.
Dalam setiap era kemodenan, kehidupan manusia sentiasa berkembang ke
arah kesempurnaan, sehingga terwujudlah adat-istiadat, pengetahuan,
budaya, moral, kepercayaan, aturan kemasyarakatan, pendidikan,
undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkembangannya, aturan moral ini
tetap mengalami pasang surutnya. Namun, setiap kali mengalami masa
surutnya, pasti akan muncul insan-insan yang digelar wali-wali Allah
yang sentiasa berjuang untuk mengembalikan nilai moral ke tahap yang
tertinggi, sehingga nilai-nilai ini diserapi kembali ke dalam jiwa
manusia. Perkembangan adat dan nilai akhlak ini terjadi pula dikalangan
dunia Islam sejak Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa Nabi saw
mempunyai moral yang paling sempurna . Nabi s.aw.pun mengenalkan dirinya
sebagai utusan yang akan menyempurnakan keperibadian moral dan akhlak.
Justeru
itu, Allah s.w.t. telah menyeru umat Islam untuk menjadikan RasulNya
sebagai insan yang sentiasa dicontohi.Nabi Muhammad s.a.w. telah
berhasil membina sahabatsahabatnya menjadi manusia-manusia sufi yang
boleh dibanggakan di hadapan seluruh umat manusia. Padahal pada waktu
sebelumnya mereka adalah manusia-manusia jahiliyah yang berada di tepi
jurang neraka. Tentunya keberhasilan beliau itu tidak lain karena
bantuan Allah dan bimbingan Baginda s.a.w.Dalam kehidupan sehariannya
Nabi s.a.w. menyeru dan mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu
prihatin,berharap penuh keridhaan Allah dan kesenangan di akhirat, dan
selalu menjalani kehidupan sufistik dalam segala tingkah laku dan
tindakannya. Kehidupan sufistik ini dilanjutkan oleh generasi tabi’in,
tabi’-tabi’in dan seterusnya hingga kini.
Perjuangan
Rasulullah s.a.w. tidak berhenti setakat masa hidupnya sahaja, namun
segala ilmu-ilmu dan nilai-nilai akhlak Islamiyah telah diwarisi oleh
wali-wali yang sentiasa mendokong dan meneruskan perjuangan Rasulullah
s.a.w. sepertimana yang disifatkan oleh Allah s.w.t. dalam salah satu
hadis qudsi yang berbunyi :
“Wali-waliKu berada di bawah kubah-kubahKu. Tidak ada yang mengetahuinya selain Aku”.
Maka
wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan dan mereka
merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi di
mana sahaja terdapat orang yang beriman. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah
pernah mengingatkan hakikat wujudnya para wali serta karamah mereka
sebagaimana tercatit dalam kitabnya
Fatwa Ibnu Taimiyah :
“Wali
Allah adalah orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada Allah. Ingatlah
sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada diri mereka
dan mereka tidak merasa khuwatir. Mereka beriman dan bertaqwa kepada
Allah, bertaqwa dalam pengertian mentaati firman-firmanNya,
penciptaanNya, izinNya, dan kehendakNya yang termasuk dalam ruang
lingkungan agama. Semua itu kadang-kadang menghasilkan berbagai karamah
pada diri mereka sebagai hujjah dalam agama dan bagi kaum muslimin,
tetapi karamah tersebut tidak akan pernah ada kecuali dengan menjalankan
syariat yang dibawa Rasulullah s.a.w.”
Kedudukan wali
hanya dapat diberikan kepada orang-orang yang telah nyata
ketaqwaannya. Sementara orang yang nyata telah melanggar syari’ah tidak
dapat diberikan kedudukan yang mulia ini. Sayangnya, di kalangan
manusia, ada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah wali dan
memperoleh karamah dari Allah, padahal dalam kehidupannya sehari-hari
mereka tidak melaksanakan syariat Islam dengan baik sehingga mustahil
bagi Allah untuk memberikan darjat ‘wali’ kepada orang seperti ini.
Yang
perlu diwaspadai juga, syaitan pun dapat membantu manusia untuk
mewujudkan keajaiban-keajaiban di mata manusia. Itulah yang dinamakan
sihir. Syaitan pun berupaya membantu seseorang menghilang dirinya dari
pandangan orang lain, dan juga memberi maklumat kejadian yang akan
datang. Dan inilah yang sering dimanfaatkan
oleh orang-orang yang tidak beriman untuk menipu manusia. Maka, peri
pentingnya bagi umat Islam mengetahui juga akan perkara-perkara luar
biasa yang wujud di alam ini supaya dapat membezakan antara yang hak
dan yang batil. Para wali-wali Allah juga diberi kurniaan yang luar
biasa dikenali sebagai Karamah.
Karamah
adalah sesuatu pemberian Allah swt yang sifatnya seakan-akan dengan
mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan melakukan hal-hal yang
luar biasa yang diberikan kepada orangorang yang dikasihiNya yang
dikenal sebagai wali Allah. Mudah-mudahan dengan pembentangan secebis
pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah mereka ini, pintu
keberkahan para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita, sehingga dapat
kita meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta.
PENGERTIAN WALI
DARI SEGI BAHASA
Wali dari segi bahasa bererti:-
1. Dekat. Jika
seseorang sentiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, dengan
memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan ibadah, dan Allah menjadi
dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan pemberianNya, maka di saat
itu orang itu menjadi wali.
2. Orang yang senantiasa dipelihara dan dijauhkan Allah dari perbuatan maksiat dan ia hanya diberi kesempatan untuk taat sahaja.
Adapun asal perkataan wali diambil daripada perkataan al wala’ yang bererti : hampir dan juga bantuan. Maka
yang dikatakan wali Allah itu orang yang menghampirkan dirinya kepada
Allah dengan melaksanakan apa yang diwajibkan keatasnya, sedangkan
hatinya pula sentiasa sibuk kepada Allah dan asyik untuk mengenal
kebesaran Allah. Kalaulah dia melihat, dilihatnya dalil-dalil kekuasaan
Allah. Kalaulah dia mendengar, didengarnya ayat-ayat atau tandatanda
Allah.Kalaulah dia bercakap, maka dia akan memanjatkan puji-pujian
kepada Allah. Kalaulah dia bergerak maka pergerakannya untuk mentaati
Allah. Dan kalau dia berijtihad, ijtihadnya pada perkara yang
menghampirkan kepada Allah. Seterusnya dia tidak jemu mengingat Allah,
dan tidak melihat menerusi mata hatinya selain kepada Allah. Maka inilah
sifat wali-wali Allah. Kalau seorang hamba demikian keadaannya,
nescaya Allah menjadi pemeliharanya serta menjadi penolong dan
pembantunya.
Siapakah yang digelar wali?
1. Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin menyatakan “ Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah dalam melihat”.
2.
Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah. Baginda
mengatakan “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat, mereka melihat Allah”.
3. Abu Bakar Al Asam mengatakan “Wali-wali
Allah itu adalah orang yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka pula
menjalankan kewajiban penghambaan terhadap Allah serta menjalankan
dakwah menyeru manusia kepada Allah”.
PENGGUNAAN ISTILAH WALI DALAM AL-QURAN.
“Allah adalah wali bagi orang-orang yang beriman”.[1]
“Dia menjadi wali bagi orang-orang shalih”.[2]
“Engkau adalah wali kami, maka kurniakanlah kami kemenangan atas orang-orang kafir”.[3]
[1]. Surah Al-Baqarah: 257
[2]. Surah Al-‘Araf: 196
[3]. Surah Al-Baqarah: 286
“Yang demikian itu adalah kerana Allah itu adalah wali bagi orang-orang yang beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada wali bagi mereka”.[4]
“Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya”.[5]
[4]. Surah Muhammad: 11
[5]. Surah Al-Maidah: 55
Dari semua ayat itu dapat kita lihat bahawa Allah disebut wali, orang mukmin disebut wali, seorang yang dewasa yang diberi tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali.
Demikian juga orang yang lemah yang tidak dapat mengurus
harta-bendanya sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yang lain, maka
keluarga tersebut itu juga dipanggil wali. Penguasa pemerintah yang diberi tanggung jawab pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yang berkuasa yang menikahkan anak perempuannya juga disebut wali. Lantaran itu dapatlah kita mengambail kesimpulan makna yang luas sekali dari kalimat wali ini.
Terutama sekali ertinya ialah hubungan yang amat dekat (karib), baik
kerana pertalian darah keturunan, atau kerana persamaan pendirian, atau
kerana kedudukan, atau kerana kekuasaan atau kerana persahabatan yang
karib. Allah adalah wali dari seluruh hambaNya dan makhlukNya, kerana
Dia berkuasa lagi Maha Tinggi. Dan kuasaNya itu adalah langsung. Si
makhluk tadi pun wajib berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari
Allah. Kalau Allah sudah nyata tegas dekat atau karib kepadanya dia pun
hendaklah beraqarrub, ertinya mendekatkan pula dirinya kepada Allah.
Maka timbullah hubungan perwalian yang timbal balik. Segala usaha
memperkuatkan iman, memperteguhkan takwa, menegakkan ibadah kepada Allah
menurut garis-garis yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya, semuanya
itu adalah usaha dan ikhtiar mengangkat diri menjadi wali Allah. Segala
amal salih, sebagai kesan dari iman yang mantap, adalah rangka usaha
mengangkat diri menjadi wali.
Dari Segi Penggunaan
Wali pada mafhumnya bererti :-
1. Seseorang yang senantiasa taat kepada Allah tanpa menodainya dengan perbuatan dosa sedikitpun.
2.
Seseorang yang sentiasa mendapat perlindungan dan penjagaan, sehingga
ia senantiasa taat kepada Allah tanpa melakukan dosa sedikit pun,
meskipun ia dapat melakukannya.
DALIL-DALIL WUJUDNYA WALI ALLAH DARI ALQURAN DAN AS-SUNNAH
Dari Al-quran
Pertama
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu,
tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih
hati. Mereka itu ialah orang-orang yang beriman dan mereka selalu
bertaqwa. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia
dan akhirat”[6]
[6]. Surah Yunus: 62- 64
Dalam
ayat ini Allah swt. menyatakan bahawa para wali-wali Allah itu
mendapat berita gembira, baik di dunia mahu pun di akhirat. Apakah yang
dimaksudkan dengan berita gembira (Busyra) itu?
Pengertian Al-Busyra (Berita Gembira)
Yang dimaksudkan dengan berita gembira di kehidupan dunia adalah:
1. Mimpi yang baik seperti yang tersebut di dalam hadis:
“Al busyraa adalah mimpi yang baik yang dilihat oleh seorang mukmin atau yang diperlihatkan baginya”[7]
“Mimpi yang baik adalah seperempat puluh enam bahagian dari kenabiaan.”
2.
Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang gembira di
dunia ialah turunnya malaikat untuk menyampaikan berita gembira kepada
seseorang mukmin yang sedang sakaratul maut.
3. Ada
pula yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita yang gembira di
dunia ialah turunnya malaikat kepada seorang mukmin yang sedang
sakaratul maut yang memperlihatkan tempat yang akan disediakan baginya
di dalam syurga, seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt.:
[7]. Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim, menurut Al Hakim hadis ini sahih
“Para malaikat turun kepada mereka sambil mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu susah dan bergembirakah kamu dengan syurga yang pernah dijanjikan kepada kamu”[8]
[8]. Surah Fushshilat: 62
4.
Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang gembira
di dunia ialah pujian dan kecintaan dari orang banyak kepada seorang
yang suka beramal saleh, seperti yang disebutkan dalam hadits berikut:
“Abu
Dzar menuturkan bahawa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah:
“Apakah pandanganmu jika ada seseorang yang suka beramal saleh,
sehingga ia dipuji oleh orang ramai?” Sabda beliau: “Itu adalah berita
gembira kepada seorang mukmin.”
