Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: September 2015


Search This Blog

Ahlussunnah Wal Jama'ah

Arti Ahlussunnah ialah Penganut Sunnah Nabi

Arti wal Jama'ah ialah Penganut i'tiqad sebagaimana i'tiqad Jama'ah sahabat-sahabat Nabi.

Kaum Ahlussunnah wal Jama'ah ialah kaum yg menganut i'tiqad sebagaimana i'tiqad yg dianut oleh Nabi Muhammad Saw. dan Sahabat-sahabat nabi Saw.

I'tiqad Nabi dan Sahabat-sahabat itu telah termaktub dalam al Quran dan Sunnah Rasul secara bertaburan, belum tersusun secara rapi dan teratur, tetapi kemudian dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama Usuluddin iaitu Syeikh Abu Hasan 'Ali al Asy'ari.

Ahlussunnah wal Jama'ah juga disebut sebagai "sunny".

"Apabila disebutkan kaum Ahlussunnah wal Jama'ah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan (faham) Asy'ari dan faham Abu Mansur al Maturidi"
[Kitab Ihtihaf Sadatul Muttaqin, karangan Muhammad bin Muhammad al Husni az Zabidi, dari kita "Ihya Ulumuddin" karangan Imam Ghazali]

Ahlussunnah Wal Jama'ahSocialTwist Tell-a-Friend

73 Golongan 1 Masuk Syurga

Terpecahnya 73 firqah dan hanya satu yang masuk syurga:

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam, bersabda:

Artinya: "Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu". Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: "siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?" Nabi menjawab: "Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri'tiqad) sebagai peganganku (i'tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku"
[Hadits Riwayat Imam Tirmidzi]

Diantara 73 golongan (firqah-firqah) itu ada satu yang benar, iaitu golongan kaum Ahlussunnah wal Jama'ah yang selalu berpegang kepada Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Rasyidin.

72 firqah yang sesat itu adalah berdasarkan pada 7 firqah ini:

1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina 'Ali Kw. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman, Radhiyallahu'anhum.
Kaum Syi'ah kemudian berpecah menjadi 22 aliran.

2. Kaum Khawarij, iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Saidina 'Ali Kw. bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Saidina 'Ali. Firqah ini berfatwa bahwa orang-orang yang membuat dosa besar menjadi kafir.
Kaum Khawarij kemudian berpecah menjadi 20 aliran.

3. Kaum Mu'tazilah, iaitu kaum yang berfahaman bahwa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahwa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahwa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam syurga, bahwa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara dua tempat, dan mi'raj Nabi Muhammad hanya dengan ruh sahaja, dan lain-lain.
Kaum Mu'tazilah berpecah menjadi 20 aliran.

4. Kaum Murjiah, iaitu kaum yang memfatwakan bahwa membuat maksiat tidak memberi mudarat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau kafir.

5. Kaum Najariyah, iaitu kaum yang memfatwakan bahwa perbuatan manusia adalah makhluk, iaitu dijadikan Tuhan tetapi mereka berpendapat bahwa sifat Tuhan tidak ada. Kaum Najariyah pecah menjadi 3 aliran.

6. Kaum Jabariyah, iaitu kaum yang memfatwakan bahwa manusia "majbur", artinya tidak berdaya apa-apa. Tidak ada usaha sama sekali, Kaum ini hanya 1 aliran.

7. Kaum Musyabbihah. iaitu kaum yang memfatwakan bahwa ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk di kerusi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya.
Kaum ini hanya 1 aliran saja.

Jadi jumlahnya adalah 72 aliran;
Kaum syiah 22 aliran
Kaum Khawarij 20 aliran
Kaum Mu'tazilah 20 aliran
Kaum Murjiah 5 aliran
Kaum Najariah 3 aliran
Kaum Jabariah 1 aliran
Kaum Musyabihah 1 aliran

Ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham kaum Ahlussunnah wal Jama'ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh Nabi Muhammad Saw. dalam hadits yang diriwayatkan Imam Tirmidzi.

Adapun Kaum Qadariyah termasuk golongan kaum Mu'tazilah, kaum Bahaiyah dan Ahmadiyah Qad-yan masuk golongan kaum Syi'ah, kaum Ibnu Taimiyah masuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari faham Ibnu Taimiyah.

