Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Doa Terang Mata dan Syafa'at Nabi ﷺ


Search This Blog

Doa Terang Mata dan Syafa'at Nabi ﷺ

Doa Terang Mata dan Syafa'at Nabi ﷺ

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam :

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَقَبَّلَ إِبْهَامَيْهِ فَوَضَعَ عَلَى عَيْنَيْهِ وَقَالَ: ( ﻣَﺮْﺣَﺒًﺎ ﺑِﺬِﻛْﺮِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻗُﺮَّﺓُ ﺃَﻋْﻴُﻨِﻨَﺎ ﺑِﻚَ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ ) فَأَنَا شَفِيعُهُ يَوْمَ الْقِيَامَتِ وَقَائِدُهُ إِلَى الْجَنَّةِ.

"Barangsiapa mendengar ia akan bang(azan), maka mengucup ia akan dua ibu tangannya(dua ibu jari), maka menghantar ia, yakni akan keduanya atas dua matanya dan berkata ia:

ﻣَﺮْﺣَﺒًﺎ ﺑِﺬِﻛْﺮِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ ﻗُﺮَّﺓُ ﺃَﻋْﻴُﻨِﻨَﺎ ﺑِﻚَ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ
(MARHABAN BIZIKRILLAH TA'ALA QURRATU A'YUNINA BIKA YA RASULALLAH)

maka akulah yang mensyafa’atkan akan dia pada hari qiamat dan yang menolong akan dia kepada syurga.

FAEDAH

Riwayat Al-Bukhari daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawasanya bersabda ia: “Barangsiapa mendengar namaku pada bang (azan) dan menghantar ia akan dua ibu tangannya atas dua matanya dan membaca ia akan do’a ini, akulah yang menuntut akan dia pada padang qiamat, iaitu:

يَا بَصِيرًا بِلَا حَدَقَةٍ، احْفَظْ عَيْنَيَّ وَنَوِّرْهُمَا.
(YA BASIRAN BILA HADAQATI IHFAZ 'AINAYYA WA NAWWIRHUMA)

Wahai Tuhan Yang Maha Melihat tanpa biji mata, peliharalah kedua mataku dan terangkanlah kedua-duanya.

Dan tersebut di dalam Qashashul Anbiya’, bahawasanya Nabi Adam ‘Alaihissalam rindu hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad ‘Alahisshalatu wassalam pada ketika ia di dalam syurga, maka mewahyu Allah Ta’ala kepadanya, iaitu pada shulbi engkau dan zahir ia pada akhir zaman maka memohon ia akan Allah Ta’ala bahawa berjumpa ia dengan Muhammad ‘Alahisshalatu wassalam di dalam syurga, maka menjadi Allah Ta’ala akan nur Muhammad itu pada kuku dua ibu tangannya seperti cermin, maka mengucup Adam akan kuku dua ibu tangannya dan sapu ia atas dua matanya. Maka tatkala mengkhabar Jibril dengan demikian itu akan Nabi ‘Alahisshalatu wassalam, sabdanya: “Barangsiapa mendengar namaku di dalam bang (azan), maka mengucup ia akan kuku dua ibu tangannya dan sapu ia atas dua matanya, nescaya tiada buta selama-lamanya.”

Dan riwayat daripada Syeikh Fariduddin: “Barangsiapa membaca atas dua kuku ibu tangannya:

ﻓَﻜَﺸَﻔۡﻨَﺎ ﻋَﻨﻚَ ﻏِﻄَﺎٓﺀَﻙَ ﻓَﺒَﺼَﺮُﻙَ ﭐﻟۡﻴَﻮۡﻡَ ﺣَﺪِﻳﺪٌ ...
(FA KASYAFNA ANKA GHITAA AKA FABASHORUKAL YAUMA HADID)

... maka Kami buka tutup daripadamu, Ialu pemandanganmu pada hari itu amat tajam. (Surah Qaf: Ayat 22)

tujuh kali dan mensalawat ia atas Nabi ‘alaihisshalatu wassalam pada tiap-tiap kalinya, kemudian mengucup ia akan dua ibu tangannya dan disapu dengan keduanya atas dua matanya, nescaya memberi manfa’at bagi cahaya matanya dan hilang mudharat daripada dua matanya, Insya’ Allah Ta’ala.”

Atau dibacanya:

” ﻣَﺮْﺣَﺒًﺎ بِكَ يَا حَبِيْبِي وَقُرَّةَ عَيْنِي يَا رَسُوْلَ اللهِ “
(MARHABAN BIKA YA HABIBI WA QURRATA 'AINIY YA RASULALLAH) seperti riwayat daripada Nabi Khidhir ‘Alaihissalam.

# Rujukan dari kitab " ﺍﻟﺠﻮﻫﺮ ﺍﻟﻤﻮﻫﻮﺏ ﻭﻣﻨﺒﻬﺎﺕ ﺍﻟﻘﻠﻮﺏ " (Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub) yang diterjemah oleh Asy-Syeikh 'Ali bin 'Abdur Rahman Al-Kalantani daripada "Kitab Lubab Al-Hadith" karangan Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Bab Yang ke-8 Kelebihan Bang (Fadhilat Azan).

# Video contoh Ust Don min 1:15




Doa Terang Mata dan Syafa'at Nabi ﷺSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.