5. Ada yang
mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita yang gembira di dunia
ialah karamah dan dikabulkannya segala permintaan seorang mukmin ketika
ia masih di dunia, sehingga segala keperluannya dipenuhi oleh Allah
dengan segera. Seorang ulama berkata: “Jika seorang mukmin rajin
beribadah, maka hatinya bercahaya, dan pancaran cahayanya melimpah ke
wajahnya, sehingga terlihat pada wajahnya tanda khusyu’ dan tunduk
kepada Allah, sehingga ia dicintai dan dipuji oleh banyak orang, itulah
tanda kecintaan Allah kepadanya, dan itulah berita gembira yang
didahulukan baginya ketika ia di dunia.”
Semua
keterangan di atas adalah benar. Sedangkan berita gembira yang
sebenarnya adalah kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada seorang
mukmin untuk rajin beribadah dan keasyikannya untuk beramal saleh.
Manakala, yang dimaksudkan dengan berita gembira di akhirat ialah:
1. Syurga beserta segala macam kesenangannya yang bersifat abadi, seperti yang disebutkan dalam firman Allah yang ertinya:
“Iaitu
pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan,
sedangkan cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan
mereka, (dikatakan kepada mereka):
“Pada hari
ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah kejayaan yang
besar.”[9]
[9]. Surah Al Hadiid: 12
2.
Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan berita gembira di
akhirat ialah sambutan baik dari para malaikat kepada kaum Muslimin di
akhirat, iaitu ketika mereka diberi berita gembira dengan keberhasilan,
diputihkannya wajah-wajah mereka dan diberikannya buku catatan
amal-amal mereka dari sebelah kanan dan disampaikannya salam dari Allah
kepada mereka dan beberapa berita gembira yang lain.
TANDA-TANDA WALI ALLAH
1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada Allah swt.
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: “Ia
pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman:
“Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku
sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingati mereka.”[10]
[10]. Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I hal. 6
Dari Said ra, ia berkata: “Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”[11]
[11]. Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya:
“Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra,
kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan
engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar
Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah
mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak
ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka
tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”[12]
[12]. Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilyah jilid I hal. 6
3. Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah
swt berfirman: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada
kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati Mereka
itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.. Dan
bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”[13]
Abul
Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda kewalian seseorang
adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan, bertawakkal dan kembali
kepada Allah ketika ditimpa bencana.”[14]
[13]. Surah Yunus: 62 - 64
[14]. Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104
4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
“Rasulullah
saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang
yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi
kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka
di sisi Allah.”
Tanya seorang: “Wahai
Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau:
“Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya,
meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di antara mereka. Demi
Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas
mimbarmimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.”
Kemudian
Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah,
sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap
mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”[15]
[15]. Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5
5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang baik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa“Rasulullah saw bersabda:
“Ada
tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali
Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat marah, wara’ dan
berbudi luhur kepada orang lain.”[16]
“Rasulullah saw bersabda: “Wahai
Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak
takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa
api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat
sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar,
berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan
semua itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki
yang halal kerana takut akan shubhahnya. Mereka bersahabat dengan dunia
hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia.
Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum.
Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat
bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu
kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa
penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka Allah akan menjauhkan
siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh jalan mereka,
sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia akan
mendapati siksa yang berat.”[17]
[16]. Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
[17]. Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
7. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari Ibnu Umar ra, katanya:
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya
Allah mempunyai hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan
diberi hidup dalam afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka
akan dimasukkan ke dalam syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan
lenyap secepatnya di hadapan mereka, seperti lewatnya malam hari di
hadapan mereka, dan mereka tidak terkena sedikitpun oleh bencana yang
datang.”[18]
[18]. Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I hal 6
8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam
Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini tidak
akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah dengan
penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah
dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah
mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi
Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah
sangat mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya,
sampai dapat diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka
menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka
senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia,
tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah
khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’I kepada agamaNya yang
lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”[19]
[19]. Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80
9. Mereka senang bermunajat di akhir malam.
Imam
Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq:
“Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan selalu merindukan
Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan memandangKu dan
Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku
mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka
Aku murka kepadamu. “ Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda
mereka?”
Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu
menaungi diri mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi
kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya
matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah
tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap
kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak
dalam solatnya. Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud,
mereka bermunajat, menjerit, menangis, mengadu dan memohon kepadaKu.
Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih
sayangKu. Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama, mereka Aku beri
cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat menyampaikan
ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh
isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya.
Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu,
apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”[20]
[20]. Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358
10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.
‘Iyadz
ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw
bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku berada di
tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika
mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis
secara rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka
suka mengingat Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah
Tuhannya. Mereka suka berdoa dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka
suka memohon dengan tangan mereka ke atas dan ke bawah. Hati mereka
selalu merindukan Allah. Mereka suka memberi perhatian kepada manusia,
meskipun mereka tidak dipedulikan orang.Mereka berjalan di muka bumi
dengan rendah hati, tidak congkak, tidak bersikap bodoh dan selalu
berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian sederhana. Mereka suka
mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka membaca Al Qur’an
dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan kasih
sayangNya. Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka
dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi
pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di
langit. Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di
dunia, tetapi akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan
kesenangan akhirat. Dunia dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur
mereka di dunia, tetapi kedudukan mereka di sisi Allah sangat tinggi.
Kemudian beliau menyebutkan firman Allah yang artinya:“Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”[21]
[21]. Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16
11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.
Dari
Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw bersabda:“Berapa banyak manusia
lemah dan dekil yang selalu dihina orang, tetapi jika ia berkeinginan,
maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu Malik, salah seorang di
antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin,
para sahabat: berkata: “Wahai Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw
pernah bersabda: “Andaikata Barra’ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh
kerana itu, berdoalah untuk kami.” Maka Barra’ berdoa, sehingga kami
diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’
berdo’a: “Ya Allah, aku mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan
temukanlah aku dengan NabiMu.” Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan
Barra’ gugur sebagai syahid.
12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.
Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:
“Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum ‘abathan”,
pada telinga seorang yang pengsan, maka dengan izin Allah, orang itu
segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya kepadanya: “Apa yang
engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku tadi membaca
firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum‘abathan” sampai
akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin
kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung
itu akan hancur.”[22]
[22]. Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7
BAGAIMANAKAH SESEORANG ITU MENJADI WALI ALLAH
Sesesorang itu menjadi wali dengan salah satu dari dua cara iaitu:-
1. Kerana Kurnia Allah
Adakalanya
seorang menjadi wali kerana mendapat kurnia dari Allah meskipun ia
tidak pernah dibimbing oleh seorang syeikh mursyid. Allah berfirman:
“Allah
menarik kepada agama ini orang yang di kehendakiNya dan memberi
petunjuk kepada agamaNya orang yang suka kembali kepadaNya.”[23]
[23]. Surah A-Syuara’ : 13
2. Kerana Usaha Seseorang
Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadits Qudsi:
“Allah
berfirman: “Seorang yang memusuhi waliKu, maka Aku akan mengumumkan
perang kepadanya. Tidak seorang pun dari hambaKu yang mendekat dirinya
kepadaKu dengan amal-amal fardhu ataupun amal-amal sunnah sehinggai Aku
menyayanginya. Maka pendengarannya, pandangannya, tangannya dan
kakinya Aku beri kekuatan. Jika ia memohon sesuatu atau memohon
perlindungan, maka Aku akan berkenan mengabulkan permohonannya dan
melindunginya. Belum Aku merasa berat untuk melaksanakan sesuatu yang
Aku kehendaki seberat ketika Aku mematikan seorang mukmin yang takut
mati, dan Aku takut mengecewakannya.”[24]
[24]. Hadis riwayat Al-Bukhari
APAKAH SEORANG WALI MENGETAHUI BAHAWA DIRINYA SEORANG WALI?
Tentang
hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Di antara mereka, ada yang
berpendapat bahawa seorang wali tidak mengetahui bahawa dirinya adalah
seorang wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya tentang dirinya
dapat menghilangkan rasa takutnya kepada Allah dan ia merasa senang.
Tetapi,
ada pula yang berpendapat bahwa seorang wali tahu bahwa dirinya
seorang wali. Syeikh Al Qusyairi berkata: “Menurut kami, tidak semua
wali mengetahui bahawa dirinya seorang wali. Tetapi ada pula yang
mengetahui bahawa ia adalah seorang wali. Jika seorang wali mengetahui
bahwa dirinya seorang wali, maka pengetahuannya itu adalah sebahagian
dari karamahnya yang sengaja diberikan kepadanya secara khusus.”[25]
[25]. Risalah Al Qusyairiyah jilid II hal 662
TINGKATAN PARA WALI ALLAH
Seperti
para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta kedudukan mereka
tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi martabat
berlainan. Di kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya sangat ramai
itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yang wajib diketahui hanya
25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang bakinya tidak wajib
diketahui. Daripada 25 orang Nabi dan Rasul itu ada pula lima orang
yang dikurniakan martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’, iaitu
Muhammad s.a.w., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Nuh a.s. Para
Aulia juga mempunyai martabat yang berbeza-beza. Namun tidak ada siapa
yang dapat mengenal pasti siapakah di antara para Aulia itu yang
tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana fungsi atau peranan para
nabi dan Rasul. Seperti dijelaskan dahulu, para nabi dan rasul yang
diutus kepada manusia harus membuktikan bahawa mereka dibekalkan oleh
mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Tetapi
para Aulia tidak wajib membuktikan diri mereka sebagai Aulia melalui
karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Bahkan para Aulia
dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat mereka,
kecuali dalam keadaan darurat atau terdesak sahaja. Sebab itu para Aulia
tidak dapat dikenal pasti yang lebih tinggi martabatnya daripada yang
lain, sedangkan bilangan mereka sangat ramai. Mungkin martabat para
Aulia itu dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah
mereka pun tidak wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika
terdesak. Tingkatan para wali dapat dibahagikan kepada beberapa
tingkatan sesuai dengan kedudukan mereka masing-masing di sisi Allah
swt. Di antara mereka ada yang terbatas jumlahnya di setiap masanya,
tetapi ada pula yang tidak terbatas jumlahnya Sehubungan dengan hal ini,
Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan tentang tingkatan
dan pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam kitabnya FUTUHATUL MAKKIYAH pada bab ke tujuh puluh tiga yang diringkas oleh Syeikh Al Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai berikut:
PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang
mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab
adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai
darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya.
Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di
antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan,
meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti
para Khulafa’ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar
Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang
mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang
dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka
yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang
pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami
menjumpai
seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di
utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga
di setiap pelusuk bumi.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang
mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya
ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan
oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di
bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali
Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan
digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin
Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin
Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal?
Jawab Muaz Bin Asyrash: “Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut
dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam
hari, suka diam dan mengasingkan diri”.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal dari kata tunggal Naqib yang
mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba’ dalam setiap
masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba’ itu diberi karamah
mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga
diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang.
Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib
seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya
hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap
rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu
membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal dari kata tunggal Najib yang
mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba’ pada umumnya selalu
disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai.
Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah
para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah
hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah
mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang
mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang
sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka
kedudukannya akan diganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair
Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang
dikatakan oleh sabda Nabi: “Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”. Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata
demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat
wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang
berani dan pandai berhujjah.
8. Al-Rajbiyun
Ar Rajbiyun berasal dari kata tunggal Rajab.
Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan Rajab saja. Mulai awal Rajab
hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya keadaan mereka kembali
biasa seperti semula. Setiap masa, jumlah mereka hanya ada empat puluh
orang sahaja. Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai wilayah. Di
antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak.
Disebutkan
bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun yang dapat melihat hati
orang-orang Syiah melalui kasyaf. Ada dua orang Syiah yang mengaku
sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu keduanya
diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor babi,
sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain.
Keduanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika keduanya
bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata: “Aku lihat kamu berdua
berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan membenci
para sahabat Nabi”. Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh
keduanya, maka keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kepada
Allah. Demikianlah secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.
Pada
umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para wali Rajbiyun
menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan anggota
tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mendapat berbagai
pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada
orang lain. Anehnya penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab.
Setelah bulan Rajab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti
semula.
9. Al-Khatamiyun
Al Khatamiyun berasal dari kata Khatam yang
mempunyai erti penutup atau penghabisan. Maksudnya darjat AlKhatamiyun
adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka hanya seorang. Tidak
ada darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari tingkatan ini.
Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi Isa
as.datang kembali.
Di antaranya, ada para Wali yang
hatinya seperti Nabi Adam as. Jumlah mereka hanya tiga ratus orang.
Sabda Nabi saw: “Mereka berhati seperti hati Adam as”. Mereka diberi
anugerah tersendiri oleh Allah swt. Syeikh Muhyidin berkata: “Jumlah
wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang saja dikalangan umatnya,
tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain. Tentang keberadaan mereka
hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap masanya dunia tidak pernah
kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti Ilahi,
mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah.
Mereka
senang dengan doa: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami suka
menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan dan
kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang
rugi”. Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh as.
Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka
seperti hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama.
Mereka suka berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya: “TuhanKu,
ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang
beriman, lelaki ataupun wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan
Engkau tambahkan bagi orang-orang yang berbuat aniaya kecuali
kebinasaan”. Tingkatan wali dari jenis ini sukar diraih orang, sebab
ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama, seperti sifat Nabi
Nuh as. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi saw yang ertinya:
“Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh ikhlas,
maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya”.
Di
antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi Ibrahim. Jumlah wali
jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya. Rasulullah saw
pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka
suka dengan doa
Nabi Ibrahim as yang ertinya: “Tuhanku,
berikan kepadaku kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang
salih”. Mereka diberi keistimewaan yang luar biasa, hati mereka
dibersihkan dari rasa ragu, rasa dengki dan rasa buruk sangka terhadap
Khalik maupun makhluk, mereka terlindung dari sebarang perbuatan buruk.
Syeikh Muhyiddin berkata: “Aku pernah menemui salah seorang dari jenis
wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan budi pekertinya, luas
pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku beranggapan bahwa
kesenangan syurga telah dipercepatkan baginya”. Di antaranya pula ada
yang berhati seperti hati Malaikat Jibril. Jumlah wali jenis ini hanya
ada lima orang sahaja dalam setiap zamannya. Rasulullah saw pernah
menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka diberi
kekuatan seperti yang diberikan kepada malaikat Jibril yang amat kuat.
Di
hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan malaikat Jibril. Dan
malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka, sehingga mereka
selalu terpimpin. Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati
Malaikat Mikail as. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam
setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemahlembut terhadap semua
orang, dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail. Di antaranya
pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka
hanya ada satu orang sahaja dalam setiap zamann. Nabi saw pernah
menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Menurut pengamatan
kami,Syeikh Abu Yazid Al Bustami termasuk salah seorang dari jenis wali
ini. Termasuk juga Nabi Isa as. Syeikh Al Muhyiddin berkata: “Di
antara tokoh-tokoh sufi ada yang diberi hati seperti hati Nabi Isa,
kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah swt”. Di antaranya pula
ada yang diberi hati seperti hati Nabi Daud as. Jumlah mereka di setiap
masa hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka diberi berbagai
keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.
10. Rijalul Ghaib
Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib atau
manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang di
setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak
berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa
bahwa Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga
keberadaan mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka
selalu rendah hati, malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan
dunia. Boleh dikata segala tindak tanduk mereka selalu misteri. Di
antaranya pula ada yang selalu menegakkan agama Allah. Jumlah mereka
hanya lapan belas orang di setiap masa. Ciri khas mereka adalah selalu
menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka bersikap keras terhadap segala
penyimpangan.
Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang
di antara mereka. Beliau berkata kepada murid-muridnya: “Tampilkan
kepada manusia tanda redha kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa
ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan kepada manusia
segala nikmat yang diberikan Allah, baik yang zahiriyah mahupun
batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam firmanNya berikut:
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur”[26]
[26]. Surah Adh Dhuha: 11
11. Rijalul Quwwatul Ilahiyah
Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul Quwwatul Ilahiyah ertinya
orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan. Jumlah mereka hanya lapan
orang sahaja di setiap zaman. Wali jenis ini mempunyai keistimewaan,
iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan terhadap orang-orang
yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak takut oleh
kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah Ad
Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul
Ilahiyah. Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan
tegas. Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap zaman. Meskipun watak
mereka tegas, tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang
suka berbuat kebajikan.
12. Rijalul Hanani Wal Athfil Ilahi
Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul Hanani Wal Athfil Illahi ertinya
mereka yang diberi rasa kasih sayang Allah. Jumlah mereka hanya ada
lima belas orang di setiap zamannya. Mereka selalu bersikap kasih sayang
terhadap manusia baik terhadap yang kafir mahupun yang mukmin. Mereka
melihat manusia dengan pandangan kasih sayang, kerana hati mereka
dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.
13. Rijalul Haibah Wal Jalal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Haibah Wal Jalali.
Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masa. Jenis wali tingkatan
ini dikenal sebagai orang-orang yang hebat dan mengkagumkan, meskipun
sifat mereka lemah lembut, tetapi orang-orang yang menemui mereka akan
tunduk. Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang-orang
yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai hati seperti
Nabi Muhammad saw, ada pula yang mempunyai hati seperti Nabi
Syuaib, Nabi Salleh dan Nabi Hud. Sayyid Muhyiddin berkata: “Aku pernah
menemui wali golongan ini di kota Damsyik”.
14. Rijalul Fathi
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Fathi. Ertinya
rahsia-rahsia Allah swt selalu terbuka bagi mereka. Jumlah mereka
hanya ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan
bilangan jam, yaitu 24 orang. Meskipun demikian, mereka tidak pernah
berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka
menyebabkan terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata mahupun
yang rahsia.
15. Rijalul Ma’arij Al’-‘Ula
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul Ma’arij Al ‘Ula.
Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masa. Mereka termasuk
wali-wali tingkatan tinggi, hamper setiap saatnya mereka naik ke alam
malakut, mereka adalah orang-orang pilihan.
16. Rijalu Tahtil Asfal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu Tahtil Asfal,
iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah mereka tidak
lebih dari 21 orang di setiap masa. Ciri khas wali ini, hati mereka
selalu hadir di hadapan Allah.
17. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kaun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kauni,
iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan Ilahi. Jumlah mereka tidak
lebih dari tiga orang di setiap masa. Mereka selalu mendapat
pertolongan Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka
dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa
menyalurkan anugerah-anugerah Allah kepada manusia. Pokoknya, adanya
mereka menunjukkan berpanjangannya kasih sayang Allah kepada
makhlukNya.
18. Ilahiyun Rahmaniyun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun Rahmaniyun,
iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar biasa.
Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masa. Sifat mereka seperti
wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran
mereka suka mengkaji firman-firman Allah.
19. Rijalul Istithaalah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Istithaalah, iaitu
manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan Allah. Jumlah mereka
hanya seorang dalam setiap masa. Yang termasuk kelompok ini adalah
Syeikh Abdul Qadir Jilani. Mereka selalu menolong manusia dan mereka
sangat ditakuti.
20. Rijalul Ghina Billah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul Ghina Billah,
iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia sedikit pun.
Jumlah mereka hanya dua orang di setiap masanya. Mereka selalu mendapat
siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak
memerlukan kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.
21. Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid.
Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap zamannya. Mereka
senantiasa meningkatkan keyakinannya terhadap masalah-masalah yang
ghaib. Seluruh hidup mereka terlihat aktif di semua aktivitas ibadah.
22. Rijalul Isytiqaq
Diantaranya pula ada yang termasuk dalam golongan RijalulIsytiqaq,
iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima
orang di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat
di siang hari dan di malam hari.
23. Al-Mulamatiyah
Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al Mulamatiyah.
Mereka tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan tertingginya
adalah Nabi Muhammad saw. Mereka sangat berhati-hati dalam melaksanakan
syariat Islam. Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yang tepat.
Tindak tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kepada
Allah. Sudah tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka
tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, tetapi ada
kalanya pula jumlah mereka berkurangan.
24. Al-Fuqara’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan AlFuqara’.
Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri
khas mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di
hadapan Allah.
25. As-Sufiyyah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As Sufiyyah.
Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya membesar dan ada kalanya
pula berkurangan. Mereka dikenal sebagai wali yang amat luhur budi
pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dengan
kebajikan-kebajikan yang sesuai dengan ketinggian budi pekerti mereka.
26. Al-‘Ibaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al ‘Ibaad. Mereka
dikenali sebagai orang-orang yang suka beribadah. Pokoknya, ibadah
merupakan kegiatan mereka sehari-hari, mereka suka mengasingkan diri di
gunung-gunung, di lembah-lembah dan di pantai-pantai. Di antara mereka
ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka meninggalkan semua
kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah di malam hari
merupakan syiar mereka. Sebab, menurut mereka dunia ini adalah tempat
untuk menyuburkan amal-amal di akhirat. Abu Muslim Al Khaulani adalah di
antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa letih ketika
beribadah di malam hari, maka ia memukul kedua kakinya seraya berkata:
“Kamu berdua lebih pantas dipukul dari binatang ternakanku”.
27. Az-Zuhaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az Zuhaad.
Mereka termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan duniawi.
Mereka mempunyai harta, tetapi mereka tidak pernah menikmatinya
sedikitpun, sebab, seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah.
Sayyid Muhyiddin berkata: “Di antara bapa saudaraku ada yang tergolong
dari wali tingkatan ini”. Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah At Tunisi,
seorang ahli ibadah di masanya, ia dikenal sebagai salah seorang wali Az
Zuhad. Pada suatu hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat
Syeikh Abdullah seraya berkata kepadanya: “Wahai Syeikh Abdullah, apakah
aku boleh solat dengan pakaian kebesaranku ini?” Mendengar pertanyaan
itu, Syeikh Abdullah tertawa. Tanya si penguasa: “Mengapa engkau
tertawa, wahai Syeikh? Jawab Syeikh Abdullah: “Aku tertawa kerana
lucunya pertanyaanmu tadi, sebab mengapa engkau bertanya kepadaku
seperti itu, padahal pakaianmu dan makananmu dari harta yang haram?”
Mendengar jawaban Syeikh Abdullah seperti itu, maka si penguasa menangis
dan menyatakan taubatnya kepada Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan
kekuasaannya demi untuk mengabdikan diri kepada Syeikh Abdullah,
sehingga beliau berkata: “Mintalah doa kepada Yahya Bin Yafan,
sesungguhnya ia adalah seorang penguasa dan seorang ahli zuhud,
andaikata aku diuji sepertinya, mungkin aku tidak dapat
melaksanakannya”.
28. Rijalul Maa’i
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul Maa’i.
