Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi


Search This Blog

Hukum Bertemu Nabi Muhammad Sollollohu Alaihi Wasallam Secara Yaqazah (Jaga)


Soalan:
Adakah harus dan boleh menerima zikir dan doa daripada Rasulullah SAW pada masa sekarang, waktu yang menerimanya itu jaga atau waktu tidur dalam mimpi?

Jawapan:
Hukumnya harus dan boleh.


Huraian Jawapan:
Berkata Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang hidup tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An Akhbaril Quranil ‘Asyir:

Adalah Imam Al Hafiz As Sayuti itu ada banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya itu berlaku sesudah ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah).

Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin Syeikh Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah ditimpa oleh sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta daripadanya, menulis surat wasiat atau pesanan kepada sesetengah anak muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti enggan berbuat begitu dan Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai kertas yang ditulis dengan tangan Imam itu, bahawa: “Saya telah berhimpun dengan Nabi SAW waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda Nabi SAW kepada saya, yang maksudnya:

“Bahawa siapa yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan bantuan daripada sesiapa.”

Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti telah berkata:

“Saya telah melihat dalam tidur saya, seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka saya sebutkan sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara hadis dan sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW: Hamba akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW: Bawalah kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam As Sayuti: “ Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari dunia dan seluruhnya.”

Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.

Al Habib Syeikh Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ahya” karangan Imam Al Ghazali yang mati tahun 505 Hijrah yang terkenal itu dan kisah Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam kitabnya Al Kawakibus Saairah.

Adalah Al Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas yang empunya ratib bernama “ Ratibul ‘Athas” yang terkenal di Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072 Hijrah dan ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah dari perkara-perkara itu:

1. Apabila Al Habib Umar itu pergi ziarah kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada kubur bapanya dan ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak dengan matanya.

2. Kerabatnya berkata sedang kami duduk di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al ‘Athas, maka tiba-tiba ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka kami bertanya, “Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, “ Bahawa suatu kumpulan orang kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah Hajaz), dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu mereka, mereka dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah ini dari air laut itu.”

3. Apabila Habib itu beribadah kepada Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia maka Nabi SAW datang kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan dia mengajak manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar mereka. Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata, kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja, nescaya tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin, dan mengapa terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu ain wujud saya.

4. Seorang lelaki meminang akan seorang perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan dan saudaranya enggan menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan ia kembali ke rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap ia menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara perempuan itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang yang memegang tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling, tiba-tiba ia melihat Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar dan Al habib itu berkata, “ Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata, “Saya ada mempunyai suatu hajat.” Katanya, “ Engkau tiada mempunyai suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana berbuat begini, begini. Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib itu melepaskan tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada beberapa hari datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan menerangkan sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada mengahwinkannya selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu berkahwin dengan perempuan itu, dan mendapat anak-anak sepertimana khabar gembira yang terbit daripada Al Habib Umar Al ‘Athas itu.

Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas huraian Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah.

Dihikayatkan oleh Abu Abdullah Al Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia mengadukan kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi SAW mengajarkan dia akan suatu doa.

Dari kitab Al Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mati tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.

Ketahui olehmu barangsiapa yang menyebut akan “ Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia berperangai dengan perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba Allah, dan beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan roh “Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan hatinya dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon sesuatu daripada Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.

Adalah Habib Al Arifbillah Ahmad bin Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al ‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar, muftikerajaan Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al Arif Ahmad bin Hussin Al ‘Athas.

Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Al Haddad dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas: Kata Syeikh Muhamad bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin Umar Al habsyi bahawa Al Habib Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah yang mutlak dan dia dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh orang lain.

Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘ Athas itu apabila banyak melihat Rasulullah SAW sehingga berulang-ulang kali semalam hingga tujuh kali.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya kepada Nabi SAW.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu dapat mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar daripada mulut pembohong itu seperti sesuatu asap.

Al Arifbillah itu dapat mengenal karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis mengikut hawa nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan ta’asub.

Al Arifbillah itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli ilmu.

Adalah guru Al Arifbillah Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al Habib Abu Bakar bin Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan dalam sesuatu perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “ Akan datang kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:

Al Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘Athas berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada permulaan hidup saya sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita bahawa setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh itu. Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat tadi? Jawabnya , dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu pergi ke pihak kiblat.

Al Arifbillah itu menceritakan kepada (Al Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan roh-roh “barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu perkara berlaku.

Adalah Al Arifbillah itu bangun tidur pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil air sembahyang, dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia membaca zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu. Kemudian ia baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan bacaan sederhana tiada cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima juzuk Al Quran sebelum terbit fajar.

Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al Afiful Munawwar Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah dengan membaca 10 juzuk Al Quran.

Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari 25,000 “Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al Arifbillah pada membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis, tasawuf dan lain-lain, maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi) seseorang pun seperti Al Arifbillah itu.

Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu, saya berhubung dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak bilangan kitab yang ia baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain penuntut membaca kitab di hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca dihadapannya itu dari semenjak Al arifbillah balik dari Mekah sehingga tahun itu tiada kurang dari 26 tahun, adalah sangat banyak tiada dapat dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu tiada sabar dari ilmu dan dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi dirinya dan rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.

Adalah Al Arifbillah itu apabila ia melayan “dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan dari meninggalkan membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas ribanya dan ia balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani “dhif-dhif” itu kerana ia gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.

Dipetik dari Uqudul Almaasi.

Diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah berkata, di antara ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang pemuda, dia tiada mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki, melainkan ia berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.

Maka saya katakan kepadanya: “Adakah dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab: “Ya”. Kemudian pemuda itu berkata: “Siapa tuan?” Saya menjawab: “ Saya Sufyan As Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.” Pemuda itu bertanya: “ bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam dan Allah menggambarkan anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: “ Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal.”

Saya berkata: “ Bagaimana kamu kenalkan Allah?” Jawab pemuda itu: “ Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya: dengan membuang bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka saya buang bimbang itu, dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu, dengan itu saya kenal bahawa bagi saya ada Tuhan yang Esa yang mentadbirkan hal ehwal saya.”

Saya berkata: “Apa itu selawat yang kamu selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu: “Ceritanya begini: Adalah saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan ibu saya minta saya bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke dalam Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya angkat 2 tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku, beginikah Tuhan hamba buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba awan naik dari sebelah Tihamah, dan tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki memakai pakaian putih, dan ia masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya di atas perut ibu saya, maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda. Kemudian ia berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan saya berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari kesedihan saya?” Jawabnya, “ Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu memberi selawat ke atasnya.”

Maka kata saya: Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah angkat sebelah kaki dan jangan letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat di atas Sayidina Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”

Kata saya: “ Adalah orang muda ini dari kalangan wali-wali yang sampai kepada Allah.”

Saya kata ini kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh Imam Abu Na’im, pengarang kitab Hilyatul Auliya’ dan Ibnu basykul dan telah dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.

Sedikit masa yang lalu saya telah mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil dan lalai dia mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid dan amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau sebelum sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf bagaimana tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau pengikut-pengikut Al hafiz bin Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi dan Syeikh Halali yang ada di Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang hati dengan ahli bait Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.

Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga, dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata “ fadhoilul ‘amal”.

Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.

Pihin Datuk Ser Maharaja Datuk Seri Utama
Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz
Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

Pejabat Mufti,
Kementerian hal Ehwal Agama,
Negara Brunei Darussalam.
14 Jamadil Awal 1408H
4 Januari 1988.
Hukum Bertemu Nabi Muhammad Sollollohu Alaihi Wasallam Secara Yaqazah (Jaga)SocialTwist Tell-a-Friend

Keutamaan Salawat


Fadilah (keutamaan) bershalawat atas nabi sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran bahwa Allah Swt. dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat atas Nabi Muhammad Saw., seperti terlihat dalam firman-Nya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersha-lawat untuk Nabi… .” (QS.33:56).

Penggalan ayat ini menunjukkan bahwa Allah Swt. melimpahkan rahmat bagi Nabi Muhammad Saw. dan para malaikat memintakan ampunan bagi Nabi Muhammad Saw. Karena itu, pada lanjutan ayat tersebut, Allah Swt. menyuruh orang-orang mukmin supaya bershalawat dan memberi shalawat kepada Nabi Muhammad Saw.: “…Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Untuk mengetahui keutamaan apakah yang diperoleh orang-orang yang bershalawat, baiklah kita perhatikan maksud-maksud hadis yang di bawah lni.
Bersabda Nabi Saw.

Artinya: “Barangsiapa bershalawat untukku sekali, niscaya Allah bershalawat untuknya sepuluh kali.” (HR. Muslim dari Abû Hurairah).

Artinya: “Bahwasanya bagi Allah Tuhan semesta alam ada beberapa malaikat yang diperintah berjalan di muka bumi untuk memperhatikan keadaan hamba-Nya. Mereka me-nyampaikan kepadaku (sabda Nabi) akan segala salam yang diucapkan oleh ummatku.” (HR. Ahmad. Al-Nasâ’i dan Al-Darimî).

Artinya: “Barangsiapa bershalawat untukku dipagi hari sepuluh kali dan di petang hari sepuluh kali, mendapatlah ia syafa’atku pada hari qiamat.” (HR. Al-Thabrânî)

Artinya: “Manusia yang paling utama terhadap diriku pada hari qiamat, ialah manusia yang paling banyak bershalawat untukku.” (HR. Al-Turmudzî).

Artinya: “Jibril telah datang kepadaku dan berkata: ‘Tidakkah engkau ridha (merasa puas) wahai Muhammad, bahwasanya tak seorang pun dari umatmu bershalawat untukmu satu kali, kecuali aku akan bershalawat untuknya sebanyak sepuluh kali? Dan tak seorang pun dari umatmu mengucapkan salam kepadamu, kecuali aku akan meng-ucapkan salam kepadanya sebanyak sepuluh kali?! (HR. Al-Nasâ’i dan Ibn Hibban, dari Abû Thalhah).

Sabda Rasulullah Saw. yang Artinya: “Barangsiapa -ketika mendengar azan dan iqamat mengucapkan: “Allâhumma Rabba Hâdzih al-Da’wât al-Tâmmah, wa al-Shalât al-Qâ’imati, shalli ‘alâ muhammadin ‘abdika wa Rasûlika, wa A’tihi al-Washîlata wa al-Fadhîlata, wa al-Darâjata al-Râfi’ata, wa al-Syafâ’ata yawm al-Qiyâmati (Artinya: “Ya Allah, ya Tuhannya seruan yang sempurna ini, serta shalat yang segera didirikan ini, limpahkanlah shalawat untuk Muhammad, hamba dan rasul-Mu. Dan berilah ia wasilah dan fadilah serta derajat yang amat tinggi dan (izin untuk) bersyafaat pada hari Kiamat)…, maka (bagi siapa yang mengucapkan doa tersebut) niscaya akan beroleh syafaatku kelak.”

