Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: August 2011

Search This Blog

Loading...

Amalan untuk Permudahkan Segala Urusan

.
رَبِّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ, رَبِّ تَمِّمْ بِالْخَيْرِ يَا كَرِيْمُ

“Wahai Tuhanku! Permudahkanlah, dan janganlah Engkau sukarkan. Wahai Tuhanku! Sempurnakanlah dengan kebaikan, wahai Tuhan Yang Maha Mulia!”
Amalan untuk Permudahkan Segala UrusanSocialTwist Tell-a-Friend

Zikir Jami'ah

.
Zikir Jami'ah yang diambil daripada Rasulullah saw.

Hadith yang diriwayatkan daripada Juwairiyah Ummul Mukminin RA, bahawa Nabi saw keluar daripada rumahnya pada awal pagi ketika hendak mengerjakan solat Subuh, sedangkan Juwairiah ketika itu berada di tempat solatnya. Kemudian Nabi saw pun balik selepas masuk waktu Dhuha, sedangkan Juwairiah masih lagi duduk di tempat solatnya. Maka Nabi saw bersabda:

"Apakah kamu masih lagi dalam keadaan sepertimana aku tinggalkan kamu tadi?" Jawab Juwairiah, "Ya!" Maka Nabi saw bersabda, "Semasa aku meninggalkan kamu tadi, aku telah mengucapkan empat kalimah sebanyak tiga kali. Jika ia ditimbang dengan apa yang kamu ucapkan semenjak awal hari tadi, nescaya sama pahalanya dengan apa yang telah kamu ucapkan semenjak tadi, iaitu :

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, عَدَدَ خَلْقِهِ, وَرِضَا نَفْسِهِ, وَزِنَةَ عَرْشِهِ, وَمِدَادَ كَلِمَا تِهِ

"Maha Suci Allah dengan segala kepujianNya, sebanyak bilangan makhlukNya, sebanyak keredhaan ZatNya, seberat timbangan ArasyNya dan sebanyak tinta yang menulis kalimah-kalimahNya."
Zikir Jami'ahSocialTwist Tell-a-Friend

Tahlil Khusus




At-Tahlil al-Makhsus:


لاَاِلَهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

"Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmu Allah."


Sebenarnya berzikir dengan kalimat la ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu alaihi wa sallam sudah pun diamalkan sebelum zaman asy-Syaikh Ahmad ibn Idris lagi.

Telah menulis asy-Syaikh Ahmad ibn Idris di dalam sepucuk surat beliau: "Sesungguhnya, kami telah mengambil tarekat ini daripada guru kami Abdul Wahhab yang tersebut, dan dia telah mengambil daripada an-Nabi Sallallahu alaihi wa sallam.Dan aku pernah mendengar dia berkata", “Aku telah mendengar Rasulullah Sallalaahu alaihi wa sallam berkata, “Tiada aku melihat yang lebih bermanfaat daripada la ilaha illallahu muhammadur rasulullahi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Tetapi asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah mendapat keistimewaan apabila telah diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam agar menambahkannya dengan kata-kata “fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah.” Ini menyebabkan zikir itu bertambah berganda-ganda nilainya.

Telah bercerita asy-Syaikh Ahmad ibn Idris: Pada suatu ketika, telah berkata Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam, “La ilaha illallahu muhammadur rasulullahi fi kulli lamhatin wa nafasin ‘adada ma wasi‘ahu ‘ilmullah. Telah aku simpankan ia (yakni at-Tahlil al-Makhsus yang dikenali juga sebagai adh-Dhikr al-Makhsus) untukmu wahai Ahmad. Tiadalah engkau didahului oleh sesiapa pun kepadanya. Maka ajarkanlah ia kepada para sahabatmu supaya dapat mereka berlumba-lumba dengan orang-orang yang terdahulu (al-awa’il).”


Telah bercerita asy-Syaikh Ahmad ibn Idris mengenai kelebihan at-Tahlil al-Makhsus:

Andai kata ada seorang individu mengucapkan la ilaha illallah muhammadur rasulullah dari masa Saiyidina Àdam ‘alaihissalam hingga ke masa ditiupkan Sangka Kala, dan ada pula seorang individu lain membaca at-Tahlil al-Makhsus satu kali sahaja, nescaya pahala membaca at-Tahlil al-Makhsus itu melebihi pahala pembacaan yang satu lagi itu.
Tahlil KhususSocialTwist Tell-a-Friend

Salawat al Jami'ah

.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ, وَعَلَى جَمِيْـعِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ, وَعَلَى جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ وَإِسْرَافِيْلَ وَمَلَـكِ الْمَـوْتِ وَحَمَلَةِ العَرْشِ, وَعَلَى الْمَلآئِكَةِ أَجْمَعِيْنَ, وَعَلَى الأَوْلِيَـآءِ وَالـصَّالِحِيْنَ, وَعَلَى جَمِيْعِ عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِيْنَ, فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُكَ, آمِيْنَ

