Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: March 2011

Search This Blog

SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)



Maksud:
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakanku. dan aku adalah hamba Mu. dan aku atas ketentuanMu. dan (atas) perjanjianMu yang termampu aku lakukan. aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang aku telah lakukan. aku mengakui padaMu akan kenikmatan yang telah Engkau kurniakan kepadaku. dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunkanlah aku. sesungguhnya tiada yang memberi pengampunan dosa-dosa melainkan Engkau.
SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)SocialTwist Tell-a-Friend

MEMULIHKAN PENYAKIT NYANYUK DAN LUPA


Letakkan tangan di atas kepala setiap kali selepas solat dan membaca ayat ke-6 surah al-A‘laa sebanyak 7 kali.

Sumber
MEMULIHKAN PENYAKIT NYANYUK DAN LUPASocialTwist Tell-a-Friend

LINTASAN HATI & WAS-WAS

.
Dipetik daripada buku ‘ Jiwa: Penyakit dan Penawarnya’ terbitan Jabatan Mufti ada menyebut pada penyakit yang ke-9, halaman 25:

Nafsu itu akan mencetuskan lintasan atau bisikan yang jahat supaya dapat mempengaruhi jiwa untuk melakukan dosa.

Rawatannya, ialah menolak bisikan itu daripada permulaan lagi supaya ia tidak dapat menguasai jiwa dengan cara sentiasa berzikir, mengekalkan sifat Khauf (takut kepada Allah) dalam diri berdasarkan kepada ilmu bahawa Allah mengetahui rahsiamu sepertimana manusia mengetahui segala yang nyata yang ada pada dirimu.

Ibrahim al-Khawwas berkata: ‘Dosa yang pertama ialah lintasan hati, sekiranya empunya diri tidak menolaknya, ia akan menjadi was-was, apabila ia tidak disingkirkan dengan mujahadah nescaya syahwat dan hawa nafsu akan menguasai dan menutupi pandangan akal, ilmu dan keterangan.
Sehubungan dengan itu, disarankan perbanyakkan zikir atau menyibukkan diri dengan amal ibadah bagi membuang lintas hati dan was-was.

Sumber
LINTASAN HATI & WAS-WASSocialTwist Tell-a-Friend

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

.
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1.Melaksanakan perintah Allah.

2.Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3.Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4.Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5.Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6.Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7.Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8.Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9.Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10.Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11.Allah akan menutupi segala dukacita.

12.Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13.Mendapat darjat al-Sidq.

14.Ditunaikan segala hajat.

15.Salam sejahtera pada hari kiamat.

16.Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17.Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18.Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19.Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20.Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21.Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22.Tidak akan merasai fakir.

23.Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24.Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25.Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26.Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27.Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28.Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29.Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30.Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31.Mendapat keberkatan daripada Allah.

32.Mendapat kesempurnaan iman.

33.Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34.Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36.Teguh pendirian dengan kebenaran.

37.Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38.Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39.Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40.Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41.Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

42.Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Sumber
KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.WSocialTwist Tell-a-Friend

ANAK KUNCI NERAKA & SYURGA

.
مفتاح جهنّم الغفلة ومفتاح الجنة الذكر والحضور مع الله تعالى

Yang bermaksud, Anak kunci bagi Neraka Jahannam adalah sifat lalai, dan anak kunci Syurga adalah zikir (sentiasa mengingati Allah) dan sentiasa hadir (beribadat) dengan Allah.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Sumber
ANAK KUNCI NERAKA & SYURGASocialTwist Tell-a-Friend

Syair Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi


Siapa tak menempuh jalan leluhurnya, pasti 'kan bingung dan sesat.
Wahai para cucu Nabi, tempuhlah jalan mereka.

Tempuhlah jalan lurus dan jauhilah segala bid’ah.
Pergilah bersama yang mencintai dan mentaati Allah.

Dalam beramal dan menahan diri, teladanilah mereka tapak demi tapak.
Berkat para salafmu, kau 'kan mendapat banyak manfaat.

Luas, agung dan mulia budi pekerti mereka.
Dalam tariqahnya, takkan kau dapati perselisihan atau sengketa.

Dengan penuh semangat, beramallah mereka dengan tulus.
Meningkatlah kedudukan mereka, tinggi dan mulia.

Tak mereka diamkan yang haus dalam kehausannya dan yang lapar dalam kelaparannya.
Dengan pekerti luhur, mereka usahakan jalan ‘tuk mengatasinya.

Dengan amal soleh, mereka muliakan masjid dan muka bumi.
Bergegas menyambut seruan manusia yang mereka cintai dan taati.

Iaitu sebaik-baiknya Nabi dan semulia-mulianya pemberi petunjuk dan dai.
Ketika beliau berdakwah kepada mereka, mereka pun mendengarkannya sepenuh hati.

Dengan semangat mereka berusaha ‘tuk segera meraih kedudukan mulia.
Tanpa angin atau layar, perahu pun berangkat berkat mereka.

Tetapi dengan inayah Allah perahu berlayar dengan taat, tak menentang.
Anugerah Allah ini dikhususkan untuk mereka yang patuh, tak membangkang.

Demikianlah ucapanku ini dan yang semisal ini selalu sedap di telinga.
Dengarkan dan pahamilah syair ini, didalamnya terhimpun segalanya.

Hiruplah keharuman ini, kerana ia tersebar di antara ahlinya.
Ya Allah, aku datang ke hadiratMu dengan suatu maksud dan tujuan.

Aku mengakui kelemahan, ketidaksempurnaan dan ketidakkuasaanku,
maka sempurnakanlah kekuranganku kerana ‘ku memang tak sempurna.

Tiada sandaran bagiku kecuali beliau yang keharuman namanya tersebar memenuhi alam semesta,
sebaik-baiknya Nabi yang cahayanya meredupkan segala cahaya.

(Diambil dari Ulama Hadramaut, Habib Umar Bin Hafiz, cetakan 1, penerbit Putera Riyadi Solo)
Syair Habib Ali bin Muhammad Al-HabsyiSocialTwist Tell-a-Friend

Pengertian Tasauf

.
Definisi ilmu tasauf

Dalam kitab Qawaid at-Tasauf, Sheikh Ahmad Zaruq mengatakan tasauf mempunyai dua ribu definisi dan boleh dirujuk kepada kitab-kitab tasauf muktabar untuk mengetahuinya. Beberapa definisi akan diterangkan berikutnya.

Begitu banyak definisi ilmu tasauf adalah kerana keikhlasan untuk menghadapkan diri kepada Allah swt dapat dicapai dengan beramal dengan ilmu syariat. Setiap ulama’ tasauf mempunyai pengalaman kerohanian berbeza-beza dan setiap definisi berdasarkan pengalaman kerohanian masing-masing.

Antara definisi ilmu tasauf oleh ulama' tasauf

Ibnu Ajibah berkata, ”Tasauf adalah ilmu yang dengan nya diketahui cara untuk mengenal Allah, membersihkan hati dari sifat-sifat tercela (mazmumah) dan menghiasi dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Awal tasauf ialah ilmu, tengahnya adalah amal, dan akhirnya adalah kurnia."

Abu Hassan Syazili berkata, ”Tasauf adalah ilmu untuk melatih jiwa, bagaimana bersungguh-sungguh beribadat dan mengembalikannya kepada hukum hakam Allah.”

Ahmad Zaruq berkata, ”Tasauf adalah ilmu yang bertujuan membaiki hati dan menumpukan kepada Allah sahaja.”

Abu Bakar Al-Kattani berkata, ”Tasauf adalah suci dan menyaksikan.”

Dan banyak lagi definisi yang terdapat dalam kitab-kitab tasauf muktabar seperti Ihya’ Ulumuddin oleh Imam Ghazali, Risalah Qushairiah oleh Sheikh Qushairi, Al-Luma’ oleh Al-Tusi dan lain-lain lagi.

Ada yang berpendapat kata tasauf berasal dari kata shifah (sifat), sebab seorang sufi adalah seorang yang menghiasi diri dengan segala sifat terpuji dan meninggalkan sifat tercela.

Ada yang berpendapat bahwa kata tasauf berasal dari kata shafa (bersih), sebab, seorang sufi adalah bersih dari segi zahir dan batin nya.

Ada yang berpendapat bahwa kata tasauf berasal dari dari kata shufah (suffah), sebab seorang sufi mengikut ahlus suffah dalam sifat yang telah ditetapkan oleh Allah bagi mereka, sebagaimana firman Nya dalam surah Al-Kahfi ayat 28, artinya "dan bersabarlah kamu bersama orang-orang yang menyeru tuhan mereka."

Dan ada lagi beberapa akar kata tasauf seperti shafwah (orang suci), shaff (saf), shuf kasyin (bulu yang kasar).

--------o0o0o----------

Terdapat sesetengah ulama’ mengatakan tasauf tidak ada dizaman Nabi saw. Walaupun tidak ada tetapi kandungan ilmu tasauf telah diamalkan di masa Nabi saw dan sahabat baginda seperti ikhlas beribadat, berakhlak mulia, cinta kepada Allah, sabar, tawakkal, zuhud dan lain-lain lagi. Ia seperti juga istilah feqah, usuluddin, nahwu, saraf, tajwid tidak ada di zaman nabi saw, tetapi diterima dan diguna pakai sampai keperingkat Universiti. Tetapi bila sebut sahaja istilah tasauf dan tarekat, segera orang ramai akan mengatakan sesat, karut tidak ada di zaman nabi saw. Rupa-rupa nya masyarakat membicara perkara istilah sahaja dan tidak melihat kepada perkara yang dibicarakan. Oleh itu, lihatlah kepada apa yang dibicarakan dan bukan bertelagah berkenaan istilah bertahun-tahun lamanya.

Amalan tasauf sudah ada dizaman Nabi saw, buktinya dari hadis Jibril as, bila Jibril as bertanya tentang arti ihsan, lalu Nabi saw menjawab: ”Hendaklah kamu beribadat seolah-olah melihat Allah. Jika kamu tidak dapat melihat Allah, Allah melihat kamu”.
Ihsan itulah tasauf. Asas dari tasauf adalah wahyu samawi yang merupakan bahagian dari ajaran ugama, yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. Tasauf adalah maqam ihsan. Ihsan adalah salah satu dari tiga elemen dasar ugama. Inilah Jibril yang datang mengajar kamu tentang ugama kamu. Kata Nabi saw. Tiga dasar ugama itu ialah iman islam & ihsan.

Ihsan itu adalah tasauf. Lihatlah kepada arti ihsan. arti nya ialah, "hendaklah kamu ibadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak mampu melihat Allah, Allah melihat kamu." Di dalam hadis Jibril as itu ada disebutkan ibadat, ini menujukkan bahwa ibadat tidak akan sah jika tidak ada iman dan islam. Seolah-olah itu adalah musyahadah, iaitu ibadat dalam suasana hati yang suci bersih (basirah). Melihat Allah disini bermaksud musyahadah bukan melihat Zat Allah (kunhi zat). Ahli tasauf mengatakan musyahadah ialah dihadirkan rasa (zauk) kebesaran Allah swt kedalam hati yang bersih. Dihadirkan rasa kebesaran Allah itu, membuatkan ahli tasauf itu merasakan sudah melihat Allah. Sebenarnya mereka tidak melihat hakikat Zat Allah, tetapi hanya syuhud sahaja. Kebesaran, kehebatan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah dapat dirasa oleh hati. Bila hati dapat merasakan kebesaran Allah yang amat menggerunkan dan kasih kepada Allah yang amat mengasyikkan, mereka merasakan seolah-olah melihat Allah disebab tahkik atau jelas. Oleh itu pendapat dan pengalaman kerohanian ahli tasauf itu, sesuai dengan arti ihsan seperti dalam hadis Jibril itu. Dalam hadis Jibril, disebut seolah-olah lihat, dan ahli tasauf mengalami syuhud. Oleh itu tidak ada sebarang percanggahan antara ahli tasauf dengan hadis Jibril tentang ihsan .

Di surah al-A’raaf ayat 143, ada sebahagian ayat yang bermaksud, ”Ya tuhanku, tampakkanlah Diri Mu kepada ku, supaya aku dapat melihat Mu.” Adakah ini bukti boleh melihat Allah? Ayat ini menerangkan yang Allah tidak dapat dilihat. Buktinya, Allah berfirman kepada nabi Musa as, "kamu tidak sekali-kali sanggup melihat Ku. Tetapi lihatlah ke bukit (Thursina) itu. Maka jika ia tetap di tempatnya (seperti sediakala), nescaya kamu dapat melihat ku." Di dalam surah al-A’raaf, ayat 143 ini, jelaslah Allah tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun, walaupun nabi Musa as. Yang boleh hanyalah musyahadah sahaja, kerana musyahadah bukan lihat Zat tetapi hanya dihadirkan rasa (zauk) rahsia kewujudan, keagongan, kehebatan dan kesempurnaan sifat-sifat Allah swt.

Berpandukan kepada surah al-A’raaf, ayat 143 tersebut: "Dan ketika Musa datang untuk munajat dengan kami, pada waktu yang telah kami tentukan dan tuhan telah berfirman kepadanya. Berkatalah Musa as, ”Ya Tuhan ku nampakkanlah diri (Zat ) Mu kepada ku, agar aku dapat melihat Mu.” Tuhan berfirman: ”kamu sekali-kali tidak sanggup melihat ku, tetapi lihat kepada bukit (Thursina) itu, maka ia tetap pada tempatnya, kamu dapat melihatKu. "Tatkala tuhan nya tampak bagi gunung itu, kejadian itu menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa jatuh pengsan. Maka setelah Musa sedar dari pengsan, dia berkata: "Maha suci Engkau, aku bertobat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman."