73 Golongan 1 Masuk SyurgaSocialTwist Tell-a-Friend

Bahaya Syiah

Bermacam-macam keganjilan yang dibuat oleh Syiah terhadap Islam. Di antaranya:

1.Tentang ibadah solat.
Imam solat mereka, solat di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).

2. Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat  segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain. Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi daripada tanah.

3. Bila selesai baca tahiyyat akhir mereka akan tepuk kedua-dua peha tiga kali dengan kedua-dua tangan. Walhal ikut mazhab kita menggerakkan anggota tiga kali berturut-turut akan membatalkan solat. Setengah mereka ada memberi salam sambil berpaling ke kanan tapi setengahnya tidak. Mungkin pada mereka itu sunat saja.

4. Azan pun berbeza. Selepas mengucapkan "Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah" ditambah kalimah: "Wa Anna Aliyyan Wali Yullah". Dan selepas mengucapkan "Haiyya 'Alal Fallah" ditambahkan lagi dengan "Haiyya 'Alal Khairil 'Amal.

5. Wudhu' mereka tidak perlu basuh kaki. Cukup disapu saja dengan air.

6. Syarat untuk solat Jumaat di satu tempat ialah tidak boleh buat dua Jumaat kecuali sudah sampai kawasan dua marhalah. Kalau di bandar Tehran maknanya semua penduduk bertumpu ke satu masjid saja. Jadi beratus-ratus ribu oranglah solat di satu masjid. Khutbahnya panjang tidak kurang dari satu jam. Gambar Khomeini dan timbalannya besar-besar diletakkan di kiri dan kanan masjid. Seelok-elok saja selesai solat Jumaat, mereka jamak dan qasarkan asar ke zuhur.

7. Waktu solat Jumaat ada seorang tukang seru berdiri di depan imam. Bila imam rukuk dia pun seru kuat-kuat: "Rukuk". Kalau berdiri dia seru: "Qiyam!". Dan seterusnya dia sendiri tidak solat Jumaat sampai akhir.

8. Selalunya kalau ada yang menyebut Rasulullah, nanti yang lain menyahut dengan solawat untuk Rasulullah satu kali. Tapi kalau tersebut Khomeini maka bergemalah solawat sebanyak tiga kali.

9. Setiap pagi Jumaat tanah perkuburan penuh dengan beribu-ribu orang, termasuk ulama. Jadi macam pesta. Tanah perkuburan meriah dengan doa, syarahan dan majlis makan. Di Syiria, maqam-maqam Ahlil Bait diziarahi oleh rakyat Iran sambil memukul-mukul badan ke maqam, meratap-ratap dan menangis. Perempuan ramai buat begitu. Lelakinya tolong melagukan lagi supaya lebih kuat dan lebih lama tangisan itu. Bising tanah perkuburan dengan suara-suara ratapan itu. Berbeza sungguh cara orang Iran dengan kita. Tiap-tiap kubur di Iran diletakkan bendera-bendera dan gambar-gambar si mati. Sesetengahnya pula gambar Sayidina Ali dan gambar Imam Mahdi.

10. Tentang Imam Mahdi, orang Iran percaya Mohammad bin Al Askari, Imam mereka yang ke 12, yang ghaib waktu kecil (belum baligh) akan datang lagi untuk jadi Imam Mahdi. Mereka menunggu-nunggu kedatangannya dengan ghairah sekali. Sebab itu dinding-dinding bangunan, di tembok dan di kubur-kubur ada ditampalkan gambar "Imam Mahdi" sedang tidur.

Kita Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya juga akan kedatangan Imam Mahdi. Tapi namanya bukan Mohammad bin Hassan Al Askari tapi Muhammad bin Abdullah. Dan kita tidaklah sampai ke tahap melukiskan gambar. Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah khilaf dalam menentukan siapa Imam Mahdi. Tapi tidaklah sampai meletakkan gambar.

11. Di Iran, jubah, serban hanya dipakai oleh ulama dan pelajar agama, yang bukan ulama pakai macam biasa, berseluar ketat dan kepala gondol. Walhal jubah serban ialah pakaian Rasulullah dan layak dipakai oleh sesiapa juga umatnya.

