Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: June 2011


Search This Blog

Risalah Musamah bil Qawaid daripada Tuan Shaykh Ahmad bin Idris

.
Ini adalah Risalah Musamah bil Qawaid

daripada Saiyyidil Arifin Qutbul Muhaqiqin Saidi Ahmad bin Idris


---Bermula---


Adapun bekalan yang lengkap, kata-kata yang masin, atau senjata yang sakti dalam pengembaraan di jalan Allah, untuk seorang yang akal yang mahu menyelamatkan dirinya dari segala rupa kebinasaan dan mahu pula supaya Allah rnemasukkan dirinya dalam kumpulan “Al Muqarrabin” dalam segala urusan amalan hidupnya apabila dia mahu melakukan atau bercakap sesuatu hendaklah dia memahami serta mematuhi prinsip-prinsip ini.


Pertama: Hendaklah dia menganggapkan dirinya berada di hadapan Allah Subhanahu Wataala yang akan bertanya kepadanya mengenai perkara itu. Maka hendaklah dia menyediakan jawapan pertanyaan Allah itu sebelum dia memulakannya, jika dia mendapati jawapannya itu benar, tepat dan diredhai oleh Allah taala maka bolehlah dia melakukan perkara itu. Hasilnya dia akan mendapat sanjungan di dunia dan di akhirat.


Tetapi jika jawapan yang disediakannya itu fidak diterima oleh Allah dan tidak diredhaiNya maka hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara itu kerana jika dilakukan buruk padahnya.


Asas Perbuatan


Prinsip ini adalah asas segala perbualan dan percakapan. Sesiapa yang berbuat dan berpegang teguh dengan prinsip ini segala perlakuannya adalah benar, tepat lahir dan batin tanpa sebarang kecacatan, inilah maksud sabda junjungan Nabi kita yang berbunyi


Ertinya : Hisablah diri kamu sebelum dihisabkan di akhirat nanti dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang di akhirat nanti.


Kedua: Keredhaan Allah Bahawa seorang itu tidak melakukan apa-apa perbuatan dan tidak melafazkan suatu percakapan melainkan kerana mendapatkan keredhaan Allah.


Maka apabila sudah benar tujuan mencari keredhaan Allah dan bersih niatnya dari tujuan-tujuan lain daripada keredhaan Allah dan dia berpegang teguh dengan prinsip ini ketika itu dia tidak akan berkata dan melakukan sesuatu melainkan dengan memastikan kebenarannya dan dengan berhati-hati. Ketika itu segala amalannya adalah semata-mata ikhlas dan kerana Allah jua dari segenap sudut.


lnilah maksud firman Allah taala kepada rasulNya yang teragung kekasihnya yang utama di dalam Al-Quran.


(Surah al-Kahfi ayat 28) Ertinya : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata


Dan firmanNya lagi :


Ertinya : Dan tidak seorang pun akan dibalas budi baiknya melainkan jika dia bertujuan mencari keredhaan Allah, dia akan mendapat keredhaan itu.


Ketiga: Belas Kasihan


Hendaklah seseorang itu menyematkan dalam hati sanubari perasaan belas kasihan terhadap semua orang Islam samada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak dan hendaklah dia menunaikan hak-hak yang telah ditetapkan oleh Islam seperti memuliakan dan menjaga kedudukan mereka.


Maka apabila prinsip ni sudah bersemadi teguh dalam sanubari ketika itu Allah mengurniakannya rahmat Illahiyah melimpahi seluruh tubuh badannya dan dia dapat merasakan kemanisan rahmat lllah itu, maka dengan itu bererti ía mendapat sebahagian besar dan pusaka yang ditinggalkan oleh Nabi iaitu rahmatnya, seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam firmannya:


(Surah al-Anbiya ayat 107) Ertinya : Kami tidak mengutuskan anda menjadi Rasul wahai Muhammad melainkan rahmat untuk sekalian alam.


