Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Kelebihan Tariqat Ahmadiah Idrisiah


Search This Blog

Kelebihan Tariqat Ahmadiah Idrisiah

Kelebihan Tariqat Ahmadiah Idrisiah.

Sayyid Ahmad ibn Idris r.a. berkata:

“Penghulu-penghulu tarekat ini telah mengambil tarekat mereka melalui beberapa perantaraan. Manakala saya telah mengambil tarekat saya daripada Rasulullah ﷺ tanpa sebarang perantaraan. Oleh itu, tarekat saya ialah Muhammadiah Ahmadiah dalam setiap keadaan dan ucapan. Maka permulaannya ialah daripada cahaya Muhammad! sebagaimana pengakhirannya juga akan sampai kepada Baginda ﷺ.” 

Di dalam manaqib Sayyid Ahmad ibn Idris r.a. yang dikarang oleh Sayyid Muhammad Uthman al Mirghani r.a. menyatakan bahawa sebahagian orang-orang soleh telah melihat Nabi ﷺ. Di samping Baginda ﷺ terdapat pembesar-pembesar sanad ahli sufi. Setiap daripada mereka menyebut tarekat mereka dan Nabi ﷺ membenarkan tarekat mereka. Setelah itu, Nabi ﷺ bersabda kepada mereka: 

“Tarekat saya ialah Tarekat Ahmad ibn Idris.” 

Maka mereka berkata kepada Baginda ﷺ: Wahai Rasulullah, bukankah kami ini kesemuanya berada di atas tarekat kamu?” 

Maka jawab Baginda ﷺ: 

“Kamu semua berada di atas tarekat saya. Namun tarekat saya yang khusus ialah Tarekat Ahmad ibn Idris.” 

Cukuplah kelebihan golongan yang menisbahkan diri mereka kepada tarekat ini sebagaimana yang dinaqalkan oleh Qadhi Hasan ‘Akish di dalam kitabnya ‘Uqud al Durar. 

Sayyid Ahmad ibn Idris r.a. menyatakan: “Nenda saya (Rasulullah ﷺ) telah memberikan khabar gembira kepada saya dengan sabdaannya:

“Sesiapa yang menisbahkan diri kepada kamu, maka saya tidak akan mewakilkannya kepada pengurus dan penjamin selainku. Bahkan, sayalah pengurus dan penjaminnya.” 

Karamah ini sangat masyhur sehingga hampir mencapai kepada darjat mutawatir. 

Semoga Allah ﷻ mengurniakan kami dengan penisbahan yang sempurna kepada imam ini dengan kemuliaan nendanya, Rasulullah ﷺ. Semoga Allah ﷻ melimpahkan sebaik-baik rahmat dan kesejahteraan ke atas Baginda ﷺ dan ahli keluarganya.

# Risalah Aurad Idrisiah, m.s. 572.
Kelebihan Tariqat Ahmadiah IdrisiahSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.