Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi


Search This Blog

Pengertian Tariqah



Tariqah dalam pengertian asasnya, adalah satu perjalanan menuju Allah swt, sudah pasti melalui jalan yang hak, juga merupakan satu fenomena atau cara hidup yang lumrah umum dikalangan para sahabat nabi saw dan para tabiin. Itulah perjalanan hidup yang menyeluruh di kalangan ahli salaf. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah swt dalam al-Quran.

Orang yang mendahului atau lebih kehadapan dalam perjalanan menuju Allah swt ialah para sahabat nabi saw dan para tabiin ini menerima naungan cahaya kenabian dan “suhbat al-rasul”.Justeru, maksud Tariqah ialah perjalanan menuju Allah swt seperti yang diamalkan oleh para sahabat nabi saw. Cuma kalimah Tariqah tidak digunakan secara meluas tetapi banyak menggunakan istilah sabil, sirat dan al-sabiqun.

Dalam ilmu tasawuf, tariqah merupakan satu jalan atau kaedah yang ditempuh menuju keridhaan Allah swt dengan amaliah zahir dan bathin sepertimana yang terkandung dalam keluasan ilmu tasawuf. Adapun ikhtiar menempuh jalan itu lebih dikenali dengan istilah Suluk. Sedangkan orang bersuluk itu pula dipanggil salik.

Tariqah itu adalah jalan atau petunjuk dalam melakukan sesuatu ibadah sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan dikerjakan oleh para sahabat Nabi Muhammad saw, Tabi'in, turun temurun sehingga sampai kepada para ulama dan guru-guru. Guru-guru yang memberikan petunjuk dan bimbingan ini dinamakan Mursyid. Mursyid peranannya membimbing dan mengajar muridnya setelah memperolehi ijazah dari gurunya pula sebagai tersebut dalam silsilahnya. Dengan demikian ahli Tasawuf berkeyakinan bahwa hukum-hukum serta peraturan-peraturan dalam ilmu Syariah dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik perlaksanaan melalui jalan Tariqah.

Nabi Muhammad saw sebagai guru pertama umat Islam telah membuka jalan (tariqah) yang pertama dan telah menyempurnakan tablighnya (penyampaiannya). Maka dengan ini tariqah kaum muslimin keseluruhannya berpokok pangkal dari tariqah Nabi Muhammad saw. Segala amal ibadah yang kita lakukan atau tariqah yang kita amalkan adalah petunjuk yang kita terima dari guru-guru kita. Mereka sebelumnya menerima dari para ulama. Para ulama sebelumnya menerima dari para Tabi' Tabi'in. Mereka pula telah menerima dari para tabi'in yang telah menerima dari sahabat yang langsung menerima dari Rasulullah saw. Rasulullah saw telah menerima segala ajaran pula dari Jibril as dan Jibril pula menerima dari Allah swt.

Perlaksanaan sunnah Nabi Muhammad saw yang terkandung dalam Ilmu Fiqeh harus dilaksanakan melalui tariqah. Tidak mencukupi hanya dari keterangan hadis-hadis Nabi Muhammad saw sahaja tanpa ada sahabat yang melihat cara perlaksanaan Nabi saw dalam sesuatu ibadah. Kemudian mereka pula menceritakan kembali caranya kepada murid-muridnya iaitu para tabi'in dan seterusnya. Apabila seseorang mempelajari ilmu Fiqeh sebenarnya ia sudah melakukan satu tariqah.

Apabila seorang guru mengajarkan ilmu sembahyang misalnya, ia pasti mengajar, membimbing dan menunjukkan cara perlaksanaan yang betul, dengan niat yang sah, segala rukun sembahyang sehingga dapat sembahyang itu akhirnya dilaksanakan dengan sempurna. Semua bimbingan gurunya itu dinamakan tariqah. Maka apabila perlaksanaan ibadah itu meninggalkan kesan pada jiwanya dan dikerjakan secara maksimal, maka ia akan menjadi Haqiqah, sedangkan hasilnya, sebagai tujuan terakhir daripada semua perlaksanaan ibadah itu ialah mengenal tuhan sebaik-baiknya, atau dalam istilah Tasawuf disebut mencapai Makrifatullah.

Syariah dan Tariqah adalah tidak lain daripada mewujudkan perlaksanaan ibadah dan amal, sedangkan Haqiqah itu memperlihatkan ahwal dan rahsia tujuannya.

Dalam Ilmu Tasawuf penjelasan ini disebut: Syariah itu merupakan peraturan, tariqah itu merupakan perlaksanaan. Haqiqah itu merupakan keadaan dan Makrifah itu adalah tujuan yang terakhir iaitu mengenal Allah swt.

-------------------------------------------------------------------------------------

Tarekat adalah sekolah tasauf atau klinik tasauf untuk membaiki hati manusia dari sifat tercela (mazmumah) dan menghiasi nya dengan sifat terpuji (mahmudah).

Tarekat dalam pengertian asasnya, adalah satu perjalanan menuju Allah swt, sudah pasti melalui jalan yang hak, juga merupakan satu fenomena atau cara hidup yang lumrah umum dikalangan para sahabat nabi saw dan para tabiin. Itulah perjalanan hidup yang menyeluruh di kalangan ahli salaf. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah swt dalam al-Quran.
Orang yang mendahului atau lebih kehadapan dalam perjalanan menuju Allah swt ialah para sahabat nabi saw dan para tabiin ini menerima naungan cahaya kenabian dan “suhbat al-rasul”

Justeru, maksud tarekat ialah perjalanan menuju Allah swt seperti yang diamalkan oleh para sahabat nabi saw. Cuma kalimah tarekat tidak digunakan secara meluas tetapi banyak menggunakan istilah sabil, sirat dan al-sabiqun.

Dalam al-quran, ada di sebut bahwa hidup manusia di dunia ini adalah perjalanan menuju Allah swt. ِAllah swt berfirman, Artinya, ”dan sesunggohnya,kepada tuhan kamu, tempat kesudahan” (An-Najm: 42)

Setiap manusia, pasti akan kembali kepada Allah swt. Dari Allah swt mereka datang, kepada Allah swt lah mereka, kembali. Menuju Allah swt bermaksud melaksanakan ibadat dalam keadaan hal hati sangat mengenali Allah (kenal secara syuhud) swt dan faham kehendak Allah swt.

Semua tarekat yang muktabar, adalah mengikut al-quran dan as-sunnah. Pelbagai nama tarekat berasal dari nama pelopor atau guru yang berjaya mencapai maqam musyahadah. Apabila berjaya dan diakui sebagai seorang ulama’ dan wali Allah swt, orang ramai, terutama sekali murid-murid nya, ingin menuruti jalan nya menuju Allah swt. Lantas, tersebut lah nama tarekat atau jalan sifulan dan sifulan. Padahal, sheikh tarekat itu, menuruti jalan yang diajar oleh nabi saw. Jadi, pelbagai nama tarekat bukan lah satu jenayah selagi ia berpandukan kepada al-Quran dan Hadith nabi saw.

Tarekat itu adalah sunnah yang diikuti (mutabaah). Dikatakan, Sunnah mutabaah atau Sunnah yang diikuti kerana Saidina Ali ra pernah bertanya kepada Rasullullah saw supaya ditunjukkan satu jalan dari pelbagai jalan untuk sampai kepada Allah swt (makrifat). Rasullullah saw menjawab hendaklah kamu berzikir secara nyata dan sembunyi (sir) seperti kata baginda dalam satu hadith, Artinya, Ya Ali, (jika engkau mahu tarekat yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah engkau sentiasa kekal berzikrillah secara sir dan kuat (bersuara).”

Didalam satu hadith lain, Rasullullah saw pernah mentalkinkan tahlil lisan: "Laailaaha illallaah" sebanyak tiga kali dan diikuti oleh Saidina Ali ra. Keterangan lanjut, bolehlah dirujuk kepada kitab Hakekat Tasauf, oleh Sheikh Abdul Kadir Isa.

Jika dilihat kepada prinsip-prinsip ilmu tasauf, ia tidak terkeluar dari al-Quran dan sunnah.Prinsip-prinsip itu adalah:
1.Takwa
2.Berzikir dan muraqabah
3.Berguru atau suhbah
4.menuntut ilmu – usuluddin, fikih, tasauf, tafsir al-quran, hadis dan sebgainya
5.Beradab dengan Allah swt, guru dan sesama muslim.

Sahabat nabi saw mengamalkan tarekat atau zikrillah dan mereka akhirnya digelar ulul albab, seperti yang difirmankan di dalam surah Ali Imran ayat 190-191.
“Sesunggohnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (wujudnya Allah dan kesempurnaan sifat-sifatNya) bagi orang-orang ulul-albab, iaitu orang-orang yang berzikrillah dalam keadaan berdiri dan duduk dan berbaring dan mereka memikirkan Allah di dalam penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): ”Ya tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”

Oleh itu para sahabat mengamalkan ilmu tarekat, kerana amalan tarekat merangkumi tiga perkara penting iaitu zikrillah serta muraqabah, takhliyyah dan tahliyyah dan diamalkan oleh para sahabat nabi saw. Cuma pada masa sahabat saw tidak ada nama-nama tarekat seperti Ahmadiah Idrissiah, Naqsabandiah dll. Nama-nama pelbagai tarekat itu timbul kemudian setelah umat islam mulai cinta dunia dan malas beribadat dan mula meninggalkan sunnah nabi saw.Ada segolongan umat islam, mula ingin menghidupkan kembali amalan islam seperti masa nabi saw dan sahabat nya, maka mereka digelar sufi dan ahli tarekat. Tarekat ialah zikrillah dan tidak bercanggah dengan al-quran dan Sunnah.

Penjelasan, maksud dari surah Ali Imran, ayat 190-191.
Ayat diatas adalah bukti adanya amalan tarekat, yakni zikrillah dan muraqabah. Menurutnya ini, dengan zikrillah dan muraqabah maka orang yang beriman itu akan mencapai makrifat sehingga ia akan kenal sebenarnya tentang hakikat Allah swt. melalui syuhud dan musyahadah. Setelah sahabat berzikir dan bermuraqabah, siang dan malam, hari-hari, akhir nya Allah swt bukakan hijab dan tajallilkan hati sahabat dengan makrifat yang sebenar. Ini dapat dilihat dari kata-kata sahabat yang diceritakan oleh Allah swt, ”Ya tuhan kami, Engkau tidak jadikan kejadian-kejadian ini dengan sia-sia (tapi penuh hikmah), Maha Suci Engkau Ya Allah dan peliharalah kami dari api neraka. ”Kata-kata sahabat atau ulul-albab itu membuktikan bahawa mereka telah dikurniakan dan diperlihatkan sebahagian daripada hakikat dan makrifat dengan cara ditajallikan oleh Allah swt.