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarganya, sekalian Nabi, Rasul, Jibril, Mikail, Malaikat Maut dan Pemikul-Pemikul Arasy, serta ke atas sekalian Malaikat , wali-wali dan orang-orang yang soleh, pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas sebanyak mana luasnya ilmuMu. Perkenankanlah, ya Allah!"
Salawat al Jami'ahSocialTwist Tell-a-Friend

Husun Sayyid Ahmad Ibn Idris r.a. paling ringkas

Husun ini dibaca ketika hendak tidur.

Peringatan: Ulama' berkata: Hendaklah bermulazamah (berterusan mengamalkan) dengan husun ini terutama bagi orang yang sering berkhalwat kerana sesungguhnya ia merupakan pedang yang pantas mencantas setiap gangguan yang datang mengganggu orang yang sedang berzikir dengan perkara-perkara yang melalaikan, menakutkannya dan mengejutkannya sama ada ketika tidur mahupun jaga.
Husun Sayyid Ahmad Ibn Idris r.a. paling ringkasSocialTwist Tell-a-Friend

Selawat al-Azimiyyah

video
Selawat al-Azimiyyah - Ustaz Mohd Hasbi


(Terjemahan Ahzab)

Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat: Seorang anak murid asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah meninggal dunia di Makkah al-Mukarramah dan telah dikebumikan di perkuburan al-Ma‘la (yang juga disebut sebagai al-Mu‘alla). Seorang ahli kasyaf daripada kalangan sahabat-sahabat si mati berada di situ sewaktu si mati sedang dikebumikan, dan telah memerhatikan beberapa perkara yang sedang berlaku di alam ghaib.

Dia telah melihat seorang malaikat turun ke bumi membawa satu hamparan indah dari syurga dan satu lampu yang sangat terang benderang. Kubur si mati itu telah diluaskan sejauh mata memandang dan hamparan itu telah diberikan kepada si mati dan lampu yang terang benderang itu pula telah didirikan di sisinya.

Maka si ahli kasyaf itu telah berkata-kata kepada dirinya sendiri, “Apakah sebabnya si mati ini mendapat penghormatan yang sebegitu besar sehingga disuruh malaikat ini turun?”. Maka telah dikatakan kepada si ahli kasyaf itu, “Sesiapa pun di antara engkau sekelian boleh menerima penghormatan seperti ini dengan mengamalkan selawat (as-Salah) al-‘Azimiyyah, yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris.” Telah berkata asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini:

Hendaklah engkau sekelian menghafalkan selawat yang mulia ini sebagaimana engkau sekelian menghafalkan Surah al-Fatihah. Sesungguhnya, bagi sesiapa yang menghafalkannya, apabila dia mati, akan diluaskan kuburnya seluas jarak di antara langit dan bumi (sejauh perjalanan) lima ratus tahun. Dan akan dibentangkan di sisinya permaidani-permaidani dari syurga, dan diterangkan kuburnya hingga ke Hari Kiamat.

Telah berkata pula asy-Syaikh Muhammad Thahir ar-Rasyidi al-Ahmadi : Kelebihan selawat al-‘Azimiyyah yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris ialah, jika ia dibaca sebanyak dua belas kali dan dihadiahkan pahalanya kepada mayat yang telah berlebih-lebihan ke atas dirinya, nescaya dia akan dipindahkan oleh Allah ke dalam golongan orang-orang yang menerima nikmat daripada Allah, yakni golongan al-anbiya, as-siddiqin, asy-syuhada dan as-salihin, dan mereka adalah sebaik-baik teman, kerana berkat ketinggian mertabat selawat ini

Kesahihannya telah pun dibuktikan oleh mereka daripada golongan ahli kasyaf dan ahlullah, dengan penyaksian dan penglihatan rohani. Pahala dan ganjaran selawat al-Azimiyyah akan sentiasa berkekalan di dunia dan di akhirat. Tiadalah akan putus pahalanya, dan andaikata seseorang itu sudah masuk ke dalam syurga sekalipun. Bahkan pahalanya digandakan dengan penggandaan tanpa hisab, kerana kata-kata di dalam selawat itu, “dengan selawat yang berkekalan dengan kekekalan Allah Yang Maha Agung”. Dan sesungguhnya, kekekalan Allah Yang Maha Agung itu tiadalah ia mempunyai akhirnya. Maka selawat ini pun kekal selama-lamanya. Maka penggandaan pahala bagi selawat ini diberikan di dunia, di alam barzakh, di padang mahsyar, dan juga di dalam syurga. Dan ia tidak akan sekali-kali hilang.