Tentang ayat dari surah ini, saya telah membuat rujukan dari beberapa kitab tasauf dan mendengar penjelasan dari guru saya, murshid tarekat Ahmadiah Idrissiah. Jelas dari ayat ini, kita tidak akan boleh melihat Zat Allah. Sedangkan nabi Musa as, rasul bertaraf ulul ‘azmi pun tak mampu melihat Zat Allah, yang hanya boleh ialah musyahadah sahaja. Mengikut ulama’ tasauf, bukit itu adalah kejadian Allah, dan terdapat ayat-ayat (tanda-tanda wujud nya Allah) yang tersirat disebalik kejadian bukit itu. Ayat-ayat yang tersirat itu tidak dapat dilihat dengan mata kepala kita, tetapi dengan matahati (basirah). Apabila Allah nyatakan (tajalli) Kebesaran Nya pada bukit itu, Musa as pengsan. Bagi ahli tasauf, pengsan itu dipanggil dengan istilah fana. Bukit itu kelihatan bagi Musa as hancur, bukanlah dari segi fizikal hancur. Bukit Thursina itu masih wujud lagi sekarang. Hancur dalam penglihatan mata kepala Musa as, kerana mata telah menjadi lemah, apabila ruhnya menjadi kuat. Pada masa ruh kuatlah basirah Musa as mampu merasakan kebesaraan Allah swt yang ditajallikan. Ayat-ayat yang tersembunyi disebalik kejadian bukit itu, telah dapat dikesan oleh basirah Musa as dan mengalami syuhud. Lantas Musa as pengsan (fana). Apabila Musa as telah sedar dari pengsan (fana), bukanlah Musa as menjadi bingung. Jika pengsan tentulah Musa as kebingungan, tetapi Musa as telah bermusyahadah dengan Allah swt dengan matahatinya (basirah). Ketika musyahadah itulah Musa as telah mengalami fana kerana terlalu asyik kepada Allah swt. Ini dapat dilihat dari ayat itu, Musa as berkata setelah dia sedar dari fana, yang dia adalah awal-awal beriman. Bukanlah sebelum tajalli itu Musa as tidak beriman dengan Allah, tetapi setelah dapat musyahadah, barulah Musa as yakin dengan diperlihatkan rahsia wujud Allah swt. Jika pengsan seperti kita faham, tentulah tidak dapat berkata akulah orang pertama-tama beriman disebab bingung. Sekian, dapat saya jelaskan sekadar kefahaman yang ada. Bagaimana nak kuatkan ruh mengikut kaedah ahli tasauf & tarekat dan takrif musyahadah akan di terangkan nanti.

Sebahagian orientalis dan murid-muridnya mengatakan tasauf berasal dari ajaran ugama Budha, Kristian, Hindu dan lain-lain. Adakah benar dakwaan ini? Jika merujuk kepada hadis Jibril, kehidupan Nabi saw dan para sahabat, tasauf bukanlah ditiru dari ajaran ugama lain tetapi bersumber dari al-quran dan sunnah Nabi saw. Sebab tujuan tasauf ialah mentauhidkan Allah, sedangkan ugama lain syirik kepada Allah. Ahli tasauf sejati tidak melihat berbilang–bilangnya Allah tetapi mentahkik EsaNya Allah swt secara zauki. Ahli usuluddin, mengenal Allah melalui dalil aqli & naqli. Jika ahli usuluddin belajar ilmu tasauf dan beramal dengan amalan tarekat yang muktabar, barulah boleh mengenal Allah secara musyahadah (zauki). Semua ahli tasauf adalah ahli usuluddin juga pada mulanya tetapi mereka telah belajar ilmu tasauf dan beramal dengan amalan tarekat, maka taraf pengenalan mereka (makrifat) telah meningkat dari taraf ilmu yakin kepada taraf ainul yaqin dan haqqul yaqin, seperti yang dialami oleh Imam Ghazali dan digelar Hujjatul Islam pada mulanya (belum lagi bertasauf dan bertarekat). Kisah Imam Ghazali ini boleh dirujuk kepada kitabnya yang bertajuk al-Munqiz min ad-Dalal (pembebasan dari kesesatan). Oleh itu dakwaan mereka itu adalah palsu dan dengki semata-mata.

Zaman sahabat dan para tabi’in adalah zaman terbaik dan ramai ahli tasauf (sufi) yang muncul di zaman tiga kurun terbaik ini (salaf). Benarkah dakwaan ahli tasauf ini? Zaman sahabat Nabi saw, para tabi’in dan pengikut tabi’in adalah masa keemasan dalam islam. Nabi saw bersabda: "Sebaik-baik masa adalah masa ku ini, lalu masa sesudahnya, lalu masa sesudahnya." (HR.Bukhari dan Muslim)

Pada zaman gemilang ini terdapat juga umat islam yang sudah cinta dunia, malas beribadat. Oleh itu ada segolongan umat islam yang cuba menghidupkan kembali amalan al-Quran dan sunnah di masa Nabi saw dan sahabat, lantas mereka digelar ahli sufi atau tasauf.


Beban-beban syariat yang diperintahkan kepada manusia itulah fungsi ilmu tasauf. Kandungan ilmu tasauf merangkumi ilmu tauhid, feqah dan lain-lain. Jika kita merujuk kepada kitab Ihya’ Ulumuddin, karangan Imam Ghazali, terdapat fungsi ilmu tasauf itu.

Amal-amal yang berkaitan dengan fizikal manusia terbahagi menjadi dua jenis. Pertama, perintah seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Kedua, larangan seperti membunuh, berzina, mencuri, minum arak dan lain-lain.

Amal-amal yang berkaitan dengan hati juga terbahagi dua jenis: Perintah dan larangan. Yang berkenaan dengan perintah adalah iman dengan Allah, malaikat Nya, kitab-kitab Nya dan rasul-rasul Nya. Demikian juga perintah supaya ikhlas, ridha, jujur, khusyuk, tawakkal dan sebagainya. Sedangkan yang berkaitan dengan larangan adalah kufur, kemunafikan, sombong, ujub, riya’, menipu, dendam, dengki dan lain-lain lagi. Oleh itu, kata-kata yang menuduh tasauf tidak ikut syariat adalah salah. Tasauf itu lah ruh syariat atau batin syariat. Syariat hendaklah diamalkan dengan hati yang bersih, ikhlas dengan penuh cinta kepada Allah. Ibadat dengan rasa cinta terjadi sebab pengenalan terhadap Allah telah meningkat dari makrifat secara usuluddin kepada makrifat secara tasauf. Maka fungsi tasauf ialah perlaksanaan syariat zahir dan batin dan ia lebih sempurna kerana melibatkan iman, islam dan ihsan.

Amal–amal dengan hati dikatakan lebih penting dan utama dari amal-amal lahir dalam pandangan Allah. Apa kah sebab nya dan berikan dalil-dalil dari al-Quran, hadis dan ijtihad ulama tasauf? Sebab, batin adalah dasar dan sumber kepada amalan lahiriah. Rosaknya amal-amal lahir disebabkan rosaknya amal-amal batin. Seperti firman Allah dalam surah Al-Khafi ayat 110: ”Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan tuhan nya, dia mengerjakan amal soleh dan tidak mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada tuhan nya.”

Oleh kerana itulah Rasulullah saw menekankan para sahabat untuk memperhatikan masalah pembaikan hati. Baginda saw juga menjelaskan bahwa baiknya seseorang tergantung kepada baik nya hati dan kesembuhan dari penyakit-penyakit yang tersembunyi. Nabi saw pernah bersabda: ”Ingatlah, di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika ia baik, baiklah seluruh tubuh nya. Dan jika ia rosak, rosaklah seluruh tubuhnya. Sesunggoh nya, daging itu adalah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

a. al-Bajuri, pensyarah jauharah at-Tauhid, mengatakan maksud sifat-sifat tercela adalah semua sifat-sifat tercela yang dilarang oleh Allah swt.

b. Didalam ihya’ ulumuddin, Imam Ghazali ada mensyarahkan bab sifat tercela (muhliqat) dan sifat terpuji (munjiat) ini. Begitu juga beberapa kitab tasauf yang muktabar yang saya baca, seperti Qutul Qulub oleh Sheikh Abdul Talib al-Makki, Risalah Qushairiah oleh Sheikh Al-Qushairi, Sayarus Salikin oleh Sheikh Abdus Samad al-Palembangi dan lain-lain.

Dalam al-Quran pun ada menyentuh tentang pembaikian hati ini dan bukan rekaan ulama’ tasauf. Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 33: "katakanlah, tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang tampak atau pun yang tersembunyi." Dan firman Allah dalam surah al-An'am ayat 15: "Dan jangan kamu mendekati perbuatan-perbuatan keji, baik yang tampak diantaranya ataupun yang tersembunyi.” Yang tersembunyi itulah hati dan sifat-sifat nya.

Baginda saw pernah bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak akan melihat jasad dan bentuk tubuh kamu, tetapi Allah akan melihat hati kamu (HR Bukhari)

Jadi jelas, baik tidaknya hati seseorang itu yang merupakan sumber amal lahiriah, maka dituntut memperbaiki hati dengan membebaskannya dari sifat-sifat tercela yang dilarang oleh Allah dan menghiaskannya dengan sifat-sifat terpuji yang diperintahkan Nya.

Oleh itu hati akan menjadi sihat dan bersih dan dia tergolong dalam orang yang selamat, menang dan beruntung di akhirat. Allah berfirman dalam surah As-Syu'ara ayat 88-89 : ”pada hari saat harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (Qalbun salim)”

Dalam surah As-Syu’ara ayat 88-89 diatas ada disebut Qalbun Salim. Qalbun salim ialah hati yang sejahtera, bersih dari penyakit hati. Hati yang baik dimana dapat memerintahkan anggota jasad menurut segala perintah Allah. Hati itu diumpamakan seperti raja dan anggota badan itu diumpamakan seperti rakyat. Jika raja baik, baiklah rakyatnya, jika raja sejahtera, sejahteralah rakyatnya. Dikatakan sejahtera kerana telah mencapai taraf ihsan dan telah mengenal Allah (makrifat) dengan taraf ainul yaqin dan haqqul yaqin. Qalbun salim adalah hati yang Allah bukakan (tajalli) dengan rahsia wujudNya, keagungan Nya dan kesempurnaan Nya.

Ilmu tasauf & tarekat juga dikatakan fardu ain selain dari ilmu tauhid dan fikih kerana penyakit hatilah yang menyebabkan seseorang itu jauh dari Allah walaupun ibadat lahir seperti solat, puasa, zakat, haji, sedekah, qurban dan lain-lain lagi telah dilaksanakan. Jika ada sebesar zarah sahaja sifat sombong dalam hati, ibadat nya tidak akan diterima Allah swt. Nabi saw bersabda: ”tidak akan masuk syurga, orang yang didalam hati nya ada sedikit saja sifat sombong.” (HR MUSLIM)

Kerap kali orang tidak dapat melihat aib dan penyakit hatinya. Dia beranggapan telah sempurna kerana telah dapat beribadat dengan banyak, pada hal dia masih jauh dari kesempurnaan. Begitu juga orang alim dalam ilmu ugama, masih jauh lagi dari kesempurnaan. Oleh itu ilmu tasauf adalah menjadi fardu ain juga keatas setiap individu muslim, walaupun dia telah banyak ibadahnya, banyak ilmu syariatnya seperti ilmu fikih, mahir dalam ilmu hadis, tahu ilmu tafsir al-Quran, pakar dalam ilmu nahwu dan saraf, bijak dalam ilmu balaghah, ilmu bayan, usuluddin, sejarah islam, tahu sejarah nabi, rasul dan lain-lain lagi. Jika hati masih penuh dengan sifat-sifat tercela seperti dengki, dendam, riya’, sombong, ujub, cinta dunia, cinta harta, cinta pangkat, cinta pujian orang dan lain–lain lagi, Allah tidak akan pandang. Oleh itu kena belajar ilmu tasauf dan beramal dengan wirid-wirid tarekat yang muktabar supaya hati menjadi bersih dari sifat-sifat tercela dan iman & islam akan meningkat ketaraf ihsan sebagaimana disebut dalam hadis Jibril itu.

Rujukan: Muhammad Hizam Al-Ahmadi Idris. Soal Jawab Ilmu Tasauf & Tarekat
Pengertian TasaufSocialTwist Tell-a-Friend

KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW SELEPAS WAFAT


OLEH:-

AL-FADHIL USTAZ SYED AS-SYARIF SAIDI SALEH MOHAMMAD AL-JAAFARI AS-SODIQ AL-HUSAINI

TERJEMAHAN OLEH:- AL-FADHIL USTAZ HJ. SAARI BIN HUSSAIN

Adapun kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. adalah tetap dan yakin pada pandangan ahli Quran dan ulama'-ulama'nya. Mereka berhujjah dengan dalil Al-Quran tentang kehidupan para syuhada’ R.A selepas mereka wafat. Allah Berfirman seperti mana tercatat di dalam Surah Al-Imran (ayat 169) yang bermaksud, 'Janganlah kamu sangka mereka yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup disisi tuhannya dan diberi rezeki. Maka kiranya yang mati pada jalan Allah itu hidup dan diberi rezeki pula apatah lagi Nabi Muhammad S.A.W tentu hidupnya lebih utama lagi berbanding dengan hidup para syuhada’ tersebut'.

Di samping itu, telah berkata Ulama’ Sangqit’ R.A.: 'Bahkan kehidupan baginda Muhammad S.A.W lebih tinggi daripada hidup para syuhada'. Isteri-isteri yang ditinggalkan oleh para syuhada’ boleh dikahwini oleh sesiapapun sedangkan para isteri Baginda Rasulullah S.A.W tidak boleh dikahwini, ini adalah kerana ghirah baginda Rasulullah S.A.W terhadap para isterinya bersangatan dan hebat dan mereka juga tiada edah kematian (isteri nabi) seperti kematian biasa begitu juga harta pusakanya yang tidak boleh diwarisi. Ini adalah menunjukkan hidup baginda berterusan mengatasi kematiannya seperti mana yang ditetapkan oleh ulama’ Sanqati’ah. Oleh itu ketahuilah bahawa jasad baginda Rasulullah SAW tidak sekali-kali di hancurkan kerana ianya terjaga dengan rapi serta kekal selamanya.