Mereka adalah para wali yang senantiasa beribadah di pinggir-pinggir
laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka
mengasingkan diri. Disebutkan, bahwa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah
berada di pinggir sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak:
“Apakah ada di antara hamba-hamba Allah yang beribadah di dalam air?”
Tiba-tiba ada seorang yang muncul dari dalam air seraya berkata: “Ada,
wahai Abu Saud. Di antara hamba-hamba Allah ada juga yang beribadah di
dalam air dan aku termasuk di antara mereka. Aku berasal dari negeri
Takrit, aku sengaja keluar, kerana beberapa hari mendatang akan terjadi
musibah di negeri Baghdad”. Kemudian ia menghilang ke dalam air. Kata
Abu Saud: “Ternyata tidak lebih dari lima belas hari musibah memang
terjadi.”
29. Al-Afrad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Afrad.
Mereka termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka adalah
Syeikh Muhammad Al ‘Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al
Jailani. Mereka ini jarang dikenal manusia awam, kerana kedudukan
mereka terlalu tinggi. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah
mereka meningkat dan ada kalanya pula berkurangan.
30. Al-Umana’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Umana’ artinya
orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara mereka adalah
Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi saw:
“Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara
umat ini”. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal
manusia, kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.
31. Al-Qurra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Qurra’.
Mereka ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali-wali ini
termasuk orang-orang yang dekat dengan Allah, kerana mereka ahli Al
Quran. Dan mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi
termasuk di antara mereka.
32. Al-Ahbab
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Ahbab,
iaitu orang-orang yang dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas,
adakalanya meningkat, adakalanya pula berkurangan. Mereka mencapai
tingkatan ini disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub
kerana cinta kepada Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari
ibadah yang berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi
mereka, mereka mendapat kasih sayang Allah yang luar biasa.
33. Al-Muhaddathun
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Muhaddathun,
iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah. Menurut hadits
Nabi, ada sebahagian dari umatku yang diberi ilham dari Allah. Maka
Umar Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka. Sayyid Muhyiddin
Ibnu Arabi ra berkata: “Di zaman kami ada pula wali-wali Al
Muhaddathun, di antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya
Al Baha-i”. Para wali yang tergolong dalam golongan ini senantiasa
mendapat bisikan-bisikan rohani dari penduduk alam malakut, misalnya
dari Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail, sebab rohani mereka sudah
dapat menembus alam arwah atau alam malakut.
34. Al-Akhilla’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Akhilla’.
Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala ibadah
yang mereka lakukan selalu didasari cinta kepada Allah. Jumlah mereka
tidak terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.
35. As-Samra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As Samra’.
Erti kata As Samra’ adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka tidak
terbatas. Mereka termasuk orang-orang yang senantiasa berdialog dengan
Allah, sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yang tiada
taranya.
36. Al-Wirathah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al Wirathah,
iaitu mereka yang mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah para
ulama, pewaris para Nabi. Kelompok ini termasuk orang-orang yang gemar
beribadah sampai melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka
mengasingkan diri di tempat-tempat terpencil demi untuk memenuhi
kecintaannya kepada Allah.
CERITA TENTANG WALI-WALI ALLAH
Kisah Wali Allah yang Solat Di Atas Air
Sebuah
kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli
perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu
berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang
kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai
usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun
semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas
kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan
diri mereka. Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat
seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang
sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari
kapal yang sedang terumbangambing dan berjalanlah dia di atas air dan
mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama
dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia
berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!”
Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para
peniaga itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan
tinggalkan kami!”
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah
orang yang memanggilnya dengan berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki
itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah,
tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir
tenggelam ini? “Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.” Para
penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami buat?” Wali Allah itu
berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.” Kesemua
mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat.
Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua
harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.” Wali Allah itu berkata
lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”
Dengan
membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan
berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil
berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan
beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah kesemua
barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para
penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air
sambil melihat kapal yang tenggelam itu. Salah seorang daripada peniaga
itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?” Wali Allah itu
berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.” Peniaga itu berkata lagi, “Wahai
wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat
harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”
WaliAllah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah
kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di
Madinah?” Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali
Allah.”
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari
peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air,
kemudian dia memohon kepada Allah swt agar kapal itu ditimbulkan semula
bersama-sama hartanya.Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul
sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang
perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah
itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan
pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga
yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan
membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga
tiada seorang pun yang tertinggal.
KARAMAH
Karamah
merupakan perkara luar biasa yang berlaku ke atas ulama atau wali
Allah. Mereka adalah golongan insan yang beriman dan beramal soleh,
ikhlas dalam perkataan, perbuatan serta menjadikan seluruh kehidupan
mereka hanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Para kekasih Allah sangat
menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah dan Allah pun senantiasa
memperhatikannya bahkan menjadikan insan soleh tersebut lebih dekat
kepadaNya. Karamah berlaku sepanjang zaman sejak dahulu hingga ke hari
ini. Begitu halnya dari kalangan para sahabat, ramai memiliki karamah
atau kelebihan yang luar biasa. Mereka beriman dengan kejernihan kalbu,
kecintaan terhadap Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya bahkan
kasih sayang mereka terhadap orang mukmin sangat mendalam, sehingga
akhirnya mereka memperoleh darjat yang tinggi.
PENGERTIAN KARAMAH
Karamah berasal dari kata Ikraam yang
mempunyai erti penghargaan dan pemberian. Allah mengurniakan
wali-waliNya berbagai kejadian luar biasa atau yang biasa disebut
karamah. Hal itu diberikan kepada mereka sebagai rahmat dari Allah dan
bukan kerana hak mereka. Karamah biasa disebut sebagai kejadian yang
luar biasa yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya yang selalu
meningkatkan taraf ibadahnya dan ketaatannya. Karamah itu diberikan
sebagai suatu pembekalan ilmu atau sebagai ujian bagi seorang wali. Dan
karamah boleh terjadi tanpa sebab dan tanpa adanya tentangan dari
orang lain.
PENJELASAN TENTANG KEJADIAN-KEJADIAN LUAR BIASA
Allah
telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar
biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara
luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara
yang dipuji dan 4 perkara yang dikeji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai
daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep
dan perbezaan perkaraperkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak
dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi
menjelaskan kekeliruan itu maka dijelaskan serba ringkas tentang
perkara-perkara tersebut, agar kita semua dapat membuat penilaian
dengan sebaik-baiknya.
Mukjizat
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi atau rasul untuk menguatkan kenabian dan kerasulannya.
Karamah
Kejadian
luar biasa yang diberikan kepada seorang hamba yang salih atau wali,
dan ia tidak mengaku sebagai seorang nabi atau rasul.
Ma’unah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada sebagian orang awam untuk melepaskan dirinya dari kesulitan.
Ihaanah
Kejadian
luar biasa yang diberikan kepada seorang pembohong yang mengaku
sebagai nabi, seperti yang pernah diberikan kepada Musailamah Al
Kadzab. Ia pernah meludah di sebuah sumur dengan harapan agar airnya
bertambah banyak, tetapi pada kenyataannya airnya mengering, dan ia
pernah meludah pada mata seorang yang juling, agar matanya sembuh,
tetapi pada kenyataannya mata orang itu menjadi buta.
Istidraj
Kejadian
luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai
wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan
kebohongannya.Menurut Ijma’, biasanya seorang yang mengaku sebagai nabi,
maka ia tidak akan diberi kejadian luar biasa.
Irhaas
Kejadian
luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi meskipun ia belum
diutus, seperti adanya naungan awan bagi Rasulullah saw di masa
kecilnya.
Sihir
Suatu
cara yang dapat menampilkan berbagai perbuatan yang aneh bagi yang
tidak mengerti seluk beluknya, tetapi seluk beluknya itu dapat
dipelajari.
Sya’wazah
Kejadian
luar biasa yang biasa timbul di tangan seseorang, sehingga menimbulkan
pesona bagi yang melihatnya meskipun kejadian itu tidak terjadi.
PERBEZAAN ANTARA KARAMAH DAN ISTIDRAJ
Seseorang
yang menginginkan sesuatu, kemudian Allah memberinya, maka pemberian
itu tidak menunjukkan bahawa orang itu mempunyai kedudukan mulia di
sisi Allah, baik pemberian itu bersifat biasa ataupun tidak.
Kemungkinan pemberian itu merupakan anugerah dari Allah, tetapi
kemungkinan pula merupakan istidraj, iaitu pemberian sebagai ujian.
Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai:
1.
Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin
bertambah ingkar dan sesat dan pada akhirnya ia akan dimatikan dalam
keadaan kafir. Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
“Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.[27]
[27]. Surah Al-Qalam :44
2. Makar:
Dalam Al Qur’an disebutkan:
“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. [28]
Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan”[29]
[28]. Surah Al-‘Araf: 99
[29]. Surah Ali ‘Imran: 54
3. Al Kaid artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka”[30]
Allah berfirman: “Mereka
akan menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu
dirinya sendiri, tetapi mereka tidak merasakannya”.[31]
[30]. Surah An-Nisaa’:142
[31]. Surah Al-Baqarah: 9
4. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:
Firman Allah: “Dan
janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa pemberian tangguh bagi
mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi hal itu terjadi agar
mereka makin bertambah dosa-dosanya”[32]
[32]. Surah Ali ‘Imran: 178
5. Al Ihlak mempunyai arti kebinasaan:
Allah berfirman: “Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak”[33]. Allah berfirman: “Firaun
dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan
yang dibenarkan, dan mereka mengira bahwa mereka tidak akan kembali
kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami
menenggelamkan mereka di dalam laut”[34]
[33]. Surah Al-‘Anam: 44
[34]. Surah Al-Qisas: 33
Dari
ayat-ayat di atas, dapat kami simpulkan bahwa antara karamah dan
istidraj ada perbezaan. Seorang yang diberi karamah tidak pernah merasa
senang atas pemberian itu, bahkan ia makin bertambah takut kepada
Allah, sebab ia takut kalau pemberian karamah itu merupakan ujian atau
merupakan istidraj. Lain halnya dengan seorang yang diberi istidraj. Ia
makin maharajalela, kerana ia mendapat anugerah dan ia pun tidak takut
disiksa. Adapun kalau seseorang bergembira ketika ia diberi karamah,
maka ia termasuk orang yang melanggar. Ini disebabkan oleh beberapa
perkara antaranya :-
• Jika seorang diberi karamah,
lalu ia bergembira, maka ia termasuk orang yang menyimpang, kerana ia
merasa berhak untuk mendapatkan anugerah semacam itu disebabkan amal
kebajikannya.
• Karamah adalah sesuatu yang di luar
kebiasaan Sunnatullah. Seorang yang diberi karamah, kemudian ia terlalu
bangga dengan karamah yang diperolehinya, bererti ia telah melanggar
dan telah menyimpang dari kebenaran.
• Seseorang yang
berkeyakinan, bahwa ia berhak mendapat karamah kerana amal
kebajikannya, maka boleh dikatakan bahawa ia seorang yang bodoh.
Seharusnya ia merasa bahawa semua amal ibadah yang ia kerjakan
merupakan kewajipan baginya terhadap hak Allah. Seharusnya ia selalu
merasa kurang pengabdiannya kepada Tuhannya, tetapi kalau ia merasa
puas, maka ia termasuk orang yang bodoh.
• Seseorang
yang diberi karamah, seharusnya ia merasa bahwa karamah yang diberikan
kepadanya hanya untuk menundukkan dirinya makin rendah dihadapan Allah.
Bila seseorang berlaku sebaliknya, maka sudah jelas orang itu mirip
dengan Iblis yang merasa sombong atas kemuliaan yang diberikan kepada
dirinya.
