Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi


Search This Blog

FENOMENA TASAWWUF DAN PERANANNYA DALAM ERA MASA KINI

.
Sesungguhnya, pada dekad mutakhir ini banyak tohmahan yang dilemparkan terhadap tasawwuf, sama ada daripada kelompok aliran sekular mahu pun individu yang hidup dipasung kebendaan. Berlandaskan kepada keadaan ini, mereka memandang dan menganggap bahawa tasawwuf hanya menyeru kepada sikap negatif, pesimis, malas, meminggirkan diri dan sebagainya.

Terjahan aliran pemikiran moden, sedikit demi sedikit telah merenggut dan mengheret umat Islam jauh daripada roh Islam. Fenomena ini, menjadikan golongan yang terjebak merasa terasing dengan Islam yang hakiki dan secara tidak langsung, jadilah Islam yang sebenar itu asing pada mereka. Islam tidak lagi dilihat sebagai jalan terbaik untuk memandu kehidupan yang sempurna.

Natijahnya, terlalu ramai di kalangan ahli masyarakat yang telah berada jauh dari agama. Perkataan tasawwuf dan sufi menjadi suatu benda yang asing dan ganjil. Mereka melihat kehidupan melalui kacamata madiyyah (kebendaan) semata-mata.

Ahli sufi meyakini bahawa seseorang manusia tidak akan dapat keluar dari penjara kebendaan, melainkan dengan kembali kepada kejernihan hati, kemantapan rohani dan nilai-nilai positif lain; yang menjadi bahan pentarbiahan ahli sufi kepada anak-anak murid mereka selama ini.

Tasawwuf berpegang kepada roh agama dan permata aqidah. Bersesuaian dengan perkara tersebut, Dr. Sa’duddin Sayyid Soleh menulis suara hatinya Musykilaat al Tasawwuf al Mu’asar, di dalam kitabnya

Kami amat memerlukan kepada tasawwuf Islam yang terbit dari al-Quran dan Sunnah, terutamanya pada zaman materialistik ini; yang melazimkan kita menghadapinya dengan pemikiran yang lebih cenderung kepada tuntutan rohani daripada tuntutan jasmani.


Keperluan kepada tasawwuf :

1. Menularnya gaya pemikiran dan tabiat mementingkan kebendaan dalam kehidupan manusia. Seseorang tidak akan dapat keluar dari kemelut ini, melainkan jika dia menghadapinya dengan gaya pemikiran sebaliknya, di samping memperkuatkan rohani, memantapkan suluk dan merebahkan keinginan syahwat dengan jalan tasawwuf dan suka untuk melakukan ketaatan agama.

2. Tasawwuf mengamalkan konsep kejernihan dan kesucian hati dari sebarang kekotoran serta menggalakkan individu menghiasi diri dengan perhiasan akhlak yang mulia dan mujahadah melawan nafsu.

3. Sesungguhnya, 90% daripada umat Islam dalam beberapa kurun yang lalu mempunyai hubungan yang rapat dengan tasawwuf dan ahlinya. Penumpuan terhadap tasawwuf sama ada dengan belajar atau mengadakan hubungan dengan ahlinya akan menyampaikan seseorang murid kepada persekitaran dan kedudukan yang tidak mampu dicapai oleh orang lain.

4. Sistem pentarbiahan Islam amat dituntut dan diperlukan pada masa kini. Tidak disyaki lagi, bahawa ahli sufi merupakan orang yang berpengalaman dalam arena pentarbiahan, sebagaimana tasawwuf yang mampu memainkan peranan membentuk seorang Muslim yang sempurna dalam setiap aspek.

Malah pada zaman ini, peranan tasawwuf amat penting dalam mendepani arus materialistik. Sejajar dengan itu, Ustaz Said Hawwa mengemukakan di dalam kitabnya Tarbiyatuna al Ruhiyyah H:13 dengan katanya:

Sesungguhnya zaman kami ini adalah zaman kesyahwatan, kerosakkan dan kebendaan yang mesti dibanteras denan alternatif yang lain. Dengan tegasnya saya menyatakan sesungguhnya hanyalah pentarbiahan tasawwuf yang boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi permasalahan ini. Syahwat tidak akan dapat dibanteras dengan nasihat atau kata-kata sahaja, tetapi ia mesti dibanteras dengan penampilan sikap, persekitaran yang baik dan pentarbiahan. Manakala kecintaan kepada kebendaan tidak akan dapat dipadamkan dengan kata-kata sahaja tetapi hendaklah dipadamkan dengan perasaan dan kemanisan iman. Penderhakaan dan pelampauan tidak dapat diubati hanya dengan kata-kata tetapi ia dapat diubati dengan merendahkan diri kepada Allah, ketaqwaan, kewara’an dan adab. Inilah jalan amali (praktikal) iaitu tasawwuf.


Pengertian Tasawwuf

Al-Sya’rani mendefinisikan tasawwuf sebagai ”Ilmu yang terbit di dalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan al-Sunnah. Sebagaimana ilmu yang terbit daripada ulama-ulama fiqh, setiap amalan yang dilakukan dengan panduan kedua-duanya akan menerbitkan pelbagai ilmu, adab-adab, rahsia-rahsia, dan hakikat yang tidak dapat diungkapkan secara lisan, dengan syarat jika amalan itu bebas daripada kecacatan dan kehendak-kehendak hawa nafsu”.

Definisi ini timbul sebagaimana wujudnya definisi ilmu. Ianya hanya terbit selepas pesatnya perkembangan ilmu Islam, cabang-cabang dan rangkaiannya.

Tasawwuf itu adalah seperti amalan. Perkembangannya seiringan dengan Islam kerana ia umpama intipati dan hakikat sebenar Islam. Tasawwuf adalah menepati maqam ihsan. Hal ini berdasarkan hadis :

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّـهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللَّـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، أَخْبِرْنِي عَنِ الإِسْلاَمِ. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهِ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ: صَدَقْتَ. فَعَجِبْـنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الإِيْمَانِ. قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وِتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ: صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الإِحْسَانِ. قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّـهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ. قَالَ: مَاالْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا. قَالَ: أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ: اللَّـهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Daripada Saidina Umar r.a. beliau berkata, ”Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w. pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih bajunya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan jauh dan tiada seorangpun di antara kami yang mengenalinya sehingga dia duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Lalu dia merapatkan lututnya ke lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan dua tapak tanganya di atas dua peha Rasulullah lantas berkata, ”Wahai Muhammad! Ceritakan kepadaku tentang Islam. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, ”Islam itu ialah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika kamu mampu mengerjakannya. Lelaki itu berkata, benarlah kamu! Kami merasa hairan terhadapnya, dia bertanya dan dia juga yang membenarkannya.


Lelaki itu berkata lagi, ceritakan kepadaku tentang iman. Baginda s.a.w. bersabda, bahawa kamu beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari Qiamat dan kamu beriman dengan Qadar baik dan buruk-Nya. Lelaki itu berkata, Benarlah kamu!

Dia berkata lagi, ceritakan kepadaku tentang ihsan. Baginda s.a.w. menjawab, Bahawa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu”.