12. Setiap hari 10 Rejab, di Iran khususnya di Karbala orang-orang Syiah buat perayaan memukul diri, meratap-ratap dan menangis-nangis dengan suara tinggi menyesali kematian Sayidina Hussin. Jelas sekali Rasulullah melarang meratapi mayat. Tapi Khomeini tidak pernah tegur anak buahnya yang buat begitu. Kalau benar perjuangkan makruf dan mencegah kemungkaran, kenapa maksiat sebesar itu didiamkan saja.

Maka jelaslah bagi kita bahawa banyak penyelewengan yang dilakukan Syiah. Mereka telah mempermain-mainkan Al Quran dan Sunnah.

############################

[Bahaya Syiah]

Syiah adalah satu mazhab yang menganut aqidah dan ibadah yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Perbezaan antara Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah:

1. Syiah Imamiah menokok tambah Al Quran yang asal Jumhurul Muslimin hingga bilangan ayat dan susunannya berubah sama sekali. Al Quran yang sebenarnya ada 6666 ayat.

2. Syiah Imamiah menolak banyak hadis sahih yang kebanyakkannya diriwayatkan oleh sebahagian sahabat besar. Tapi memasukkan kata imam-imam mereka sebagai hadis. Sebab itu mereka ada kitab hadis mereka sendiri namanya Usulul Kafi mengandungi 16000 hadis berbanding kitab hadis Bukhari yang mengandungi lebih kurang enam ribu hadis sahih.

3. Syiah Imamiah menganggap imam mereka maasum. Ucapan dan perbuatan mereka dikatakan hadis.

4. Imam mereka lebih mulia daripada para malaikat, Rasul dan para Nabi.

5. Para Imam mereka juga dikatakan mendapat wahyu.

6. Syiah Imamiah menganggap tiga orang Khulafaur Rashidin iaitu Abu Bakar, Umar, Usman itu fasik dan zalim, bahkan kafir. Malah setengah kitab-kitab mereka mengkafirkan serta melaknat sahabat besar, kecuali beberapa orang sahaja.

7. Syiah Imamiah menganggap isteri-isteri Rasulullah terutama Sayidatina Aisyah, Sayidatina Habsah dan Sayidatina Zainab bukan Ahlul Bait malah dikafir serta dilaknat.

8. Syiah Imamiah menganggap kerajaan selain daripada zaman pemerintahan Rasulullah dan Sayidina Ali adalah kerajaan thaghut. Seterusnya Ahli Sunnah Wal Jamaah dianggap musuh mereka seperti orang kafir.

9. Syiah Imamiah menganggap di zaman tidak ada imam, maka yang layak memerintah hanya ulama Syiah. Ulama AHli Sunnah tidak layak. Malah kata mereka kalau berada di bawah pimpinan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (dan selain Syiah) tidak wajib diikuti dan turut berjuang bersama. Kerana kepimpinan mereka tidak sah.

Lain2 keyakinan Syiah Imamiah:

10. Imam boleh memansuhkan hukum syariat

11. Mereka menuduh Nabi berbohong

12. Ulul Azmi meminta keuzuran daripada Allah

13. Para Nabi tidak tahu usul aqidah kecuali sesudah jadi Nabi

14. Perlantikan Rasul adalah wajib pada Allah

15. Para Rasul ada yang hasad dengki seperti Nabi Adam

16. Siapa yang tidak mengiktiraf imam mereka dianggap kafir

17. Mereka menganggap Siti Fatimah mendapat wahyu, dan wahyu itu ditulis oleh Sayidina Ali menjadi Mushaf Fatimah (Al Quran Fatimah)

18. Imam-imam mereka lebih alim daripada para Nabi kecuali Rasulullah SAW.

Banyak perkara di atas adalah perkara yang berkait dengan aqidah. Sesiapa yang menganut fahaman itu bererti menganut satu aqidah yang jauh bezanya dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya bukan menghukumkan sesat atau kafir pada puak ini. Terpulang pada para pembaca untuk menentukan apakah "title" yang layak pada mereka.

Dalam perkara ibadah iaitu hukum halal dan haram, terjadi juga perbezaan besar antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Antara yang paling menonjol ialah:

1. Menghalalkan nikah mut'ah (nikah kontrak).

2. Menghalalkan nikah dengan wanita Yahudi dan Nasrani.

3. Menganggap Nabi dan Imam mereka melakukan takiyah setiap kali mereka itu melakukan amalan umum umat Islam (yang berbeza dari yang Syiah katakan).

