Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi


Search This Blog

ISRAK & MIKRAJ


“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari daripada Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
(Surah al-Isra’: 1)

Sebagaimana telah tersedia-maklum, Rasulullah s.a.w. dianugerahkan perjalanan:-
  • Isra’ dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestine (Jerusalem), dan kemudiannya.
  • Mi’raj yang melepasi langit hingga ke Sidrat al-Muntaha.

Di sini adalah beberapa isu penting yang ulama muhaqqiqin telah menukil daripada penelitian hadith-hadith mengenai Isra’ Mi’raj.
  • Telah diriwayatkan bahawa di dalam perjalanan Isra’, Rasulullah s.a.w. telah melalui kubur Nabi Musa a.s. dan melihat beliau diri bersolat di dalam kuburnya.
Daripada Anas ibn Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku mendatangi (di dalam riwayat Hudab) aku melewati Musa pada malam aku di Isra’kan di al-Katsib al-Ahmar dan Musa dalam keadaan berdiri sedang bersolat di kuburnya”.
(Sahih Muslim, Kitab al-Fadha’il 4379. Juga hadith serupa terdapat di Sahih al-Bukhari dan Sunan an-Nasa’i)
  • Tatkala tibanya Baginda s.a.w. di Masjid al-Aqsa, semua para anbiya’ telah berkumpul dan berkata-kata dan bersolat bersama Baginda s.a.w. sebagai imam mereka.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan tanyalah orang-orang yang Kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu, adakah Kami jadikan beberapa Tuhan yang disembah selain Ar-Rahman”?
(Az-Zukhruf: 45)

Dan sebagaimana termaktub di dalam Tafsir al-Qurthubi di mana pertemuan Nabi s.a.w. ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi s.a.w. telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu:

“Dan pada lain riwayat Ibn Abbas r.a.: Mereka mendirikan sembahyang di belakang Rasulullah di dalam tujuh saf. Para Rasul berada dalam tiga saf dan Para Nabi berada dalam empat saf. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi, dan di belakang Rasulullah ialah Nabi Ibrahim Kekasih Allah, dan di sebelah kirinya ialah Nabi Ismail, dan di sebelah kirinya ialah Nabi Ishaq, kemudian Nabi Musa kemudian para rasul yang lain, dan Rasulullah telah mengimamkan mereka dua rakaat. Ketika Rasulullah beredar, Baginda berdiri dan berkata (kepada mereka): Sesungguhnya Tuhanku telah mewahyukan supaya aku bertanya kepada kamu, adakah salah seorang daripada kamu diutuskan untuk menyeru kepada beribadah kepada selain Allah? Mereka (para nabi dan rasul) menjawab: Wahai Muhammad, kami bersaksi bahawa kami semua diutuskan dengan satu utusan iaitu, Tiada Tuhan selain Allah dan apa yang disembah selain Allah adalah bathil, dan sesungguhnya kamu adalah Nabi yang terakhir dan penghulu sekelian rasul, ini sudah jelas bagi kami dengan kamu mengimamkan kami tadi, dan tiada nabi lagi selepas kamu hingga ke hari Qiyamah kecuali Isa ibn Maryam, sesungguhnya dia telah diperintahkan untuk mengikut (menjejaki) sunnahmu”.

Shaykhul Islam Ahmad bin Zaini Dahlan (seorang Mufti Makkah Mazhab Syafi’I sekitar tahun 1300H) pun membenarkan peristiwa serupa ini dengan berkata:
“… terdapat hadith yang menjelaskan bahawa para malaikat dan para nabi telah menunaikan solat berjemaah dengan Rasulullah s.a.w. di kala peristiwa Isra’ Mi’raj…”(Durarussaniyah fir raddi alal wahabiyah).
  • Kemudian tatkala Baginda s.a.w. diangkat ke langit, Baginda s.a.w. bertemu dan berdialog dengan beberapa nabi seperti Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dll.

Imam Muslim dalam sebuah riwayat,
“Telah berkata Anas ibn Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah menyebut sesungguhnya dia mendapati di langit-langit, Adam, Idris, ‘Isa, Musa dan Ibrahim, solawat Allah ke atas mereka semua”.
(Sahih Muslim, Kitab Iman 237)

Dari penelitian di atas:
  1. Darjat dan kemulian yang diberi kepada Rasulullah s.a.w. tersangat agung.
Khabar penemuan Rasulullah s.a.w. dengan para nabi terdahulu meninggikan lagi kemuliaan Baginda s.a.w. ini kerana Allah s.w.t. tidak pernah menghimpun sejumlah para nabi dan rasul di dalam sebuah peristiwa melainkan dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj manakala peristiwa Isra’ dan Mi’raj pula ialah satu pengkhususan kepada Rasulullah s.a.w. sahaja. Ini adalah satu kemuliaan kepada Rasulullah s.a.w. yang tidak diberikan Allah kepada para nabi dan rasul yang lain. Benarlah firman Allah s.w.t:
“Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu)…”
(Al-Baqarah: 253)

  1. Anbiya’ (Nabi dan Rasul) berhidup setelah kewafatan mereka dan badan-badan mereka tidak hancur.
Daripada Aus ibn Aus r.a. bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya di antara hari-hari kamu yang paling afdhal ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah ke atas aku solawat, sesungguhnya solawat kamu dibentangkan kepadaku. Mereka berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana pula solawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan kamu telah menjadi debu? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas bumi jasad-jasad para nabi, solawat Allah atas mereka..”
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Kitab Solat pada Fasal Istighfar 1308)

Juga terdapat di sisi
  • Sunan Dairami, Kitab Solat Fasal Fadhilat Hari Jumaat 1526:
Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas bumi untuk memakan jasad-jasad para nabi.
  • Sunan Ibn Majah, Bab Pada Mengatakan Jenazah 1627:
Dan selepas mati, sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas bumi untuk memakan jasad-jasad para nabi, nabi Allah hidup diberi rezeki.
  • Sunan an-Nasa’i, Kitab Jumaat, 1357:
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mengharamkan ke atas bumi untuk memakan jasad-jasad para nabi, kesejahteraan ke atas mereka.
  • Ibn Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dengan sanad sahih.
  • Ibn Qayim, Kitab al-Ruh: “… Adalah wajib diketahui bahwa jasad Nabi s.a.w. di bumi, lembut dan lembab (seperti dalam hidup) dan ketika sahabat menanyakan: Bagaimana dengan salam kami padamu sesudah engkau menjadi debu?” Rasul menjawab, “Allah menjaga bumi dari memakan jasad para nabi…”

  1. Sekalipun para anbiya’ telah wafat (namun beralih hidup di alam yang lain), mereka dapat dilihat dalam keadaan terjaga yakni yaqazah (bukan mimpi) dan berdialog.

Ketika Rasulullah s.a.w. diperjalankan pada Isra’ & Mi’raj, Baginda dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa a.s telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Jika diperhatikan, Nabi Musa a.s. telah “hadir” di beberapa tempat serentak atau dalam masa yang singkat tatkala Rasulullah s.a.w. diperjalankan semasa Isra’ dan Mi’raj di atas Buraq.
  • Di dalam kubur bersolat (agak-agak 20 batu luar Bait al-Maqdis – Jerusalem)
  • Di Masjid al-Aqsa bersolat sebagai makmum bersama Rasulullah s.a.w. (di dalam kota Bait al-Maqdis – Jerusalem)
  • Di salah satu tingkatan langit
Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah s.w.t. rakamkan di dalam Al-Qur’an. Perhatikanlah tafsir Ma’alim at-Tanzil oleh Imam Baghawi pada Surah al-Sajadah Ayat 23:
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa kitab Taurat, maka janganlah engkau ragu-ragu perjumpaannya (menyambut dan menerimanya) dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayat petunjuk bagi kaum Bani Israil”… yakni: Dan janganlah kamu (Rasulullah) syak tentang pertemuan bersama Nabi Musa pada malam Mi’raj, sebagaimana dikatakan oleh Ibn Abbas r.a. dan selainnya”.

