Posted by
Ahmad Rifaie Bin Mohammed Hizam
at
1:21 PM
Diriwayatkan daripada
Ibrahim Ibn Muhammad (rahmatullah'alaihi), cucunda kepada Ali (r.a.) bahawa
bilamana Ali (r.a.) menceritakan perihal rupa Rasulullah (s.a.w.), beliau
selalu menyebut bahawa:
"Rasulullah (s.a.w.) tidak tersangat tinggi
dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh-badan sebagaimana yang
terdapat pada orang-orang yang sederhana.
Rambutnya tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi
berkeadaan berombak-ombak(ikal).
Badannya tidak gemuk. Begitu jugalah wajahnya tidak bulat tetapi bujur. Warna
wajah Rasulullah (s.a.w.) biasa dengan sedikit kemerah-merahan.
Matanya tersangat hitam dan bulu keningnya panjang.
Tulang tulang sendi di badanya tebal (besar)-(pergelangan tangan, siku lutut).
Bahagian di antara kedua-dua bahu dipenuhi daging-daging (berisi).
Badan Rasulullah (s.a.w.) tidak berbulu - tidak ada bulu-bulu seluruh tubuh
badannya, walau bagaimanapun terdapat suatu barisan bulu daripada dada terus ke
pusat.
Tangannya yang mulia penuh dengan isi-isi daging.
Apabila Rasulullah (s.a.w.) berjalan, Baginda akan melangkah ke hadapan dengan
kukuhnya, seolah-olah baginda berjalan menuruni tanah curam, menurun daripada
tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.
Apabila baginda menumpukan perhatiannya kepada seseorang, baginda melakukannya
dengan seluruh jasadnya (iaitu bukanlah seperti seorang yang bangga diri yang
memandang sambil lewa sahaja atau menyorot dengan mata sahaja tetapi baginda
akan memusingkan seluruh tubuhnya yang mulia dan menoleh mukanya yang bercahaya
untuk memberikan perhatian).
Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian berakhir
padanya.
Baginda terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling dipercayai
percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia. Baginda
adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia."
Perihal rupa Rasulullah (s.a.w.) dari riwayat Saiyidina Ali (r.a.)
Popular Posts
-
FADHILAH MENDOAKAN UMAT RASULULLAH SAW Berkata Al Imam Quthubil Ghaust wa Quthubil Akwan As Syeikh As Sayyid Samman Al Madani ( Penjaga...
-
. Solawat ‘Azhimiyyah telah ditalqinkan oleh Nabi s.a.w. langsung kepada Shaykh Ahmad ibn Idris dengan tanpa perantara, sekali dan dengan ...
-
Sila klik pada gambar untuk besarkan.
-
Syuhudul Wahdah Fil Kasrah, Syuhudul Kasrah Fil Wahdah. " Pandang yang satu kepada yang banyak dan pandang yang banyak kepada yang...
-
Doa seorang pemuda yg beriman daripada dizalimi, dalam kisah Ashhabul Ukhdud: اللَّهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ ALLAHUMMAK FINIIHIM BIM...
-
Amalan Tariqat Ahmadiah Idrisiah seperti yang terkandung dalam kitab Al Ahzab dll kitab Ahmadiah: - Fatihatul Aurad - Tahlil Khusus - Selawa...
-
Doa Terang Mata dan Syafa'at Nabi ﷺ Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam : مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَقَبَّلَ إِبْهَامَيْهِ فَوَضَع...
-
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH: Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. DOA...
-
Soalan: Kenapa selawat yg direka oleh para ulama begitu banyak fadhilat? Adakah diberitahu oleh Rasulullah saw dlm mimpi. Dan kenapa disebar...
-
KARAMAH SIDI AHMAD IBNI IDRIS Telah bercerita Sidi Ibrahim Ar Rashidi : Seorang lelaki telah membeli daging dan di letakkan dalam pakaian ...