Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Sejarah Ringkas Ajaran Wahhabi


Search This Blog

Sejarah Ringkas Ajaran Wahhabi

.
Ajaran Wahhabi diasaskan oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H) yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka. Sudah pasti manusia yang lebih mengenali perihal Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab adalah saudara kandungnya dan bapanya sendiri.

Saudara kandungnya Syeikh Sulayman bin ‘Abd al-Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam di zamannya agar tidak mengikut ajaran baru Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab kerana ajaran itu menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. Sebagai bukti sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulayman tersebut: Fasl al-Khitab Fi al-Radd ‘Ala Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan al-Sawa‘iq al-Ilahiyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyah.

Bapanya juga iaitu ‘Abd al-Wahhab turut memarahi anaknya iaitu Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama:

“Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ini”.

Sebagai bukti sila rujuk kitab al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah cetakan Maktabah Imam Ahmad, muka surat 275. Demikianlah saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat Islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi

Mufti Mazhab Hanbaliyy, Muhammad bin Abdullah bin Hamid al-Najdiyy (1225H) menyatakan dalam kitabnya al-Suhub al-Wabilah ‘Ala Dhara’ih al-Hanabilah, muka surat 276:

“Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh.”

Mufti Mazhab Syafi‘iyy, Ahmad bin Zaini Dahlan (1304H) yang merupakan tokoh ulama Makkah pada zaman Sultan ‘Abd al-Hamid menyatakan dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah Fi al-Radd ‘Ala al-Wahhabiyyah, muka surat 42:

“Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik.”

Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Ta’if. Sila rujuk kitab Umara’ al-Balad al-Haram, muka surat 297 – 298, cetakan al-Dar al-Muttahidah Li al-Nasyr.

Tokoh Wahhabi, ‘Abd al-Rahman bin Hasan Al al-Syeikh mengkafirkan golongan al-Asya‘irah yang merupakan pegangan umat Islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fath al-Majid Syarh Kitab al-Tawhid muka surat 353 cetakan Maktabah Dar al-Salam Riyadh.

Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Salih bin Fawzan al-Fawzan turut menghukum golongan al-Asya‘irah sebagai sesat aqidah dan bukan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir al-Mujaddidin Fi al-Islam, muka surat 32, cetakan Ri’asah ‘Ammah Li al-Ifta’ Riyadh.

Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama Islam bahkan umat Islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya:

“Mengikut mana-mana mazhab adalah syirik.”

Dan Wahhabi ini berani juga mengkafirkan ibu Bani Adam iaitu Sayyidatuna Hawwa dengan kenyataannya:

“Sesungguhnya syirik itu berlaku kepada Hawwa.”

Tokoh Wahhabi tersebut Muhammad al-Qanujiyy antara yang hampir dengan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Rujuk kenyataannya dalam kitabnya al-Din al-Khalis, juzuk 1, muka surat 140 dan 160, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Maka fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama membongkar untuk diperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini turut bertunjang kepada pemikiran Ibn Taymiyyah dan Ibn Qayyim al-Kharijiyy (al-Jawziyy) antaranya:
1. Membawa konsep bid‘ah yang bercanggah dengan jumhur ulama.
2. Mempromosi bid‘ah dalam usul (aqidah) dan furu‘.

Percanggahan Dalam Masalah Aqidah:
1. Membawa kaedah tawhid “Tiga T”; Tawhid Uluhiyyah, Tawhid Rububiyyah dan Tawhid Asma’ Wa Sifat, penyelewengan mereka dalam hal tersebut adalah kerana membeza-bezakan antara Tawhid Uluhiyyah dengan Tawhid Rububiyyah sehingga menghukum kesemua orang kafir juga beriman kepada Allah serta menetapkan Tawhid Asma’ Wa Sifat dengan erti yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sejati bahkan lebih menjerumus kepada aqidah tajsim yang ditolak oleh ulama Islam, pembahagian tawhid mereka tersebut tidak pernah wujud di dalam sejarah ilmu tawhid Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tulen.
2. Membawa fahaman “tajsim” dan “tasybih” iaitu menjerumus kepada menjisimkan Allah dengan mengatakan Allah itu adalah jisim dan menyamakan Allah dengan makhluk seperti menyifatkan Allah dengan sifat mulut, telinga, bayang-bayang dan selainnya dari sifat yang tidak pernah Allah nyatakan dalam al-Qur’an mahupun al-Hadith.
3. Menolak pengajian sifat dua puluh (20).
4. Menghukum syirik amalan tawassul, tabarruk, ziarah kubur dan istighathah.
5. Mengkafirkan dan mem-bid‘ah-kan ramai ulama-ulama yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ariyy, perumus aliran Ahli Sunnah Wal Jama‘ah, 7. 8. Imam Nawawiyy dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy turut dihina oleh kelompok Wahhabi.
6. Mengelirukan pengertian ta’wil, ta‘til dan tafwid.
7. Mendakwa dari golongan Salaf.
8. Mendakwa sesiapa yang mentakzimkan Nabi Muhammad membawa kepada syirik.

Percanggahan Dalam Furu’ Iaitu Cabangan Agama:
1. Menganggap talqin sebagai bid‘ah sesat.
2. Mengganggap amalan tahlil, Yasin, kenduri arwah sebagai bid‘ah sesat.
3. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
4. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
5. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid‘ah sesat.
6. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
7. Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid‘ah sesat.
8. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan hadith sebagai bid‘ah sesat. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid‘ah yang haram.
9. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
10. Menolak sambutan mawlid nabi, bahkan menolak cuti sempena hari mawlid Nabi Muhammad bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlid Nabi dengan perayaan Kristian.
11. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama mereka menyeru agar makam Rasulullah dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.
12. Menganggap amalan menziarahi makam Rasulullah, para anbiya’, awliya’, ulama dan salihin sebagai bid‘ah sesat lagi syirik. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang muktabar.

Sumber:http://www.al-azim.com/masjid/index.php
Sejarah Ringkas Ajaran WahhabiSocialTwist Tell-a-Friend

1 comments:

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.