulama' 12 perkara yaitu:

1) sembahyang 
2) puasa 
3) menghubungkan silaturahim 
4) bersedekah 
5) mandi 
6) bercelak 
7) ziarah akan orang alim 
8) ziarah akan orang sakit 
9) menyapu kepala anak yatim 
10) meluas-luas atas ahli rumah (belanja atau memberi makan kepada ahli keluarga)
11) memotong akan kuku  
12) membaca Surah Al-Ikhlas 1000 kali

***

Membaca surah al Ikhlas sebanyak 1000 kali pada Hari 'Asyura

Berkata Sayyiduna Ali r.a :

“Sesiapa yang membaca surah al Ikhlas sebanyak 1000 kali pada hari ‘Asyura, maka Tuhan yang bersifat al Rahman akan memandang kepadanya, dan sesiapa yang dipandang oleh Tuhan (dicucuri rahmatNya) dengan sifat PemurahNya tidak akan diseksa selama-lamanya.”

# Al ‘Allamah Syeikh Syu’ib ibn Sa’ad ibn Abdul Kafi al Misri al Makki, al Raudh al Faiq fi al Mawa`iz wa al Raqaiq, H: 275.

***

*Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: ... "Adapun puasa pada hari 'Asyura`, aku memohon kepada Allah agar puasa tersebut bisa menghapus dosa setahun sebelumnya."* (HR. Muslim: 1976)
Amalan Hari Asyura', 10 MuharramSocialTwist Tell-a-Friend

PERISTIWA 10 MUHARRAM

PERISTIWA 10 MUHARRAM

[ Tulisan tgn Tuan Guru Hj Ali bin Tuan Guru Hj Ahmad bin Tuan Hussin Kedah al-Banjari ]

1. Pendaratan Bahtera Nabi Allah Nuh عليه الصلاة والسلام

2. Mulai hujan turun ke bumi

3. Sayyidina Adam turun ke bumi dari syurga

4. Diterima taubat oleh Allah ta'ala akan Nabi Adam عليه الصلاة والسلام

5. Sembuh penyakit Nabi Allah Ayyub عليه الصلاة والسلام

6. Diterima taubat Nabi Allah Daud عليه الصلاة والسلام

7. Keluar Nabi Allah Yunus عليه الصلاة والسلام dari perut ikan nun

8. Dilahirkan Nabi Allah Ibrahim عليه الصلاة والسلام

9. Terlepas Nabi Allah Ibrahim daripada terbakar oleh Raja Namruz

10. Dikurnia Allah ta'ala akan gelaran Nabi Allah Ibrahim Kholilullah

11. Dikurnia kerajaan besar kepada Nabi Allah Sulaiman عليه الصلاة والسلام

12. Ambil balik oleh Allah ta'ala akan kerajaan Nabi Allah Sulaiman 

13. Diangkat Nabi Allah Idris عليه الصلاة والسلام ke langit

14. Terselamat Nabi Allah Musa عليه الصلاة والسلام daripada dibunuh oleh firaun

15. Diangkat Nabi Allah Isa عليه الصلاة والسلام ke langit

16. Terbunuh Sayyidina Husain عليه السلام dipadang pasir Karbala, Iraq

17. Dilepaskan Nabi Allah Yusuf عليه الصلاة والسلام daripada penjara

18. Diturunkan kitab Taurat kepada Nabi Allah Musa عليه الصلاة والسلام

19. Hari dijadikan Allah ta'ala akan bumi

20. Hari dijadikan Nabi Allah Adam عليه الصلاة والسلام dan dijadikan Qolam dan Malaikat Allah Sayyidina Jibril عليه الصلاة والسلام

21. Dikembalikan semula penglihatan Nabi Allah Ya'akob عليه الصلاة والسلام

Catatan ini diambil dalam kitab Tafsir al-Jamal dari Surah Yusuf m/s 482. 

Dicatat pada hari Selasa 10 Muharram 1425 Hijriyah bersamaan 2 Mac 2004.
PERISTIWA 10 MUHARRAMSocialTwist Tell-a-Friend

FANA

FANA

Fana terbahagi dua, fana hakiki dan fana majazi.

Fana Hakiki:
Dari segi bahasa binasa, hilang, lenyap dan hancur.

Fana hakiki spt bakar sehelai kertas, kertas itu akan fana atau kiamat alam akan binasa, hilang, lenyap.

