Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Malam Nisfu Sya'ban: Fadhilat Dan Kelebihannya


Search This Blog

Malam Nisfu Sya'ban: Fadhilat Dan Kelebihannya

.
Malam Nisfu (pertengahan) Sya'ban bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Sya'ban bermula pada 14 haribulan Sya'ban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).

Firman Allah (ayat 1-6 Surah Ad-Dukhaan):

[1]. Haa, Miim.
 
[2]. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
 
[3]. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat (Malam Lailatul-Qadar atau malam Nisfu Sya'ban); kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
 
[4]. Pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
 
[5]. Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
 
[6]. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).


Catatan:
‘Ikrimah dan sebahagian ulamak tafsir menyatakan bahawa Malam yang berkat atau Malam Barakah itu ialah Malam Nisfu Sya’ban.


Fadhilat dan Kelebihannya:

Dalam Raudatul Ulamak dan diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Para sahabat menjawab: Allah dan RasulNya mengetahui. Baginda bersabda: Ianya dinamakan demikian kerana bercabang-cabang dan banyak kebaikan padanya.”

Rasulullah saw telah bersabda: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.”
(Riwayat Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban maka diberikannya keampunan terlebih banyak daripada bulu kambing Bani Kalb.”
(Riwayat daripada Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Terdapat pula dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Syaaban seraya berkata: Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu  ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya: Inilah malam yang dibuka padanya tiga ratus pintu rahmat, Allah mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyenyutukan sesuatu dengan Allah dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Lalu Nabi saw pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya: Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada seksaan dan kemurkaanMu. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepadaMu, Engkau sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri maka bagiMu segala pujian sehingga Engkau redha.”

Sabda Rasulullah saw : "Allah mengawasi dan memandang hamba hamba Nya di malam nisfu sya'ban, lalu mengampuni dosa dosa mereka semuanya kecuali musyrik dan orang yg pemarah pada sesama muslimin" (Shahih Ibn Hibban hadits no.5755)

Berkata Aisyah ra : disuatu malam aku kehilangan Rasul saw, dan kutemukan beliau saw sedang di pekuburan Baqi', beliau mengangkat kepalanya kearah langit, seraya bersabda : "Sungguh Allah turun ke langit bumi di malam nisfu sya'ban dan mengampuni dosa dosa hamba Nya sebanyak lebih dari jumlah bulu anjing dan domba"

(Musnad Imam Ahmad hadits no.24825)

Berkata Imam Syafii rahimahullah : "Doa mustajab adalah pada 5 malam, yaitu malam jumat, malam idul Adha, malam Idul Fitri, malam pertama bulan rajab, dan malam nisfu sya'ban"

(Sunan Al Kubra Imam Baihaqiy juz 3 hal 319).

Daripada Saidina Umar Abdul Aziz r.a, beliau menulis kepada pegawainya di Basrah:
Bagi kamu empat malam yang istimewa dalam setahun. Pada malam tersebut Allah mengagihkan kerahmataNya sepenuhnya. Malam-malam itu ialah malam awal Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Idul Fitri dan malam Idul Adha.

KAIFIYYAT MEMBACA DOA MALAM NISFU SYAABAN

Pada malam nisfu syaaban disunnahkan memperbanyak doa dan ibadah. Imam Syafii mengajarkan untuk membaca surah Yasin sebanyak 3X pada malam tersebut sambil berdoa dengan niat yang baik.

Membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.



Rujukan:

1.                  Habib Munzir Al Musawa. Kenali Aqidahmu.

2.                  KelebihanNisfu Syaaban. Kitab al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qamariyah.
 
3.                  Ustaz Ahmad Zulaili Hj. Zamri. Amalan & Kelebihan Rejab Syaaban Ramadan.

Malam Nisfu Sya'ban: Fadhilat Dan KelebihannyaSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.