Dan inilah juga maksud sabda Rasulullah


Ertinya : Allah mempunyai tiga kehormatan, sesiapa rnenjaganya nescaya Allah mempermudahkan urusan agama dan urusan dunianya. Sesiapa yang tidak menjaganya nescaya Allah tidak memberi apa-apa kemudahan untuknya. Tiga kehormatan itu ialah:


Kehormatan Islam


Kehormatanku (Rasulullah )


dan Kehormatan keluargaku .


Dan inilah juga maksud sabda junjungan . kepada Saidina Abu Bakar


Ertinya : Jangan anda menghina sesiapa pun orang Islam kerana orang Islam yang kerdil dan hina pada pandangan dunia itu adalah besar dan mulia di sisi Allah.


Keempat: Budi pekerti teras agama Islam


Budi pekerti yang mulia menjadi tugas untuk Rasulullah menyempurnakannya sebagaimana sabdanya:


Ertinya : Sesungguhnya saya diutus semata-mata untuk melengkapkan budi pekerti mulia.


Prinsip ini adalah satu-satunya teras agama Islam. Maksudnya seseorang Muslim itu hendaklah berlemah lembut terhadap keluarganya, para pekerjanya dan sekalian kaum Muslimin.


Sabda Rasulullah


Ertinya : Ahli syurga ialah orang yang lemah tembut, mudah tidak cerewet, dan ahli neraka itu pula ialah orang yang keras lagi kaba’tsar. Mereka itu bertanya, “Apa itu kaba’tsar ya Rasulullah ?” Baginda menjawab, “Kasar dan keras terhadap keluarga, kasar terhadap isteri, kasar terhadap saudara mara


Ertinya : Dan katakanlah sesuatu kepada manusia dengan sebaik-baiknya iaitu bukan yang terkeji..


Dan firman Allah lagi


Ertinya : Dan sampaikan kepada hambaku supaya rnereka mengatakan sesuatu yang baik.


Maksud yang baik itu ialah semua bentuk kebaikan dan juga yang lebih dari itu.


Ringkasnya : Apa sahaja kata-kata semangat dan perbuatan baik yang anda suka diperkatakan atau diperlakukan kepada anda maka hendaklah anda sampaikan kata-kata itu dan lakukan perbuatan itu terhadap orang-orang lain.


Begitu juga sebarang kata, percakapan dan perbuatan yang anda tidak suka disampaikan dan dilakukan kepada anda maka tinggalkanlah kerana Allah, melainkan seseorang itu mengikut perangainya dan kelakuannya terhadap makhluk lain. Allah akan memberi balasan yang setimpal kepada mereka. Maka sesiapa yang dapat memberi kegembiraan dan rahmat serta perlindungan kepada makhluknya nescaya akan mendapat balasan seperti itu dari Allah.


Begitulah sesiapa yang memuliakan seseorang hamba kerana hormatkan Tuan kepada hamba itu bererti dia telab memuliakan Tuan itu sendiri. Pengertian seperti inilah yang difahami daripada hadis Qudsi yang berbunyi:


Ertinya : Allah berkata kepada seorang hambanya pada hari kiamat, “Aku lapar tetapi engkau tidak memberiKu makan, Aku dahaga tapi engkau tidak mahu mengeluarkan air padaKu, Aku sakit tapi engkau tidak mahu menziarahiKu. Maka hamba itu bertanya kehairanan., bagaimana boleh lapar sedangkan Tuan yang memiliki seluruh alam? Bagaimana boleh dahaga sedangkan Tuan yang memilki seluruh alam? Bagaimana boleh sakit sedangkan Tuan yang memiliki seluruh alam?


Allah berfirman menerangkan kata-kata tadi, sesungguhnya hambaku Si Fulan itu sakit, jika engkau menziarahinya maka nescaya engkau dapati Aku bersamanya dan hambaku Si Fulan itu sedang kelaparan jika engkau memberinya makanan, nescaya engkau dapati Aku di sisinya, dan hambaku Si Fulan itu kehausan jika engkau memberinya minum nescaya engkau dapati Aku di sisinya.


