Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: 2016


Search This Blog

Sejarah Muallif Kitab Dalail Al-Khairat

SEJARAH MUALLIF KITAB DALAIL AL-KHAIRAT

Sayyid Abu Abdillah Muhammad ibn Sulaiman Al-Jazuli

Tulisan ini adalah sebagian dari sejarah perjalanan seorang imam yang alim dan amil, seorang wali Allah swt. yang besar dan sempurna yang ma’rifat kepada Allah swt. yang muhaqqik dan wasil kepada-Nya, seorang tokoh terkemuka pada zamannya, yang berbeda pada masanya, Sayyid Abu Abdillah Muhammad ibn Sulaiman Al-Jazuli rodliyallahu ‘anhu yang mengarang kitab dalailul khairat.

KELAHIRAN & NASAB

Beliau dilahirkan di daerah Jazulah yaitu di sebuah kabilah dari Barbar di pantai negeri Maghrib (maroko) Afrika. Beliau belajar di Fas yaitu sebuah kota yang cukup ramai yang terletak tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dengan Mesir. Jarak antara Fas dan Mesir kira-kira 36 derajat 17 daqiqoh atau sekitar 4.064 KM. Di kota Fas beliau belajar hingga sangat benyak menguasai ilmu yang bermacam-macam sehingga namanya tersohor, kemudian beliau mengarang kitab “Dalail al-Khairat”.

Adapun nasabnya adalah Sayyid Abu Abdillah Muhammad ibn Sulaiman ibn Abdurrahman ibn Abu Bakar ibn Sulaiman ibn Ya’la ibn Yakhluf ibn Musa ibn ‘Ali ibn Yusuf ibn Isa ibn Abdullah ibn Jundur ibn Abdurrahman ibn Muhammad ibn Ahmad ibn Hsan ibn Ismail ibn Ja’far ibn Abdullah ibn Hasan ibn Hasan ibn Ali ibn Abu Tholib Karramallahu Wajhah.

SEJARAH MENJELANG MENGARANG KITAB DALAILUL KHAIRAT

Adapun sebab musabab beliau mengarang kitab Dalailul Khairat adalah karena pada suatu saat beliau singgah di suatu desa bertepatan dengan waktu (habisnya) sholat dhuhur. Tetapi beliau tidak menjumpai seorang pun yang dapat beliau tanyai untuk mendapatkan air wudlu. Akhirnya beliau menemukan sebuah sumur yang tidak ada timbanya, maka beliau berputar-putar di sekitar sumur dalam keadaan bingung karena tidak menemukan alat untuk menimba air. Tetapi kemudian beliau dilihat oleh seorang anak perempuan kecil yang berusia sekitar tujuh tahun.

Anak itu bertanya kepada Sayyid Muhammad Al-Jazuli.
“ya syaikh, kenapa anda nampak kebingungan berputar-putar disekitar sumur?”
Syaikh menjawab, “saya Muhammad ibn Sulaiman”
Anak itu bertanya lagi, “apa yang hendak tuan kerjakan?”
Syaikh menjawab, “waktu sholat dhuhurku sudah sempit, tetapi saya belum mendapatkan air untuk berwudlu”
Anak kecil itu bertanya lagi,
“apakah dengan namamu yang sudah terkenal itu tidak bisa (hanya sekedar) mendapatkan air wudlu dari dalam sumur? Tunggulah sebentar!”

Kemudian anak kecil itu mendekat ke bibir sumur dan meniupnya sekali, tiba-tiba airnya mengalir dan memancarkan di sekitar sumur seperti sungai besar. Kemudian anak kecil itu pulang ke rumahnya, dan syaikh Muhammad pun segera berwudlu dan melaksanakan shalat dluhur. Setelah itu Syaikh Muhammad Al-Jazuli bergegas mendatangi rumah anak perempuan kecil itu, sesampainya disana beliau mengetuk pintu.

Anak itu berkata, “siapa itu?”
Syaikh menjawab, “wahai anak perempuanku, saya bertanya kepadamu, saya bersumpah demi Allah swt. yang menciptakan kamu dan menunjukkan kepadamu terhadap Nabi Muhammad saw. saya hendak menanyakan tentang satu hal, saya mohon kamu mau menceritakan kepadaku dengan apakah kamu bisa mendapat martabat yang tinggi?”
Lalu anak perempuan kecil itu menjawab, “kalaulah tidak karena sumpahmu, tentulah aku tidak akan menceritakannya. Saya mendapatkan keistimewaan itu karena membaca shalawat kepada Nabi Muhammad saw”.

Setelah peristiwa itu kemudian Syaikh Muhammad Al-Jazuli mengarang kitab Dalailul Khairat di kota Fas. Sebelum beliau menyebarluaskan kitab itu, beliau mendapat ilham untuk pulang kembali ke tanah kelahirannya. Maka beliau kembali dari Fas ke desa di tepi daerah Jazulah. Kemudian beliau dengan kesendiriannya itu bertemu Syaikh Abu Abdillah Muhammad ibn Abdullah as-Shaghir, seorang penduduk dipinggiran desa dan beliau berguru Dalail kepadanya. Kemudian Syaikh Muhammad Al-Jazuli melaksanakan kholwat untuk beribadah selama 14 tahun dan kemudian keluar dari kholwatnya untuk mengabdikan diri dan menyempurnakan pentashihan kitab Dalailul Khairat pada hari jum’at, 6 Rabi’ul Awwal 862 H. Delapan tahun sebelum beliau wafat.

WAFATNYA SANG MUALLIF

Beliau wafat ketika melaksanakan shalat subuh pada sujud yang pertama pada tanggal 16 Rabi’ul Awwal 870 H. Beliau dimakamkan setelah waktu shalat dhuhur pada hari itu juga di tengah masjid yang beliau bangun. Sebagian dari keramatnya adalah setelah 77 tahun dari wafatnya beliau, makam beliau dipindahkan ke Marakisy (Maroko). Ketika jenazah beliau dikeluarkan dari kubur, keadaannya masih utuh seperti ketika beliau dimakamkan. Rambut dan jenggot beliau masih nampak bersih dan jelas seperti pada hari beliau dimakamkan.

Makam beliau sering diziarahi oleh banyak orang. Sebagian besar dari peziarah membaca kitab Dalailul Khairat disana, sehingga dijumpai di makam itu bau minyak misik yang amat harum karena begitu banyak dibacakan shalawat dan salam kepada Nabi Muhammad, para sahabat, dan keluarganya. Kisah wangi semerbak adalah sebagian dari sejarah Syaikh Muhammad Al-Jazuli. Sejarah yang lain tentang beliau bahwa para oarang shaleh dari berbagai penjuru dari masa ke masa senantiasa membaca dan mengamalkan kitab beliau, yaitu Dalail Al-Khairat.

Akhirnya beliau mendapat predikat sebagai seutama-utamanya orang yang bersama Rasulullah SAW. kelak karena banyaknya pengikut beliau yang membaca shalawat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Seutama-utama manusia bersamaku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak membaca shalawat untukku”.

