Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: 2019


Search This Blog

Keutamaan ZikruLlah

Keutamaan ZikruLlah

Dari Abdullah Busr radhiyallahu 'anhu bahwa seorang laki-laki berkata; wahai rasulullah, sesungguhnya syari'at-syari'at Islam telah banyak yang menjadi kewajibanku, maka beritahukan kepadaku sesuatu yang dapat aku jadikan sebagai pegangan! Beliau bersabda: "Hendaknya senantiasa lidahmu basah karena berdzikir kepada Allah." (HR. Tirmidzi: 3297) - http://hadits.in/tirmidzi/3297

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya; siapakah hamba yang paling utama derajatnya di sisi Allah pada Hari Kiamat? Beliau menjawab: "Orang-orang yang banyak berdzikir kepada Allah dari kalangan laki-laki dan perempuan." Aku katakan; wahai rasulullah, apakah lebih utama daripada orang yang berperang di jalan Allah? Beliau bersabda: "Seandainya ia mengayunkan pedangnya kepada orang-orang kafir dan musyrik hingga pedang tersebut patah dan ia berlumuran darah sungguh orang-orang yang berdzikir kepada Allah lebih utama derajatnya daripadanya." (HR. Tirmidzi: 3298) - http://hadits.in/tirmidzi/3298

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Maukah aku beritahukan kepada kalian mengenai amalan kalian yang terbaik, dan yang paling suci di sisi Raja (Allah) kalian, paling tinggi derajatnya, serta lebih baik bagi kalian daripada menginfakkan emas dan perak, serta lebih baik bagi kalian daripada bertemu dengan musuh kemudian kalian memenggal leher mereka dan mereka memenggal leher kalian?" Mereka berkata; ya. Beliau berkata: "Berdzikir kepada Allah ta'ala." (HR. Tirmidzi: 3299) - http://hadits.in/tirmidzi/3299

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahwa beliau bersabda: "Tidaklah sebagian dari kaum yang berdzikir kepada Allah melainkan mereka dikelilingi oleh para Malaikat, dan diliputi oleh rahmat, serta ketenangan turun kepada mereka, dan Allah menyebut mereka diantara malaikat yang ada di sisiNya." (HR. Tirmidzi: 3300) - http://hadits.in/tirmidzi/3300

Keutamaan ZikruLlahSocialTwist Tell-a-Friend

Dunia Datang Dalam Keadaan Hina

Dunia Datang Dalam Keadaan Hina

Daripada Ibnu Umar r.a bahawa pada suatu hari seorang Ielaki berkata kepada Rasulullah saw:

'Wahai Rasulallah! Dunia menjauhi dan berpaling dariku. Lalu Rasulullah saw bersabda kepadanya, ”Di manakah kamu dari solat para Malaikat dan tasbih seluruh makhluk yang dengannya mereka dikurniakan rezeki?” Bacalah sebanyak 100 kali ketika fajar terbit, nescaya dunia akan mendatangi kamu dalam keadaan hina:

*سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ، أَسْتَغْفِرُ الله*

“Maha Suci Allah dan segala pujian bagiNya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung, aku memohon keampunan kepada Allah.”

Lelaki itu pun beredar dan mengikut saranan Baginda saw, kemudian kembali Ialu berkata, “Wahai Rasulullah! Dunia telah datang kepadaku dan aku tidak tahu di mana Iagi aku harus meletakkannya.” (Diriwayatkan oleh al Khatib dari riawayat Malik)

# Kitab Pintu-Pintu Pelepasan. Al Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al Maliki al Hasani r.a.

#Amalan murah rezeki

#Baca 100x selepas solat sunat subuh

Dunia Datang Dalam Keadaan HinaSocialTwist Tell-a-Friend

Syuhud Wahdah Fil Kasrah

Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah.

"Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak kepada yang satu."

# Makna WAHDATUL WUJUD itu, dua maujud iaitu Allah Taala dan makhluk berwujud kedua-duanya itu di sisi zuk ahli maqam baqa, dan wujud yang satu jua iaitu wujud Allah Taala kerana wujudnya itu haqiqi dan wujud makhluk ini bukan haqiqi hanya majazi yakni bukan wujud makhluk ini sengoti (sungguh) hanya pinjam akan wujud Allah Taala jua pada zuk mereka itu. Bandingannya itu seperti keadaan wujud bayang seorang yang di dalam cermin atau di dalam air itu, bukan wujudnya itu benar hanya pinjam akan wujud tubuhnya itu jua timbul ia di cermin atau air itu.