4. Hanya menyapu air di kaki ketika wudhu', tidak membasuh kaki.

5. Menganggap pemerintahan selain Rasulullah, Sayidina Ali dan Syiah adalah thaghut.

6. Menganggap tidak sah kepimpinan Ahli Sunnah

7. Tidak wajib taat kepada pemimpin selain Syiah.

8. Nikah mut'ah boleh dilakukan beberapa banyak perempuan.

Bagi Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengamal atau meyakinkan perkara-perkara di atas adalah termasuk perbuatan keji dan haram.

Demikianlah Syiah Imamiah menyimpang dari Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu bukan saja tentang perkara furu'iah tapi adalah aqidah. Ini merupakan bahaya yang paling besar bagi orang Islam. Bila aqidah menyimpang dari kebenaran, ibadah lain walau sebanyak mana pun tidak bernilai. Wallahu'alam

#############################

[Bahaya Syiah]

Syiah hanya wujud di zaman akhir Sayidina Ali k.w, iaitu pada tahun 37 Hijrah. Bukannya zaman Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam masih ada. Ertinya Syiah wujud sesudah wafat Rasulullah dan khalifah yang tiga. Kalau begitu Syiah bukan merupakan puak atau ajaran yang seperti apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Malah ia termasuk dalam golongan yang terpisah dari ajaran asal yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah. Yakni salah satu dari 72 puak yang disabdakan oleh Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam:

Ertinya: "Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada ditangan-Nya, sungguh ummatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan, yang satu (1) golongan masuk syurga dan yang tujuh puluh dua (72) golongan akan masuk neraka." Lalu beliau ditanya, "Wahai Rasulullah, siapakah mereka (yang masuk syurga)?" beliau menjawab: "Iaitu Al Jama'ah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)."" [Sunan Ibnu Majah hadits no.3982]

#############################

[Bahaya Syiah]

Nikah Mut'ah.

Satu fatwa yang sangat sesat dari Kaum Syiah ialah menghalalkan nikah mut'ah.

Cara nikah mut'ah itu ialah, bahawa dua orang lelaki dan perempuan tanpa wali dan tanpa saksi nikah dengan akad: Mengahwini aku akanmu selama seminggu (umpamanya) dengan upah xx500.

Mereka bergaul seminggu dan sesudah seminggu nikahnya tercerai sendirinya.

Iddah wanita yang tercerai dari nikah mut'ah ini adalah 2 kali haidh wanita yang berhaidh dan 45 hari bagi wanita yang tidak berhaidh.

Nikah mut'ah boleh saja dengan banyak wanita, tidak perlu hanya dibolehkan sampai empat sebagai kahwin biasa.

Kaum Syiah mengambil dalil dari ayat Quran:
Artinya: "(menurut Syiah) Maka wanita-wanita yang telah kamu istimta' dengan mereka, berikanlah kepada mereka upah mereka, sebagai suatu kewajipan" [An Nisa: 24]

Dalam ayat ini - kata orang Syiah - kita boleh istimta' (bersenang-senang) dengan wanita asal dibayar upahnya. Istimta' itu ialah mut'ah, katanya.

Kaum Ahlussunnah wal Jama'ah dan Imam-imam yang berempat menganggap bahwa nikah mut'ah itu sama saja dengan zina, terlarang dan haram hukumnya.

Arti ayat an Nisa' 24 ini bukanlah menghalalkan mut'ah, tetapi ayat semata-mata bergantung dengan soal nikah.

Arti yang sebenarnya dari ayat ini ialah:
"Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) berikanlah kepada mereka maharnya dengan sempurna sebagai suatu kewajipan".

"Ujur" dalam ayat ini bukan berarti "upah", tetapi berarti "mahar", sebagai juga yang tersebut dalam ayat:
Artinya: "Maka kahwinilah mereka dengan seizin tuannya dan berikanlah mahar (mas kawin) dengan cara yang patut". [An Nisa': 25]

Di situlah terletak kesalahan Syiah, sampai menghalalkan yang haram, tersebab kerana tersalah dalam mengartikan "ujur".

#############################

[Bahaya Syiah]

I'ttiqad At Taqiyah bagi kaum syiah adalah menyembunyikan faham yang sebenarnya dan melahirkan yang lain daripada yang ada dalam hati.