Az-Zarqawi R.A. telah menaqalkan daripada Kitab Sirah Al-Muatta’ bagi Imam Malik R.A. tentang perkara menggambarkan sifat Al-Masih Isa ibni Maryam di atas nabi kita Muhammad S.A.W. bahawa berkata para ulama’ dengan menceritakan Hadis Rasulullah S.A.W. iaitu tiada sesiapapun yang memberi salam kepada ku yakni Rasulullah SAW melainkan Allah Ta’ala mengembalikan roh ku kepadaku untuk menjawab salam tersebut dan pertama kali umat ku selepas kewafatan ku, ia memberi salam kepadaku setelah aku diletakkan di dalam kubur yang mulia maka Allah Ta’ala mengembalikan rohku ke dalam jasadku maka hiduplah aku hingga kekal abadi hingga ke hari penyaksian ehwal akhirat yang bererti bercantumlah roh ku dengan badan ku di dalam alam kubur yang menjadikan hidup aku kekal hingga ke akhir zaman yakni hari kiamat. Ini adalah percakapan yang benar lagi sahih yang berlaku ke atas baginda (tiada pembohongan dan tiada penyelewengan). Al-Quran juga telah memberi petunjuk yang jelas sekali bahawa jasad para Anbia’ tiada hancur dan tiada rosak kerana ia sangat terjaga rapi selepas kewafatannya. Antaranya tentang kisah Nabi Sulaiman A.S. yang diriwayatkan : “Sesungguhnya keadaan Nabi Sulaiman A.S. tegak berdiri bersama tongkatnya selama setahun” Jika Nabi Sulaiman A.S. seperti manusia biasa sudah tentu jasadnya berubah menjadi hancur berkecai. Dan bersabda baginda Rasulullah SAW bahawa Allah Ta’ala tiada membenarkan bumi untuk memakan jasad-jasad para Anbia’ a.s. Allah berfirman di dalam Al-Quran tentang perkataan Ussalli ini digunakan dalam kaedah nahu arab iaitu Fi’lun Mudhari’ yang menunjukkan Tahaddadul Hadasi (tiada tamat masa) pada sisi pandangan ahli Nahwiah. Maka Allah memerintahkan makhlukNya supaya berselawat ke atas Baginda s.a.w. sepanjang masa tanpa berhenti-henti. Juga tidak mungkin Allah Ta’ala, Malaikat-malaikat juga orang mukmin dan lain-lainnya berselawat kepada baginda s.a.w. melainkan kerana Baginda S.A.W yang hidup dengan jasad dan rohnya kekal buat selama-lamanya.

Telah berkata As-Said As-Syarif Sidi Soleh Al-Ja’afari As-Soddiqi Al-Husaini: “Dengarlah kata-kata ku ini wahai sesiapa yang Allah Ta’ala membuka pendengaran dan hatinya yang mengenal dengan maarifatNya akan RasulNya Muhammad SAW yakni dengan dalil dan petunjuk kerana Baginda Rasulullah SAW adalah Siraju Al-Munira (lampu yang menyuluh) yang daripadanya terpancar cahaya-cahaya dari pelbagai cahaya. Baginda Rasulullah SAW adalah bagai matahari yang mana cahayanya sampai ke mana-mana dan dapat dilihat serta dirasainya walaupun ianya jauh ke lembahan dan ke daratan tanpa rasa syak dan ragu-ragu lagi.

Sesungguhnya telah diriwayatkan dalam kitab sahih bahawa kehadiran para Anbia’ di malam Isra’ dan Mikraj ke Baitul Muqaddis yang mana mereka telah datang dari kubur-kubur kemudian berpindah ke langit tinggi. Baginda Muhammad SAW telah melihat Nabi Musa a.s sedang bersolat di dalam kuburnya kemudian turun ke suatu lembahan di Mekah dan Nabi Musa a.s bertalbiah kepada Tuhannya yakni Allah SWT. Ijma’ para Ulama’ mengatakan apa yang ditetapkan dan berlaku ke atas para Anbia’ itu adalah satu mukjizat mereka selepas mereka berpindah ke alam kubur dan adalah Rasulullah s.a.w tentang mukzijat tersebut itu adalah lebih utama dan lebih aula’ lagi.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melihat para Anbia’ selepas mereka wafat di dalam keadaan sedar, demikian itu harus aku yakni As-Said As-Syarif Sidi Soleh Al-Ja’afari As-Soddiqi Al-Husaini melihat Rasulullah s.a.w. dan diceritakan bahawa banyak orang soleh melihat Baginda s.a.w. dalam keadaan jaga. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Sesiapa yang melihat aku di dalam tidur (mimpi) maka tentu ia akan melihatku dalam keadaan jaga iaitu di dunia ini juga.” Keadaan berjaga itu disebut seperti yang disebutkan oleh As-Sayuti dan Ulama’ lain yang berwibawa.

Baginda s.a.w. juga akan menjawab salam sesiapa yang berselawat ke atasnya walaupun Baginda berada di tempat yang amat jauh. Oleh itu wahai saudara-saudara kami yang berada pada jalan Allah SWT, janganlah sekali-kali anda lupa menyampaikan hal ini. Ini adalah suatu isyarat daripada isyarat Zauqiah dan apa yang berlaku itu adalah percakapan yang mempunyai dalil iaitu petunjuk daripada sunnah yang soheh dan kuat.

Semoga anda akan bertuah dimana roh anda dapat menyaksikan Baginda s.a.w. dikala anda menyambut Maulid Nabi s.a.w. melalui penyaksian Qalbu kerana ini adalah matlamat orang yang asyik dari limpahan kecantikan Nur Muhammad s.a.w. Allah hu a'lam..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Imam Badruddin bin as Shahib mengambil dalil dalam Al Quran:

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rejeki (QS: Ali Imran: 169).

Rasulullah SAW tentu kedudukannya lebih tinggi dari syuhada yang tentunya lebih berhak untuk keistimewaan itu. Dengan inilah Rasulullah SAW masih terus memimpin umatnya hingga hari kiamat.

Imam Baihaqi menyatakan dalam kitab Dalailun Nubuwwah: “Para Nabi hidup di sisi Tuhan mereka seperti para syuhada”

Abu Ya’la dalam Musnadnya dan Al Baihaqi dalam kitab Hayatul Anbiya mengeluarkan hadis dari Anas r.a:

Nabi saw bersabda: “Para Nabi hidup di kubur mereka dalam keadaan mengerjakan sholat.”

Apakah dapat menjumpai Rasulullah SAW setelah wafatnya?

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Barangsiapa yang melihatku di dalam tidurnya, maka ia akan melihat aku di dalam bangunnya (jaga) dan setan tidak bisa menyerupai diriku” ( Riwayat Bukhari, Muslim, dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw. Beliau bersabda: “Siapa yang melihat aku di dalam tidurnya (mimpi) berarti ia benar-benar melihatku, sebab setan tidak dapat menyerupaiku” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Turmudzi)

Nabi Bersabda: “Barangsiapa melihat aku, ia sungguh-sungguh melihat yang benar, sebab setan tidak bisa meniruku dalam segala hal” (Riwayat Syaikhan)

Dari Abu Hurairah, Nabi Bersabda: “Buatlah nama dengan namaku dan jangan membuat julukan dengan julukanku. Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka ia telah melihatku, karena setan tidak dapat menyerupai bentuk rupaku. Dan barangsiapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka hendaklah ia menyediakan tempat duduknya di neraka” (Riwayat Bukhari)

Kisah-kisah orang yang berjumpa dengan Rasulullah SAW setelah wafatnya.

Kisah dari kalangan Sahabat

Sayidina Usman bin Affan

Kisah mengenai Sayidina Usman yang dikeluarkan oleh Abi Usamah dalam Musnadnya: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Salam berkata: “Saya telah mendatangi Usman bin Affan untuk menyelamatkannya. Pada saat itu ia sudah terkepung. Usman berkata, “selamat datang wahai shabiy (anakku), kulihat Rasulullah SAW dari dalam gubuk ini.” Abdullah bin Salam berkata, “Wahai Usman, orang-orang telah mengepungmu” Usman menjawab,”Benar. Apakah engkau haus?” Aku menjawab, “Benar.” Kemudian ia mengambil air sember untukku.

Aku pun meminumnya sampai puas, terasa dinginnya di antara tenggorokan dan dadaku. Lalu ia berkata, “Jika engkau mau, engkau boleh berbuka bersama kami.” Maka aku pilih berbuka bersama Nabi. Ternyata hari itu Usman r.a terbunuh.”

Sayidina Ibnu Abbas

Dalam ceritanya, Ibnu Abbas menuturkan:

“Aku merasa tidak sah shalatku sepanjang hidup kecuali sekali shalat saja. Hal itu terjadi ketika aku berada di Masjidil Haram pada waktu subuh.

Ketika imam takbiratul ihram, aku juga melakukan hal yang sama.Tiba-tiba aku merasa ada kekuatan yang menarikku; kemudian aku berjalan bersama Rasulullah SAW antara Mekah dan Madinah. Kemudian kami melewati sebuah lembah. Nabi bertanya, “Lembah apakah ini?” Mereka menjawab, “Lembah Azraq.” Kemudian Ibnu Abbas berkata, “Seolah-olah aku melihat Musa meletakkan kedua jari telunjuk ke telinganya sambil berdoa kepada Allah dengan talbiyah melewati lembah ini.

Kemudian kami melanjutkan perjalanan hingga kami sampai pada sebuah sungai kecil di bukit.” Ibnu Abbas melanjutkan kisahnya, “Seolah-olah aku melihat Nabi Yunus di atas unta yang halus, di atasnya ada jubah wol melewati lembah ini sambil membaca talbiyah.”

Kisah dari kalangan setelah Sahabat

Syeikh Abdul Qadir Jailani

Syeikh Sirajuddin bin Al Mulqan (wafat 804H/ 1401M) dalam kitabnya Thabaqatul Awliya’ menyebutkan: “Syeikh Abdul Qadir al Jailani berkata, “Aku melihat Rasulullah SAW sebelum Zuhur, beliau berkata kepadaku, “wahai anakku, mengapa engkau tidak segera berceramah?” Aku menjawab, “wahai abatah (ayah), aku adalah seorang ‘ajam (bukan Arab). Bagaimana aku akan berbicara dengan orang-orang Baghdad yang fasih-fasih.” Lalu beliau berkata, “bukalah mulutmu.”

Kemudian aku membuka mulutku lalu beliau meludahiku tujuh kali. Kemudian beliau bersabda, “berbicaralah kepada manusia dan ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan mauizah (pesan-pesan) yang baik.” Kemudian aku menunaikan sholat zuhur dan duduk, tiba-tiba berduyun-duyun orang yang banyak mendatangiku, dan aku melihat Sayidina Ali berdiri di depanku dalam majlis itu.

Kemudian Sayidina Ali berkata kepadaku, “wahai anakku, mengapa engkau tidak segera berbicara?” Aku menjawab, “Wahai Abatah (ayah), mereka berduyun-duyun datang kepadaku.” Kemudian dia berkata, “Bukalah mulutmu.” Kemudian aku membuka mulutku, lalu di ameludahiku sebanyak enam kali, lalu aku bertanya, “Mengapa tidak engkau sempurnakan menjadi tujuh kali?” Beliau menjawab, “adab kepada Rasulullah.”


Selanjutnya beliau lenyap dari pandanganku. Kemudian aku berkata, “menyelam dalam pemikiran, kemudian menyelam dalam lautan hati mencari mutiara-mutiara kaum ‘arifin. Kemudian dikeluarkan ke pinggir shard (hati), kemudian mengundang agen penerjemah lisan, dibelinya hal itu dengan nafais isman (nafas-nafas berharga), yakni baiknya ketaatan di balik-balik yang Allah izinkan untuk di daki.”

Syeikh Abul Abbas al Mursiy (wafat 686H/1287M di Iskandariah)

Dalam kitab al Wahid disebutkan: Adalah Syeikh Abul Abbas al Mursiy mempunyai wuslah (hubungan khusus) dengan Nabi SAW. Jika bersalam kepada Nabi SAW, beliau pasti akan membalasnya dan menjawab ketika berbicara bersama beliau.

Syeikh Tajuddin bin Athaillah (wafat 709H/1309M di Mesir) dalam kitabnya Lathaiful Minan menceritakan bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Syeikh Abul Abbas al Mursiy, “wahai Tuanku, jabatlah tanganku ini, sebab engkau telah bertemu dengna banyak rijal (tokoh-tokoh) dan berkeliling negeri-negeri yang banyak.” Syeikh Abul Abbas al Mursiy menjawab, “Demi Allah, belumlah ada yang menjabat tanganku ini melainkan Rasulullah SAW.” Beliau melanjutkan, “Sekiranyaaku terhijab (terhalangi) dari Rasulullah SAW sekejap mata pun, tidaklah aku menilai diriku termasuk orang Islam.”

Syeikh Abdullah ad Dalasi

Syeikh Abdul Ghaffar mengatakan dalam kitabnya Al Wahid: “salah seorang yang aku ketahui (akan kewaliannya) di Mekah adalah Syeikh Abdullah ad Dalasi. Ia bercerita kepadaku bahwa ia merasa semua shalat dalam umurnya tidak sah kecuali sekali shalat saja.