Al-Ghazali didalam kitabnya Ihyâ ‘Ulûm al-Dîn menceritakan seorang dari mereka (seorang dari kalangan ulama, sufi, ahli ibadah dsb.) pernah berkata: “Sementara aku menulis (catatan tentang) beberapa hadis, aku selalu mengiringinya dengan menuliskan shalawat untuk Nabi Saw., tanpa melengkapinya dengan salam untuk beliau. Malamnya aku berjumpa dengan beliau dalam mimpi, dan beliau berkata kepadaku: ‘Tidakkah sebaiknya engkau melengkapi shalawatmu untukku dalam bukumu itu?’ Maka sejak itu, tak pernah aku mengucapkan shalawat kecuali melengkapinya dengan ucapan salam untuk beliau.”

Diriwayatkan dari Abû Al-Hasan, katanya: “Aku pernah berjumpa dengan Nabi Saw. dalam mimpi, lalu kukatakan kepada beliau: ‘Ya Rasulullah, apa kiranya ganjaran bagi Al-Syâfi’i, ketika ia bershalawat untukmu dalam kitabnya: Al-Risâlah dengan ungkapan: ‘Semoga Allah bershalawat atas Muhammad setiap kali ia disebut oleh para penyebut, dan setiap kali sebutan tentangnya dilalaikan oleh para pelalai?’ Maka Nabi Saw. menjawab: ‘Karena ucapannya itu, ia dibebaskan dari keharusan menghadapi perhitungan (hisab pada hari Kiamat).’”

Dalam kitab yang sama (Ihya) Imam Al-Ghazali mengatakan bahwa sesungguhnya berlipatganda-nya pahala shalawat atas Nabi Saw. adalah karena shalawat itu bukan hanya mengandung satu kebaikan saja, melainkan mengandung banyak kebaikan, sebab di dalamnya ter-cakup :

1. Pembaharuan iman kepada Allah.
2. Pembaharuan iman kepada Rasul.
3. Pengagungan terhadap Rasul.
4. Dengan inayah Allah, memohon kemuliaan baginya.
5. Pembaharuan iman kepada Hari Akhir dan berbagai kemuliaan.
6. Dzikrullah.
7. Menyebut orang-orang yang shalih.
8. Menampakkan kasih sayang kepada mereka.
9. Bersungguh-sungguh dan tadharru’ dalam berdoa.
10. Pengakuan bahwa seluruh urusan itu berada dalam kekuasaan Allah

Masih banyak keutamaan-keutamaan bagi orang-orang yang melakukan atau membaca shalawat atas Nabi. Namun penyusun hanya menukil beberapa hadis dan qawl (perkataan) ulama.
Adapun faedah atau manfaat bershalawat atas Nabi Muhammad Saw. sebagaimana dijelaskan hadis-hadis di atas terdapat sembilan belas perkara, yakni:

1. Memperoleh curahan rahmat dan kebajikan dari pada Allah Swt.;
2. Menghasilkan kebaikan, meninggikan derajat dan menghapuskan kejahatan;
3. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman, apabila kita membacanya 100 Kali;
4. Menjauhkan kerugian, penyesalan dan digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang shalih;
5. Mendekatkan diri kepada Allah;
6. Memperoleh pahala seperti pahala memerdekakan budak;
7. Menghasilkan syafa’at;
8. Memperoleh penyertaan dari Malaikat rahmah;
9. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi; Seseorang yang bershashalawat dan bersalam kepada Nabi, shalawat dan salamnya itu disampaikan kepada Nabi;
10. Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi Saw.;
11. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan rezeki;
12. Melapangkan dada. Apabila seseorang membaca shalawat 100 kali, maka Allah akan melapangkan dadanya dan memberikan penerangan yang sinar seminarnya ke dalam hatinya;
13. Menghapuskan dosa. Apabila seseorang membaca dengan tetap tiga kali setiap hari, maka Allah akan menghapuskan dosanya;
14. Menggantikan shadaqah bagi orang yang tidak sanggup bershadaqah;
15. Melipatgandakan pahala yang diperoleh. Apabila seseorang bershalawat di hari Jumat, maka Tuhan akan memberikan kepadanya pahala yang berlipat ganda;
16. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah di hari qiamat. Menyebabkan doa bisa diterima oleh Allah.
17. Menyebabkan doa bisa diterima oleh Allah;
18. Melepaskan diri dari kebingungan di hari qiamat. Apabila seseorang meninggalkan shalawat kepada Nabi, maka ia akan menghadapi kebingungan dan kekacauan di hari mahsyar

Memenuhi satu hak Nabi, atau menunaikan suatu tugas ibadat yang diwajibkan atas kita Apabila sese-orang tidak bershalawat, berartilah ia enggan memenuhi suatu haq Nabi yang wajib ia penuhi;

Rujukan : http://tarekatqodiriyah.wordpress.com/2009/07/22/keutamaan-shalawat
Keutamaan SalawatSocialTwist Tell-a-Friend

Mengenai sambutan Hol

.
Surat yang dikirimkan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid kepada muridnya Shaykh Ismail al-Bilyah ada mengandungi beberapa penerangan mengenai persoalan amalan Tariqat Ahmadiah [1].

Antaranya adalah satu kupasan yang padat mengenai sambutan Hol. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyid telah menulis :

“… majlis hol ini merupakan amalan yang dikerjakan oleh penduduk Hijaz [2]. Sedangkan setiap manusia yang mengadakan majlis ini adalah untuk memberikan sedekah kepada orang yang telah mati selepas setahun demi setahun kematiannya. Majlis ini tidak diadakan melainkan kerana kasihnya seseorang kepadanya dan kami pula, tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris [3].

Kelebihan bagi orang yang mengadakan majlis hol ini dan orang-orang yang datang membantu dan penyebab terjadinya majlis ini, di sisi Allah tidak terkira pahalanya. Kelebihannya juga tidak boleh dimuatkan di dalam kitab-kitab, tidak boleh tejangkau oleh akal melainkan dengan keimanan kepada Allah.

Orang yang mengadakan majlis hol ini pula, pada sisi Sayyid Ahmad ibn Idris , seolah-olah telah berbudi kepadanya. Ahlullah adalah orang yang mempunyai maruah dan kemuliaan yang tinggi. Mereka akan membalas kebaikan kepada orang-orang yag melakukan kebaikan kepada mereka dengan berlipat kali ganda mengikut maqam kedudukan mereka.

Sesiapa yang melakukan suatu sunnah yang baik, maka diberikan balasan baginya dan balasan bagi orang-orang yang beramal dengannya hingga hari Kiamat ...”

Memperingati kewafatan adalah sesuatu perkara yang Rasulullah sendiri telah melaksanakan. Baginda telah menziarahi perkuburan isteri, bapa saudaranya dan ibubapanya secara rutin. Imam Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah menziarahi perkuburan syuhada Uhud tiap-tiap tahun secara rutin – “ ‘ala ra’si kulli hawl”. Juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqi bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya pada setiap hari Jumaat, diampunkan baginya dan dia dicatat sebagai anak yang berbakti. - (Man zaara qabra abawayhi aw ahadihima fi kulli Jumu`ah, ghufira lahu wa kutiba barran) [4]. Maka tidak diduga bahawa Rasulullah sendiri adalah yang paling layak sebagai anak yang paling berbakti. Juga, al-Bazzar meriwayatkan bahawa Rasulullah menziarahi Jannat al-Ma’la di Mekkah di mana terletaknya perkuburan Saiyidatina Khatijah dan Baginda telah ungkapkan : “Ni’ma al-maqbarah Hadhihi”.

Imam Ja’afar as-Sodiq meriwayatkan daripada sanadnya daripada al-Hassan bin ‘Ali bahawa Saiyidatina Fatimah (anak Rasulullah ) sering menziarahi kubur bapa saudaranya Saiyidina Hamza bin ‘Abd al-Mutalib pada setiap hari Juma’at, di mana beliau telah menandakan kuburnya dengan sebuah batu supaya dapat dikenalinya, dan di sana beliau berdoa dan menangis [5].

Menurut Tuan Shaykh Sayyid Soleh al-Ja’afari , hol adalah sesuatu ibadat yang berkaitan dengan sedekah-sedekah yang dihadiahkan kepada orang yang telah mati. Dan mengikut segolongan besar ulama, sedekah sebegini sampai kepada orang mati pada bila-bila masa.

Saiyyiduna Sa’ad telah sedekahkan kebunnya dengan maksud menghadiahkan pahalanya kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Maka Rasulullah telah memperakui perbuatannya itu dan menyuruh Sa’ad bersedekah air untuk dihadiahkan pahalanya kepada ibunya [6]. Perkara ini telah disyarahkan oleh Shaykh Habibullah al-Syanqiti di dalam kitabnya Zad al Muslim.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis tatkala Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam suasana aman. Baginda bersabda : “ Ia adalah sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Maka terimalah sedekahnya.” [7]. Al-Qurtubi mengatakan : “Asal kepada bab ini ialah sedekah yang tidak ada pertikaian pendapat dikalangan ulamak. Sebagaimana pahala sedekah sampai kepada si mati maka begitu jugalah pahala membaca al-Qur’an sampai kepada si mati. Ini kerana semua itu termasuk dalam erti kata sedekah. Sedekah bukan terbatas kepada harta benda sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah ketika Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam keadaan aman.”