Faham at taqiyah ini sama dengan "membohong"

Mereka kaum Syiah kalau melihat bahwa yang berkuasa kaum Ahlussunnah maka mereka pura-pura Ahlussunnah, kalau Khawarij berkuasa maka mereka pura-pura Khawarij dan kalau kaum Mu'tazilah berkuasa maka mereka menjadi Mu'tazilah pula.

Hal ini bukan tidak sengaja, tetapi wajib dibuat begitu dan ini salah satu dasar kepercayaan Syiah.

Orang kalau belum pandai bertaqiyah belum boleh dinamakan Syiah.

Bagi kaum Ahlussunnah hal ini termasuk golongan orang munafiq yang akan dimasukkan ke dalam alas yang terbawah sekali dari neraka.

Nabi Muhammad Saw, bersabda:
"Tanda-tanda orang Munafiq tiga, iaitu: Membohong apabila berkata, berdusta apabila berjanji, berkhianat apabila dipercayai"
[HR Imam Bukhari dan Muslim]

Bahaya SyiahSocialTwist Tell-a-Friend

Sifat 70

Sifat 70 bagi Allah swt.
(TUAN GURU HAJI DAUD, BUKIT ABAL)

1. Ada

2. Sedia

3. Kekal

4. Bersalahan bagi segala mumkin

5. Berdiri Allah swt dengan sendiri

6. Esa

7. Hidup

8. Tahu

9. Kehendak

10. Kuasa

11. Mendengar

12. Melihat

13. Berkata-kata

14. Tidak berupa berbagai

15. Tidak bertubuh, bernyawa

16. Tidak berjuzuk, beranggota

17. Tidak berhad, berkadar

18. Tidak dikelilingi oleh sesuatu

19. Tidak bertempat, di mana-mana tempat

20. Tidak berpihak, di mana-mana pihak

21. Tidak bermasa, di mana-mana masa

22. Tidak bagiNya apa-apa pihak

23. Tidak bercahaya dengan apa-apa cahaya

24. Tidak berwarna dengan apa-apa warna

25. Tidak bersifat dengan segala sifat mumkin

26. Tidak berubah Zat Nya dan Sifat Nya

27. Tidak dapat dibanding-banding

28. Tidak dapat dilihat dengan mata luar dan dalam

29. Tidak dapat didengar dengan telinga luar dan dalam

30. Tidak dapat dengan pencium luar dan dalam

31. Tidak dapat dengan kecap luar dan dalam

32. Tidak dapat dengan perasa ( sentuh, jamah ) luar dan dalam

33. Tidak dapat dengan perasan otak

34. Tidak dapat dengan lintasan hati

35. Tidak dapat dengan fikiran dan akal

36. Tidak kecil, besar

37. Tidak tinggi, rendah

38. Tidak gerak, diam

39. Tidak dapat dengan waham (sangkaan)

40. Tidak berpindah, tetap

41. Tidak pergi, datang

42. Tidak turun, naik

43. Tidak berdiri, duduk

44. Tidak tidur, jaga

45. Tidak makan, minum

46. Tidak senang, susah

47. Tidak mudah, payah (susah)

48. Tidak aqal, nafsu

49. Tidak hati, otak

50. Tidak fikir, tilik

51. Tidak niat, cita

52. Tidak suka, duka

53. Tidak jauh, dekat

54. Tidak berhubung, bercerai dengan sesuatu

55. Tidak bercampur, bergaul dengan sesuatu

56. Tidak masuk, mengaib di dalam sesuatu

57. Tidak berluar, berdalam Zat Nya

58. Tidak bertempat penuh di dalam alam dan luar alam yang tidak bertepi

59. Tidak diatasi, atas Allah oleh sesuatu

60. Tidak membangkit oleh sesuatu, berbuat Allah swt akan sesuatu, akan menghukumkan Nya

61. Tidak sampai aqal akan haqiqat Zat Nya dan Sifat Nya, oleh sesiapapun dari dunia hingga akhirat

62. Terkaya Allah swt daripada sesuatu

63. Meliputi adanya di dalam alam dan luar alam yang tidak bertepi

64. Dapat dilihat oleh orang mukmin di akhirat dengan tidak berupa berbagai

65. Tidak sibuk dan membimbang Allah swt dengan sesuatu

66. Tidak bertempat di hati orang mukmin

67. Harus dilihat di dunia, tetapi janji Nya tak jatuh sekali-kali di dunia ini melainkan Nabi Muhammad saw sahaja

68. Harus bagi Nya berbuat mumkin, segala mumkin adalah kejadian Allah swt semata-mata

69. Ada bagi Allah swt beberapa sifat sempurna yang tidak terhingga banyaknya, segala sifat-sifat yang tidak terhingga banyaknya itu sempurna kesemuanya dan wajib, melainkan satu jua, iaitu sifat harus, dinamakan Sifat Af'al