Ia meneruskan, “itu terjadi saat aku berada di Masjidil Haram pada waktu shalat Subuh. Ketika imam takbiratul ihram dan aku melakukannya, tiba-tiba ada kekuatan yang menarikku, di sana aku melihat Rasulullah SAW sedang melakukan shalat sebagai imam, sedang di belakangnya ada sepuluh orang, kemudian aku menyusul shalat bersama mereka.

Hal itu terjadi pada tahun 673 H. Rasulullah SAW, saat itu, pada rakaat pertama membaca Surat Al Muddatsir dan pada rakaat kedua membaca surat An Naba’. Setelah selesai salam, beliau berdoa dengan doa ini:

“Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang mendapatkan petunjuk dan memberikan petunjuk, bukannya orang yang sesat lagi menyesatkan, tidak mengharapkan akan kebaikanMu dan tidak pula merindukan apa yang ada di sisiMu, sebab Engkau yang memberikan anugerah kepada kami dengan mewujudkan kami, sebelumnya kami tidak ada. BagiMu-lah segala puji atas semua itu, tidak ada Tuhan selain Engkau.”

Ketika Rasulullah SAW selesai dan bersalam, bersamaan itu juga imam Masjidil Haram salam, dan aku menyadari salamnya. Kemudian aku juga melakukan salam.”

(Dipetik daripada ikhwan Tarekat Ahmadiah Idrisiah)
KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW SELEPAS WAFATSocialTwist Tell-a-Friend

WASIAT ALMARHUM SIDI AL FADL AMIR IBNI ABBUL ABBAS


Disampaikan oleh Ustaz Haji Saari Hussin pada 5hb Feb 2011 bagi bacaan semua Ikhwan Tareqah Ahmadiah Idrissiah Ad Dandarawiah.

Wasiat dari Almarhum Sidi Al Fadl Amir Fadh Ibni Abbul Abbas Ad Dandarawi, Khalifah bagi Usrah Dandarawiah yang ke-3.

Disampaikan pada tahun 1990, semasa lawatan beliau ke Surau Haji Awang Alim, Kota Bharu, Kelantan

Amir Fadh mengajak kita semua untuk menjadi adik angkatnya dengan berbapakan Sidi Abul Abbas dan berdatuk kan Sidi Muhammad Dandarawi untuk menjadi sebuah keluarga Dandarawiah yang besar dan bersatu padu. Oleh itu mestilah kita bersungguh-sungguh berusaha membina diri kita supaya menjadi "Insanul Muhammadiah" yang berhimpun dalam sebuah keluarga yang besar yang mengikut garis panduan yang dibawah:

1. Sentiasa bertaqwa
2. Sentiasa mengikut Sunnah Rasulullah SAW.
3. Sentiasa meningkatkan fahaman agama pada semua sudut
4. Setia dengan janji (baiah) dengan Rasulullah SAW, auliya' dan ulama', ibubapa, saudara mara, negara dan pemerintah.
5. Beramal dengan amalan yang seimbang (selari Iman, Islam dan Ihsan)
6. Berakhlak yang menuju akhlak Rasulullah SAW.
7. Ikhlas dalam usaha, perbuatan dan perkataan
8. Berwirid selepas solat fardhu
9. Beramal dengan Quran dan Hadith
10. Duduk dibawah kepimpinan Rasulullah SAW.
11. Kasih dan cinta kepada Rasulullah melebihi dari cinta kepada yang lain.
12. Berikrar tidak menyeleweng dari Sunnah Rasulullah SAW
13. Berharap untuk mendapat syafaat dari Rasulullah SAW
14. Bersedia dikumpul sebagai satu Ummah dibawah bendera Rasulullah SAW.

Allahu Akbar Nahnu Muhammadianawalillahilham!
Allahu Akbar Nahnu Muhammadianawalillahilham!
Allahu Akbar Nahnu Muhammadianawalillahilham!

(Dipetik daripada ikhwan Tarekat Ahmadiah Idrisiah)
WASIAT ALMARHUM SIDI AL FADL AMIR IBNI ABBUL ABBASSocialTwist Tell-a-Friend

ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005


TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

TAREKAT AL-AHMADIAH AL-IDRISIAH AL-RASHIDIAH AL-DANDARAWIAH.
http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=251%3Atarekat-yang-telah-diluluskan-pendaftarannya-di-bawah-enakmen-t...erakat-tasawuf-negeri-sembilan-2005&catid=57%3Atarekat-tassawuf-berdaftar

TAREKAT AL-SYAZULIYAH AL-DARQAWIYAH.
http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=285%3Atarekat-yang-telah-diluluskan-pendaftarannya-di-bawah-enakmen-terakat-tasawuf-negeri-sembilan-2005-tarekat-al-syazuliyah-al-darqawiyah-&catid=57%3Atarekat-tassawuf-berdaftar&Itemid=1

TAREKAT QODIRIYYAH NAQSYABANDIYYAH
http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=284%3Atarekat-yang-telah-diluluskan-pendaftarannya-di-bawah-enakmen-terakat-tasawuf-negeri-sembilan-2005-tarekat-qodiriyyah-naqsyabandiyyah&catid=57%3Atarekat-tassawuf-berdaftar&Itemid=1

TAREKAT NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYYAH
http://www.muftins.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=283%3Atarekat-yang-telah-diluluskan-pendaftarannya-di-bawah-enakmen-terakat-tasawuf-negeri-sembilan-2005-tarekat-naqsyabandiyyah-al-kholidiyyah&catid=57%3Atarekat-tassawuf-berdaftar&Itemid=1
ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005SocialTwist Tell-a-Friend

Hukum Bertemu Nabi Muhammad Sollollohu Alaihi Wasallam Secara Yaqazah (Jaga)


Soalan:
Adakah harus dan boleh menerima zikir dan doa daripada Rasulullah SAW pada masa sekarang, waktu yang menerimanya itu jaga atau waktu tidur dalam mimpi?

Jawapan:
Hukumnya harus dan boleh.


Huraian Jawapan:
Berkata Syeikh Abdul Qadir bin Syeikh Abdullah bin Syeikh Al Idrus Baalawi yang hidup tahun 978 Hijrah dan mati tahun 1038 Hijrah dalam kitabnya An Nurus Safir ‘An Akhbaril Quranil ‘Asyir:

Adalah Imam Al Hafiz As Sayuti itu ada banyak karamah terbit daripadanya itu, kebanyakannya itu berlaku sesudah ia mati (dan matinya pada tahun 911 Hijrah).

Berkata Al ‘Alamah Syeikh Zakaria bin Syeikh Muhammad Al Mahalli As Syafie bahawa Imam As Sayuti itu telah ditimpa oleh sesuatu perkara yang besar pada suatu masa, maka saya minta daripadanya, menulis surat wasiat atau pesanan kepada sesetengah anak muridnya, melalui saya, maka Imam As sayuti enggan berbuat begitu dan Imam itu telah melihatkan kepada saya akan sehelai kertas yang ditulis dengan tangan Imam itu, bahawa: “Saya telah berhimpun dengan Nabi SAW waktu jaga banyak kali lebih dari 70 kali dan sabda Nabi SAW kepada saya, yang maksudnya:

“Bahawa siapa yang ada keadaannya begini, maka tiadalah ia berhajat pada pertolongan dan bantuan daripada sesiapa.”

Telah dihikayatkan daripada Imam As Sayuti telah berkata:

“Saya telah melihat dalam tidur saya, seolah-olah saya ada di hadapan majlis Nabi SAW, maka saya sebutkan sebuah kitab yang saya telah mula mengarangnya dalam perkara hadis dan sunat iaitu Jam’ul Jawaami’ , maka saya berkata kepada Nabi SAW: Hamba akan bacakan sedikit daripada isi kitab itu, maka sabda nabi SAW: Bawalah kepada saya, hai guru hadis (Ya Syeikhul Hadis).” Berkata Imam As Sayuti: “ Mimpi itu suatu khabar gembira kepada saya lebih besar dari dunia dan seluruhnya.”

Dari kitab Khususiyyatu Yaumil Jum’ah karangan Imam As Sayuti dicetak di Damsyik tahun 1386-1966 Hijrah.

Al Habib Syeikh Abdul Qadir Al Idrus itu juga ada mengarang kitab bernama Ta’riful Ahyai Bifadhailil Ahya’I Kitab “Ahya” karangan Imam Al Ghazali yang mati tahun 505 Hijrah yang terkenal itu dan kisah Imam As Sayuti itu ada disebutkan oleh Syeikh Najmuddin Al Ghazzi dalam kitabnya Al Kawakibus Saairah.

Adalah Al Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas yang empunya ratib bernama “ Ratibul ‘Athas” yang terkenal di Malaysia dan rantau sebelah ini, yang mati pada atahun 1072 Hijrah dan ditanam di Huraidah Hadramaut (Selatan Tanah Arab) , ada berlaku di tangannya beberapa perkara yang ganjil dan pelik atau karamah setengah dari perkara-perkara itu:

1. Apabila Al Habib Umar itu pergi ziarah kubur bapanya Sayyid Abdul Rahman , ia berkata pada kubur bapanya dan ia mengkhabarkan segala perkara dengan penglihatan dan nampak dengan matanya.

2. Kerabatnya berkata sedang kami duduk di rumah kami dan di sisi kami Al Habib Umar Al ‘Athas, maka tiba-tiba ia memerah akan lengan bajunya dengan air bertitik, maka kami bertanya, “Ya Sayyidi, apa air ini?” Ia menjawab, “ Bahawa suatu kumpulan orang kekasih kami, telah rosak perahu mereka di dalam laut Syam (Tanah Hajaz), dan mereka minta tolong daripada kami maka kami datang membantu mereka, mereka dilepaskan oleh Tuhan mereka dari bencana alam, dan basah ini dari air laut itu.”

3. Apabila Habib itu beribadah kepada Tuhannya dengan seorang diri jauh daripada manusia maka Nabi SAW datang kepadanya hal keadaannya nyata dan Nabi SAW menyuruh akan dia mengajak manusia kepada jalan Allah Taala, dan menunjuk dan mengajar mereka. Mengapa saya tiada melihat akan keadaan Rasulullah SAW itu dengan nyata, kerana jikalau terdinding daripada saya oleh Nabi SAW sekejap sahaja, nescaya tiada saya bilangkan diri saya daripada kalangan orang Mukmin, dan mengapa terdinding Nabi SAW daripada saya padahal baginda SAW itu ain wujud saya.

4. Seorang lelaki meminang akan seorang perempuan berkahwin dengannya, maka bapa perempuan dan saudaranya enggan menerimanya, maka ia marah dengan hal yang beraku itu dan ia kembali ke rumahnya dan ia berazam akan membunuh mereka, apabila malam gelap ia menyandang senjatanya dan keluar menuju kepada bapa dan saudara perempuan itu, di antara ia berjalan-jalan tiba-tiba ia merasa seorang yang memegang tangannya seperti harimau yang ganas dan ia berpaling, tiba-tiba ia melihat Habib Umar Al ‘Athas, maka ia tercengang gementar dan Al habib itu berkata, “ Ke mana engkau hendak pergi?” Ia berkata, “Saya ada mempunyai suatu hajat.” Katanya, “ Engkau tiada mempunyai suatu hajat, tetapi engkau keluar ini kerana berbuat begini, begini. Hendaklah engakau kembali ke rumah engkau.” Dan Al Habib itu melepaskan tangannya dan laki-laki itu pun kembali ke rumahnya. Tiada beberapa hari datang bapa perempuan dan saudaranya mengambil hatinya dan menerangkan sebab-sebab penolakan pinangan itu dan meminta maaf. Dan keduanya berkata, “Perempuan itu bagi engkau. Demi Allah kami tiada mengahwinkannya selain daripada engkau.” Kemudian laki-laki itu berkahwin dengan perempuan itu, dan mendapat anak-anak sepertimana khabar gembira yang terbit daripada Al Habib Umar Al ‘Athas itu.

Ini kita petik dari Fathu Rabbin Nas huraian Ratib Habib Umar bin Abdul Rahman Al ‘Athas, telah dihimpunkan oleh Maulana Al ‘Arif Sayyid Hussin bin Almarhum Al ‘Alamah Sayyid Abdullah bin Muhammad bin Muhsin bin Hussin Al ‘Athas dalam bahasa Melayu pada tahun 1342 Hijrah.

Dihikayatkan oleh Abu Abdullah Al Qastalani bahawa ia melihat Nabi SAW dalam tidur dan ia mengadukan kepada Nabi akan sengsara hidup dan fakirnya dan papanya. Maka Nabi SAW mengajarkan dia akan suatu doa.

Dari kitab Al Wasaailu Syafi’ah oleh Imam Muhaddis Sayyid Muhammad Bin Ali Khidr yang mati tahun 960 Hijrah, dan Sayyid itu mengulas doa yang di atas ini.

Ketahui olehmu barangsiapa yang menyebut akan “ Asmaul Husna” yang di atas ini, dan dia berperangai dengan perangai kalangan orang-orang yang terpilih daripada hamba Allah, dan beradab dengan adab wali-wali Allah, maka Allah Taala akan hidupkan roh “Asmaul Husna” akan hati orang itu. Dan Allah akan terangkan akan hatinya dengan cahaya hakikat “Asmaul Husna” itu. Dan ia tiada memohon sesuatu daripada Allah melainkan Allah berikan apa yang ia mohon.

Adalah Habib Al Arifbillah Ahmad bin Hussin bin Abdullah Al ‘Athas, datuk kepada Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim bin Ahmad Hussin Al ‘Athas dan Al Habib Sayyid Muhammad bin Salim rh. Itu pengelola masjid Ba’alawi di Bukit Timah di Singapura. Dan Al ‘Alamah datuk Habib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Haddad Al Haddar, muftikerajaan Johor yang trdahulu itu adalah anak murid kepada Habib Al Arif Ahmad bin Hussin Al ‘Athas.