Lelaki itu berkata lagi, ceritakan kepadaku tentang qiamat. Baginda menjawab: ”Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (Qiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya (maksudnya kedua-duanya tidak mengetahui tentang bila berlaku Qiamat).

Lelaki itu berkata lagi; ceritakan kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda menjawab, apabila hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang yang tidak berkasut, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. Kemudian lelaki itu pun pergi. Maka akupun menunggu beberapa ketika. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, wahai Umar! Tahukah kamu siapakah orang yang bertanya itu? Aku menjawab, Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu”.(Riwayat Muslim)

Maqam Ihsan di dalam hadis inilah yang menjadi perhatian dan diterjemahkan secara praktikal oleh golongan tasawwuf. Ini kerana tasawwuf menghidupkan semangat muhasabah diri di dalam jiwa setiap manusia sehinggalah mereka dapat beramal dengan ikhlas kerana Allah. Semangat muhasabah diri ini difahami daripada ayat al-Quran berikut:

Yang bermaksud : Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(Surah an-Nahl : 128)

Yang bermaksud : Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya (Surah al-Kahfi : 30)


Juga daripada firman Allah s.w.t.

Yang bermaksud : (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.(Surah al-Baqarah : 112)

Yang bermaksud : Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Luqman:22)

Hadith ini juga menjelaskan tentang penetapan rukun dalam agama. Berikut diterangkan, ketiga-tiga rukun agama tersebut :

1.Rukun Islam
Berhubung dengan aspek amalan iaitu amal ibadat, mu’amalat dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan pengabdian (ubudiyyah) kepada Allah yang dilakukan oleh anggota jasad yang zahir. Ulama’ telah mengistilahkannya sebagai syariat. Ahli profesional bidang ini terdiri dari kalangan penghulu ahli Feqah.

2.Rukun Iman
Berkaitan dengan aspek i’tiqad hati iaitu beriman dengan Allah, para Malaikat, Kitab-Kitab, Rasul-Rasul, Hari Akhirat, Qadha’ dan Qadar. Ahli profesional dalam bidang ini ialah penghulu ulama’ Tauhid.

3.Rukun Ihsan
Berkaitan dengan aspek roh hati, iaitu : Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, maka sekiranya kamu tidak melihatNya, maka Allah memandang kamu.

Al Harawi (wafat 481 H) berkata di dalam kitabnya Manazil al Saairin, bahawa hadith di atas menghimpunkan intipati konsep yang terdapat di dalam mazhab tasawwuf ini.

Al- Hafiz Ibnu Qayyim al Jauziyyah (691 H – 751 H) mensyarahkan perkataan al Harawi di atas dengan katanya: Asal tariqat ialah untuk menyempurnakan makrifat, melazimkan muraqabah kepada Allah dalam setiap gerak geri, hembusan nafas dan langkah sehingga hati dikuasai oleh kebenaran dan terputus darinya segala hubungan keduniaan.

Dari sini, dapat difahami bahawa Ihsan mengandungi dua maqam; iaitu maqam muraqabah dan maqam musyahadah. Di dalam hadith di atas, maqam musyahadah (kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, maka Allah memandang kamu). Ini menunjukkan ketinggian dan kemuliaan maqam musyahadah melebihi maqam muraqabah.

Tasawwuf diasaskan berdasarkan mengikut prinsip-prinsip tertentu yang perlu dipegang oleh setiap murid sehingga matlamat yang ingin dituju itu tercapai, prinsip-prinsip itu ialah :
1.Perjanjian (al-’Ahd)
2.Mengikut Pimpinan Syeikh
3.Persaudaraan
4.Zikir

Rujukan;
1.Tafsir Al-Quran dan Hadis
2.Kitab Hubungan Tasawwuf Dengan Sunnah
Oleh : Al-Faqir ilallah al Ghani Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki
3.Buku Prinsip-Prinsip Tasawwuf Islam
Karangan Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani

Dipanjangkan oleh;
(YB. DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD)
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus.
22 J.Awal, 1429 / 28 Mei, 2008

Sumber: www.muftins.gov.my
FENOMENA TASAWWUF DAN PERANANNYA DALAM ERA MASA KINISocialTwist Tell-a-Friend

MEMULIHKAN PENYAKIT NYANYUK DAN LUPA


Letakkan tangan di atas kepala setiap kali selepas solat dan membaca ayat ke-6 surah al-A‘laa sebanyak 7 kali.

Sumber
MEMULIHKAN PENYAKIT NYANYUK DAN LUPASocialTwist Tell-a-Friend

LINTASAN HATI & WAS-WAS

.
Dipetik daripada buku ‘ Jiwa: Penyakit dan Penawarnya’ terbitan Jabatan Mufti ada menyebut pada penyakit yang ke-9, halaman 25:

Nafsu itu akan mencetuskan lintasan atau bisikan yang jahat supaya dapat mempengaruhi jiwa untuk melakukan dosa.

Rawatannya, ialah menolak bisikan itu daripada permulaan lagi supaya ia tidak dapat menguasai jiwa dengan cara sentiasa berzikir, mengekalkan sifat Khauf (takut kepada Allah) dalam diri berdasarkan kepada ilmu bahawa Allah mengetahui rahsiamu sepertimana manusia mengetahui segala yang nyata yang ada pada dirimu.

Ibrahim al-Khawwas berkata: ‘Dosa yang pertama ialah lintasan hati, sekiranya empunya diri tidak menolaknya, ia akan menjadi was-was, apabila ia tidak disingkirkan dengan mujahadah nescaya syahwat dan hawa nafsu akan menguasai dan menutupi pandangan akal, ilmu dan keterangan.
Sehubungan dengan itu, disarankan perbanyakkan zikir atau menyibukkan diri dengan amal ibadah bagi membuang lintas hati dan was-was.

Sumber
LINTASAN HATI & WAS-WASSocialTwist Tell-a-Friend

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

.
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.Melaksanakan perintah Allah.

2.Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3.Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4.Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5.Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6.Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7.Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8.Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9.Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10.Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11.Allah akan menutupi segala dukacita.

12.Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13.Mendapat darjat al-Sidq.

14.Ditunaikan segala hajat.

15.Salam sejahtera pada hari kiamat.

16.Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17.Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18.Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19.Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20.Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21.Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22.Tidak akan merasai fakir.

23.Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24.Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25.Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26.Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27.Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28.Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29.Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30.Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31.Mendapat keberkatan daripada Allah.

32.Mendapat kesempurnaan iman.

33.Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34.Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36.Teguh pendirian dengan kebenaran.

37.Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38.Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39.Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40.Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41.Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

42.Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Sumber
KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.WSocialTwist Tell-a-Friend

ANAK KUNCI NERAKA & SYURGA

.
مفتاح جهنّم الغفلة ومفتاح الجنة الذكر والحضور مع الله تعالى

Yang bermaksud, Anak kunci bagi Neraka Jahannam adalah sifat lalai, dan anak kunci Syurga adalah zikir (sentiasa mengingati Allah) dan sentiasa hadir (beribadat) dengan Allah.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Sumber
ANAK KUNCI NERAKA & SYURGASocialTwist Tell-a-Friend

Syair Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi


Siapa tak menempuh jalan leluhurnya, pasti 'kan bingung dan sesat.
Wahai para cucu Nabi, tempuhlah jalan mereka.