Syaikh al-Khafidh Abu Na’im berkata, “Sejarah besar tentang Syaikh Muhammad Al-Jazuli ini benar-benar sesuai dengan hadits dan fatwa para sahabat tentang membaca shalawat kepada nabi ini saya telah menukilnya meskipun banyak para ulama yang mengetahuinya secara pasti”.

Wallahu a’lam bish-showab.....

Sejarah Muallif Kitab Dalail Al-KhairatSocialTwist Tell-a-Friend

Fatwa Berkaitan Dengan Aliran Dan Dakyah Wahhabiah

Fatwa Berkaitan Dengan Aliran Dan Dakyah Wahhabiah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah membincangkan fatwa berkaitan Aliran dan Dakyah Wahhabiah pada mesyuaratnya bertarikh 17 Disember 2014, 25 Februari 2015 dan 24 Mac 2015. Mesyuarat telah memutuskan Aliran dan dakyah Wahhabiah didapati bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Percanggahan tersebut berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan aliran Wahhabiah seperti berikut :

a. Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20;

b. Menganggap syirik amalan-amalan ahli sunnah seperti perbuatan tawassul, tabarruk dan istighathah dan selawat-selawat yang mengandungi pujian kepada Rasulullah seperti Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah;

c. Mendakwa bahawa pengikut aliran Asya'irah dan Maturidiyah tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

d. Membid’ahkan pelbagai amalan ahli sunnah yang bersifat khilafiah sebagai melakukan bid'ah dhalalah dan pengamalnya akan menjadi penghuni neraka;

e. Menganggap amalan dan sambutan-sambutan yang dilakukan bertujuan memuliakan Rasulullah saw sebagai perbuatan syirik;

f. Menolak sepenuhnya beramal dengan hadith dhaif;

g. Memahami al-Quran dan al-Sunnah secara makna zahir semata-mata dan menolak pentakwilan dalam memahami teks al-Quran;

h. Menolak fahaman bermazhab;

i. Menolak kefahaman dan amalan tariqat tasawuf yang muktabar;

j. Mempertikaikan ulama Nusantara yang muktabar serta kitab-kitab karya mereka;

k. Mempertikaikan fatwa-fatwa atau keputusan pihak berkuasa agama;

l. Berpegang dengan kefahaman tasybih dan tajsim berdasarkan zahir ayat dan hadith yang mutasyabihat; dan

m. Mudah mengkafirkan, membid’ahkan dan memfasikkan golongan yang tidak sealiran dengan mereka;

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan mengambil keputusan bahawa;

i. mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan berfahaman Wahhabiah yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al- Jamaah;   

ii. mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi ahli jamaah atau pengikut aliran dan dakyah Wahhabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa nama, aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

iii. mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan   aliran dan dakyah Wahhabiah, sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan aliran dan dakyah Wahhabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah;

iv. apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah adalah bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah; atau

v. apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tokoh, aliran dan dakyah Wahhabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur aliran dan dakyah Wahhabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.

vi. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini. Orang ramai hendaklah membuat aduan kepada pihak berkuasa agama yang berhampiran sekiranya terdapat sebarang keraguan seperti mana dinyatakan.

Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Fatwa Berkaitan Dengan Aliran Dan Dakyah WahhabiahSocialTwist Tell-a-Friend

Tahlil dan Yasin kepada yang menghampiri mati dan telah meninggal

1. Membaca tahlil لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
  • Sunan Abu Dawud (2710/4589)
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا بِشْرٌ حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ غَزِيَّةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عُمَارَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ قَوْلَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ 

"Talqinlah (ajarilah) orang yang (akan) meninggal diantara kalian dengan ucapan 'LAA ILAAHA ILLALLAAH'." (HR.Abu Daud : 2710)
  • Musnad Ahmad bin Hambal (10570/26363)
حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ غَزِيَّةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ عُمَارَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ قَوْلَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ 

"Talqinlah orang yang akan meninggal di antara kalian untuk membaca LAA ILAAHA ILLAALLAH." (HR.Ahmad : 10570)
  • Sunan Nasaii (1803/5662)
أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ قَالَ حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ غَزِيَّةَ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عُمَارَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ ح وَأَنْبَأَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ غَزِيَّةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ عُمَارَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ 

"Tuntunlah orang yang akan meninggal dunia diantara kalian dengan -kalimat- 'Laa Ilaaha Illallah'." (HR.Nasa'i : 1803)
  • Sunan Thirmizi (898/3891)
حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ يَحْيَى بْنُ خَلَفٍ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ غَزِيَّةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ عُمَارَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَعَائِشَةَ وَجَابِرٍ وَسُعْدَى الْمُرِّيَّةِ وَهِيَ امْرَأَةُ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ صَحِيحٌ 

"Tuntunkah orang yang akan menghadapi kematian dengan kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAH (tidak ada tuhan selain Allah)." (Abu Isa At Tirmidzi) berkata; "Hadits semakna diriwayatkan dari Abu Hurairah, Ummu Salamah, 'Aisyah, Jabir dan Su'da Al Muriyyah, istri Thalhah bin Ubaidullah." Abu 'Isa berkata; "Hadits Abu Sa'id merupakan hadits hasan gharib shahih." (HR.Tirmidzi : 898)
  • Sahih Muslim (1523/5362)
و حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ فُضَيْلُ بْنُ حُسَيْنٍ وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ كِلَاهُمَا عَنْ بِشْرٍ قَالَ أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ غَزِيَّةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ عُمَارَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ و حَدَّثَنَاه قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ ح و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ جَمِيعًا بِهَذَا الْإِسْنَادِ 

"Tuntunlah orang yang sedang berada di penghujung ajalnya agar membaca (kalimat), 'LAA ILAAHA ILLALLAH.'" Dan telah menceritakannya kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz Ad Darawardi -dalam jalur lain- Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Khalid bin Makhlad telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Bilal semuanya menggunakan isnad ini. (HR.Muslim : 1523)
  • Sahih Muslim (1524/5362)
و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ وَعُثْمَانُ ابْنَا أَبِي شَيْبَةَ ح و حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ قَالُوا جَمِيعًا حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ 

"Tuntunlahlah orang yang sedang berada di penghujung ajalnya dengan kalimat LAA ILAAHA ILLALLAAH". (HR.Muslim : 1524)
 
2. Membaca Surat Yaasin
  • Sunan Abu Dawud ((2714/4589)
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ وَمُحَمَّدُ بْنُ مَكِّيٍّ الْمَرْوَزِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ وَلَيْسَ بِالنَّهْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَءُوا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ وَهَذَا لَفْظُ ابْنِ الْعَلَاءِ 