Berkata habbib Sayyid ‘Alawi bin Thahir Al Haddad dalam kitabnya ‘Uqudul Almaasi Bimanaaqibi Syaikhil Thoriqah Wa Imaamil Haqiiqah, Al Arifbillah Habib Ammad bin Hussin Al ‘Athas: Kata Syeikh Muhamad bin ‘Audh bin Muhammad Bafadhlu dalam kitab Manaaqibil ‘Arifbillah Al Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas bagaimana disebutkan oleh Imam Habib Al ‘Idrus bin Umar Al habsyi bahawa Al Habib Al Arif Ahmad Al ‘Athas itu seorang wali Allah yang mutlak dan dia dibenarkan mengkhabarkan apa perkara yang disembunyikan oleh orang lain.

Adalah Al Habib Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘ Athas itu apabila banyak melihat Rasulullah SAW sehingga berulang-ulang kali semalam hingga tujuh kali.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu apabila ia berasa syak pada suatu hadis maka ia bertanya kepada Nabi SAW.

Adalah Al Habib Al Arifbillah itu dapat mengetahui perkara bohong, katanya saya melihat keluar daripada mulut pembohong itu seperti sesuatu asap.

Al Arifbillah itu dapat mengenal karangan-karangan kitab-kitab ilmu, mana kitab itu ditulis mengikut hawa nafsu atau kerana ta’asub atau lain-lain dari hawa nafsu dan ta’asub.

Al Arifbillah itu dapat memilih mana-mana kitab yang sayugia dibaca dan diamalkan oleh ahli ilmu.

Adalah guru Al Arifbillah Habib Ahmad bin Hussin Al ‘Athas itu bernama Ghausu Zamaanih Al Habib Abu Bakar bin Abdullah Al ‘Athas telah memohon pandangan dan pilihan dalam sesuatu perkara kepada Nabi SAW maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “ Akan datang kebenaran atau datang isyarat di atas tangan seorang anak-anak kamu.”:

Al Arifbillah Ahmad bin Hussin Al ‘Athas berkata adalah roh-roh datang kepada saya pada permulaan hidup saya sebagai suatu utusan sepuak lepas sepuak dan dia bercerita bahawa setengah orang mati lalu kepadanya lepas roh-roh berpisah dari jasad orang-orang mati itu atau lalu malaikat kepadanya dengan mmbawa roh-roh itu. Saya Tanya (Habib Mufti), ke mana roh-roh yang tuan guru lihat tadi? Jawabnya , dia bersiyarat dengan tangannya bahawa roh-roh itu pergi ke pihak kiblat.

Al Arifbillah itu menceritakan kepada (Al Habib Mufti) bahawa Al Arifbillah berhimpun dengan roh-roh “barzzakhiyyah” yang belum masuk ke dalam jasad manusia di dalam suatu perkara berlaku.

Adalah Al Arifbillah itu bangun tidur pada 1/3 yang terakhir dari waktu malam, ia mengambil air sembahyang, dan ia sembahyang dan panjang sembahyangnya itu. Kemudian ia membaca zikir-zikir yang panjang dan mengulang-ulang “Asmaul Husna”, ia bertasbih, ia bertahmid, ia bertakbir pada tiap-tiap “isim” itu. Kemudian ia baca zikir-zikir yang lain kemudian ia baca Quran dengan bacaan sederhana tiada cepat dan tiada lambat dan dia dapat membaca lima juzuk Al Quran sebelum terbit fajar.

Disebutkan bahawa Al Arifbillah dan Al Afiful Munawwar Ahmad bin Abdullah Balkhair sembahyang witir berjemaah dengan membaca 10 juzuk Al Quran.

Adalah wirid Al Arifbillah dalam sehari 25,000 “Lailahaillallah” dan membaca separuh Quran. Adapun usaha Al Arifbillah pada membaca kitab-kitab ilmu dari kitab-kita tafsir, hadis, tasawuf dan lain-lain, maka tiadalah kita ketahui (kata Al habib ‘Alawi) seseorang pun seperti Al Arifbillah itu.

Berkata Al ‘Alamah Muhammad Bifadhlu, saya berhubung dengan Al Arifbillah pada tahun 1316 Hijrah, maka banyak bilangan kitab yang ia baca di hadapan Al Arifbillah dan lain-lain penuntut membaca kitab di hadapannya menunjukkan kitab-kitab yang dibaca dihadapannya itu dari semenjak Al arifbillah balik dari Mekah sehingga tahun itu tiada kurang dari 26 tahun, adalah sangat banyak tiada dapat dikira, kerana tuan guru Al Arifbillah itu tiada sabar dari ilmu dan dari ibadah dan dari zikir, semuanya itu makanan bagi dirinya dan rohnya, dan saya tiada lihat akan seseorang pun tahan mendengar kitab-kitab ilmu seperti tuan guru itu.

Adalah Al Arifbillah itu apabila ia melayan “dhif-dhif” dan tetamu atau utusan-utusan maka ia tiada tahan dari meninggalkan membaca kitab, maka ia letakkan sebuah kitab di atas ribanya dan ia balik-balikan halaman kitab itu, sambil ia melayani “dhif-dhif” itu kerana ia gemarkan ilmu dan kitab-kitab ilmu.

Dipetik dari Uqudul Almaasi.

Diriwayatkan oleh Imam Abu Na’im dan Ibnu Basykuwal daripada Imam Sufyan As Tsauri telah berkata, di antara ketika saya mengerjakan haji, tiba-tiba masuk seorang pemuda, dia tiada mengangkat sebelah kaki dan tiada meletakkan sebelah kaki, melainkan ia berselawat atas Nabi SAW dan keluarga baginda.

Maka saya katakan kepadanya: “Adakah dengan ilmu kamu kata begitu?” Pemuda itu menjawab: “Ya”. Kemudian pemuda itu berkata: “Siapa tuan?” Saya menjawab: “ Saya Sufyan As Tsauri.” Ia bertanya: “Dari Iraq ?” Saya jawab: “Ya.” Pemuda itu bertanya: “ bagaimanakah tuan kenalkan akan Allah?” Saya jawab: “Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Allah memasukan siang ke dalam malam dan Allah menggambarkan anak-anak dalam rahim.” Kata pemuda itu: “ Wahau Sufyan, tuan belum kenalkan Allah dengan sebenar-benar kenal.”

Saya berkata: “ Bagaimana kamu kenalkan Allah?” Jawab pemuda itu: “ Bifaskhil hammi, wa naqdhil ‘azmi. (ertinya: dengan membuang bimbang dan membatalkan azam.). Dan saya bimbang maka saya buang bimbang itu, dan saya berazam maka dibatalkan azam saya itu, dengan itu saya kenal bahawa bagi saya ada Tuhan yang Esa yang mentadbirkan hal ehwal saya.”

Saya berkata: “Apa itu selawat yang kamu selawat kepada Nabi SAW?” jawab pemuda itu: “Ceritanya begini: Adalah saya pergi kerja dan bersama-sama saya ibu saya, dan ibu saya minta saya bawa dia masuk ke dalam Kaabah. Maka saya bawa ibu saya ke dalam Kaabah, maka ibu saya terjatuh dan bengkak perutnya dan hitam legam mukanya. Maka saya duduk disisinya dengan sedih hati saya, dan saya angkat 2 tangan ke langit dan saya berkata: Ya Rabbi Ya Tuhanku, beginikah Tuhan hamba buat kepada sesiapa yang masuk ke dalam rumah Tuhan hamba (Kaabah), maka tiba-tiba awan naik dari sebelah Tihamah, dan tiba-tiba ada di dalamnya seorang lelaki memakai pakaian putih, dan ia masuk ke dalam Kaabah. Dan ia lalukan tangannya di atas perut ibu saya, maka muka ibu saya menjadi putih dan kesakitannya reda. Kemudian ia berjalan hendak keluar dari Kaabah itu maka saya tarik bajunya dan saya berkata kepadanya: “Siapa tuan yang menolong menyelamatkan saya dari kesedihan saya?” Jawabnya, “ Saya Nabi kamu, Nabi Muhammad yang kamu memberi selawat ke atasnya.”

Maka kata saya: Ya Rasulullah “Fa Ausini” (ertinya mohon beri pesan pada saya). Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah angkat sebelah kaki dan jangan letakkan sebelah kaki melainkan kamu berselawat di atas Sayidina Muhammad dan di atas keluarga Sayidina Muhammad.”

Kata saya: “ Adalah orang muda ini dari kalangan wali-wali yang sampai kepada Allah.”

Saya kata ini kisah yang diceritakan Imam Sufyan As Tsauri yang terkenal dan dinukilkan oleh Imam Abu Na’im, pengarang kitab Hilyatul Auliya’ dan Ibnu basykul dan telah dinukilkan oleh “Muhadissud Dunya” Sayyid As Syeikh Abdullah As Siddiq Al Ghamaari daripada ulama Al Azhar dan ulama Al Maghrib dalam kitabnya Fadhailun Nabiyyi fil Quranil Illahiyatu Fissolah ‘Ala Khairil Bariyyah dicetak oleh maktabah Al Kahirah Syari’ As Sonadiqqiyah, Medan, Al Azhar, Mesir.

Sedikit masa yang lalu saya telah mendengar seorang penceramah di suatu radio dengan jahil dan lalai dia mengatakan tiada mungkin dan tiada boleh seseorang menerima wirid dan amalan daripada Rasulullah SAW di dalam kaabah zaman sekarang atau sebelum sekarang, adalah Al ‘Alamah Ibnu Taimiyah menegur ahli taswuf bagaimana tersebut dalam kitab Al Fatawal Hadissiyah atau pengikut-pengikut Al hafiz bin Rejab dan Az Zahbi atau sefaham mereka seperti Syeikh Abu Bakar Al Jazairi dan Syeikh Halali yang ada di Madinah Almunawarrah itu kedua-duanya tiada senang hati dengan ahli bait Rasulullah SAW dan dengan ahli tasawuf.

Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga, dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti ini termasuk di bawah erti kata “ fadhoilul ‘amal”.

Adapun perkara halal dan haram telah tertutup dengan terhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah seperti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoifulminan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin ‘Athaillah As Sakandari yang mati tahun 709 Hijrah dan Jami’u karamatil Auliya’ karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya’ oleh Al Hafiz Abu Na’im dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mahmud, Mesir dan lain-lain.

Pihin Datuk Ser Maharaja Datuk Seri Utama
Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz
Mufti Kerajaan Brunei Darussalam

Pejabat Mufti,
Kementerian hal Ehwal Agama,
Negara Brunei Darussalam.
14 Jamadil Awal 1408H
4 Januari 1988.
Hukum Bertemu Nabi Muhammad Sollollohu Alaihi Wasallam Secara Yaqazah (Jaga)SocialTwist Tell-a-Friend

Keutamaan Salawat


Fadilah (keutamaan) bershalawat atas nabi sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran bahwa Allah Swt. dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat atas Nabi Muhammad Saw., seperti terlihat dalam firman-Nya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersha-lawat untuk Nabi… .” (QS.33:56).

Penggalan ayat ini menunjukkan bahwa Allah Swt. melimpahkan rahmat bagi Nabi Muhammad Saw. dan para malaikat memintakan ampunan bagi Nabi Muhammad Saw. Karena itu, pada lanjutan ayat tersebut, Allah Swt. menyuruh orang-orang mukmin supaya bershalawat dan memberi shalawat kepada Nabi Muhammad Saw.: “…Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Untuk mengetahui keutamaan apakah yang diperoleh orang-orang yang bershalawat, baiklah kita perhatikan maksud-maksud hadis yang di bawah lni.
Bersabda Nabi Saw.

Artinya: “Barangsiapa bershalawat untukku sekali, niscaya Allah bershalawat untuknya sepuluh kali.” (HR. Muslim dari Abû Hurairah).

Artinya: “Bahwasanya bagi Allah Tuhan semesta alam ada beberapa malaikat yang diperintah berjalan di muka bumi untuk memperhatikan keadaan hamba-Nya. Mereka me-nyampaikan kepadaku (sabda Nabi) akan segala salam yang diucapkan oleh ummatku.” (HR. Ahmad. Al-Nasâ’i dan Al-Darimî).

Artinya: “Barangsiapa bershalawat untukku dipagi hari sepuluh kali dan di petang hari sepuluh kali, mendapatlah ia syafa’atku pada hari qiamat.” (HR. Al-Thabrânî)

Artinya: “Manusia yang paling utama terhadap diriku pada hari qiamat, ialah manusia yang paling banyak bershalawat untukku.” (HR. Al-Turmudzî).

Artinya: “Jibril telah datang kepadaku dan berkata: ‘Tidakkah engkau ridha (merasa puas) wahai Muhammad, bahwasanya tak seorang pun dari umatmu bershalawat untukmu satu kali, kecuali aku akan bershalawat untuknya sebanyak sepuluh kali? Dan tak seorang pun dari umatmu mengucapkan salam kepadamu, kecuali aku akan meng-ucapkan salam kepadanya sebanyak sepuluh kali?! (HR. Al-Nasâ’i dan Ibn Hibban, dari Abû Thalhah).

Sabda Rasulullah Saw. yang Artinya: “Barangsiapa -ketika mendengar azan dan iqamat mengucapkan: “Allâhumma Rabba Hâdzih al-Da’wât al-Tâmmah, wa al-Shalât al-Qâ’imati, shalli ‘alâ muhammadin ‘abdika wa Rasûlika, wa A’tihi al-Washîlata wa al-Fadhîlata, wa al-Darâjata al-Râfi’ata, wa al-Syafâ’ata yawm al-Qiyâmati (Artinya: “Ya Allah, ya Tuhannya seruan yang sempurna ini, serta shalat yang segera didirikan ini, limpahkanlah shalawat untuk Muhammad, hamba dan rasul-Mu. Dan berilah ia wasilah dan fadilah serta derajat yang amat tinggi dan (izin untuk) bersyafaat pada hari Kiamat)…, maka (bagi siapa yang mengucapkan doa tersebut) niscaya akan beroleh syafaatku kelak.”