Tempuhlah jalan lurus dan jauhilah segala bid’ah.
Pergilah bersama yang mencintai dan mentaati Allah.

Dalam beramal dan menahan diri, teladanilah mereka tapak demi tapak.
Berkat para salafmu, kau 'kan mendapat banyak manfaat.

Luas, agung dan mulia budi pekerti mereka.
Dalam tariqahnya, takkan kau dapati perselisihan atau sengketa.

Dengan penuh semangat, beramallah mereka dengan tulus.
Meningkatlah kedudukan mereka, tinggi dan mulia.

Tak mereka diamkan yang haus dalam kehausannya dan yang lapar dalam kelaparannya.
Dengan pekerti luhur, mereka usahakan jalan ‘tuk mengatasinya.

Dengan amal soleh, mereka muliakan masjid dan muka bumi.
Bergegas menyambut seruan manusia yang mereka cintai dan taati.

Iaitu sebaik-baiknya Nabi dan semulia-mulianya pemberi petunjuk dan dai.
Ketika beliau berdakwah kepada mereka, mereka pun mendengarkannya sepenuh hati.

Dengan semangat mereka berusaha ‘tuk segera meraih kedudukan mulia.
Tanpa angin atau layar, perahu pun berangkat berkat mereka.

Tetapi dengan inayah Allah perahu berlayar dengan taat, tak menentang.
Anugerah Allah ini dikhususkan untuk mereka yang patuh, tak membangkang.

Demikianlah ucapanku ini dan yang semisal ini selalu sedap di telinga.
Dengarkan dan pahamilah syair ini, didalamnya terhimpun segalanya.

Hiruplah keharuman ini, kerana ia tersebar di antara ahlinya.
Ya Allah, aku datang ke hadiratMu dengan suatu maksud dan tujuan.

Aku mengakui kelemahan, ketidaksempurnaan dan ketidakkuasaanku,
maka sempurnakanlah kekuranganku kerana ‘ku memang tak sempurna.

Tiada sandaran bagiku kecuali beliau yang keharuman namanya tersebar memenuhi alam semesta,
sebaik-baiknya Nabi yang cahayanya meredupkan segala cahaya.

(Diambil dari Ulama Hadramaut, Habib Umar Bin Hafiz, cetakan 1, penerbit Putera Riyadi Solo)
Syair Habib Ali bin Muhammad Al-HabsyiSocialTwist Tell-a-Friend

Pengertian Tasauf

.
Definisi ilmu tasauf

Dalam kitab Qawaid at-Tasauf, Sheikh Ahmad Zaruq mengatakan tasauf mempunyai dua ribu definisi dan boleh dirujuk kepada kitab-kitab tasauf muktabar untuk mengetahuinya. Beberapa definisi akan diterangkan berikutnya.

Begitu banyak definisi ilmu tasauf adalah kerana keikhlasan untuk menghadapkan diri kepada Allah swt dapat dicapai dengan beramal dengan ilmu syariat. Setiap ulama’ tasauf mempunyai pengalaman kerohanian berbeza-beza dan setiap definisi berdasarkan pengalaman kerohanian masing-masing.

Antara definisi ilmu tasauf oleh ulama' tasauf

Ibnu Ajibah berkata, ”Tasauf adalah ilmu yang dengan nya diketahui cara untuk mengenal Allah, membersihkan hati dari sifat-sifat tercela (mazmumah) dan menghiasi dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Awal tasauf ialah ilmu, tengahnya adalah amal, dan akhirnya adalah kurnia."

Abu Hassan Syazili berkata, ”Tasauf adalah ilmu untuk melatih jiwa, bagaimana bersungguh-sungguh beribadat dan mengembalikannya kepada hukum hakam Allah.”

Ahmad Zaruq berkata, ”Tasauf adalah ilmu yang bertujuan membaiki hati dan menumpukan kepada Allah sahaja.”

Abu Bakar Al-Kattani berkata, ”Tasauf adalah suci dan menyaksikan.”

Dan banyak lagi definisi yang terdapat dalam kitab-kitab tasauf muktabar seperti Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Ghazali, Risalah Qushairiah oleh Sheikh Qushairi, Al-Luma’ oleh Al-Tusi dan lain-lain lagi.

Ada yang berpendapat kata tasauf berasal dari kata shifah (sifat), sebab seorang sufi adalah seorang yang menghiasi diri dengan segala sifat terpuji dan meninggalkan sifat tercela.

Ada yang berpendapat bahwa kata tasauf berasal dari kata shafa (bersih), sebab, seorang sufi adalah bersih dari segi zahir dan batin nya.

Ada yang berpendapat bahwa kata tasauf berasal dari dari kata shufah (suffah), sebab seorang sufi mengikut ahlus suffah dalam sifat yang telah ditetapkan oleh Allah bagi mereka, sebagaimana firman Nya dalam surah Al-Kahfi ayat 28, artinya "dan bersabarlah kamu bersama orang-orang yang menyeru tuhan mereka."

Dan ada lagi beberapa akar kata tasauf seperti shafwah (orang suci), shaff (saf), shuf kasyin (bulu yang kasar).

--------o0o0o----------

Terdapat sesetengah ulama’ mengatakan tasauf tidak ada dizaman Nabi saw. Walaupun tidak ada tetapi kandungan ilmu tasauf telah diamalkan di masa Nabi saw dan sahabat baginda seperti ikhlas beribadat, berakhlak mulia, cinta kepada Allah, sabar, tawakkal, zuhud dan lain-lain lagi. Ia seperti juga istilah feqah, usuluddin, nahwu, saraf, tajwid tidak ada di zaman nabi saw, tetapi diterima dan diguna pakai sampai keperingkat Universiti. Tetapi bila sebut sahaja istilah tasauf dan tarekat, segera orang ramai akan mengatakan sesat, karut tidak ada di zaman nabi saw. Rupa-rupa nya masyarakat membicara perkara istilah sahaja dan tidak melihat kepada perkara yang dibicarakan. Oleh itu, lihatlah kepada apa yang dibicarakan dan bukan bertelagah berkenaan istilah bertahun-tahun lamanya.

Amalan tasauf sudah ada dizaman Nabi saw, buktinya dari hadis Jibril as, bila Jibril as bertanya tentang arti ihsan, lalu Nabi saw menjawab: ”Hendaklah kamu beribadat seolah-olah melihat Allah. Jika kamu tidak dapat melihat Allah, Allah melihat kamu”.
Ihsan itulah tasauf. Asas dari tasauf adalah wahyu samawi yang merupakan bahagian dari ajaran ugama, yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. Tasauf adalah maqam ihsan. Ihsan adalah salah satu dari tiga elemen dasar ugama. Inilah Jibril yang datang mengajar kamu tentang ugama kamu. Kata Nabi saw. Tiga dasar ugama itu ialah iman islam & ihsan.