• Karamah itu adakalanya tidak menyebabkan
seseorang menjadi mulia. Seseorang yang bangga ketika mendapat karamah,
maka ia terlalu membesarkan sesuatu yang biasa.
Seseorang yang membesarkan sesuatu yang biasa, maka ia sama dengan
berbuat sesuatu yang sia-sia. Demikian pula, seorang wali yang bangga
dengan karamah, maka ia termasuk seorang yang rendah kedudukannya.
•
Seseorang yang sombong diri kerana kedudukannya, ia sama seperti Iblis
dan Firaun. Nabi saw bersabda: “Ada tiga perkara yang menyebabkan
kebinasaan seseorang. Yang terakhir adalah seorang yang membanggakan
kedudukan peribadinya”.
• Allah berfirman: “Maka
terimalah apa yang Aku berikan kepadamu dan jadilah engkau orang-orang
yang berterima kasih. Dan sembahlah Tuhanmu sampai engkau didatangi
kematian”. Berdasarkan ayat di atas, seseorang yang mendapat
kurnia dari Allah, hendaknya ia selalu rajin menyembah Allah dan
mensyukuri semua nikmat yang ia terima, bukannya makin bertambah
ingkar.
• Ketika Nabi saw diberi pilihan untuk memilih,
apakah beliau ingin dijadikan sebagai seorang penguasa dan seorang
Nabi, ataukah beliau ingin dijadikan seorang hamba dan
seorang Nabi, maka beliau memilih pilihan yang kedua. Kerana itu nama
beliau selalu disebut di dalam tasyahud setiap muslim dalam ucapan: “Wa asyhadu anna Muhammadan abduhu war rasuluh”.
• Seseorang yang selalu bergaul akrab dengan makhluk, maka ia tidak terlalu akrab bergaul dengan Khaliknya.
•
Seseorang yang tidak takut dan tidak bertawakkal kepada Allah sudah
tentu ia tidak akan menjadi wali, apa lagi kalau ia selalu menyandarkan
hidupnya kepada dirinya atau kepada orang lain. Jika seseorang dapat
mendatangkan satu perbuatan atau kejadian yang luar biasa, pasti ia akan
mengikutinya dengan pengakuan bagi dirinya, tetapi ada juga yang
tidak. Bagi mereka yang dapat mengikuti dengan pengakuan bagi dirinya
dan dapat mendatangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang
luar biasa, adakalanya ia mengaku sebagai Tuhan, atau sebagai Nabi,
atau sebagai wali, atau sebagai ahli sihir. Dalam perkara ini dapat
kita bahagikan kepada empat bahagian :-
a. Ada yang mengaku sebagai Tuhan:
Ada
kalanya orang yang dapat mendatangkan suatu perbuatan atau kejadian
yang luar biasa, maka ia mengaku sebagai Tuhan, seperti yang dilakukan
oleh Firaun dan yang akan dilakukan oleh Dajjal. Dalam keadaan seperti, ini sudah jelas, bahawa perbuatan orang itu adalah batil.
b. Ada pula yang mengaku sebagai Nabi:
Ini
boleh berlaku pada dua kemungkinan, iaitu adakalanya pengakuannya itu
benar, tetapi adakalanya pengakuannya itu bohong. Jika pengakuannya itu
memang benar dan ia benar-benar nabi, maka ia harus mampu untuk
menunjukkan bukti kenabiannya, tetapi jika ia tidak mampu menunjukkan
buktinya, maka ia adalah seorang pembohong.
c. Ada yang mengaku sebagai seorang wali:
Dalam keadaan seperti ini ada yang boleh melakukannya, tetapi ada pula yang tidak mampu.
d. Ada yang mengaku sebagai ahli sihir:
Dalam
situasi seperti ini ada kalanya orang-orangnya dapat membuktikan
kepandaiannya, tetapi kaum Mutazilah menolak pendapat ini. Seseorang
yang dapat mendatangkan perbuatan atau kejadian yang luar biasa tanpa
pengakuan bagi dirinya, adakalanya ia seorang wali yang diredhai oleh
Allah, tetapi adakalanya pula ia seorang fasik yang banyak dosanya. Ada
pula yang dapat mendatangkan berbagai kejadian luar biasa, tetapi ia
tidak termasuk orang yang taat kepada Allah, bahkan orang itu selalu berbuat dosa dan maksiat. Kejadian luar biasa yang ia datangkan itu disebut Istidraj,
iaitu kelebihan yang diberikan kepadanya, agar dosanya dan
kejahatannya makin bertambah dan terus menerus, seperti yang diberikan
kepada Iblis dan syaitan.
TUJUAN KARAMAH
1. Dapat menambah keyakinan kepada Allah.
2.
Untuk menguatkan kepercayaan masyarakat kepada seorang wali, seperti
yang terjadi pada masa-masa terdahulu. Berbeza halnya dengan masa-masa
terakhir. Kaum salaf salih tidak pernah memerlukan karamah sedikit pun.
3.
Adanya karamah merupakan bukti anugerah atau pangkat yang diberikan
Allah kepada seorang wali, agar pengabdiannya tetap istiqamah.
DALIL-DALIL WUJUDNYA KARAMAH
Andaikata
Allah swt tidak mahu memperlihatkan karamah bagi seorang mukmin,
mungkin kerana Allah swt memang tidak ingin melakukannya, atau mungkin
juga seorang mukmin itu memang belum pantas mendapatkan karamah. Adapun
kemungkinan pertama, dapat memberi penilaian yang tidak baik terhadap
takdir
Allah swt, tentunya hal itu dapat menyebabkan
ingkar kepada Dzat Allah. Sedangkan kemungkinan yang kedua adalah tak
mungkin, sebab hal itu termasuk hal yang batil. Mengetahui Dzat Allah,
sifat-sifatNya, perbuatan-perbuatanNya, hukumhukumNya, nama-namaNya,
mencintaiNya, mentaatiNya dan senantiasa menyebutNya dan memujiNya,
tentunya hal itu lebih mulia dari sekedar memberi se-potong roti,
menundukkan seekor ular atau seekor singa.
Dalil dari Al-Quran
“Setiap
kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati makanan
di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam, dari mana kamu memperoleh
makanan ini?”. Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi Allah”.
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya
tanpa perhitungan”[35]
“Dan goyanglah
pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan
buah kurma yang masak kepadamu, maka makanlah, minumlah dan bersenang
hatilah kamu”[36]
Siti Maryam bukanlah
seorang nabi. Tentunya yang terjadi padanya, seperti yang tertera pada
ayat di atas, bukanlah suatu mukjizat, tetapi suatu karamah.
“ Ashif Ibnu Barkhiya berkata: “Aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” [37]
Seorang
hamba yang salih yang bernama Ashif Ibnu Barkhiya mampu membawa
singgasana Ratu Balqis dari Yaman ke Syam hanya dalam waktu sekelip
mata. Padahal ia bukan seorang Nabi. Tentunya kemampuan luar biasa yang
dimilikinya adalah karamah.
[35]. Surah Al Imran: 37
[36]. Surah Maryam : 25-26
[37]. Surah An Naml: 40
“Dan
apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain
Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya Tuhanmu
akan melimpahkan sebagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu
yang berguna bagimu dalam urusan kamu. Dan kamu akan melihat matahari
ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila
matahari terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada
dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari
tanda-tanda kebesaran Allah”[38]
“Dan mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan sembilan tahun”[39]
Pemuda
Ashabul Kahfi seramai tujuh orang berasal dari Syam. Mereka hidup
setelah masa Nabi Isa. Kerana mereka takut kehilangan imannya, maka
mereka bersembunyi di sebuah gua untuk sesaat, tetapi mereka ditidurkan
oleh Allah selama 300 tahun. Setelah itu mereka dibangunkan kembali.
Anehnya tubuh mereka tidak binasa dimakan masa, kerana itu para ulama
berpendapat bahwa mereka adalah para wali bukan para nabi.
[38]. Surah Al Kahfi: 16-17
[39]. Surah Al Kahfi: 25
“Adapun
bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut
dan aku bertujuan merusaknya bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada
seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.”Dan adapun anak itu, maka
kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahwa
dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.”[40]
[40]. Surah Al Kahfi: 79
Dari Hadis Antara Karamah Umat Yang Terdahulu
Hadis Pertama
Dari Abdullah Ibnu Umar r.a, beliau berkata :
“Rasulullah
saw pernah bersabda: “Ada tiga lelaki tergolong di antara orang-orang
terdahulu. Pada suatu hari, ketika mereka berjalan di suatu hutan, maka
mereka bermalam di suatu gua. Setelah mereka masuk ke dalam gua,
tiba-tiba sebuah batu besar jatuh tepat di permukaan gua itu dan
menutupinya, sehingga mereka tidak dapat keluar. Kata salah seorang
daripada mereka: “Tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu, kecuali jika
kamu berdoa kepada Allah dan bertawassul dengan perbuatan baik
kamu.Salah seorang di antara mereka berkata: “Dahulu aku mempunyai
ibu bapa yang telah lanjut usia, dan aku tidak pernah makan malam
sebelum mereka makan. Pada suatu hari, keduanya sudah tidur ketika aku
datang membawa segelas air susu. Aku tidak ingin membangunka mereka.
Aku menjaga keduanya semalaman tanpa makan dan minum, dan aku tetap
memegang gelas susu itu hingga pagi. Ketika keduanya
bangun, barulah kuberikan air susu itu. Ya Allah, jika amalan salihku
yang satu itu benar-benar ikhlas untukMu, maka bebaskan kami dari batu
besar ini”. Dengan izin Allah, batu itu bergeser sedikit dari mulut
gua,tetapi mereka masih belum dapat keluar. Selanjutnya, orang yang
kedua berkata: “Dahulu, anak saudaraku termasuk orang yang paling aku
cintai, aku selalu menggodanya, agar ia cinta kepadaku, tetapi ia
selalu menolak.
Pada suatu ketika, ia datang kepadaku
dan minta bantuan wang. Aku ingin membantunya, asalkan ia ingin
bercinta denganku. Ia bersetuju dengan permintaanku kerana terpaksa.
Ketika aku hendak memperkosanya, maka ia berkata: “Sebenarnya engkau
tidak boleh memecahkan keperawananku, kecuali dengan cara yang sah”.
Maka aku segera meninggalkannya dan aku tidak minta kembali wangku. Ya
Allah, jika Engkau tahu, bahwa perbuatanku itu keranaMu, maka
selamatkanlah kami dari batu besar ini”. Dengan izin Allah batu besar
itu bergeser sedikit, tetapi mereka belum dapat keluar.
Selanjutnya
orang yang ketiga berkata: “Dahulu aku mempunyai banyak pegawai, aku
selalu memberi upah mereka tepat pada waktunya, dan aku tidak pernah
merugikan mereka. Pada suatu kali salah seorang pegawaiku meninggalkan
tempatku tanpa meminta upahnya. Selanjutnya, upah itu aku kembangkan
dan aku belikan binatang ternak serta lembu abdi. Setelah beberapa
waktu binatang ternak itu berkembang menjadi besar. Sampai pada suatu
waktu ia datang kepadaku untuk meminta upahnya. Kataku: “Semua binatang
ternak dan lembu abdi yang kau lihat di lembah itu adalah upahmu”.
Kata lelaki itu: “Wahai hamba Allah, apakah engkau mempermainkan aku”.
Kataku: “Aku tidak mempermainkan kamu”. Maka ia membawa pergi semua
binatang ternak dan para abdi itu. Ya Allah, jika perbuatanku
benar-benar ikhlas keranaMu, maka bebaskanlah kami dari himpitan batu
besar ini”.