Demikianaah Allah menerangkan yang dimaksudkan dengan ZatNya dalam firmanNya : HambaKu Si Fulan lapar, hambaKu Si Fulan sakit dan hambaKu Si Fulan minta air. Maka memberi layanan baik kepada hamba kerana menghormati Tuannya tidak syak lagi penghormatan kepada Tuan itu sendiri.


Orang yang berpegang teguh dengan sikap ini mengutamakan Allah Subhanahu Wataala dalam segala perkara.


Ketinggian budi pekerti seseorang itu terhadap Allah dan terhadap hambanya terhimpun dalam sabda junjungan kita Muhammad yang berbunyi:


Ertinya : Muliakan Allah taala dengan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah iaitu janganlah Allah melihat anda berada di tempot laranganNya dan janganlah Allah kehilangan anda dari tempat yang disuruhNya.


Sikap yang boleh menimbulkan perasaan malu seseorang terhadap Allah Subhanahu Wata'ala ialah sentiasa mengingat bahawa Allah memerhati dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu seperti firmannya:


Ertinya : ... ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya... (Surah al-Baqarah ayat 235)


Apabila hati seseorang hamba itu sentiasa menyedari perhatian Allah ini dan dia menjadikan kesedaran itu sebagal amalannya ketika itu timbullah perasaan malu untuk melafazkan atau melakukan sesuatu yang tiada diredhai oleh Allah kerana tidak layak dengan keagungan sedangkan dia sentiasa teringat firman Allah:


Ertinya : Dia (Allah) ada bersama kamu mana-mana sahaja kamu berada.Ya Allah tetap bersamanya dan memerhatikannya.


Kerana itu jika seorang hamba itu hendak berzina atau mencuri umpamanya sedangkan manusia ada yang memerhatikannya tentulah dia tidak sanggup melakukannya kerana perbuatan itu mendatangkan keburukan dan keaiban pada dirinya. Maka kalaulah begitu keadaannya bersama-sama makhluk lemah yang tidak dapat mendatangkan apa-apa bahaya atau pertolongan kerana takutkan jatuh maruah dan kedudukan di sisi manusia, maka tidaklah syak lagi ketika hatinya mengingat Allah di saat akan melakukan perbuatan yang tidak diredhai oleh Allah itu, dia akan meninggalkan perbuatan itu sama sekali.


Inilah maksud sabda junjungan kita Muhammad tentang pengertian Al-Ihsan iaitu:


Ertinya : Bahawa anda beribadat kepada Allah seolah-olah anda melihatNya, jika tidak melihatNya pun maka Allah tetap melihat anda.


Maka sesiapa yang berada dalam keadaan seperti ini tentu akan menunaikan ibadat itu dengan baiknya mengikut kadar kebaikannya tentang perhatian Allah kepadanya.


--- Selesai ---


Sumber: http://www.ahmadiah-idrisiah.com/qawaid.php
Risalah Musamah bil Qawaid daripada Tuan Shaykh Ahmad bin IdrisSocialTwist Tell-a-Friend

Amalan kepada Arwah

.
Kandungan:


1. Dalil yang diguna untuk mengatakan amalan dan doa orang lain tidak sampai kepada simati kecuali doa anak yang soleh.

2. Dalil yang mengatakan amalan dan doa orang yang hidup sampai kepada yang mati selain daripada doa anak yang soleh.

ISU 1: Adakah sumbangan anak yang soleh terhad kepada doa sahaja?

ISU 2: Adakah sumbangan yang soleh di atas terhad kepada anak sahaja?

ISU 3: Adakah sumbangan di atas terhad kepada amalan yang soleh sahaja?

3. Penutup



1. Dalil yang diguna untuk mengatakan amalan dan doa orang lain tidak sampai kepada simati kecuali doa anak yang soleh.



* Firman Allah s.w.t.:

أَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

Surah 53.39. dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya


* Firman Allah s.w.t.:

فَالْيَوْمَ لا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Surah 36.54. maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.