Fana Majazi:
Fana bermaksud: PENGALAMAN ROHANI DAN PERASAAN SESEORANG MERASAKAN HILANG ADA NYA ALAM NYATA, ALAM MALAKUT, ALAM GHAIB,

KERANA IA TENGGELAM DALAM LAUTAN KELAZATAN SIFAT² KEAGONGAN DAN KESEMPURNAAN ALLAH SWT. JUGA TENGGELAM DALAM KEADAAN MUSYAHADAH TERHADAP ALLAH SWT. 

LAZAT, MANIS, SEDAP, GEMBIRA, BERSUKA², BERNIKMAT², BERDUA-DUAN DGN ALLAH SWT. 

3 Syarat untuk Fana:
1. Pimpinan Guru Mursyid
2. Lenyap sifat² jahat mazmumah zahir dan batin
3. Hati tenggelam dalam ZikruLlah (zauk).

Fana yang Hak hanya berlaku sekali sahaja sepanjang hayat seseorang.

Fana daripada Syaitan berlaku berulang² kali.

Selepas daripada Fana akan bertukar kepada Baqa'.

Makam Farak, lupa Allah sedar makhluk.
Makam Fana, sedar Allah lupa makhluk.
Makam Baqa, sedar Allah sedar makhluk.

FANASocialTwist Tell-a-Friend

Rawatan Islam secara Sufi

Rawatan Islam secara Sufi

Asasnya taubat dan zikir.

Kesedaran perlu kpd pentingnya ilmu terutama Ilmu Tauhid. Tauhid kena kemas dan mantap, mula dgn dalil atau ilmi.

Rawatan Islam secara Sufi lain drpd Rawatan Islam sekarang.

Secara Sufi semak² syirik kena ditebas dulu.

Kebanyakkan yg kena rasuk saka, tauhidnya nipis.

Kalau kita berdepan dgn pesakit, tanpa baca apa² ayat ruqyah pun kalau tauhid mantap, senyap jin² yg rasuk tunduk tak angkat muka.

Kebanyakkan ana perhatikan kena rasuk dan histeria tauhidnya lemah.

Ahli Sufi sebenarnya Ahli Tauhid kelas satu.

Oleh itu Sufi Healing asasnya ialah Tauhid. 

Tauhid ini boleh dibina, ia ada tingkatan²nya.

Jadi bg ana, tauhid asas perlu mantap, tak perlu kepada ruqyah² ayat. Nak ayat² pun boleh tak salah.

Tapi kena ada tauhid, guna pedang tauhid lagi tajam drpd pedang² lain.

Salah satu kitab nak mutalaah dalam ilmu tauhid ialah kitab Jauharatul Tauhid oleh Sheikh Ibrahim al Laqqoni, syarah oleh Sheikh Ibrahim Bajuri.

Atau pun kitab Aqidatun Najin oleh Tuan Guru Zainal Abidin Al Fatani atau Tuan Minal.

Atau kitab Sheikh Sanusi, Umul Barahin, ibu segala dalil.

Atau Kitab Tauhid oleh, Sheikh Muhammad Sanusi bin Yusof.

Kalau ulama’ Malaysia oleh Almarhum Ustaz Abdul Ghani, Risalah Tauhid. 

Atau pun oleh Sheikh Ahmad al Fatani., Faridatul Faraid.

Atau kitab tauhid jawi yg mantap hujjah²nya, Baqurah Amani, oleh Baba 'El al-Fathani.

Atau kitab tauhid sesuai untuk ahli tarekat, Risalah Tasauf dan Aqaid Wal Fawaid oleh Tuan Guru Haji Daud, Sheikh Tarekat Ahmadiah Idrissiah, Bukit Abal. 

Mantapkan tauhid atau Sifat 20 atau ilmu Aqaidul Iman, insyaAllah tak akan kena rasuk oleh jin² spt histeria dll 

Jin² yg merasuk sangat sakit dgn pedang tauhid.

Ada satu cerita...

Guru ana X, TG Haji Lee punya pengalaman, si A sakit kena rasuk, bapa saudaranya nampak jin² duk rasuk ramai sekali. 

Datang tok bomoh nak rawat diketawakan jin2 itu

Datang perawat islam tak jadi juga, diketawa terbahak2 oleh jin² yg merasuk.