Maka dengan izin Allah batu besar itu bergerak, sehingga ketiga orang itu dapat keluar dengan selamat.[41]
[41]. Hadis Hasan Sahih, Muttafaq Alaih
Hadis Kedua
Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw. Pernah bersabda :
“Tidak
ada seorang bayi yang dapat berbicara ketika masih dibuaian ibunya,
kecuali tiga orang, iaitu Isa putra Maryam as, seorang bayi di masa
Juraij An Nasik, dan seorang bayi lainnya. Tentang Isa putra Maryam,
kamu telah mengetahui kisahnya.
Tentang Juraij, ia
adalah seorang ahli ibadah dari kalangan Bani Israil. Ia mempunyai
seorang ibu. Juraij gemar ibadah. Ketika ibunya rindu kepadanya, maka
ia memanggil nama Juraij. Tetapi Juraij tidak memenuhi panggilan
ibunya, ia hanya berkata: “Ya Allah, apakah sebaiknya aku memenuhi
panggilan ibuku, ataukah aku meneruskan ibadahku?”
Ibunya memanggilkannya sampai tiga kali, tetapi Juraij masih meneruskan
ibadahnya tanpa memenuhi panggilannya. Maka ibunya kecewa, sehingga ia
berdoa :
“Ya Allah, jangan Engkau matikan putraku itu
sampai setelah Engkau menemukannya dengan seorang wanita pelacur”.
Kebetulan di tempat itu, ada seorang wanita pelacur. Ia berkata: “Aku
akan merayu Juraij sampai ia berbuat zina denganku”. Maka ia mendatangi
Juraij dan merayunya, tetapi Juraij tidak mempedulikannya. Akhirnya
wanita pelacur itu merayu seorang petani yang kebetulan bermalam di
samping tempat ibadah Juraij, sampai ia hamil dari petani itu.
Selanjutnya ia mendatangi Juraij sambil membawa anak haramnya dari si
petani. Kemudian ia berkata kepada orang banyak: “Bayiku ini adalah
dari hasil hubungan gelapku dengan Juraij”. Mendengar ucapan wanita
pelacur itu, maka Bani Israil mendatangi tempat ibadah Juraij, kemudian
mereka menhancurkannya dan merejam Juraij secara beramai-ramai. Maka
Juraij melakukan solat dan ia berdoa. Kemudian ia menyentuh tubuh bayi
itu dengan jari telunjuknya seraya berkata:
“Wahai anak
bayi, siapa ayahmu?” Anak bayi itu berkata: “Ayahku adalah seorang
petani”. Maka masyarakat Bani Israil menyesali perbuatannya terhadap
Juraij dan mereka minta maaf kepadanya. Mereka berkata: “Kalau engkau
mahu, kami akan membangun kembali tempat ibadahmu dari
emas atau perak, tetapi tawaran mereka ditolak, sehingga mereka
membangunnya kembali seperti semula. Itulah kisah bayi yang dapat
berbicara di masa Juraij.
Adapun kisah bayi yang lain,
ada seorang wanita yang tengah menyusui anak bayinya. Ketika ada
seorang pemuda tampan lewat di depannya, maka ibunya berkata: “Ya
Allah, jadikan putraku ini seperti pemuda itu.” Maka dengan spontan
bayinya berkata: “Ya Allah, janganlah Engkau jadikan aku seperti pemuda
itu.” Selanjutnya ketika ada seorang wanita yang tertuduh mencuri dan
berzina sedang lewat di depan ibunya, maka ia berkata: “Ya Allah,
jangan Engkau jadikan putraku ini seperti wanita itu”. Maka bayinya
berkata: “Ya Allah, jadikan aku sepertinya”. Maka ibunya
bertanya: “Mengapa engkau berdoa seperti itu?” Bayinya berkata:
“Pemuda tampan yang lewat di sini tadi adalah seorang yang bengis dan
kejam dan aku tidak ingin menjadi sepertinya. Adapun si wanita yang
dituduh sebagai pencuri dan pelacur, sebenarnya ia bukan pencuri
mahupun pelacur, dan ia hanya berkata: “Aku hanya pasrahkan diriku
kepada Allah”.[42]
[42]. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
ANTARA KARAMAH UMAT NABI MUHAMMAD SAW.
Pertama
Dari
Abu Saeed Al-Khudri, beliau berkata : “Pada suatu malam ketika Usaid
ibnu Khudhair sedang membaca Al Qur’an di pekarangan rumahnya,
tiba-tiba kudanya melonjak-lonjak, sampai ia menghentikan bacaannya.
Kemudian ketika ia melanjutkan bacaannya lagi, anehnya, kudanya
melonjak-lonjak lagi, sampai ia menghentikan bacaannya. Kata Usaid:
“Maka aku takut kalau kudaku menginjak Yahya, putraku. Ketika aku
berdiri, tiba-tiba aku lihat di atas kepalaku ada naungan cahaya dan ia
membumbung ke atas lambat-lambat sampai menghilang dari pandanganku.
Kedua
Dari Aisyah r.a, beliau berkata :
“Abu
Bakar Ash Shiddiq pernah memiliki dua puluh gantang buah kurma yang
diberikan kepadaku. Ketika saat kematiannya tiba, maka ia berkata;
“Wahai putriku, tidak seorang pun yang lebih kucintai dan lebih aku
takuti kesusahannya darimu, dulu aku pernah berikan kepadamu dua puluh
gantang buah kurma, kalau dulu telah engkau pakai, tentunya aku tak akan
mempersoalkannya, tetapi pada hari ini harta itu akan jadi harta waris
setelah aku tiada. Harta itu boleh engkau bagi dengan kedua saudara
lelakimu dan kedua saudara perempuanmu, bagilah harta waris
itu menurut hukum Kitabullah.” Kata Aisyah: “Maka aku berkata: “Wahai
ayah, kami tidak keberatan untuk membaginya, tetapi putrimu hanya Asma
dan aku, maka siapakah putrimu yang lain?” Kata Abubakar: “Kini ia
masih dalam perut ibunya, yaitu Habibah binti Kharijah ibnu Zaid, kulihat, ia adalah perempuan.” Setelah ia wafat, memang benar yang lahir adalah anak perempuan, ia diberi nama Ummu Kaltsum binti Abubakar.[43]
[43]. Hadis riwayat Malik dalam kitab Al-Muwatha’
BAGAIMANA TERJADINYA KARAMAH
Tingginya
kemahuan seorang wali untuk mengabdikan dirinya kepada Allah,
adakalanya menyebabkannya diberi karamah oleh Allah. Tetapi adakalanya
juga tidak. Adapun pemberian karamah adalah agar seorang wali semakin
menjaga dirinya, agar ia tidak salah langkah dan sikap terhadap Allah.
Jiwa manusia, meskipun ia tetap satu, tetapi berbeza dalam
pengkhususannya. Setiap jiwa mempunyai pengkhususan tersendiri yang
tidak dimiliki oleh lainnya. Jadi pengkhususan masing-masingnya adalah
fitrah. Jiwa para nabi mempunyai pengkhususan tersendiri yang mampu
mengenal Allah dengan sepenuhnya dan mampu berbicara dengan para
malaikat, kerana telah mendapat keizinan dari Allah. Pokoknya kemampuan
mereka adalah kurniaan Ilahi dan bantuan Rabbani.[44] Dalam hal ini, Ibnu
Khaldun pernah berkata: “Jiwa para auliya’ mempunyai pengaruh yang
erat dengan alam semesta dan hal itu merupakan bantuan dari Allah yang
disesuaikan dengan kejernihan jiwa, kekuatan iman, keteguhan mereka
dengan agama Allah, sehingga seorang wali tidak akan berbuat apapun,
kecuali setelah mendapat perintah atau restu dari Allah. Kalau ada di
antara mereka yang berbuat sesuatu tanpa izin dari Allah, maka
karamahnya segera ditarik oleh Allah.”[45]
[44]. Mukaddimah Ibnu Khaldun, jilid III hal 1148
[45]. Mukaddimah Ibnu Khaldun jilid III hal 1148
JENIS-JENIS KARAMAH
1. Pemberian
Karamah
jenis ini, termasuk karamah yang tertinggi, sebab terjadinya kerana
pemberian Allah kepada seorang tanpa diminta lebih dulu.
2. Usaha Sendiri
Karamah jenis ini termasuk karamah yang diusahakan, misalnya terkabulnya sebuah doa seorang wali.
PEMBAHAGIAN KARAMAH
Pertama : Karamah Hissiyyah
Iaitu karamah yang dapat dirasa dan dilihat dengan mata, seperti dapat berjalan di atas air atau dapat terbang di udara.
Kedua : Karamah Ma’nawiyyah
Iaitu
Istiqamahnya seseorang untuk mengabdi kepada Tuhannya, baik secara
zahir maupun batin. Karamah macam ini banyak diharapkan para wali-wali
Allah. Kata mereka: “Istiqamah lebih baik dari seribu karamah.”
Syeikh
Abul Abbas Al Mursi pernah berkata: “Seorang wali besar, bukanlah
seorang yang dapat memperdekatkan jarak yang jauh. Yang termasuk wali
besar adalah seorang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya di hadapan
Tuhannya.”[46]
Jika seorang wali hanya berharap mendapat
karamah, maka wali itu tidak termasuk wali yang berperingkat tinggi.
Ibnu Athaillah pernah berkata: “Kemahuan yang tinggi tidak sampai menembusi tembok-tembok takdir.”[47] Maksud
ucapan itu adalah karamah tidak akan bertentangan dengan ketetapan
takdir. Sebab, semua yang terjadi di alam semesta, baik yang biasa
mahupun yang luar biasa sumbernya dari takdir Allah swt. Pada umumnya,
kemahuan seorang wali tidak akan bertentangan dengan takdir Allah.
Abu Hurairah menyebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Adakalanya seorang hina yang biasa ditolak bila mengetuk pintu orang, namun jika ia berdoa, pasti terkabul.”48
[46]. Lathaiful Minan
[47]. Syarah Al Hikam
[48]. Hadis riwayat Muslim
Di lain kesempatan Rasulullah saw bersabda:
“Takutlah kamu dengan firasat seorang mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah.”[49]
[49]. Hadis riwayat Tirmidzi, Thabrani, Ibnu Adi dan An Najar di dalam kitab At Tarikh
CONTOH-CONTOH KARAMAH
1. Dapat Menghidupkan Mayat
Imam
Taajus Subki memberi contoh karamah Abi Ubaid Al Busri. Beliau pernah
berdoa kepada Allah agar kudanya yang mati ditengah medan perang
dihidupkan kembali. Doa beliau terkabul dan kuda Abi Ubaid akhirnya
hidup kembali.
Pernah Mifraj Ad Damamini berkata kepada
anak burung yang telah dipanggang: “Terbanglah wahai burung dengan
izin Allah”. Ucapan beliau terkabul dan burung itu hidup kemudian
terbang.
Syeikh Ahdal pernah memanggil kucing yang telah mati. Akhirnya kucing itu hidup dan datang kepada Syeikh Ahdal.
Syeikh
Abdul Qadir Al Jailani pernah berkata kepada seekor ayam yang baru di
makan dagingnya: “Hai ayam hiduplah kau dengan izin Zat yang dapat
menghidupkan tulang belulang”.
Dengan izin Allah, tulang belulang tersebut berubah wujudnya menjadi ayam kembali.
Pernah Abi Yusuf Dahmani berkata kepada seorang mayat:
“Hai fulan, hiduplah dengan izin Allah”. Ucapan beliau terkabul sehingga mayat itu hidup kembali selama beberapa waktu.