* Firman Allah s.w.t.:

لا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ....

Surah 2.286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya....


* Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Apabila ada orang meninggal dunia terputuslah amalnya kecuali dari tiga hal, iaitu: Sedekah jariyah (yang mengalir), atau ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakan untuknya." [Riwayat Muslim, Bulughul Maram-Ibnu Hajar Al-Ashqolani]


2. Dalil yang mengatakan amalan dan doa orang yang hidup sampai kepada yang mati selain daripada doa anak yang soleh.



* Firman Allah s.w.t.:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلا تَبَارًا

Surah 71.28. "Wahai Tuhanku! ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"


* Firman Allah s.w.t.:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Surah 59.10. dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".


* Firman Allah s.w.t.:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Surah 14.41. "Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"


* Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bila sholat jenazah berdoa: "Ya Allah ampunilah di antara kami orang yang masih hidup dan yang mati, yang hadir dan yang tidak, yang kecil dan besar, laki-laki dan perempuan. Ya Allah terhadap orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkanlah ia atas Islam dan terhadap orang yang Engkau wafatkan di antara kami, wafatkan ia atas iman. Ya Allah janganlah Engkau jauhkan kami dari pahalanya dan Engkau sesatkan kami sepeninggalnya."[Bulughul Maram-Ibnu Hajar Al-Ashqolani- Riwayat Muslim dan Imam Yang Empat.]


* Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

Hadis riwayat Abdullah bin Masud Radhiyallahu 'anhu ia berkata: Ketika kami bermakmum di belakang Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam , kami membaca: "Keselamatan tetap pada Allah, keselamatan tetap pada si fulan". Suatu hari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda kepada kami: Sesungguhnya Allah adalah keselamatan itu sendiri. Jadi, apabila salah seorang di antara engkau duduk (membaca tasyahud) hendaknya membaca: "Segala kehormatan, semua rahmat dan semua yang baik itu milik Allah. Semoga keselamatan, rahmat Allah dan berkat-Nya dilimpahkan kepadamu, wahai Nabi. Semoga keselamatan dilimpahkan kepada kami dan kepada para hamba-Nya yang saleh. Apabila dia telah membacanya, maka keselamatan itu akan menyebar kepada semua hambaAllah yang saleh, baik yang di langit maupun yang di bumi. "Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah", kemudian berdoalah sesukanya.[Sahih Muslim, Kitab Solat#609 ]


* Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang ketika mendengar azan mengucapkan:

اللهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةُ التَّامَّةِ ، وَالصَّلَاةِ الْقَا ئِمَةِ ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَ سِيْلَةَ وَ الْفَضِيْلَةَ ، وَابْعَثْهُ مَقَا مًا مَحْمُوْدًا الَّذِي وَ عَدْتَهُ .

"Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan azan ini dan solat yang akan didirikan, berikanlah kepada Muhammad perantaraan dan keutamaan. Bangkitkanlah ia pada maqam (kedudukan) yang terpuji yang Engkau telah janjikan", maka pastilah ia akan mendapatkan syafaatku pada hari kiamat." [ Sahih Bukhari, Kitab Azan, Bab8#340 ]



ISU 1: Adakah sumbangan anak yang soleh terhad kepada doa sahaja?



a. Bersedekah atas usaha sendiri untuk ibu

Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu 'anha : ia berkata: Bahwa seorang lelaki datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan berkata: Wahai Rasulullah, ibuku meninggal dunia mendadak dan tidak sempat berwasiat. Tetapi aku menduga seandainya ia dapat berbicara, tentu ia akan bersedekah. Apakah ia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Ya [Sahih Bukhari,Kitab Jenazah, Bab 93#693; Sahih Muslim, Kitab Zakat, Bab 11#1672; Bulughul Maram, Ibnu Hajar Al-Asqolani, Kitab Jual-beli#983 ]



b. Membayar nazar

Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam seraya berkata, "Sesungguhnya ibuku bernazar untuk berhaji. Tetapi, ia belum sempat melaksanakannya sampai meninggal dunia. Apakah saya dapat menghajikannya ?" Beliau bersabda, "Ya, berhajilah untuknya."[ Sahih Bukhari, Kitab Mengganti Buruan, Bab 21#893 ]



c. Solat dan puasa atas usaha sendiri untuk kedua ibu-bapa.