"Bacakanlah Surat Yaasiin kepada orang yang akan meninggal diantara kalian." Dan ini adalah lafazh Ibnu Al 'Ala`. (HR.Abu Daud : 2714)
  • Musnad Ahmad bin Hambal (19415/26363)
حَدَّثَنَا عَارِمٌ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْبَقَرَةُ سَنَامُ الْقُرْآنِ وَذُرْوَتُهُ نَزَلَ مَعَ كُلِّ آيَةٍ مِنْهَا ثَمَانُونَ مَلَكًا وَاسْتُخْرِجَتْ { لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ } مِنْ تَحْتِ الْعَرْشِ فَوُصِلَتْ بِهَا أَوْ فَوُصِلَتْ بِسُورَةِ الْبَقَرَةِ وَيس قَلْبُ الْقُرْآنِ لَا يَقْرَؤُهَا رَجُلٌ يُرِيدُ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَالدَّارَ الْآخِرَةَ إِلَّا غُفِرَ لَهُ وَاقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ 

"Al Baqarah adalah Al Qur'an kedudukan yang tertinggi dan puncaknya. Delapan puluh Malaikat turun menyertai masing-masing ayatnya. Laa ilaaha illaahu wal hayyul qayyuum di bawah 'Arsy, lalu ia digabungkan dengannya, atau digabungkan dengan surat Al Baqarah. Sedangkan Yasin adalah hati Al Qur'an. Tidaklah seseorang membacanya, sedang ia mengharap (ridla) Allah Tabaraka wa Ta'ala dan akhirat, melainkan dosanya akan di ampuni. Bacakanlah surat tersebut terhadap orang-orang yang mati di antara kalian." (HR.Ahmad : 19415)
  • Musnad Ahmad bin Hambal (19416/26363)
حَدَّثَنَا عَارِمٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ وَلَيْسَ بِالنَّهْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ يَعْنِي يس 
 "Bacakanlah kepada orang-orang yang meninggal diantara kalian yaitu surat Yaasiin." (HR.Ahmad : 19416)
  • Musnad Sunan Ahmad bin Hambal (19427/26363)
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ إِسْحَاقَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ وَعَتَّابٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ أَخْبَرَنَا سُلَيْمَانُ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ وَلَيْسَ بِالنَّهْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَءُوهَا عَلَى مَوْتَاكُمْ قَالَ عَلِيُّ بْنُ إِسْحَاقَ فِي حَدِيثِهِ يَعْنِي يس 

"Bacakanlah (surat Yaa Siin) terhadap orang-orang yang meninggal diantara kalian." Ali bin Ishaq berkata dalam haditsnya yaitu surat Yaa Siin. (HR.Ahmad : 19427)
  • Sunan Thirmizi (1438/3891 )
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ حَدَّثَنَا أَبُو رَمْلَةَ عَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ قَالَ كُنَّا وُقُوفًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَاتٍ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّةٌ وَعَتِيرَةٌ هَلْ تَدْرُونَ مَا الْعَتِيرَةُ هِيَ الَّتِي تُسَمُّونَهَا الرَّجَبِيَّةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَلَا نَعْرِفُ هَذَا الْحَدِيثَ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عَوْنٍ 

"Kami bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam wukuf di Arafah, lalu aku mendengar beliau bersabda: "Wahai manusia, setiap pemilik rumah wajib memberikan hewan kurban dan Atirah pada setiap tahunnya. Tahukah kalian apa itu Atirah? Kalian biasa menamainya dengan rajabiyah (hewan yang dipotong untuk memuliakan bulan rajab)." Abu Isa berkata; "Ini adalah hadits gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini, yaitu dari hadits Ibnu Aun." (HR.Tirmidzi : 1438)
Tahlil dan Yasin kepada yang menghampiri mati dan telah meninggalSocialTwist Tell-a-Friend