Dalam surah Ali Imran, ayat 190-191 diatas ada disebutkan “ulul al-bab”. Golongan ulul albab adalah terdiri dari para sahabat nabi saw, muqarabbun dan wali-wali Allah swt. Mereka adalah golongan yang sentiasa berzikrillah dalam semua keadaan. Mereka boleh berzikir sebegitu, kerana telah diajar oleh baginda Rasullullah saw, Ini menunjukkan amalan zikrillah adalah disuruh oleh Allah swt dan diajar oleh nabi saw sehingga mereka berjaya mencapai darjat ihsan, muqarabbin atau ulul albab.

Ulul artinya mereka yang memiliki. Miliki apa? Mereka memiliki lubbun-lubbun di mana jamak tafsir nya adalah albab. Lubbun berarti dasar hati(innermost) yang paling dalam atau basirah.Lubbun inilah yang dapat mengenal Allah swt secara zauki. Boleh juga dirujuk kepada surah al-Ra’d, ayat 19-22, untuk penjelasan lanjut siapakah itu golongan ulul albab.
Pengertian TariqahSocialTwist Tell-a-Friend

Manaqib Tuan Shaykh Muhamad Said al-Linggi radhiAllahu 'anhu


(Gambar Makam Shaykh Haji Muhammad Said Al-Linggi dan keluarga)



Petikan daripada Akhbar Islam (5 ZUlhijjah 1407 / 31 Julai 1987) issue 13, ditulis oleh Imam Al-Soouti :

Manaqib Tuan Shaykh Muhamad Said al-Linggi radhiAllahu 'anhu

Keadaan sebuah bukit kecil yang terletak di tepi jalan hendak ke Jelebu dari bandar Seremban sunyi sepi saja. Suasananya tenang dan damai. Cuma sesekali ketenangan itu dipecah oleh derauan kereta yang meluncur laju sama ada menempuh bandar Seremban ataupun menuju ke Jelebu.

Burung-burung berterbang riang. Berkicauan dan menyanyi memuji dan memuja Allah. Berzikir menyatakan keagungan Allah. Dari dahan ke ranting, burung-burung itu terbang penuh gembira dan riang ria. Tetapi sayang, semua sebutan zikir itu tidak terdengar oleh telinga hamba yang lemah.

Untuk naik ke bukit itu disiapkan tangga. Kira-kira dua atau empat minit meniti anak-anak tangga itu, kita kan sampai di puncaknya. Sesampai di puncak kita akan terpegun sejenak. Melihat satu pagar kecil di dalamnya berdiri sebuah wakaf kecil.

Di dalam pagar itu berdiri niasan-niasan kaku. Dua batang pokok tanjung yang merimbun di pinggir pagar itu terus menggugurkan bunganya menyebabkan kawasan itu menjadi harum semerbak. Berdiri di pagar (makam) itu kita berasa sebuah ketenganan turut berdiri dalam diri kita.

Di dalam pagar kecil itulah merupakan rumah terakhir (makam) Al-marhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id bin Tuan Shaykh Jamaluddin al-Linggi radhiAllahu 'anhu, seorang ulama dan guru tariqah yang terbesar di Negeri Sembilan. Allahyarham kembali menemui Allah pada 12 Rabiulawal dalam usia 62.

Allahyarham Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu merupakan seorang guru pengembang Tariqah Ahmadiah, bukan sahaja di negerinya (Negeri Sembilan) tetapi di seluruh Malaysia termasuk juga beberapa buah negara di rantau ini seperti Indonesia, Pattani, Singapura dan Kampuchea.

Keterkenalan dan ketinggian ilmu yang terkandung dalam tubuh badan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu sebenarnya tidak perlu disebut dan cerita lagi. Masyarakat yang sezaman dengannya tahu mengenai itu semua. Malahan, kehebatan itu masih lagi disebut-sebut sampai ke hari ini, walaupun Allahyarham meninggalkan kita sudah lebih setengah abad.

Sememangnya, Allahyarham bukan calang-calang orang. Sebelum beliau menjadi guru, beliau telah berguru dengan berbagai guru. Dikatakan bahawa guru beliau tidak kurang 50 orang dan beliau juga pernah belajar agama di negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Makkah dan juga Madinah.

Ulama besar yang menjadi guru kepada Allahyarham adalah Tuan Shaykh Sayyid Muhammad bin Ahmad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu iaitu murid kanan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rashid radhiAllahu 'anhu yang berasal dari Sudan kemudian mangkat di Maa’la di Makkah. Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu telah menyambung bai’ah Tariqah Ahmadiah terus dari gurunya, iaitu Tuan Shaykh Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu.

Dalam usahanya menyebarkan ajaran Islam dan ilmu mengenai Allah melalui Tariqah Ahmadiah, Almarhum telah memilih Ampangan Seremban sebagai pusatnya. Pada mulanya ajaran itu kurang mendapat sambutan, tetapi lama-kelamaan ajaran itu berkembang subur.

Oleh kerana keyakinan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu kepada ilmu Allah, beliau dikurniakan Allah beberapa kelebihan. Segala kelebihan dan keistimewaan yang dipunyai itu, tidak mudah dipercayai oleh orang awam. Apalagi kalau seseorang itu tidak mempunyai ilmu yang banyak serta keyakinan yang kuat kepada kekuasaan Allah.

Sebagai seorang yang mengasihi Allah, yang rindu dan sentiasa cintai Allah, melalui zikirnya, sholatnya serta gerak geri kehidupannya, maka Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu dianugerahi oleh Allah itu semua.

Antara kelebihan dan keistimewaan yang terdapat kepada Almarhum Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu ialah beberapa koramah. Misalnya beliau boleh menyelam dalam air seberapa lama yang beliau mahu, tanpa menggunakan bantuan oksigen dan sebagainya.

Pernah terjadi keganjilan ini dan disaksikan oleh orang ramai. Ketika itu beliau mahu menyemberang Sungai Kelantan tatkala di tebing sebelah bandar Kota Bharu. Kebetulan perahu (motor bot) yang hendak ditumpang itu penuh. Tuan empunya motor bot tidak membenarkan Allahyarham naik kerana takut karam apabila muatan terlebih. Menyedari itu, Allahyarham tidak jadi naik motor bot itu. Tuan empunya motor bot itu terus menghidupkan enjin dan mengemudikan motor botnya. Sesampai saja di tebing sebelah sana, alangkah terperanjat mereka melihat Sidi Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu telah pun berada di tebing itu. Rupanya sebaik sahaja motor bot itu bergerak, Sidi Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu terus terjun ke dalam sungai dan dalam sekelip mata saja beliau sudah berada di tebing sana tanpa dibasahi setitik air pun.

Satu lagi kelebihan Almarhum adalah bersahabat dengan buaya. Terdapat satu sungai di negeri Kedah yang tidak digunakan oleh sesiapa pun kerana buaya di dalam sungai itu sungguh garang. Suatu hari dalam perjalanan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu merasa letih dan mahu mandi. Beliau berhajat untuk mandi di sungai itu tetapi dilarang oleh penduduk kampung itu. Namun kerana mahu mandi juga, Allahyarham tidak mempedulikan larangan itu. Beliau terus terjun ke dalam sungai itu dan beberapa ekor buaya yang dikatakan garang mengelilinginya. Digosoknya buaya itu seekor demi seekor. Orang kampung yang tadi cemas mula kehairanan dengan melihat kejadian itu.

Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu memang menpunyai banyak kisah-kisah koramah. Satu lagi kisah yang berlaku ke atasnya ialah ketika Allahyarham dan anak muridnya sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk berdakwah. Matahari saat itu sungguh terik, menjadikan semua ahli rombongan panas dan dahaga. Air yang hendak diminum sudah tiada, apalagi kedai untuk membelinya. Salah seorang ahli rombingan itu ada membawa cerek air yang tidak berair. Melihat itu, Allahyarham mengambilnya dan meminta ahli rombingan itu berhenti rehat untuk minum air. Masing-masing berasa hairan, dari mana guru mereka itu hendak mendapatkan air. Tetapi oleh kerana Allahyarham suruh berhenti, maka masing-masing pun berhenti. Allahyarham mengambil cerek kosong itu dan lantas menuangnya seperti cerek yang berair. Air keluar dari cerek itu seperti cerek yang memang mempunyai air. Telah disaksikan oleh semua ahli rombingan itu dengan hairan sambil seorang demi seorang minum dari cerek itu.

Selain dari dikurniakan oleh Allah beberapa kelebihan dan keistimewaan yang jarang didapati oleh orang lain, Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu juga merupaka seorang dari ahli kashifeen, di mana beliau boleh mengetahui sesuatu yang ghaib.

Kebolehan Allahyarham ini terbukti bila suatu ketika, tiga orang pergi berjumpa dengan Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu untuk bertanya beberapa masalah. Kebetulan saat itu waktu Maghrib tiba. Tuan Shaykh Muhammad Sa’id terus sholat berjemaah bersama tiga orang pemuda itu. Selepas berwirid dan doa, tanpa tiga orang pemuda itu mengajukan pertanyaan, Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu terus menjawab soalan-soalan yang hendak dikemukakan satu persatu. Mendengar penjelasan itu, ketiga orang pemuda itu kehairanan kerana Allahyarham tahu akan soalan dan masalahnya.

Demikianlah kelebihan ilmu yang Allah kurniakan kepada kekasihnya yang mengembangkan Tariqah Ahmadiah itu.

Dalam amalan dan ajaran Tariqah Ahmadiah, Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu sangat menekankan kepada penyucian diri melalui tiga perkara –

1.selawat
2.zikrullah
3.membaca talqin khas Ahmadiah.

Penekanan kepada tiga perkara itu dalam Tariqah Ahmadiah adalah penting untuk membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah bagi membolehkan seorang itu menduduki martabat tertinggi dalam hidupnya.

Walaupun Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu telah meninggal dunia lebih satu abad, tetapi segala ilmu yang diajar dan diturunkan kepada anak-anak muridnya terus berkembang dan diamalkan.

Berkat itu semua menyebabkan nama ulama itu masih segar dalam kepala seluruh umat Islam di negara ini, apalagi kepada mereka yang mahu menghampiri diri kepada Allah melalui ilmu hakikat dan ma’rifat.

Penerusan ilmu Allahyarham terus sambung menyambung dan kalau diibaratkan kepada sungai, ianya mengalir terus. Beberapa orang anak-anak Allahyarham serta cucu-cucunya telah mewarisi ilmu yang dimiliki beliau.