Lanjutan daripada itu,
  1. Tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat para anbiya’ lain dalam keadaan jaga tatkala Isra’ Mi’raj. Begitu juga adalah harus bagi seorang itu untuk melihat Rasulullah s.a.w. walaupun Baginda s.a.w. telah wafat.
  2. Diharuskan bagi Rasulullah s.a.w. berpergian atau berziarah, dan memperlihatkan dirinya dengan orang-orang Islam di merata tempat seperti mana para anbiya’ telah hadir di Palestine (Masjid al-Aqsa) pada malam Isra’ Mi’raj.
  3. Tidak mustahil bagi Rasulullah s.a.w. berdialog bersama orang-orang yang tertentu di dalam keadaan jaga (yaqazah). Para anbiya’ telah berdialog dan memberi nasihat kepada Rasulullah s.a.w. seperti mana Nabi Musa a.s. menasihati Baginda s.a.w. supaya meminta dikurangkan jumlah solat yang dianugerahkan kepada ummat Nabi s.a.w. dan Nabi Adam a.s. berpesan supaya menggesa ummat memperbanyakkan tasbih-tahlil-takbir[1], dan sebagainya.
  4. Perhatikan bahwa MASA dan TEMPAT adalah makhluk jua. Allah s.w.t. berkuasa mengeluarkan sesiapa daripada adat MASA dan TEMPAT sebagaimana Dia berkehendak. Maka Nabi Musa a.s. telah dianugerahkan “yaqazah” di lebih daripada satu tempat dalam masa yang singkat dan tempat jauh berbeza. Begitu juga, tidaklah mustahil dan harus bagi Rasulullah s.a.w. menghadiri beberapa tempat dan suasana yang berbeza walaupun Baginda s.a.w. tetap berada di permakaman di al-Madinah al-Munawwarah (berjawab salawat dan salam daripada para pengunjung dan pencinta Rasul s.a.w!).
[1]. Hadits riwayat At-Tirmidziy dalam sunannya kitab Al-Da’awaat ‘an Ar-Rasul, bab Ma Ja’a Fi Fadhl at-Tasbiih wa at-Tahlil wa at-Takbir wa at-Tahmid no.3462 dan dikuatkan dengan riwayat lain dari hadits Abu Ayub al-Ansoriy yang ada dalam Musnad Ahmad ibn Hanbal 5/418
Dipetik daripada laman web www.ahmadiah-idrisiah.com

ISRAK & MIKRAJSocialTwist Tell-a-Friend

Bertanya Kepada Ahlu Dzikir


Segala solawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta kedua ibubapa, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Islam memerintahkan dan menganjurkan untuk bertanya kepada ahlu dzikir (ulama’) pada permasalahan yang tidak diketahuinya.
Allah s.w.t. berfirman:
“Bertanyalah kepada ahlu dzikir (orang-orang yang berpengetahuan agama) jika kalian tidak mengetahui.”(An-Nahl:43)

Bagi masalah yang mungkin berupa controversi pada dasarnya, maka kita mesti mengembalikannya kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yakni Al-Kitab dan As-Sunnah. Dan yang memahami benar-benar hukum yang terkandung di dalamnya adalah para ulama’.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Tidakkah mereka bertanya ketika mereka tidak tahu, sesungguhnya obatnya bodoh itu hanya bertanya…”

Dalam sebuah Hadith oleh Al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa:
Dahulu di kalangan kaum Bani Israil, ada seorang lelaki yang ingin bertaubat setelah membunuh 99 orang. Sebaik saja berjumpa dengan seorang ‘abid, dia bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat atas perbuatannya itu.
‘Abid itu dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu menjadi marah dan terus membunuh ‘abid itu, menjadikan si ‘abid mangsa yang ke-100.
Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama’ yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama’ dan menceritakan kesemuanya. Lelaki itu bertanya: “Aku telah membunuh 100 orang yang terpelihara darahnya, maka masih adakah jalan taubat bagiku?”
ulama’ itu bertanya balik: “Lalu siapakah yang menghalang-halangi antara kamu dengan taubat dan siapakah yang mencegahmu dari melakukan taubat?...

Dalam hadits ini Nampak jelas perbezaan antara seorang ulama’ dengan yang bukan berilmu. Fatwa seorang ulama’ membawa maslahat, sebaliknya fatwa seorang yang tanpa ilmu membawa mafsadah (natijah buruk).

Imam al-Baghawi berkata[1],
“Apa yang datang kepadamu dari para sahabat Nabi ambillah. Dan tinggalkan olehmu Sha’afiqah. Yakni yang tidak berilmu.”

--------------------------------------------------
[1]. Syarh As-Sunnah Baghawi 1/318

Dipetik daripada laman web www.ahmadiah-idrisiah.com
Bertanya Kepada Ahlu DzikirSocialTwist Tell-a-Friend

Pandangan Ulama mengenai Yaqazah


.
"Suri" juga diistilahkan sebagai "Yaqazah" oleh para ulama'.

Menurut Kamu Idris al-Marbawi[1] dan Dictionary Hans Wehr[2],
Arti yaqazah menurut bahasa ialah jaga, ingat, sedar (bukan dalam keadaan mimpi), (yaqazah-yaqiza/yaquza)
Pengertian yaqazah di sisi ilmu tasawwuf pula ialah bertemu atau berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga (bukan mimpi).

Anugerah yaqazah ini adalah daripada Allah yang tidak mustahil berlaku. Walaupun ia merupakan perkara yang bertentangan dengan adat kebiasaan (luar dari kebiasaan) pada logika manusia, namun ia masih dalam lingkungan mumkinat (harus) bagi Allah s.w.t. mengadakan atau tiadakannya. Tidaklah mustahil penanugerahan ber-yaqazah juga merupakan antara karomah sejumlah para wali-Nya.

Di antara prinsip dasar Aqidah Ahlussunah Wal Jama’ah adalah menyakini dan membenarkan adanya jenis-jenis perkara luar kebiasaan (khawariq lil-‘adah) yang boleh berlaku kepada golongan selain para rasul. Khawariq lil-‘Adah dibahagikan sebagaimana disenaraikan di bawah ini[3],

·    Khawariq lil-‘Adah yang dipuji oleh syara’
o Irhas
Perkara luarbiasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada para anbiya’ semasa mereka masih kecil. Contohnya seperti awan meneduhi Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda dalam perjalanan ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya, Nabi Isa a.s boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian dan seumpamanya.
o Mu’jizat
Perkara luarbiasa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada para nabi dan rasul sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan da’wah dan risalah Allah s.w.t. Contohnya mu’jizat Nabi Sulaiman a.s. yang boleh memahami bahasa semua binatang.
o Karomah
Perkara luarbiasa yang Allah s.w.t. kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak dengan akhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam, zahir dan batin.
o Ma’unah
Perkara luarbiasa yang Allah s.w.t. kurniakan kepada sesetengah orang awam bagi menyelamatkan mereka dari ditimpa sesuatu bencana atau musibah.

·    Khawariq al-‘Adah yang dicela oleh syara’
Perkara luarbiasa yang dikeji oleh Allah s.w.t. ialah perkara luarbiasa yang berlaku atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah s.w.t. seperti pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada jin, shaytan atau sebagainya.
o Istidraj
o Ihanah
o Sihir

Maka pengalaman yaqazah ini boleh sahaja merupakan sesuatu daripada khawariq lil-‘adah yang terpuji (iaitu karomah bagi para auliya’). Antara dalil-dalil bagi mengemukan keharusan berlaku yaqazah adalah:

·    Peristiwa Isra’ Mi’raj di mana Rasulullah s.a.w. dipertemukan dengan Nabi Musa a.s. (sedangkan Nabi Musa a.s. telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.) sebagaimana ditafsirkan di dalam Al-Qur’an[4].
·    Riwayat mengenai Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam Isra’ sebelum Baginda s.a.w. dimi’rajkan[5].

Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara’idul Fawa’id menulis:
“Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karomah) untuk bertemu dengan zat Nabi baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya”.

·    Dipetik daripada Sahih al-Bukhari[6],
حدثنا عبدان أخبرنا عبد الله عن يونس عن الزهري حدثني أبو سلمة أن أبا هريرة قال سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول من رأني في المنام فسير اني في اليقضة ولا يتمثل الشيطان بي
Sesungguhnya Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku dengar Nabi bersabda:
“Sesiapa yang melihat aku di dalam mimpi, maka dia akan melihat aku di dalam yaqazah (keadaan jaga) dan shattan tidak boleh menyerupai diriku.”

Berkata Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Musnid Saiyyid Dr. Sheikh Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki (Az-Zakho’ir Al-Muhammadiyah m/s 147):
                                              
“Tentang hadis tersebut (Sahih al-Bukhari yang dinukilkan sebelum ini), para ulama’ mengatakan bahawa: yaqazah itu bermaksud, di dunia secara qat’ie walaupun ketika hendak mati (sakaratul maut).”

“Adapun bagi pihak yang mentakwilkannya sebagai melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di akhirat, maka jawapan para ulama’ terhadap mereka: Sesungguhnya di akhirat, setiap orang yang beriman akan melihat Baginda s.a.w. samada yang pernah mimpi berjumpanya di dunia mahupun yang tidak pernah bermimpi berjumpa dengan Nabi s.a.w. seperti yang dijelaskan dalam banyak hadis-hadis sahih yang lain.”