Ihsan itu adalah tasauf. Lihatlah kepada arti ihsan. arti nya ialah, "hendaklah kamu ibadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak mampu melihat Allah, Allah melihat kamu." Di dalam hadis Jibril as itu ada disebutkan ibadat, ini menujukkan bahwa ibadat tidak akan sah jika tidak ada iman dan islam. Seolah-olah itu adalah musyahadah, iaitu ibadat dalam suasana hati yang suci bersih (basirah). Melihat Allah disini bermaksud musyahadah bukan melihat Zat Allah (kunhi zat). Ahli tasauf mengatakan musyahadah ialah dihadirkan rasa (zauk) kebesaran Allah swt kedalam hati yang bersih. Dihadirkan rasa kebesaran Allah itu, membuatkan ahli tasauf itu merasakan sudah melihat Allah. Sebenarnya mereka tidak melihat hakikat Zat Allah, tetapi hanya syuhud sahaja. Kebesaran, kehebatan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah dapat dirasa oleh hati. Bila hati dapat merasakan kebesaran Allah yang amat menggerunkan dan kasih kepada Allah yang amat mengasyikkan, mereka merasakan seolah-olah melihat Allah disebab tahkik atau jelas. Oleh itu pendapat dan pengalaman kerohanian ahli tasauf itu, sesuai dengan arti ihsan seperti dalam hadis Jibril itu. Dalam hadis Jibril, disebut seolah-olah lihat, dan ahli tasauf mengalami syuhud. Oleh itu tidak ada sebarang percanggahan antara ahli tasauf dengan hadis Jibril tentang ihsan .

Di surah al-A’raaf ayat 143, ada sebahagian ayat yang bermaksud, ”Ya tuhanku, tampakkanlah Diri Mu kepada ku, supaya aku dapat melihat Mu.” Adakah ini bukti boleh melihat Allah? Ayat ini menerangkan yang Allah tidak dapat dilihat. Buktinya, Allah berfirman kepada nabi Musa as, "kamu tidak sekali-kali sanggup melihat Ku. Tetapi lihatlah ke bukit (Thursina) itu. Maka jika ia tetap di tempatnya (seperti sediakala), nescaya kamu dapat melihat ku." Di dalam surah al-A’raaf, ayat 143 ini, jelaslah Allah tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun, walaupun nabi Musa as. Yang boleh hanyalah musyahadah sahaja, kerana musyahadah bukan lihat Zat tetapi hanya dihadirkan rasa (zauk) rahsia kewujudan, keagongan, kehebatan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah swt.

Berpandukan kepada surah al-A’raaf, ayat 143 tersebut: "Dan ketika Musa datang untuk munajat dengan kami, pada waktu yang telah kami tentukan dan tuhan telah berfirman kepadanya. Berkatalah Musa as, ”Ya Tuhan ku nampakkanlah diri (Zat ) Mu kepada ku, agar aku dapat melihat Mu.” Tuhan berfirman: ”kamu sekali-kali tidak sanggup melihat ku, tetapi lihat kepada bukit (Thursina) itu, maka ia tetap pada tempatnya, kamu dapat melihatKu. "Tatkala tuhan nya tampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar dari pengsan, dia berkata: "Maha suci Engkau, aku bertobat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman."

Tentang ayat dari surah ini, saya telah membuat rujukan dari beberapa kitab tasauf dan mendengar penjelasan dari guru saya, murshid tarekat Ahmadiah Idrissiah. Jelas dari ayat ini, kita tidak akan boleh melihat Zat Allah. Sedangkan nabi Musa as, rasul bertaraf ulul ‘azmi pun tak mampu melihat Zat Allah, yang hanya boleh ialah musyahadah sahaja. Mengikut ulama’ tasauf, bukit itu adalah kejadian Allah, dan terdapat ayat-ayat (tanda-tanda wujud nya Allah) yang tersirat disebalik kejadian bukit itu. Ayat-ayat yang tersirat itu tidak dapat dilihat dengan mata kepala kita, tetapi dengan matahati (basirah). Apabila Allah nyatakan (tajalli) Kebesaran Nya pada bukit itu, Musa as pengsan. Bagi ahli tasauf, pengsan itu dipanggil dengan istilah fana. Bukit itu kelihatan bagi Musa as hancur, bukanlah dari segi fizikal hancur. Bukit Thursina itu masih wujud lagi sekarang. Hancur dalam penglihatan mata kepala Musa as, kerana mata telah menjadi lemah, apabila ruhnya menjadi kuat. Pada masa ruh kuatlah basirah Musa as mampu merasakan kebesaraan Allah swt yang ditajallikan. Ayat-ayat yang tersembunyi disebalik kejadian bukit itu, telah dapat dikesan oleh basirah Musa as dan mengalami syuhud. Lantas Musa as pengsan (fana). Apabila Musa as telah sedar dari pengsan (fana), bukanlah Musa as menjadi bingung. Jika pengsan tentulah Musa as kebingungan, tetapi Musa as telah bermusyahadah dengan Allah swt dengan matahatinya (basirah). Ketika musyahadah itulah Musa as telah mengalami fana kerana terlalu asyik kepada Allah swt. Ini dapat dilihat dari ayat itu, Musa as berkata setelah dia sedar dari fana, yang dia adalah awal-awal beriman. Bukanlah sebelum tajalli itu Musa as tidak beriman dengan Allah, tetapi setelah dapat musyahadah, barulah Musa as yakin dengan diperlihatkan rahsia wujud Allah swt. Jika pengsan seperti kita faham, tentulah tidak dapat berkata akulah orang pertama-tama beriman disebab bingung. Sekian, dapat saya jelaskan sekadar kefahaman yang ada. Bagaimana nak kuatkan ruh mengikut kaedah ahli tasauf & tarekat dan takrif musyahadah akan di terangkan nanti.

Sebahagian orientalis dan murid-muridnya mengatakan tasauf berasal dari ajaran ugama Budha, Kristian, Hindu dan lain-lain. Adakah benar dakwaan ini? Jika merujuk kepada hadis Jibril, kehidupan Nabi saw dan para sahabat, tasauf bukanlah ditiru dari ajaran ugama lain tetapi bersumber dari al-quran dan sunnah Nabi saw. Sebab tujuan tasauf ialah mentauhidkan Allah, sedangkan ugama lain syirik kepada Allah. Ahli tasauf sejati tidak melihat berbilang–bilangnya Allah tetapi mentahkik EsaNya Allah swt secara zauki. Ahli usuluddin, mengenal Allah melalui dalil aqli & naqli. Jika ahli usuluddin belajar ilmu tasauf dan beramal dengan amalan tarekat yang muktabar, barulah boleh mengenal Allah secara musyahadah (zauki). Semua ahli tasauf adalah ahli usuluddin juga pada mulanya tetapi mereka telah belajar ilmu tasauf dan beramal dengan amalan tarekat, maka taraf pengenalan mereka (makrifat) telah meningkat dari taraf ilmu yakin kepada taraf ainul yaqin dan haqqul yaqin, seperti yang dialami oleh Imam Ghazali dan digelar Hujjatul Islam pada mulanya (belum lagi bertasauf dan bertarekat). Kisah Imam Ghazali ini boleh dirujuk kepada kitabnya yang bertajuk al-Munqiz min ad-Dalal (pembebasan dari kesesatan). Oleh itu dakwaan mereka itu adalah palsu dan dengki semata-mata.