Ibn Qayyim (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepada si mati beserta dalilnya)[8] mengatakan : “Adapun membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…”

Shaykh Ibn Taimiyyah mengatakan [9] : “Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut…” Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau,“ Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya”

Mengenai ungkapan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid ,

“… tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris …”,

Tuan Shaykh Sayyid Soleh al-Ja’afari menerangkan bahawa ini adalah perkataan yang baik dan benar. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid tidak keseorangan di dalam perkara ini, kerana ia turut diperkatakan oleh Sayyid Uthman al-Mirghani , Sayyid Muhammad ibn Ali al-Sanusi , Shaykh Muhammad ibn Sulaiman al-Ahdal (Mufti Zabid, Yaman) dan diperkatakan juga oleh orang-orang yang pernah mengambil tariqah daripada Sayyid Ahmad ibn Idris dan orang yang pernah mengambil wiridnya hingga hari ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[1] Dirumuskan daripada manaqib Sayyid Ibrahim Al Rashid karangan Shaykh Muhammad Fuad bin Kamaludin, cetakan kedua 2004, ABNAK Productions.
[2] Penduduk Hijaz menyambut ulang tahun kewafatan seseorang dengan bersedekah. Pahala sedekah tersebut dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Manakala di Mesir pula, mereka menyambut hari ulang tahun kelahiran seseorang wali (bukan ulang tahun kewafatannya), namun tujuannya adalah sama.
[3] Sebenarnya ungkapan itu bermaknanya : Tidak ada yang lebih kami kasihi selepas Allah, Rasulullah dan ahli baitnya serta sahabat-sahabatnya daripada Sayyid Ahmad ibn Idris.
[4] Al-Bayhaqi also narrated in Shu`ab al-Imaan (6:201 #7901)
[5] Narrated by al-Hakim (1990 ed. 1:533, 3:30) who declared its chain sound, al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra (4:78), and Ibn `Abd al-Barr in al-Tamhid (3:234). `Abd al-Razzaq in his Musannaf (3:572) sebagai riwayat munqati’ di mana Ja’afar bin Muhammad daripada bapanya tanpa menyebut al-Hassan
[6] Hadith ini terdapat di dalam kitab al Muwatta’, Sahih Bukhari dan lain-lain lagi.
[7] Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, hlm 478 juz 1
[8] Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159
[9] Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmu’Fataawa, jilid 24 hlm 324

Sumber: http://www.ahmadiah-idrisiah.com
Mengenai sambutan HolSocialTwist Tell-a-Friend

Hidup Dihiasi Adab

.
1. Adab kepada Allah swt
Menyedari penuh mendalam erti ihsan iaitu kita beribadah seolah-olah kita melihat Allah; dan jika kita tidak melihat-Nya, yakinlah Allah melihat kita. Oleh sebab kita sentiasa dalam pemerhatian Allah swt, maka kita malu lagi takut utk melakukan perkara yg ditegahnya. Sebaliknya kita lebih banyak melakukan kebaikan demi mendapatkan keridhaan-Nya.

2. Adab kepada nabi
Beradab dgn Nabi Muhammad saw dengan mengamalkan sunnahnya iaitu suruhannya dan menjauhi tegahnnya. Bibir kita sentiasa dgn berselawat kepadanya kerana Allah swt dan para malaikat tetap berselawat kepadanya.

3. Adab kepada ulama/syeikh
Para ulama ialah pewaris nabi. Para Ulama besar yg antaranya menjadi mursyid atau syeikh kpd ajaran tariqah seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jilani yang kita ikuti ajaran dan juga Syeikh Bahaudin Naqsyabandi merupakan insan mahfuz iaitu dipelihara Allah akan kesilapannya. Sudah tentu kita mengamalkan tariqah mereka dgn sepenuh hati, kita memberikan salam kepada mereka dan bertawassul. Kita ini serba kekurangan dan mengharapkan ajaran mereka menjadi penghias iman kita. Semoga doa kita akan lebih mustajab dengan bimbingan para syeikh tadi.

4. Adab kepada ibu bapa
Kita berhutang budi kepada ibu bapa kita kerana melahirkan kita di dunia. Begitu besar sumbangan ibu bapa, maka Islam menetapkan bahawa selepas mentaati Allah, maka taatilah Rasul dan akhirnya ibu bapa. Tanpa restu ibu bapa maka hidup kita tidak barakah.

5. Adab kepada sesama insan
Kita mesti selalu saling bersalaman dan berselawat demi menguatkan perasaan hati kita agar kasih-mengasihani antara satu sama lain dengan penuh kesopanan dan hormat. Inilah adab kita sebagai jemaah dan ikhwan. Kita saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Hidup Dihiasi AdabSocialTwist Tell-a-Friend

Teras Pertalian Ihsan

.
IHSAN merupakan satu konsep yang dapat disusur daripada salah satu hadis yang masyhur. Ketika dikelilingi oleh para sahabatnya, Nabi Muhammad saw telah didatangi oleh seorang lelaki yang sungguh baik keadaannya, berpakaian kemas, tetapi tidak dikenali. Lelaki itu sebenarnya adalah Malaikat Jibril as dalam penampilannya sebagai 'manusia'. Lelaki itu bertanya kepada Rasulullah saw di tengah persaksian para sahabat, apakah makna Islam, Iman dan Ihsan.

Nabi saw menjelaskan erti Islam ialah menjalankan rukun yang lima iaitu perakuan kalimah syahadat, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadan dan mengerjakan haji. Kemudian Nabi saw menerangkan erti iman iaitu percaya kepada Allah, para malaikat, para nabi, kitab-kitab Allah, hari akhirat serta qada' dan qadar. Mengenai ihsan pula, Nabi saw mendefinasikan dengan maksud bahawa seseorang hendaklah melaksanakan ibadatnya seolah-olah ia melihat Allah, dan jika ia tidak merasa dapat melihat Allah SWT, ia hendaklah menyedari bahawa Allah melihatnya.

Apakah kaitan Islam, Iman dan Ihsan? Ketiga-tiganya bak tiga unsur dalam satu yang mesti ada dalam diri seorang mukmin iaitu orang yang beriman kepada Allah.
Iman dapat digolongkan kepada lima kedudukan atau maqam:

1. Pertama, iman matbu' iaitu iman yang sudah diacuankan dalam diri para malaikat sehingga mereka taat sepenuhnya kepada Allah SWT. Malaikat dicipta tanpa nafsu dan senantiasa melaksanakan perintah Allah SWT. Iman malaikat tanpa cacat (zero defects).

2. Kedua, iman ma'sum iaitu iman yang terdapat pada para rasul dan nabi. Rasul dan nabi adalah manusia, makhluk yang mempunyai nafsu. Tetapi iman mereka senantiasa 'dipelihara' Allah SWT daripada terkena noda dunia.

Contohnya, Nabi Lut berada di kota Gomorah dan Sodomah yang penuh dengan perbuatan seks songsang. Kecuali Nabi Lut dan anak-anaknya, tiada yang terpelihara daripada noda dua kota itu termasuk isteri beliau sendiri, yang kemudiannya dimusnahkan oleh Allah SWT. Iman para nabi dipelihara sehingga tidak timbul tiga jenis keraguan iaitu syak, zahn dan waham. Oleh itu, para nabi juga disebut mempunyai kedudukan atau maqam kamalul yaqin - percaya sepenuhnya kepada Allah SWT dan 100 peratus pasrah kepada-Nya.

3. Ketiga, iman maqbul iaitu iman yang dimiliki oleh mukmin yang bukan terdiri daripada nabi dan rasul. Maqbul bererti diterima Allah SWT. Mukmin adalah orang yang melaksanakan segala perintahAllah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Nafsu mereka senantiasa teruji dan ada kala mereka nyaris dikalahkan oleh nafsu, tetapi Allah SWT melindungi mereka pada saat penuh debar ini.

Selepas para nabi dan rasul, manusia yang dipandang mulia di sisi Allah SWT adalah wali (jamak:aulia). Teras iman mereka juga dipanggil mahfudz iaitu iman yang senantiasa diuji nafsu tetapi dapat diselamatkan kerana rahmat Allah SWT.

4. Keempat, iman mauquf iaitu iman milik golongan pembuat bid'ah (istilah Arab: ahlul bid'ah) - mengada-adakan hal yang menghampiri syirik (menyekutukan Allah SWT) seperti percaya kepada jin, roh atau kuasa-kuasa lain yang dianggap mempunyai kesaktian; amalan khurafat dan sebagainya.

5. Kelima, iman mardud iaitu iman orang munafik (berpura-pura) - pada kenal dirinya orang ini Islam, tetapi sebenarnya ia melakukan hal yang bertentangan atau memusuhi Islam, termasuk
menyekutukan Allah SWT. Iman ini ditolak Allah SWT dan balasannya adalah neraka.

KAITAN IHSAN
Daripada maksud hadis tadi, jelas Nabi saw memberikan takrif ihsan yang khususnya berbeza dengan Islam dan Iman. Ihsan menegaskan kehadiran kita di depan Ilahi - seolah-olah kita melihat dan dekat kepadanya.

Erti lihat atau musyahadah, dan dekat atau muraqabah merupakan teras hubungan antara manusia dengan Penciptanya.

Allah swt menegaskan hal ini dalam firmannya yang bermaksud "Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An -Nisaa ayat 1)

Apabila dua konsep ini ditancapkan sepenuhnya dengan sedar dalam jiwa (hati atau qalb), maka apa yang kita lakukan adalah kerana Allah (lillahi ta'ala). Musyahadah dan muraqabah juga menjurus kepada erti ikhlas. Di sinilah tepapar persamaan antara ihsan dan ikhlas. Keujudan manusia di muka bumi ini adalah semata-mata bertujuan mempersembahkan pengabdian yang sempurna terhadap Allah swt .

Kenyataan ini jelas terkandung dalam firman Allah swt surat Az-dzriyat ayat 56 yang bermadsud "Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu."

Pada urutan usaha awalnya, manusia itu harus berjalan di atas tuntutan Syariat dengan matlamat akhir mengenal Penciptanya, menyerahkan diri, menghidupkan rasa cinta dan redha terhadap Allah swt. Namun, segala usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah swt, atau mendayakan kesampaian persembahan pengabdian itu tidak akan berjaya kecuali ia ditimbulkan dari dasar ikhlas. Sekiranya manusia berkeupayaan mengikhlaskan pengabdiannya kepada Allah swt, memusatkan seluruh kehidupannya dalam lingkaran penghambaan yang jujur, dan mengujudkan pengertian seperti yang ia sebut setiap hari: Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan, maka Allah swt menjanjikan bahawa syaitan tidak akan memperoleh suatu jalan pun untuk sampai kepadanya.

Malah ada sesetengah ulama menganggapkan kedua-dua istilah itu sama atau boleh digunakan silih berganti.

Ikutilah kisah berikut:
Seorang penuntut tasauf bernama Abul Qassim Aljunid Al Baghdadi telah ditalqinkan (diajarkan) oleh gurunya, Assiris Saqati agar sering mengucapkan tiga kalimah sebelum tidur selama sebulan:
> Allahu Ma'i (Allah bersamaku)
> Allahu Nazirun Ilaiya (Allah melihat kepadaku)
> Allahuma Syahidun 'Alaiya (Allah melihat atasku)

Tiga kalimah tadi sebenarnya bak ikrar mengenai perihal hadir, dekat dan melihat Allah SWT. Guru tadi bertanya muridnya apakah kesan tiga kalimat tadi kepada dirinya. Aljunid berkata, beliau merasa amat waspada sebelum melakukan sesuatu perkara yang mendekati maksiat. Malah, beliau terhindar dari perlakuan maksiat setelah menerima dan mengamal talqin gurunya.