70. Mustahil bagi Allah swt segala lawan sifat-sifat itu dan tiap-tiap sifat mumkin dan tiap-tiap sifat kurang, tiada terhingga banyaknya (mustahil itu)

**************************************

Jika, meliputi ada Allah Taala dan rata adaNya di dalam tiap-tiap zarah alam dan luar alam dan tiap-tiap juzuk keduanya itu bukan semacam meliputi dan rata mumkin ini hanya meliputi dan rata sebagaimana di bawah ini:

1. Mahasuci daripada HULUL yakni daripada bertempat pada tiap-tiap itu.

2. Mahasuci daripada ITTIHAD yakni daripada bersatu dengan tiap-tiapnya itu.

3. Mahasuci daripada ITTISHAL yakni daripada berhubung dengan tiap-tiapnya itu.

4. Mahasuci daripada INFISAL yakni daripada bercerai dengan tiap-tiapnya itu.

5. Mahasuci daripada DAHUL yakni daripada masuk di dalam tiap-tiapnya itu.

6. Mahasuci daripada TADAHUL yakni daripada bermasuk di dalam tiap-tiapnya itu.

7. Mahasuci daripada BERHAD yakni daripada bersakat pada tiap-tiapnya itu.

8. Mahasuci daripada BERKADAR yakni daripada ukuran pada tiaptiapNya itu.

9. Mahasuci daripada GHAIB yakni daripada lenyap pada tiap-tiapnya itu.

10. Mahasuci daripada MUKHOLATAH yakni daripada bercampur-gaul pada tiap-tiapnya itu.

11. Mahasuci daripada INTIDAD yakni daripada terhampar berpegangan daripada suatu zarah dan suatu juzuk kepada suatu zarah dan suatu juzuk daripadanya itu.

12. Mahasuci daripada dikeliling dan lingkungi oleh apa-apa suatu.

13. Mahasuci daripada berpehak mana-mana pihak dalam tiap-tiapnya. itu.

14. Mahasuci daripada berupa berbagai dan apa-apa kifiat dalam tiap-tiapnya itu.

15.Mahasuci daripada isyarat dan tunjuk kepadanya dengan perkataan.

- Dan tetaplah bukan ia daripada jenis jirim barang mana jirim pun.

- Dan bukan ia daripada jenis aradh bagaimana aradh pun.

- Dan bukan ia daripada jenis jauhar bagaimana jauhar pun.

- Dan bukan ia jauhar mujarrad (halus) barang mana jauhar mujarrad pun.

Sifat 70SocialTwist Tell-a-Friend

Aurat Wanita Islam

Pendapat-Pendapat Mazhab Tentang Aurat Wanita Islam

Kedudukan aurat wanita Islam yang merdeka dinisbahkan kepada lelaki ajnabi, (bukan muhrimnya) berikut adalah pendapat mazhab berhubung dengan aurat:-

Mazhab Syafie

1.Qaul pertama - Semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali. Demikian menurut qaul yang paling sahih atau muktamad.

2.Qaul kedua - Semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup iaitu sebagai langkah menutup pintu fitnah.

Mazhab Hambali

1.Qaul pertama - Semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup.

2.Qaul kedua - Semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali menurut qaul yang paling sahih.

Mazhab Hanafi

1.Qaul pertama - Semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Bagaimanapun jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup dan dua tapak tangan itu.

2.Qaul kedua - Semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki hingga pergelangannya.

Mazhab Maliki

Semua anggota tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup.

Dari pendapat mazhab-mazhab di atas menunjukkan bahawa masalah aurat wanita Islam adalah jelas tidak ada perselisihan yang ketara dipandang dari sudut hukum. Dengan itu tidak ada ruang untuk dipertikaikan tentang masalah aurat di mana ia telah menjadi peraturan syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita Islam.