Boleh dikatakan semua anak-anak Allahyarham muncul sebagai ulama dan menjadi guru. Antara anak-anak Allahyarham yang turut menjejaki langkahnya ialah Tuan Shaykh Abdullah radhiAllahu 'anhu , Tuan Shaykh Ahmad radhiAllahu 'anhu , Tuan Shaykh Mansor radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Muhammad Nur radhiAllahu 'anhu ,Tuan Shaykh Mahdi radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Ibrahim radhiAllahu 'anhudan Tuan Shaykh Rashid radhiAllahu 'anhu. Namun, kesemuanya telah meninggal dunia. Cucu yang tertua dan terkehadapan pula adalah Tuan Shaykh Murtaza bin Shaykh Ahmad yang pada masih ini adalah Mufti Negara Kerajaan Negei Sembilan Darul Khusus.

Sumber: http://www.ahmadiah-idrisiah.com/article1.php





Manaqib Tuan Shaykh Muhamad Said al-Linggi radhiAllahu 'anhuSocialTwist Tell-a-Friend

AL-MAKRIFAT (mengenal Allah swt)


AL-MAKRIFAT (mengenal Allah swt)

Istilah makrifat dipakai oleh golongan ulama’ usuluddin, feqah dan tasauf. Istilah sama tetapi maksudnya berbeza dari segi percapaian dan pengalamannya.

Definisi dan maksud makrifat dalam pandangan ulama' tasauf.

Sheikh Abdus Samad Al-Palembangi berkata makrifat adalah tujuan terakhir yang ingin diperolehi oleh ulama’ tasauf, kerana perkara itu, baginya, adalah syurga, ”barangsiapa masuk akan ia(makrifat) tiada ingat ia akan syurga di akhirat“. Oleh itu, beliau berpendapat seluruh maqamat yang terdapat diperingkat mujahadah al-maqamat dikatakan sebagai “jalan yang menyampaikan kepada makrifat Allah swt.” Allah swt berfirman, Artinya, ”barangsiapa takut kepada maqam tuhan nya akan dapat dua syurga.”(al-Rahman:46)

Ahli Tafsir berpendapat yang dimaksudkan dua syurga di sini ialah syurga dunia dan syurga akhirat. Syurga akhirat (taman indah) yang akan didiami oleh orang mukmin diakhirat kelak, manakala syurga dunia ialah makrifat dengan matahati (syuhud), yang sangat lazat, sedap, manis sehingga tidak hendak lagi akan syurga akhirat itu seperti bidadari-bidadari, makanan-makanan syurga, kota-kota, mahligai-mahligai, pelayan-pelayan muda beliau dan lain-lain lagi. Begitulah seperti dikatakan tuan guru Haji Daud, Bukit Abal, syurga makrifat tersangatlah lazat dan sedapnya.

Sheikh Al-Jurjani berkata, al-Makrifat bermaksud “Mengetahui hakikat sesuatu dan tujuan kewujudan nya, ialah makrifat didahului dengan sifat al-jahil, berbeza dengan sifat al-ilm”. Oleh kerana itu dinamakan Allah swt sebagai al-‘Alim bukan al-‘Arif.

Sheikh Ibnu ‘Athaillah berkata, ”Makrifat ialah mengetahui hakikat sesuatu dari sudut zat dan sifat serta mengetahui fungsinya”

Tuan guru Haji Daud Umar, Bukit Abal, mengatakan, makrifat tasauf ialah mengenal Allah swt melalui musyahadah matahati dan bukan melalui dalil akli dan nakli.

Mereka yang telah makrifat Allah swt itu, adalah telah wusul atau sampai kepada Allah swt, kerana seorang salik yang berada di peringkat makrifat dengan matahati itu sebagai wasilan kerana wusul nya kepada Allah swt itu merupakan makrifat dengan Nya. Ibnu ‘Athaillah berkata dalam kitab Hikamnya, "sampaimu kepada Allah itu ialah sampaimu kepada keyakinan kepada Nya, atau makrifat yang sempurna terhadap Allah (sehingga bagaikan melihat). Kalau tidak demikian, maka Maha Suci Allah untuk disambong oleh sesuatu atau bersambong dengan sesuatu"

Maksud kata-kata hikmah di atas menunjukkan al-wusul, bukanlah wusul di dalam maksudnya yang zahir tetapi al-wusul membawa kepada pengertian al-tamkin (tetap), al-sukun (tenang), al-tama’ninah (tenteram) dan al-musyahadah.

Cara untuk mencapai makrifat secara musyahadah ialah, seseorang salik itu mestilah melalui peringkat pertama makrifat dengan menetapkan kewujudan Allah swt dan sifat-sifat Nya disamping mensucikan Allah swt daripada sesuatu yang tidak layak terhadapNya. Makrifat di peringkat awal lebih bersifat akliyyah kerana ia didapati dengan cara melihat kepada dalil-dalil akliyah (lojik) dan naqliyyah (hukum syarak). Selepas itu makrifat dicapai bersifat hal, ketika berlakunya syuhud al-zauki. Maka seseorang yang arifbillah itu ialah mereka yang disaksikan oleh Allah zat, sifat, asma’ dan af’al Nya. Makrifat ahli tasauf tidak bersandar kepada akal tetapi bersandar kepada zauki.

Sasaran utama makrifat Allah swt ialah Zat Ilahiah (Zat Allah) samada dari sudut sifat, asma’ (nama-nama) dan af’al Nya, seterusnya apa juga yang ada kaitan dengan zat ilahiyyah. Makrifat Allah swt dari sudut ilmu tasauf adalah sesuatu yang amat sukar dan rumit untuk diketahui secara detil tentang kedudukan maudu’ nya. Terutama bagi mereka yang tidak beramal dengan amalan tarekat sufi. Ini kerana setiap hakikat yang terbuka kepada seorang salik ketika sedang berkhalwat atau berwirid dengan auradul tarekat, merupakan bersifat zauki dan mukasyafah.

Bukti dari al-Quran yang menunjukkan zauki ini wujud dan dikurnia kepada ahli suluk dan ibadah ada dalam surah al-Anfal, ayat 2, yang bermaksud, “Sesunggohnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah swt.gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menambahkan bagi mereka keimanan dan kepada tuhan merekalah, mereka berserah diri.”

Dari maksud firman Allah swt itu, menunjukkan terdapat perbezaan hati seorang mukmin dengan yang lain nya dalam memahami makrifat. Bila ada zauk, apabila disebutkan kepada mereka tentang Allah (zat, sifat, af’al), barulah gementar hati nya. Sedangkan ada dikalangan umat manusia yang tidak merasa gementar sekali pun disebutkan kepada mereka tentang Allah. Ini membuktikan zauk seorang salik yang arif itu tidak dapat dikongsi di dalam memahami sesuatu hakikat yang terbuka kepada nya. Begitu juga, jika kita tidak ada apa-apa perasaan (zauk) terhadap seorang wanita itu, tentulah rasa cinta terhadap nya tidak akan muncul. Oleh itu, jika ada zauk barulah gementar hati seseorang itu, apabila disebut nama Allah swt. Itulah, buktinya.

Makrifat terhadap Allah swt telah wujud sejak semulajadi (fitrah) lagi. Allah swt berfirman, Artinya, ”Dan (ajarlah wahai Muhammad) ketika Tuhan mu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari tulang belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Ia bertanya dengan firman Nya): “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab ”Benar (Engkaulah Tuhan kami). Kami menjadi saksi yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak” sesunggohnya kami adalah lalai (diberi peringatan) tentang hakikat tauhid ini.” (al-‘Araf:172)

Ruh yang diciptakan oleh Allah swt telah pun mengaku rububiyyah dan uluhiyyah Allah swt.

Sheikh Ibnu ‘Athaillah berkata, dalam kitab Hikam nya, “Allah memperlihatkan zat Nya kepada mu, sebelum Ia menuntut kepada mu harus mengakui kebesaran Nya, sehingga nyata mengakui ketuhanan Nya, segala makhluk yang lahir dan nyata hakikat keesaan Nya di dalam hati dan sir perasaan”

Dari kata-kata hikmah itu, nyatalah ruh pada asal nya, telah mendapat makrifat dari Allah swt. Ini disebabkan ruh nya adalah suci bersih sehingga Allah menunjukkan (tajalli) kebesaran, kehebatan dan kesempurnaan wahdaniyyah Nya kepada setiap ruh yang diciptakan Nya.

Makrifat manusia terhadap Allah swt yang telah dialami semenjak di alam arwah itu boleh menjadi terlupa dan terhijab dengan sifat-sifat kemanusiaan yang terdapat pada diri seorang yang salik dan dosa-dosa yang mereka lakukan. Ruh berasal dari alam arwah, seni, halus, bebas dan cemerlang. Setelah dimasukkan kedalam jasad, maka ia menjadi terlupa kerana memasuki jasad yang gelap, terbelenggu dan kasar. Untuk mengingatinya kembali, seorang itu perlu bermujahadah bagi membersihkan hati nya, seperti firman Nya, “Dan orang yang berkerja keras didalam ugama kami, sesunggohnya kami akan pimpin mereka dijalan-jalan kami dan sesunggohnya Allah berserta orang-orang yang berbuat kebaikan.”(al-Ankabut:69)

Allah swt akan mengajar manusia, setelah manusia itu bersunggoh melaksanakan ugama Allah swt dengan jalan diperkenalkan Diri Nya, kepada manusia itu. Sila rujuk surah Albaqarah, ayat 282 sebagai bukti nya. Allah swt akan mengajar manusia, jika ia bertakwa. Itu janji Allah swt.

Rujukan:
MUHAMMAD HIZAM AL-AHMADI IDRISI. Soal jawab ILMU TASAUF & TAREKAT.
AL-MAKRIFAT (mengenal Allah swt)SocialTwist Tell-a-Friend

KELEBIHAN BERZIKIR



Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda : Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa? (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Abu Said Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang-orang mengatakan bahwakamu telah gila. (Riwayat Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

Dari Muadz ibnu Jabal bahwasanya Rasulullah saw bersabda : Tidak suatu amalan pun yang dikerjakan oleh anak Adam yang dapat menyelamatkan dirinya dari siksa Allah yang melebihi daripada amalan zikir (kecuali dengan berzikir) kepada Allah. Dalam riwayat lain disebutkan : Tanya mereka : Apakah berjihad di jalan Allah tidak menyamai-nya, wahai Rasulullah? Sabda beliau : Tidak juga, kecuali jika mereka yang berjuang berperang mati-matian sehingga senjatanya terputus-putus. (3 kali) (HR. Thabrani di dalam Al Kabiir dan Al Ausat dan Ibnu Abi Syaibah)

Dari Ibnu Umar ra bahwa Nabi saw pernah menyampaikan hadis qudsi dari Tuhannya: Seorang yang lebih sibuk berzikir kepadaKu dari memohon kepadaKu, maka Aku akan memberikannya sesuatu yang lebih utama dari yang pernah diminta oleh para peminta. (Riwayat Bukhari,Al Bazzar, Al Baihaqi.)