Rasa kewaspadaan daripada berbuat maksiat ini tentulah memelihara iman seorang mukmin agar terus tergolong dalam maqam ma'sum. Jadi kita juga harus amalkan apa yang dilakukan oleh Aljunid dalam langkah kita mendalami tasauf.

Konsep musyahadah membawa maksud melihat (basariah) tetapi ia bukanlah melihat dengan mata kita. Hanya Nabi Muhammad saw yang dapat melihat Allah SWT ketika mikraj. Para nabi lain juga meminta untuk melihat Allah SWT, seperti dalam hal Nabi Musa di Gunung Tursina. Namun Allah SWT tidak mengizinkan kerana mereka tidak akan berupaya melihat-Nya dalam

keberadaan mereka di dunia ini. Bahkan sebahagian Gunung Tursina hancur ketika baru saja tanda kebesaran Allah SWT ditunjukkan. Menurut Rasulullah saw, cahaya Allah SWT diliputi oleh 72 hijab (perintang) dan belum pun terbuka satu hijab saja, akan luluhlah isi alam ini.

Jadi bagaimanakah kita melihat?

Dalam pengertian tasauf, kita melihat melalui kemampuan mata hati. Sehubungan ini, Imam Malik ra, ditanya mengapakah kita tidak dapat melihat Allah SWT. Dengan halus dan mudah Imam Malik menjawab, bermaksud: "Yang fana tidak dapat melihat Yang Baqa'. Hanya yang kekal dapat melihat Yang Kekal."

Apa jua yang ujud di alam ini, termasuk manusia, adalah dalam keadaan sementara atau tidak kekal. Kehidupan kekal hanya diperolehi di akhirat dan ketika itulah manusia akan dapat melihat Allah SWT berdasarkan kurnia-Nya.

Jelaslah apabila seorang insan memahami ihsan, maka ia akan merasa seperti melihat Allah dalam hatinya. Kesannya akan membawa ketenteraman dalam jiwa - suatu yang tidak ternilai harganya.

CARA MEMAHAMI IHSAN
Mestilah seseorang itu berilmu demi menggarap pengertian ihsan akan tertancap dalam kalbu atau hatinya. Proses ini tidak mudah. Sumber ilmu terbahagi dua: pertama yang dipelajari dan kedua, yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Dalam Islam, ilmu terbahagi kepada tiga iaitu tauhid, fiqh dan tasauf. Ia melibatkan peraturan hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama manusia, dan hubungan manusia dalam jiwanya atau secara introspectif.

Hari ini sering ilmu dipisahkan daripada dua perkara iaitu hubungan dengan Tuhan dan jiwa manusia. Inilah punca kepincangan dalam mencari ilmum dan membawa kesan yang merugikan manusia.

Daripada tiga aspek tadi, kita menemui pengertian: syariah (perihal undangundang manusia), tariqat (perjalanan jiwa), haqiqat (kebenaran yang tersimpan jauh di lubuk jiwa atau juga disebut rahsia jiwa - sirr).

Perbuatan seperti taubat (kembali ke jalan Allah), taqwa (takut kepada Allah), dan istiqamah (konsisten atau tekal melaksanakan perintah Allah) merupakan sebagaian dari perlakuan syariah atau dipaparkan secara zahir.

Misalnya, untuk bertaubat: seseorang itu mestilah menunjukkan rasa sesal atau nadam, beristighfar (meminta ampun kepada Allah SWT), dan meninggalkan maksiat.

Taubat harus di ikuti dengan istighfar sebagaimana yang telah di firmankan oleh Allah Jalla Jalaaluh dari surah Al Maidah ayat 74 : "Mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun (beristigfar) kepadaNya? Dan Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang."

Tidak betul jika seseorang itu sudah bertaubat hanya sekadar menyebutnya dalam hatinya, sedangkan dari segi perbuatan dia masih melakukan perkara sumbang. Awasi juga orang yang mengaku sudah insaf dan meniggalkan perbuatan buruk yang lama tetapi melaku perbuatan baru yang tidak kurang celanya.

Untuk kembali ke jalan Allah SWT, selain menimba ilmu, seseorang itu hendaklah melakukan pembaikan atau islah.

Islah atau pembaikan ini memang sangat di anjurkan oleh Islam. Dalam kaitan ini Allah swt menjelaskan "Maka barang siapa yang bertaqwa dan membuat pembaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." (Surah Al A'raf ayat 35)

Konsep islah amat luas kerana boleh diibaratkan sebagai pemulihan tabiat, peningkatan ilmu, memulakan kehidupan baru atau berhijrah (berpindah) dari satu keadaan (negeri atau tempat) ke keadaan yang lain. Jelasnya, islah mengkehendaki perlucutan sifat cela atau mazmudah kepada sifat terpuji atau mahmudah.

Untuk menjayakan islah, tiga perkara asas diperlukan iaitu:
1. ikhlas
2. siddiq (benar)
3. tuma'ninah (tenteram).

Jelaslah dalam hal ini, perbuatan islah itu melibatkan pensucian diri dari segi fikh atau melaksanakan rukun Islam dan rukun Iman yang dilihat dari segi zahir, dan juga dari sudut pembersihan batin dan rahsia hati (sirr).

Sekadar contoh, A marah kepada seorang kawannya, B, yang sekian lama dipercayai dan kemudian terbukti mengkhianatinya. A menunjukkan muka (zahir) yang berang, hatinya (batin) perih dan dalam rahsia hatinya (sirr) tersimpan dendam.

Untuk berislah, maka A terlebih dulu perlu bertaubat. Islah yang dilakukannya akan bersifat bathin atau dhamir. Dia perlu:
> membuang (takhliah) sifat cela/mazmumah dan,
> memasukkan (tahliah) sifat terpuji/mahmudah.

ADIB DAN GANJARANNYA
Islah membawa pembentukan insan beradab atau adib yang dari segi zahir dan bathin suci daripada sifat cela, tetapi gemilang dengan sifat terpuji. Insan ini merasa tenteram (tuma'ninah). Hatinya senantiasa tunduk kepada Allah SWT atau disebut tawaddhu'.

Sebuah hadis qudsi (firman Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw untuk keperluannya dan kemudian disampaikan pula oleh Nabi saw dengan kefahaman dan bahasanya untuk dimanfaatkan oleh para sahabat) yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, antara lain bermaksud demikian:

Barangsiapa yang menyakiti waliku, Aku memaklumkan perang kepadanya, dan tiada mendekati hamba-Ku kepadaKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada mengerjakan apa yang telah Aku fardukan ke atasnya. Dan sentiasa hamba-Ku mendekati dirinya kepadaKu dengan melakukan segala yang sunnat. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah yang menjadi pendengaran yang ia mendengar melaluinya, dan penglihatan yang ia melihat menerusinya, dan tangannya yang ia gunakan dan tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan demi jika ia minta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya. Dan demi jika ia minta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya.

Pembahasan hadis qudsi ini amat luas, mungkin satu buku tebal. Tetapi sekadar memahaminya secara ringkas, ia menunjukkan betapa insan yang sudah berislah menerusi proses Islam, Iman dan Ihsan, sehingga terlucut segala sifat keji dan terterap serta terpantul segala sifat terpuji, akan dicintai Allah SWT. Memasuki kedudukan atau maqam 'mahabatullah' (dikasihi Allah) merupakan setinggi-tinggi kurnia Ilahi kepada hamba-Nya. Inilah matlamat ajaran Islam, khususnya yang sering diperjuangkan oleh tasauf. Sebenarnya, ajaran tasauf boleh juga dikatakan sebagai sesuatu yang melengkap atau menyempurnakan ikhtiar insan untuk kembali ke hadrat Allah SWT dalam keadaan 'ahsani taqwim'. Untuk menjalani proses pensucian jiwa sehingga mencapai peringkat sebaik-baik insan, manusia harus melibatkan seluruh anggotanya, diteguhkan pula dengan gerakan jiwanya sehingga ia bebas dari segala kekotoran yang menutup mata hati dirinya. Apabila keadaan ini berhasil, maka dirinya itu sentiasa tidak terlepas dari mengingati Allah swt, serta jiwa dan hatinya mengekalkan pendiriannya terhadap Allah swt.

Maksud 'perang' ialah dibenci Allah SWT. Bermakna wali atau mukmin yang menjadi kekasih Allah akan terpelihara sehingga orang yang cuba mengkhianatinya akan gagal dengan sendirinya.

Dalam perkara ini Allah swt menerangkan bahwa para wali itu sentiasa tidak mengalami kesedihan dan kebimbangan. Dalam surah Yunos ayat 62, Allah Rabbul 'Izzah mengatakan "Ingatlah, sesungguhnya para wali-wali Allah tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."

Untuk mencapai maqam ini, seseorang itu bukan saja melakukan yang fardu (solat, zakat, puasa dan haji) tetapi melakukan juga yang sunnah (solat sunnah seperti tahajud, rajin bersedekah dan sebagainya).

Lama-kelamaan orang yang menjadi kekasih Allah akan merasa apa yang dilihat, dihidu, dirasakan, dilakukan atau setiap pengendaliannya senantiasa mendapat 'pedoman' atau petunjuk Ilahi.

Inilah jalan yang harus diperjuangkan dalam kita mencari keredhaan dan mahabbah dari Allah Rabbul Arbab Firman Allah swt dalam surah Al Ankaabut ayat 69 "Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benarbenar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

Betapa sentosa dan damai orang sedemikian. Semoga kita mencapai matlamat ini.

SEKIAN

Sumber: KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD.
22 Ogos 2001, jam 2300 - 23 Ogos 2001, jam 0200
Teras Pertalian IhsanSocialTwist Tell-a-Friend

Nilai Seorang Mursyid

.
ADA pelbagai cara yang dilalui oleh masyarakat hari ini dalam menilai dan mempelajari tasauf.

