Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Bertanya Kepada Ahlu Dzikir


Search This Blog

Bertanya Kepada Ahlu Dzikir


Segala solawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta kedua ibubapa, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Islam memerintahkan dan menganjurkan untuk bertanya kepada ahlu dzikir (ulama’) pada permasalahan yang tidak diketahuinya.
Allah s.w.t. berfirman:
“Bertanyalah kepada ahlu dzikir (orang-orang yang berpengetahuan agama) jika kalian tidak mengetahui.”(An-Nahl:43)

Bagi masalah yang mungkin berupa controversi pada dasarnya, maka kita mesti mengembalikannya kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya yakni Al-Kitab dan As-Sunnah. Dan yang memahami benar-benar hukum yang terkandung di dalamnya adalah para ulama’.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Tidakkah mereka bertanya ketika mereka tidak tahu, sesungguhnya obatnya bodoh itu hanya bertanya…”

Dalam sebuah Hadith oleh Al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa:
Dahulu di kalangan kaum Bani Israil, ada seorang lelaki yang ingin bertaubat setelah membunuh 99 orang. Sebaik saja berjumpa dengan seorang ‘abid, dia bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat atas perbuatannya itu.
‘Abid itu dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu menjadi marah dan terus membunuh ‘abid itu, menjadikan si ‘abid mangsa yang ke-100.
Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama’ yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama’ dan menceritakan kesemuanya. Lelaki itu bertanya: “Aku telah membunuh 100 orang yang terpelihara darahnya, maka masih adakah jalan taubat bagiku?”
ulama’ itu bertanya balik: “Lalu siapakah yang menghalang-halangi antara kamu dengan taubat dan siapakah yang mencegahmu dari melakukan taubat?...

Dalam hadits ini Nampak jelas perbezaan antara seorang ulama’ dengan yang bukan berilmu. Fatwa seorang ulama’ membawa maslahat, sebaliknya fatwa seorang yang tanpa ilmu membawa mafsadah (natijah buruk).

Imam al-Baghawi berkata[1],
“Apa yang datang kepadamu dari para sahabat Nabi ambillah. Dan tinggalkan olehmu Sha’afiqah. Yakni yang tidak berilmu.”

--------------------------------------------------
[1]. Syarh As-Sunnah Baghawi 1/318

Dipetik daripada laman web www.ahmadiah-idrisiah.com
Bertanya Kepada Ahlu DzikirSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.