Hal ini menyebabkan, tiada pengkhususan antara mereka yang pernah melihat Nabi s.a.w. di dalam mimpi mahupun tidak, sedangkan di dalam hadis tersebut menceritakan tentang pengkhususan terhadap mereka yang pernah bermimpi bertemu Nabi s.a.w. dengan mereka yang tidak pernah bermimpi berjumpa Nabi s.a.w., iaitu: “…dia akan melihatku secara yaqazah...”

Al-‘Allamah Al-Mufti Dr. Ali Jum’ah juga menjelaskan perihal hadis tersebut (Al-Bayan m/s161):
“… Hadis tersebut menceritakan tentang kebolehan (keharusan) seseorang melihat Nabi s.a.w. secara yaqazah di semasa hidupnya di dunia…”

Pihin Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam[7] pada masalah “Adakah Harus dan Boleh Menerima Zikir dan Doa daripada Rasulullah s.a.w. pada masa sekarang, waktu yang menerimanya itu jaga atau waktu tidur dalam mimpi”? menulis:
“… Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi s.a.w. waktu tidur atau waktu jaga, dan Nabi s.a.w. mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata “fadhoilul ‘amal”.

Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi s.a.w. kita dan dengan wafat Nabi kita s.a.w. sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah s.w.t. seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al-Arifbillah Tajuddin ibn ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al-‘Allamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain…”

Ungkapan “kata-kata ulama yang di atas ini” merujuk kepada perbahasan panjang oleh sejumlah besar ulama’ yang dimuatkan di dalam fatwa beliau itu, namun kami telah ringkaskan seperti berikut:
·    Sayyid Abdul Qadir ibn Abdullah al-Idrus dalam kitabnya An-Nurus Safir ‘An Akhbaril Qur’anil ‘Asyir.
·    Imam Al Hafiz As-Sayuthi di dalam kitabnya Khususiyyatu Yaumil Jum’ah.
·    Al-‘Allamah Shaykh Zakaria ibn Muhammad al Mahalli asy-Syafie.
·      Shaykh Najmuddin al-Ghazzi dalam kitabnya al-Kawakibus Saairah.
·    Sayyid Umar ibn Abdul Rahman Al-‘Attas sebagaimana dipetik daripada Fathu Rabbin Nas yang telah dihimpunkan oleh Maulana Al-‘Arif Sayyid Hussin ibn Almarhum Al-‘Allamah Sayyid Abdullah ibn Muhammad ibn Muhsin ibn Hussin Al-‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah.
·    Imam Abu Abdullah Al-Qastalani sebagaimana dikupas dari kitab Al-Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Ali Khidr.
·    Sayyid ‘Alawi ibn Thahir Al Haddad (Mufti Kerajaan Johor dahulu) dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah.
·    Shaykh Muhammad ibn ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al-Habib Ahmad ibn Hussin Al-‘Athas.
·    Imam Sufyan ath-Thauri sebagaimana termaktub dalam Kitab Uqudul Almaasi yang diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im (pengarang kitab Haliyaatul Auliya’) dan Ibnu Basykuwal.
·    Muhadissud-Dunya Sayyid As-Shaykh Abdullah As-Siddiq Al-Ghamaari dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah.

Imam Al-‘Allamah An-Nafrawi berkata[8]:
“… Diharuskan seseorang berjumpa atau melihat Nabi secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para huffaz (ahli hadis). Mereka Cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh Nabi itu dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh (gambaran) sahaja?”

“Sebahagian ulama’ berpegang dengan pendapat pertama (di mana seseorang yang bertemu dengan Nabi secara yaqazah melihat tubuh Baginda secara hakiki). Sebahagian ulama’ pula berpegang dengan pendapat yang kedua (iaitu: melihat Nabi secara yaqazah dalam bentuk imej, gambaran seperti pantulan di cermin dan sebagainya, wallahua’lam), di antara mereka (yang berpegang dengan pendapat kedua adalah): Imam al-Ghazali, Imam al-Qarafi, Imam al-Yafi’e dan sebagainya.”

“Golongan yang berpegang dengan pendapat yang pertama berhujah bahawa: Nabi Muhammad umpama cahaya hidayah dan mentari keilmuan, boleh dilihat dari jauh seperti orang boleh melihat matahari dan cahaya dari jauh… Tubuh Baginda tidak meninggalkan kubur, tetapi seseorang yang melihat Nabi secara yaqazah dibuka oleh Allah hijab (jarak) antaranya dengan Rasulullah lantaran itu, dia dapat melihat Rasulullah samada dia berada di timur mahupun barat…”

“Ada juga yang berpendapat, seseorang melihat Nabi secara yaqazah dengan mata hati, bukan dengan mata kepala, kerana boleh jadi juga, orang yang buta juga diberi anugerah melihat Baginda secara jaga, dengan mata hatinya…”

“Ibn Abi Hamzah dan sebahagian daripada mereka (para ulama’) menceritakan bahawa mereka pernah melihat Nabi secara jaga…”

“Adapun mereka yang mengingkarinya, maka hukumnya haram, kerana kalaulah dia mengingkarinya kerana dia seorang yang mengingkari tentang karomah para wali, maka untuk berbahas dengan mereka sememangnya sia-sia, kerana dia sendiri telahpun mendustai apa yang dithabitkan di dalam sunnah (yakni mengenai karamat para wali atau mengenai bertemu Nabi secara yaqazah)…”

Dalam kitab Al-Khasoisul Kubra oleh Imam As-Sayuthi dan di dalam Syarah Muslim oleh Imam Nawawi ditulis:
“Jikalau seseorang berjumpa Nabi (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama’ bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu.”

Dr. Al-Qaradhawi telah pun menjelaskan[9] bahawa:
“… Semuanya (apa yang dikatakan oleh Nabi di dalam mimpi tersebut) hendaklah dibentangkan terlebih dahulu kepada syariat yang ma’sum. Jika ia bertepatan, maka ia boleh diterima, tetapi jika sebaliknya, yang menjadi hujjah tetap syariat (bukan perkataan dalam mimpi tersebut)”.

Oleh yang demikian, jika terdapat sesuatu yang disampaikan oleh Nabi s.a.w., samada sewaktu tidur mahupun secara yaqazah, maka perlulah dinilai dengan syariat terlebih dahulu. Sekiranya tidak bercanggah dengan syariat (seperti lafaz-lafaz zikir tertentu yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam), maka ianya boleh diterima. Adapun jika ianya bertentangan dengan syariat (seperti melakukan ibadah haji di Singapura, menambah rakaat pada solat subuh, dan sebagainya), maka sudah tentu ianya tertolak.

Adapun adzkar yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. kepada seseorang dalam mimpi atau secara yaqazah setelah kewafatan Nabi s.a.w., bukanlah salah satu bentuk penambahan syariat, atau salah satu bentuk menentukan hukum, ia sekadar salah satu bentuk khabar gembira (mubasyyirat) di mana Nabi s.a.w. sudi bertemu dengannya dan menyampaikan doa kepadanya. Adapun lafaz-lafaz dzikir atau doa. Maka sesiapa yang mendakwa penyampaian dzikir-dzikir oleh Rasulullah s.a.w. secara mimpi mahupun yaqazah itu menggambarkan syariat tidak sempurna, jelaslah pendapatnya salah dan berbentuk sesuatu kekeliruan samada tidak memahami apa itu syariat dalam konteks yang sebenar, atau tidak mengetahui hakikat bertemu Nabi s.a.w. secara yaqazah. Pendapat begini menyalahi pendapat majoriti Ulama’ Ahlul Sunnah wal Jamaah.