Umumnya cara itu dapat digolongkan kepada tiga:
1. Pembacaan umum tanpa keinginan untuk mendalami tasauf. Penuntut sedemikian dikatakan penerima riwayah kerana cenderung atau ingin bertabarruk (ambil barakah) hasil pembacaan itu.
2. Ada pula golongan yang ingin mengamalkan tasauf untuk keperluan peribadi demi membersihkan jiwa atau istilahnya mujahadah nafs iaitu mensucikan rohani daripada sifat cela (mazmudah) dan menyerap sifat mulia (mahmudah).
3. Akhirnya ada pula golongan yang menunjukkan dua ciri golongan tadi iaitu mahu membaca, mendalami, membersihkan jiwa dan selanjutnya mengamalkan tasauf sebagai satu perjalanan.

Sesungguhnya bagi kita, selaku penuntut atau murid tasauf, maka kita berada dalam golongan ketiga. Untuk memulakan perjalanan, tentulah kita perlu peta dan mungkin penunjuk jalan (guide). Orang yang akan memandu kita itu dipanggil secara umum sebagai guru sufi yang arif (serba tahu akan disiplinnya).

ISTILAH GURU SUFI
Terpapar sekurang-kurangnya lapan istilah merujuk kepada guru sufi (kesemuanya dalam bahasa Arab):
1. Mursyid iaitu orang yang memberikan petunjuk (irsyad)
2. Sheikh iaitu nama yang sering dikaitkan sebagai ketua guru atau pengetua. Lazimnya Sheikh digunakan kepada guru kanan.
3. Murabbi iaitu orang yang mengajarkan ilmu pendidikan (tarbiah)
4. Maulana iaitu gelar 'tuan' guru yang sudah mencapai darjat tinggi (seperti profesor).
5. Mua'llim iaitu guru yang memberikan ilmu ('ilm)
6. Mudarris iaitu pengurus satu pengajian (darasah, juga dikaitkan dengan madrasah).
7. Muaddib ialah guru yang mengajar adab (tata susila atau decorum). Manusia dipanggil 'adib' dalam hubungan dengan Khaliq (Penciptanya).
8. Ustaz ialah gelar biasa bagi profesi guru. Ia lazim sekali digunakan dalam rantau sebelah sini terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di Indonesia sering ustaz dipanggil kiai.

MENGAPA BERGURU
Berguru merupakan satu konsep setua tamadun manusia.

Ibu bapa adalah guru semulajadi yang awal kepada anaknya. Bersekolah bertujuan untuk berguru ilmu. Walaupun sampai usia bekerja, seseorang tidak putus-putus berguru. Demikianlah dengan tasauf. Apabila proses tasauf itu dijadikan untuk amalan hidup yang dipanggil perjalanan sufi atau tarikat, maka mendapatkan guru amatlah genting. Manusia paling mulia di sisi Allah SWT termasuk Nabi Musa as, iaitu seorang ulul azmi (pemimpin agung) juga berguru. Kisahnya terpapar dalam surah al-Kahfi, iaitu Nabi Musa menemui Nabi Khidir as untuk mempelajari halhal ghaib yang sukar masuk akal, tetapi berlaku kerana kehendak Allah SWT. Guru tasauf ialah pembimbing rohani yang perlu mempunyai dua kelayakan iaitu selaku mua'llim (menguasai dan penyampai ilmu) dan murabbi (pendidik yang tahu ilmu pendidikan atau tarbiah). Guru begini dipanggil sheikh dalam konteks perguruan tasauf. Murid tasauf pula dipanggil salik dan perjalanannya dipanggil suluk. Namun sheikh yang lengkap dipanggil mursyid apabila ia mencapai kelayakan untuk membimbing muridnya dari segi kerohanian.
Bagaimanapun, mursyid juga dianggap 'specialis' atau pakar dalam bidang bidang lain seperti fiqh atau syariah. Bezanya dalam konteks disiplin tasauf, mursyid hendaklah dilihat sama-sama mengamalkan ilmunya bersama-sama murid seperti solat tahajjud (dalam rangka mendirikan solat malam atau qiamulail atau disebut proses tarbiyah rohiyah - penyantunan roh), berwiridan dan seterusnya. Tegasnya mursyid tasauf melaksanakan dan menunjuk ajar akan apa yang diajarkannya.

CABARAN MASA KINI
Peredaran zaman menimbulkan ujian besar dalam mencari dan memilih mursyid. Kita semakin jauh dari zaman Nabi saw, para sahabat, pengikut sahabat (tabi'en) dan pengikut kepada pengikut sahabat (tabi'en wat tabi'en). Tempoh Nabi dengan pengikut kepada pengikut sahabat ialah 300 tahun iaitu mungkin sehingga zaman Imam al-Ghazali. Selepas itu berlaku pencairan (dilution) dari segi kekentalan ilmu yang asal.

Antara sebabnya ialah pengaruh kebendaan merupakan kejahatan (thagut) yang telah meleka atau melalaikan kita semua.

Namun dalam tradisi tasauf, terdapat koda profesionalisme atau etika yang menentukan apakah wajar seseorang itu menjadi mursyid.

Sekurang-kurangnya ada 14 syarat yang perlu ada bagi seseorang itu layak dipanggil mursyid:
1. Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama. Ertinya mursyid tadi tidak mengabaikan keperluan solat, zakat, puasa dan haji. Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.
2. Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan
3. Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)
4. Berkemahuan/hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri dan muridnya.
5. Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya akhirat sebagai destinasi kita)
6. Dermawan (tidak sekalipun lokek) walaupun keperluannya tinggal sehelai sepinggang.
7. Berbudi pekerti luhur
8. Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau memandang bulu/diskriminasi
9. Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana.
10. Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya (self promotion seperti kononnya punya karamah atau dapat melihat yang ghaib iaitu kashaf)
11. Tidak mengeluh ketika diuji (terutama kekurangan dari segi ekonomi)
12. Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang lain)
13. Hadir hatinya untuk Allah SWT semata
14. Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan sesuatu yang luar biasa seperti karamah).

BUKAN SEORANG MURSYID
Pertanda yang menunjukkan seseorang itu bukan seorang mursyid terpapar pada sekurang-kurangnya lapan ciri:
1. Tidak menguasai dan mengendahkan syariat seperti tidak tahu soal pensucian atau thaharah, fardu a?in dsb
2. Memandang rendah atau melecehkan orang lain.
3. Mengambil peduli perkara remeh
4. Mengikut hawa nafsu yang membawa kepada maksiat (seperti mengambil isteri muridnya)
5. Pekerti buruk seperti suka mengumpat
6. Pura-pura dalam setiap amalannya seperti bersolat
7. Berharap kepada manusia (minta gelaran atau pangkat dan bantuan ekonomi)
8. Memandang rendah terhadap aulia (para wali) atau guru tasauf yang lain.

Panduan begini penting kerana tasauf merupakan disiplin yang amat tinggi dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar murid itu tidak tersesat daripada landasan hingga terkeluar daripada sifat mukminnya. Peringatan ini diberikan oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya:

"Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang, janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah SWT."

PENGECUALIAN
Ada ketika seseorang mursyid menunjukkan sifat luar biasa atau tidak normal ketika jiwanya bersama Allah SWT. Ini dikatakan keadaan zhouk (ecstasy) atau terlalu asyik. Kata-katanya seakan-akan sukar dinilai logiknya seperti yang berlaku kepada al-Hallaj yang menyatakan 'Ana al-Haq' (Akulah Tuhan). Hal ini telah menggegarkan orang ramai. Akibatnya al-Hallaj dijatuhi hukuman pancung kerana kesalahannya dari segi syariat. Namun darahnya yang mengalir di sungai bertukar menjadi kalimah lailahaillah. Oleh itu, murid perlu memahami sikap dan sifat gurunya.

Sebelum hukuman tadi al-Hallaj dikatakan berpesan:
"Terimalah ucapanku yang sesuai dengan ilmumu. Andai kata dapati ucapanku bertentangan dengan ilmumu, maka jangan kau terima dan jangan kau pegangi agar kau tidak sesat dari jalan yang benar."

Adakala amalan tasauf menghampiri mistik iaitu dunia ghaib jin. Fenomena ini dipanggil 'istidraj'. Bantuan jin membolehkan pengamal tasauf itu mempunyai semacam kehebatan sehingga dianggap karamah. Oleh itu berwaspadalah.

Menurut cerita, penghulu aulia Sheikh Abdul Qadir al-Jilani berkhalwat (bersendirian untuk beribadat), terdengar suara yang menyatakan bahawa beliau sudah sampai ke satu maqam dan tidak perlu lagi bersolat atau beribadat seperti manusia yang lain.

Segera Sheikh Abdul Qadir membaca ta'audz (audzubillah...). Suara itu terhenti. Sesungguhnya suara itu datang daripada syaitan yang cuba menggoda Sheikh Abdul Qadir.

Kemudian Sheikh Abdul Qadir bermunajat (meminta kepada Allah SWT) agar dapat berdialog dengan syaitan itu. Daripada penjelasan syaitan tadi, difahamkan 70 orang mursyid yang menghampiri maqam wali telah terjerat oleh pujukan syaitan. Cerita ini hendaklah membuat sesiapapun berwaspada kerana syaitan adalah musuh nyata manusia.

Dalam zaman Wali Songo yang berdakwah di tanah Jawa yang dikuasai Majapahit (abad ke-14 masihi), salah seorang daripada mereka yang bernama Syeikh Siti Jennar telah terlalu condong kepada amalan kebatinan sehingga mengetepikan syariat. Majlis para wali itu menggugurkan beliau daripada keanggotaan dan menganggapnya tersesat.

Sumber: KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD, 19 September 2001, jam 2330 - 20 September 2001, jam 0230
Nilai Seorang MursyidSocialTwist Tell-a-Friend

Benci Dengan Maksiat, Bukan Dengan Pembuat Maksiat


Tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah Habib Ali al-Jifri hafizahullah berkenaan “Pandangan” . Saya terfikir kalau semua orang dapat amalkan seperti apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah sudah tentu akan wujudnya berbaik sangka dan berlapang dada dengan semua orang.

Kisah seorang ahli ibadah pada zaman Bani Israel yang tidak pernah melakukan maksiat selama hampir 500 tahun . Hebatnya beliau sehingga bilamana berjalan di bawah terik matahari maka beliau akan dilindungi awan. Namun disebabkan ada rasa takabbur di dalam diri bilamana bertemu dengan seorang ahli maksiat. Maka nikmat tersebut terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut. Mengapa boleh terjadi sedemikian? Ya, hanya kerana si lelaki ahli maksiat tersebut punya rasa rendah diri bilamana bertembung dengan ahli ibadah tersebut. Rasa tidak layak bilamana dirinya yang hina bertembung dengan seorang abid yang mulia. Manakala si abid, merasa jijik bilamana bertembung dengan ahli maksiat tersebut. Disebabkan sisi pandangan yang berbeza antara satu sama lain, maka ini menyebabkan nikmat yang Allah taala berikan kepada si abid iaitu dilindungi awan setiap kali berjalan terus berpindah kepada si lelaki ahli maksiat tersebut.