Dari Abu Said Al Khudri ra, katanya: Rasulullah saw pernah menyampaikan hadis qudsi dari Tuhannya: Seorang yang lebih sibuk membaca Al Quran dan berzikir dari minta kepadaKu, maka Aku akan memberinya sesuatu yang lebih utama dari apa yang telah diminta oleh para peminta. (Riwayat Ad Darimi,Tirmidzi,Al Baihaqi)

Dari Abu Said Al Khudri ra katanya : Nabi saw bersabda : Di hari kiamat kelak Allah berfirman : Pada hari ini penduduk Mahsyar akan mengetahui, siapakah orang-orang yang diberi kemuliaan? Tanya para sahabat : Wahai Rasulullah,siapakah mereka? Sabda beliau : Mereka adalah orang-orang yang suka berzikir di masjid-masjid (Riwayat Ahmad, Al Baihaqi dan Ibnu Hibban)

Dari Anas ra katanya; Nabi saw bersabda :Tidak suatu kaum yang berkumpul dan berzikir kepada Allah kecuali ada seruan dari langit yang mengatakan Berdirilah kamu kerana dosa-dosa kamu telah diampuni dan telah diganti dengan banyak kebajikan. (HR Ahmad, Abu Yala dan Thabrani)

Dari Abu Razin Al Uqaili ra katanya :Rasulullah saw pernah berkata kepadanya : Mahukah engkau aku tunjukkan sesuatu yang dapat menyebabkan engkau mendapati kebahagiaan di dunia dan di akhirat? Jawabnya : Ya aku mahu. Sabda beliau : Andainya engkau menghadiri majlis ? majlis zikir, dan apabilaengkau bersendirian maka gerakkanlah lidahmu dengan berzikir kepada Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w., katanya: "Barangsiapa yang duduk di suatu tempat duduk dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam duduknya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah dan barangsiapa yang berbaring di suatu tempat pembaringan dan ia tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam berbaringnya itu, maka atas orang itu ada kekurangan dari Allah." (Riwayat Abu Dawud dengan isnad hasan)

Dari Abu hurairah r.a., Katanya: 'Kasuluilah s.a.w. bersabda:"Tiada sesuatu kaum pun yang berdiri meninggalkan sesuatu majlis dan tidak sama berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis itu, melainkan semua itu berdiri bagaikan bangkai keledai dan mereka semuanya memperoleh penyesalan." (Riwayat Abu Dawud dengan isnad shahih)

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiada sesuatu kaumpun yang duduk di suatu majlis yang mereka itu tidak berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan shalawat kepada Nabi mereka di dalam-nya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyiksa kepada mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan pada mereka." (Riwayat Termidzi, Hadis hasan)

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu." (Riwayat Termidzi, Hadis hasan)

Zikir adalah satu amalan yang sangat mustahak untuk mendapat kejernihan hati. Zikir akan membentuk ketenangan kepada jiwa kita.

Zikir akan melindungi kita daripada godaan dan gangguan syaitan serta nafsu. Ketenangan dan ketenteraman jiwa boleh dirasai dengan berzikir kepada Allah S.W.T. Ketenangan tidak terdapat dengan melepak, menyanyi atau sebagainya.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenteram."

(AR-Rad: A:28 S:13 J:13 M/S:252)


PERINGATAN

Bagi menghasilkan ketenangan di dalam berzikir, terlebih dahulu kita mesti memperbanyakkan selawat Nabi s.a.w. Maksud zikir ialah kita sentiasa mengingati kebesaran Allah di dalam setiap kerja kita. Sama ada kita ulama', orang awam ataupun buruh kasar.

Hafiz Ibnu Qaiyim r.a adalah seorang ulama' hadis yang termasyhur. Beliau mengarang sebuah risalah bernama Al-Wabil yang mengandungi berbagai-bagai penjelasan mengenai kelebihan berzikir.

Di dalam risalah itu, beliau berkata bahawa zikir mempunyai faedah kira-kira lebih daripada seratus faedah. Tujuh puluh sembilan faedah beliau menukilkan di dalam risalah tersebut.

Kami menyalin faedah-faedah itu satu persatunya serba ringkas.


1. Zikir adalah menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.

5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah (yakni murah rezeki).

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya, seseorang itu merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah S.W.T kerana cinta itulah merupakan roh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barangsiapa ingin mendapat cinta Ilahi itu, maka hendaklah ia berzikir sebanyak-banyaknya.

Sebagaimana mutala'ah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat muraqabah. Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat insan.

Dengan adanya martabat insan, maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan seolah-olah ia melihat-Nya (keadaan seperti inilah merupakan tujuan asasi daripada perjuangan para sufi).

11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini, lama-kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah S.W.T menjadi pelindung dan pembantu baginya.

12. Zikir adalah membawa seseorang kepada takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak, maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika ia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah S.W.T.

13. Zikir adalah membukakan pintu makrifat kepada Allah S.W.T.

14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kebesaran Allah S.W.T dan melahirkan semangat buat merapatkan diri dengan-Nya.

15. Zikir adalah menyebabkan Allah S.W.T ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Kerana itu ingatlah kamu kepada Aku, nescaya Aku ingat pula kepadamu."
(Al-Baqarah : 152)

Dan diterangkan pula di dalam hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingati
pula di dalam hati-Ku."

16. Zikir adalah menghidupkan hati. Perbandingan zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?

17. Zikir adalah santapan bagi roh dan hati. Andaikata keduanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.

18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karatan (kekotoran) sepertimana diterangkan di dalam hadis bahawa tiap-tiap satu mempunyai daki dan kekotoran baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.

19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.

20.Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah S.W.T. Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu dan gelisah terhadap Allah. Ianya hanya dapat dihapuskan hanya dengan zikir.

21.Zikir adalah menyebut Allah, orang yang berzikir itu dikelilingi oleh Arsy Ilahi.

22.Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah ingat pula kepadanya apabila ia di dalam kesusahan.

23.Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah S.W.T.

24.Zikir adalah menyebabkan turunnya sakinah dan para malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu.

25.Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada mengumpat, mencela, berdusta, maki-hamun dan cakap sia-sia.

Telah dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsiapa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir, maka terselamat dari sifat keji.

Sebaliknya orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya ia terlibat dalam keburukan dan sifat-sifat yang keji itu.

26.Zikir akan memasukkan orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang yang berbahagia, demikian juga bagi orang yang mendampinginya.

Sebaliknya orang-orang yang lalai dan membuat kerja-kerja yang sia-sia adalah tercampak ke dalam kancah kecelakaan. Demikian juga bagi mereka yang menyertainya.

27.Zikir akan memelihara orang yang berzikir dari menyesal pada hari kiamat.

28.Jika orang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri, maka pada hari kiamat ia akan didiamkan di bawah naungan Arasyh Ilahi. Pada hari kiamat di mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana kepanasan hari yang sangat dahsyat itu.

29.Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir, maka Allah S.W.T mengurniakan kepadanya lebih dari orang yang meminta kepada-Nya.

Di dalam hadis Qudsi, Allah S.W.T ada berfirman:

"Barangsiapa tertahan oleh zikir-Ku daripada berdoa, nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada yang Aku berikan kepada orang yang berdoa."

30.Zikir merupakan satu ibadat yang ringan dan mudah sekali, namun ia adalah amalan yang lebih afdal dan utama dari semua ibadat kerana menggerakkan lidah itu lebih mudah dari menggerakkan seluruh badan.

31. Zikir merupakan pohon di dalam syurga.

32.Nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada orang yang berzikir, tidaklah diberikan kerana amalan yang lain.

Terdapat hadis yang menerangkan:

"Barangsiapa membaca kalimah ini sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari, maka Allah akan memberikan pahala kepadanya yang seimbang memerdekakan 10 orang hamba sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya 100 kebajikan, dihapuskan daripadanya 100 dosa, dipelihara dari godaan syaitan dan tiada siapa pun yang lebih afdal daripadanya kecuali orang yang amalannya telah melebihi.

33.Seseorang yang berzikir berterusan dengan istiqamah, ia akan terselamat daripada melukakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.

Melupakan diri sendiri dan muslihat-muslihatnya bererti melupakan Allah. Barangsiapa melupakan Allah, nescaya akan dicampakkan di dalam kancah kerugian.

Allah memperingatkan di dalam Al-Quran:

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan dirinya sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik."

(Al-Hasyar: A:19 S:59 J:28 M/S:548)

Maksudnya supaya kamu janganlah menjadi orang-orang yang tidak menghiraukan Allah S.W.T, lantas Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni akal fikiran mereka dilemahkan sehingga mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan yang hakiki.

Apabila manusia melupakan diri sendiri, maka dengan sendirinya ia akan melupakan muslihat-muslihatnya, akhirnya ia menjadi mangsa kebinasaan.

Sepertimana seorang petani yang melupakan sawah ladangnya, sudah tentulah sawah ladangnya tidak mendatangkan hasil apa-apa. Akhirnya akan bertukar menjadi belukar.

34.Seseorang akan merasakan keamanan dan ketenangan jiwa tatkala lidahnya basah menyebuti zikir sehingga ia cinta kepada zikir.

Sepertimana seseorang yang mencintai air ketika ia mengalami dahaga yang amat sangat atau cinta kepada makanan ketika ia sangat lapar ataupun ia cinta kepada pakaian dan rumah semasa ia berasa sangat sejuk atau sangat panas.

Bahkan zikrullah itu lebih mustahak lagi kerana jika segala-galanya itu tidak tersedia, maka tubuh kasar manusia itu sahaja yang akan binasa, sebaliknya jika tiada zikir, roh dan hati juga akan turut binasa.

35.Dengan zikir, manusia akan mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara terus-menerus ketika ia sedang beristirehat ataupun ia sedang sakit, ketika ia sedang sibuk dengan mengecap nikmat hidup ataupun berada di dalam serba kekurangan.

Jika hatinya sudah bersinar dengan sinaran zikir, maka dalam setiap keadaan ia akan meningkat ke peringkat yang setinggi-tingginya.

36.Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dalam dunia ini ataupun di dalam kubur.

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Apakah orang yang sudah mati (sudah sesat) kemudian Kami hidupkan ia (menjadi ia agama Islam) dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang.

Dengan cahaya itu, dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia (nur itu sentiasa bersama dengannya) serupa dengan orang yang berada di dalam keadaan gelap-gelita yang tidak dapat keluar daripadanya."

(Al-An’am: A:122 S:6 J:7)

Hati orang yang berzikir akan bersinar gilang-gemilang dengan cahaya makrifat. Nur adalah sesuatu yang teragung sekali. Ianya membawa kepada kejayaan yang gilang-gemilang.