Al-Ghazali didalam kitabnya Ihyâ ‘Ulûm al-Dîn menceritakan seorang dari mereka (seorang dari kalangan ulama, sufi, ahli ibadah dsb.) pernah berkata: “Sementara aku menulis (catatan tentang) beberapa hadis, aku selalu mengiringinya dengan menuliskan shalawat untuk Nabi Saw., tanpa melengkapinya dengan salam untuk beliau. Malamnya aku berjumpa dengan beliau dalam mimpi, dan beliau berkata kepadaku: ‘Tidakkah sebaiknya engkau melengkapi shalawatmu untukku dalam bukumu itu?’ Maka sejak itu, tak pernah aku mengucapkan shalawat kecuali melengkapinya dengan ucapan salam untuk beliau.”

Diriwayatkan dari Abû Al-Hasan, katanya: “Aku pernah berjumpa dengan Nabi Saw. dalam mimpi, lalu kukatakan kepada beliau: ‘Ya Rasulullah, apa kiranya ganjaran bagi Al-Syâfi’i, ketika ia bershalawat untukmu dalam kitabnya: Al-Risâlah dengan ungkapan: ‘Semoga Allah bershalawat atas Muhammad setiap kali ia disebut oleh para penyebut, dan setiap kali sebutan tentangnya dilalaikan oleh para pelalai?’ Maka Nabi Saw. menjawab: ‘Karena ucapannya itu, ia dibebaskan dari keharusan menghadapi perhitungan (hisab pada hari Kiamat).’”

Dalam kitab yang sama (Ihya) Imam Al-Ghazali mengatakan bahwa sesungguhnya berlipatganda-nya pahala shalawat atas Nabi Saw. adalah karena shalawat itu bukan hanya mengandung satu kebaikan saja, melainkan mengandung banyak kebaikan, sebab di dalamnya ter-cakup :

1. Pembaharuan iman kepada Allah.
2. Pembaharuan iman kepada Rasul.
3. Pengagungan terhadap Rasul.
4. Dengan inayah Allah, memohon kemuliaan baginya.
5. Pembaharuan iman kepada Hari Akhir dan berbagai kemuliaan.
6. Dzikrullah.
7. Menyebut orang-orang yang shalih.
8. Menampakkan kasih sayang kepada mereka.
9. Bersungguh-sungguh dan tadharru’ dalam berdoa.
10. Pengakuan bahwa seluruh urusan itu berada dalam kekuasaan Allah

Masih banyak keutamaan-keutamaan bagi orang-orang yang melakukan atau membaca shalawat atas Nabi. Namun penyusun hanya menukil beberapa hadis dan qawl (perkataan) ulama.
Adapun faedah atau manfaat bershalawat atas Nabi Muhammad Saw. sebagaimana dijelaskan hadis-hadis di atas terdapat sembilan belas perkara, yakni:

1. Memperoleh curahan rahmat dan kebajikan dari pada Allah Swt.;
2. Menghasilkan kebaikan, meninggikan derajat dan menghapuskan kejahatan;
3. Memperoleh pengakuan kesempurnaan iman, apabila kita membacanya 100 Kali;
4. Menjauhkan kerugian, penyesalan dan digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang shalih;
5. Mendekatkan diri kepada Allah;
6. Memperoleh pahala seperti pahala memerdekakan budak;
7. Menghasilkan syafa’at;
8. Memperoleh penyertaan dari Malaikat rahmah;
9. Memperoleh hubungan yang rapat dengan Nabi; Seseorang yang bershashalawat dan bersalam kepada Nabi, shalawat dan salamnya itu disampaikan kepada Nabi;
10. Membuka kesempatan berbicara dengan Nabi Saw.;
11. Menghilangkan kesusahan, kegundahan dan meluaskan rezeki;
12. Melapangkan dada. Apabila seseorang membaca shalawat 100 kali, maka Allah akan melapangkan dadanya dan memberikan penerangan yang sinar seminarnya ke dalam hatinya;
13. Menghapuskan dosa. Apabila seseorang membaca dengan tetap tiga kali setiap hari, maka Allah akan menghapuskan dosanya;
14. Menggantikan shadaqah bagi orang yang tidak sanggup bershadaqah;
15. Melipatgandakan pahala yang diperoleh. Apabila seseorang bershalawat di hari Jumat, maka Tuhan akan memberikan kepadanya pahala yang berlipat ganda;
16. Mendekatkan kedudukan kepada Rasulullah di hari qiamat. Menyebabkan doa bisa diterima oleh Allah.
17. Menyebabkan doa bisa diterima oleh Allah;
18. Melepaskan diri dari kebingungan di hari qiamat. Apabila seseorang meninggalkan shalawat kepada Nabi, maka ia akan menghadapi kebingungan dan kekacauan di hari mahsyar

Memenuhi satu hak Nabi, atau menunaikan suatu tugas ibadat yang diwajibkan atas kita Apabila sese-orang tidak bershalawat, berartilah ia enggan memenuhi suatu haq Nabi yang wajib ia penuhi;

Rujukan : http://tarekatqodiriyah.wordpress.com/2009/07/22/keutamaan-shalawat
Keutamaan SalawatSocialTwist Tell-a-Friend

Mengenai sambutan Hol

.
Surat yang dikirimkan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid kepada muridnya Shaykh Ismail al-Bilyah ada mengandungi beberapa penerangan mengenai persoalan amalan Tariqat Ahmadiah [1].

Antaranya adalah satu kupasan yang padat mengenai sambutan Hol. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyid telah menulis :

“… majlis hol ini merupakan amalan yang dikerjakan oleh penduduk Hijaz [2]. Sedangkan setiap manusia yang mengadakan majlis ini adalah untuk memberikan sedekah kepada orang yang telah mati selepas setahun demi setahun kematiannya. Majlis ini tidak diadakan melainkan kerana kasihnya seseorang kepadanya dan kami pula, tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris [3].

Kelebihan bagi orang yang mengadakan majlis hol ini dan orang-orang yang datang membantu dan penyebab terjadinya majlis ini, di sisi Allah tidak terkira pahalanya. Kelebihannya juga tidak boleh dimuatkan di dalam kitab-kitab, tidak boleh tejangkau oleh akal melainkan dengan keimanan kepada Allah.

Orang yang mengadakan majlis hol ini pula, pada sisi Sayyid Ahmad ibn Idris , seolah-olah telah berbudi kepadanya. Ahlullah adalah orang yang mempunyai maruah dan kemuliaan yang tinggi. Mereka akan membalas kebaikan kepada orang-orang yag melakukan kebaikan kepada mereka dengan berlipat kali ganda mengikut maqam kedudukan mereka.

Sesiapa yang melakukan suatu sunnah yang baik, maka diberikan balasan baginya dan balasan bagi orang-orang yang beramal dengannya hingga hari Kiamat ...”

Memperingati kewafatan adalah sesuatu perkara yang Rasulullah sendiri telah melaksanakan. Baginda telah menziarahi perkuburan isteri, bapa saudaranya dan ibubapanya secara rutin. Imam Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah menziarahi perkuburan syuhada Uhud tiap-tiap tahun secara rutin – “ ‘ala ra’si kulli hawl”. Juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqi bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya pada setiap hari Jumaat, diampunkan baginya dan dia dicatat sebagai anak yang berbakti. - (Man zaara qabra abawayhi aw ahadihima fi kulli Jumu`ah, ghufira lahu wa kutiba barran) [4]. Maka tidak diduga bahawa Rasulullah sendiri adalah yang paling layak sebagai anak yang paling berbakti. Juga, al-Bazzar meriwayatkan bahawa Rasulullah menziarahi Jannat al-Ma’la di Mekkah di mana terletaknya perkuburan Saiyidatina Khatijah dan Baginda telah ungkapkan : “Ni’ma al-maqbarah Hadhihi”.

Imam Ja’afar as-Sodiq meriwayatkan daripada sanadnya daripada al-Hassan bin ‘Ali bahawa Saiyidatina Fatimah (anak Rasulullah ) sering menziarahi kubur bapa saudaranya Saiyidina Hamza bin ‘Abd al-Mutalib pada setiap hari Juma’at, di mana beliau telah menandakan kuburnya dengan sebuah batu supaya dapat dikenalinya, dan di sana beliau berdoa dan menangis [5].

Menurut Tuan Shaykh Sayyid Soleh al-Ja’afari , hol adalah sesuatu ibadat yang berkaitan dengan sedekah-sedekah yang dihadiahkan kepada orang yang telah mati. Dan mengikut segolongan besar ulama, sedekah sebegini sampai kepada orang mati pada bila-bila masa.

Saiyyiduna Sa’ad telah sedekahkan kebunnya dengan maksud menghadiahkan pahalanya kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Maka Rasulullah telah memperakui perbuatannya itu dan menyuruh Sa’ad bersedekah air untuk dihadiahkan pahalanya kepada ibunya [6]. Perkara ini telah disyarahkan oleh Shaykh Habibullah al-Syanqiti di dalam kitabnya Zad al Muslim.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis tatkala Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam suasana aman. Baginda bersabda : “ Ia adalah sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Maka terimalah sedekahnya.” [7]. Al-Qurtubi mengatakan : “Asal kepada bab ini ialah sedekah yang tidak ada pertikaian pendapat dikalangan ulamak. Sebagaimana pahala sedekah sampai kepada si mati maka begitu jugalah pahala membaca al-Qur’an sampai kepada si mati. Ini kerana semua itu termasuk dalam erti kata sedekah. Sedekah bukan terbatas kepada harta benda sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullah ketika Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam keadaan aman.”

Ibn Qayyim (ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepada si mati beserta dalilnya)[8] mengatakan : “Adapun membaca al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan haji…”

Shaykh Ibn Taimiyyah mengatakan [9] : “Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut…” Ibnu Taimiyah pernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau,“ Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanya”

Mengenai ungkapan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid ,

“… tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris …”,

Tuan Shaykh Sayyid Soleh al-Ja’afari menerangkan bahawa ini adalah perkataan yang baik dan benar. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid tidak keseorangan di dalam perkara ini, kerana ia turut diperkatakan oleh Sayyid Uthman al-Mirghani , Sayyid Muhammad ibn Ali al-Sanusi , Shaykh Muhammad ibn Sulaiman al-Ahdal (Mufti Zabid, Yaman) dan diperkatakan juga oleh orang-orang yang pernah mengambil tariqah daripada Sayyid Ahmad ibn Idris dan orang yang pernah mengambil wiridnya hingga hari ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[1] Dirumuskan daripada manaqib Sayyid Ibrahim Al Rashid karangan Shaykh Muhammad Fuad bin Kamaludin, cetakan kedua 2004, ABNAK Productions.
[2] Penduduk Hijaz menyambut ulang tahun kewafatan seseorang dengan bersedekah. Pahala sedekah tersebut dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Manakala di Mesir pula, mereka menyambut hari ulang tahun kelahiran seseorang wali (bukan ulang tahun kewafatannya), namun tujuannya adalah sama.
[3] Sebenarnya ungkapan itu bermaknanya : Tidak ada yang lebih kami kasihi selepas Allah, Rasulullah dan ahli baitnya serta sahabat-sahabatnya daripada Sayyid Ahmad ibn Idris.
[4] Al-Bayhaqi also narrated in Shu`ab al-Imaan (6:201 #7901)
[5] Narrated by al-Hakim (1990 ed. 1:533, 3:30) who declared its chain sound, al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra (4:78), and Ibn `Abd al-Barr in al-Tamhid (3:234). `Abd al-Razzaq in his Musannaf (3:572) sebagai riwayat munqati’ di mana Ja’afar bin Muhammad daripada bapanya tanpa menyebut al-Hassan
[6] Hadith ini terdapat di dalam kitab al Muwatta’, Sahih Bukhari dan lain-lain lagi.
[7] Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, hlm 478 juz 1
[8] Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159
[9] Ibn Taimiyyah al-Harrani, Majmu’Fataawa, jilid 24 hlm 324

Sumber: http://www.ahmadiah-idrisiah.com
Mengenai sambutan HolSocialTwist Tell-a-Friend

Hidup Dihiasi Adab

.
1. Adab kepada Allah swt
Menyedari penuh mendalam erti ihsan iaitu kita beribadah seolah-olah kita melihat Allah; dan jika kita tidak melihat-Nya, yakinlah Allah melihat kita. Oleh sebab kita sentiasa dalam pemerhatian Allah swt, maka kita malu lagi takut utk melakukan perkara yg ditegahnya. Sebaliknya kita lebih banyak melakukan kebaikan demi mendapatkan keridhaan-Nya.

2. Adab kepada nabi
Beradab dgn Nabi Muhammad saw dengan mengamalkan sunnahnya iaitu suruhannya dan menjauhi tegahnnya. Bibir kita sentiasa dgn berselawat kepadanya kerana Allah swt dan para malaikat tetap berselawat kepadanya.

3. Adab kepada ulama/syeikh
Para ulama ialah pewaris nabi. Para Ulama besar yg antaranya menjadi mursyid atau syeikh kpd ajaran tariqah seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jilani yang kita ikuti ajaran dan juga Syeikh Bahaudin Naqsyabandi merupakan insan mahfuz iaitu dipelihara Allah akan kesilapannya. Sudah tentu kita mengamalkan tariqah mereka dgn sepenuh hati, kita memberikan salam kepada mereka dan bertawassul. Kita ini serba kekurangan dan mengharapkan ajaran mereka menjadi penghias iman kita. Semoga doa kita akan lebih mustajab dengan bimbingan para syeikh tadi.