Perawat islam Ustaz Y dari Maahad Muhammadi KB talipon TG X suruh datang. 

TG X datang masuk dlm rumah, tak baca apa² pun, tapi guru ilmu tauhid kitab faridah.

Saudara A yg sakit lihat jin² tadi yg ketawa terbahak² bila saja lihat TG X berhenti ketawa terbahak, semua tunduk tak angkat muka. 

TG X beritahu ana, dia tak nampak pun, tak baca apa² pun tapi pergi dgn tauhid. 

TG X buka pondok atau zawiyah sufi di bachok dekat Pondok Moden. 

Ana bincang Ilmu Tasauf dan Tarekat dgn TG X, dalam dan ilmunya tinggi.

Haji Lee ni ngajar kitab spt Faridah, Futuh Ghaib, Futuh Rabbani, Sirul Asrar, Hikam ibnu Ataillah dll. 

Tapi nak baca ayat² ruqyah pun boleh.

Sebab secara sufi, dgn Tawassul, Pandangan Makrifat dan Haqiqat.

# Baba Zam Al Jabaruti
Rawatan Islam secara SufiSocialTwist Tell-a-Friend

QA Selawat Yang Dikarang Ulama

Soalan: Kenapa selawat yg direka oleh para ulama begitu banyak fadhilat? Adakah diberitahu oleh Rasulullah saw dlm mimpi. Dan kenapa disebarkan ke awam?

Bukan kah ianya menjadi fitnah? Makin sukar nak ajarkan kpd org awam?

Jawapan :

Imam Sakhawi r.a. menyatakan bahawa terdapat banyak hadith yang meriwayatkan tentang cara-cara bersalawat ke atas Nabi saw. Sebagaimana yang diketahui, bersalawat ke atas Nabi saw merupakan suatu doa dan zikir yang mengungkap kesempurnaan Nabi saw yang terlalu luas. Maka cara-cara dan kalimah yang digunakan tidak mempunyai batas sempadannya dan tidak terhenti kepada sesuatu nas. lbnu Mas’ud sendiri menyatakan: 

أَحْسِنُوْا الصَّلَاةَ عَلَى نَبِيِّكُمْ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُوْنَ لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ

Artinya: *"Perelokkanlah salawat ke atas Nabi kamu kerana kamu tidak mengetahui moga-moga yang demikian itu dibentangkan kepadanya (Rasulullah saw).”* [1]

Termasuk di sini Selawat Azimiah dan selawat-selawat yang lain yang dikarang ulama' yang mengungkap kebesaran Nabi saw. la tidaklah dilarang, kerana tidak ada larangan memuji Nabi saw dengan kalimah yang indah dan tinggi. Malah, ia digalakkan sebagaimana yang terdapat di dalam al Quran, selagimana pujian terhadap Nabi saw tersebut tidak menyamai atau melebihi kedudukan Allah swt. 

Mengenai kelebihan-kelebihan selawat tersebut adalah daripada pengalaman ulama' yang telah beramal dengannya.

Malah Imam Syafie r.a juga ada selawat yang dikarang sendiri sebagaimana yang terdapat di dalam kitab al Risalah, iaitu:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَي مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُوْنَ، وَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ كُلِّمَا غَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الْغَافِلُوْن

*"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad setiap kali orang-orang yang berzikir mengingatinya, dan limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad setiap kali orang yang alpa lalai daripada mengingatinya.”* [2]

Imam Muzani r.a berkata, “Saya bermimpi melihat Imam Syafi'i r.a selepas kewafatannya, maka saya bertanya kepadanya, “Apakah yang telah Allah lakukan terhadap kamu?” Maka jawabnya, “Allah telah mengampunkan dosa saya dengan salawat yang saya baca ke atas Nabi saw sebagaimana selawat yg di atas itu.

Sekiranya ia merupakan suatu bid’ah, sudah tentu ulama’ telah lama mengenepikannya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pendakwa bid’ah berada dalam kekeliruan yang kabur untuk memahami hakikat sebenar perkara ini. Malah, mereka mempermudahkan dan tidak berhati-hati menghukum bid’ah sesuatu perkara.