Sebagaimana telah dibentangkan di atas, maka adalah jelas bahawa perbahasan yaqazah adalah disokong oleh ulama Salfussoleh yang terdahulu dan ulama’ kini seperti Mufti Mesir Dr. Ali Jum’ah, Al-Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki, Dr. Umar Abdullah Kamil, Dr. Yusuf Qaradhawi dan sebagainya.
Renungilah kitab ulama’ yang membahaskan mengenai masalah yaqazah:
·    Imam Ibn Hajar dalam Fathul Bari iaitu syarah terhadap Sahih al-Bukhari.
·    Imam An-Nawawi dalam Syarah Muslim.
·    Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam buku fatwa beliau.
·    Syeikh Yusuf an Nabhani di dalam Kitab Afdalul Salawat dan Kitab Sa’adah ad-Daraini.
·    Imam al-Ghazali di dalam Kitab Al-Munziqu minal Dzalal.
·    Imam Abdul Wahab Asy-Sy’arani di dalam Kitab Al-Mizan. Beliau meriwayatkan ucapan Imam Suyuthi, Imam Abu Hassan Asy-Syazili dan Imam Abu Abbas Al-Mursi mengenai pertemuan mereka dengan Rasulullah s.a.w. secara yaqazah (sedar terjaga).
·    Husain Hasan Tomai pada bukunya bertajuk “Masalah Berjumpa Rasulullah Ketika Jaga Selepas Wafatnya”, Pustaka Aman Press Sdn. Bhd, Kota Bharu, Kelantan, 1989.
·    Imam As-Suyuti di dalam kitab Tanwir Al-Halak fi Imkan Ru’yatu An-Nabi wa Al-Malak. Beliau berkata dalam “pendahuluan” pada m/s 10 percetakan Dar Jawamik Al-Kalim:

“Telah banyak yang mempersoalkan mengenai sebahagian ahli rabbani yang melihat Nabi secara yaqazah ini. Adapun suatu golongan yang mengingkarinya pada zaman ini merupakan mereka yang tidak mempunyai latar belakang ilmu (yang cukup dalam bidang agama), sehingga menyebabkan mereka mengingkarinya dan berasa pelik mengenainya sehingga mendakwa bahawa ianya mustahil. Kini saya mengarang penulisan ini mengenai perbahasan tersebut…”



Rujukan:
[1]. Kamus Idris Al-Marbawi, karangan Sheikh Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Darul Nu’man, halaman 401.
[2]. Arabic-English Dictionary The Hans Wehr, edited by JM Cowan, 4th edition, halaman 1298. (awakening, waking, wakefulness, sleeplessness, vigilance, alertness, keenness of mind)
[3]. Rumusan daripada nota DPI Pergas-Kolej UNITI (modul DIA2113) bab Aqidah II halaman 41-45.
[4]. Surah as-Sajadah: 23
[5]. Sila rujuk kepada artikel Isra’ Mi’raj di lelaman web kami (www.ahmadiah-idrisiah.com) untuk keterangan lanjut.
[6]. Matan yang serupa terdapat di dalam Sunan Abi Dawud namun berbeza sanad perawinya, yakni
حدثنا أحمد بن صالح حدثنا عبد الله بن وهب قال أخبرني يو نس عن ابن شهاب قال أخبرني أبو سلمة بن عبد الر حمن أن أبا هريرة
Juga, hadith serupa yang menjadi hujjah bagi membenarkan melihat Nabi di dalam mimpi terdapat di sisi Imam Muslim, Imam Tirmidziy, Imam Ibn Majah, Imam Ahmad, Imam Ad-Dairami.
[7]. Kitab ‘Fatwa’ jilid 2 bilangan 63 (1988), Pejabat Mufti, Kementerian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal 1408H, 4 Januari 1988.
[8]. Kitab Al-Fawakih Ad-Diwani karangan Imam An-Nafrawi, jilid 3, m/s 360.
[9]. Buku yang diterjemah: Ilham, Kasyaf dan Mimpi daripada kitab Syaikh Al-Qaradhawi berjudul Mauqif al-Islam minal Ilham wal Kasyf war Ru’a wa minat Tama’imi Kahanah war Ruqa’, Maktabah Wahbah, 1415-H, Al-Qahirah Mishr.

Dipetik daripada laman web www.ahmadiah-idrisiah.com
Pandangan Ulama mengenai YaqazahSocialTwist Tell-a-Friend

Hadits Dhoif



mengenai beramal dg hadits dhaif, merupakan hal yg diperbolehkan, namun tak dapat dijadikan Hujjah atau dalil dalam suatu hukum.
namun tak sepantasnya kita menafikan hadits dhaif, karena ia hanyalah hadits yg lemah sanad periwayatnya, atau pada matannya, namun bukan berarti ia adalah palsu, karena hadits palsu dinamai hadits munkar, atau mardud, Batil, bukan hadits dhaif.

tidak sepantasnya kita menafikan hadits dhaif karena hadits dhaif diakui sebagai ucapan Rasul saw, dan tak satu muhaddits pun yg berani menafikannya, karena menafikannya berarti mendustakan ucapan Rasul saw dan hukumnya kufur : "Barangsiapa yg sengaja berdusta dengan ucapanku, maka hendaknya ia bersiap siap mengambil tempatnya di neraka" (Shahih Bukhari hadits no.110), sabda beliau saw pula : "sungguh dusta atasku tidak sama dengan dusta atas nama seseorang, barangsiapa yg sengaja berdusta atas namaku maka ia bersiap siap mengambil tempatnya di neraka" (Shahih Bukhari hadits no.1229), cobalah anda bayangkan, mereka yg melarang beramal dengan hadits dhoif berarti mereka mendustakan ucapan Rasul saw, dan merekapun jelas jelas menuduh para periwayat itu telah berdusta dan telah kufur karena meriwayatkan hadits palsu.

sesekali kita tak boleh memusuhi mereka ini, mereka jahil dan tak mengerti ilmu hadits,

wahai saudaraku ketahuilah, bahwa hukum hadits dan Ilmu hadits itu tak ada di zaman Rasul saw, ilmu hadits itu adalah Bid'ah hasanah, baru ada sejak Tabi'in, mereka membuat syarat perawi hadits, mereka membuat kategori periwayat yg hilang dan tak dikenal, namun mereka sangat berhati hati, karena mereka mengerti hukum, bila mereka salah, walau satu huruf saja, mereka bisa menjebak ummat hingga akhir zaman dalam kekufuran, maka tak sembarang orang menjadi muhaddits, lain dengan mereka ini yg dengan ringan saja melecehkan hadits Rasul saw.

Sumber
Hadits DhoifSocialTwist Tell-a-Friend

Al Fatihah untuk Rasulullah SAW



Oleh Habib Munzir

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,

semoga Allah swt melimpahkan cahaya keimanan, ketabahan dan kesejukan pada anda saudariku, dan cahaya keluhuran dihati sdri hingga selalu terjaga dari terjebak pd dosa sdriku, amiin

mengenai kiriman hadiah, Rasul saw pun berkirim amal pada orang lain, beliau saw sudah mengirim amal pada kita, ketika beliau menyembelih Qurban beliau berdoa : Wahai Allah, terimalah qurban ini dari Muhammad, dan dari keluarga Muhammad, dan dari ummat Muhammad (Shahih Muslim), maka pahala qurban beliau saw sudah sampai pada seluruh ummatnya saw hingga akhir zaman.

Dari Aisyah ra bahwa sungguh telah datang seorang lelaki pada Nabi saw seraya berkata : Wahai Rasulullah, sungguh ibuku telah meninggal mendadak sebelum berwasiat, kukira bila ia sempat bicara mestilah ia akan bersedekah, bolehkah aku bersedekah atas namanya?, Rasul saw menjawab : “Boleh” (Shahih Muslim hadits No.1004).

Berkata Hujjatul Islam Al Imam Nawawi rahimahullah :

“Dan dalam hadits ini (hadits riwayat shahih muslim diatas) menjelaskan bahwa shadaqah untuk mayit bermanfaat bagi mayit, dan pahalanya disampaikan pada mayyit, demikian pula menurut Ijma (sepakat) para ulama, dan demikian pula mereka bersepakat atas sampainya doa doa” (Syarh Imam Nawawi ala Shahih Muslim juz 7 hal 90)

1 Berkata Imam Alhafidh Al Muhaddits Ali bin Almuwaffiq rahimahullah : “aku 60 kali melaksanakan haji dengan berjalan kaki, dan kuhadiahkan pahala dari itu 30 haji untuk Rasulullah saw”.

2 Berkata Al Imam Alhafidh Al Muhaddits Abul Abbas Muhammad bin Ishaq Atssaqafiy Assiraaj : “aku mengikuti Ali bin Almuwaffiq, aku lakukan 7X haji yang pahalanya untuk Rasulullah saw dan aku menyembelih Qurban 12.000 ekor untuk Rasulullah saw, dan aku khatamkan 12.000 kali khatam Alqur’an untuk Rasulullah saw, dan kujadikan seluruh amalku untuk Rasulullah saw”.

Ia adalah murid dari Imam Bukhari rahimahullah, dan ia menyimpan 70 ribu masalah yang dijawab oleh Imam Malik, beliau lahir pada 218 H dan wafat pada 313H

3 Berkata Al Imam Al Hafidh Abu Ishaq Almuzakkiy, aku mengikuti Abul Abbas dan aku haji pula 7X untuk rasulullah saw, dan aku mengkhatamkan Alqur’an 700 kali khatam untuk Rasulullah saw. (Tarikh Baghdad Juz 12 hal 111).