Bersalahan di sisi ahli maqam fana maka iaitu tiada di sisi mereka itu bagi yang lain daripada Allah Taala itu maujud dan wujud sekali-kali kerana fana mereka itu akan kedua-keduanya itu.

Dan bersalahan bagi ahli maqam farak maka di sisi mereka itu bagi Allah Taala dan makhluk itu masing-masing wujud bukan bagi kedua-keduanya itu wujud yang satu jua seperti ahli baqa dan fana itu.

Ahli maqam farak itu, orang-orang Yang terhijab Allah Taala itu dengan makhluk, mereka itulah segala orang awam ini.

# Risalah Tasauf


Syuhud Wahdah Fil KasrahSocialTwist Tell-a-Friend

Adab Memotong Kuku



Download Full Image Size Here
Adab Memotong KukuSocialTwist Tell-a-Friend

Mimpi Habib Abdullah Bin Alwi Al Haddad

Diriwayatkan bahawa Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad mimpi bertemu dengan Rasulullah صلى الله عليه و سلم.

Didalam mimpinya tersebut, Habib Abdullah berkata:
“Ya Rasulullah berilah aku satu ucapan-MU /Sabda-MU yang belum pernah engkau sampaikan kepada para Sahabat, aku minta khusus buatku langsung dari Engkau YaRasulullah. Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda yang artinya :

1. Siapa yang memegang tasbih maka dia dicatat sebagai orang yang bertasbih meskipun dia tidak bertasbih.

2. Siapa yang minum kopi (untuk menahan kantuk dari taat pada Allah, misal: saat majelis, qiyamullail, dsb) selama aroma kopi itu masih ada dimulutnya maka malaikat memintakan ampun / beristighfar untuknya.

3. Barang siapa mengunjungi seorang Wali yang masih hidup maupun telah meninggal dunia, maka ibadahnya mengunjungi wali itu lebih baik dari pada ibadah selama 70 tahun sampai tulangnya putus-putus"

Inilah kenikmatan dari Allah melalui salah satu dzurriyah / keturunan Rasulullah yang mulia kedudukan lahir dan batinnya dihadapan kakek beliau yang Agung Sayyidina Muhammad sholallahu 'alaihi wasallam

مَنْ رَآنِي فَإِنِّي أَنَا هُوَ فَإِنَّهُ لَيْسَ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَتَمَثَّلَ بِي

"Barangsiapa bermimpi melihaku berarti ia benar-benar melihatku karena sesungguhnya setan tidak bisa menyerupaiku." (HR. Tirmidzi: 2206)

Mimpi Habib Abdullah Bin Alwi Al HaddadSocialTwist Tell-a-Friend

FADHILAH MENDOAKAN UMAT RASULULLAH SAW

FADHILAH MENDOAKAN UMAT RASULULLAH SAW

Berkata Al Imam Quthubil Ghaust wa Quthubil Akwan As Syeikh As Sayyid Samman Al Madani ( Penjaga Makam RASULULLAH SAW )
"Tidaklah aku diangkat ALLAH SWT menjadi Al Wali Quthbil Ghaust dan Quthbil Akwan melainkan disebabkan aku selalu rutin membaca d'oa

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِأُمَّةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللّٰهُمَّ ارْحَمْ أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللّٰهُمَّ اسْتُرْ أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللّٰهُمَّ اجْبُرْ أُمَّةَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

"ALLAHUMMAGHFIR LI UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD,
ALLAHUMMARHAM UMMATA SAYYIDININA MUHAMMAD,
ALLAHUMMASTUR UMMATA SAYYIDINA MUHAMMAD,
ALLAHUMMAJBUR UMMATA SAYYIDINA MUHAMMAD SAW"

secara 4x berturut-turut setelah selesai sholat subuh."

Berkata Abah Guru Sekumpul,
"Barangsiapa membaca doa tersebut (Allahummaghfir li ummati Sayyidina Muhammad dst....) empat kali sesudah sholat subuh diantara fadhilah mengamalkannya
1. Dimasukkan jumlah martabat fadhilah wali qutub
2. Dijadikan kaya dan mudah rizkinya
3. Naik pangkat dunia dan akhiratnya
4. Akhir umurnya husnul khotimah, dan lain-lain.

Tetapi selain kita membaca doanya perlu diamalkan dalam kehidupan :
- Harus siap mengampuni/memaafkan kesalahan orang lain
- Harus kasih sayang kepada umat Rasulullah saw.
- Harus siap menutupi aib dan kekurangan umat Rasulullah saw.
- Harus menyenangkan hati umat Rasulullah saw.