4. Adab kepada ibu bapa
Kita berhutang budi kepada ibu bapa kita kerana melahirkan kita di dunia. Begitu besar sumbangan ibu bapa, maka Islam menetapkan bahawa selepas mentaati Allah, maka taatilah Rasul dan akhirnya ibu bapa. Tanpa restu ibu bapa maka hidup kita tidak barakah.

5. Adab kepada sesama insan
Kita mesti selalu saling bersalaman dan berselawat demi menguatkan perasaan hati kita agar kasih-mengasihani antara satu sama lain dengan penuh kesopanan dan hormat. Inilah adab kita sebagai jemaah dan ikhwan. Kita saling bantu-membantu antara satu sama lain.

Hidup Dihiasi AdabSocialTwist Tell-a-Friend

Teras Pertalian Ihsan

.
IHSAN merupakan satu konsep yang dapat disusur daripada salah satu hadis yang masyhur. Ketika dikelilingi oleh para sahabatnya, Nabi Muhammad saw telah didatangi oleh seorang lelaki yang sungguh baik keadaannya, berpakaian kemas, tetapi tidak dikenali. Lelaki itu sebenarnya adalah Malaikat Jibril as dalam penampilannya sebagai 'manusia'. Lelaki itu bertanya kepada Rasulullah saw di tengah persaksian para sahabat, apakah makna Islam, Iman dan Ihsan.

Nabi saw menjelaskan erti Islam ialah menjalankan rukun yang lima iaitu perakuan kalimah syahadat, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulan Ramadan dan mengerjakan haji. Kemudian Nabi saw menerangkan erti iman iaitu percaya kepada Allah, para malaikat, para nabi, kitab-kitab Allah, hari akhirat serta qada' dan qadar. Mengenai ihsan pula, Nabi saw mendefinasikan dengan maksud bahawa seseorang hendaklah melaksanakan ibadatnya seolah-olah ia melihat Allah, dan jika ia tidak merasa dapat melihat Allah SWT, ia hendaklah menyedari bahawa Allah melihatnya.

Apakah kaitan Islam, Iman dan Ihsan? Ketiga-tiganya bak tiga unsur dalam satu yang mesti ada dalam diri seorang mukmin iaitu orang yang beriman kepada Allah.
Iman dapat digolongkan kepada lima kedudukan atau maqam:

1. Pertama, iman matbu' iaitu iman yang sudah diacuankan dalam diri para malaikat sehingga mereka taat sepenuhnya kepada Allah SWT. Malaikat dicipta tanpa nafsu dan senantiasa melaksanakan perintah Allah SWT. Iman malaikat tanpa cacat (zero defects).

2. Kedua, iman ma'sum iaitu iman yang terdapat pada para rasul dan nabi. Rasul dan nabi adalah manusia, makhluk yang mempunyai nafsu. Tetapi iman mereka senantiasa 'dipelihara' Allah SWT daripada terkena noda dunia.

Contohnya, Nabi Lut berada di kota Gomorah dan Sodomah yang penuh dengan perbuatan seks songsang. Kecuali Nabi Lut dan anak-anaknya, tiada yang terpelihara daripada noda dua kota itu termasuk isteri beliau sendiri, yang kemudiannya dimusnahkan oleh Allah SWT. Iman para nabi dipelihara sehingga tidak timbul tiga jenis keraguan iaitu syak, zahn dan waham. Oleh itu, para nabi juga disebut mempunyai kedudukan atau maqam kamalul yaqin - percaya sepenuhnya kepada Allah SWT dan 100 peratus pasrah kepada-Nya.

3. Ketiga, iman maqbul iaitu iman yang dimiliki oleh mukmin yang bukan terdiri daripada nabi dan rasul. Maqbul bererti diterima Allah SWT. Mukmin adalah orang yang melaksanakan segala perintahAllah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Nafsu mereka senantiasa teruji dan ada kala mereka nyaris dikalahkan oleh nafsu, tetapi Allah SWT melindungi mereka pada saat penuh debar ini.

Selepas para nabi dan rasul, manusia yang dipandang mulia di sisi Allah SWT adalah wali (jamak:aulia). Teras iman mereka juga dipanggil mahfudz iaitu iman yang senantiasa diuji nafsu tetapi dapat diselamatkan kerana rahmat Allah SWT.

4. Keempat, iman mauquf iaitu iman milik golongan pembuat bid'ah (istilah Arab: ahlul bid'ah) - mengada-adakan hal yang menghampiri syirik (menyekutukan Allah SWT) seperti percaya kepada jin, roh atau kuasa-kuasa lain yang dianggap mempunyai kesaktian; amalan khurafat dan sebagainya.

5. Kelima, iman mardud iaitu iman orang munafik (berpura-pura) - pada kenal dirinya orang ini Islam, tetapi sebenarnya ia melakukan hal yang bertentangan atau memusuhi Islam, termasuk
menyekutukan Allah SWT. Iman ini ditolak Allah SWT dan balasannya adalah neraka.

KAITAN IHSAN
Daripada maksud hadis tadi, jelas Nabi saw memberikan takrif ihsan yang khususnya berbeza dengan Islam dan Iman. Ihsan menegaskan kehadiran kita di depan Ilahi - seolah-olah kita melihat dan dekat kepadanya.

Erti lihat atau musyahadah, dan dekat atau muraqabah merupakan teras hubungan antara manusia dengan Penciptanya.

Allah swt menegaskan hal ini dalam firmannya yang bermaksud "Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (An -Nisaa ayat 1)

Apabila dua konsep ini ditancapkan sepenuhnya dengan sedar dalam jiwa (hati atau qalb), maka apa yang kita lakukan adalah kerana Allah (lillahi ta'ala). Musyahadah dan muraqabah juga menjurus kepada erti ikhlas. Di sinilah tepapar persamaan antara ihsan dan ikhlas. Keujudan manusia di muka bumi ini adalah semata-mata bertujuan mempersembahkan pengabdian yang sempurna terhadap Allah swt .

Kenyataan ini jelas terkandung dalam firman Allah swt surat Az-dzriyat ayat 56 yang bermadsud "Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu."

Pada urutan usaha awalnya, manusia itu harus berjalan di atas tuntutan Syariat dengan matlamat akhir mengenal Penciptanya, menyerahkan diri, menghidupkan rasa cinta dan redha terhadap Allah swt. Namun, segala usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah swt, atau mendayakan kesampaian persembahan pengabdian itu tidak akan berjaya kecuali ia ditimbulkan dari dasar ikhlas. Sekiranya manusia berkeupayaan mengikhlaskan pengabdiannya kepada Allah swt, memusatkan seluruh kehidupannya dalam lingkaran penghambaan yang jujur, dan mengujudkan pengertian seperti yang ia sebut setiap hari: Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan, maka Allah swt menjanjikan bahawa syaitan tidak akan memperoleh suatu jalan pun untuk sampai kepadanya.

Malah ada sesetengah ulama menganggapkan kedua-dua istilah itu sama atau boleh digunakan silih berganti.

Ikutilah kisah berikut:
Seorang penuntut tasauf bernama Abul Qassim Aljunid Al Baghdadi telah ditalqinkan (diajarkan) oleh gurunya, Assiris Saqati agar sering mengucapkan tiga kalimah sebelum tidur selama sebulan:
> Allahu Ma'i (Allah bersamaku)
> Allahu Nazirun Ilaiya (Allah melihat kepadaku)
> Allahuma Syahidun 'Alaiya (Allah melihat atasku)

Tiga kalimah tadi sebenarnya bak ikrar mengenai perihal hadir, dekat dan melihat Allah SWT. Guru tadi bertanya muridnya apakah kesan tiga kalimat tadi kepada dirinya. Aljunid berkata, beliau merasa amat waspada sebelum melakukan sesuatu perkara yang mendekati maksiat. Malah, beliau terhindar dari perlakuan maksiat setelah menerima dan mengamal talqin gurunya.

Rasa kewaspadaan daripada berbuat maksiat ini tentulah memelihara iman seorang mukmin agar terus tergolong dalam maqam ma'sum. Jadi kita juga harus amalkan apa yang dilakukan oleh Aljunid dalam langkah kita mendalami tasauf.

Konsep musyahadah membawa maksud melihat (basariah) tetapi ia bukanlah melihat dengan mata kita. Hanya Nabi Muhammad saw yang dapat melihat Allah SWT ketika mikraj. Para nabi lain juga meminta untuk melihat Allah SWT, seperti dalam hal Nabi Musa di Gunung Tursina. Namun Allah SWT tidak mengizinkan kerana mereka tidak akan berupaya melihat-Nya dalam

keberadaan mereka di dunia ini. Bahkan sebahagian Gunung Tursina hancur ketika baru saja tanda kebesaran Allah SWT ditunjukkan. Menurut Rasulullah saw, cahaya Allah SWT diliputi oleh 72 hijab (perintang) dan belum pun terbuka satu hijab saja, akan luluhlah isi alam ini.

Jadi bagaimanakah kita melihat?

Dalam pengertian tasauf, kita melihat melalui kemampuan mata hati. Sehubungan ini, Imam Malik ra, ditanya mengapakah kita tidak dapat melihat Allah SWT. Dengan halus dan mudah Imam Malik menjawab, bermaksud: "Yang fana tidak dapat melihat Yang Baqa'. Hanya yang kekal dapat melihat Yang Kekal."

Apa jua yang ujud di alam ini, termasuk manusia, adalah dalam keadaan sementara atau tidak kekal. Kehidupan kekal hanya diperolehi di akhirat dan ketika itulah manusia akan dapat melihat Allah SWT berdasarkan kurnia-Nya.

Jelaslah apabila seorang insan memahami ihsan, maka ia akan merasa seperti melihat Allah dalam hatinya. Kesannya akan membawa ketenteraman dalam jiwa - suatu yang tidak ternilai harganya.

CARA MEMAHAMI IHSAN
Mestilah seseorang itu berilmu demi menggarap pengertian ihsan akan tertancap dalam kalbu atau hatinya. Proses ini tidak mudah. Sumber ilmu terbahagi dua: pertama yang dipelajari dan kedua, yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Dalam Islam, ilmu terbahagi kepada tiga iaitu tauhid, fiqh dan tasauf. Ia melibatkan peraturan hubungan manusia dengan Penciptanya, hubungan manusia sesama manusia, dan hubungan manusia dalam jiwanya atau secara introspectif.

Hari ini sering ilmu dipisahkan daripada dua perkara iaitu hubungan dengan Tuhan dan jiwa manusia. Inilah punca kepincangan dalam mencari ilmum dan membawa kesan yang merugikan manusia.

Daripada tiga aspek tadi, kita menemui pengertian: syariah (perihal undangundang manusia), tariqat (perjalanan jiwa), haqiqat (kebenaran yang tersimpan jauh di lubuk jiwa atau juga disebut rahsia jiwa - sirr).

Perbuatan seperti taubat (kembali ke jalan Allah), taqwa (takut kepada Allah), dan istiqamah (konsisten atau tekal melaksanakan perintah Allah) merupakan sebagaian dari perlakuan syariah atau dipaparkan secara zahir.

Misalnya, untuk bertaubat: seseorang itu mestilah menunjukkan rasa sesal atau nadam, beristighfar (meminta ampun kepada Allah SWT), dan meninggalkan maksiat.

Taubat harus di ikuti dengan istighfar sebagaimana yang telah di firmankan oleh Allah Jalla Jalaaluh dari surah Al Maidah ayat 74 : "Mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun (beristigfar) kepadaNya? Dan Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang."

Tidak betul jika seseorang itu sudah bertaubat hanya sekadar menyebutnya dalam hatinya, sedangkan dari segi perbuatan dia masih melakukan perkara sumbang. Awasi juga orang yang mengaku sudah insaf dan meniggalkan perbuatan buruk yang lama tetapi melaku perbuatan baru yang tidak kurang celanya.

Untuk kembali ke jalan Allah SWT, selain menimba ilmu, seseorang itu hendaklah melakukan pembaikan atau islah.

Islah atau pembaikan ini memang sangat di anjurkan oleh Islam. Dalam kaitan ini Allah swt menjelaskan "Maka barang siapa yang bertaqwa dan membuat pembaikan, tidaklah ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati." (Surah Al A'raf ayat 35)

Konsep islah amat luas kerana boleh diibaratkan sebagai pemulihan tabiat, peningkatan ilmu, memulakan kehidupan baru atau berhijrah (berpindah) dari satu keadaan (negeri atau tempat) ke keadaan yang lain. Jelasnya, islah mengkehendaki perlucutan sifat cela atau mazmudah kepada sifat terpuji atau mahmudah.

Untuk menjayakan islah, tiga perkara asas diperlukan iaitu:
1. ikhlas
2. siddiq (benar)
3. tuma'ninah (tenteram).

Jelaslah dalam hal ini, perbuatan islah itu melibatkan pensucian diri dari segi fikh atau melaksanakan rukun Islam dan rukun Iman yang dilihat dari segi zahir, dan juga dari sudut pembersihan batin dan rahsia hati (sirr).

Sekadar contoh, A marah kepada seorang kawannya, B, yang sekian lama dipercayai dan kemudian terbukti mengkhianatinya. A menunjukkan muka (zahir) yang berang, hatinya (batin) perih dan dalam rahsia hatinya (sirr) tersimpan dendam.

Untuk berislah, maka A terlebih dulu perlu bertaubat. Islah yang dilakukannya akan bersifat bathin atau dhamir. Dia perlu:
> membuang (takhliah) sifat cela/mazmumah dan,
> memasukkan (tahliah) sifat terpuji/mahmudah.