Lantaran itulah, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa menuntut dan memohon dengan berulang-ulang kali dan meminta nur itu bagi setiap anggota tubuhnya sepertimana doa-doa yang didapati di dalam kitab-kitab hadis yang didoakan oleh baginda s.a.w seperti yang berikut di bawah ini:

"Ya Allah! Berikanlah nur kepada dagingku, nur pada tulang-tulangku, nur pada rambutku, nur pada kulitku, nur pada pendengaranku, nur pada penglihatanku, nur dari atasku, nur dari bawahku, nur dari kananku, nur dari kiriku, nur dari mukaku, nur dari belakangku dan jadikanlah nur itu di dalam diriku dan juga besarkanlah nur itu untukku."

Maka menerusi nur itulah, amalan perbuatan seseorang itu akan bercahaya terang benderang sehingga amal perbuatan yang baik dari seseorang itu dibawa ke langit yang didapati daripadanya cahaya seperti cahaya matahari dan nur yang serupa itulah akan kelihatan pada mukanya di hari kiamat nanti.

37.Zikir adalah intisari ilmu tasawuf yang diamalkan oleh setiap ahli tariqat. Jika telah terbuka pintu zikir bagi seseorang, bererti telah terbuka baginya jalan yang menuju ke jalan Allah.

Barangsiapa yang telah menuju ke jalan Allah, nescaya ia telah dapat segala-galanya yang dikehendaki kerana tidak berkurangan apa-apa pada khazanah Ilahi.

38.Pada hati manusia, ada satu bahagian yang tidak subur melainkan zikrullah. Apabila zikir menguasai hati maka bukan ia menyubur bagi hati itu sahaja bahkan ia menjadi orang yang berzikir itu hidup dengan makmur walaupun ia tiada harta benda.

Memuliakannya walaupun tidak berkeluarga dan menjadikannya pengusaha walaupun ia tidak mempunyai kerajaan. Sebaliknya orang yang lalai daripada berzikir pasti dia akan dihinakan walaupun ia mempunyai harta benda, kaum keluarga dan kerajaan yang besar.

39.Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah berhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.

Yakni hati manusia yang diselubungi oleh berbagai keraguan, dukacita dan kegelisahan itu semuanya dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman dan ketenangan jiwa.

Hati dan jiwa manusia yang dikuasai oleh perbuatan yang keji-keji itu dibersihkan. Manusia yang sentiasa digodai dan dikuasai oleh tentera-tentera syaitan itu diceraikan daripadanya. Akhirat yang jauh itu didekatkan dan dunia yang dekat itu dijauhkan dari manusia.

40.Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar, maka selama itulah ia mengalami kerugian demi kerugian.

41. Zikir adalah merupakan satu pohon yang setiap masa mendatangkan buah makrifat. Menurut istilah ulama’-ulama’ tasawuf, pohon itu mendatangkan buah ahwal dan makamat.

Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin akar pohon itu kukuh. Semakin akarnya kukuh, semakin itulah pohon itu mengeluarkan buahnya.

42.Zikir adalah mendekatkan hamba kepada Allah. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

"Sesungguhya Allah S.W.T beserta dengan orang-orang yang bertaqwa (takut)."

Di dalam hadis Qudsi Allah S.W.T berfirman:

"Adalah Aku menyertai hamba-Ku selama ia mengingati Daku."

Di dalam hadis Qudsi yang lain, Allah telah berfirman:

"Orang-orang yang mengingati Aku itu ialah orang Aku.

Aku tidak menjauhkan dari rahmat-Ku. Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi kekasih bagi mereka, tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat, maka Aku menjadi jururawat bagi mereka.

Aku mencampakkan mereka ke dalam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka dari dosa-dosa."

Penyertaan Allah S.W.T yang dicapai menerusi zikir itu adalah penyertaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatit dan tidak mungkin juga dibicarakan.

Kelazatannya dengan erti kata yang sebenar boleh dirasai oleh orang yang telah mencapainya.

43.Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, membelanjakan harta dan berjuang di jalan Allah.

44.Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah, ia tidak dapat bersyukur kepada-Nya.

Di dalam sebuah hadis menceritakan bahawa Nabi Musa a.s pernah berkata kepada Allah, "Ya, Allah! Engkau telah menganugerahkan kepadaku nikmat-nikmat yang amat banyak, maka tunjukilah aku cara-cara bersyukur supaya aku sentiasa dapat bersyukur kepada-Mu."

Kemudian Allah S.W.T berfirman kepada Nabi Musa, "Sebanyak yang engkau berzikir, sebanyak itulah engkau bersyukur."

Allah berfirman:
"Hendaklah lidahmu sentiasa dibasahi dengan berzikir."

45.Yang mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang sentiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah taqwa ialah syurga sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah S.W.T.

46.Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.

47.Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.

48.Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah. Lalai adalah sumber permusuhan dengan-Nya.

49.Tiada satu apa pun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah dan menyelamatkan daripada azab-Nya lebih daripada zikrullah.

50.Allah S.W.T menurunkan rahmat-Nya kepada orang-orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.

51. Barangsiapa yang ingin menikmati syurga sedangkan ia masih berada di dalam dunia ini maka hendaklah ia menyertai majlis-majlis zikir kerana zikir itu adalah umpama taman-taman syurga.

52.Majlis zikir adalah majlis para malaikat.

53.Allah S.W.T membanggakan orang yang berzikir di hadapan para malaikat.

54.Barangsiapa sentiasa berzikir, ia akan masuk ke dalam syurga tersenyum-senyum.

55.Segala amalan diwajibkan semata-mata kerana zikrullah.

56.Amalan yang paling afdal ialah amalan yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Puasa yang paling afdal ialah puasa yang disertakan zikir sebanyak-banyaknya. Haji yang paling afdal ialah haji yang disertakan dengan zikir sebanyak-banyaknya. Demikian juga jihad dan amalan yang lain-lain.

57.Zikir ialah pengganti bagi ibadat-ibadat nafilah (ibadat-ibadat sunat). Pada satu ketika, satu golongan orang yang miskin telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w merayu hal mereka kepada Rasulullah s.a.w:

“Ya, Rasulullah s.aw! Saudara kami yang berharta-benda telah meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi kerana harta kekayaan, mereka telah mendahului kami dengan mengerjakan haji, umrah, jihad dan lain-lain."

Sebagai menjawab Rasulullah s.aw bersabda:

"Mahukah kamu sekelian aku ajarkan sesuatu untuk mendahului sesama kamu sehingga tiadalah lagi seorang pun yang lebih afdal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti yang kamu perbuat?"

Selanjutnya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bacalah kamu sekelian selepas tiap-tiap sembahyang." (berzikir)
Ini menunjukkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w menganggap zikir ini sebagai pengganti haji, urnrah, jihad dan lain-lain (bagi orang yang tidak berada).

58. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat lain. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya, maka ibadat yang lain itu menjadi lebih mudah dan senang malah kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar.

Oleh itu, semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.

59.Dengan berzikir, semua keberatan akan menjadi ringan. Setiap kesukaran akan menjadi ringan dan semua bala bencana akan lenyap.

60.Lantaran zikirlah, segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar. Zikrullah adalah mempunyai satu kuasa yang khas untuk melahirkan ketenteraman dan akan melenyapkan ketakutan.

Ianya mempunyai kesan yang istimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya, semakin itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.

61.Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia. Dengan kekuatan itu, ia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar.

62.Pemberesan urusan-urusan akhirat adalah dahulu-mendahului di antara satu sama lain. Di dalam mendahului antara satu sama lain ini, yang kelihatan di hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir.

Diriwayatkan dari Omar Khadam Gufarah r.a katanya:

"Apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata:

"Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu zikir."

Di dalam sebuah hadis ada dilaporkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Telah mendahului mereka yang mufarrid."

Para sahabat bertanya:

"Siapakah yang mufarrid itu, ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka."

63.Allah S.W.T sendiri membenarkan dan memuji orang-orang yang berzikir. Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah S.W.T tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang yang berdusta.

64. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina rumah itu.

Apabila mereka ditanya, "Mengapakah kamu berhenti membina rumah itu?"

Maka mereka menjawab, "Bahawa perbelanjaannya belum tiba lagi."

Di dalam sebuah hadis lagi ada disebutkan barangsiapa yang mengucapkan (berzikir) sebanyak 7 kali, nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam syurga.

65. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalamnya kerana amal perbuatannya yang tidak baik, maka zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan Neraka Jahannam tersebut. Semakin banyak berzikir dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu.

66. Para malaikat beristighfar (memohon keampunan) bagi orang yang berzikir. Diberitakan kepada Amar bin Aas r.a yang beliau meriwayatkan bahawa apabila seseorang hamba mengucapkan (berzikir) maka para malaikat berkata, "Ya, Allah! Ampunilah dia." (Dan termaklum bahawa doa para malaikat itu tidak ditolak malahan terus dikabulkan).

67.Jika seseorang berzikir di atas gunung atau di tanah datar, maka tempat tersebut akan merasa bangga.

Di dalam sebuah hadis ada diberitakan bahawa gunung-gunung bertanya¬tanyakan di antara satu sama lain bahawa hari ini adakah seseorang yang berzikir itu melalui di atas engkau.

Jika diberitahukan, "Ya, ada yang melaluinya maka ia akan berasa gembira lagi bangga."

68.Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan bagi kemunafikan.

Allah S.WT telah berfirman:

"Mereka tidak mengingati Allah melainkan sedikit."

(An-Nisa A:142 S:4 J:5 M/S:101)

Ka'ab Akhbar r.a berkata:

"Barangsiapa berzikir sebanyak-banyaknya terpelihara ia daripada kemunafikan."

69.Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai satu kelazatan yang tidak didapati pada amalan¬amalan yang lain.

Jika zikir tidak mempunyai satu fadilat pun selain daripada kelazatan tadi maka memadailah dia.

Malik bin Dinar r.a berkata, "Bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan berzikir."

70.Pada wajah orang berzikir itu didapati kegembiraan di dunia ini dan akan kelihatan nur padanya di hari kiamat.

71. Barangsiapa yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, di rumah, di dalam safar dan ketika berada di dalam kampung, maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab kelak.

Di dalam menerangkan keadaan hari kiamat, Allah S.W.T berfirman:

“Pada hari itu (yakni hari kiamat) bumi menceritakan berita-beritanya."

Baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat:

"Tahukah kamu berita-berita bumi itu?"

Mereka menjawab:

"Tidak. Kami tidak tahu, ya Rasulullah s.a.w."

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh lelaki dan wanita (sama ada pekerjaan yang baik ataupun yang buruk) di permukaan bumi ini, maka bumi akan menceritakan bahawa si fulan pernah melakukan sekian perbuatan di sekian tempat di permukaannya pada sekian masa.

Oleh itu, orang-orang yang berzikir sebanyak-banyaknya di tempat-tempat yang berlainan maka dia akan mempunyai saksi yang banyak di hari hisab nanti."

72. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah ia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya. Kerana lidah itu sememangnya tidak bisa diam, ia akan sibuk berzikir kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan.