ALLAHUMMAGHFIRLI UMMATI SAYYIDINA MUHAMMAD
1) Ya Allah berilah ampunan umat baginda kami Sayyidina Muhammad SAW

ALLAHUMMARHAM UMMATA SAYYIDINA MUHAMMAD
2) Ya Allah sayangilah umat baginda kami Sayyidina Muhammad SAW

ALLAHUMMASTUR UMMATA SAYYIDINA MUHAMMAD
3) Ya Allah sempurnakanlah (kelalaian) kekurangan umat baginda kami Sayyidina Muhammad SAW

ALLAHUMMAJBUR UMMATA SAYYIDINA MUHAMMAD
4) Ya Allah perbaikilah umat baginda kami Sayyidina Muhammad SAW


FADHILAH MENDOAKAN UMAT RASULULLAH SAWSocialTwist Tell-a-Friend

Doa Terang Mata dan Syafa'at Nabi ﷺ

Doa Terang Mata dan Syafa'at Nabi ﷺ

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam :

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَقَبَّلَ إِبْهَامَيْهِ فَوَضَعَ عَلَى عَيْنَيْهِ وَقَالَ: ( ﻣَﺮْﺣَﺒًﺎ ﺑِﺬِﻛْﺮِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻗُﺮَّﺓُ ﺃَﻋْﻴُﻨِﻨَﺎ ﺑِﻚَ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ) فَأَنَا شَفِيعُهُ يَوْمَ الْقِيَامَتِ وَقَائِدُهُ إِلَى الْجَنَّةِ.

"Barangsiapa mendengar ia akan bang(azan), maka mengucup ia akan dua ibu tangannya(dua ibu jari), maka menghantar ia, yakni akan keduanya atas dua matanya dan berkata ia:

ﻣَﺮْﺣَﺒًﺎ ﺑِﺬِﻛْﺮِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻗُﺮَّﺓُ ﺃَﻋْﻴُﻨِﻨَﺎ ﺑِﻚَ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ
(MARHABAN BIZIKRILLAH TA'ALA QURRATU A'YUNINA BIKA YA RASULALLAH)

maka akulah yang mensyafa’atkan akan dia pada hari qiamat dan yang menolong akan dia kepada syurga.

FAEDAH

Riwayat Al-Bukhari daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawasanya bersabda ia: “Barangsiapa mendengar namaku pada bang (azan) dan menghantar ia akan dua ibu tangannya atas dua matanya dan membaca ia akan do’a ini, akulah yang menuntut akan dia pada padang qiamat, iaitu:

يَا بَصِيرًا بِلَا حَدَقَةٍ، احْفَظْ عَيْنَيَّ وَنَوِّرْهُمَا.
(YA BASIRAN BILA HADAQATI IHFAZ 'AINAYYA WA NAWWIRHUMA)

Wahai Tuhan Yang Maha Melihat tanpa biji mata, peliharalah kedua mataku dan terangkanlah kedua-duanya.

Dan tersebut di dalam Qashashul Anbiya’, bahawasanya Nabi Adam ‘Alaihissalam rindu hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad ‘Alahisshalatu wassalam pada ketika ia di dalam syurga, maka mewahyu Allah Ta’ala kepadanya, iaitu pada shulbi engkau dan zahir ia pada akhir zaman maka memohon ia akan Allah Ta’ala bahawa berjumpa ia dengan Muhammad ‘Alahisshalatu wassalam di dalam syurga, maka menjadi Allah Ta’ala akan nur Muhammad itu pada kuku dua ibu tangannya seperti cermin, maka mengucup Adam akan kuku dua ibu tangannya dan sapu ia atas dua matanya. Maka tatkala mengkhabar Jibril dengan demikian itu akan Nabi ‘Alahisshalatu wassalam, sabdanya: “Barangsiapa mendengar namaku di dalam bang (azan), maka mengucup ia akan kuku dua ibu tangannya dan sapu ia atas dua matanya, nescaya tiada buta selama-lamanya.”