Bertabarruk dengan atsar Rasulullah saw


Dalil hadits, para Sahabat RA yang bertabarruk dengan atsar Rasulullah saw.
.
1. Sahih Bukhari (627/7008)
.
Bertabarruk (mengambil berkat) dengan tempat bekas solat Rasulullah saw. Seorang Sahabat, meminta Rasulullah saw solat di rumahnya agar bekas tempat solat Baginda saw dijadikan musolla (tempat solat) di rumahnya.
.
حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ مَحْمُودِ بْنِ الرَّبِيعِ الْأَنْصَارِيِّ أَنَّ عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ كَانَ يَؤُمُّ قَوْمَهُ وَهُوَ أَعْمَى وَأَنَّهُ قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهَا تَكُونُ الظُّلْمَةُ وَالسَّيْلُ وَأَنَا رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ فَصَلِّ يَا رَسُولَ اللَّهِ فِي بَيْتِي مَكَانًا أَتَّخِذُهُ مُصَلَّى فَجَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ فَأَشَارَ إِلَى مَكَانٍ مِنْ الْبَيْتِ فَصَلَّى فِيهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
.
"Wahai Rasulullah, sering terjadi malam yang gelap gulita dan jalanan becek sedangkan aku orang yang sudah lemah penglihatan. Untuk itu aku mohon shalatlah Tuan pada suatu tempat di rumahku yang akan aku jadikan tempat shalat. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendatanginya di rumahnya. Beliau lalu berkata: "Mana tempat yang kau sukai untuk aku shalat padanya." Maka dia menunjuk suatu tempat di rumahnya, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kemudian shalat pada tempat tersebut." (HR.Bukhari : 627)
.
2. Sahih Bukhari (5411/7008)
.
Bertabarruk (mengambil berkat) dengan air bekas wuduk Rasulullah saw. Para Sahabat berebut-rebut mengambil air wuduk Rasulullah saw dan mengusap-usapkannya ke wajah dan kedua-dua tangan mereka. Bagi mereka yang tidak sempat mendapatkannya, mereka mengusap daripada basahan tubuh Sahabat lain yang terkena bekas air wuduk Rasulullah saw, lalu mengusapkan ke wajah dan tangan mereka.
.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ حَدَّثَنِي عُمَرُ بْنُ أَبِي زَائِدَةَ عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي قُبَّةٍ حَمْرَاءَ مِنْ أَدَمٍ وَرَأَيْتُ بِلَالًا أَخَذَ وَضُوءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسُ يَبْتَدِرُونَ الْوَضُوءَ فَمَنْ أَصَابَ مِنْهُ شَيْئًا تَمَسَّحَ بِهِ وَمَنْ لَمْ يُصِبْ مِنْهُ شَيْئًا أَخَذَ مِنْ بَلَلِ يَدِ صَاحِبِهِ
.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Ar'arah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Umar bin Abu Za`idah dari 'Aun bin Abu Juhaifah dari Ayahnya dia berkata; saya menemui Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ketika beliau tengah berada di tenda besar yang terbuat dari kulit, dan saya melihat Bilal tengah mengambilkan tempat air wudlu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sementara orang-orang berlomba-lomba untuk mendapatkan bekas wudlu beliau, dan siapa yang mendapatkannya maka ia akan membasuhkannya namun bagi yang tidak mendapatkannya, maka ia mengambil dari sisa air yang menetes dari temannya." (HR.Bukhari : 5411)
.
3. Sahih Bukhari (4098/7008) & Sunan Nasai (1816/5662)
.
Bertabarruk (mengambil berkat) dengan mencium jasad Rasulullah saw, yang telah wafat.
.
حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ مُوسَى بْنِ أَبِي عَائِشَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ عَائِشَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَبَّلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ مَوْتِهِ
.
“abu bakr radliallahu 'anhu mencium Nabi shallallahu 'alaihi wasallam setelah beliau wafat.” (HR.Bukhari : 4098)
.
أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرٍو قَالَ أَنْبَأَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ قَبَّلَ بَيْنَ عَيْنَيْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مَيِّتٌ
.
"Telah mengabarkan kepada kami Ahmad bin 'Amru dia berkata; telah memberitakan kepada kami Ibnu Wahb dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari 'Urwah dari 'Aisyah bahwa Abu Bakar mencium bagian antara kedua mata Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, padahal -saat itu- beliau telah meninggal." (HR.Nasa'i : 1816)
.
4. Sahih Bukhari (5809/7008)
.
Bertabarruk (mengambil berkat) dgn peluh dan rambut Rasulullah saw. Anas bin Malik ada menyimpan sebuah botol berisi peluh Rasulullah saw dan beberapa helai rambut Baginda saw dan mewasiatkan agar peluh dan rambut itu dibawa bersamanya di dalam kuburnya selepas beliau meninggal dunia.
.
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ ثُمَامَةَ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ أُمَّ سُلَيْمٍ كَانَتْ تَبْسُطُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِطَعًا فَيَقِيلُ عِنْدَهَا عَلَى ذَلِكَ النِّطَعِ قَالَ فَإِذَا نَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَتْ مِنْ عَرَقِهِ وَشَعَرِهِ فَجَمَعَتْهُ فِي قَارُورَةٍ ثُمَّ جَمَعَتْهُ فِي سُكٍّ قَالَ فَلَمَّا حَضَرَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ الْوَفَاةُ أَوْصَى إِلَيَّ أَنْ يُجْعَلَ فِي حَنُوطِهِ مِنْ ذَلِكَ السُّكِّ قَالَ فَجُعِلَ فِي حَنُوطِهِ
.
"Apabila Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah tidur, maka Ummu Sulaim mengambil keringat dan rambutnya yang terjatuh dan meletakkannya di wadah kaca, setelah itu ia mengumpulkannya di sukk (ramuan minyak wangi), Tsumamah berkata; 'Ketika Anas bin Malik hendak meninggal dunia, maka dia berwasiat supaya ramuan tersebut dicampurkan ke dalam hanuth (ramuan yang digunakan untuk meminyaki mayyit), akhirnya ramuan tersebut diletakkan di hanuth (ramuan yang digunakan untuk meminyaki mayyit)." (HR.Bukhari : 5809)
.
5. Sahih Bukhari (461/7008)
.
Bertabarruk (mengambil berkat) dengan bekas tempat solat Rasulullah saw. Salim bin Abdullah bin Umar melakukan solat sunat di tepi sebatang jalan kerana tempat itu pernah dijadikan tempat solat Rasulullah saw.
.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا فُضَيْلُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ قَالَ رَأَيْتُ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَتَحَرَّى أَمَاكِنَ مِنْ الطَّرِيقِ فَيُصَلِّي فِيهَا وَيُحَدِّثُ أَنَّ أَبَاهُ كَانَ يُصَلِّي فِيهَا وَأَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي تِلْكَ الْأَمْكِنَةِ وَحَدَّثَنِي نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يُصَلِّي فِي تِلْكَ الْأَمْكِنَةِ وَسَأَلْتُ سَالِمًا فَلَا أَعْلَمُهُ إِلَّا وَافَقَ نَافِعًا فِي الْأَمْكِنَةِ كُلِّهَا إِلَّا أَنَّهُمَا اخْتَلَفَا فِي مَسْجِدٍ بِشَرَفِ الرَّوْحَاءِ
.
"Aku melihat Salim bin 'Abdullah memilih tempat di suatu jalan lalu melaksanakan shalat di tempat tersebut. Dan dia menceritakan bahwa Bapaknya pernah shalat di tempat itu, dan bapaknya pernah melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam juga shalat di tempat itu." Telah menceritakan kepadaku Nafi' dari Ibnu 'Umar bahwa dia pernah shalat di tempat itu, dan aku bertanya kepada Salim, dan aku juga tidak mengetahuinya kecuali dia sepakat dengan Nafi' tentang tempat yang dimaksud. Namun keduanya berbeda pendapat tentang masjid yang berada di Syarfil Rawha'." (HR.Bukhari : 461)