Seorang lelaki menghadirkan dirinya dihadapan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan berkata:”Semasa ibu-bapaku masih hidup, aku melayani mereka dengan baik. Sekarang mereka telah meninggal dunia. Bagaimanakah dapat aku berbuat kebaikan untuk mereka?” Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab,” Bagi mereka, adalah baik semasa kamu menunaikan solat kamu, kamu dirikan juga solat untuk mereka dan apabila kamu berpuasa, kamu berpuasa juga untuk mereka.[Syarh as-Sudur, Suyuti]


d. Menyelesaikan tanggungan puasa ibu

Riwayat Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu : ia berkata: Bahwa seorang perempuan datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan berkata: Sesungguhnya ibuku telah meninggal dan ia mempunyai tanggungan puasa sebulan. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bertanya: Apa pendapatmu jika ibumu mempunyai hutang kepada orang lain, apakah engkau akan membayarnya? Ia menjawab: Ya. Beliau bersabda: Hutang kepada Allah adalah lebih berhak untuk dibayar[ Sahih Muslim, Puasa, 23#1936 ]



e. Menunaikan haji atas usaha sendiri untuk ibu

Buraidah melaporkan bahawa ayahnya sedang duduk bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam apabila datang seorang wanita. Dia berkata, “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia dan dia masih mempunyai sebulan puasa tertanggung ke atasnya. Bolehkah aku berpuasa bagi pihaknya?” Rasulullah s.a.w menjawab,”Berpuasalah bagi pihaknya.” Wanita itu berkata,”Ibuku tidak pernah menunaikan haji, bolehkah aku tunaikan haji untuknya?” Rasulullah s.a.w menjawab,”Kerjakan haji untuknya.”[ Muslim, Kitab Al-Sawm, Abu Dawud, Kitab Al-Wasaya ]



f. Mengali perigi

Sa’d bin Ubadah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata’”Ibuku telah meninggal dunia. Maka, apakah kebajikan yang lebih baik?” Rasulullah s.a.w menjawab,”Air.” Maka, diapun mengali sebuah perigi dan berkata,”Ini adalah untuk ibunya Sa’d.” [Abu Dawud, Kitab Al-Zakah]



ISU 2: Adakah sumbangan yang soleh di atas terhad kepada anak sahaja?



a. Rasulullah s.a.w dan para sahabat berdoa kepada bukan ahli keluarga mereka

* Ummu Salamah Radhiyallahu 'anha berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam masuk ke rumah Abu Salamah sewaktu matanya masih terbuka, lalu beliau memejamkan matanya. Kemudian bersabda: "Sesungguhnya ruh itu bila dicabut maka pandangannya mengikutinya." Maka menjeritlah orang-orang dari keluarganya, lalu beliau bersabda: "Janganlah kamu berdoa untuk dirimu sendiri kecuali demi kebaikan, karena sesungguhnya malaikat itu mengamini apa yang kamu ucapkan." Kemudian baginda s.a.w berdoa: "Ya Allah berilah ampunan kepada Abu Salamah, tinggikanlah derajatnya ke tingkat orang-orang yang mendapat petunjuk, lapangkanlah baginya dalam kuburnya, terangilah dia didalamnya, dan berilah penggantinya dalam turunannya."[Bulughul Maram, Ibnu Hajar Al-Ashqolani, dan Sahih Muslim.]