Dan riwayat daripada Syeikh Fariduddin: “Barangsiapa membaca atas dua kuku ibu tangannya:

ﻓَﻜَﺸَﻔۡﻨَﺎ ﻋَﻨﻚَ ﻏِﻄَﺎٓﺀَﻙَ ﻓَﺒَﺼَﺮُﻙَ ﭐﻟۡﻴَﻮۡﻡَ ﺣَﺪِﻳﺪٌ ...
(FA KASYAFNA ANKA GHITAA AKA FABASHORUKAL YAUMA HADID)

... maka Kami buka tutup daripadamu, Ialu pemandanganmu pada hari itu amat tajam. (Surah Qaf: Ayat 22)

tujuh kali dan mensalawat ia atas Nabi ‘alaihisshalatu wassalam pada tiap-tiap kalinya, kemudian mengucup ia akan dua ibu tangannya dan disapu dengan keduanya atas dua matanya, nescaya memberi manfa’at bagi cahaya matanya dan hilang mudharat daripada dua matanya, Insya’ Allah Ta’ala.”

Atau dibacanya:

” ﻣَﺮْﺣَﺒًﺎ بِكَ يَا حَبِيْبِي وَقُرَّةَ عَيْنِي يَا رَسُوْلَ اللهِ “
(MARHABAN BIKA YA HABIBI WA QURRATA 'AINIY YA RASULALLAH) seperti riwayat daripada Nabi Khidhir ‘Alaihissalam.

# Rujukan dari kitab " ﺍﻟﺠﻮﻫﺮ ﺍﻟﻤﻮﻫﻮﺏ ﻭﻣﻨﺒﻬﺎﺕ ﺍﻟﻘﻠﻮﺏ " (Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub) yang diterjemah oleh Asy-Syeikh 'Ali bin 'Abdur Rahman Al-Kalantani daripada "Kitab Lubab Al-Hadith" karangan Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Bab Yang ke-8 Kelebihan Bang (Fadhilat Azan).

# Video contoh Ust Don min 1:15




Doa Terang Mata dan Syafa'at Nabi ﷺSocialTwist Tell-a-Friend

Mari kita kenali apa itu ROH

Mari kita kenali apa itu ROH

Roh terbahagia kepada dua iaitu:

1. Ruhul hayah

2. Ruhul tamyiz

RUHUL HAYAH

Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, batang kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat (benda mati) seperti batu, kayu dan sebagainya.

RUHUL TAMYIZ

Ruhul tamyiz (ruhul amri ) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak ada pada binatang tetapi hanya ada pada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf . Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk mendirikan syariat. Mereka memikul beban untuk mendirikan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang memungkinkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan mendirikan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhul tamyiz ini.

Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal.

Hadis ada meriwayatkan:
Maksudnya: “Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia. Kemudian Allah berfirman kepada akal: ‘Demi kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala’.” (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)

Inilah yang membedakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah . Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi pahala. Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.

Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas baik ke Syurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik akan diberi pahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini. Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah saja.

Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikat dan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat, malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar dari jin, jin akan mati. Kalau ia keluar dari hewan, hewan itu juga akan mati. Kerana ruhul hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.

*Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati.* Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang halus-halus (alam mawaraa-ul maddah ) iaitu dapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah.

Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.

Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah , dia akan dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak semajelis dengannya. Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan mil darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh. Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul
hayah itu bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.

Perlu dijelaskan lagi:

1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran:
Maksudnya: (Malaikat itu) tidak pernah menderhakaiAllah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim: 6 )

2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Artinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia.

Mari kita kenali apa itu ROHSocialTwist Tell-a-Friend

GERAKAN KETIKA BERZIKIR DAN TARIAN PADA MAJLIS AL-SIMA’

GERAKAN KETIKA BERZIKIR DAN TARIAN PADA MAJLIS AL-SIMA’

S: Adakah para Sahabat Nabi bergerak-gerak sepertimana tanaman bergoyang ketika berzikir?

J: Secara tabienya, seseorang itu terkesan dengan pelbagai perkara. Ada individu atau sekumpulan orang apabila mendengar puisi, kata-kata, nyanyian, ataupun muzik akan bergerak dengan pelbagai gerakan. Ada yang menggerakkan kepala, ada yang mengoyang-goyangkan badan atau ada yang menari-nari dan sebagainya. Maka tidak mustahil berlaku kepada para sahabat nabi menggerakkan badan mereka ketika mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran disebabkan kekuatan kesan pada wajdan (rasaan) dan saraf mereka sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah,

تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللهِ[1]

Yang bermaksud, yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.

Pada ketika seram sejuk kulit mereka (oleh kerana mendengar al-Quran atau membacanya), terkesan kepada saraf dan ianya telah menghasilkan reaksi seterusnya mereka melakukan apa-apa pergerakan[2].