[1]. Al Qaul al Badi' karangan Imam al Sakhawi H:90
[2]. Al Hafiz al Sakhawi Al Qaul al Badi' fi al Solah 'ala al Habib al Syafi'i H:359
QA Selawat Yang Dikarang UlamaSocialTwist Tell-a-Friend

Wirid 700

Ini aurad pagi petang bagi ikhwan Thoriqat Ahmadiah (Wirid 700, Bukit Abal)

:1
اعوذ بالله من الشيطان الر جيم . بسم الله الر حمن الر حيم

اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ . اَللهُمَّ اِنِّى اُقَدِّمُ اِلَيْكَ بَيْنَ  يَدَىْ كُلِّ نَفَسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا اَهْلُ السَّمَوَاتِ وَاَهلُ الاَرْضِ  وَكُلِّ شَيْءٍ هُوَ فِى عِلْمِكَ كَائِنٌ أَوْ قَدْ كَانَ اُقَدِّمُ اِلَيْكَ بَيْنَ يَدَى ذَلِكَ كُلِّهِ
(1 kali)

:2
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِى لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
(3 kali)

سُبْحَانَ اللهِ   :3
(100 kali)

اَلْحَمْدُ لِلهِ   :4
(100 kali)

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ   :5
(100 kali)

اَللهُ اَكْبَرُ   :6
(100 kali)

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِه   :7
(100 kali)

:8
اَللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
(100 kali)

:9
لَا إِلٰـهَ إِلَّا اللّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللّٰهِ، فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللّٰهِ
(100 kali)

:10
اَللّهُمَّاَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ العَظِيْمِ ، الَّذِي مَلَأَ أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ العَظِيْمِ ، وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ العَظِيْمِ ، أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلَانَا مُحَمَّدٍ ذِي القَدْرِ العَظِيْمِ ، وَعَلَى آلِ نَبِيِّ اللهِ العَظِيْمِ ، بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ اللهِ العَظِيْمِ ، فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ العَظِيْمِ ، صَلَاةً دَآئِمَةً بِدَوَامِ اللهِ العَظِيْمِ ، تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلَانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ العَظِيْمِ ، وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ ، وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ، ظَاهِرًا وَبَاطِنًا، يَقَظَةً وَمَنَامًا، وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوْحًا لِذَاتِي مِنْ جَمِيْعِ الوُجُوْهِ، فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيْمُ
(1 kali atau 3 kali atau 10 kali)

:11
أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ ، الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ القَيُّوْمَ ، غَفَّارَ الذُّنُوْبِ ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ ، وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِي كُلِّهَا وَالذُّنُوْبِ وَالآثَامِ . وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأً، ظَاهِرًا وَبَاطِنًا، قَوْلًا وَفِعْلًا فِي جَمِيْعِ حَرَكَاتِي وَسَكَنَاتِي وَخَطَرَاتِي وَأَنْفَاسِي كُلِّهَا، دَآئِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا مِنَ الذَّنْبِ الَّذِي أَعْلَمُ، وَمِنَ الذَّنْبِ الَّذِي لَا أَعْلَمُ، عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ العِلْمُ، وَأَحْصَاهُ الكِتَابُ وَخَطَّهُ القَلَمُ، وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ القُدْرَةُ، وَخَصَّصَتْهُ الإِرَادَةُ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللهِ، كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِ رَبِّنَا، وَجَمَالِهِ وَكَمَالِهِ، وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى
(1 kali atau 3 kali)

:12
سُبْحَانَكَ اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْك، عَمِلْتُ سوأً ، وَظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلا أَنْتَ
(3 kali)

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبُّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلامٌ عَلىَ المُرْسَلِينَ والحَمْدُ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
(1 kali)

 
1.  Ertinya: Aku minta berlindung dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam. Dengan nama Allah Tuhan Yang Amat Murah.
     
Selawat Sidi Ahmad Bin Idris R.A - [m/s 99]
Ertinya: Hai Tuhanku, beri rahmat oleh-Mu dan beri selamat oleh-Mu dan berkat oleh-Mu atas tuan kami Nabi Muhammad dan atas ahlinya pada tiap-tiap pandangan mata dan nafas sebilang-bilang barang yang meliputi akandia oleh ilmu Allah.