Imam
Subki pernah bercerita: “Aku pernah dengar kisah Syeikh Zainuddin Al
Faruqy Asy Syafi’i, bahawa pada suatu hari ada seorang anak kecil jatuh
dari atap rumahnya lalu mati. Ketika Syeikh Zainuddin melihat kejadian
itu, beliau berdoa kepada Allah. Maka dengan izin Allah, anak kecil
yang mati itu hidup kembali.
Selanjutnya Imam Subki
berkata: “Sesungguhnya kejadian semacam itu tidak terhitung banyaknya.
Dan aku yakin benar adanya karamah seperti itu. Hanya saja yang belum
pernah kudengar adanya seorang wali yang dapat menghidupkan orang mati
yang telah lama atau yang sudah menjadi tulang belulang. Yang kami
dengar hanyalah pada diri sebagian Nabi di zaman dulu.Dan itu pun
merupakan suatu mukjizat baginya. Bukan termasuk jenis karamah. Yang
mungkin terjadi pada diri seorang Nabi terdahulu adalah menghidupkan
suatu kaum yang telah mati beberapa abad, kemudian mereka dihidupkan.
Dengan izin Allah kaum itu hidup selama beberapa waktu. Yang tidak
mungkin terjadi dimasa ini adalah adanya seorang wali yang menghidupkan
Imam Syafi’i atau Abu Hanifah, kemudian keduanya dapat hidup lama dan
bergaul dengan masyarakat seperti pada waktu sebelumnya.
2. Berbicara Dengan Orang Mati
Jenis
karamah seperti ini lebih banyak dari jenis karamah di atas. Tentang
hal ini Imam Subki memberi contoh karamah Syeikh Abu Said Al Kharaz dan
karamahnya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Dan kisah karamah ayahnya,
Syeikh Taqiuddin As Subki.
3. Berubahnya Sesuatu Menjadi Bentuk Yang Lain
Jenis
karamah ini pernah terjadi pada diri Syeikh Isa Al Hataar Al Yamani.
Disebutkan bahawa ada seorang ingin menguji karamah Syeikh Isa Al
Hattar. Ia menyuruh pelayannya membawa dua botol minuman keras kepada
beliau. Setelah kedua botol itu diterima oleh Syeikh Isa, maka ia
menuang isi kedua botol itu seraya berkata kepada sebilangan orang yang
ada di sisinya: “Minumlah minyak samin ini”. Maka minuman keras yang
ada di kedua botol itu berubah menjadi minyak samin yang rasanyaamat
lazat. Kisah karamah jenis ini sering terjadi.
4. Jarak Jauh Menjadi Dekat:
Karamah
seperti ini pernah terjadi pada diri seorang wali yang berada di
Masjid kota Tursus (Turki). Wali tersebut pernahtergerak dalam hatinya
ingin pergi ke Masjidil Haram, kemudian beliau memasukkan kepalanya
dikantungnya lalu mengeluarkannya kembali. Maka dengan izin Allah, wali
itu telah berada di Masjidil Haram . Kisah semacam ini pada umumnya
dikisahkan secara berurutan dari orang-orang yang dapat dipercaya.
6. Berbicara Dengan Benda Dan Binatang:
Karamah
seperti ini tidak dapat diragukan kewujudannya. Karamah ini pernah
terjadi pada diri seorang Sufi yang bernama Ibrahim Bin Adham. Beliau
pernah mendengar suara dari pohon delima yang minta dimakan. Ketika
Ibrahim Bin Adham makan buahnya, tiba-tiba pohon itu bertambah tinggi
dan buahnya yang masam berubah jadi manis, serta dapat menghasilkan dua
kali setiap tahun.
7. Dapat Menyembuhkan Penyakit:
Karamah
seperti ini pernah terjadi pada Syeikh Sirri As-Saqathi. Seorang
pernah menemuinya ketika beliau sedang menyembuhkan orang yang sakit
kusta dan buta. Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah berkata kepada
seorang anak yang sakit lumpuh, buta dan kusta: “Berdirilah engkau
dengan izin Allah”. Dengan izin Allah, maka anak tersebut segera bangun
tanpa suatu cacat pun.
8. Ditakuti binatang
Karamah
seperti ini pernah terjadi pada diri Abu Said ibnu Abil Khair Al
Maihani. Singa dan binatang yang lain takut kepadanya. Ada pula
sebahagian wali yang dipatuhi segala benda seperti yang terjadi pada
diri Syeikhul Islam Izzudin Ibnu Abdis Salam beliau pernah berkata
kepada angin di waktu peperangan antara kaum Muslimin dan umat Nasrani:
“Hai angin terbangkan musuh-musuh kami”. Dengan izin Allah kaum Nasrani
diterbangkan angin dan dilempar ke tanah sampai binasa.
9. Waktu lebih cepat dan waktu lebih panjang
Karamah
seperti ini sukar diterangkan kepada orang awam hanya saja orang
terdahulu semuanya mempercayai akan terjadinya panjangan dan singkatnya
waktu. Karamah seperti ini banyak terjadi.
11. Terkabulnya Segala Doa.
12. Dapat Menahan Lisan Seseorang Yang Sedang Berbicara.
13. Diberitahu Tentang Sesuatu Yang Akan Terjadi Dan Diperlihatkan Sesuatu Yang Tersembunyi.
15. Dapat Menahan Lapar dan Minum Dalam Waktu Yang Panjang.
16. Dapat Menjalankan Sesuatu Dengan Kehendaknya.
Karamah
seperti ini banyak di alami oleh para wali. Diriwayatkan bahawa
sebahagian wali ada yang diikuti oleh hujan. Salah seorang dari mereka
bernama Syeikh Abul Abbas As Syatir, ia sering menjual hujan dengan
harga beberapa dirham. Kisah semacam ini banyak terjadi, sehingga sukar
untuk dimungkiri kewujudannya.
17. Mampu Untuk Makan Banyak
18. Terjaga Dari Makanan Yang Haram
Karamah
seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang bernama Al Haritsul
Muhasibi, iaitu ketika beliau mendengar suara dari makanan yang hendak
dimakannya, bahawa makanan itu diperolehi dengan cara yang haram.
Setelah beliau mengerti bahawa makanan itu adalah makanan haram, maka
segera beliau meninggalkan makanan itu.
19. Dapat Melihat Dari Belakang Hijab:
Jenis
karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang bernama Abu
Ishak As-Syirazi. Beliau dapat melihat Ka’bah sedangkan beliau berada
di kota Baghdad.
20. Diberi Kehebatan Dan Kebesaran Peribadi
Adakalanya
seorang wali diberi kehebatan peribadi yang dapat menyebabkan kematian
orang tertentu ketika ia melihat diri wali tersebut. Hal ini pernah
terjadi pada seorang pembesar yang mati ketika berhadapan dengan Abu
Yazid Al Busthami. Adakalanya seorang yang berhadapan dengan seorang
wali seperti ini, maka ia akan tunduk, bahkan akan mengakui apa sahaja
yang tersembunyi dalam hatinya. Kejadian seperti ini banyak terjadi.
21. Diberi Perlindungan
Mendapat
perlindungan Allah dari segala kejahatan yang akan menimpa. Bahkan
kejahatan yang semula direncanakan itu akan berbalik jadi kebaikan. Hal
ini terjadi pada diri Imam Syafi’I apabila beliau akan dihukum oleh
khalifah Harun Rasyid, tetapi akhirnya dengan izin Allah beliau
dibebaskan.
22. Dapat Berubah Bentuk
Karamah
seperti ini dikenali di kalangan ahli Sufi dengan “Alamul Mithsal,
iaitu antara alam yang nyata dan alam arwah. Orang yang yang mendapat
karamah seperti ini dapat berubah bentuk dan berpindah tempat dengan
bebas. Karamah seperti jenis ini pernah di alami oleh seorang wali yang
bernama Qadhibul Bani. Orang yang tidak mengenal beliau akan
menyangkanya tidak pernah melakukan solat dan ia membencinya. Pada suatu
hari, ketika beliau dicela oleh seorang yang menyangkanya tidak pernah
melakukan solat, di saat itu Allah memperlihatkan karamahnya, sehingga
beliau dapat berubah dalam beberapa bentuk yang menunjukkan bahawa
beliau sedang melakukan solat. Beliau bertanya : “Dalam gambaran atau
bentuk manakah yang kamu lihat aku tidak solat?” Perkara serupa ini
pernah terjadi pula pada seorang wali yang pernah dilihat oleh seorang
ketika beliau sedang berwudhu di Masjid Sayufiah di Cairo. Orang itu
menegur: “Hai orang tua, nampaknya cara kamu berwudhu itu tidak tertib”.
Jawab si wali: “Aku tidak pernah berwudhu dengan cara yang tidak
tertib. Hanya saja anda tidak dapat melihatku, kalau anda dapat melihat,
pasti kamu akan melihat ini”. Beliau berkata demikian sambil memegang
tangan orang itu, sampai ia dapat melihat Ka’bah, kemudian beliau
membawanya ke Mekkah dan menetap di sana selama beberapa tahun.
23. Dibukakan Segala Sumber Kekayaan Bumi
Jenis
karamah seperti ini pernah dialami oleh Abu Turab, ketika beliau
menghentakkan kakinya ke bumi, maka Allah mengeluarkan air dari tanah
itu. Kata Imam Subki: “Di antara jenis karamah seperti ini ialah
terpancarnya sumber mata air di musim kemarau dan bumi tunduk pada
seorang yang memukulkan kakinya ke bumi”. Pernah diceritakan bahawa ada
seorang yang berjalan ke kota Mekkah untuk berhaji. Dalam perjalanan
itu ia merasa haus sekali. Namun ia tidak mendapat seteguk air pun.
Kemudian ia menemui seorang fakir yang bertongkat. Tepat di tempat itu
terpancarlah sumber mata air yang dapat memberikan minuman kepada para
jemaah haji yang sedang lewat di tempat itu. Semua jemaah haji yang
lewat di tempat itu membekali dirinya dengan air yang terpancar di bawah
tongkat si fakir.
24. Diberikan Kemampuan Untuk Mengarang Berpuluh-Puluh Karangan Dalam Masa yang Singkat
Biasanya
pekerjaan seberat itu tidak mungkin dilaksanakan oleh seorang yang
banyak disibukkan dalam pembahasan berbagai macam ilmu pengetahuan.
Adakalanya untuk menulis sebuah karangan sahaja seorang akan
menghabiskan seluruh umurnya. Apalagi akan menulis berpuluh-puluh buah
karangan dalam waktu yang sangat singkat. Karamah semacam ini termasuk
jenis karamah waktu dapat menjadi panjang. Jenis karamah ini pernah
dialami oleh Imam Syafi’I Rahimullah. Beliau mampu mengarang
berpuluh-puluh kitab, padahal sebenarnya waktunya tidak akan cukup untuk
melakukan hal itu, disebabkan kesibukan beliau sehari-harinya untuk
mengkhatamkan Al Qur’an setiap harinya dengan bacaan yang penuh oleh
tadabbur dan di bulan Ramadhan pun beliau dapat mengkhatamkannya dua
kali setiap harinya. Di samping itu, beliau juga disi-bukkan oleh
banyaknya memperdalami ilmu pengetahuan, memberikan pelajaran, berzikir
dan banyaknya penyakit yang dialaminya. Dalam suatu riwayat dikatakan
bahawa beliau menderita tiga puluh macam penyakit. Karamah semacam ini
dialami juga oleh Imamul Haramain Abul Ma’ali Al Juwaini. Dengan umur
yang tidak panjang, beliau mampu mengarang beberapa buah kitab.