Asas Pertimbangan

Perkataan al-Sima‘ ( السِّمَاعُ )[3] merupakan istilah tasauwuf yang bermaksud mendengar syair-syair (termasuk qasidah) indah lagi terpilih dengan dendangan yang bagus dan suara yang merdu.

Antara jenis al-Sima‘ yang terunggul ialah mendengar al-Quran. Ia memerlukan satu tahap tertinggi sehingga pendengar mampu mencapai mukjizat keterangan dan keindahan al-Quran serta memahami segala pengertian dan petunjuknya.

Majlis al-Sima‘ hari ini terus berkembang dan berubah bentuknya. Sesudah keadaan dahulu yang hanya penyanyi nasyid mendendangkan nasyid dan majlis mendengarnya sahaja, kini ahli majlis berdiri dalam bentuk bulatan atau beberapa barisan yang berhadapan sambil mengulang-ulang lafaz nama Allah yang tertentu dengan irama dan pergerakan yang terhad, manakala suara penyanyi pula mengatasi suara mereka sambil berdendang, merangsang dan membangkitkan semangat mereka.

Ketika seseorang hamba itu membaca al-Quran atau berzikir kepada Allah, diperkukuhkan lagi dengan roh ke atas perbuatan tersebut untuk memperolehi kekuatan dan penyucian, maka tubuh badan akan bergerak-gerak dan bergoyang-goyang keseronokan. Ianya adalah disebabkan keintiman mereka (roh) dengan hari dikhitabkan

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ[4]

Yang bermaksud, Bukankah Aku tuhan kamu?

Demikianlah sebab manusia mengerak-gerakkan kepalanya ketika berzikir atau mambaca al-Quran. Ianya seolah-olah roh berasa seronok tatkala taqarrub kepada tuhannya apabila mendengar kalamNya atau namaNya.

Sebahagian Arifin berkata: Sebab manusia bergoyang apabila mendengar suara yang merdu adalah kerana roh teringat-ingat kesedapan khitab pada hari disebut (  أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ  ) sewaktu keluar daripada sulbi Adam dan ia terkenang-kenang peristiwa tersebut.[5]

Dalil Daripada al-Quran

Asas berzikir dalam semua keadaan ialah berdasarkan firman Allah[6],

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ[7]

Yang bermaksud, (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring...

Imam al-Alusiy dalam tafsirnya “Ruh al-Ma‘aniy” menjelaskan: (selepas penerangan yang panjang) Sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar ra dan Urwah bin al-Zubair ra serta jamaah daripada sahabat ra, mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di Musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun berzikir dalam keadaan berdiri sebagai tabarruk muwaffiq ayat tersebut.[8]

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya “al-Jami‘ al-Ahkam” menyebut: Dalam ayat di atas, Allah menyatakan anak Adam melakukan urusan mereka dalam tiga keadaan. Ianya seolah-olah membataskannya mengikut masa. Hal ini kemudian diperjelaskan oleh hadith daripada Saidatina Aishah ra:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُر الله عَلَى كُلِّ أَحَيَانِهِ[9]

Yang bermaksud,  Sesungguhnya Rasulullah SAW menyebut dan mengingati Allah dalam setiap keadaan.

... sehingga kata-katanya (Imam al-Qurtubi):  Orang yang berzikir dalam semua keadaan akan beroleh pahala dan ganjaran Insya Allah.[10]

Firman Allah lagi,

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُوا اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ[11]

Yang bermaksud, Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa mereka berbaring...

Dalil Daripada Hadith

وروى أبو نعيم عن الفضيل بن عياض رحمه الله تعالى أنه قال: كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا ذكروا الله تمايلوا يمينا وشمالا كما تتمايل الشجرة بالريح العاصف إلى أمام ثم إلى وراء.[12]

Yang bermaksud, Diriwayat oleh Abu Naim, daripada al-Fudail bin Iyad rh berkata: Bahawa sahabat Rasulullah SAW ketika zikrullah bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan dan kemudian ke belakang.