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

Wallahu a'lam

Sumber
Al Fatihah untuk Rasulullah SAWSocialTwist Tell-a-Friend

TAWASSUL



Oleh Habib Munzir

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

Saudara saudaraku masih banyak yg memohon penjelasan mengenai tawassul, wahai saudaraku, Allah swt sudah memerintah kita melakukan tawassul, tawassul adalah mengambil perantara makhluk untuk doa kita pd Allah swt, Allah swt mengenalkan kita pada Iman dan Islam dengan perantara makhluk Nya, yaitu Nabi Muhammad saw sebagai perantara pertama kita kepada Allah swt, lalu perantara kedua adalah para sahabat, lalu perantara ketiga adalah para tabi’in, demikian berpuluh puluh perantara sampai pada guru kita, yg mengajarkan kita islam, shalat, puasa, zakat dll, barangkali perantara kita adalah ayah ibu kita, namun diatas mereka ada perantara, demikian bersambung hingga Nabi saw, sampailah kepada Allah swt.

Allah swt berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah/patuhlah kepada Allah swt dan carilah perantara yang dapat mendekatkan kepada Allah SWT dan berjuanglah di jalan Allah swt, agar kamu mendapatkan keberuntungan” (QS.Al-Maidah-35).

Ayat ini jelas menganjurkan kita untuk mengambil perantara antara kita dengan Allah, dan Rasul saw adalah sebaik baik perantara, dan beliau saw sendiri bersabda : “Barangsiapa yg mendengar adzan lalu menjawab dg doa : “Wahai Allah Tuhan Pemilik Dakwah yg sempurna ini, dan shalat yg dijalankan ini, berilah Muhammad (saw) hak menjadi perantara dan limpahkan anugerah, dan bangkitkan untuknya Kedudukan yg terpuji sebagaimana yg telah kau janjikan padanya”. Maka halal baginya syafaatku” (Shahih Bukhari hadits no.589 dan hadits no.4442)

Hadits ini jelas bahwa Rasul saw menunjukkan bahwa beliau saw tak melarang tawassul pd beliau saw, bahkan orang yg mendoakan hak tawassul untuk beliau saw sudah dijanjikan syafaat beliau saw.

Tawassul ini boleh kepada amal shalih, misalnya doa : “Wahai Allah, demi amal perbuatanku yg saat itu kabulkanlah doaku”, sebagaimana telah teriwayatkan dalam Shahih Bukhari dalam hadits yg panjang menceritakan tiga orang yg terperangkap di goad an masing masing bertawassul pada amal shalihnya.

Dan boleh juga tawassul pada Nabi saw atau orang lainnya, sebagaimana yg diperbuat oleh Umar bin Khattab ra, bahwa Umar bin Khattab ra shalat istisqa lalu berdoa kepada Allah dg doa : “wahai Allah.., sungguh kami telah mengambil perantara (bertawassul) pada Mu dengan Nabi kami Muhammad saw agar kau turunkan hujan lalu kau turunkan hujan, maka kini kami mengambil perantara (bertawassul) pada Mu Dengan Paman Nabi Mu (Abbas bin Abdulmuttalib ra) yg melihat beliau sang Nabi saw maka turunkanlah hujan” maka hujanpun turun dg derasnya. (Shahih Bukhari hadits no.964 dan hadits no.3507).

Riwayat diatas menunjukkan bahwa :

• Para sahabat besar bertawassul pada Nabi saw dan dikabulkan Allah swt.

• Para sahabat besar bertawassul satu sama lain antara mereka dan dikabulkan Allah swt.

• Para sahabat besar bertawassul pada keluarga Nabi saw (perhatikan ucapan Umar ra : “Dengan Paman nabi” (saw). Kenapa beliau tak ucapkan namanya saja?, misalnya Demi Abbas bin Abdulmuttalib ra?, namun justru beliau tak mengucapkan nama, tapi mengucapkan sebutan “Paman Nabi” dalam doanya kepada Allah, dan Allah mengabulkan doanya, menunjukkan bahwa Tawassul pada keluarga Nabi saw adalah perbuatan Sahabat besar, dan dikabulkan Allah.

• Para sahabat besar bertawassul pada kemuliaan sahabatnya yg melihat Rasul saw, perhatikan ucapan Umar bin Khattab ra : “dengan pamannya yg melihatnya” (dengan paman nabi saw yg melihat Nabi saw) jelaslah bahwa melihat Rasul saw mempunyai kemuliaan tersendiri disisi Umar bin Khattab ra hingga beliau menyebutnya dalam doanya, maka melihat Rasul saw adalah kemuliaan yg ditawassuli Umar ra dan dikabulkan Allah.

Dan boleh tawassul pada benda, sebagaimana Rasulullah saw bertawassul pada tanah dan air liur sebagian muslimin untuk kesembuhan, sebagaimana doa beliau saw ketika ada yg sakit : “Dengan Nama Allah atas tanah bumi kami, demi air liur sebagian dari kami, sembuhlah yg sakit pada kami, dg izin tuhan kami” (shahih Bukhari hadits no.5413, dan Shahih Muslim hadits no.2194), ucapan beliau saw : “demi air liur sebagian dari kami” menunjukkan bahwa beliau saw bertawassul dengan air liur mukminin yg dengan itu dapat menyembuhkan penyakit, dg izin Allah swt tentunya, sebagaimana dokter pun dapat menyembuhkan, namun dg izin Allah pula tentunya, juga beliau bertawassul pada tanah, menunjukkan diperbolehkannya bertawassul pada benda mati atau apa saja karena semuanya mengandung kemuliaan Allah swt, seluruh alam ini menyimpan kekuatan Allah dan seluruh alam ini berasal dari cahaya Allah swt.

Riwayat lain ketika datangnya seorang buta pada Rasul saw, seraya mengadukan kebutaannya dan minta didoakan agar sembuh, maka Rasul saw menyarankannya agar bersabar, namun orang ini tetap meminta agar Rasul saw berdoa untuk kesembuhannya, maka Rasul saw memerintahkannya untuk berwudhu, lalu shalat dua rakaat, lalu Rasul saw mengajarkan doa ini padanya, ucapkanlah : “Wahai Allah, Aku meminta kepada Mu, dan Menghadap kepada Mu, Demi Nabi Mu Nabi Muhammad, Nabi Pembawa Kasih Sayang, Wahai Muhammad, Sungguh aku menghadap demi dirimu (Muhammad saw), kepada Tuhanku dalam hajatku ini, maka kau kabulkan hajatku, wahai Allah jadikanlah ia memberi syafaat hajatku untukku” (Shahih Ibn Khuzaimah hadits no.1219, Mustadrak ala shahihain hadits no.1180 dan ia berkata hadits ini shahih dg syarat shahihain Imam Bukhari dan Muslim).

Hadits diatas ini jelas jelas Rasul saw mengajarkan orang buta ini agar berdoa dengan doa tersebut, Rasul saw yg mengajarkan padanya, bukan orang buta itu yg membuat buat doa ini, tapi Rasul saw yg mengajarkannya agar berdoa dengan doa itu, sebagaimana juga Rasul saw mengajarkan ummatnya bershalawat padanya, bersalam padanya.

Lalu muncullah pendapat saudara saudara kita, bahwa tawassul hanya boleh pada Nabi saw, pendapat ini tentunya keliru, karena Umar bin Khattab ra bertawassul pada Abbas bin Abdulmuttalib ra. Sebagaimana riwayat Shahih Bukhari diatas, bahkan Rasul saw bertawassul pada tanah dan air liur.

Adapula pendapat mengatakan tawassul hanya boleh pada yg hidup, pendapat ini ditentang dengan riwayat shahih berikut : “telah datang kepada utsman bin hanif ra seorang yg mengadukan bahwa Utsman bin Affan ra tak memperhatikan kebutuhannya, maka berkatalah Utsman bin Hanif ra : “berwudulah, lalu shalat lah dua rakaat di masjid, lalu berdoalah dg doa : “: “Wahai Allah, Aku meminta kepada Mu, dan Menghadap kepada Mu, Demi Nabi Mu Nabi Muhammad, Nabi Pembawa Kasih Sayang, Wahai Muhammad, Sungguh aku menghadap demi dirimu (Muhammad saw), kepada Tuhanku dalam hajatku ini, maka kau kabulkan hajatku, wahai Allah jadikanlah ia memberi syafaat hajatku untukku” (doa yg sama dg riwayat diatas)”, nanti selepas kau lakukan itu maka ikutlah dg ku kesuatu tempat.

Maka orang itupun melakukannya lalu utsman bin hanif ra mengajaknya keluar masjid dan menuju rumah Utsman bin Affan ra, lalu orang itu masuk dan sebelum ia berkata apa apa Utsman bin Affan lebih dulu bertanya padanya : “apa hajatmu?”, orang itu menyebutkan hajatnya maka Utsman bin Affan ra memberinya. Dan orang itu keluar menemui Ustman bin Hanif ra dan berkata : “kau bicara apa pada utsman bin affan sampai ia segera mengabulkan hajatku ya..??”, maka berkata Utsman bin hanif ra : “aku tak bicara apa2 pada Utsman bin Affan ra tentangmu, Cuma aku menyaksikan Rasul saw mengajarkan doa itu pada orang buta dan sembuh”. (Majmu’ zawaid Juz 2 hal 279).