Demikian juga halnya hati jika ia tidak sibuk dengan mencintai Khalik, maka sudah tentu ia sibuk dengan mencintai makhluk.

73.Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga mengerumuni mereka dari tiap penjuru.

Orang yang halnya sedemikian rupa, ia sentiasa berada di tengah-tengah lingkungan para musuh yang mana tiap-tiap seorang daripadanya ingin menimpa ke atasnya penderitaan demi penderitaan.
Tiada cara untuk mematahkan serangan musuh itu melainkan dengan zikrullah.

Ada banyak hadis yang mengandungi doa-doa yang mana dengan membacanya sebelum tidur maka terpeliharalah dari musuh-musuh itu selama¬lamanya.

Kelebihan-kelebihan di atas memadailah mereka yag mendapat taufik untuk mengamalkannya.

Bagi mereka yang tiada mendapat taufik, maka beribu-ribu fadilat pun tidak berguna sama sekali.

sumber
KELEBIHAN BERZIKIRSocialTwist Tell-a-Friend

Kelebihan Puasa 9 & 10 Muharram


Hadith-hadith tentang puasa hari ‘Asyura (10 Muharram)
Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. (Riwayat al-Bukhari)

A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah SAW telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah beberapa contoh hadith sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadith-hadith ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum daripada difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (wafat 852H) dan al-Imam Muslim (wafat 676H) ketika menghuraikan hadith-hadith tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura’ 4/245).

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".
(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

Sumber: http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html
Kelebihan Puasa 9 & 10 MuharramSocialTwist Tell-a-Friend

Hari-hari yang disunatkan berpuasa

.
Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

Sumber
Hari-hari yang disunatkan berpuasaSocialTwist Tell-a-Friend

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH:
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

DOA AWAL TAHUN:
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun HijrahSocialTwist Tell-a-Friend

Mengenali Tasawuf


Oleh: USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD

Maksud Tasawuf

Abu Muhammad al-Jurairi: "Tasawuf itu adalah memasuki diri ke dalam kebaikan dan mengeluarkan diri daripada akhlak buruk."

Abul Hasan al-Nuri: "Tasawuf ialah meninggalkan semua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja sifat terpuji (mahmudah)."

As-Syadzili: "Tasawuf itu melatih diri dalam ubudiyah (sifat kehambaan) dan mengembalikan hukum-hukum rubbubiyah (sifat ketuhanan)."

At-Tusturi: "Seorang pengamal tasauf atau sufi adalah orang yang selalu membersihkan diri daripada noda zahir dan batin, selalu bertafakur, sentiasa menghubungkan diri dengan Allah SWT dan memutuskan hubungan tidak bermanfaat dengan manusia."

Daripada 4 definisi tadi, jelaslah tasauf berkisar kepada 3 peringkat atau marhalah:
1.Bidayah
2.Mujahadah
3.Mazaqat



1.Bidayah

Bidayah bermaksud permulaan petunjuk ke jalan Allah SWT. Iaitu jalan dalam bentuk rasa pada jiwa yang merasa rindu kepada Allah SWT. Kerinduan atau cinta tadi menimbulkan makrifat atau berkenalan dengan Allah SWT. Contoh: Pertalian amal/perbuatan pada zahir dan jiwa dalam bidayah.


Perbuatan:Makan
Zahir:Sedap
Batin/Jiwa:Mensyukuri nikmat pemberian-Nya sehingga kita membaca doa "Allahuma bariklana fima rozaqtana wa kina 'adzaban nar."

Perbuatan:Melihat alam
Zahir:Indah
Batin/Jiwa:Kagum akan kuasa-Nya dan menyebut "subhanallah"

Perbuatan:Menerima rezeki
Zahir:Gembira
Batin/Jiwa:Terharu oleh pemberian-Nya sehingga menyebut "Alhamdulillah was Syukru lillah."

Perbuatan:Kuat bekerja
Zahir:Sihat
Batin/Jiwa:Bersyukur dan menunjukkan perbuatan untuk mencapai keredhaan-Nya "Radhitu billahi ra'abaa."

Bidayah
Matlamat bidayah ialah menyempurnakan jiwa sehingga terserlah kepuasan rohani dalam hubungan kepada Allah SWT (HabluminAllah) dan hubungan dengan manusia (Hablum minanNas). Caranya ialah dengan senantiasa beribadah zahir yang dihubungkan secara ikhlas demi Allah SWT semata-mata. Kepuasan rohani akan terbina secara beransur-ansur selagi ia dilakukan dengan tetap (istiqamah)


2.Mujahadah

Setiap manusia diamanahkan oleh Allah swt untuk berjuang di jalan-Nya. Inilah maksud jihad dan proses berjuang tadi dipanggil 'mujahadah'.

Sebenarnya berjuang bukan bererti berperang saja. Melaksanakan amar ma'aruf nahi munkar sudah merupakan perjuangan. Mengekang hawa nafsu terutama dalam bulan Ramadhan merupakan perjuangan.

Tetapi apa jua amalan membersihkan rohani hendaklah berteraskan syariat; tiada pengecualian dalam hal ini. Tanpa syariat, tasawuf tidak bermakna

Sekadar contoh, orang yang baik perilaku atau jiwanya yang suka menderma dan sebagainya tetapi enggan solat, zakat, berpuasa dan menunaikan haji, maka ia bukanlah lengkap sebagai seorang Muslim dalm erti kata sebenar.

Ada juga orang yang mengaku pengamal tasawuf atau sufi tetapi menyatakan tidak perlu solat, zakat, puasa dan sebagainya yang ditetapkan oleh syariat. Orang begini membahayakan kerana ia sudah sesat dan boleh menyesatkan orang lain.


3.Mazaqat

Al-Mazaqat atau hasil yang diharapkan daripada mengamalkan tasawuf. Antara matlamat utama tasawuf dalam rangka ini ialah:

1. Mencapai ma'rifatun nafs iaitu kenal diri atau jiwa. Aspek ini perlu dilalui sebelum seseorang itu mengenal Allah swt. Kita harus kenal kekurangan dan kelebihan diri kita, tahu batas susila diri sendiri. Sesungguhnya ramai orang yang kenal akan orang lain kerana sikap ilmu dan ramah mesra, tetapi tidak tahu dirinya.

2. Tasfiah/tazkiah ialah aspek pensucian hati daripada sifat-sifat cela atau mazmudah. Sifat takbur, marah, hasad dan zalim dibersihkan.

3. Tahalli iaitu mengalung atau menyerikan diri dengan sifat mulia atau mahmumah seperti amanah, ikhlas, jujur, berilmu dalam diri.

4. Tarraqi bermakna naik kedudukan atau maqam sehingga hati sufi tadi sibuk dengan keperluan terhadap Allah swt walaupun hidup seperti manusia biasa. Ia redha/pasrah akan taqdir Allah selepas puas berikhtiar.

Jelas matlamat tasawuf, menurut ulama sufi yang muktabar, adalah mendapat keredhaan-Nya dengan membina adab dalam jiwa dan zahir.


Ujian Kebendaan

Hari ini kita hidup dikelilingi oleh semangat kebendaan. Malah yang lebih menyedihkan, ramai juga mereka yang mengutamakan kebendaan sedangkan mereka dalam keadaan lemah atau tanpa kemampuan. Sifat cinta kepada kebendaan ini memang telah di...hiaskan dalam diri setiap anak Adam sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Ali 'Imran ayat 14,"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan pada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang".

Hidup berhutang demi mengecap kemewahan kononnya telah menarik mereka ke jurang kemiskinan. Ilmu akhlak atau Tasawuf tidak diperbesarkan berbanding dengan ilmu Tauhid dan Fikh. Pada hal, Rasulullah saw telah mengajarkan ilmu akhlak ini terlebih dahulu iaitu 11 tahun, sebelum para sahabat mempelajari perihal solat (selepas peristiwa Isra' Mi'raj), puasa dan sebagainya.

Akibatnya banyak sifat cela yang ditimbulkan dan diperbesar seolah-olah inilah yang menjadi ukuran manusia yang berjaya.

Jadi bagaimanakah ilmu akhlak dapat menyelamatkan orang yang berkuasa?

Orang yang berkuasa dapat diselamatkan oleh ilmu Tasawuf apabila ia merasa ada pertimbangan wajar yang perlu dilaksanakan terhadap golongan-golongan yang dikuasai. Hal ini senantiasa diperingatkan oleh Allah swt sebagaimana dalam Surah Ad-Dhuha ayat 11, "Apabila diberi nikmat Allah, maka hendaklah kau bersyukur".

Riya' dan takkabur telah menjatuhkan Iblis ke lembah yang terhina (ia adalah jin yang telah mendapat nikmat dalam bentuk penghormatan Allah swt sehingga dapat bersama para malaikat. Nama Iblis ketika itu ialah Azazil). Allah swt hendak menguji setiap hambanya, iaitu mereka harus buktikan ketaatan melalui perlakuan bukan sekadar ungkapan manis dari hati yang berbolak balik. Jadi, ketika Allah swt menyuruh para malaikat dan Iblis agar menyembah (memberi penghormatan) kepada Adam as, hanya Iblis saja yang enggan. Peristiwa ini dapat disingkap kembali pada firman Allah swt di Surah Al-Baqarah ayat 34, "Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis, Ia enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir"

Allah swt mengetahui isi hati hambanya. Namun, dalam peristiwa Iblis tadi yang ingkar tadi, Allah swt bertanya mengapa Iblis tidak menyembah Adam. Hal ini demi disaksikan oleh para malaikat dan Nabi Adam. Jawab Iblis ialah dia lagi mulia kerana dijadikan daripada api sedang Adam hanya berasal daripada tanah. Jawapan Iblis yang bongkak ini telah dirakamkan dalam Surah Al-'Araf ayat 12 ketika Allah swt bertanyakan kepada Iblis, Apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada Adam di waktu Aku menyuruhmu? Iblis menjawab : Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia engkau ciptakan dari tanah."

Jawapan Iblis itu menunjukkan dia takkabur iaitu berbangga pada dirinya sendiri, dan bersifat riya' iaitu inginkan orang lain (Adam) menyanjungnya dan bukan sebaliknya. Lantaran itu, Allah swt telah mengeyahkan Iblis dari syurga. Jelaslah di sini Iblis merupakan makhluk yang tidak sedar diri iaitu tidak mensyukuri pemberian dan ciptaan Alllah swt.

Allah swt telah menjadikan Nabi Sulaiman as sebagai manusia paling perkasa kerana dapat menguasai angin, jin, mengetahui bahasa binatang (termasuk serangga) dan memiliki kekayaan yang tiada terkira. Tetapi bagaimanakah Sulaiman as menanggapi segala keistimewaan itu? Beliau menyatakan bahawa "Ini adalah kurnia daripada Tuhanku sebagai dugaan sama ada aku bersyukur atau kufur"

Maksud kufur dalam konteks ini bukanlah menafikan Allah swt, tetapi menidakkan nikmat atau anugerah Ilahi.