وعن أبي أُراكة يقول: صليت مع علي رضي الله عنه صلاة الفجر فلما انفتل عن يمينه مكث كأن عليه كآبة، حتى إذا كانت الشمس على حائط المسجد قدر رمح صلى ركعتين ثم قلب يده فقال: والله لقد رأيت أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم فما أرى اليوم شيئا يشببهم، لقد كانوا يصبحون صفرا شعثا غبرا، بين أعينهم كأمثال ركب المعزى، قد باتوا لله سجدا وقياما، يتلون كتاب الله، يتراوحون بين جباههم وأقدامهم، فإذا أصبحوا فذكروا الله مادوا كما يميد الشجر فى يوم الريح وهملت عيونهم تبل ثيابهم...[13]

Yang bermaksud, Dan daripada Abi Urakah berkata: Aku solat subuh bersama Ali ra. Kemudian beliau berpaling ke sebelah kanan dan kelihatan beliau dalam keadaan kesedihan. Beliau duduk sehinggalah cahaya matahari mengenai dinding masjid dalam kadar sebatang lembing lalu beliau solat dua rakaat. Apabila selesai bersolat, beliau membalikkan tangannya lalu berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku pernah melihat para sahabat Nabi SAW dan aku tidak dapat lagi melihat keadaan hari ini yang serupa dengan suasana mereka. Kehidupan mereka kusut masai dan berdebu, dahi mereka bertanda seperti tanda pada lutut kambing, kesan daripada sujud. Mereka bermalam dengan melakukan sujud dan qiam kerana Allah, mereka membaca al-Quran, (berterusan) berganti-ganti dahi mereka sujud dan kaki mereka qiam. Apabila subuh mereka berzikir bergoyang-goyang sepertimana pokok bergoyang ditiup angin dan bercucuran airmata mereka sehingga basah baju mereka....

عن سيدتنا عائشة رضى الله عنها قالت: جاء حبش يَزْفِنون (معناه يرقصون) فى يوم عيد فى المسجد، فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبيه، أنظر إلى لعبهم حتى كنت أنا التى أنصرف عن النظر إليهم.[14]

Yang bermaksud, Daripada Saidatina Aishah ra berkata: Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda. Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.

عن سيدنا أنس رضي الله عنه قال: كان الحبشة يرقصون بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم ويقولون بكلام لهم: محمد عبد صالح. فقال صلى الله عليه وسلم: ماذا يقولون؟ فقيل: يقولون: محمد عبد صالح.

Yang bermaksud, Daripada Saidina Anas ra berkata, Sesunguhnya orang Habsyah menari di hadapan Rasulullah SAW sambil menyebut di dalam bahasa mereka: Muhammad hamba soleh. Baginda bertanya: Apakah yang mereka sebutkan itu? Sahabat menjawab: Mereka menyebut: Muhammad hamba soleh.[15]

عن سيدنا علي بن أبي طالب رضي الله عنه: (اختصم علي وجعفر وزيد ابن حارثة فى ابنة حمزة: فقال لعلي: أنت مني وأنا منك، فحجل علي، وقال لجعفر بن أبي طالب: أشبهت خلقى وخلقى، فحجل، وقال لزيد بن حارثة: أنت أخونا ومولانا، فحجل زيد ... الحديث)[16]

Yang bermaksud, Daripada Saidina Ali ra, berbalah Ali, Ja‘far dan Zaid Ibn Harithah tentang anak perempuan Hamzah lalu (Nabi) bersabda kepada Ali: Kamu sebahagian daripadaku dan aku sebahagian daripadamu. Lalu Ali menari-nari (apabila mendengar pujian daripada baginda). Baginda bersabda kepada Ja‘far bin Abi Talib: Rupa dan akhlakmu seperti diriku. Lalu beliau menari-nari (apabila mendengar pujian daripada baginda). Baginda bersabda pula kepada Zaid Ibn Harithah: Engkau saudara dan ketua kami. Lalu Zaid menari-nari (apabila mendengar pujian daripada baginda)...

Al-Alamah al-Katani berkata: (الحجل ) bermaksud menari-nari dalam keadaan tertentu[17].

Begitu juga kata Ibnu Hajar al-Asqolaniy pada syarah hadith: (الحجل ) ialah berdiri di atas satu kaki sambil menari-nari dalam keadaan tertentu.[18]

وقال فقيه السادة الشافعية بمكة المكرمة العلامة أحمد زيني دحلان رحمه الله تعالى فى كتابه المشهور فى السير النبوية عند ذكره الحديث ما نصه: فرقص يعني جعفر رضي الله عنه من لذة هذا الخطاب، فلم ينكر عليه صلى الله عليه وسلم، وجعل ذلك أصلا لرقص الصوفية عندما يجد لذة المواجيد فى مجالس الذكر والسماع.[19]

Yang bermaksud, Berkata al-Faqih yang bermazhab Syafie di Makah al-Mukarramah, al-Alamah Ahmad Zaini Dahlan rh dalam kitabnya yang masyhur ‘al-Sir al-Nabawiyah’ tatkala disebut hadith sepertimana yang dinaskannya: Maka tarian iaitu yang dilakukan oleh Ja‘far ra ketika merasai kelazatan dengan ucapan ini (pujian tersebut), Rasulullah SAW tidak mengengkari perbuatannya dan atas dasar inilah dijadikan sumber hujah bagi golongan sufi melakukan tarian (pergerakan) apabila merasai keseronokan dalam majlis zikir dan sima‘.