Fatihatul Aurad - [m/s 89-90]
Ertinya: Hai Tuhanku, bahawasanya aku mendahului kepada Engkau antara hadapan tiap-tiap nafas dan pandangan mata dan kerlipan mata yang berkelip dengan dia oleh ahli segala langit dan ahli bumi dan antara tiap-tiap suatu di dalam ilmu Engkau itu sungguhnya sudah ada ia aku mendahului kepada Engkau antara hadapan yang demikian itu sekaliannya.
Sayugia bagi orang yang hendak baca atau buat apa-apa kebajikan bahawa baca ia dahulu daripadanya akan fatihatul aurad bagi Sidi Ahmad Bin Idris Radhiyallahu 'anhu supaya berganda-ganda pahalanya. - [m/s 89]

2.   Istighfar (3x)– [m/s 104]
Ertinya: Aku minta ampun akan Allah Tuhan Yang Maha Besar yang Tiada Tuhan melainkan ia Tuhan Yang Hidup lagi Amat Mendiri akan tiap-tiap suatu dan aku taubat kepada-Nya.
Dibaca akandia 3x itu iaitu diampun akan dosa jikalau ada ia seumpama buih air laut sekalipun (hadis sahih) dan dibaca akandia 3x ketika hendak tidur iaitu diampun akan dosa jikalau ada ia seumpama buih air laut atau sebilang-bilang daun kayu atau sebilang-bilang pasir dialaj atau sebilang-bilang segala hari dunia (hadis Hassan).

3.   Subhanallah (100x)
Ertinya: Maha Suci Allah.

4.   Alhamdulillah (100x)
Ertinya: Kepujian itu bagi Allah.

5.   Laa ilaaha illa Allah (100x)
Ertinya: Tiada Tuhan melainkan Allah.

6.   Allahu akbar (100x)
Ertinya: Allah Maha Besar.

7.   Subhanallahil 'azhiimi wabihamdih (100x) – [m/s 102]
Ertinya: Maha Suci Allah Yang Maha Besar dan dengan Kepujiannya.

8.   Selawat Sidi Ahmad Bin Idris R.A (100x) – [m/s 99]
Ertinya: Hai Tuhanku, beri rahmat oleh-Mu dan beri selamat oleh-Mu dan beri berkat oleh-Mu atas tuan kami Nabi Muhammad S.A.W dan atas ahlinya pada tiap-tiap pandang mata dan nafas sebilang-bilang barang yang meliputi akandia oleh imu Allah.
Sayugia dibaca akandia kerana banyak bilangannya iaitu tiap-tiap pandang mata dan tiap-tiap nafas dan sebilang-bilang barang yang diketahui oleh Allah Taa’la dan dengan sependek-pendeknya itu mengandungi ia akan minta selawat dan selamat dan berkat atas Nabi Muhammad S.A.W.
     
9.   Tahlil Khusus (100x) – [m/s 90]
Ertinya: "Tiada Tuhan melainkan Allah Muhammad Rasulullah, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan keluasan ilmu Allah"
Maka dengan sekali bacanya itu seperti baca akandia di dalam tiap-tiap nafas dan sebilangan-sebilangan barang yang mengetahui akandia oleh Allah swt pada pihak pahalanya itu. – [m/s 97]

10. Selawat Azimiah (1x atau 3x atau 10x)
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada Engkau dengan cahaya Dzat Allah Yang Maha Agung, yang memenuhi tiang-tiang 'arasy Allah Yang Maha Agung, dan berdiri dengannya alam-alam Allah Yang Maha Agung, agar Engkau berselawat atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, yang mempunyai kadar yang agung dan (berselawat juga) atas keluarga Nabi Allah Yang Maha Agung, dengan kadar keagungan Dzat Allah Yang Maha Agung, pada setiap kelipan dan penafasan sebilangan apa yang ada pada ilmu Allah Yang Maha Agung, selawat yang sentiasa berkekalan dengan kekalnya Allah Yang Maha Agung, kerana mengagungkan hakmu wahai penghulu kami, wahai (Nabi) Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang agung dan salamlah keatasnya dan keatas ahli keluarganya seperti semua itu juga dan himpunkanlah antaraku dan antaranya (Rasulullah) sebagaimana Engkau himpunkan antara roh dan diri (jasad) pada zahirnya dan pada batinnya, dalam keadaan sedar mahupun di dalam keadaan tidur, dan jadikanlah dia (Rasulullah) ya Tuhanku sebagai roh bagi dzatku daripada segala segi di dunia, sebelum hari akhirat, ya Allah Yang Maha Agung"