Zaman sahabat dan para tabi’in adalah zaman terbaik dan ramai ahli tasauf (sufi) yang muncul di zaman tiga kurun terbaik ini (salaf). Benarkah dakwaan ahli tasauf ini? Zaman sahabat Nabi saw, para tabi’in dan pengikut tabi’in adalah masa keemasan dalam islam. Nabi saw bersabda: "Sebaik-baik masa adalah masa ku ini, lalu masa sesudahnya, lalu masa sesudahnya." (HR.Bukhari dan Muslim)

Pada zaman gemilang ini terdapat juga umat islam yang sudah cinta dunia, malas beribadat. Oleh itu ada segolongan umat islam yang cuba menghidupkan kembali amalan al-Quran dan sunnah di masa Nabi saw dan sahabat, lantas mereka digelar ahli sufi atau tasauf.


Beban-beban syariat yang diperintahkan kepada manusia itulah fungsi ilmu tasauf. Kandungan ilmu tasauf merangkumi ilmu tauhid, feqah dan lain-lain. Jika kita merujuk kepada kitab Ihya’ Ulumuddin, karangan Imam Ghazali, terdapat fungsi ilmu tasauf itu.

Amal-amal yang berkaitan dengan fizikal manusia terbahagi menjadi dua jenis. Pertama, perintah seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Kedua, larangan seperti membunuh, berzina, mencuri, minum arak dan lain-lain.

Amal-amal yang berkaitan dengan hati juga terbahagi dua jenis: Perintah dan larangan. Yang berkenaan dengan perintah adalah iman dengan Allah, malaikat Nya, kitab-kitab Nya dan rasul-rasul Nya. Demikian juga perintah supaya ikhlas, ridha, jujur, khusyuk, tawakkal dan sebagainya. Sedangkan yang berkaitan dengan larangan adalah kufur, kemunafikan, sombong, ujub, riya’, menipu, dendam, dengki dan lain-lain lagi. Oleh itu, kata-kata yang menuduh tasauf tidak ikut syariat adalah salah. Tasauf itu lah ruh syariat atau batin syariat. Syariat hendaklah diamalkan dengan hati yang bersih, ikhlas dengan penuh cinta kepada Allah. Ibadat dengan rasa cinta terjadi sebab pengenalan terhadap Allah telah meningkat dari makrifat secara usuluddin kepada makrifat secara tasauf. Maka fungsi tasauf ialah perlaksanaan syariat zahir dan batin dan ia lebih sempurna kerana melibatkan iman, islam dan ihsan.

Amal–amal dengan hati dikatakan lebih penting dan utama dari amal-amal lahir dalam pandangan Allah. Apa kah sebab nya dan berikan dalil-dalil dari al-Quran, hadis dan ijtihad ulama tasauf? Sebab, batin adalah dasar dan sumber kepada amalan lahiriah. Rosaknya amal-amal lahir disebabkan rosaknya amal-amal batin. Seperti firman Allah dalam surah Al-Khafi ayat 110: ”Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan tuhan nya, dia mengerjakan amal soleh dan tidak mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada tuhan nya.”

Oleh kerana itulah Rasulullah saw menekankan para sahabat untuk memperhatikan masalah pembaikan hati. Baginda saw juga menjelaskan bahwa baiknya seseorang tergantung kepada baik nya hati dan kesembuhan dari penyakit-penyakit yang tersembunyi. Nabi saw pernah bersabda: ”Ingatlah, di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika ia baik, baiklah seluruh tubuh nya. Dan jika ia rosak, rosaklah seluruh tubuhnya. Sesunggoh nya, daging itu adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

a. al-Bajuri, pensyarah jauharah at-Tauhid, mengatakan maksud sifat-sifat tercela adalah semua sifat-sifat tercela yang dilarang oleh Allah swt.

b. Didalam ihya’ ulumuddin, Imam Ghazali ada mensyarahkan bab sifat tercela (muhliqat) dan sifat terpuji (munjiat) ini. Begitu juga beberapa kitab tasauf yang muktabar yang saya baca, seperti Qutul Qulub oleh Sheikh Abdul Talib al-Makki, Risalah Qushairiah oleh Sheikh Al-Qushairi, Sayarus Salikin oleh Sheikh Abdus Samad al-Palembangi dan lain-lain.

Dalam al-Quran pun ada menyentuh tentang pembaikian hati ini dan bukan rekaan ulama’ tasauf. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 33: "katakanlah, tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang tampak atau pun yang tersembunyi." Dan firman Allah dalam surah al-An'am ayat 15: "Dan jangan kamu mendekati perbuatan-perbuatan keji, baik yang tampak diantaranya ataupun yang tersembunyi.” Yang tersembunyi itulah hati dan sifat-sifat nya.

Baginda saw pernah bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak akan melihat jasad dan bentuk tubuh kamu, tetapi Allah akan melihat hati kamu (HR Bukhari)

Jadi jelas, baik tidaknya hati seseorang itu yang merupakan sumber amal lahiriah, maka dituntut memperbaiki hati dengan membebaskannya dari sifat-sifat tercela yang dilarang oleh Allah dan menghiaskannya dengan sifat-sifat terpuji yang diperintahkan Nya.

Oleh itu hati akan menjadi sihat dan bersih dan dia tergolong dalam orang yang selamat, menang dan beruntung di akhirat. Allah berfirman dalam surah As-Syu'ara ayat 88-89 : ”pada hari saat harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (Qalbun salim)”

Dalam surah As-Syu’ara ayat 88-89 diatas ada disebut Qalbun Salim. Qalbun salim ialah hati yang sejahtera, bersih dari penyakit hati. Hati yang baik dimana dapat memerintahkan anggota jasad menurut segala perintah Allah. Hati itu diumpamakan seperti raja dan anggota badan itu diumpamakan seperti rakyat. Jika raja baik, baiklah rakyatnya, jika raja sejahtera, sejahteralah rakyatnya. Dikatakan sejahtera kerana telah mencapai taraf ihsan dan telah mengenal Allah (makrifat) dengan taraf ainul yaqin dan haqqul yaqin. Qalbun salim adalah hati yang Allah bukakan (tajalli) dengan rahsia wujudNya, keagungan Nya dan kesempurnaan Nya.

Ilmu tasauf & tarekat juga dikatakan fardu ain selain dari ilmu tauhid dan fikih kerana penyakit hatilah yang menyebabkan seseorang itu jauh dari Allah walaupun ibadat lahir seperti solat, puasa, zakat, haji, sedekah, qurban dan lain-lain lagi telah dilaksanakan. Jika ada sebesar zarah sahaja sifat sombong dalam hati, ibadat nya tidak akan diterima Allah swt. Nabi saw bersabda: ”tidak akan masuk syurga, orang yang didalam hati nya ada sedikit saja sifat sombong.” (HR MUSLIM)

Kerap kali orang tidak dapat melihat aib dan penyakit hatinya. Dia beranggapan telah sempurna kerana telah dapat beribadat dengan banyak, pada hal dia masih jauh dari kesempurnaan. Begitu juga orang alim dalam ilmu ugama, masih jauh lagi dari kesempurnaan. Oleh itu ilmu tasauf adalah menjadi fardu ain juga keatas setiap individu muslim, walaupun dia telah banyak ibadahnya, banyak ilmu syariatnya seperti ilmu fikih, mahir dalam ilmu hadis, tahu ilmu tafsir al-Quran, pakar dalam ilmu nahwu dan saraf, bijak dalam ilmu balaghah, ilmu bayan, usuluddin, sejarah islam, tahu sejarah nabi, rasul dan lain-lain lagi. Jika hati masih penuh dengan sifat-sifat tercela seperti dengki, dendam, riya’, sombong, ujub, cinta dunia, cinta harta, cinta pangkat, cinta pujian orang dan lain–lain lagi, Allah tidak akan pandang. Oleh itu kena belajar ilmu tasauf dan beramal dengan wirid-wirid tarekat yang muktabar supaya hati menjadi bersih dari sifat-sifat tercela dan iman & islam akan meningkat ketaraf ihsan sebagaimana disebut dalam hadis Jibril itu.