Pendapat Ulama’

Imam al-Nawawi

والرقص ليس بحرام، قال الحليمي: لكن الرقص الذي فيه تثن وتكسر يشبه أفعال المخنثين حرام على الرجال والنساء.[20]

Yang bermaksud, Dan menari tidaklah haram. Berkata al-Halimiy: Melainkan tarian itu seperti perempuan melenggok-lenggok, umpama perbuatan pondan maka ia haram bagi lelaki dan perempuan.
Imam Jalaluddin al-Suyuti.

مسألة - في جماعة صوفية اجتمعوا في مجلس ذكر ثم إن شخصا من الجماعة قام من المجلس ذاكرا واستمر على ذلك لوارد حصل له فهل له فعل ذلك سواء كان باختياره أم لا وهل لأحد منعه وزجره عن ذلك.
     الجواب - لا إنكار عليه في ذلك. وقد سئل عن هذا السؤال بعينه شيخ الإسلام سراج الدين البلقيني فأجاب بأنه لا إنكار عليه في ذلك وليس لمانع التعدي بمنعه ويلزم المتعدى بذلك التعزير. وسئل عنه العلامة برهان الدين الأبناسي فأجاب بمثل ذلك وزاد أن صاحب الحال مغلوب والمنكر محروم ما ذاق لذة التواجد ولا صفا له المشروب إلى أن قال في آخر جوابه وبالجملة فالسلامة في تسليم حال القوم. وأجاب أيضا بمثل ذلك بعض أئمة الحنفية والمالكية كلهم كتبوا على هذا السؤال بالموافقة من غير مخالفة. أقول وكيف ينكر الذكر قائما والقيام ذاكرا وقد قال الله تعالى (الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم) وقالت عائشة رضي الله عنها كان النبي صلى الله عليه وسلم يذكر الله على كل أحيانه، وإن انضم إلى هذا القيام رقص أو نحوه فلا إنكار عليهم فذلك من لذات الشهود أو المواجيد وقد ورد في الحديث رقص جعفر بن أبي طالب بين يدي النبي صلى الله عليه وسلم لما قال له أشبهت خلقي وخلقي وذلك من لذة هذا الخطاب ولم ينكر ذلك عليه النبي صلى الله عليه وسلم فكان هذا أصلا في رقص الصوفية لما يدركونه من لذات المواجيد وقد صح القيام والرقص في مجالس الذكر والسماع عن جماعة من كبار الأئمة منهم شيخ الإسلام عز الدين بن عبد السلام.[21]

Tarian yang dinyatakan di sini bukanlah seperti mana yang kita fahami hari ini. al-Syeikh al-Sayyid Ibnu Idris bin al-Sayyid al-Hasan al-Idrisiy menyatakan,

Mendengar nyanyian ( السِّمَاعُ ) dan tarian yang dimaksudkan di sini bukanlah sebagaimana tarian dan nyanyian yang difahami pada masa sekarang. Sebaliknya terdapat kaifiyat yang khusus bagi para pengamal tasauwuf Islam. Al-Sima‘ di kalangan tasauwuf Islam merupakan satu riadhah kerohanian yang diamalkan golongan murid bagi tujuan penyucian dan pembersihan jiwa.[22]

Kesimpulan

Sehubungan dengan itu, bergoyang-goyang (تمايل) ketika berzikir kepada Allah dan tarian (رقص) pada majlis al-Sima‘ ada sandarannya. Ianya harus dilakukan, bukanlah ianya satu syarat tetapi merupakan wasilah untuk memperolehi kecergasan ketika melakukan zikir. Ianya dilaksanakan dengan menjaga adab ketika berzikir dan dijauhkan daripada perkara maksiat. Ianya juga bukanlah dilakukan sepanjang keadaan, adakalanya mereka duduk tetap dan adakalanya mereka bergerak-gerak.