Telah berkata lagi asy-Syaikh Muhammad ibn Ahmad ad-Dandarawi mengenai kelebihan selawat ini: Kelebihan selawat ini bagi sesiapa yang banyak membacanya ialah ia membolehkan si pembaca berjumpa dan berkumpul dengan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam (di kala mimpi dan jaga).

Telah diriwayatkan bahawa asy-Syaikh Ahmad ibn Idris telah berkata: Kami pernah mengingatkan kepadamu agar memasukkan ke dalam al-khalwah sesiapa yang engkau lihat memiliki keazaman yang kuat untuknya, kerana Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam (melalui komunikasi rohani) pernah menyarankan sesetengah daripada al-ikhwan agar memasuki al-khalwah dan telah memerintahkan mereka memasukinya dengan mengamalkan selawat al-Azimiyyah. Maka mereka telah memasukinya dan telah terbukalah pintu (yakni pintu rohani) di antara mereka dengan Allah dan pesuruhNya.

Ijazah
This is an 'ijaza-permission for all to recite Salawat Azeemiya, Idiris Tahlil and Istighfar al-Kabir of Sayyidi Ahmad Ibn Idris (ra) from late, Qutb of Al-Azhar, Shaykh Saleh al-Jafari (ra)
Selawat al-AzimiyyahSocialTwist Tell-a-Friend

Fatihah Al-Aurad

.
Fatihah Al-Aurad (Pembuka Bacaan Aurad)

اَللَّهُمَّ إِنِّي أُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَيْ كُلِّ نَفَسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا أَهْلُ السَّمَوَاتِ وَأَهْلُ الأَرْضِ, وَكُلِّ شَيْءٍهُوَ فِي عِلْمِكَ كَائِنٌ أَوْ قَدْ كَانَ, أُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَ يْ ذَلِكَ كُلِّهِ

"Ya Allah! Sesungguhnya aku persembahkan (amalanku ini) kepadaMu di hadapan setiap nafas, setiap kelipan mata dan pandangan segala penduduk langit dan bumi, dan setiap sesuatu yang berada di dalam pengetahuanMu, yang akan berlaku atau pun yang telah berlaku. Aku persembahkan kepadaMu di hadapan yang demikian itu semuanya (agar ia menjadi saksi amalanku ini)."


Fatihah al-Aurad ini banyak dimasukkan ke dalam amalan-amalan yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Ahmad ibn Idris. Kelebihannya yang utama ialah ia dapat menggandakan ganjaran mana-mana amalan. Ia telah diketahui sejak zaman Nabi Musa alaihissalam lagi.

Telah diceritakan di dalam sebuah tulisan oleh sesetengah al-ulama silam bahawa telah sampai satu riwayat melalui Ibn Abbas, semoga dia dan bapanya diredai Allah, bahawa telah bersabda Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam (yang bermafhum): Musa ibn Imran alaihissalam pernah bertanya kepada Jibril alaihissalam mengenai pahala membaca ayat al-Kursi. Dia telah menjawab pahalanya adalah tidak terhingga. Kemudian telah datang Jibril alaihissalam sekali lagi pada suatu waktu yang lain dan dia telah berkata, “Telah berfirman Tuhanmu untukmu, “Sesiapa yang membaca selepas tiap-tiap sembahyang yang maktubah (yakni yang fardu) allahumma inni uqaddimu . . . (hingga ke akhir Fatihah al-Aurad) dan disambungkan dengan ayat al-Kursi, maka bahawasanya, malam dan siang itu selama dua puluh empat jam, tiada padanya satu jam melainkan naik kepadaKu daripada tujuh puluh ribu (70'000) kebaikan hingga sampai waktu ditiup Sangka Kala.”
Fatihah Al-AuradSocialTwist Tell-a-Friend

Menguatkan Ingatan dan Mengubati Was-was


"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atas penghulu kami, Muhammad; cahaya penghapus kelupaan dengan cahayanya, dan juga ke atas keluarganya pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas sebanyak bilangan keluasan ilmu Allah."

(Amalan Sayyid Ahmad ibn Idris r.a.)

Baca sebanyak 100 kali selepas solat sunat subuh atau pada bila-bila masa.

Sayyid Ahmad sentiasa melazimi amalan ini ketika berbaring di atas rusuk kanan seketika selepas solat sunat Subuh yang merupakan sunnah Rasulullah saw.

Hadith Abu Hurairah yang berkata: Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang kamu mengerjakan dua rakaat solat sunat Fajar, maka hendaklah berbaring di atas rusuk kanan." Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dengan isnad yang sohih mengikut syarat Bukhari dan Muslim.

Menguatkan Ingatan dan Mengubati Was-wasSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.