Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: KASYAF


Search This Blog

KASYAF

KASYAF

Kasyaf bermaksud terbukanya keyakinan dan menyaksikan yang ghaib. Kasyaf sama juga artinya dengan firasat. Nabi ﷺ bersabda,

Artinya, ”Takutlah kamu akan firasat orang mukmin, sebab dia melihat dengan cahaya Allah swt. (HR Tirmizi)

Kasyaf merupakan cahaya yang menghantarkan para salik untuk sampai kepada Allah swt. Allah swt membuka penghalang pancaindera bagi mereka dan menghilangkan sebab-sebab kebendaan dari diri mereka, sebagai hasil dari takwa, mujahadah, khalwat dan zikir yang mereka lakukan. Mereka akan melihat dengan cahaya Allah swt. Ukuran waktu dan tempat akan hilang dari hadapan mereka. Mereka akan dapat menyaksikan alam-alam (malakut) Allah swt yang tidak dapat disaksikan oleh orang yang masih terikat dengan syahwat, keraguan, bidaah dalam akidah dan diganggu syaitan.

***

Faktor utama yang menyebabkan seseorang itu dikurniakan kasyaf, selain dari berilmu dan beramal ibadat, mereka yang menjaga pandangannya dari hal-hal yang diharamkan, menjauhkan dirinya dari semua syahwat, membangun hatinya dengan pengawasan Allah swt, biasa memakan makanan yang halal, maka kasyaf dan firasatnya tidak akan salah. Barangsiapa selalu melihat kepada yang haram, maka jiwanya yang gelap akan berhembus ke dalam hatinya dan memadamkan cahayanya.

***

Ibnu Khaldun ada menyatakan di dalam kitab Mukaddimahnya, ”Mujahadah, khalwat dan zikir biasanya akan diiringi oleh terbukanya penghalang pancaindera dan kemampuan untuk menyaksikan alam-alam Allah swt (malakut). Adapun penyebab kasyaf ini adalah, apabila ruh berpindah dari indera lahir menuju indera batin, maka indera lahir akan melemah dan ruh akan menguat. Akhirnya, ruh akan menguasai kekuatan lahirnya dan menjadi dominan. Ibadat dan zikir merupakan makanan untuk pertumbuhan ruh. Apabila ruh kuat akibat dari ibadat dan zikir, ia dapat menyaksikan alam malakut, jabarut dan lahut. Setelah itu, barulah dia akan memperoleh pemberian tuhan iaitu ilmu laduni dan kunci perbendaharaan ilahiah. Allah swt berfirman,

Artinya, ” Hai jamaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.” (QS ar-Rahman: 33)

Pada tahap ini, ia perlu mengambil tenaga nur (warid) dengan menerima talkin zikir tarekat dari mereka yang mempunyai energi atau ruh yang kuat. Di mana mereka adalah golongan yang sudah tersingkap matahatinya di alam malakut. Oleh itu dapatlah difahami dari ayat ini ialah wirid-wirid tarekat yang boleh menghasilkan waridah. Waridah itulah sulton (kekuatan) yang dimaksudkan oleh Allah swt. Itulah pendapat ulama’ tasauf dalam mentafsir ayat ini.

***

Rasullullah saw mengalami kasyaf tidak terhingga banyaknya dan barangsiapa patuh kepada ajaran nabi Muhammad ﷺ, berakhlak seperti akhlak Nabi ﷺ, dia juga akan mengalami kasyaf sebagaimana Nabi ﷺ. Sahabat-sahabat baginda ﷺ, orang-orang soleh, wali-wali Allah swt telah mewarisi kasyaf ini. Bukan mereka itu semua ingin mendapat kasyaf tapi ianya adalah satu warisan kenabian. Cerita mengenai kasyaf ini boleh rujuk kepada kitab-kitab tasauf muktabar.

***

Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang menceritakan berkenaan kasyaf ini. Allah swt berfirman,”

Artinya, ”Dan demikianlah kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagongan kami, yang terdapat di langit dan di bumi. Dan (kami perlihatkannya) agar dia termasuk orang-orang yang yakin.” (QS al-An’am: 75). Juga, Allah swt berfirman,

Artinya, ”Sesungguhnya kamu berada dalam kelalaian dari hal ini, maka kami singkapkan daripada mu, penutup matahatimu, maka penglihatan pada hari itu amat tajam. (QS al-Qaf: 22)

Allah swt juga berfirman,

Artinya, ”Hati tidak mendustakan apa-apa yang dilihatnya” (QS An-Najm: 11)

Fuad itu ialah batin bagi ruh, dan apa-apa yang dilihatnya tidak dusta.

Begitu juga dalam surah al-Kahfi: 79-82, ada diberitahu perkara kasyaf nabi Khidir as dan nabi Musa as.