.
6. Sahih Muslim (2298/5362)
.
Bertabarruk (mengambil berkat) dengan rambut Rasulullah saw.
.
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ عَنْ هِشَامٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى مِنًى فَأَتَى الْجَمْرَةَ فَرَمَاهَا ثُمَّ أَتَى مَنْزِلَهُ بِمِنًى وَنَحَرَ ثُمَّ قَالَ لِلْحَلَّاقِ خُذْ وَأَشَارَ إِلَى جَانِبِهِ الْأَيْمَنِ ثُمَّ الْأَيْسَرِ ثُمَّ جَعَلَ يُعْطِيهِ النَّاسَ و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَابْنُ نُمَيْرٍ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالُوا أَخْبَرَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ عَنْ هِشَامٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ أَمَّا أَبُو بَكْرٍ فَقَالَ فِي رِوَايَتِهِ لِلْحَلَّاقِ هَا وَأَشَارَ بِيَدِهِ إِلَى الْجَانِبِ الْأَيْمَنِ هَكَذَا فَقَسَمَ شَعَرَهُ بَيْنَ مَنْ يَلِيهِ قَالَ ثُمَّ أَشَارَ إِلَى الْحَلَّاقِ وَإِلَى الْجَانِبِ الْأَيْسَرِ فَحَلَقَهُ فَأَعْطَاهُ أُمَّ سُلَيْمٍ وَأَمَّا فِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ قَالَ فَبَدَأَ بِالشِّقِّ الْأَيْمَنِ فَوَزَّعَهُ الشَّعَرَةَ وَالشَّعَرَتَيْنِ بَيْنَ النَّاسِ ثُمَّ قَالَ بِالْأَيْسَرِ فَصَنَعَ بِهِ مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ هَا هُنَا أَبُو طَلْحَةَ فَدَفَعَهُ إِلَى أَبِي طَلْحَةَ
.
"Cukurlah rambutku." Sambil beliau memberi isyarat ke kepalanya sebelah kanan dan kiri. Sesudah itu, diberikannya rambutnya kepada orang banyak. Dan Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Ibnu Numair dan Abu Kuraib mereka berkata, telah mengabarkan kepada kami Hafsh bin Ghiyats dari Hisyam dengan isnad ini. Adapun Abu Bakr, maka ia berkata dalam riwayatnya; (Beliau bersabda kepada tukang cukur): "HAA (cukurlah rambutku)." Beliau sambil memberi isyarat ke arah kepala bagian kanannya seperti ini. Lalu beliau membagi-bagikan rambutnya kepada mereka yang berada di dekat beliau. Setelah itu beliau memberi isyarat kembali ke arah kepala bagian kiri, maka tukang cukur itu pun mencukurnya, dan beliau pun memberikan rambut itu kepada Ummu Sulaim. Adapun dalam riwayat Abu Kuraib ia menyebutkan; Tukang cukur itu pun memulainya dari rambut sebelah kanan seraya membagikannya kepada orang-orang, baru pindah ke sebelah kiri dan juga berbuat seperti itu. Kemudian beliau bersabda: "Ambilah ini wahai Abu Thalhah." Akhirnya beliau pun memberikannya kepada Abu Thalhah. (HR.Muslim : 2298)
.
7. Sahih Muslim (3855/5362)
.
Bertabarruk (mengambil berkat) dengan pakaian Rasulullah s.a.w.
.
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ مَوْلَى أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ وَكَانَ خَالَ وَلَدِ عَطَاءٍ قَالَ أَرْسَلَتْنِي أَسْمَاءُ إِلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ فَقَالَتْ بَلَغَنِي أَنَّكَ تُحَرِّمُ أَشْيَاءَ ثَلَاثَةً الْعَلَمَ فِي الثَّوْبِ وَمِيثَرَةَ الْأُرْجُوَانِ وَصَوْمَ رَجَبٍ كُلِّهِ فَقَالَ لِي عَبْدُ اللَّهِ أَمَّا مَا ذَكَرْتَ مِنْ رَجَبٍ فَكَيْفَ بِمَنْ يَصُومُ الْأَبَدَ وَأَمَّا مَا ذَكَرْتَ مِنْ الْعَلَمِ فِي الثَّوْبِ فَإِنِّي سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا يَلْبَسُ الْحَرِيرَ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ فَخِفْتُ أَنْ يَكُونَ الْعَلَمُ مِنْهُ وَأَمَّا مِيثَرَةُ الْأُرْجُوَانِ فَهَذِهِ مِيثَرَةُ عَبْدِ اللَّهِ فَإِذَا هِيَ أُرْجُوَانٌ فَرَجَعْتُ إِلَى أَسْمَاءَ فَخَبَّرْتُهَا فَقَالَتْ هَذِهِ جُبَّةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْرَجَتْ إِلَيَّ جُبَّةَ طَيَالِسَةٍ كِسْرَوَانِيَّةٍ لَهَا لِبْنَةُ دِيبَاجٍ وَفَرْجَيْهَا مَكْفُوفَيْنِ بِالدِّيبَاجِ فَقَالَتْ هَذِهِ كَانَتْ عِنْدَ عَائِشَةَ حَتَّى قُبِضَتْ فَلَمَّا قُبِضَتْ قَبَضْتُهَا وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلْبَسُهَا فَنَحْنُ نَغْسِلُهَا لِلْمَرْضَى يُسْتَشْفَى بِهَا
.
"Asma' binti Abu Bakar pernah menyuruh saya untuk menemui Abdullah bin Umar agar menyampaikan pesannya yang berbunyi, 'Telah sampai kepada saya bahwasanya, engkau telah mengharamkan tiga hal; pakaian yang terbuat dari campuran sutera, pelana sutera yang berwarna merah tua, dan berpuasa di bulan Rajab seluruhnya.' Abdullah bin 'Umar berkata kepadaku; 'Mengenai berpuasa di bulan Rajab yang telah kamu singgung tadi, maka bagaimana dengan orang yang berpuasa selama-lamanya? ' Adapun mengenai campuran sutera pada pakaian, maka sebenarnya aku pernah mendengar Umar bin Khaththab berkata; 'Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: 'Sesungguhnya orang yang memakai kain sutera, niscaya ia tidak akan mendapat bagian di akhirat kelak.' Oleh karena itu, saya khawatir kalau-kalau sutera pada kain itu termasuk bagian darinya. Sedangkan mengenai pelana sutera yang berwarna merah tua, maka ketahuilah bahwasanya itu adalah kasur 'Abdullah yang ternyata berwarna merah tua.' Lalu sayapun kembali kepada Asma' binti Abu Bakar, untuk memberitahukan kepadanya tentang informasi yang telah saya peroleh. Tak lama kemudian ia memperlihatkan kepada saya sebuah jubah kekaisaran yang berwarna hijau dan berkerah sutera, sedangkan kedua sisinya dijahit dengan sutera seraya berkata; 'Hai Abdullah, ini adalah jubah Rasulullah.' Setelah itu, ia meneruskan ucapannya; 'Jubah ini dahulu ada pada Aisyah hingga ia meninggal dunia. Setelah ia meninggal dunia, maka aku pun mengambilnya. Dan dahulu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sering mengenakannya. Lalu kami pun mencuci dan membersihkannya untuk orang sakit agar ia lekas sembuh dengan mengenakannya." (HR.Muslim : no.3855/5362)
.
8. Sahih Muslim (4300/5362)
.
Bertabarruk (mengambil berkat) dengan air peluh Rasulullah saw.
.
حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا هَاشِمٌ يَعْنِي ابْنَ الْقَاسِمِ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ عِنْدَنَا فَعَرِقَ وَجَاءَتْ أُمِّي بِقَارُورَةٍ فَجَعَلَتْ تَسْلِتُ الْعَرَقَ فِيهَا فَاسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا أُمَّ سُلَيْمٍ مَا هَذَا الَّذِي تَصْنَعِينَ قَالَتْ هَذَا عَرَقُكَ نَجْعَلُهُ فِي طِيبِنَا وَهُوَ مِنْ أَطْيَبِ الطِّيبِ
.
Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb; Telah menceritakan kepada kami Hasyim yaitu Ibnu Al Qasim dari Sulaiman dari Tsabit dari Anas bin Malik dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkunjung ke rumah kami. Kemudian beliau tidur sebentar (Qailulah) di rumah kami hingga berkeringat. Lalu ibu saya mengambil sebuah botol dan berupaya memasukkan keringat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam itu ke dalam botol tersebut. Tiba-tiba Rasulullah terjaga sambil berkata kepada ibu saya; 'Hai Ummu Sulaim, apa yang kamu lakukan terhadap diriku? Ibu saya menjawab; 'Kami hanya mengambil keringat engkau untuk kami jadikan wewangian kami.' keringat beliau merupakan salah satu wewangian yang paling harum wanginya. (HR.Muslim : 4300)
Bertabarruk dengan atsar Rasulullah sawSocialTwist Tell-a-Friend