Rujukan: Muhammad Hizam Al-Ahmadi Idris. Soal Jawab Ilmu Tasauf & Tarekat
Pengertian TasaufSocialTwist Tell-a-Friend

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW SELEPAS WAFAT


OLEH:-

AL-FADHIL USTAZ SYED AS-SYARIF SAIDI SALEH MOHAMMAD AL-JAAFARI AS-SODIQ AL-HUSAINI

TERJEMAHAN OLEH:- AL-FADHIL USTAZ HJ. SAARI BIN HUSSAIN

Adapun kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. adalah tetap dan yakin pada pandangan ahli Quran dan ulama'-ulama'nya. Mereka berhujjah dengan dalil Al-Quran tentang kehidupan para syuhada’ R.A selepas mereka wafat. Allah Berfirman seperti mana tercatat di dalam Surah Al-Imran (ayat 169) yang bermaksud, 'Janganlah kamu sangka mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi tuhannya dan diberi rezeki. Maka kiranya yang mati pada jalan Allah itu hidup dan diberi rezeki pula apatah lagi Nabi Muhammad S.A.W tentu hidupnya lebih utama lagi berbanding dengan hidup para syuhada’ tersebut'.

Di samping itu, telah berkata Ulama’ Sangqit’ R.A.: 'Bahkan kehidupan baginda Muhammad S.A.W lebih tinggi daripada hidup para syuhada'. Isteri-isteri yang ditinggalkan oleh para syuhada’ boleh dikahwini oleh sesiapapun sedangkan para isteri Baginda Rasulullah S.A.W tidak boleh dikahwini, ini adalah kerana ghirah baginda Rasulullah S.A.W terhadap para isterinya bersangatan dan hebat dan mereka juga tiada edah kematian (isteri nabi) seperti kematian biasa begitu juga harta pusakanya yang tidak boleh diwarisi. Ini adalah menunjukkan hidup baginda berterusan mengatasi kematiannya seperti mana yang ditetapkan oleh ulama’ Sanqati’ah. Oleh itu ketahuilah bahawa jasad baginda Rasulullah SAW tidak sekali-kali di hancurkan kerana ianya terjaga dengan rapi serta kekal selamanya.

Az-Zarqawi R.A. telah menaqalkan daripada Kitab Sirah Al-Muatta’ bagi Imam Malik R.A. tentang perkara menggambarkan sifat Al-Masih Isa ibni Maryam di atas nabi kita Muhammad S.A.W. bahawa berkata para ulama’ dengan menceritakan Hadis Rasulullah S.A.W. iaitu tiada sesiapapun yang memberi salam kepada ku yakni Rasulullah SAW melainkan Allah Ta’ala mengembalikan roh ku kepadaku untuk menjawab salam tersebut dan pertama kali umat ku selepas kewafatan ku, ia memberi salam kepadaku setelah aku diletakkan di dalam kubur yang mulia maka Allah Ta’ala mengembalikan rohku ke dalam jasadku maka hiduplah aku hingga kekal abadi hingga ke hari penyaksian ehwal akhirat yang bererti bercantumlah roh ku dengan badan ku di dalam alam kubur yang menjadikan hidup aku kekal hingga ke akhir zaman yakni hari kiamat. Ini adalah percakapan yang benar lagi sahih yang berlaku ke atas baginda (tiada pembohongan dan tiada penyelewengan). Al-Quran juga telah memberi petunjuk yang jelas sekali bahawa jasad para Anbia’ tiada hancur dan tiada rosak kerana ia sangat terjaga rapi selepas kewafatannya. Antaranya tentang kisah Nabi Sulaiman A.S. yang diriwayatkan : “Sesungguhnya keadaan Nabi Sulaiman A.S. tegak berdiri bersama tongkatnya selama setahun” Jika Nabi Sulaiman A.S. seperti manusia biasa sudah tentu jasadnya berubah menjadi hancur berkecai. Dan bersabda baginda Rasulullah SAW bahawa Allah Ta’ala tiada membenarkan bumi untuk memakan jasad-jasad para Anbia’ a.s. Allah berfirman di dalam Al-Quran tentang perkataan Ussalli ini digunakan dalam kaedah nahu arab iaitu Fi’lun Mudhari’ yang menunjukkan Tahaddadul Hadasi (tiada tamat masa) pada sisi pandangan ahli Nahwiah. Maka Allah memerintahkan makhlukNya supaya berselawat ke atas Baginda s.a.w. sepanjang masa tanpa berhenti-henti. Juga tidak mungkin Allah Ta’ala, Malaikat-malaikat juga orang mukmin dan lain-lainnya berselawat kepada baginda s.a.w. melainkan kerana Baginda S.A.W yang hidup dengan jasad dan rohnya kekal buat selama-lamanya.

Telah berkata As-Said As-Syarif Sidi Soleh Al-Ja’afari As-Soddiqi Al-Husaini: “Dengarlah kata-kata ku ini wahai sesiapa yang Allah Ta’ala membuka pendengaran dan hatinya yang mengenal dengan maarifatNya akan RasulNya Muhammad SAW yakni dengan dalil dan petunjuk kerana Baginda Rasulullah SAW adalah Siraju Al-Munira (lampu yang menyuluh) yang daripadanya terpancar cahaya-cahaya dari pelbagai cahaya. Baginda Rasulullah SAW adalah bagai matahari yang mana cahayanya sampai ke mana-mana dan dapat dilihat serta dirasainya walaupun ianya jauh ke lembahan dan ke daratan tanpa rasa syak dan ragu-ragu lagi.

Sesungguhnya telah diriwayatkan dalam kitab sahih bahawa kehadiran para Anbia’ di malam Isra’ dan Mikraj ke Baitul Muqaddis yang mana mereka telah datang dari kubur-kubur kemudian berpindah ke langit tinggi. Baginda Muhammad SAW telah melihat Nabi Musa a.s sedang bersolat di dalam kuburnya kemudian turun ke suatu lembahan di Mekah dan Nabi Musa a.s bertalbiah kepada Tuhannya yakni Allah SWT. Ijma’ para Ulama’ mengatakan apa yang ditetapkan dan berlaku ke atas para Anbia’ itu adalah satu mukjizat mereka selepas mereka berpindah ke alam kubur dan adalah Rasulullah s.a.w tentang mukzijat tersebut itu adalah lebih utama dan lebih aula’ lagi.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melihat para Anbia’ selepas mereka wafat di dalam keadaan sedar, demikian itu harus aku yakni As-Said As-Syarif Sidi Soleh Al-Ja’afari As-Soddiqi Al-Husaini melihat Rasulullah s.a.w. dan diceritakan bahawa banyak orang soleh melihat Baginda s.a.w. dalam keadaan jaga. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesiapa yang melihat aku di dalam tidur (mimpi) maka tentu ia akan melihatku dalam keadaan jaga iaitu di dunia ini juga.” Keadaan berjaga itu disebut seperti yang disebutkan oleh As-Sayuti dan Ulama’ lain yang berwibawa.