***

Ulama’ tasauf telah membahagikan kasyaf itu kepada dua:

1. kasyaf suwariyah
2. kasyaf ilmiah   

Kasyaf suwariyah berarti ternampak gambar-gambaran sesuatu seperti malaikat, jin, syaitan, iblis, syurga, neraka, alam kubur, dalam bumi dan lain-lain lagi. Kasyaf yang nampak rupa-rupa sesuatu ini sangat dibimbangi oleh guru tasauf kerana boleh menimbulkan fitnah, terhenti dalam perjalanan kerohanian dan masih dapat ditipu oleh jin dan syaitan. Tuan guru Haji Daud Umar berkata, ia sangat merbahaya bagi yang dapat kasyaf sebegini kerana murid akan berhenti dan terpesona dengan alam malakut. Selain dari itu dikhuatiri murid yang dapat kasyaf suwariyah ini akan  sibuk menjadi bomoh, dukun dan pawang dan cepat menjadi terkenal. Ramai orang datang untuk berubat. Dalam keadaan sudah masyhur ini, murid ditakuti akan kurang ibadat dan berwirid. Cinta dunia dan kemasyhuran akan mula meresap masuk ke dalam hati nya kerana sudah dapat banyak wang ringgit hasil dari pemberian orang ramai. Matlamat mereka untuk menuju Allah swt akan tersasar dan tidak kesampaian. Oleh itu kasyaf suwariyah tidak ada nilai di sisi ilmu tasauf.

Kasyaf ilmiah ialah terbukanya rahsia isi al-quran, al-Hadis dan syariat islam. Kasyaf sebegini dituntut kerana dapat meningkatkan taraf ilmu seseorang itu sebagaimana ulama’ mujtahid dan ahli sufi. Ulama’ mujtahid seperti imam Syafie dan lain nya, dibukakan rahsia-rahsia al-quran dan sunnah. Sebab itulah ilmu imam-imam mujtahid sangat luas dan dalam.

Tuan Guru Haji Daud, mengkelaskan kasyaf kepada dua juga:

1. kasyaf kauni :- pembukaan rahsia-rahsia alam mulki dan malakut.

2. kasyaf imani :- peningkatan iman terhadap Allah swt.

Sila rujuk kitab Mengenal Diri & Wali Allah, oleh Ustaz Mustafa Muhammad AlJiasi.

***

Ada satu hadis yang diriwayatkan oleh Bazzar dan Tabrani seperti berikut

Artinya, ”Sesungguhnya, Allah mempunyai hamba-hamba yang mengetahui orang lain dengan hanya melihatnya.” (HR Bazzar dan Tabarani)

Terdapat ramai sekali ahli tasauf yang dikurniakan kelebihan ini. Diceritakan dari Ibrahim al-Khawas, dia berkata, ”Ketika itu, aku berada di Baghdad, di dalam masjid. Disana ada segolongan orang miskin. Tiba-tiba aku melihat seorang pemuda yang rapi dan berbau harum. Perwatakan dan wajahnya bagus. Aku berkata kepada sahabat-sahabat ku, ”Aku rasa dia adalah seorang yahudi. Mereka semua tidak suka mendengar hal itu. Pemuda itu bertanya kepada mereka, ”Apa yang dikatakan oleh sheikh tadi? Mereka tidak mau menjawab. Pemuda itu terus memohon kepada mereka dan akhirnya mereka menjawab, ”Sheikh tadi mengatakan bahwa kamu adalah seorang yahudi. Pemuda itu mendatangi ku, lalu mengambil kedua tangan ku dan masuk Islam.”

Ketika pemuda itu ditanya tentang sebab dia masuk islam, dia menjawab, ”kami menemukan di dalam kitab kami bahwa seorang yang siddiq itu, tidak akan salah firasatnya (kasyafnya). Maka aku menguji kaum muslimin dan mengamati mereka. Aku dapati seseorang memperhatikan aku dan berfirasat tentang aku, aku mengetahui bahwa dia adalah orang yang siddiq. Setelah itu, pemuda tersebut menjadi salah seorang pembesar sufi.

Satu lagi kisah, ada seorang Nasrani berdiri di depan Sheikh Junid Al-Baghdadi, ketika tuan sheikh sedang berbicara kepada orang ramai. Lalu orang Nasrani itu berkata, ”Wahai sheikh, apakah maksud hadis ini, ”Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, sebab dia melihat dengan cahaya Allah.””(HR Tirmizi)

Junid menundukkan kepalanya, lalu mengangkatnya dan berkata, ”masuklah islam kerana telah datang waktumu untuk masuk islam.” Lalu orang itu masuk Islam kerana, benarlah hadis itu, di mana dia yakin tidak ada siapapun tahu yang dia adalah seorang nasrani. Orang mukmin sejati melihat dengan cahaya Allah swt. Jika masih lagi tidak mampu melihat dengan cahaya Allah swt, perlu dipertingkatkan lagi taraf iman kita, kerana iman kita masih lagi ditaraf ilmu, kepada iman ‘ayan, hakikat dan haq.