Aurat Wanita IslamSocialTwist Tell-a-Friend

Jom kenali TAREQAT

.
TARIQAT: PENGENALAN, ASAL USUL DAN PERKEMBANGAN

Kata Tariqat berasal dari Bahasa Arab: (طرق), menurut makna bahasa Arab maksudnya: 'jalan' atau 'method', atau 'cara'. Menurut istilah tasauf dalam Islam maksudnya: "suatu jalan/kurikulum kerohanian yang khusus bagi orang-orang yang berjalan menuju Allah mengharungi berbagai rintangan untuk mencapai peningkatan rohani melalui pimpinan mursyid".

Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tariqat, calon penghayat tariqat akan berupaya untuk mencapai hakikat.

Tariqat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t. Secara praktiknya, tariqat adalah himpunan amalan-amalan taqwa (zahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.

Tariqat adalah umpama sebuah madrasah yang mana subjek pengajian utama didalamnya ialah ilmu tasawuf, matlamatnya ialah untuk mencapai maqam ihsan. Ihsan adalah rukun agama yang ketiga yang wajib direalisasikan oleh setiap mukmin untuk menyempurnakan kehidupan agamanya.

Tariqat ialah seumpama organisasi yang menggabungkan Iman (Tauhid) dan Islam (syariat) dalam bentuk Ihsan. Hasilnya melahirkan graduan rohani atau mereka yang mempunyai hati yang selamat sejahtera dibawa pulang ke akhirat

Walaupun pada zaman Rasulullah (saw) nama tariqat belum lagi masyhur namun asal usul perjalanan tariqat ini adalah diambil dari kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat terutama golongan ahli Suffah yang telah menjalani kehidupan yang zuhud dan mursyid atau pembimbing mereka ialah Rasulullah saw. Mereka sentiasa berada didalam Masjid Nabawi untuk mendapatkan bimbingan rohani dari Rasulullah SAW.

Seperti mana perkataan tauhid, fiqh, nahu,saraf, mustalah hadis, dan lain-lain belum wujud pada zaman Rasulullah SAW , yang mana ia hanya muncul selari dengan perkembangan Islam apabila ilmu-ilmu tersebut mula dibentuk dan disusun secara sistematik oleh ulamak Islam yang hidup antara 100-200 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Begitulah hal keadaannya dengan ilmu tariqat dan ilmu tasawuf, apabila ulama melihat perkembangan agama Islam yang semakin meluas dan semakin ramai umat Islam sudah mula mengabaikan aspek kerohanian dan kebatinan yang merupakan intipati agama ini, maka ulama seperti Imam Junaid al-Baghdadi telah mengambil intipati ajaran tasawuf dan tariqat dari al-Quran dan Hadis kemudian disesuaikan proses tarbiah dan tazkiyatun nufus (penyucian jiwa) dengan keadaan zaman, keadaan, murid dan situasi.

Penyusunan ilmu tariqat dikemaskini dengan lebih teratur oleh Syaikh Abdul Qadir al-Jailani(wafat pada 561H) yang mempunyai ribuan murid.

Metodologi tariqat yang digunakan oleh para mursyid (pembimbing tariqat) adalah berbeza namun hampir kesemuanya lebih tertumpu kepada menghubungkan hati kepada Allah setiap masa dan keadaan. Konsep yang dipakai juga berbeza-beza ,ada yang selesa dengan konsep mujahadah, ada yang lebih kepada konsep cinta, ada juga konsep syukur dan sabar, konsep puasa, dan lain-lain.

Tariqat yang asalnya untuk melahirkan mukmin sejati akhirnya telah menghasilkan mujahid-mujahid agama yang bertebaran keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam dengan hikmah dan kasih sayang.

Sejarah membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan ahli tariqat dan tasawuf telah memainkan peranan penting dalam memberi pengaruh kepada dunia Islam dengan membawa amalan Islam dan intipati ajarannya ke seluruh pelosok alam termasuklah alam Nusantara ini.

Seperti mana dalam ilmu tauhid dan fiqah, ada saja golongan yang tersesat didalamnya kerana godaan nafsu, begitu juga nasib yang dialami oleh sesetengah ahli tariqat. Namun amat silap jika seseorang memandang sinis dan langsung meninggalkan ilmu tauhid, fiqah dan tasawuf/tariqat hanya kerana segelintir mereka ada yang tergelincir.