Tentunya doa ini dibaca setela wafatnya Rasul saw, dan itu diajarkan oleh Utsman bin hanif dan dikabulkan Allah.

Ucapan : Wahai Muhammad.. dalam doa tawassul itu banyak dipungkiri oleh sebagian saudara saudara kita, mereka berkata kenapa memanggil orang yg sudah mati?, kita menjawabnya : sungguh kita setiap shalat mengucapkan salam pada Nabi saw yg telah wafat : Assalamu alaika ayyuhannabiyyu… (Salam sejahtera atasmu wahai nabi……), dan nabi saw menjawabnya, sebagaimana sabda beliau saw : “tiadalah seseorang bersalam kepadaku, kecuali Allah mengembalikan ruh ku hingga aku menjawab salamnya” (HR Sunan Imam Baihaqiy Alkubra hadits no.10.050)

Tawassul merupakan salah satu amalan yang sunnah dan tidak pernah diharamkan oleh Rasulullah saw, tak pula oleh ijma para Sahabat Radhiyallahu’anhum, tak pula oleh para tabi’in dan bahkan oleh para ulama serta imam-imam besar Muhadditsin, bahkan Allah memerintahkannya, Rasul saw mengajarkannya, sahabat radhiyallahu’anhum mengamalkannya.

Mereka berdoa dengan perantara atau tanpa perantara, tak ada yang mempermasalahkannya apalagi menentangnya bahkan mengharamkannya atau bahkan memusyrikan orang yang mengamalkannya.

Tak ada pula yg membedakan antara tawassul pada yg hidup dan mati, karena tawassul adalah berperantara pada kemuliaan seseorang, atau benda (seperti air liur yg tergolong benda) dihadapan Allah, bukanlah kemuliaan orang atau benda itu sendiri, dan tentunya kemuliaan orang dihadapan Allah tidak sirna dg kematian, justru mereka yg membedakan bolehnya tawassul pada yg hidup saja dan mengharamkan pada yg mati, maka mereka itu malah dirisaukan akan terjerumus pada kemusyrikan karena menganggap makhluk hidup bisa memberi manfaat, sedangkan akidah kita adalah semua yg hidup dan yg mati tak bisa memberi manfaat apa apa kecuali karena Allah memuliakannya,

bukan karena ia hidup lalu ia bisa memberi manfaat dihadapan Allah, berarti si hidup itu sebanding dg Allah??, si hidup bisa berbuat sesuatu pada keputusan Allah??,

tidak saudaraku.. Demi Allah bukan demikian, Tak ada perbedaan dari yang hidup dan dari yang mati dalam memberi manfaat kecuali dengan izin Allah swt. Yang hidup tak akan mampu berbuat terkecuali dengan izin Allah swt dan yang mati pun bukan mustahil memberi manfaat bila memang di kehendaki oleh Allah swt.

Ketahuilah bahwa pengingkaran akan kekuasaan Allah swt atas orang yang mati adalah kekufuran yang jelas, karena hidup ataupun mati tidak membedakan kodrat Ilahi dan tidak bisa membatasi kemampuan Allah SWT. Ketakwaan mereka dan kedekatan mereka kepada Allah SWT tetap abadi walau mereka telah wafat.

Sebagai contoh dari bertawassul, seorang pengemis datang pada seorang saudagar kaya dan dermawan, kebetulan almarhumah istri saudagar itu adalah tetangganya, lalu saat ia mengemis pada saudagar itu ia berkata “Berilah hajat saya tuan …saya adalah tetangga dekat amarhumah istri tuan…” maka tentunya si saudagar akan memberi lebih pada si pengemis karena ia tetangga mendiang istrinya, Nah… bukankah hal ini mengambil manfaat dari orang yang telah mati? Bagaimana dengan pandangan yang mengatakan orang mati tak bisa memberi manfaat?, Jelas-jelas saudagar itu akan sangat menghormati atau mengabulkan hajat si pengemis, atau memberinya uang lebih, karena ia menyebut nama orang yang ia cintai walau sudah wafat.

Walaupun seandainya ia tak memberi, namun harapan untuk dikabulkan akan lebih besar, lalu bagaimana dengan Arrahman Arrahiim, yang maha pemurah dan maha penyantun?, istri saudagar yang telah wafat itu tak bangkit dari kubur dan tak tahu menahu tentang urusan hajat sipengemis pada si saudagar, NAMUN TENTUNYA SI PENGEMIS MENDAPAT MANFAAT BESAR DARI ORANG YANG TELAH WAFAT, entah apa yang membuat pemikiran saudara saudara kita menyempit hingga tak mampu mengambil permisalan mudah seperti ini.

Saudara saudaraku, boleh berdoa dengan tanpa perantara, boleh berdoa dg perantara, boleh berdoa dg perantara orang shalih, boleh berdoa dg perantara amal kita yg shalih, boleh berdoa dg perantara nabi saw, boleh pada shalihin, boleh pada benda, misalnya “Wahai Allah Demi kemuliaan Ka’bah”, atau “Wahai Allah Demi kemuliaan Arafat”, dlsb, tak ada larangan mengenai ini dari Allah, tidak pula dari Rasul saw, tidak pula dari sahabat, tidak pula dari Tabi’in, tidak pula dari Imam Imam dan muhadditsin, bahkan sebaliknya Allah menganjurkannya, Rasul saw mengajarkannya, Sahabat mengamalkannya, demikian hingga kini.

Walillahittaufiq

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

Wallahu a'lam

Sumber
TAWASSULSocialTwist Tell-a-Friend

ZIARAH KUBUR



Oleh Habib Munzir

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

Limpahan Rahmat dan Inayah Nya swt semoga selalu menyelimuti hari hari anda,

Ziarah kubur adalah mendatangi kuburan dengan tujuan untuk mendoakan ahli kubur dan sebagai pelajaran (ibrah) bagi peziarah bahwa tidak lama lagi juga akan menyusul menghuni kuburan sehingga dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah swt.

Ketahuilah berdoa di kuburan pun adalah sunnah Rasulullah saw, beliau saw bersalam dan berdoa di Pekuburan Baqi’, dan berkali kali beliau saw melakukannya, demikian diriwayatkan dalam shahihain Bukhari dan Muslim, dan beliau saw bersabda : “Dulu aku pernah melarang kalian menziarahi kuburan, maka sekarang ziarahlah”. (Shahih Muslim hadits no.977 dan 1977)

Dan Rasulullah saw memerintahkan kita untuk mengucapkan salam untuk ahli kubur dengan ucapan “Assalaamu alaikum Ahliddiyaar minalmu’minin walmuslimin, wa Innaa Insya Allah Lalaahiquun, As’alullah lana wa lakumul’aafiah..” (Salam sejahtera atas kalian wahai penduduk penduduk dari Mukminin dan Muslimin, Semoga kasih sayang Allah atas yg terdahulu dan yang akan datang, dan Sungguh Kami Insya Allah akan menyusul kalian) (Shahih Muslim hadits no 974, 975, 976). Hadits ini menjelaskan bahwa Rasulullah saw bersalam pada Ahli Kubur dan mengajak mereka berbincang-bincang dengan ucapan “Sungguh Kami Insya Allah akan menyusul kalian”.

Rasul saw berbicara kepada yg mati sebagaimana selepas perang Badr, Rasul saw mengunjungi mayat mayat orang kafir, lalu Rasulullah saw berkata : “wahai Abu Jahal bin Hisyam, wahai Umayyah bin Khalf, wahai ‘Utbah bin Rabi’, wahai syaibah bin rabi’ah, bukankah kalian telah dapatkan apa yg dijanjikan Allah pada kalian…?!, sungguh aku telah menemukan janji tuhanku benar..!”, maka berkatalah Umar bin Khattab ra : “wahai rasulullah.., kau berbicara pada bangkai, dan bagaimana mereka mendengar ucapanmu?”, Rasul saw menjawab : “Demi (Allah) Yang diriku dalam genggamannya, engkau tak lebih mendengar dari mereka (engkau dan mereka sama sama mendengarku), akan tetapi mereka tak mampu menjawab” (shahih Muslim hadits no.6498).

Makna ayat : “Sungguh Engkau tak akan didengar oleh yg telah mati”.