Zikir Menari


Gerakan dalam zikir adalah sesuatu yang baik. Sebab, hal itu akan menggiatkan tubuh dalam beribadah. Dan secara syariat, gerakan dalam zikir adalah boleh. Sandaran dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad ibn Hanbal dalam Musnadnya.

حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَتْ الْحَبَشَةُ يَزْفِنُونَ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَرْقُصُونَ وَيَقُولُونَ مُحَمَّدٌ عَبْدٌ صَالِحٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَقُولُونَ قَالُوا يَقُولُونَ مُحَمَّدٌ عَبْدٌ صَالِحٌ

Telah menceritakan kepada kami Abdus Shomad telah menceritakan kepada kami Hammad dari Tsabit dari Anas berkata, orang-orang Habasyah melompat dan menari-nari di depan Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam seraya mengucapkan: ( مُحَمَّدٌ عَبْدٌ صَالِحٌ ) 'Muhammad hamba yang soleh', maka Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apa yang mereka katakan?." Mereka menjawab: "Orang-orang Habasyah tersebut berkata: ( مُحَمَّدٌ عَبْدٌ صَالِحٌ ) 'Muhammad seorang hamba yang soleh'. (HR.Ahmad : no.12082/26363)

Ketika itu Nabi tidak mencela apa yang mereka perbuat dan membolehkannya. Sebagaimana telah diketahui, hukum-hukum syariat adalah didasarkan pada perkataan, perbuatan dan ketetapan Nabi. Oleh sebab itu, ketika Nabi membolehkan dan tidak melarang tindakan orang-orang Habasyah tersebut, maka jelaslah bahwa hal itu boleh.
Zikir MenariSocialTwist Tell-a-Friend

TAREKAT UMUM DAN TAREKAT KHUSUS

TAREKAT UMUM DAN TAREKAT KHUSUS

Tarekat dari sudut bahasa bermakna jalan. Di dalam al-Quran, kalimah tarekat ini disebut beberapa kali sahaja. Antaranya dalam surah al-Jin ayat 16 yang bermaksud: “ Dan sekiranya mereka istiqamah diatas tarekat ini (agama Islam) nescaya kami akan kurniakan mereka air yang melimpah ruah (kebaikan zahir dan batin yang terlalu banyak)”.

Semua ahli tafsir menafsirkan kalimah at-tariqah yang tersebut dalam surah al-Jin diatas dengan makna al-Islam.

Tarekat tasawuf juga mempunyai makna yang sama. Yang membezakan antara kedua-duanya ialah istilah tarekat dalam surah al-Jin itu bersifat umum manakala tarekat tasawuf bersifat khusus. Tarekat yang umum hanya didasarkan kepada dua asas sahaja iaitu beriman kepada rukun iman yang enam dan melakukan amalan soleh yang diasaskan kepada rukun Islam yang lima.

Tarekat dalam tasawuf adalah jalan syariat agama Islam yang khusus kerana ia didasarkan kepada tiga syarat iaitu:

1. Beriman kepada rukun iman yang enam.
2. Beramal soleh berasaskan rukun Islam yang lima.
3. Berzikir terus menerus sehingga hati menjadi mutmainnah.

Ketiga-tiga syarat tersebut disebutkan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 yang bermaksud:“ Mereka adalah orang-orang yang beriman (dan beramal soleh) dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’. Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia”.

Kaedah mempelajari tarekat tasawuf dan mengamalkannya juga dilakukan secara khusus, dengan syarat-syarat yang khusus, melalui tahap-tahap yang khusus, ada pimpinan yang khusus dengan tujuan yang khusus dan sebagainya lagi. Oleh itu, orang yang beramal dengan tarekat yang khusus dapat menjalani ketiga-tiga asas agama Islam iaitu Islam, Iman dan Ihsan.

Maka berbezalah tarekat tasawuf yang bersifat khusus ini dengan tarikat yang umum, iaitu jalan syariat agama Islam yang biasa diamalkan oleh orang ramai. Tarekat atau jalan syariat agama Islam yang umum tidak terikat dengan berbagai syarat seperti yang disebutkan diatas. Oleh kerana itu, semua orang Islam bertarekat iaitu dengan tarekat yang umum. Mereka hanya dapat menghayati dua asas dari tiga asas agama Islam, iaitu Islam dan iman sahaja. Mereka tidak dapat menghayati Ihsan melainkan mereka belajar dan beramal dengan tarekat tasawuf.

Sifat khusus tarekat dalam tasawuf dapat kita lihat lebih jelas dalam definisi yang diutarakan oleh Syeikh Mohammad Zakaria al-Kandahlawi dalam kitabnya Al-Syari’ahWa Al-Tariqah. Katanya: “Tarekat ialah jalan (syariat agama Islam) yang membolehkan seseorang mukmin sampai ke darjat Ihsan. Tanpa tarekat yang khusus ini seorang mukmin biasanya tidak akan sampai ke darjat Ihsan, kecuali bila dapat Inayah Allah secara khusus”.

Kesimpulannya, tarekat tasawuf adalah satu kaedah atau satu aliran atau satu madrasah mujahadah golongan sufiyyah yang teratur, tersusun dan terpimpin yang membolehkan tercapainya darjat Ihsan. Ianya mempunyai berbagai prinsip. Antaranya, mesti ada syeikh mursyid, berbaiah dengan guru dan ditalkinkan oleh guru, adanya suhbah (hubungan yang erat dengan guru), ada zikir dan tafakkur, melakukan uzlah dan khalwat, ada himmah yang tinggi, bertaqwa, mencari ilmu, menjaga adab yang ditentukan dan sebagainya.

( TG Dr Hj Jahid Hj Sidek )

TAREKAT UMUM DAN TAREKAT KHUSUSSocialTwist Tell-a-Friend

Talqin

Talqin
Setiap murid yang telah ditalqin oleh syeikhnya, mempunyai hilqah (rantai) atau seolah-olah rantai yang bersambung dengan roh ahli silsilah yang lain. Apabila bergerak satu rantai, maka rantai yang lain juga akan bergerak dan roh-roh mereka akan saling jawab menjawab di antara satu sama lain hingga kepada Rasulullah
ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠّٰﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢ
TalqinSocialTwist Tell-a-Friend

TASAWWUF DAN TARIQAT

TASAWWUF DAN TARIQAT

Ilmu Tasawwuf dan ajaran Tariqat itu adalah merupakan ajaran Islam kerana ia bersumber daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam Hadis yang mahsyur di mana Nabi SAW telah ditanya oleh Jibril AS tentang Al-Ihsan, Nabi SAW menjawab bahawa Al-Ihsan itu ialah:

"Engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka (yakinlah) sesungguhnya bahawa Dia sentiasa melihat engkau."

Hadis ini menunjukkan Al-Ihsan adalah menyangkut  persoalan hati di mana peringkat pertama Al-Ihsan itu ialah seolah-olah melihat Tuhan iaitu melihat dengan mata hati yang disebut dalam ilmu Tasawwuf sebagai makam Musyahadah. Manakala peringkat kedua Al-Ihsan itu ialah meyakini dan merasai bahawa Allah sentiasa melihat kita yang disebut dalam ilmu Tasawwuf sebagai makam Muraqabah. Kedua-dua peringkat ini ada kaitan dengan hati.