MasyaAllah, inilah sari pati ilmu Tasawuf yang diperjuangkan oleh para ulama Ahlusunnah Wal Jamaah. Tidak merasakan diri lebih daripada orang lain. Tidak merasakan bahawa hanya diri ini yang layak masuk ke Syurga Allah taala. Bilamana melihat seseorang yang tergelincir daripada jalan Allah taala, terus ditempelak dan dicaci maki zat si pembuat maksiat tersebut. Seolah-olah si ahli maksiat sudah tidak punya peluang untuk bertaubat. Kekadang lupa, kemungkinan orang yang kita caci maki kerana maksiat yang dilakukan olehnya mungkin bisa menjadi seorang yang lebih baik daripada si pencaci. Allah taala berhak membolak-balikkan hati seseorang.

BENCI MAKSIAT, BUKAN SI PEMBUAT MAKSIAT

Ini yang perlu ada pada seorang muslim yang sejati. Kita membenci maksiat dan kesalahan yang dilakukan bukannya zat pembuat maksiat tersebut.
Perumpamaannya mudah:

“ Kita membenci bau busuk pada bangkai tersebut, bukannya pada bangkai itu sendiri. Ya kemungkinan bangkai tersebut adalah binatang peliharaan yang paling kita sayangi sebelum rohnya dicabut. Namun bilamana rohnya sudah dicabut, serta berlalunya waktu tertentu menyebabkan mayat tersebut berubah baunya menjadi busuk. Adakah dengan sebab bau busuk pada bangkai tersebut menyebabkan kita terus mencaci maki binatang kesayangan kita sendiri?”

Ya begitu juga dengan maksiat. Kita ibaratkan ianya sebagai bau busuk yang ada pada seseorang. Bau busuk tidak akan hilang jika semua hanya pandai mencai maki semata-mata. Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.

Dipetik dari ikhwan Tarekat Ahmadiah Idrisiah.
Benci Dengan Maksiat, Bukan Dengan Pembuat MaksiatSocialTwist Tell-a-Friend

Cinta dan Kasih Sayang Rasulullah saw kepada Kita

.
Diriwayatkan di dalam Shahih Muslim bahwa ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca ayat alqur'an (ucapan nabiyullah Ibrahim As):

"Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Ibrahim: 36)

Kemudian Rasulullah membaca ayat al qur'an lagi (ucapan nabi Isa As):

"Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana " (Surah Al Maidah : 118)

Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengangkat kedua tangannya, menangis dan berdoa:

"Wahai Allah, tolonglah ummatku, tolonglah ummatku"

Kemudian malaikat Jibril As turun kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Wahai Rasul, Allah bertanya apa yang membuatmu menangis?" Allah subhanahu wata'ala Maha Tahu keadaan beliau, namun Allah mengutus Jibril As kepada Rasulullah agar beliau mengeluarkan isi hatinya, apa yang menyebabkan beliau menangis. Maka Rasulullah berkata: "Nabi Ibrahim As berlepas diri dari ummatnya yang pendosa, begitu pula nabi Isa As, namun aku tidak bisa begitu saja melepaskan diri dari ummatku yang pendosa, aku tidak mampu mengatakan seperti yang telah diucapkan nabi Ibrahim dan nabi Isa (Surah Ibrahim: 36 dan Surah Al Maaidah: 118)". Maka malaikat Jibril kembali kepada Allah dan Allah subhanahu wata'ala memberi salam kepada nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, kemudian malaikat kembali kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata, wahai Rasulullah Allah subhanahu wata'ala telah menyampaikan kepadamu:

"Kami telah meridhai umat-mu dan tidak akan menyakitimu"

Maka di saat itu tenanglah perasaan nabi shallallahu 'alaihi wasallam, namun sebelum itu beliau menangis kerana tidak mahu berlepas diri dari ummatnya yang berdosa, beliau masih ingin menyelamatkannya, maka Allah berikan hak syafaat kepada nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam untuk ummatnya yang pendosa, inilah idola kita sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Maka ketika kaum Thaif melempari nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, padahal Rasulullah sangat mampu untuk mengangkat tangannya dan berdoa kepada Allah untuk mencelakakan kaum Thaif, bahkan Allah telah memerintahkan kepada malaikat yang menjaga gunung untuk mengangkat gunung, setiap makhluk dijaga oleh para malaikat, dan manusia dijaga oleh dua malaikat (Raqib dan Atid), paling sedikit dua malaikat yang menjaga manusia, namun jika ia banyak beribadah, akan lebih banyak lagi malaikat yang menjaganya. Maka malaikat yang menjaga gunung berkata kepada Rasulullah: "wahai Rasulullah izinkan aku untuk mengangkat gunung dan kutimpakan di atas Thaif", sebagaimana yang telah Allah perbuat kepada kaum nabi Luth, di mana malaikat Jibril mengangkat gunung dan menjadikan bagian atas berada di bawah dan sebaliknya kemudian menimpakannya pada kaum nabi Luth. Maka Rasulullah berkata: "jangan engkau hukum mereka, aku masih berharap barangkali keturunan-keturunan mereka ada yang mendapatkan hidayah". Apa yang diperbuat oleh kaum Thaif kepada Rasulullah?, ketika Rasulullah berjalan, mereka berbaris di kiri kanan dan terus melempari kaki Rasulullah dengan batu, sehingga kaki Rasulullah berlumuran darah dan beliau terjatuh, mak mereka menyuruh beliau bangun dan berjalan lagi kemudian kembali melempari beliau dengan batu demikian seterusnya yang dilakukan kaum Thaif kepada nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Setelah beliau keluar dari Thaif mereka menyuruh anak-anak untuk mengejar dan melempari beliau dengan batu, seakan-akan anak-anak itu mengejar-ngejar orang gila. Mengapa kaum Thaif berbuat demikian?, karena patung-patung yang mereka sembah berbicara, patung-patung itu dimasuki oleh syaitan, jin dan iblis untuk berbicara bahwa nabi Muhammad adalah pendusta. Dan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak mengadu kepada Allah dengan mengatakan: "wahai Allah, mengapa Engkau jadikan syaitan dapat mempengaruhi patung-patung itu sehingga bisa berbicara dan mendustakan aku?!", namun Rasulullah hanya berkata : " Wahai Allah kemana lagi aku akan pergi, aku menuju kepada sahabat-sahabatku, mereka dibantai, aku pergi kepada musuh-musuhku, mereka memerangi dan menyiksaku, namun selama Engkau tidak marah kepadaku maka aku tidak peduli apa yang terjadi padaku". Begitu indahnya sang nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahkan beliau berkata : "yang kuharapkan barangkali kelak keturunan mereka mendapatkan hidayah". Subhanallah, Rasulullah masih peduli pada semua yang masih ada di janin musuh-musuhnya barangkali boleh diselamatkan dan mendapatkan hidayah, demikian indahnya idola kita sayyidina Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
Cinta dan Kasih Sayang Rasulullah saw kepada KitaSocialTwist Tell-a-Friend

TINGKATAN PARA WALI ALLAH


Seperti para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi martabat berlainan.

Di kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya sangat ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yang wajib diketahui hanya 25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang bakinya tidak wajib diketahui.Daripada 25 orang Nabi dan Rasul itu ada pula lima orang yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’, iaitu Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Nuh a.s.

Para Aulia juga mempunyai martabat yang berbeza-beza. Namun tidak ada siapa yang dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu yang tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana fungsi atau peranan para nabi dan Rasul.

Seperti dijelaskan dahulu, para nabi dan rasul yang diutus kepada manusia harus membuktikan bahawa mereka dibekalkan oleh mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka.

Tetapi para Aulia tidak wajib membuktikan diri mereka sebagai Aulia melalui karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Bahkan para Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka, kecuali dalam keadaan darurat atau terdesak sahaja.

Sebab itu para Aulia tidak dapat dikenal pasti sahaja yang lebih tinggi martabatnya daripada yang lain, sedangkan bilangan mereka sangat ramai.

Mungkin martabat para Aulia itu dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah mereka pun tidak wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika terdesak.

Tingkatan para wali dapat dibahagikan kepada beberapa tingkatan sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing di sisi Allah swt. Di antara mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap masanya, tetapi ada pula yang tidak terbatas jumlahnya Sehubungan dengan hal ini, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan dan pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnya FUTUHATUL MAKKIYAT pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:


PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH

1. Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi, hanya dengan ilmu dapat mengenal.kalau tidak musuh yang nyata dapat menyamar.

4. Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal' Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

5. An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi:

"Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".

Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.

8. Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali biasa seperti semula. Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh orang sahaja. Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak. Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf. Ada dua orang Syiah yang mengaku sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain. Ke-duanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika keduanya bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata: "Aku lihat kamu berdua berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan membenci para sahabat Nabi". Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kepada Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.

Pada umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mendapat berbagai pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada orang lain. Anehnya penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab. Setelah bulan Rajab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti semula.

9. Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat Al Khatamiyun adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang. Tidak ada darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa as.datang kembali.

Di antaranya, ada para Wali yang hatinya seperti Nabi Adam as. Jumlah mereka hanya tiga ratus orang. Sabda Nabi saw: "Mereka berhati seperti hati Adam as". Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah swt. Syeikh Muhyidin berkata: "Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang saja dikalangan

umatnya, tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain. Tentang keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap masanya dunia tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah. Mereka senang dengan doa: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi".

Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh as. Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka seperti hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama. Mereka suka berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya: "Tuhan, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali kebinasaan".

Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi Nuh as. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi saw yang ertinya: "Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas, maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya".

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah wali jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya. Rasulullah saw pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka suka dengan doa Nabi Ibrahim as yang ertinya: "Tuhanku, berikan kepadaku kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang salih". Mereka diberi keistimewaan yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, rasa dengki dan rasa buruk sangka terhadap Khalik maupun makhluk, mereka terlindung dari sebarang perbuatan buruk.

Syeikh Muhyiddin berkata: "Aku pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku beranggapan bahwa kese-nangan syurga telah dipercepatkan baginya".