Berkata Imam Qurtubi dalam tafsirnya makna ayat ini bahwa yg dimaksud orang yg telah mati adalah orang kafir yg telah mati hatinya dg kekufuran, dan Imam Qurtubi menukil hadits riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim bahwa Rasul saw berbicara dengan orang mati dari kafir Quraisy yg terbunuh di perang Badr. (Tafsir Qurtubi Juz 13 hal 232).

Berkata Imam Attabari rahimahullah dalam tafsirnya bahwa makna ayat itu : bahwa engkaua wahai Muhammad tak akan bisa memberikan kefahaman kepada orang yg telah dikunci Allah untuk tak memahami (Tafsir Imam Attabari Juz 20 hal 12, Juz 21 hal 55)

Berkata Imam Ibn katsir rahimahullah dalam tafsirnya : “walaupun ada perbedaan pendapat tentang makna ucapan Rasul saw pada mayat mayat orang kafir pada peristiwa Badr, namun yg paling shahih diantara pendapat para ulama adalah riwayat Abdullah bin Umar ra dari riwayat riwayat shahih yg masyhur dengan berbagai riwayat, diantaranya riwayat yg paling masyhur adalah riwayat Ibn Abdilbarr yg menshahihkan riwayat ini dari Ibn Abbas ra dg riwayat Marfu’ bahwa : “tiadalah seseorang berziarah ke makam saudara uslimnya didunia, terkecuali Allah datangkan ruhnya hingga menjawab salamnya”, dan hal ini dikuatkan dengan dalil shahih (riwayat shahihain) bahwa Rasul saw memerintahkan mengucapkan salam pada ahlilkubur, dan salam hanyalaha diucapkan pada yg hidup, dan salam hanya diucapkan pada yg hidup dan berakal dan mendengar, maka kalau bukan karena riwayat ini maka mereka (ahlil kubur) adalah sama dengan batu dan benda mati lainnya. Dan para salaf bersatu dalam satu pendapat tanpa ikhtilaf akan hal ini, dan telah muncul riwayat yg mutawatir (riwayat yg sangat banyak) dari mereka, bahwa Mayyit bergembira dengan kedatangan orang yg hidup ke kuburnya”. Selesai ucapan Imam Ibn Katsir (Tafsir Imam Ibn Katsir Juz 3 hal 439).

Rasul saw bertanya2 tentang seorang wanita yg biasa berkhidmat di masjid, berkata para sahabat bahwa ia telah wafat, maka rasul saw bertanya : “mengapa kalian tak mengabarkan padaku?, tunjukkan padaku kuburnya” seraya datang ke kuburnya dan menyolatkannya, lalu beliau saw bersabda : “Pemakaman ini penuh dengan kegelapan (siksaan), lalu Allah menerangi pekuburan ini dengan shalatku pada mereka” (shahih Muslim hadits no.956)

Abdullah bin Umar ra bila datang dari perjalanan dan tiba di Madinah maka ia segera masuk masjid dan mendatangi Kubur Nabi saw seraya berucap : Assalamualaika Yaa Rasulallah, Assalamualaika Yaa Ababakar, Assalamualaika Ya Abataah (wahai ayahku)”. (Sunan Imam Baihaqi Alkubra hadits no.10051)

Berkata Abdullah bin Dinar ra : Kulihat Abdullah bin Umar ra berdiri di kubur Nabi saw dan bersalam pada Nabi saw lalu berdoa, lalu bersalam pada Abubakar dan Umar ra” (Sunan Imam Baihaqiy ALkubra hadits no.10052)

Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yg pergi haji, lalu menziarahi kuburku setelah aku wafat, maka sama saja dengan mengunjungiku saat aku hidup (Sunan Imam Baihaqiy Alkubra hadits no.10054).

Dan masih banyak lagi kejelasan dan memang tak pernah ada yg mengingkari ziarah kubur sejak Zaman Rasul saw hingga kini selama 14 abad (seribu empat ratus tahun lebih semua muslimin berziarah kubur, berdoa, bertawassul, bersalam dll tanpa ada yg mengharamkannya apalagi mengatakan musyrik kepada yg berziarah, hanya kini saja muncul dari kejahilan dan kerendahan pemahaman atas syariah, munculnya pengingkaran atas hal hal mulia ini yg hanya akan menipu orang awam, karena hujjah hujjah mereka Batil dan lemah.

Dan mengenai berdoa dikuburan sungguh hal ini adalah perbuatan sahabat radhiyallahu’anhu sebagaimana riwayat diatas bahwa Ibn Umar ra berdoa dimakam Rasul saw, dan memang seluruh permukaan Bumi adalah milik Allah swt, boleh berdoa kepada Allah dimanapun, bahkan di toilet sekalipun boleh berdoa, lalu dimanakah dalilnya yg mengharamkan doa di kuburan?, sungguh yg mengharamkan doa dikuburan adalah orang yg dangkal pemahamannya, karena doa boleh saja diseluruh muka bumi ini tanpa kecuali.

Walillahittaufiq

Sumber
ZIARAH KUBURSocialTwist Tell-a-Friend

TAHLILAN



Oleh Habib Munzir

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

Limpahan Rahmat dan Inayah Nya swt semoga selalu menyelimuti hari hari anda,

Pada hakikatnya majelis tahlil atau tahlilan adalah hanya nama atau sebutan untuk sebuah acara di dalam berdzikir dan berdoa atau bermunajat bersama. Yaitu berkumpulnya sejumlah orang untuk berdoa atau bermunajat kepada Allah SWT dengan cara membaca kalimat-kalimat thayyibah seperti tahmid, takbir, tahlil, tasbih, Asma’ul husna, shalawat dan lain-lain.

Maka sangat jelas bahwa majelis tahlil sama dengan majelis dzikir, hanya istilah atau namanya saja yang berbeda namun hakikatnya sama. (Tahlil artinya adalah lafadh Laa ilaaha illallah) Lalu bagaimana hukumnya mengadakan acara tahlilan atau dzikir dan berdoa bersama yang berkaitan dengan acara kematian untuk mendoakan dan memberikan hadiah pahala kepada orang yang telah meninggal dunia ? Dan apakah hal itu bermanfaat atau tersampaikan bagi si mayyit ?

Menghadiahkan Fatihah, atau Yaasiin, atau dzikir, Tahlil, atau shadaqah, atau Qadha puasanya dan lain lain, itu semua sampai kepada Mayyit, dengan Nash yg Jelas dalam Shahih Muslim hadits no.1149, bahwa “seorang wanita bersedekah untuk Ibunya yg telah wafat dan diperbolehkan oleh Rasul saw”, dan adapula riwayat Shahihain Bukhari dan Muslim bahwa “seorang sahabat menghajikan untuk Ibunya yg telah wafat”, dan Rasulullah SAW pun menghadiahkan Sembelihan Beliau SAW saat Idul Adha untuk dirinya dan untuk ummatnya, “Wahai Allah terimalah sembelihan ini dari Muhammad dan keluarga Muhammad dan dari Ummat Muhammad” (Shahih Muslim hadits no.1967).

dan hal ini (pengiriman amal untuk mayyit itu sampai kepada mayyit) merupakan Jumhur (kesepakatan) Ulama seluruh madzhab dan tak ada yg memungkirinya apalagi mengharamkannya, dan perselisihan pendapat hanya terdapat pada madzhab Imam Syafi’i, bila si pembaca tak mengucapkan lafadz : “Kuhadiahkan”, atau wahai Allah kuhadiahkan sedekah ini, atau dzikir ini, atau ayat ini..”, bila hal ini tidak disebutkan maka sebagian Ulama Syafi’iy mengatakan pahalanya tak sampai.

Jadi tak satupun ulama ikhtilaf dalam sampai atau tidaknya pengiriman amal untuk mayiit, tapi berikhtilaf adalah pd Lafadznya. Demikian pula Ibn Taimiyyah yg menyebutkan 21 hujjah (dua puluh satu dalil) tentang Intifa’ min ‘amalilghair (mendapat manfaat dari amal selainnya). Mengenai ayat : "DAN TIADALAH BAGI SESEORANG KECUALI APA YG DIPERBUATNYA, maka Ibn Abbas ra menyatakan bahwa ayat ini telah mansukh dg ayat “DAN ORAN ORANG YG BERIMAN YG DIIKUTI KETURUNAN MEREKA DENGAN KEIMANAN”,

Mengenai hadits yg mengatakan bahwa bila wafat keturunan adam, maka terputuslah amalnya terkecuali 3 (tiga), shadaqah Jariyah, Ilmu yg bermanfaat, dan anaknya yg berdoa untuknya, maka orang orang lain yg mengirim amal, dzikir dll untuknya ini jelas jelas bukanlah amal perbuatan si mayyit, karena Rasulullah SAW menjelaskan terputusnya amal si mayyit, bukan amal orang lain yg dihadiahkan untuk si mayyit, dan juga sebagai hujjah bahwa Allah memerintahkan di dalam Al Qur'an untuk mendoakan orang yg telah wafat : "WAHAI TUHAN KAMI AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI DAN BAGI SAUDARA-SAUDARA KAMI YG MENDAHULUI KAMI DALAM KEIMANAN", (QS Al Hasyr-10).