* Hadis riwayat Zaid bin Arqam Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berdoa: Ya Allah! Ampunilah orang-orang Ansar, anak-anak kaum Ansar, dan cucu-cucu kaum Ansar [Sahih Muslim, Kitab Keutamaan Sahabat#4561]


* Dari Aisyah Radhiyallahu 'anha , katanya: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam itu setiap malam gilirannya di tempat Aisyah, beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu keluar pada akhir malam ke makam Baqi', kemudian mengucapkan - yang artinya: "Keselamatan atasmu semua hai perkampungan kaum mu'minin, akan datang padamu semua apa-apa yang engkau semua dijanjikan besok yakni masih ditangguhkan waktunya. Sesungguhnya kita semua ini Insya Allah menyusul engkau semua pula. Ya Allah, ampunilah para penghuni makam Baqi' Algharqad ini." (Riyadhus Solihin, Imam Nawawi, Riwayat Muslim)


b. Rasulullah s.a.w solat kepada simati yang bukan ahli keluarganya

* Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu : ia berkata: Bahwa seorang wanita hitam yang biasa menyapu mesjid, suatu hari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam merasa kehilangannya (tidak melihatnya). Lalu beliau bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: Dia sudah meninggal dunia. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menegur: Kenapa kalian tidak memberitahukan kepadaku? Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Tunjukkan aku kuburnya. Setelah ditunjukkan, beliau mensolatinya kemudian bersabda: Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab salatku atas mereka. [Sahih Muslim,Bab 14: Salat di atas kubur ]


c. Rasulullah s.a.w korban untuk dirinya, keluarganya dan umatnya

* Menurut riwayatnya dari hadits 'Aisyah Shallallahu 'alaihi wa sallam bahwa beliau pernah menyuruh dibawakan dua ekor kambing kibas bertanduk yang kaki, perut, dan sekitar matanya berwarna hitam. Maka dibawakanlah hewai itu kepada beliau. Beliau bersabda kepada 'Aisyah: "Wahai 'Aisyah, ambillah pisau." Kemudian bersabda lagi: "Asahlah dengan batu." 'Aisyah melaksanakannya. Setelah itu beliau mengambil pisau dan kambing, lalu membaringkannya, dan menyembelihnya seraya berdoa: "Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah (kurban ini) dari Muhammad, keluarganya, dan umatnya." Kemudian beliau berkorban dengannya.[Bulughul Maram-Ibnu Hajar Al-Ashqolani-]


d. Puasa beramai-ramai untuk simati

* Al-Hasan Radhiyallahu 'anhu berkata, "Jika ada tiga puluh orang yang mengerjakan puasa sehari untuk orang yang meninggal dunia, maka hal itu sudah boleh (cukup)."[Sahih Bukhari, Kitab Puasa, Bab 42, Dimaushulkan oleh Daruquthni dalam Kitab adz-Dzabh dengan sanad sahih.]


ISU 3: Adakah sumbangan di atas terhad kepada amalan yang soleh sahaja?

* Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Bersegera dalam mengurus jenazah, karena jika ia baik maka engkau telah memajukan suatu kebaikan untuknya, dan jika tidak maka engkau menurunkan suatu kejelekan dari lehermu." [Bulughul Maram-Ibnu Hajar Al-Ashqolani-]


* Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Mayit itu akan disiksa dalam kuburnya lantaran ratapan atasnya."[Bulughul Maram-Ibnu Hajar Al-Ashqolani-]Hadis riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Wajib, wajib, wajib. Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Wajib, wajib, wajib. Umar berkata: Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Apa artinya itu? Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Orang yang kalian puji sebagai orang baik, maka wajib baginya surga, sedangkan orang yang kalian katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi [Sahih Muslim, Kitab Jenazah#1578]


* Hadis riwayat Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Tidak ada satu jiwa pun yang dibunuh karena kezaliman kecuali putra Adam pertama (yang membunuh) akan menanggung sebagian dari dosa pembunuhannya karena dialah orang pertama yang melakukan pembunuhan [Sahih Muslim#3177]


3. Penutup

a. Firman Allah s.w.t:

فَالْيَوْمَ لا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (٥٤)

36.54. maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.