Sebenarnya umur yang sependek itu tidak akan cukup untuk mengarang
berpuluh-puluh kitab disebabkan kesibukan beliau dalam belajar dan
mengajar serta berzikir.
Jenis karamah seperti ini
diberikan juga kepada seorang wali yang mampu mengkhatamkan Al Quran
sebanyak lapan kali dalam sehari. Imam Nawawi juga diberi Allah
kemampuan untuk mengarang berpuluh-puluh kitab dalam waktu singkat.
Sebenarnya umur beliau yang sedemikian itu tidak cukup untuk mengarang
kitab sebanyak itu. Ditambah lagi dengan berbagai macam ibadah yang
beliau lakukan setiap harinya. Karamah seperti ini diberikan juga
kepada Imam Taqiuddin As Subki. Beliau mampu menulis berpuluh-puluh
kitab. Sebenarnya umur yang sependek itu tidak akan cukup untuk menulis
kitab sebanyak itu disebabkan beliau sangat sibuk memberi pengajaran,
tekun beribadat, banyak membaca Al Quran dan berzikir. Sebenarnya jika
kita hitung pekerjaan besar yang dikerjakannya dengan umurnya yang
singkat, pasti tidak cukup untuk memenuhi sepertiganya, namun Allah
memberinya barakah dalam umur, sehingga beliau dapat merampungkan
segala tugas besar dipikulnya.
25. Terhindar Dari Terkena Racun
Jenis
karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang diancam oleh
seorang raja zalim. Raja zalim itu berkata: “Tunjukkanlah padaku bukti
kebenaranmu, jika tidak, aku akan hukum kamu”. Pada waktu itu si wali
melihat dekatnya kotoran unta. Maka ia berkata: “Lihatlah itu”.
Tiba-tiba kotoran unta itu jadi sebungkal emas. Kemudian ia melihat
sebuah tempat air yang tidak ada airnya. Si wali itu melemparkan tempat
air yang kosong itu ke udara. Ketika tempat air itu jatuh tiba-tiba
telah berisi air penuh dan tempat air itu terjungkir. Namun air yang di dalamnya
tidak tertumpah setitik pun. Melihat kejadian tersebut raja itu hanya
berkata: “Ini hanyalah perbuatan sihir belaka”. Kemudian raja
memerintahkan untuk melemparkan si wali ke dalam api yang
bernyala-nyala. Tidak lama si wali tersebut segera keluar dan menarik
putera raja yang masih kecil ke tengah api yang sedang menyala. Melihat
kejadian ini raja hampir jadi gila, kerana putera satu-satunya diseret
ke tengah api yang sedang menyala. Setelah beberapa saat, si wali
keluar bersama putera raja itu dari api, sedang ditangan kanan putera
raja itu memegang buah apel dan dikirinya memegang buah delima. Raja
bertanya pada puteranya: “Wahai puteraku, dari mana kamu tadi?” Jawab
si putra: “Aku dapat dari sebuah kebun”.Mendengar keterangan putera
raja itu para pembesar kerajaan hanya berkata: “Itu hanyalah suatu
sihir belaka”. Kemudian raja berkata kepada si wali: “Jika kamu dapat
minum racun ini, aku akan percaya padamu”. Setelah itu, si wali minum
racun itu. Namun ia tidak mati hanya bajunya sahaja yang koyak.
Kemudian ditambah lagi meminum racun. Setiap kali minum racun ia tetap
hidup hanya bajunya saja yang koyak-koyak. Pada terakhir kali ketika ia
diberi minuman racun lagi bajunya tidak koyak dan ia pun selamat.
Di
antaranya pula ada yang dibukakan baginya alam ghaib di hadapan
pandangan matanya, sehingga ia dapat melihat apa saja yang terselubung
di sebalik dinding, bahkan ia dapat mengetahui apa yang dilakukan oleh
orang dirumahnya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah kasyaf.
Misalnya jika seorang wali mendatangi rumah seorang yang telah berbuat
zina atau mabuk atau mencuri atau berbuat maksiat, maka wali itu dapat
mengetahuinya, seperti yang terjadi pada Syeikh Ibnu Arabi. Mukasyafah
semacam ini dikhususkan bagi mereka yang hidup secara wara’. Di
antaranya pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui gerak geri
orang, misalnya seorang wali bergerak hatinya ingin bertemu dengan
gurunya, maka gurunya segera hadir di hadapannya.
Ada
pula jenis karamah berupa didatangkannya sebuah pohon kepada seorang
wali, kemudian wali itu menikmati buah dari pohon yang hadir di
hadapannya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui
segala jenis batu-batu mulia dan logam-logam mulia yang ada di perut
bumi, meskipun demikian, seorang wali yang diberi karamah jenis ini
tidak memperdulikan sedikit pun tentang harta kekayaan yang terpendam
itu.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa
ilmu yang dapat memahami segala ucapan benda-benda yang mati, sehingga
seorang wali yang diberi karamah seperti ini, ia dapat mendengar ucapan
tasbih benda-benda yang mati. Di antaranya pula ada yang diberi
karamah dapat mengetahui segala rahsia benda-benda yang hidup. Di
antaranya pula ada yang diberi karamah segala macam ilmu pengetahuan,
baik yang berupa ilmu-ilmu zahir mahupun ilmu-ilmu bathin. Seorang yang
diberi karamah berupa ini, ia akan dapat memahami berbagai macam
persoalan dunia dan akhirat. Di antaranya pula ada yang diberi karamah
berupa tingkatantingkatan Al Quthbiyah. Di antaranya pula ada yang
diberi karamah pengetahuan dan kasyaf, sehingga dapat membezakan
mana-mana pendapat mazhab-mazhab yang benar.
Di
antaranya pula ada yang diberi karamah dapat melihat dan mendengar
hal-hal yang ghaib, sehingga antara yang terang dan yang terselubung
tidak ada beza baginya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat
berbicara dengan makhluk alam malakut dan dapat mendengar
guratanguratan pena di Lauh Mahfuz. Di antaranya pula ada yang diberi
karamah tidak tersentuh makanan, minuman dan pakaian yang berasal dari
hasil syubhat, apa lagi yang haram. Jenis karamah ini, biasanya si wali
diberi tanda tertentu oleh Allah jika ada makanan, minuman dan pakaian
dari hasil syubhat yang menyentuh dirinya. Di antara yang mendapat
karamah macam ini adalah ibunya Abu Yazid Al Bustami. Setiap kali ia
mendapat makanan atau minuman yang syubhat, maka tangannya berpeluh dan
gementar, sehingga ia harus menjauhi makanan dan minumannya.
Di
antaranya pula ada yang diberi karamah berupa makanan atau minuman
sedikit yang dihidangkan dapat menjadi banyak. Karamah ini pernah
diberikan kepada Syeikh Abu Abdullah At Tawudi ketika ia menyuruh
kawannya ke tukang jahit, maka ia mengeluarkan sepotong kain yang sempit
dari balik bajunya, kemudian ia menyuruh kawannya untuk membawanya ke
tukang jahit seraya berkata: “Dari kain yang sempit ini buatlah pakaian
yang cukup untuk beberapa orang”. Nyatanya kain yang sedemikian sempit
itu dapat mencukupi pakaian untuk beberapa orang.
Di
antaranya pula ada yang diberi karamah dapat menjadikan air masin atau
payau menjadi air tawar dan segar. Karamah seperti ini pernah diberikan
kepada Syeikh Abdullah Ibnul Ustad Al Marwazi sahabat Syeikh Abu
Madyan. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat berjalan di
atas udara seperti ketika ia berjalan di atas bumi. Di antaranya pula
ada yang diberi karamah dapat berkata-kata dengan makhluk alam arwah,
sehingga ia dapat mengetahui keadaan mereka yang sudah wafat, walaupun
telah wafat bertahuntahun. Di antaranya pula ada yang diberi karamah
dapat melenyapkan dirinya dari alam wujud ke alam ghaib, sehingga ia
dapat menghilang dari suatu majlis tanpa pengetahuan mereka yang hadir.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat melangkahi bumi yang
luas hanya dengan satu langkah atau hanya dengan sekejap mata, sehingga
ia dapat solat Zuhur di Mekkah, kemudian solat Asar di tanah
kelahirannya.
Inilah beberapa contoh karamah yang
diberikan oleh Allah kepada para wali Allah untuk membuktikan kekuasaan
Allah pada para makhluk Allah yang tidak percaya akan wujudnya
karamah.
MENGAPAKAH KITA MESTI MENGENALI WALI ALLAH DAN KARAMAH MEREKA?
Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman :
‘Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.’ (Yusuf : 111)
Kandungan
Al-Quran berkisar mengenai keseluruhan aspek kehidupan termasuk hukum,
peradaban, perekonomian, kisah-kisah dan banyak lagi. Antara isi yang
terkandung di dalam Al-Quran merupakan kisah-kisah kehidupan para
Nabi-Nabi, kehidupan ummat-ummat terdahulu serta pengajaran-pengajaran
yang terdapat didalam kisah mereka.
Apabila kita
membahaskan tentang kewalian serta karamah mereka, tidak mungkin kita
mengenepikan kepentingan kehidupan para Nabi dan Rasul serta
Mukjizat-mukjizat mereka. Terkenanglah kita kepada kisah Nabi Musa
serta tongkat dan cerita terbelahnya Sungai Nil. Tak lupa juga kita
Allah s.w.t. menggambarkan dengan begitu nyata sekali penggambaran
perbicaraan semut yang didengari oleh Nabi Sulaiman a.s. Kisah Nabi
Khidhir dan cara beliau menuntun Nabi Musa menjadi iktibar kepada kita.
Maka tentu sekali, selepas kisah-kisah mereka kita hayati, kita
berkunjung pula kepada kisah-kisah manusia awam yang telah digambarkan
Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dengan kelebihan serta karomah mereka.
Kisah Siti Mariam serta makanan yang dihidangkannya, kisah Ashabul Kahfi
dan tidur mereka yang lama dan banyaklah kisah yang lain. Maka jika
Al-Quran telah mengisikan kisah-kisahnya dengan mereka, maka menjadi
kewajiban kitalah mengenali orang-orang yang dicontohi Al-Quran sebagai
mereka yang soleh yang dikasihi Allah s.w.t.
Maksud
ini, membuktikan kepentingan mengenali para kekasih Allah serta
keperibadian dan kelebihan mereka. Ajakan Nabi Muhammad s.a.w. kepada
Saidina Umar dan Saidina Ali untuk mencari Uwais Al-Qarni menguatkan
kepentingan mengenali mereka yang dekat dengan Allah. Imam Al-Ghazali,
Hujjatul Islam sendiri, menggalakkan berteman dengan mereka yang dekat
dengan Allah serta mengikuti peribadi mereka. Kehidupan para ulama
termasyhur seperti Syekh Abdul Qadir Jailani, Imam As-Syafi’e dan
lain-lain membuktikan kepada kita kepentingan mengenali orang-orang
soleh serta karamah mereka yang merupakan pemberian murni dari Allah
s.w.t. disebabkan kesolehan, keperibadian dan perjuangan mereka.
KESIMPULAN
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu,
tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih
hati. Mereika itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu
bertaqwa. Dan bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia
dan akhirat”
Terceduklah sudah sedikit dari
khazanah Allah s.w.t. didalam kita membicarakan kehidupan para wali
Allah serta karamah mereka. Mungkin kini, selepas ilmunya dapat kita
ceduk, marilah kita bertafakkur, berusaha serta menghulurkan tangan
kita kepada Allah s.w.t. supaya kita ini tergolong dalam golongan
mereka yang mengenali wali-wali Allah dan mendapatkan inayah Allah
mendekati diri kepada Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment