Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Aurat Wanita Islam


Search This Blog

Aurat Wanita Islam

Pendapat-Pendapat Mazhab Tentang Aurat Wanita Islam

Kedudukan aurat wanita Islam yang merdeka dinisbahkan kepada lelaki ajnabi, (bukan muhrimnya) berikut adalah pendapat mazhab berhubung dengan aurat:-

Mazhab Syafie

1.Qaul pertama - Semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali. Demikian menurut qaul yang paling sahih atau muktamad.

2.Qaul kedua - Semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup iaitu sebagai langkah menutup pintu fitnah.

Mazhab Hambali

1.Qaul pertama - Semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Walau bagaimanapun jika mendedahkannya boleh menimbulkan fitnah, maka wajib juga ditutup.

2.Qaul kedua - Semua anggota tubuh adalah aurat tanpa kecuali menurut qaul yang paling sahih.

Mazhab Hanafi

1.Qaul pertama - Semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Bagaimanapun jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup dan dua tapak tangan itu.

2.Qaul kedua - Semua anggota tubuh adalah aurat kecuali muka, dua tapak tangan dan dua tapak kaki hingga pergelangannya.

Mazhab Maliki

Semua anggota tubuh wanita adalah aurat kecuali muka dan dua tapak tangan. Jika mendedahkannya ditakuti boleh mendatangkan fitnah, maka wajib juga ditutup.

Dari pendapat mazhab-mazhab di atas menunjukkan bahawa masalah aurat wanita Islam adalah jelas tidak ada perselisihan yang ketara dipandang dari sudut hukum. Dengan itu tidak ada ruang untuk dipertikaikan tentang masalah aurat di mana ia telah menjadi peraturan syarak yang wajib dipatuhi oleh setiap wanita Islam.

Aurat Wanita IslamSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.