Ilmu Batin

Dua lagi sifat Iblis ialah hasad (menaruh perasaan iri dan benci) dan dengki (tergamak mengenakan). Jadi dapatkah sifat-sifat syaitaniah ini dibasmi? Jawapannya ialah tentu saja boleh. Ia boleh dilakukan dengan menguasai ilmu Tasawuf atau ilmu batin yang bertujuan membersihkan jiwa (nafi'a)

Sering kita tidak menyedari bahawa perlakuan kita adakalanya menyerupai syaitan. Contohnya, ketika bercermin, kita merasa diri kita kacak dan wajar orang lain juga merasa demikian. Merasa kacak dan berbangga itu dipanggil takkabur. Manakala mengharapkan orang lain mengiktiraf kehebatan itu pula dipanggil riya'.

Satu lagi contoh ialah, ketika bersolat sendirian, sering kita lalai dari segi ketertiban. Tetapi apabila kita bersolat di masjid atau di khalayak ramai, kita bersungguh-sungguh melakukannya kerana merasa banyak mata melihat kita - iaitu sifat riya'.

Mengapakah ini terjadi?

Perlu diingatkan bahawa sebelum dinyahkan dari syurga, Iblis mendapat izin Allah swt bagi dua perkara:

Pertama, untuk terus menduga Adam as dan keturunannya (manusia) dari semua sudut;

Kedua, diizinkan hidup sampai akhir zaman (akhirat). Tujuannya semata-mata untuk menghalangi manusia dari mengikuti jalan yang lurus. Iblis terus berkata sebagaimana tercatit pada ayat 17 Surah Al-'Araf, "Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur"

Bagi perkara pertama, Allah swt berkata Iblis dan pasukannya tidak akan dapat mempengaruhi hambanya yang ikhlas beriman. Ini jelas dinyatakan oleh Allah swt dalam Surah Saad ayat 82 ketika Iblis menjawab, "Demi kekuasaanMu aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka."

Oleh itu, jika kita melakukan sesuatu demi orang lain dan bukan kerana Allah, maka kita dikatakan tidak Ikhlas.

Tasawuf ialah mengenai keikhlasan atau melakukan sesuatu kerana hendak mendapat keridhaan Allah swt.

tasawuf = pembersihan sifat cela, ikhlas

Berbalik kepada soal solat dan riya' tadi, hal ini ada dijelaskan dalam peringatan Allah swt pada keseluruhan surah Al-Ma'un yang bermaksud, "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang-orang yang salat, iaitu orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang riya dan enggan mengeluarkan zakat."


Maksud Ihsan

Ikhlas juga dimaksudkan sebagai ihsan. Makna 'ihsan' terpapar dalam sebuah hadis yang amat terkenal, iaitu ketika Jibril as yang menyamar sebagai seorang lelaki datang dan duduk bertemu lutut di depan Nabi saw dalam suatu majlis yang disaksikan para sahabat. Jibril as bertanyakan apakah makna Islam, Iman dan Ihsan.

Mengenai 'ihsan', Nabi saw menyatakan ialah "apabila seorang Muslim beribadat ia seolah-olah melihat Allah swt dan jika ia tidak dapat melihatnya, ia mengetahui bahawa Allah swt melihatnya."

Maksud 'melihat' ialah satu persaksian iaitu apa jua urusan kita hendaklah ditujukan kepada Allah swt. Demi mendapatkan keridhaan atau disukai Allah swt, maka segala kerja yang kita buat hendaklah memenuhi suruhan-Nya dan mematuhi larangan-Nya. Amalan inilah yang menjadikan kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh hingga ia mencapai taraf sempurna (bahasa Arabnya, kamil).

Bagaimana kita melihat sesuatu itu 'kamil'?

satu-satunya makhluk yang telah mencapai darjat atau maqam kamil adalah Rasulullah saw, Segala ilmu dan peristiwa di dunia dan keseluruhan alam telah dilihatkan (dipersaksi) Allah swt kepada Baginda. Misalnya, Nabi saw merupakan manusia pertama yang dibedah secara cahaya, diangkat ke langit, dilihatkan peristiwa terdahulu dan pada hari kemudian.

Jelaslah apabila hati kita ikhlas / ihsan, maka kita tidak mudah digoda oleh pesona zahir seperti harta atau kekayaan, seks atau wanita dan pangkat atau takhta. Hal ini menjelaskan betapa relevannya Tasawuf dalam melengkapkan seseorang - dari seorang pekerja biasa sehingga pemimpin agung - dalam menghadapi dugaan dunia yang dicetuskan oleh Iblis dan pasukannya. Apabila hati telah disucikan dengan ikhlas dan ihsan, segala tindak-tanduk kita akan membawa kebaikan di dunia dan mendapat balasan baik di akhirat.

Sering kita tidak menyedari DIRI KITA sendiri sedang melakukan syirik atau menyekutukan Tuhan walaupun kita bersolat dan menjalankan pelbagai ibadah. Ini berlaku dengan pelbagai keadaan, misalnya seseorang itu senantiasa mengharapkan kerja atau usahanya dengan ganjaran dalam bentuk harta dan pangkat dan bukan keridhaan Allah swt. Syirik sedemikian disebut syirik khafi (syirik yang tidak disedari/tidak ketara). Tetapi syirik yang lebih besar atau syirik jali/kabir ialah bertindak menyekutukan Allah swt secara terang-terangan seperti mengamalkan fahaman komunis, menyembah berhala, menyatakan Tuhan ada ibu bapa dan anak.


Akal dan Taqwa

Antara peringatan Allah swt kepada kita ialah semua manusia adalah sama tetapi yang membezakan darjat / kedudukan atau maqamnya di sisi-Nya ialah aspek taqwa. Firman Allah swt dalam Surah Al-Hujuraat ayat 13, "Sesungguhnya orang yang palingmulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di sisi kamu".

Erti taqwa ialah mengikuti suruhan Allah swt dan takut melanggar perintah-Nya. Sering taqwa dianggap sebagai 'takut'. Misalnya, kita berhentikan kereta ketika lampu trafik merah kerana takut disaman, Tetapi 'takut' kita kepada Allah swt tentulah jauh lebih hebat lagi - takut kerana tidak mendapat keberkahan-Nya di dunia, atau takut kerana mendapat seksa neraka. Jadi apa jua perbuatan kita hendaklah kerana-Nya atau lillahi ta'ala

Apa itu akal?

Otak yang ada di kepala itu bukanlah akal. Tetapi otak adalah organ untuk memperoses data wadah daya peringatan.

Tanpa akal, tidak sah ibadah seorang Muslim. Salah satu syarat pokok ibadat ialah berakal. Jika orang itu gila, maka ibadah tidak sah. Bahkan jika dia membunuh kerana tidak berakal, perbuatannya boleh dikira tidak berjenayah.

Yang membezakan manusia dengan haiwan yang lain ialah kerana manusia berakal. Haiwan pula bernaluri seperti makan, minum, kahwin dan sebagainya. Sekiranya manusia tidak mampu memanfaatkan akalnya, maka ia diibaratkan Allah swt sebagai haiwan, bahkan lebih buruk lagi darinya.

Allah swt berfirman dalam Surah Al-'Araf ayat 179, "Mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

Taqwa tidak akan teguh jika akal tidak disucikan atau tasfiah daripada sifat-sifat cela yang terdapat pada syaitan dan juga binatang (buas dan tidak mengenal hubungan kelamin).

Contohnya: Seorang hartawan dikatakan bijak kerana berjaya mengumpul harta walaupun dalam keadaan kemelesetan. Dari segi Tasawuf, kebijaksanaan orang ini hanya bersifat zahir. Ia tidak melambangkan taqwa.

Untuk meraih taqwa, hartawan itu hendaklah menyalurkan hartanya sebagai sedekah zakat. Terlebih dulu, hartanya pula hendaklah diperolehi dengan jalan halal.


Sempurna dan Menyeluruh

Manusia Islam adalah insan yang menyeluruh atau kaffah. Ertinya berkaitan rapat dengan konsep insan kamil atau manusia sempurna yang telah dicapai oleh Rasulullah saw. Istilah kaffah atau keseluruhan dalam mempraktikkan Islam telah diperintahkan oleh Allah swt dalam firman-Nya Surah Al-Baqarah ayat 208, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata."

Kaffah atau total person ini melihat segala usahanya untuk kebaikan sejati seluruh alam. Kehadirannya menguntungkan semua pihak, termasuk sekitaran. Dalam tindak tanduknya sebagai pemimpin negara, panglima perang, bapa, suami, sahabat dan manusia biasa, Rasulullah saw memberikan contoh bagaimana setiap usaha dilakukan untuk kebaikan menyeluruh. Oleh itu, seseorang itu perlu menguasai ilmu dunia dan juga memiliki sifat-sifat mulia secara batiniah dalam melakukan setiap pekerjaan agar mencapai hasil yang sempurna.

Dalam peristiwa Isra' Mi'raj, aspek pembersihan hati yang dilalui oleh Rasulullah saw iaitu hatinya dibedah dan dibersihkan dengan air zamzam oleh Jibril as, kemudian diperkuatkan dengan ilmu, iman, kelembutan, makrifah. Kesucian hati Baginda telah membawanya berjumpa dan berdialog dengan Allah swt. Pada hal ketika Musa as minta untuk melihat Allah swt, hanya dengan suara yang memuji Allah swt yang menghancurkan sebahagian gunung Tursina itu sahaja telah mengakibatkan Musa as pengsan.

Sesungguhnya Tasawuf adalah disiplin untuk hati tempat terletak ruh Islam. Kelemahan umat Islam kerana ruhnya dan kita berkewajipan untuk membersihkan ruh tadi untuk kembali semula ke jalan fitrah, jalan menuju kepada Allah swt.


Teras Pertalian Ihsan

IHSAN merupakan satu konsep yang dapat disusur daripada salah satu hadis yang masyhur. Ketika dikelilingi oleh para sahabatnya, Nabi Muhammad saw telah didatangi oleh seorang lelaki yang sungguh baik keadaannya, berpakaian kemas, tetapi tidak dikenali. Lelaki itu sebenarnya adalah Malaikat Jibril as dalam penampilannya sebagai 'manusia'. Lelaki itu bertanya kepada Rasulullah saw di tengah persaksian para sahabat, apakah makna Islam, Iman dan Ihsan.

Nabi saw menjelaskan erti Islam ialah menjalankan rukun yang lima iaitu perakuan kalimah syahadat, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadhan dan mengerjakan haji. Kemudian Nabi saw menerangkan erti iman iaitu percaya kepada Allah, para malaikat, para nabi, kitab-kitab Allah, hari akhirat serta qada' dan qadar. Mengenai ihsan pula, Nabi saw mendefinisikan dengan maksud bahawa seorang hendaklah melaksanakan ibadatnya seolah-olah ia melihat Allah, dan jika ia tidak merasa dapat melihat Allah SWT, ia hendaklah menyedari bahawa Allah melihatnya.