11. Istiqfar Kabir (1x atau 3x)
Ertinya: "Aku memohon keampunan Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan yang disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Dengan SendiriNya, Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun segala dosa, Yang mempunyai Ketinggian dan Kemuliaan, dan aku bertaubat kepadaNya dari semua kemaksiatan, semuanya sekali, dan dari segala dosa dan kesalahan, dan daripada segala dosa yang aku lakukannya sama ada sengaja ataupun tidak sengaja, yang zahir dan yang batin, dalam bentuk percakapan dan dalam bentuk perbuatan, dalam setiap pergerakanku dan dalam setiap diamku dan dalam setiap lintasan hatiku dan dalam setiap penafasanku, semuanya sekali, selalu, selama-lamanya dengan tiada akhirnya, daripada dosa yang aku ketahui dan daripada dosa yang tidakku ketahui, sebanyak bilangan apapun yang meliputi ilmu (Allah), dan apapun yang dihitung oleh kitab (Allah), dan apapun yang ditulis oleh kalam (Allah), dan sebilangan apapun yang dijadikan oleh kudrat (Allah), dan apa yang dikhususkan oleh kehendak (Allah), dan sebilangan kalimat-kalimat Allah, sebagaimana yang sepatutnya, mengikut Kemuliaan dan Ketinggian Dzat Tuhan kami, dan Kecantikkannya, dan Kesempurnaannya, dan sebagaimana yang disukai oleh Tuhan kami dan yang diredhai olehNya."

Bermula tahlil dan solawat ‘azimiah dan istighfar al-kabir itu jama’ah (menghimpunkan) bagi segala zikir dan segala solawat dan segala istighfar dan afdhal pahala dan terlebih banyak bilangan dan anak kunci segala langit dan bumi. Bermula sekali baca daripadanya itu dengan kadar dunia dan akhirat dan barang yang di dalam keduanya ganda berganda.– [m/s 96]

12. Kaffaratul Majlis (3x) - [m/s 109]
Ertinya: Maha Suci Engkau Hai Tuhanku dan dengan kepujian Engkau aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Engkau aku minta ampun akan diKau dan aku taubat kepada Engkau telah aku mengerjakan kejahatan dan aku buat nyaya akan diriku dan mengaku aku dengan dosa aku maka ampun oleh-Mu bagiku bahawasanya tiada dapat mengampuni akan segala dosa melainkan Engkau.
Dibaca akandia 1x atau 3x ketika hendak bangun daripada majlis kerana diampun akan kejahatan yang diperbuat di dalam majlis itu dan dipaterikan kebajikan yang diperbuat di dalamnya itu pada tempat simpanannya wallahu a’lam. - [m/s 109-110]

Mikyalul awfai (1x) – [m/s 110]
Ertinya: Maha Suci Tuhan Engkau Tuhan yang mempunyai kekuatan daripada barang yang mesifat oleh mereka itu dan selamat atas segala Rasul dan kepujian itu bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Dibaca akandia ketika hendak bangun daripada majlis atau pada akhir kalam di dalam majlis itu. Adalah pahala kebajikan yang diperbuat di dalam majlis itu diberi akandia dengan sempurna pada hari kiamat sebagaimana janjinya.

(tasbih, tahmid, tahlil, takbir) – [m/s 103]
Baca ‘subhanallah’ 100 kali pagi dan petang itu seperti pahala 100 kali haji.

Baca ‘alhamdulillah’ 100 kali pagi dan petang itu seperti perang sabil berkuda 100 kali.

Baca ‘Laa ilaaha illa Allah’ 100 kali pagi dan petang itu seperti merdeka 100 sahaya dan sayugia ditambah dengan tahlil khusus ahmadiah, supaya bertambah kelebihan dari yang sedemikian itu dan berganda-gandanya.

Baca ‘Allahu akbar’ 100 kali pagi dan petang itu tiada seorang terlebih banyak pahala pada hari itu melainkan orang yang membaca seumpamanya itu menambah ia atasnya. (hadis hasan).

