Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: KELEBIHAN BERAMAL DENGAN TAREKAT AHMADIAH


Search This Blog

KELEBIHAN BERAMAL DENGAN TAREKAT AHMADIAH

KELEBIHAN BERAMAL DENGAN TAREKAT AHMADIAH

...Setelah daripadanya, Sabda Nabi SAW pada setengah daripada mubasysyirat (khabar gembira) bagi Sayyidi Ahmad RA: 

"Barang siapa mengambil ia akan ini tariqah dan bersungguh ia padanya disurat akan dia pada buku Allah Taala yang tinggi yang tiada diubah akan dia padanya dan tiada diganti akan dia". 

Dan setengah daripadanya termasuklah siapa siapa yang berpegang dengan dia kepada perintah Nabi SAW dan peliharaannya. Seperti berkata akan dia oleh al-Ustaz Sayyidi Ahmad RA

لكل نبي دعوة مجابة، ولكل ولی له عند نبيه صلى الله عليه و سلم طلة مقبولة. ولما جاء وقتها، سألته صلى الله عليه وسلم أن يتولی اصحابی بدات الخاصة في الأمداد. فقال من انتمى اليك يا أحمد، فلا أكله إلى ولاية غيری ولا إلى كفالة غيري، فأنا وليه و كفيله.

"Bagi tiap-tiap Nabi permintaan yang diperkenankan akan dia (oleh Allah Taala) dan bagi tiap-tiap wali baginya pada sisi Nabinya SAW permintaan yang terima akan dia. Dan tatkala tibalah waktunya meminta aku akan dia SAW bahawa memerintah ia akan segala sahabatku (yakni mereka mereka yang mengambil akan tariqatnya dan beramal dengannya) dengan zatnya sendiri. Maka bersabdalah ia SAW: Barangsiapa terbangsa ia kepada engkau Ya Ahmad (yakni barang siapa mengambil ia akan ini tariqah daripada engkau, daripada orang yang mengambil daripada engkau dan seperti inilah hingga hari kiamat), maka tiadalah aku serah akan dia kepada perintah orang yang lain daripada aku dan tiada aku serah akan dia kepada pemeliharaannya, bahkan akulah yang memerintah akan dia dan memelihara akan dia".

Maka adalah Sayyidi Ahmad RA membina ia atas ini kesukaan yang besar dan menyebut ia akan dia bagi muridin pada tatkala meminta oleh mereka itu daripadanya. Dan bersabda ia (yakni Sayyidi Ahmad RA): 

"Telah kami hiwalah akan kamu atas mereka yang adalah ia terlebih elok daripada kami, dan menerima ia akan hiwalah, maka berhadaplah kamu kepadanya dan lintang oleh kamu akan permintaan kamu dan hajat kamu atasnya". 

Dan setengah daripadanya teramanlah sesiapa yang beramal dengan ini tariqat dan bersungguh padanya daripada segala fitnah dan bala ini masa. Seperti dilihat dengan mata kepala bahawa mereka-mereka yang beramal dengan ini tariqah dan bersungguh ia padanya terpeliharalah ia daripada terceroboh dan terperok kepada fitnah-fitnah ini masa, yang telah meratalah ia pada serata alam dunia; daripada kasihkan dunia dan kasihkan harta dan kasih akan apa-apa yang melalai akan hati daripada segala permainan yang disangka akan dia kenaikan yang amat elok kehidupan dunia masa sekarang dan menyerupa akan diri pada apa apa perbuatan dan perkataan dan kelakuan dan pakaian yang tiada mereda akan dia oleh agama Islam yang bersinar, dan memperelok akan apa-apa kelakuan yang adalah zahirnya menyalahi akan ini syariat yang bercahaya. 

Maka inilah natijah perkataan Sayyidi Ahmad RA:

أن اولادی ناجون من سائر الفتن في أخر الزمان

"Bermula anak-anak ku mendapat kelepasanlah mereka itu daripada sekelian fitnah pada akhir zaman".
-
Wallahu a'lam.
-
[Petikan Kitab al-Minhah al-Ahadiyyah fi Fadhli al-Tathabbuth bi al-Tariqah al-Ahmadiyyah karangan al-'Allamah Tn Syeikh Hj. Ahmad bin Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin al-Linggi RA]
KELEBIHAN BERAMAL DENGAN TAREKAT AHMADIAHSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.