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya ada lima orang sahaja dalam setiap zamannya. Rasulullah saw pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka diberi kekuatan seperti yang diberikan kepada malaikat Jibril yang amat kuat. Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan malaikat Jibril. Dan malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka selalu terpimpin.

Diantaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Mikail as. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemah-lembut terhadap semua orang, dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail.

Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya ada satu orang sahaja dalam setiap zamannnya. Nabi saw pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Menurut pengamatan kami, Syeikh Abu Yazid Al Bustami termasuk salah seorang dari jenis wali ini. Termasuk juga Nabi Isa as. Syeikh Al Muhyiddin berkata: "Diantara tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah swt".

Di antaranya pula ada yang diberi hati seperti hati Nabi Daud as. Jumlah mereka di setiap masanya hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi berbagai keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.

10. Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di setiap masanya. Mereka orang-orang yang selalu khusyu', mereka tidak berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri.

Di antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masanya. Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala penyimpangan.

Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya: "Tampilkan kepada manusia tanda redha kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah maupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur"

11. Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan orang sahaja di setiap zamannya. Wali jenis ini mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah Ad Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul Ilahiyah.

Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap zamannya. Meskipun watak mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang suka berbuat kebajikan.

12. Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap zamannya. Mereka selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir maupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.

13. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal Jalali. Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masanya. Jenis wali tingkatan ini dikenal sebagai orang-orang yang hebat dan mengkagumkan, meskipun sifat mereka lemah lembut, tetapi orang-orang yang menemui mereka akan tunduk. Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang-orang yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai hati seperti Nabi Muhammad saw, ada pula yang mempunyai hati seperti Nabi Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud. Sayyid Muhyiddin berkata: "Aku pernah menemui wali golongan ini di kota Damsyik".

14. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Fathi. Ertinya rahsia-rahsia Allah swt selalu terbuka bagi mereka. Jumlah mereka hanya ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan bilangan jam, yaitu 24 orang. Meskipun demikian, mereka tidak pernah berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka menyebabkan terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata maupun yang rahsia.

15. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul Ma'arij Al 'Ula. Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masanya. Mereka termasuk wali-wali tingkatan tinggi, hampir setiap saatnya mereka naik ke alam malakut, mereka adalah orang-orang pilihan.

16. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu Tahtil Asfal, iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak lebih dari 21 orang di setiap masanya. Ciri khas wali ini, hati mereka selalu hadir di hadapan Allah.

17. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni, iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak lebih dari tiga orang di setiap masanya. Mereka selalu mendapat pertolongan Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa menyalurkan anugerah-anugerah Allah kepada manusia. Pokoknya, adanya mereka menunjukkan berpanjangannya kasih sayang Allah kepada makhlukNya.

18. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun Rahmaniyun, iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa. Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masanya. Sifat mereka seperti wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran mereka suka mengkaji firman-firman Allah.

19. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Istithaalah, iaitu manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah. Jumlah mereka hanya seorang dalam setiap masanya. Yang termasuk kelompok ini adalah Syeikh Abdul Qadir Jailani. Mereka selalu menolong manusia dan mereka sangat ditakuti.

20. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Ghina Billah, iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun. Jumlah mereka hanya dua orang di setiap masanya. Mereka selalu mendapat siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak memerlukan kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.

21. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu 'Ainut Tahkim Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap zamannya. Mereka senantiasa meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang ghaib. Seluruh hidup mereka terlihat aktif di semua aktivitas ibadah.

22. Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Isytiqaq, iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima orang di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat di siang hari dan di malam hari.

23. Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al Mulamatiyah. Mereka tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan tertingginya adalah Nabi Muhammad saw. Mereka sangat berhati-hati dalam melaksanakan syariat Islam. Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yang tepat. Tindak tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kepada Allah. Sudah tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, tetapi ada kalanya pula jumlah mereka berkurangan.

24. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Fuqara'. Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri khas mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di hadapan Allah.

25. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As Sufiyyah. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya membesar dan ada kalanya pula berkurangan. Mereka dikenal sebagai wali yang amat luhur budi pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dengan kebajikan-kebajikan yang sesuai dengan ketinggian budi pekerti mereka.

26. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al 'Ibaad. Mereka dikenali sebagai orang-orang yang suka beribadah. Pokoknya, ibadah merupakan kegiatan mereka sehari-hari, mereka suka mengasingkan diri di gunung-gunung, di lembah-lembah dan di pantai-pantai. Di antara mereka ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka meninggalkan semua kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah di malam hari merupakan syiar mereka. Sebab, menurut mereka dunia ini adalah tempat untuk menyuburkan amal-amal di akhirat.

Abu Muslim Al Khaulani adalah di antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa letih ketika beribadah di malam hari, maka ia memukul kedua kakinya seraya berkata: "Kamu berdua lebih pantas dipukul dari binatang ternakanku".

27. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az Zuhaad. Mereka termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan duniawi. Mereka mempunyai harta, tetapi mereka tidak pernah menikmatinya sedikitpun, sebab, seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah. Sayyid Muhyiddin berkata: "Di antara bapa saudaraku ada yang tergolong dari wali tingkatan ini". Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah At Tunisi, seorang ahli ibadah di masanya, ia dikenal sebagai salah seorang wali Az Zuhad. Pada suatu hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat Syeikh Abdullah seraya berkata kepadanya: "Wahai Syeikh Abdullah, apakah aku boleh solat dengan pakaian kebesaranku ini?" Mendengar pertanyaan itu, Syeikh Abdullah tertawa. Tanya si penguasa: "Mengapa engkau tertawa, wahai Syeikh? Jawab Syeikh Abdullah: "Aku tertawa kerana lucunya pertanyaanmu tadi, sebab meng-apa engkau bertanya kepadaku seperti itu, padahal pakaianmu dan makananmu dari harta yang haram?" Mendengar jawaban Syeikh Abdullah seperti itu, maka si penguasa menangis dan menyatakan taubatnya kepada Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan kekuasaannya demi untuk mengabdikan diri kepada Syeikh Abdullah, sehingga beliau berkata: "Mintalah doa kepada Yahya Bin Yafan, sesungguhnya ia adalah seorang penguasa dan seorang ahli zuhud, andaikata aku diuji sepertinya, mungkin aku tidak dapat melaksanakannya".

28. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul Maa'i. Mereka adalah para wali yang senantiasa beribadah di pinggir-pinggir laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka mengasingkan diri. Disebutkan, bahwa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah berada di pinggir sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak: "Apakah ada di antara hamba-hamba Allah yang beribadah di dalam air?" Tiba-tiba ada seorang yang muncul dari dalam air seraya berkata: "Ada, wahai Abu Saud. Di antara hamba-hamba Allah ada juga yang beribadah di dalam air dan aku termasuk di antara mereka. Aku berasal dari negeri Takrit, aku sengaja keluar, kerana beberapa hari mendatang akan terjadi musibah di negeri Baghdad". Kemudian ia menghilang ke dalam air. Kata Abu Saud: "Ternyata tidak lebih dari lima belas hari musibah memang terjadi."

29. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Afrad. Mereka termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Al 'Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al Jailani. Mereka ini jarang dikenal manusia awam, kerana kedudukan mereka terlalu tinggi. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat dan ada kalanya pula berkurangan.

30. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Umana' artinya orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara mereka adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi saw: "Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara umat ini". Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal manusia, kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.

31. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Qurra'. Mereka ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali-wali ini termasuk orang-orang yang dekat dengan Allah, kerana mereka ahli Al Quran. Dan mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi termasuk diantara mereka.

32. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Ahbab, iaitu orang-orang yang dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat, adakalanya pula berkurangan. Mereka mencapai tingkatan ini disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub kerana cinta kepada Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari ibadah yang berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi mereka, mereka mendapat kasih sayang Allah yang luar biasa.

33. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Muhaddathun, iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah. Menurut hadits Nabi, ada sebahagian dari umatku yang diberi ilham dari Allah. Maka Umar Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka. Sayyid Muhyiddin Ibnu Arabi ra berkata: "Dizaman kami ada pula wali-wali Al Muhaddathun, di antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya Al Baha-i".

Para wali yang tergolong dalam golongan ini senantiasa mendapat bisikan-bisikan rohani dari penduduk alam malakut, misalnya dari Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail, sebab rohani mereka sudah dapat menembus alam arwah atau alam malakut.

34. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Akhilla'. Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala ibadah yang mereka lakukan selalu didasari cinta kepada Allah. Jumlah mereka tidak terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.

35. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As Samra'. Erti kata As Samra' adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka termasuk orang-orang yang senantiasa berdialog dengan Allah, sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yang tiada taranya.

36. Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Wirathah, iaitu mereka yang mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah para ulama, pewaris para Nabi. Kelompok ini termasuk orang-orang yang gemar beribadah sampai melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka mengasingkan diri di tempat-tempat terpencil demi untuk memenuhi kecintaannya kepada Allah.

Sumber:
Dipetik dari http://www.myilmu.com/
buku Mengenal Tasauf & Tarekat, Ustaz Haji Ali Haji Mohammed
TINGKATAN PARA WALI ALLAHSocialTwist Tell-a-Friend

Pengertian Tariqah



Tariqah dalam pengertian asasnya, adalah satu perjalanan menuju Allah swt, sudah pasti melalui jalan yang hak, juga merupakan satu fenomena atau cara hidup yang lumrah umum dikalangan para sahabat nabi saw dan para tabiin. Itulah perjalanan hidup yang menyeluruh di kalangan ahli salaf. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah swt dalam al-Quran.

Orang yang mendahului atau lebih kehadapan dalam perjalanan menuju Allah swt ialah para sahabat nabi saw dan para tabiin ini menerima naungan cahaya kenabian dan “suhbat al-rasul”.Justeru, maksud Tariqah ialah perjalanan menuju Allah swt seperti yang diamalkan oleh para sahabat nabi saw. Cuma kalimah Tariqah tidak digunakan secara meluas tetapi banyak menggunakan istilah sabil, sirat dan al-sabiqun.

Dalam ilmu tasawuf, tariqah merupakan satu jalan atau kaedah yang ditempuh menuju keridhaan Allah swt dengan amaliah zahir dan bathin sepertimana yang terkandung dalam keluasan ilmu tasawuf. Adapun ikhtiar menempuh jalan itu lebih dikenali dengan istilah Suluk. Sedangkan orang bersuluk itu pula dipanggil salik.