Baginda s.a.w. juga akan menjawab salam sesiapa yang berselawat ke atasnya walaupun Baginda berada di tempat yang amat jauh. Oleh itu wahai saudara-saudara kami yang berada pada jalan Allah SWT, janganlah sekali-kali anda lupa menyampaikan hal ini. Ini adalah suatu isyarat daripada isyarat Zauqiah dan apa yang berlaku itu adalah percakapan yang mempunyai dalil iaitu petunjuk daripada sunnah yang soheh dan kuat.

Semoga anda akan bertuah dimana roh anda dapat menyaksikan Baginda s.a.w. dikala anda menyambut Maulid Nabi s.a.w. melalui penyaksian Qalbu kerana ini adalah matlamat orang yang asyik dari limpahan kecantikan Nur Muhammad s.a.w. Allah hu a'lam..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Imam Badruddin bin as Shahib mengambil dalil dalam Al Quran:

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rejeki (QS: Ali Imran: 169).

Rasulullah SAW tentu kedudukannya lebih tinggi dari syuhada yang tentunya lebih berhak untuk keistimewaan itu. Dengan inilah Rasulullah SAW masih terus memimpin umatnya hingga hari kiamat.

Imam Baihaqi menyatakan dalam kitab Dalailun Nubuwwah: “Para Nabi hidup di sisi Tuhan mereka seperti para syuhada”

Abu Ya’la dalam Musnadnya dan Al Baihaqi dalam kitab Hayatul Anbiya mengeluarkan hadis dari Anas r.a:

Nabi saw bersabda: “Para Nabi hidup di kubur mereka dalam keadaan mengerjakan sholat.”

Apakah dapat menjumpai Rasulullah SAW setelah wafatnya?

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka ia akan melihat aku di dalam bangunnya (jaga) dan setan tidak bisa menyerupai diriku” ( Riwayat Bukhari, Muslim, dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Siapa yang melihat aku di dalam tidurnya (mimpi) berarti ia benar-benar melihatku, sebab setan tidak dapat menyerupaiku” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Turmudzi)

Nabi Bersabda: “Barangsiapa melihat aku, ia sungguh-sungguh melihat yang benar, sebab setan tidak bisa meniruku dalam segala hal” (Riwayat Syaikhan)

Dari Abu Hurairah, Nabi Bersabda: “Buatlah nama dengan namaku dan jangan membuat julukan dengan julukanku. Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka ia telah melihatku, karena setan tidak dapat menyerupai bentuk rupaku. Dan barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempat duduknya di neraka” (Riwayat Bukhari)

Kisah-kisah orang yang berjumpa dengan Rasulullah SAW setelah wafatnya.

Kisah dari kalangan Sahabat

Sayidina Usman bin Affan

Kisah mengenai Sayidina Usman yang dikeluarkan oleh Abi Usamah dalam Musnadnya: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam berkata: “Saya telah mendatangi Usman bin Affan untuk menyelamatkannya. Pada saat itu ia sudah terkepung. Usman berkata, “selamat datang wahai shabiy (anakku), kulihat Rasulullah SAW dari dalam gubuk ini.” Abdullah bin Salam berkata, “Wahai Usman, orang-orang telah mengepungmu” Usman menjawab,”Benar. Apakah engkau haus?” Aku menjawab, “Benar.” Kemudian ia mengambil air sember untukku.

Aku pun meminumnya sampai puas, terasa dinginnya di antara tenggorokan dan dadaku. Lalu ia berkata, “Jika engkau mau, engkau boleh berbuka bersama kami.” Maka aku pilih berbuka bersama Nabi. Ternyata hari itu Usman r.a terbunuh.”

Sayidina Ibnu Abbas

Dalam ceritanya, Ibnu Abbas menuturkan:

“Aku merasa tidak sah shalatku sepanjang hidup kecuali sekali shalat saja. Hal itu terjadi ketika aku berada di Masjidil Haram pada waktu subuh.

Ketika imam takbiratul ihram, aku juga melakukan hal yang sama.Tiba-tiba aku merasa ada kekuatan yang menarikku; kemudian aku berjalan bersama Rasulullah SAW antara Mekah dan Madinah. Kemudian kami melewati sebuah lembah. Nabi bertanya, “Lembah apakah ini?” Mereka menjawab, “Lembah Azraq.” Kemudian Ibnu Abbas berkata, “Seolah-olah aku melihat Musa meletakkan kedua jari telunjuk ke telinganya sambil berdoa kepada Allah dengan talbiyah melewati lembah ini.

Kemudian kami melanjutkan perjalanan hingga kami sampai pada sebuah sungai kecil di bukit.” Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, “Seolah-olah aku melihat Nabi Yunus di atas unta yang halus, di atasnya ada jubah wol melewati lembah ini sambil membaca talbiyah.”

Kisah dari kalangan setelah Sahabat

Syeikh Abdul Qadir Jailani

Syeikh Sirajuddin bin Al Mulqan (wafat 804H/ 1401M) dalam kitabnya Thabaqatul Awliya’ menyebutkan: “Syeikh Abdul Qadir al Jailani berkata, “Aku melihat Rasulullah SAW sebelum Zuhur, beliau berkata kepadaku, “wahai anakku, mengapa engkau tidak segera berceramah?” Aku menjawab, “wahai abatah (ayah), aku adalah seorang ‘ajam (bukan Arab). Bagaimana aku akan berbicara dengan orang-orang Baghdad yang fasih-fasih.” Lalu beliau berkata, “bukalah mulutmu.”

Kemudian aku membuka mulutku lalu beliau meludahiku tujuh kali. Kemudian beliau bersabda, “berbicaralah kepada manusia dan ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan mauizah (pesan-pesan) yang baik.” Kemudian aku menunaikan sholat zuhur dan duduk, tiba-tiba berduyun-duyun orang yang banyak mendatangiku, dan aku melihat Sayidina Ali berdiri di depanku dalam majlis itu.

Kemudian Sayidina Ali berkata kepadaku, “wahai anakku, mengapa engkau tidak segera berbicara?” Aku menjawab, “Wahai Abatah (ayah), mereka berduyun-duyun datang kepadaku.” Kemudian dia berkata, “Bukalah mulutmu.” Kemudian aku membuka mulutku, lalu di ameludahiku sebanyak enam kali, lalu aku bertanya, “Mengapa tidak engkau sempurnakan menjadi tujuh kali?” Beliau menjawab, “adab kepada Rasulullah.”