Mengenai rangkuman tahlilan itu, tak satupun Ulama dan Imam Imam yg memungkirinya, siapa pula yg memungkiri muslimin berkumpul dan berdzikir?, hanya syaitan yg tak suka dengan dzikir.

Didalam acara Tahlil itu terdapat ucapan Laa ilaah illallah, tasbih, shalawat, ayat qur’an, dirangkai sedemikian rupa dalam satu paket dg tujuan agar semua orang awam bisa mengikutinya dengan mudah, ini sama saja dengan merangkum Al Qur’an dalam disket atau CD, lalu ditambah pula bila ingin ayat Fulani, silahkan Klik awal ayat, bila anda ingin ayat azab, klik a, ayat rahmat klik b, maka ini semua dibuat buat untuk mempermudah muslimin terutama yg awam.

Atau dikumpulkannya hadits Bukhari, Muslim, dan Kutubussittah, Alqur’an dengan Tafsir Baghawi, Jalalain dan Ilmu Musthalah, Nahwu dll, dalam sebuah CD atau disket, atau sekumpulan kitab,

bila mereka melarangnya maka mana dalilnya ?,

munculkan satu dalil yg mengharamkan acara Tahlil?, (acara berkumpulnya muslimin untuk mendoakan yg wafat) tidak di Al Qur’an, tidak pula di Hadits, tidak pula di Qaul Sahabat, tidak pula di kalam Imamulmadzahib, hanya mereka saja yg mengada ada dari kesempitan pemahamannya.

Mengenai 3 hari, 7 hari, 40 hari, 100 hari, 1000 hari, atau bahkan tiap hari, tak ada dalil yg melarangnya, itu adalah Bid’ah hasanah yg sudah diperbolehkan oleh Rasulullah saw, justru kita perlu bertanya, ajaran muslimkah mereka yg melarang orang mengucapkan Laa ilaaha illallah?, siapa yg alergi dengan suara Laa ilaaha illallah kalau bukan syaitan dan pengikutnya ?, siapa yg membatasi orang mengucapkan Laa ilaaha illallah?, muslimkah?, semoga Allah memberi hidayah pada muslimin, tak ada larangan untuk menyebut Laa ilaaha illallah, tak pula ada larangan untuk melarang yg berdzikir pada hari ke 40, hari ke 100 atau kapanpun, pelarangan atas hal ini adalah kemungkaran yg nyata.

Bila hal ini dikatakan merupakan adat orang hindu, maka bagaimana dengan computer, handphone, mikrofon, dan lainnya yg merupakan adat orang kafir, bahkan mimbar yg ada di masjid masjid pun adalah adat istiadat gereja, namun selama hal itu bermanfaat dan tak melanggar syariah maka boleh boleh saja mengikutinya, sebagaimana Rasul saw meniru adat yahudi yg berpuasa pada hari 10 muharram, (shahih Bukhari) bahwa Rasul saw menemukan orang yahudi puasa dihari 10 muharram karena mereka tasyakkur atas selamatnya Musa as, dan Rasul saw bersabda : Kami lebih berhak dari kalian atas Musa as, lalu beliau saw memerintahkan muslimin agar berpuasa pula” (HR Shahih Bukhari hadits no.3726, 3727).

Sebagaimana pula diriwayatkan bahwa Imam Masjid Quba di zaman Nabi saw, selalu membaca surat Al Ikhlas pada setiap kali membaca fatihah, maka setelah fatihah maka ia membaca AL Ikhlas, lalu surat lainnya, dan ia tak mau meninggalkan surat al ikhlas setiap rakaatnya, ia jadikan Al Ikhlas sama dengan Fatihah hingga selalu berdampingan disetiap rakaat, maka orang mengadukannya pada Rasul saw, dan ia ditanya oleh Rasul saw : Mengapa kau melakukan hal itu?, maka ia menjawab : Aku mencintai surat Al Ikhlas. Maka Rasul saw bersabda : Cintamu pada surat Al ikhlas akan membuatmu masuk sorga” (Shahih Bukhari).

Maka tentunya orang itu tak melakukan hal tsb dari ajaran Rasul saw, ia membuat buatnya sendiri karena cintanya pada surat Al Ikhlas, maka Rasul saw tak melarangnya bahkan memujinya.

Kita bisa melihat bagaimana para Huffadh (Huffadh adalah Jamak dari Al hafidh, yaitu ahli hadits yg telah hafal 100.000 hadits (seratus ribu) hadits berikut sanad dan hukum matannya) dan para Imam imam mengirim hadiah pd Rasul saw :

• Berkata Imam Alhafidh Al Muhaddits Ali bin Almuwaffiq rahimahullah : “aku 60 kali melaksanakan haji dengan berjalan kaki, dan kuhadiahkan pahala dari itu 30 haji untuk Rasulullah saw”.

• Berkata Al Imam Alhafidh Al Muhaddits Abul Abbas Muhammad bin Ishaq Atssaqafiy Assiraaj : “aku mengikuti Ali bin Almuwaffiq, aku lakukan 7X haji yg pahalanya untuk Rasulullah saw dan aku menyembelih Qurban 12.000 ekor untuk Rasulullah saw, dan aku khatamkan 12.000 kali khatam Alqur’an untuk Rasulullah saw, dan kujadikan seluruh amalku untuk Rasulullah saw”.

ia adalah murid dari Imam Bukhari rahimahullah, dan ia menyimpan 70 ribu masalah yg dijawab oleh Imam Malik, beliau lahir pada 218 H dan wafat pada 313H

• Berkata Al Imam Al Hafidh Abu Ishaq Almuzakkiy, aku mengikuti Abul Abbas dan aku haji pula 7X untuk rasulullah saw, dan aku mengkhatamkan Alqur’an 700 kali khatam untuk Rasulullah saw. (Tarikh Baghdad Juz 12 hal 111).

Walillahittaufiq

Sumber
-------------------------------------------------------------------------------------
JAKIM
www.e-fatwa.gov.my

Hukum membaca Surah Yasin dan Tahlil berjemaah

* Ibadah

Huraian Tajuk/Isu:

Hukum Bacaan Surah Yasin dan Bertahlil dan sampai atau tidak pahala amalan tersebut kepada simati

Keputusan:

Alhamdulillah Fatwanya,

Segala bentuk sedekah seperti kenduri,membaca ayat-ayat Al-Qur"an dan segala bentuk zikir, tahlil adalah harus dan pahalanya إن شاء الله sampai kepada simati yang ditujukan dengan syarat diniatkan semua pahala amalan-amalan kebajikan tersebut untuk simati dengan penuh keikhlasan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: JMJ/06/LAIN-LAIN(LL)-6/2002
Negeri:Johor

Sumber
TAHLILANSocialTwist Tell-a-Friend

3 golongan sufi

.
Di kalangan orang-orang sufi, ada 3 golongan:

1.Golongan yang pertama adalah orang yang mengamalkan amalan-amalan, zikir-zikir dan ibadah-ibadah sebagai ritual, amalan biasa yang berulang-ulang diamalkan tanpa benar-benar mengetahui maksud dan tujuan daripada amalan tersebut. Dan kebanyakkannya adalah golongan ini.

2.Golongan yang kedua adalah orang mengamalkan amalan sufi dan memahami kesufian dengan ilmu. Mereka bukan hanya mengamalkan amalan-amalan tersebut sebagai satu amalan ritual yang biasa dilakukan, malah mereka benar-benar memahami, menghayati dan menjiwai amalan tersebut, sehinggakan mereka benar-benar merasakan keagungan dan kebesaran Allah SWT, dan inilah matlamat kesufian yang sebenar. Mereka yang berjalan atas jalan kesufian bukan hanya sebagai satu amalan ritual tetapi berdasarkan pengetahuan dan ilmu yang sebenar-sebenarnya. Dan golongan ini adalah golongan yang sedikit.

3.Golongan ketiga ini tidak dinamakan sufi, tetapi mutasawif, orang yang berjalan atas perjalan sufi, tetapi tidak menurut perjalanan orang-orang sufi, sebaliknya dia berjalan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan amalan kesufian itu sendiri, yang bertentangan dengan hukum syariat dan yang bertentangan dengan Islam. Ini golongan yang sebenarnya terkeluar daripada jalan kesufian.

Sumber: Pelajaran Yang Boleh Diambil Oleh Ucapan Mutfi Syria Mengenai Pengamal Tarekat Di Syria
3 golongan sufiSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.