Ketiga-tiga unsur; Islam, Iman dan Ihsan mesti ada dalam diri seorang mukmin iaitu orang yang beriman kepada Allah.

Daripada maksud hadis tadi, jelas Nabi saw memberikan takrif ihsan yang khususnya berbeza dengan Islam dan Iman. Ihsan menegaskan kehadiran kita di depan Ilahi - seolah-olah kita melihat dan dekat kepadanya.

Erti lihat atau musyahadah, dan dekat atau muraqabah merupakan teras hubungan antara manusia dengan Penciptanya.

Allah swt menegaskan hal ini dalam firmannya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An - Nisaa ayat 1)

Apabila dua konsep ini diterapkan sepenuhnya dengan sedar dalam jiwa (hati atau qalb), maka apa yang kita lakukan adalah kerana Allah (lillahi ta'ala).

Musyahadah dan muraqabah juga menjurus kepada erti ikhlas. Di sinilah terpapar persamaan antara ihsan dan ikhlas. Kewujudan manusia di muka bumi ini adalah semata-mata bertujuan mempersembahkan pengabdian yang sempurna terhadap Allah swt.

Kenyataan ini jelas terkandung dalam firman Allah swt Surah Az-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud, "Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu."

Pada urutan usaha awalnya, manusia itu harus berjalan di atas tuntutan Syariat dengan matlamat akhir mengenal Penciptanya, menyerahkan diri, menghidupkan rasa cinta dan redha terhadap Allah swt. Namun, segala usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah swt, atau mendayakan kesampaian persembahan pengabdian itu tidak akan berjaya kecuali ia ditimbulkan dari dasar ikhlas.

Sekiranya manusia berkeupayaan mengikhlaskan pengabdiannya kepada Allah swt, memusatkan seluruh kehidupannya dalam lingkaran penghambaan yang jujur, dan mengujudkan pengertian seperti yang ia sebut setiap hari: Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan, maka Allah swt menjanjikan bahawa syaitan tidak akan memperoleh suatu jalan pun untuk sampai kepadanya.
Mengenali TasawufSocialTwist Tell-a-Friend

Do'a Syeikh Muhammad Al-Mohaisany (Ramadhan 1422H)



Ya Allah Ya Tuhan Kami
Segala pujian dan kebesaran hanya milik Mu
Ya Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segalanya
Yang Maha Besar Dan Maha Tinggi
Kami memohon dari Kebesaran dan Kekuatan Mu
Ya Allah berilah kemenangan kepada Mujahidin yang ikhlas di jalan Mu
Ya Allah semoga Engkau senantiasa di sisi mereka, bersama mereka
Ya Allah, Engkau berilah kemenangan kepada mereka
Berilah kekuatan kepada mereka
Ya Allah Tuhan kami
Satukan hati,pemikiran dan pandangan mereka
Ya Allah, fokuskan bidikkan senjata mereka
Gabungkan kekuatan dan hujah-hujah mereka
Ya Allah, tetapkan hati dan pendirian mereka
Ya Allah, kuasai musuh-musuh mereka
Ya Allah, pecah belahkan kesatuan musuh-musuh Islam
Ya Allah lunturkan semangat dan moral mereka
Ya Allah, lemahkan kekuatan mereka
Ya Allah, campakkan ketakutan yang amat sangat ke dalam hati mereka
Ya Allah, Tuhan kami
Nasib kami di Tangan Mu
Segala urusan kami serahkan kepada Mu
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui keadaan kami
Dan apa yang terjadi
Tiada satu pun terlepas dari pengetahuan Mu
Ya Allah, hanya kepada Mu kami mengadu kesengsaraan kami
Ya Allah hanya kepada Mu kami mengadu kesedihan kami, masalah kami
Hanya kepada Mu Ya Allah
Hanya kepada Mu Ya Allah, kami mengadu ketidakadilan
Dan kezaliman kaum yang menindas
Hanya kepada Mu Ya Allah,
Kami mengadu kekejaman orang-orang yang jahil
Hanya kepada Mu Ya Allah
Kami mengadu akan penindasan dan penipuan dari agen penjajah
Hanya kepada Mu Ya Allah
Kami mengadu ketidakadilan dan kekejaman orang-orang
Pendendam Nasrani
Ya Allah, zaman gelap penjajahan dan kezaliman telah berpanjangan
Ya Allah, zaman gelap penjajahan dan kezaliman telah berpanjangan
Ya Allah, zaman gelap penjajahan dan kezaliman telah berpanjangan
Ya Allah,
Kebencian dan dendam kesumat golongan yang tidak beriman kepada Mu
Sangat mendalam
Begitu juga dengan pembelot agama dan agen penjajah
Ya Allah, Ya Allah
Kirimkan bantuan pertolongan dari Mu
Kirimkan bantuan dari Mu untuk menegakkan kebenaran
Agar dapat kami bangkit dari penghinaan ini
Agar dapat kami bangkit dari fitnah ini
Agar dapat kami musnahkan musuh-musuh Islam
Ya Allah
Ya Allah, tumpaskanlah segala unsur ketidakadilan dan sumber penindasan
Ya Allah, tumpaskanlah segala unsur ketidakadilan dan sumber penindasan
Ya Allah, arahkan kekuatan Mu untuk memusnahkan kekuatan Amerika
Negara pusat kekufuran, pusat fasad
Ya Allah, arahkan kekuatan Mu untuk memusnahkan kekuatan Amerika
Negara pusat kekufuran, pusat fasad
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui keadaan mereka
Yang menyebarkan segala fasaad di atas muka bumi Mu
Ya Allah, mereka membunuh makhluk Mu dan para hamba Mu
Ya Allah, mereka menghina agama Mu
Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa atas mereka
Arahkan kekuatan Mu, musnahkan mereka
Ya Allah ,arahkan kekuatan Mu, musnahkan mereka
Ya Allah, kirimkan ke atas mereka angin ribut kaum ‘Aad
Ya Allah, kirimkan ke atas mereka jeritan kaum Thamud
Kirimkan ke atas mereka badai kaum Noh
Ya Allah, kirimkan ke atas mereka
Balasan Mu yang datang dari langit dan yang keluar dari bumi
Ya Allah, jadikan perpecahan dalam negara mereka
Ya Allah, jadikan mereka berpecah belah
Lemahkan kekuatan para penjajah
Ya Allah, Ya Hayyu Ya Qayyum
Yang Maha hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri
Ya Allah, jadikanlah mereka berada di dalam genggaman para Hamba Mu
Ya Allah, jadikanlah mereka berada di dalam genggaman para Hamba Mu
Ya Allah, jadika badai taufan yang berterusan untuk mereka
Ya Allah, jadika badai taufan yang berterusan untuk mereka
Ya Allah, bebaskan saudara Islam kami yang di tawan
Ya Allah, bebaskan saudara Islam kami dan kuatkan mereka
Ya Allah, teguhkan Iman mereka
Jadikan pelbagai cara untuk membantu mereka
Ya Allah, tangani orang yang menyeksa mereka
Ya Allah, tangani orang yang menyeksa mereka
Ya Allah, tangani orang yang menyeksa mereka
Hapuskan cengkaman mereka dengan Keagongan dan Kekuasaan Mu
Ya Allah, jadikan rencana musuh-musuh Islam sebagai
Penyebab kehancuran mereka dan berbalik kepada mereka
Ya Allah, Tuhan Seru Sekalian ‘Alam
Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri
Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan
Yang Maha Mendengar Doa, Yang Maha Dekat dan Yang Maha Mengabulkan doa
Kepada Mu kami memohon, kami yakin akan janji-janji Mu
Dan penerimaan Mu akan doa-doa kami
Dan kata-kata Mu adalah benar semata
Sesungguhnya Engkau telah berfirman:
“Berdoalah kepada Ku dan aku perkenankan doa kamu”
Ya Allah, perkenankan semua doa kami ini
Ya Allah,Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri Sendiri
Yang Maha Perkasa
Yang Maha Menguasai segala yang berada di langit dan di bumi
Ya Allah, selamatkan Al-Aqsa dari kekejaman Yahudi
Ya Allah, selamatkan Al-Aqsa dari kekejaman Yahudi
Bebaskan Al-Aqsa dari cengkaman setiap Kafir yang dengki
Ya Allah, dapatlah kami melihat kebebasan Al-Aqsa
Dan musnahkan Yahudi pendengki
Wahai Tuhan Yang Memiliki Kemuliaan dan Kebesaran
Ya Allah, semua makhluk Mu adalah hina dan lemah di sisi Mu
Kerana Engkau Maha Mulia dan Maha Gagah
Ya Allah, Tuhan Pencipta kami
Yang menjadikan manusia dari satu jiwa
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi Kedudukannya
Yang Maha Gagah Perkasa
Kami memohon ke hadrat agar Engkau berikan kemenangan
Kepada Islam dan Umat Islam sedunia
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup Yang Maha Berdiri Sendiri
Ya Allah, lindungi dan pelihara para ulamak yang bekerja keras
Ya Allah, lindungi dan pelihara para ulamak yang bekerja keras
Tetapkan pendirian dan iman mereka yang tetap ikhlas mengajak manusia ke jalan Mu
Tinggikan derajat mereka yang sentiasa mengajak manusia mengerjakan makruf
Dan mencegah melakukan mungkar
Dan cucuri rahmat Mu dan keberkatan ke atas Muslimin
yang menyertai dan mendukung usaha baik mereka
Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri Sendiri
Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan
Ya Allah, Engkau sediakan balasan terhadap kejahatan mereka
Hinakan kehormatan mereka, jejaki pusat mereka
Bagi mereka yang Engkau tidak mahu member hidayah Mu
Ya Allah, jadikan kesengsaraan sebagai nasib mereka
Ya Allah, jadikan kesengsaraan sebagai nasib mereka
Jadikan bala bencana pada hidup mereka
Tukarkan kesihatan mereka menjadi sakit
Gantikan kekuatan mereka menjadi kelemahan
Tukarkan kekayaan mereka menjadi kemiskinan
Kekuasaan mereka menjadi tak terdaya

p/s: Syeikh Muhammad Al-Mohaisany akhirnya di tangkap oleh rejim Saudi apabila selesai sahaja membaca doa tersebut. Ini membuktikan bahawa sesungguhnya kerajaan Arab Saudi juga merupakan salah satu agen kepadaYahudi dan Amerika laknatullahi 'alaihim ajma'iin.

alfilfilaani
Do'a Syeikh Muhammad Al-Mohaisany (Ramadhan 1422H)SocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.