TASAWWUF DAN TARIQAT SocialTwist Tell-a-Friend

Rasulullah SAW Pengasas Segala Tarekat

Rasulullah SAW Pengasas Segala Tarekat

Dakwaan segelintir yang menganggap tarekat tidak mempunyai asas hingga menolak semua ajaran Tarekat ini adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan.

Rasulullah SAW sendiri merupakan pengasas kepada segala tarekat muktabar yang diamalkan sehingga kini menerusi hubungan yang bersambung antara para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan golongan ulama sufi.

Ini sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "(Ulul-albab) adalah orang-orang yang sentiasa berzikrullah (dalam keadaan) berdiri, duduk dan berbaring, sambil tafakur terhadap (ayat-ayat Allah) dalam kejadian di langit dan di bumi. Mereka pun berkata; Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau tidak jadikan semua kejadian ini kosong belaka, tetapi penuh dengan rahsia dan hikmah-Mu ya Allah. Maha Suci Engkau ya Allah, peliharalah kami dari api neraka." (al-Imran : 191)

Oleh itu, golongan ulul-albab yang dinyatakan dalam ayat tersebut jelasnya adalah terdiri dalam kalangan golongan sahabat yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk berzikir yang juga dikenali sebagai ashabu-suffah.

"Saidina Ali pernah menyebutkan keadaan sahabat yang beruzlah dan beriktikaf di serambi Masjid Nabi di Madinah dengan apa yang mereka sentiasa amalkan ketika berada di dalam masjid itu dengan mengatakan; "Demi Allah sesungguhnya aku dapat menyaksikan (benar-benar) para sahabat Muhammad SAW. Aku tidak nampak sesuatu (sifat manusia lain) yang serupa mereka. Sesungguhnya di pagi-pagi hari muka mereka pucat, rambut mereka kusut masai dan berdebu. Mereka kelihatan (penat) seperti (orang musafir) yang menunggu unta. Mereka berjaga malam dengan sujud dan berdiri (sentiasa bersembahyang), membaca al-Qur'an. Bila waktu Subuh mereka berzikrullah menggerakkan badan (ke kiri dan ke kanan) seperti pokok ketika di musim angin kuat. Bergenang mata mereka dengan air mata, demi Allah sampai basah pakaian mereka."

Namun, peredaran zaman semakin berkembang manakala pelbagai masalah umat Islam juga kian timbul yang menjadi faktor mendorong pintu ijtihad dibuka selepas wafatnya Rasulullah SAW sebagai rujukan utama.

Pengkhususan ilmu dan amalan Islam terpaksa dilakukan bagi memenuhi keperluan umat Islam yang semakin lemah daya ingatan dan kefahaman mereka. Impaknya, Islam yang asalnya satu, utuh, lengkap menjadi berpecah, hingga mewujudkan pelbagai disiplin ilmu dan amalan yang khusus.

Akhirnya lahirlah golongan fuqaha' yang mengkhususkan ijtihad dalam bidang fikah, mutakallimin dalam bidang tauhid, mufassirin dalam bidang tafsir Quran, muhaddithin dalam bidang hadis, sufiyyah di bidang tasawuf dan sebagainya lagi.

Rasulullah SAW Pengasas Segala Tarekat SocialTwist Tell-a-Friend

Tentera Akhir Zaman

Tentera Akhir Zaman

Kalau nak masuk jadi Askar Melayu syaratnya ialah:
Tinggi 5" 2"
Sihat tubuh badan
Lulus Bahasa Melayu

"Di akhir zaman kelak tentera Islam akan kejar yahudi selagi ada, kalau yahudi itu bersembunyi disebalik batu, batu itu akan khabarkan dibelakangnya ada yahudi.
kalau yahudi itu bersembunyi disebalik pokok, pokok itu akan khabarkan dibelakangnya ada yahudi."

Maka,
kalau nak jadi tentera akhir zaman, cer ambik batu sebijik dan letak kat telinga. Cecite apa batu tu khabar dan berzakir.

Maka, kalau nak jadi tentera akhir zaman, cer ambik daun sehelai dan letak kat telinga. Cecite apa daun tu khabar dan berzakir.

Kalau layak, sendiri tahu layak ke idak. Diam dan tunggu masanya.
Kalau tak layak, sendiri tahu diri layak ke idak. Maka anda ada tiga pilihan:
1. Usaha sampai layak.
2. Bertobat banyak2, kerana ramai akan kecundang.
3. Diam leer, usah bising banyak2.

Kalau semua orang boleh dengor, yahudi itulah orang yang dengor dulu, dia dah belah jauh dah ......

Banyak orang bila cerita akhir zaman jee, mereka gelut nak berperang. Mula cari senjata, simpan senjata dan sepertinya.

Sebaliknya fundamental peperangan pun tak ada pengetahuan, jauh sekali persediaan.

Contoh:
Tahukah anda bahawa bekalan makanan negara ini adalah 89% sustainance? Dari sudut bekalan beras, bekalan beras negara akan habis sebelum penanaman seterusnya sempat dituai. Sebab itu kita import.

Jadi kalau negara ini nak berperang atau diserang, kalau tak boleh menang sebelum musim menuai hadapan, negara ini akan kebulor.

Fakta sejarah:
1. Napoleon dengan teknologi perang tercanggih zaman beliau, kalah dengan Rusia kerana Rusia membakar segala bekalan makanan dari arah manapun napoleon tuju ke negara mereka.
2. Kominis mula kalah di Malaya, apabila British mula sekat, kawal dan catu segala bekalan makanan seluruh negara.
3. Hitler dengan teknologi kereta kebal pantzer mula kalah apabila amerika memula membakar semua bekalan minyak dari bertembung secara berhadapan di Tobruk, Turket dan Bulge, Rusia.

Isu:
Ahadith menunjukkan Imam akhir zaman dengan para al-Mahdinya akan berperang selama 7 tahun.
1. Apa nak makan?
2. Macammana nak tentukan makanan berkekalan?
3. Komer nak gi perang tak yah makan ke?
4. Anak bini tinggal kat rumah takyah makan ke?

Sesungguhnya sabar itu adalah perjuangan ..... dan peperangan.

Ada orang sabar dan dia berdiam diri.
Ada orang sabar tetapi dia tidak duduk diam, cuma dia tak bising jee.
Ada orang sabar dan dia tidak duduk diam, dia cuma bising jeee.
Ada orang tak sabar dan dia buat bising.

Bila kita anjurkan berzikir sampai setiap zarah pada diri berzikir, hingga sejadah turut berzikir, tasbih turut berzikir, lantai dan dinding turut berzikir............ ramai tak percaya. Tak sabor....

Tapi orang yang sabor tahu, faham dan mengerti.

Pada kitab2 lama, kita pernah melihat ungkapan dibawah:
Adapun yang mustahil pada adat itu jika berlaku,
Pada para Rasul, ia DIKENALI SEBAGAI mukjizat.
Pada para Nabi, ia DIKENALI SEBAGAI irhas.
Pada para aulia', ia DIKENALI SEBAGAI karamah.
Pada para orang biasa, ia DIKENALI SEBAGAI ma'unah.

Persoalan:
1. Istilahnya mungkin berbeza, persoalannya ialah adakah teknologinya berbeza?
2. Jika berbeza kenapa mereka yang kemudian itu dikenali sebagai 'warisatul ambia'? Apa yang mereka warisi yang orang lain tidak warisi?
3. Jika teknologinya berbeza, maka ayatnya di atas sepatutnya seperti berikut

Pada para Rasul, ia ADALAH mukjizat.
Pada para Nabi, ia ADALAH irhas.
Pada para aulia', ia ADALAH karamah.
Pada para orang biasa, ia ADALAH ma'unah.
Jelas berbeza.

Jika kita tak sabar, kita tak akan tahu dimana "passing mark"nya untuk layak sebagai al-mustaffa, atau al-mahdi itu pada tahap mana. The standard is very high.

(Sheikh Mohd Nasir Bin Ismail)

Tentera Akhir ZamanSocialTwist Tell-a-Friend

Kata-kata Hikmah Sayyid Ahmad Ibn Idris ra

Kata-kata Hikmah Sayyid Ahmad Ibn Idris ra.

Di antara kata-kata hikmah Sayyid Ahmad ibn Idris ra. yang begitu memberi kesan dalam menyampaikan cahaya manhajnya di dalam ilmu Tasawwuf dan berdakwah kepada Allah ialah:

"Tasawwuf ialah mengosongkan hati hanya untuk Allah swt dan memandang kecil selainNya."

"Makanan terpenting bagi diri ialah zikrullah."

"Benar merupakan keimanan, kerana sesiapa yang benar pada perkataannya, maka kata-katanya tidak akan ditolak. Dan tidak disifatkan al Quran sebagai mukjizat melainkan kerana kebenarannya, tidak akan didatangi sesuatu kebatilan sama ada di hadapan atau belakangnya."

"Sabar ialah sifat yang membezakan di antara hati orang yang beriman dengan yang lainnya."

"Khalwat itu jika tidak terhasil di dalamnya futuh (dibukakan oleh Allah), akan terhasil di dalamnya cahaya pada masa yang akan datang."

"Setiap perkara yang menyibukkan kamu daripada Allah, maka ia adalah celaka."

"Sesungguhnya setiap fitnah yang berlaku di dalam alam ini, sebabnya ialah kerana membelakangi perintah Allah."

"Orang yang hidup, akan terasa apabila dicucuk dengan jarum tetapi orang yang mati tidak terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam. (Begitu jugalah dengan hati yang mati, tidak akan terkesan dengan sebarang peringatan walau pun banyak. Tetapi hati yang hidup akan terkesan apabila diberikan peringatan walaupun sedikit)."

"Sifat ta'sub (ekstrim); membentuk puak masing-masing dan kemudiannya menuduh sesat di antara satu sama lain sehingga seolah-olah wujud pelbagai agama yang berbeza. Perkara inilah yang tidak kami redhai dan kami tegah ke atas setiap Muslim kerana mereka adalah daripada umat yang satu yang menjadi sebaik-baik umat, mempunyai Nabi yang satu, Kitab yang satu dan Kiblat yang satu. Maka bagaimana boleh terjadi perpecahan dan ta'sub? Kami sentiasa menegah manusia daripadanya."

Beliau sering mengungkapkan kata-kata hikmah:

"Sekiranya kamu suka kapada kaum (sufi), maka ikutilah jalan mereka; Mereka tidak sampai kepada Allah melainkan dengan memutuskan hubungan selain Allah."

"Beri'tiqad benarlah kamu, kamu akan mendapatkan keuntungan, dan masuklah kamu ke dalam kesejahteraan (agama Islam), kamu akan memperolehi keselamatan."
Kata-kata Hikmah Sayyid Ahmad Ibn Idris raSocialTwist Tell-a-Friend

Kisah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dengan Syaitan

Kisah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dengan Syaitan

Syaikh 'Abdul Qadir Al-Jailani ra. berkata, Dalam salah satu pengembaraanku, aku pernah merasa kepanasan yang hebat sampai hampir mati kehausan. Tiba-tiba awam hitam melindungiku dan angin dingin berhembus ke arahku sampai-sampai nyaris mengalir air liurku. Selanjutnya aku mendengar suara memanggilku, "Hai 'Abdul Qadir, aku adalah tuhanmu." Aku bertanya kembali, "Adakah Engkau Allah, yang tidak ada tuhan selain diri-Mu?" Lalu terdengar panggilan buat kali keduanya, "Hai 'Abdul Qadir, aku adalah tuhanmu, dan telah kuhalalkan bagimu segala apa yang kuharamkan atas dirimu." Maka aku berkata, "Pendusta! Engkau tak lain hanyalah syaitan!" Tiba-tiba awam hitam itu hilang, sementara aku mendengar suara dari belakangku, "Hai 'Abdul Qadir, engkau selamat dariku kerna ilmu fiqh dalam agama yang kau miliki. Ketahuilah bahwa aku berhasil menipu tujuh puluh orang dengan cara ini."

Kemudian ditanyakan kepada Syeikh 'Abdul Qadir Al-Jailani, "Bagaimana engkau tahu bahawa dia adalah syaitan?" Dia menjawab, "Dari perkataannya, '...telah kuhalalkan bagimu segala apa yang kuharamkan atas dirimu,' sebab sepeninggalnya Rasulullah saw tidak ada lagi penghalalan atau pengharaman."

Di samping itu, Syeikh 'Abdul Qadir mengetahui bahwa dia adalah syaitan kerana ia berkata, "Aku adalah tuhanmu," dan bukan, "Aku adalah Allah." Kata 'Rabb' bermakna luas dan dapat dipakai dalam berbagai segi, misalnya, rabb ad daar, rabb al maal. Sedangkan lafazh Jalalah adalah khusus bagi Allah yang Maha Pencipta, sehingga iblis tidak dapat berkata-kata dengan lafazh Jalalah.

Berdasarkan ini, Ibnu Taimiyyah berkata, "Tidaklah agung Syeikh 'Abdul Qadir Al Jailani kecuali karena pandangannya tentang qadar dan kisahnya dengan setan."

Kata Ibnu Taimiyyah selanjutnya, "Syaikh 'Abdul Qadir dan tokoh-tokoh syeikh semacamnya pada zaman mereka memerintahkan berdasarkan syari'at tentang perintah dan larangan, mendahulukannya daripada perasaan dan kehendak peribadi, serta merupakan syeikh yang paling agung dalam memerintahkan untuk meninggalkan hawa nafsu dan kehendak jiwa."

Kisah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dengan SyaitanSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.