* Ganjaran bagi amalan terhadap diri sendiri

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, Apabila seseorang di antara kamu memperbaiki keislamannya, maka setiap kebaikan yang dilakukannya ditulis untuknya sepuluh kebaikan yang seperti itu hingga tujuh ratus kali lipat. Dan setiap kejelekan yang dilakukannya ditulis untuknya balasan yang sepadan dengan kejelekan itu." [Sahih Bukhari, Kitab Iman#32]


* Ganjaran bagi amalan yang diberi kepada muslimin dan muslimat yang mati

Telah dilaporkan oleh Saidina Ali q.w. bahawa junjungan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,” Sesiapa yang melawati beberapa kuburan dan membaca ,”Qul hu wa Allahu Ahad,” sebelas kali dan kemudian dia menyerahkan ganjaran (pahala) bacaannya kepada mereka yang telah meninggal itu, maka dia akan diberi ganjaran bersamaan ganjaran seramai mereka yang telah meninggal itu.” [Dar al Qutni, Durr al Mukhtar, Qiratul Maytah, Bab al-Dafan; al-Suyuti, Sharh al-Sudur]



* Ganjaran bagi amalan yang diberi kepada mukminin dan mukminat yang mati

Abu Harairah berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang melewati kawasan kubur dan membaca surah Al-Fatihah, dan ‘Qulhu waAllahu Ahad, dan ‘Alha kumut Takaathur’ dan berkata; Ya Allah, aku anugerahkan ganjaran dari apa yang aku baca dari KalamMu kepada mukminin dan mukminat pada kuburan ini, mereka pada kuburan itu akan mensyafaatkan dia dihadapan Allah s.w.t. (al-Suyuti, Sharh al-Sudur, ms. 130.)

b. Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Apabila ada orang meninggal dunia terputuslah amalnya kecuali dari tiga hal, iaitu: Sedekah jariyah (yang mengalir), atau ilmu yang bermanfaat, atau anak shaleh yang mendoakan untuknya." [Riwayat Muslim, Bulughul Maram-Ibnu Hajar Al-Ashqolan]

* Kebaktian anak yang soleh terhadap ibubapanya

Dari Malik bin Rabi'ah as-Sa'idi Radhiyallahu 'anhu , katanya: "Pada suatu ketika kita semua duduk-duduk di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam , tiba-tiba datanglah kepadanya seorang lelaki dari Bani Salamah. Orang itu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tuaku setelah keduanya meninggal dunia?" Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Ya, masih ada. Iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mempereratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya." [Abu Dawud]


c. Firman Allah s.w.t.:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (٤٤)

Surah 17:44. Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.


Hadith riwayat Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayit ini sedang disiksa, namun bukan karena dosa besar. Yang satu disiksa karena ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksa mereka, selama belum kering [Sahih Muslim, Kitab Bersuci#439]


Ulasan:

”Pelepah (daun kurma) yang hidup itu mengucap tasbih, ada kesannya.”


d. Firman Allah s.w.t.:

لا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ....

Surah 2.286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya....


Ulasan:

Tiada huraian yang perlu kecuali kebimbangan terhadap mereka yang mengatakan, “doa orang yang hidup tidak sampai kepada mereka yang mati, kecuali doa anak yang soleh.” Ilmu ini selagi ia disebarkan dan diwarisi oleh orang lain, maka ia akan menjadi amal berterusan penyebar yang mati itu selagi ilmu ini terus disebarkan.


e. Firman Allah s.w.t.:

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Surah 59.10. dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan RahmatMu".