والله أعلم

[1] Zumar, 23

[2] Ahsanul Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, al-Syiekh Atiah Saqar, Jilid 4, hlmn 250

[3] Tarian, Nyanyian dan al-Sima‘ Dalam Tariqat Tasauwuf, al-Syeikh al-Sayyid Ibnu Idris bin al-Sayyid al-Hasan al-Idrisiy, terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan

[4] Al-A‘raf 172

[5] Tanbih al-Fikr ila Haqiqah al-Zikr m/s 51

[6] Al-Mausu’ah al-Yusofiyah fi Bayan Adillah al-Sufiyah, al-Syeikh Yusof Khattar Muhammad, Dar al-Taqwa, 2003, m/s 178.

[7] Ali Imran 191

[8] Ruh al-Ma‘aniy, Abi al-Fadl Syihabuddin al-Sayyid Mahmud al-Alusiy, Dar al-Fikr, 1997, jld 3, m/s 246.

[9] Muslim 824, Abu Daud 18, al-Tirmizi 3384, Ibnu Majah 302, Ahmad 6/70, Ibnu Khuzaimah 207, Abu Ya’la 4699, al-Baihaqi 1/90, Abu Awanah 1/217, al-Baghawi 274, al-Bukhari 1/407 pada ta’liq dan Ibnu Hibban 802.

[10] al-Jami‘ al-Ahkam al-Quran, AbiAbdillah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, Dar al-Fikr 1999, jld 2, m/s 238

[11] Al-Nisa’ 103

[12] Al-Tartib al-Idariyah, al-Alamah Abdul Hay al-Kataniy, Dar al-Arqam, Raqsu al-Habsyah fi al-Masjid al-Nabawi Amamahu a.s, (2/93).

[13] Al-Bidayah wa al-Nihayah Ibnu Kathir 8/6, dikeluarkan oleh Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah 1/76, Ibnu Asakir dalam al-Kanz 8/219 dan Hayah al-Sahabah 1/49

[14] Muslim dalam Sahihnya 2063

[15] Imam Ahmad  (3/152) dan Ibn Hibban (5870) dengan sanad yang sahih.

[16] Dikeluarkan oleh Imam Ahmad 1/108, 1/98.

[17] Al-Tartib al-Idariyah, al-Alamah Abdul Hay al-Kataniy, Dar al-Arqam, Hajala Ba‘du Kibar Sahabah Baina Yadaihi SAW, (2/97).

[18] Fath al-Bari, Lil Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqolaniy, Bab Umrah al-Qada’, Dar al-Fikr, 1996,  jld 8, hlmn, 295.

[19] Al-Sirah al-Nabawiyyah wa al-Athar al-Muhammadiyyah, Zaini Dahlan pada Hamisy al-Sirah al-Halabiyyah (2/252).

[20] Raudhah al-Tolibin wa Umdah al-Muftin, Imam al-Nawawi, al-Maktab al-Islamiy, Kitab al-Syahadat, Bab Hukm al-Gina’, 1991, jld 11, m/s 229.

[21] Al-Hawi li al-Fatawa, Jaluluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr bin Muhammad al-Suyuti, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1983, jld 2 m/s 324.

[22] Tarian, Nyanyian dan al-Sima‘ Dalam Tariqat Tasauwuf, al-Syeikh al-Sayyid Ibnu Idris bin al-Sayyid al-Hasan al-Idrisiy, terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan



GERAKAN KETIKA BERZIKIR DAN TARIAN PADA MAJLIS AL-SIMA’SocialTwist Tell-a-Friend

Selawat Al Fatih

Salawat Al Fatihiyyah

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِيْ إِلَىٰ صِرَاطِكَ المُسْتَقِيْمِ، وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ.

Ya Allah! Limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami Muhammad; pembuka bagi segala yang terkunci, penutup para nabi sebelumnya, penolong kebenaran dengan kebenaran, penunjuk kepada jalanMu yang lurus, dan juga ke atas keluarga dan para sahabatnya dengan sebenar-benar kedudukan dan kadar mereka yang besar.

Fadhilat Salawat Al Fatih

Barangsiapa berselawat dengan dia sekali jua seumurnya nescaya tiada masuk neraka dan sekalinya itu menyamai sepuluh ribu selawat yg lain dan kata setengahnya menyamai enam ratus ribu selawat yang lain mengekali baca akan dia empat puluh hari itu menerima Allah taala akan taubatnya.

(Kitab Al Aqoid Wal Fawaid, TG Haji Daud, Bukit Abal)

Selawat Al FatihSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.