Baca ‘Subhanallahil 'azhiimi wabihamdih’ 100 kali pagi dan petang itu diampunkan akan dosa jikalau ada ia seumpama buih air laut sekalipun. (hadis shahih)

Pagi itu kata Rodad (ulama): Daripada fajar hingga waktu dhuha dan baki waktu dhuha itu pada hukum pagi juga dan petang itu kemudian daripada sembahyang asar hingga lalu sepertiga malam atau separuhnya.

Kata Ibn Hajar: Pagi itu beberapa masa oleh siang dan petang itu beberapa masa oleh malam.
(Harus diketahui waktu pagi itu adalah selepas subuh hingga jam 12 tengahari dan waktu petang itu selepas asar sehingga jam 12 malam)

[Wirid 700 – m/s 129-132]
(Risalah AL Aqa’id Wal Fawaid / Kitab Hijau, Tuan guru Haji Daud bin Haji Umar al-Libadi al-Kelantani).
Wirid 700SocialTwist Tell-a-Friend

Kisah Pengalaman Kesan Amalan Selawat al-Azimiyyah

*Kisah Pengalaman Kesan Amalan Selawat al-Azimiyyah*

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la (yang juga disebut sebagai al-Mu‘alla).

Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib. Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya. 

Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?” Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapapun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan Selawat al-‘Azimiyyah, yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris.”

Sayyid Ahmad ibn Idris r.a. berkata :

"Hendaklah kamu lancarkan membaca salawat yang mulia ini sepertimana kelancaran kamu membaca surah al Fatihah, kerana orang yang telah menghafal salawat ini apabila mati akan diluaskan kuburnya seluas antara langit dan bumi, dibentangkan untuknya beberapa hamparan daripada syurga dan diterangi cahaya sehingga Hari Kiamat."

Telah berkata pula asy-Syaikh Muhammad Thahir ar-Rasyidi al-Ahmadi: 

Kelebihan selawat al-‘Azimiyyah yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris ialah, jika ia dibaca sebanyak 12 kali dan dihadiahkan pahalanya kepada mayat yang telah berlebih-lebihan ke atas dirinya, nescaya dia akan dipindahkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang menerima nikmat daripada Allah, yakni golongan al-anbiya, as-siddiqin, asy-syuhada dan as-solihin, dan mereka adalah sebaik-baik teman, kerana berkat ketinggian martabat selawat ini.

Kesahihannya telah pun dibuktikan oleh mereka daripada golongan ahli kasyaf dan ahlillah, dengan penyaksian dan penglihatan rohani.

Pahala dan ganjaran selawat al-Azimiyyah akan sentiasa berkekalan di dunia dan di akhirat. Tiadalah akan putus pahalanya, dan andaikata seseorang itu sudah masuk ke dalam syurga sekalipun.

Bahkan pahalanya digandakan dengan penggandaan tanpa hisab, kerana kata-kata di dalam selawat itu, “dengan selawat yang berkekalan dengan kekekalan Allah Yang Maha Agung”. Dan sesungguhnya, kekekalan Allah Yang Maha Agung itu tiadalah ia mempunyai akhirnya. Maka selawat ini pun kekal selama-lamanya. Maka penggandaan pahala bagi selawat ini diberikan di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar, dan juga di dalam syurga. Dan ia tidak akan sekali-kali hilang.

Sayyid Ahmad ibn Idris r.a. berkata lagi :

"Di antara keistimewaan membaca salawat ini, ialah orang yang sering dan kerap membacanya akan dapat berjumpa dan berhimpun dengan Rasulullah ﷺ."
.

***

Selawat Azimiah hendaklah dibaca 2,000 kali bagi *mutajarrid* iaitu orang yang tidak mempunyai kesibukan pekerjaan dan 100 kali bagi *mutasabbib* iaitu orang yang berurusan dengan pelbagai asbab. Paksinya ialah mengikut kemampuan.

Kisah Pengalaman Kesan Amalan Selawat al-AzimiyyahSocialTwist Tell-a-Friend

Bahasa Suryani

Tahukah anda?

Tulisan yang tertera dalam gambar ini ialah tulisan dari bahasa Suryani. Di dalam kitab tauhid ada menyebut bahawa alQuran diturunkan dalam bahasa Arab, Zabur dalam bahasa Qibtiyah, Taurat dalam bahasa Ibrani (hebrew) dan Injil dalam bahasa Suryani. Bahasa ini adalah bahasa asal yang digunakan oleh penduduk negeri Suriyah (Syria) dan bahasa ini masih digunakan oleh sebahagian dari bangsa Armenia pada hari ini. Jika perasan, tulisan ini juga ada digunakan dalam sesetengah wafak.