ADIB DAN GANJARANNYA
Islah membawa pembentukan insan beradab atau adib yang dari segi zahir dan bathin suci daripada sifat cela, tetapi gemilang dengan sifat terpuji. Insan ini merasa tenteram (tuma'ninah). Hatinya senantiasa tunduk kepada Allah SWT atau disebut tawaddhu'.

Sebuah hadis qudsi (firman Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw untuk keperluannya dan kemudian disampaikan pula oleh Nabi saw dengan kefahaman dan bahasanya untuk dimanfaatkan oleh para sahabat) yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, antara lain bermaksud demikian:

Barangsiapa yang menyakiti waliku, Aku memaklumkan perang kepadanya, dan tiada mendekati hamba-Ku kepadaKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada mengerjakan apa yang telah Aku fardukan ke atasnya. Dan sentiasa hamba-Ku mendekati dirinya kepadaKu dengan melakukan segala yang sunnat. Apabila Aku telah mencintainya, maka Akulah yang menjadi pendengaran yang ia mendengar melaluinya, dan penglihatan yang ia melihat menerusinya, dan tangannya yang ia gunakan dan tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan demi jika ia minta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepadanya. Dan demi jika ia minta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku melindunginya.

Pembahasan hadis qudsi ini amat luas, mungkin satu buku tebal. Tetapi sekadar memahaminya secara ringkas, ia menunjukkan betapa insan yang sudah berislah menerusi proses Islam, Iman dan Ihsan, sehingga terlucut segala sifat keji dan terterap serta terpantul segala sifat terpuji, akan dicintai Allah SWT. Memasuki kedudukan atau maqam 'mahabatullah' (dikasihi Allah) merupakan setinggi-tinggi kurnia Ilahi kepada hamba-Nya. Inilah matlamat ajaran Islam, khususnya yang sering diperjuangkan oleh tasauf. Sebenarnya, ajaran tasauf boleh juga dikatakan sebagai sesuatu yang melengkap atau menyempurnakan ikhtiar insan untuk kembali ke hadrat Allah SWT dalam keadaan 'ahsani taqwim'. Untuk menjalani proses pensucian jiwa sehingga mencapai peringkat sebaik-baik insan, manusia harus melibatkan seluruh anggotanya, diteguhkan pula dengan gerakan jiwanya sehingga ia bebas dari segala kekotoran yang menutup mata hati dirinya. Apabila keadaan ini berhasil, maka dirinya itu sentiasa tidak terlepas dari mengingati Allah swt, serta jiwa dan hatinya mengekalkan pendiriannya terhadap Allah swt.

Maksud 'perang' ialah dibenci Allah SWT. Bermakna wali atau mukmin yang menjadi kekasih Allah akan terpelihara sehingga orang yang cuba mengkhianatinya akan gagal dengan sendirinya.

Dalam perkara ini Allah swt menerangkan bahwa para wali itu sentiasa tidak mengalami kesedihan dan kebimbangan. Dalam surah Yunos ayat 62, Allah Rabbul 'Izzah mengatakan "Ingatlah, sesungguhnya para wali-wali Allah tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati."

Untuk mencapai maqam ini, seseorang itu bukan saja melakukan yang fardu (solat, zakat, puasa dan haji) tetapi melakukan juga yang sunnah (solat sunnah seperti tahajud, rajin bersedekah dan sebagainya).

Lama-kelamaan orang yang menjadi kekasih Allah akan merasa apa yang dilihat, dihidu, dirasakan, dilakukan atau setiap pengendaliannya senantiasa mendapat 'pedoman' atau petunjuk Ilahi.

Inilah jalan yang harus diperjuangkan dalam kita mencari keredhaan dan mahabbah dari Allah Rabbul Arbab Firman Allah swt dalam surah Al Ankaabut ayat 69 "Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benarbenar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."

Betapa sentosa dan damai orang sedemikian. Semoga kita mencapai matlamat ini.

SEKIAN

Sumber: KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD.
22 Ogos 2001, jam 2300 - 23 Ogos 2001, jam 0200
Teras Pertalian IhsanSocialTwist Tell-a-Friend

Nilai Seorang Mursyid

.
ADA pelbagai cara yang dilalui oleh masyarakat hari ini dalam menilai dan mempelajari tasauf.

Umumnya cara itu dapat digolongkan kepada tiga:
1. Pembacaan umum tanpa keinginan untuk mendalami tasauf. Penuntut sedemikian dikatakan penerima riwayah kerana cenderung atau ingin bertabarruk (ambil barakah) hasil pembacaan itu.
2. Ada pula golongan yang ingin mengamalkan tasauf untuk keperluan peribadi demi membersihkan jiwa atau istilahnya mujahadah nafs iaitu mensucikan rohani daripada sifat cela (mazmudah) dan menyerap sifat mulia (mahmudah).
3. Akhirnya ada pula golongan yang menunjukkan dua ciri golongan tadi iaitu mahu membaca, mendalami, membersihkan jiwa dan selanjutnya mengamalkan tasauf sebagai satu perjalanan.

Sesungguhnya bagi kita, selaku penuntut atau murid tasauf, maka kita berada dalam golongan ketiga. Untuk memulakan perjalanan, tentulah kita perlu peta dan mungkin penunjuk jalan (guide). Orang yang akan memandu kita itu dipanggil secara umum sebagai guru sufi yang arif (serba tahu akan disiplinnya).

ISTILAH GURU SUFI
Terpapar sekurang-kurangnya lapan istilah merujuk kepada guru sufi (kesemuanya dalam bahasa Arab):
1. Mursyid iaitu orang yang memberikan petunjuk (irsyad)
2. Sheikh iaitu nama yang sering dikaitkan sebagai ketua guru atau pengetua. Lazimnya Sheikh digunakan kepada guru kanan.
3. Murabbi iaitu orang yang mengajarkan ilmu pendidikan (tarbiah)
4. Maulana iaitu gelar 'tuan' guru yang sudah mencapai darjat tinggi (seperti profesor).
5. Mua'llim iaitu guru yang memberikan ilmu ('ilm)
6. Mudarris iaitu pengurus satu pengajian (darasah, juga dikaitkan dengan madrasah).
7. Muaddib ialah guru yang mengajar adab (tata susila atau decorum). Manusia dipanggil 'adib' dalam hubungan dengan Khaliq (Penciptanya).
8. Ustaz ialah gelar biasa bagi profesi guru. Ia lazim sekali digunakan dalam rantau sebelah sini terutama di Singapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di Indonesia sering ustaz dipanggil kiai.

MENGAPA BERGURU
Berguru merupakan satu konsep setua tamadun manusia.

Ibu bapa adalah guru semulajadi yang awal kepada anaknya. Bersekolah bertujuan untuk berguru ilmu. Walaupun sampai usia bekerja, seseorang tidak putus-putus berguru. Demikianlah dengan tasauf. Apabila proses tasauf itu dijadikan untuk amalan hidup yang dipanggil perjalanan sufi atau tarikat, maka mendapatkan guru amatlah genting. Manusia paling mulia di sisi Allah SWT termasuk Nabi Musa as, iaitu seorang ulul azmi (pemimpin agung) juga berguru. Kisahnya terpapar dalam surah al-Kahfi, iaitu Nabi Musa menemui Nabi Khidir as untuk mempelajari halhal ghaib yang sukar masuk akal, tetapi berlaku kerana kehendak Allah SWT. Guru tasauf ialah pembimbing rohani yang perlu mempunyai dua kelayakan iaitu selaku mua'llim (menguasai dan penyampai ilmu) dan murabbi (pendidik yang tahu ilmu pendidikan atau tarbiah). Guru begini dipanggil sheikh dalam konteks perguruan tasauf. Murid tasauf pula dipanggil salik dan perjalanannya dipanggil suluk. Namun sheikh yang lengkap dipanggil mursyid apabila ia mencapai kelayakan untuk membimbing muridnya dari segi kerohanian.
Bagaimanapun, mursyid juga dianggap 'specialis' atau pakar dalam bidang bidang lain seperti fiqh atau syariah. Bezanya dalam konteks disiplin tasauf, mursyid hendaklah dilihat sama-sama mengamalkan ilmunya bersama-sama murid seperti solat tahajjud (dalam rangka mendirikan solat malam atau qiamulail atau disebut proses tarbiyah rohiyah - penyantunan roh), berwiridan dan seterusnya. Tegasnya mursyid tasauf melaksanakan dan menunjuk ajar akan apa yang diajarkannya.

CABARAN MASA KINI
Peredaran zaman menimbulkan ujian besar dalam mencari dan memilih mursyid. Kita semakin jauh dari zaman Nabi saw, para sahabat, pengikut sahabat (tabi'en) dan pengikut kepada pengikut sahabat (tabi'en wat tabi'en). Tempoh Nabi dengan pengikut kepada pengikut sahabat ialah 300 tahun iaitu mungkin sehingga zaman Imam al-Ghazali. Selepas itu berlaku pencairan (dilution) dari segi kekentalan ilmu yang asal.

Antara sebabnya ialah pengaruh kebendaan merupakan kejahatan (thagut) yang telah meleka atau melalaikan kita semua.

Namun dalam tradisi tasauf, terdapat koda profesionalisme atau etika yang menentukan apakah wajar seseorang itu menjadi mursyid.

Sekurang-kurangnya ada 14 syarat yang perlu ada bagi seseorang itu layak dipanggil mursyid:
1. Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama. Ertinya mursyid tadi tidak mengabaikan keperluan solat, zakat, puasa dan haji. Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.
2. Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan
3. Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)
4. Berkemahuan/hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri dan muridnya.
5. Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya akhirat sebagai destinasi kita)
6. Dermawan (tidak sekalipun lokek) walaupun keperluannya tinggal sehelai sepinggang.
7. Berbudi pekerti luhur
8. Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau memandang bulu/diskriminasi
9. Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana.
10. Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya (self promotion seperti kononnya punya karamah atau dapat melihat yang ghaib iaitu kashaf)
11. Tidak mengeluh ketika diuji (terutama kekurangan dari segi ekonomi)
12. Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang lain)
13. Hadir hatinya untuk Allah SWT semata
14. Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan sesuatu yang luar biasa seperti karamah).

BUKAN SEORANG MURSYID
Pertanda yang menunjukkan seseorang itu bukan seorang mursyid terpapar pada sekurang-kurangnya lapan ciri:
1. Tidak menguasai dan mengendahkan syariat seperti tidak tahu soal pensucian atau thaharah, fardu a?in dsb
2. Memandang rendah atau melecehkan orang lain.
3. Mengambil peduli perkara remeh
4. Mengikut hawa nafsu yang membawa kepada maksiat (seperti mengambil isteri muridnya)
5. Pekerti buruk seperti suka mengumpat
6. Pura-pura dalam setiap amalannya seperti bersolat
7. Berharap kepada manusia (minta gelaran atau pangkat dan bantuan ekonomi)
8. Memandang rendah terhadap aulia (para wali) atau guru tasauf yang lain.

Panduan begini penting kerana tasauf merupakan disiplin yang amat tinggi dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar murid itu tidak tersesat daripada landasan hingga terkeluar daripada sifat mukminnya. Peringatan ini diberikan oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya:

"Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang, janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah SWT."

PENGECUALIAN
Ada ketika seseorang mursyid menunjukkan sifat luar biasa atau tidak normal ketika jiwanya bersama Allah SWT. Ini dikatakan keadaan zhouk (ecstasy) atau terlalu asyik. Kata-katanya seakan-akan sukar dinilai logiknya seperti yang berlaku kepada al-Hallaj yang menyatakan 'Ana al-Haq' (Akulah Tuhan). Hal ini telah menggegarkan orang ramai. Akibatnya al-Hallaj dijatuhi hukuman pancung kerana kesalahannya dari segi syariat. Namun darahnya yang mengalir di sungai bertukar menjadi kalimah lailahaillah. Oleh itu, murid perlu memahami sikap dan sifat gurunya.

Sebelum hukuman tadi al-Hallaj dikatakan berpesan:
"Terimalah ucapanku yang sesuai dengan ilmumu. Andai kata dapati ucapanku bertentangan dengan ilmumu, maka jangan kau terima dan jangan kau pegangi agar kau tidak sesat dari jalan yang benar."

Adakala amalan tasauf menghampiri mistik iaitu dunia ghaib jin. Fenomena ini dipanggil 'istidraj'. Bantuan jin membolehkan pengamal tasauf itu mempunyai semacam kehebatan sehingga dianggap karamah. Oleh itu berwaspadalah.

Menurut cerita, penghulu aulia Sheikh Abdul Qadir al-Jilani berkhalwat (bersendirian untuk beribadat), terdengar suara yang menyatakan bahawa beliau sudah sampai ke satu maqam dan tidak perlu lagi bersolat atau beribadat seperti manusia yang lain.

Segera Sheikh Abdul Qadir membaca ta'audz (audzubillah...). Suara itu terhenti. Sesungguhnya suara itu datang daripada syaitan yang cuba menggoda Sheikh Abdul Qadir.

Kemudian Sheikh Abdul Qadir bermunajat (meminta kepada Allah SWT) agar dapat berdialog dengan syaitan itu. Daripada penjelasan syaitan tadi, difahamkan 70 orang mursyid yang menghampiri maqam wali telah terjerat oleh pujukan syaitan. Cerita ini hendaklah membuat sesiapapun berwaspada kerana syaitan adalah musuh nyata manusia.

Dalam zaman Wali Songo yang berdakwah di tanah Jawa yang dikuasai Majapahit (abad ke-14 masihi), salah seorang daripada mereka yang bernama Syeikh Siti Jennar telah terlalu condong kepada amalan kebatinan sehingga mengetepikan syariat. Majlis para wali itu menggugurkan beliau daripada keanggotaan dan menganggapnya tersesat.

Sumber: KULIAH USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD, 19 September 2001, jam 2330 - 20 September 2001, jam 0230
Nilai Seorang MursyidSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.