Tariqah itu adalah jalan atau petunjuk dalam melakukan sesuatu ibadah sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dan dikerjakan oleh para sahabat Nabi Muhammad saw, Tabi'in, turun temurun sehingga sampai kepada para ulama dan guru-guru. Guru-guru yang memberikan petunjuk dan bimbingan ini dinamakan Mursyid. Mursyid peranannya membimbing dan mengajar muridnya setelah memperolehi ijazah dari gurunya pula sebagai tersebut dalam silsilahnya. Dengan demikian ahli Tasawuf berkeyakinan bahwa hukum-hukum serta peraturan-peraturan dalam ilmu Syariah dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik perlaksanaan melalui jalan Tariqah.

Nabi Muhammad saw sebagai guru pertama umat Islam telah membuka jalan (tariqah) yang pertama dan telah menyempurnakan tablighnya (penyampaiannya). Maka dengan ini tariqah kaum muslimin keseluruhannya berpokok pangkal dari tariqah Nabi Muhammad saw. Segala amal ibadah yang kita lakukan atau tariqah yang kita amalkan adalah petunjuk yang kita terima dari guru-guru kita. Mereka sebelumnya menerima dari para ulama. Para ulama sebelumnya menerima dari para Tabi' Tabi'in. Mereka pula telah menerima dari para tabi'in yang telah menerima dari sahabat yang langsung menerima dari Rasulullah saw. Rasulullah saw telah menerima segala ajaran pula dari Jibril as dan Jibril pula menerima dari Allah swt.

Perlaksanaan sunnah Nabi Muhammad saw yang terkandung dalam Ilmu Fiqeh harus dilaksanakan melalui tariqah. Tidak mencukupi hanya dari keterangan hadis-hadis Nabi Muhammad saw sahaja tanpa ada sahabat yang melihat cara perlaksanaan Nabi saw dalam sesuatu ibadah. Kemudian mereka pula menceritakan kembali caranya kepada murid-muridnya iaitu para tabi'in dan seterusnya. Apabila seseorang mempelajari ilmu Fiqeh sebenarnya ia sudah melakukan satu tariqah.

Apabila seorang guru mengajarkan ilmu sembahyang misalnya, ia pasti mengajar, membimbing dan menunjukkan cara perlaksanaan yang betul, dengan niat yang sah, segala rukun sembahyang sehingga dapat sembahyang itu akhirnya dilaksanakan dengan sempurna. Semua bimbingan gurunya itu dinamakan tariqah. Maka apabila perlaksanaan ibadah itu meninggalkan kesan pada jiwanya dan dikerjakan secara maksimal, maka ia akan menjadi Haqiqah, sedangkan hasilnya, sebagai tujuan terakhir daripada semua perlaksanaan ibadah itu ialah mengenal tuhan sebaik-baiknya, atau dalam istilah Tasawuf disebut mencapai Makrifatullah.

Syariah dan Tariqah adalah tidak lain daripada mewujudkan perlaksanaan ibadah dan amal, sedangkan Haqiqah itu memperlihatkan ahwal dan rahsia tujuannya.

Dalam Ilmu Tasawuf penjelasan ini disebut: Syariah itu merupakan peraturan, tariqah itu merupakan perlaksanaan. Haqiqah itu merupakan keadaan dan Makrifah itu adalah tujuan yang terakhir iaitu mengenal Allah swt.

-------------------------------------------------------------------------------------

Tarekat adalah sekolah tasauf atau klinik tasauf untuk membaiki hati manusia dari sifat tercela (mazmumah) dan menghiasi nya dengan sifat terpuji (mahmudah).

Tarekat dalam pengertian asasnya, adalah satu perjalanan menuju Allah swt, sudah pasti melalui jalan yang hak, juga merupakan satu fenomena atau cara hidup yang lumrah umum dikalangan para sahabat nabi saw dan para tabiin. Itulah perjalanan hidup yang menyeluruh di kalangan ahli salaf. Hakikat ini ditegaskan oleh Allah swt dalam al-Quran.
Orang yang mendahului atau lebih kehadapan dalam perjalanan menuju Allah swt ialah para sahabat nabi saw dan para tabiin ini menerima naungan cahaya kenabian dan “suhbat al-rasul”

Justeru, maksud tarekat ialah perjalanan menuju Allah swt seperti yang diamalkan oleh para sahabat nabi saw. Cuma kalimah tarekat tidak digunakan secara meluas tetapi banyak menggunakan istilah sabil, sirat dan al-sabiqun.

Dalam al-quran, ada di sebut bahwa hidup manusia di dunia ini adalah perjalanan menuju Allah swt. ِAllah swt berfirman, Artinya, ”dan sesunggohnya,kepada tuhan kamu, tempat kesudahan” (An-Najm: 42)

Setiap manusia, pasti akan kembali kepada Allah swt. Dari Allah swt mereka datang, kepada Allah swt lah mereka, kembali. Menuju Allah swt bermaksud melaksanakan ibadat dalam keadaan hal hati sangat mengenali Allah (kenal secara syuhud) swt dan faham kehendak Allah swt.

Semua tarekat yang muktabar, adalah mengikut al-quran dan as-sunnah. Pelbagai nama tarekat berasal dari nama pelopor atau guru yang berjaya mencapai maqam musyahadah. Apabila berjaya dan diakui sebagai seorang ulama’ dan wali Allah swt, orang ramai, terutama sekali murid-murid nya, ingin menuruti jalan nya menuju Allah swt. Lantas, tersebut lah nama tarekat atau jalan sifulan dan sifulan. Padahal, sheikh tarekat itu, menuruti jalan yang diajar oleh nabi saw. Jadi, pelbagai nama tarekat bukan lah satu jenayah selagi ia berpandukan kepada al-Quran dan Hadith nabi saw.

Tarekat itu adalah sunnah yang diikuti (mutabaah). Dikatakan, Sunnah mutabaah atau Sunnah yang diikuti kerana Saidina Ali ra pernah bertanya kepada Rasullullah saw supaya ditunjukkan satu jalan dari pelbagai jalan untuk sampai kepada Allah swt (makrifat). Rasullullah saw menjawab hendaklah kamu berzikir secara nyata dan sembunyi (sir) seperti kata baginda dalam satu hadith, Artinya, Ya Ali, (jika engkau mahu tarekat yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah engkau sentiasa kekal berzikrillah secara sir dan kuat (bersuara).”

Didalam satu hadith lain, Rasullullah saw pernah mentalkinkan tahlil lisan: "Laailaaha illallaah" sebanyak tiga kali dan diikuti oleh Saidina Ali ra. Keterangan lanjut, bolehlah dirujuk kepada kitab Hakekat Tasauf, oleh Sheikh Abdul Kadir Isa.

Jika dilihat kepada prinsip-prinsip ilmu tasauf, ia tidak terkeluar dari al-Quran dan sunnah.Prinsip-prinsip itu adalah:
1.Takwa
2.Berzikir dan muraqabah
3.Berguru atau suhbah
4.menuntut ilmu – usuluddin, fikih, tasauf, tafsir al-quran, hadis dan sebgainya
5.Beradab dengan Allah swt, guru dan sesama muslim.

Sahabat nabi saw mengamalkan tarekat atau zikrillah dan mereka akhirnya digelar ulul albab, seperti yang difirmankan di dalam surah Ali Imran ayat 190-191.
“Sesunggohnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (wujudnya Allah dan kesempurnaan sifat-sifatNya) bagi orang-orang ulul-albab, iaitu orang-orang yang berzikrillah dalam keadaan berdiri dan duduk dan berbaring dan mereka memikirkan Allah di dalam penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): ”Ya tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”

Oleh itu para sahabat mengamalkan ilmu tarekat, kerana amalan tarekat merangkumi tiga perkara penting iaitu zikrillah serta muraqabah, takhliyyah dan tahliyyah dan diamalkan oleh para sahabat nabi saw. Cuma pada masa sahabat saw tidak ada nama-nama tarekat seperti Ahmadiah Idrissiah, Naqsabandiah dll. Nama-nama pelbagai tarekat itu timbul kemudian setelah umat islam mulai cinta dunia dan malas beribadat dan mula meninggalkan sunnah nabi saw.Ada segolongan umat islam, mula ingin menghidupkan kembali amalan islam seperti masa nabi saw dan sahabat nya, maka mereka digelar sufi dan ahli tarekat. Tarekat ialah zikrillah dan tidak bercanggah dengan al-quran dan Sunnah.

Penjelasan, maksud dari surah Ali Imran, ayat 190-191.
Ayat diatas adalah bukti adanya amalan tarekat, yakni zikrillah dan muraqabah. Menurutnya ini, dengan zikrillah dan muraqabah maka orang yang beriman itu akan mencapai makrifat sehingga ia akan kenal sebenarnya tentang hakikat Allah swt. melalui syuhud dan musyahadah. Setelah sahabat berzikir dan bermuraqabah, siang dan malam, hari-hari, akhir nya Allah swt bukakan hijab dan tajallilkan hati sahabat dengan makrifat yang sebenar. Ini dapat dilihat dari kata-kata sahabat yang diceritakan oleh Allah swt, ”Ya tuhan kami, Engkau tidak jadikan kejadian-kejadian ini dengan sia-sia (tapi penuh hikmah), Maha Suci Engkau Ya Allah dan peliharalah kami dari api neraka. ”Kata-kata sahabat atau ulul-albab itu membuktikan bahawa mereka telah dikurniakan dan diperlihatkan sebahagian daripada hakikat dan makrifat dengan cara ditajallikan oleh Allah swt.

Dalam surah Ali Imran, ayat 190-191 diatas ada disebutkan “ulul al-bab”. Golongan ulul albab adalah terdiri dari para sahabat nabi saw, muqarabbun dan wali-wali Allah swt. Mereka adalah golongan yang sentiasa berzikrillah dalam semua keadaan. Mereka boleh berzikir sebegitu, kerana telah diajar oleh baginda Rasullullah saw, Ini menunjukkan amalan zikrillah adalah disuruh oleh Allah swt dan diajar oleh nabi saw sehingga mereka berjaya mencapai darjat ihsan, muqarabbin atau ulul albab.

Ulul artinya mereka yang memiliki. Miliki apa? Mereka memiliki lubbun-lubbun di mana jamak tafsir nya adalah albab. Lubbun berarti dasar hati(innermost) yang paling dalam atau basirah.Lubbun inilah yang dapat mengenal Allah swt secara zauki. Boleh juga dirujuk kepada surah al-Ra’d, ayat 19-22, untuk penjelasan lanjut siapakah itu golongan ulul albab.
Pengertian TariqahSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.