Selanjutnya beliau lenyap dari pandanganku. Kemudian aku berkata, “menyelam dalam pemikiran, kemudian menyelam dalam lautan hati mencari mutiara-mutiara kaum ‘arifin. Kemudian dikeluarkan ke pinggir shard (hati), kemudian mengundang agen penerjemah lisan, dibelinya hal itu dengan nafais isman (nafas-nafas berharga), yakni baiknya ketaatan di balik-balik yang Allah izinkan untuk di daki.”

Syeikh Abul Abbas al Mursiy (wafat 686H/1287M di Iskandariah)

Dalam kitab al Wahid disebutkan: Adalah Syeikh Abul Abbas al Mursiy mempunyai wuslah (hubungan khusus) dengan Nabi SAW. Jika bersalam kepada Nabi SAW, beliau pasti akan membalasnya dan menjawab ketika berbicara bersama beliau.

Syeikh Tajuddin bin Athaillah (wafat 709H/1309M di Mesir) dalam kitabnya Lathaiful Minan menceritakan bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Syeikh Abul Abbas al Mursiy, “wahai Tuanku, jabatlah tanganku ini, sebab engkau telah bertemu dengna banyak rijal (tokoh-tokoh) dan berkeliling negeri-negeri yang banyak.” Syeikh Abul Abbas al Mursiy menjawab, “Demi Allah, belumlah ada yang menjabat tanganku ini melainkan Rasulullah SAW.” Beliau melanjutkan, “Sekiranyaaku terhijab (terhalangi) dari Rasulullah SAW sekejap mata pun, tidaklah aku menilai diriku termasuk orang Islam.”

Syeikh Abdullah ad Dalasi

Syeikh Abdul Ghaffar mengatakan dalam kitabnya Al Wahid: “salah seorang yang aku ketahui (akan kewaliannya) di Mekah adalah Syeikh Abdullah ad Dalasi. Ia bercerita kepadaku bahwa ia merasa semua shalat dalam umurnya tidak sah kecuali sekali shalat saja.

Ia meneruskan, “itu terjadi saat aku berada di Masjidil Haram pada waktu shalat Subuh. Ketika imam takbiratul ihram dan aku melakukannya, tiba-tiba ada kekuatan yang menarikku, di sana aku melihat Rasulullah SAW sedang melakukan shalat sebagai imam, sedang di belakangnya ada sepuluh orang, kemudian aku menyusul shalat bersama mereka.

Hal itu terjadi pada tahun 673 H. Rasulullah SAW, saat itu, pada rakaat pertama membaca Surat Al Muddatsir dan pada rakaat kedua membaca surat An Naba’. Setelah selesai salam, beliau berdoa dengan doa ini:

“Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang mendapatkan petunjuk dan memberikan petunjuk, bukannya orang yang sesat lagi menyesatkan, tidak mengharapkan akan kebaikanMu dan tidak pula merindukan apa yang ada di sisiMu, sebab Engkau yang memberikan anugerah kepada kami dengan mewujudkan kami, sebelumnya kami tidak ada. BagiMu-lah segala puji atas semua itu, tidak ada Tuhan selain Engkau.”

Ketika Rasulullah SAW selesai dan bersalam, bersamaan itu juga imam Masjidil Haram salam, dan aku menyadari salamnya. Kemudian aku juga melakukan salam.”

(Dipetik daripada ikhwan Tarekat Ahmadiah Idrisiah)
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW SELEPAS WAFATSocialTwist Tell-a-Friend

WASIAT ALMARHUM SIDI AL FADL AMIR IBNI ABBUL ABBAS


Disampaikan oleh Ustaz Haji Saari Hussin pada 5hb Feb 2011 bagi bacaan semua Ikhwan Tareqah Ahmadiah Idrissiah Ad Dandarawiah.

Wasiat dari Almarhum Sidi Al Fadl Amir Fadh Ibni Abbul Abbas Ad Dandarawi, Khalifah bagi Usrah Dandarawiah yang ke-3.

Disampaikan pada tahun 1990, semasa lawatan beliau ke Surau Haji Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan

Amir Fadh mengajak kita semua untuk menjadi adik angkatnya dengan berbapakan Sidi Abul Abbas dan berdatuk kan Sidi Muhammad Dandarawi untuk menjadi sebuah keluarga Dandarawiah yang besar dan bersatu padu. Oleh itu mestilah kita bersungguh-sungguh berusaha membina diri kita supaya menjadi "Insanul Muhammadiah" yang berhimpun dalam sebuah keluarga yang besar yang mengikut garis panduan yang dibawah:

1. Sentiasa bertaqwa
2. Sentiasa mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
3. Sentiasa meningkatkan fahaman agama pada semua sudut
4. Setia dengan janji (baiah) dengan Rasulullah SAW, auliya' dan ulama', ibubapa, saudara mara, negara dan pemerintah.
5. Beramal dengan amalan yang seimbang (selari Iman, Islam dan Ihsan)
6. Berakhlak yang menuju akhlak Rasulullah SAW.
7. Ikhlas dalam usaha, perbuatan dan perkataan
8. Berwirid selepas solat fardhu
9. Beramal dengan Quran dan Hadith
10. Duduk dibawah kepimpinan Rasulullah SAW.
11. Kasih dan cinta kepada Rasulullah melebihi dari cinta kepada yang lain.
12. Berikrar tidak menyeleweng dari Sunnah Rasulullah SAW
13. Berharap untuk mendapat syafaat dari Rasulullah SAW
14. Bersedia dikumpul sebagai satu Ummah dibawah bendera Rasulullah SAW.

Allahu Akbar Nahnu Muhammadianawalillahilham!
Allahu Akbar Nahnu Muhammadianawalillahilham!
Allahu Akbar Nahnu Muhammadianawalillahilham!

(Dipetik daripada ikhwan Tarekat Ahmadiah Idrisiah)
WASIAT ALMARHUM SIDI AL FADL AMIR IBNI ABBUL ABBASSocialTwist Tell-a-Friend

ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005


TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

TAREKAT AL-AHMADIAH AL-IDRISIAH AL-RASHIDIAH AL-DANDARAWIAH.
http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=251%3Atarekat-yang-telah-diluluskan-pendaftarannya-di-bawah-enakmen-t...erakat-tasawuf-negeri-sembilan-2005&catid=57%3Atarekat-tassawuf-berdaftar

TAREKAT AL-SYAZULIYAH AL-DARQAWIYAH.
http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=285%3Atarekat-yang-telah-diluluskan-pendaftarannya-di-bawah-enakmen-terakat-tasawuf-negeri-sembilan-2005-tarekat-al-syazuliyah-al-darqawiyah-&catid=57%3Atarekat-tassawuf-berdaftar&Itemid=1

TAREKAT QODIRIYYAH NAQSYABANDIYYAH
http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=284%3Atarekat-yang-telah-diluluskan-pendaftarannya-di-bawah-enakmen-terakat-tasawuf-negeri-sembilan-2005-tarekat-qodiriyyah-naqsyabandiyyah&catid=57%3Atarekat-tassawuf-berdaftar&Itemid=1

TAREKAT NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYYAH
http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=283%3Atarekat-yang-telah-diluluskan-pendaftarannya-di-bawah-enakmen-terakat-tasawuf-negeri-sembilan-2005-tarekat-naqsyabandiyyah-al-kholidiyyah&catid=57%3Atarekat-tassawuf-berdaftar&Itemid=1
ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005SocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.