Hakikatnya masih banyak aliran tariqat yang masih berada diatas landasan yang benar dan sahih sehingga kini dalam membawa manusia kepada merealisasikan tujuan kita dicipta Allah Taala di alam dunia ini.

Antara Aliran-Aliran Tariqat dalam Islam

1.   Tarekat Qadiriyah
2.   Tarekat Syadziliyah
3.   Tarekat Naqsabandiyah
4.   Tarekat Yasafiyah dan Khawajagawiyah
5.    Tarekat Khalwatiyah
6.    Tarekat Syatariyah
7.    Tarekat Rifa’iyah
8.    Tarekat Ahmadiyah Idrisiyyah
9.    Tarekat Sammaniyah
10.  Tarekat Tijaniyah
11.  Tarekat Chistiyah
12.  Tarekat Mawlawyah
13.  Tarekat Ni’matuliyah
14.  Tarekat Sanusiyah
15.  Tarekat Alawiyyah / Haddadiyah
16.  Dan lain-lain

Mengenai pengharaman Tarekat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqani di Malaysia mungkin bermaksud ianya tidak sesuai untuk diamalkan di Malaysia atau mungkin sudah tiba masanya untuk pihak berwajib menilai semula sebab musabab tarekat ini diharamkan supaya kebenarannya terzahir.

Meskipun begitu, pengharamannya disini tidak bermakna ia tertolak kerana di negara luar, Tarekat Naqshabandiyyah Aliyyah Haqqani ini tetap disambut dan diterima oleh ulama dunia Islam antaranya Syaikh Dr. Ali Jumuah (Mantan Mufti Mesir), Syaikh Muhammad Yahya al-Kattani (Ulama al-Azhar), Syaikh Muhammad Ghanim(ulama al-Azhar), Syaikh Ahmad (ulama al-Azhar), Syaikh Usamah (Naib Mufti Mesir), al-Habib Ali al-Jufri (Abu Zabi), al-Habib Umar bin Hafiz (Yaman), Syaikh Muhammad al-Ya'qubi (ulama England), Syaikhul Islam Dr. Tahir al-Qadri (ulama Pakistan), Syaikh Ahmad Kuftaru (Mufti Besar Syria), Syaikh Faisal Hamid, Syaikh Yasir al-Kudmani (ulama Syria) Baba Aziz (ulama Patani), Syeikh Nuruddin al-Banjari, Syeikh Rahimuddin (Ulama Indonesia) dan lain-lain.

Usaha yang dibuat oleh Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan menubuhkan Bahagian Pendaftaran Tarekat adalah seharusnya dipuji dan dipandang baik.

Negeri Sembilan yang mengamalkan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah mempunyai Jilsah Al Turuq al-Sufiyyah.

Apakah Jilsah Al Turuq Al Sufiyyah ? - iaitu Jawatankuasa yang terdiri daripada pengamal tareqat yang pakar mengikut landasan al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qiyas berperanan untuk menyelia, mengenalpasti tareqat-tareqat yang diamalkan benar mengikut manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan didaftarkan.

Antaranya terdiri dari Mufti Negeri Sembilan, termasuk Dr Abdul Manam, Dr Jahit Sidek, Dr Sulaiman bin Ibrahim.

Jadi tidak timbul kekeliruan akibat orang yang tidak ahli tiba-tiba bercakap mengenai tareqat dan kemudian menyesatkan pula tareqat dan ahli tasawwuf.

Info :

1. Jilsah Al Turuq al Sufiyyah : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf

2. Senarai anggota : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tarekat-tassawuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/611-senarai-anggota-jilsah-al-turuq-al-sufiyyah

3. Enakmen Tarekat Tasawwuf : http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/607-pengenalan-enakmen

4. Pelan Strategik : http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/610-pelan-strategik-jabatan-mufti-kerajaan-negeri-negeri-sembilan-darul-khusus-2011-2015-bahagian-tarekat-tasawuf

5. TAREQAT TASAWWUF YANG BERDAFTAR DAN DILULUSKAN :
http://muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/161-tarekat-tassawuf-berdaftar

6. Arkib Tarekat Tasawwuf : http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf

Mengandungi senarai tokoh tarekat tasawwuf, himpunan doa dan zikir, kertas kerja dan sebagainya.

Semoga negeri-negeri lain di Malaysia mempunyai badan yang berfungsi seperti ini juga. Serahkan urusan pada ahlinya !

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Jom kenali TAREQATSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.