* Hadith Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

Diriwayatkan Anas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Umatku adalah umat yang diberkati. Ia akan masuk ke kubur dengan dosa-dosannya, tetapi akan keluar tanpa sebarang dosa ke atasnya. Ia akan dibersihkan oleh mereka yang beriman yang berterusan memohon keampunan. [al-Suyuti, Sharh al-Sudur, ms12]

Sumber: admin HALAQAH SUFI. Mohd Nasir Bin Ismail
Amalan kepada ArwahSocialTwist Tell-a-Friend

Keluasan Neraka


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang Kepada Nabi saw ada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari oranglaki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai" Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: > 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Keluasan NerakaSocialTwist Tell-a-Friend

TARIQAH-TARIQAH YANG MU’TABARAH (YANG DIAKUI KEBENARANNYA)

.
Tariqah sebagaimana telah diakui dalam Ilmu Tasawwuf sebagai jalan yang memberi petunjuk dan membawa seseorang itu kepada Tuhannya dengan pengabdian sebenarnya. Justru demikian, jalan untuk menyampaikan kepada maksud dan tujuan itu terbentang luas dan banyak sekali. Kepelbagaian tariqah yang wujud dan bermacam jenis, warna dan caranya tetap kembali yang matlamat yang satu iaitu Taqarrub kepada Allah swt dan akhirnya mancapai Makrifatullah.

Tariqah-tariqah sejak awal kewujudannya telah berkembang pesat dan diamalkan sehingga ke hari ini. Bilangannya banyak sekali. Ada tariqah-tariqah yang merupakan tariqah asas yang dibentuk oleh ahli-ahli Tasawwuf, dan ada juga tariqah-tariqah yang merupakan perpecahan daripada tariqah asas, telah dipengaruhi oleh pendapat para masyaikh tariqah asas, telah dipengaruhi oleh pendapat para masyaikh tariqah yang mengamalkannya di belakangnya atau oleh keadaan setempat, keadaan bangsa yang menganut tariqah-tariqah itu. Banyak diantara perpecahan tariqah-tariqah itu disusun atau diberi istilah-istilah yang sesuai dengan tempat perkembangannya.

Dr Syeikh H.Jalaluddin, seorang pakar ilmu Tasawwuf dan seorang ahli tariqah,telah banyak menulis tentang perkembangan tariqah-tariqah, antara lain tariqah-tariqah yang telah diakui kesahihannya. Beliau menerangkan tariqah-tariqah tersebut ialah:-

1 Tariqah Qadiriyah

2 Tariqah Naqsyabandiyyah

3 Tariqah Syaziliyyah

4 Tariqah Ahmadiyyah

5 Tariqah Rifaiyyah

6 Tariqah Dasukiyyah

7 Tariqah Akbariyyah

8 Tariqah Maulawiyyah

9 Tariqah Qurabiyyah

10 Tariqah Suhrawardiyyah

11 Tariqah Khalwatiyyah

12 Tariqah Jalutiyyah

13 Tariqah Bakdasiyyah

14 Tariqah Ghazaliyyah

15 Tariqah Rumiyyah

16 Tariqah Jastiyyah

17 Tariqah Sya’baniyyah

18 Tariqah Kaisaniyya

19 Tariqah Hamzawiyyah

20 Tariqah Sya’baniyya

21 Tariqah ‘Alawiyyah

22 Tariqah ‘Usyaqiyyah

23 Tariqah ‘Umariyyah

24 Tariqah ‘Uthmaniyyah

25 Tariqah ‘Aliyyah

26 Tariqah Bakriyyah

27 Tariqah ‘Abbasiyyah

28 Tariqah Haddadiyyah

29 Tariqah Maghribiyyah

30 Tariqah Ghaibiyyah

31 Tariqah Hadiriyyah

32 Tariqah Syattariyyah

33 Tariqah Bayumiyyah

34 Tariqah ‘Aidrusiyyah

35 Tariqah Sanbliyyah

36 Tariqah Malawiyyah

37 Tariqah Anfasiyyah

38 Tariqah Sammaniyyah

39 Tariqah Sanusiyyah

40 Tariqah Idrisiyyah

41 Tariqah Badawiyyah


(Buku Mengenal Tasauf & Tarekat, USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD)
TARIQAH-TARIQAH YANG MU’TABARAH (YANG DIAKUI KEBENARANNYA)SocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.