Kredit : Ustaz Uthman Daud

***

*Mantera/azimat/wafaq tidak ada salahnya selagi tidak mengandungi syirik*

*dari 'Auf bin Malik Al Asyja'i dia berkata; "Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah. Lalu kami bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam; 'Ya Rasulullah! bagaimana pendapat Anda tentang mantera? ' Jawab beliau: 'Peragakanlah manteramu itu di hadapanku. Mantera itu tidak ada salahnya selama tidak mengandung syirik.'* (HR. Muslim: 4079)

Bahasa SuryaniSocialTwist Tell-a-Friend

Nama-nama Allah swt dalam bahasa Siryani

Nama-nama Allah swt dalam bahasa Siryani (suryani) dalam Husun Ma'niah An Nabawiyyah :

Ahunun أَحُوْنٌ
Qofun قَافٌ
Adumma أَدُمَّ
Hamma حَمَّ
Ha'un هَآءٌ
Aminun أَمِيْنٌ

Nama-nama Allah dalam bahasa Siryani ni sangat makbul bila berdoa dengannya.

***

Dalam Husun Mani'ah Nabawiyah ada macam-macam ubat penyembuh zahir dan batin.

Ada ikhwan yang baca husun ni, baca tak ikut waktu, baca bila-bila masa. Lepas baca, satu kampung tak dimasuki haiwan perosak (babi).

Amal Husun Mani'ah, insyaAllah haiwan liar, binatang bisa dan makhluk perosak tak menghampiri tempat kediaman kita.

Ada seorang makcik yang dah beruban rambutnya boleh hitam balik rambut lepas amal Husun ni.

Banyak kelebihan-kelebihannya, hanya orang yang mengamalkannya sahaja yang merasainya.

***

أَحُوْنٌ قَافٌ أَدُمَّ حَمَّ هَآءٌ أَمِيْنٌ

Dalam kitab Safinatus Salamah, dibaca 41 atau 9 kali pada pagi dan petang; bagi peliharaan diri dari pada bencana dan seteru.
Nama-nama Allah swt dalam bahasa SiryaniSocialTwist Tell-a-Friend

Amalan Sheikh Muhammad Harith

Amalan Sheikh Muhammad Harith.

Sekiranya beliau hendak mengubati suatu penyakit atau menolak bala maka zikir di bawah akan digunakan.

١) يَا إِلَهِي، يَا رَسُوْلَ اللهِ، يَا عَالِي الْمُرْسَلِيْنَ، يَا عَالِي الْمُقَرَّبِيْنَ، وَيَا أَهْلَ البَدْرِ، يَا أَوْلِيَآءَ الصَّالِحِيْنَ، أَسْيَادَنَا الأَكْرَمِيْنَ، دَمِّرْ أَعْدَآئِي.
٢) يَا بَحْرَ الْمُعْجِزَاتِ وَالْكَرَامَاتِ، يَا مَنْ كَشَفَ الضَّرَّآءَ وَالسَّرَّآءَ.
٣) يَا لَطِيْفُ.
٤) وَمَكَرُوْا وَمَكَرَ اللهُ، وَاللهُ خَيْرُ الْمَاكِرِيْنَ.
٥) صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ.

1. Wahai Tuhanku, wahai Rasulullah ﷺ, wahai para Rasul yang (mempunyai kedudukan) tinggi, wahai para Muqarrabin yang (mempunyai kedudukan) tinggi, dan wahai Ahli Badar (tentera Badar), wahai wali-wali Allah yang soleh, tuan-tuan kami yang mulia, hancurkan musuhku.
2. Wahai lautan mukjizat dan karamat, wahai yang menyingkapkan keburukan dan kebaikan.
3. Wahai Yang Maha Lemah Lembut.
4. Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
5. Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad ﷺ dan keluarganya dan salam sejahtera.

- Dibaca 1x, 3x, 10x, 40x atau 100x. Ketika mengubati penyakit, menolak bala dan menghalau gangguan.

- Dan boleh dijadikan zikir, bilangan ikut kemampuan.

Amalan Sheikh Muhammad HarithSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.