***

Kasyaf tidak hanya berlaku pada Nabi ﷺ sahaja, ada satu hadis berbunyi ”Sesungguhnya setiap kaum memiliki firasat. Akan tetapi, dia hanya diketahui oleh orang-orang yang mulia.” Al-Karmani berkata, ”Barangsiapa membangun lahirnya dengan mengikut sunnah, membangun batin dengan zikrillah dan muraqabah, menjaga dirinya dari syubhat, menjaga pandangannya dari pelanggaran dan membiasakan makan makanan yang halal, maka firasatnya (kasyaf) tidak akan pernah salah. ”Oleh itu, barangsiapa umat Muhammad ﷺ diberi hal tersebut, maka dia akan melihat kebenaran secara jelas dengan hatinya dan dapat membezakah diantara yang haq dan yang batil

***

Ketahui lah, bahwa jika hati seseorang telah suci bersih, maka dia akan melihat dengan cahaya Allah swt. Di antara mereka ada yang mengetahui adanya sesuatu yang kotor tanpa mengetahui sumbernya. Diantara mereka ada yang berada di atas tingkatan ini sehingga dia mengetahui sumbernya, sebagaimana yang terjadi kepada Saidina Usman ra. Khayalan seorang laki-laki yang melayang kepada seorang perempuan yang ditemuinya di jalan itu menyebabkan kekotoran di dalam hatinya. Saidina Usman ra dapat melihat kotoran itu dan dia mengetahui sumber kotoran itu disebabkan panahan syaitan semasa dia (laki-laki itu) melihat seorang perempuan ajnabi. Tingkatan kasyaf Saidina Usman ra lebih tinggi dari sahabat-sahabat lain ketika itu. Orang yang tidak mendapat kasyaf kerana mereka memiliki kotoran hati yang menimbulkan titik hitam dalam hati yang akan menjadi penutupnya. Allah swt berfirman,

Artinya, ”Sekali-kali tidak demikian. Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka. (al-Muthafifin: 14)

***

Dalam perkara kasyaf ini eloklah direnungi amaran yang telah dibuat oleh Ibnu Arabi,” Ketahuilah, sesungguhnya syaitan sentiasa menunggu hati ahli kasyaf, sama ada ahli kasyaf itu orang yang tahu dan mahir benar tentang tanda-tanda yang haq dan yang batil ataupun tidak tahu demikian. Iblis tetap berkemahuan keras untuk menipu dan mengelirukan, kerana syaitan tahu benar bahawa kadang-kadang ada kalanya Allah swt mau menghina seseorang hamba Nya.

Maka Allah swt tidak akan memelihara orang itu lalu orang itu dibayangi oleh syaitan dengan berbagai angan-angan, kiranya syaitan nampak batin seseorang itu itu dipelihara oleh Allah swt dengan berbagai nur, maka syaitan pun berpindah kepada bahagian jasadnya, maka syaitan pun membaikkan sesuatu yang nyata yang mungkin akan diambil oleh orang itu. Bila Allah swt memelihara hati orang itu dan tidak ada jalan untuk menyusup ke dalam hati orang itu dan tidak ada jalan untuk menyusup ke dalam batinnya, maka syaitan duduk berhadapan dengan hati orang tersebut menunggu-nunggu hati orang itu lalai (berzikir).

Sekiranya syaitan itu tidak dapat untuk berbuat sesuatu maka diperhatikan hal keadaan orang itu, sekira ia mendapat berbagai makrifat daripada bumi maka syaitan akan membayangkan satu bumi tiruan supaya orang itu mengambil makrifat itu daripadanya. Sekiranya sudah diambil oleh orang itu dan Allah swt memberi pertolongan maka orang itu akan melepaskan makrifat itu kerana ia telah dapat mengenal yang haq dan yang batil. Seseorang yang bertaraf al-kamil sekalipun ada kalanya ia mengambil suatu dari iblis dan iblis itu dapat suatu itu daripada Allah swt, maka orang tersebut membuang perkara itu kerana takutkan Allah swt.

Dari amaran Ibnu Arabi itu, dapatlah difahami jika dikurniakan kasyaf jangan berhenti disitu terus lah berjalan menuju Allah swt yang Zat Nya itu tidak ada kadar dan hujungnya.

***

SUFI SEJATI TIDAK SIBUK DENGAN LINTASAN-LINTASAN ILHAM, BERMAIN-MAIN DGN DUNIA FIRASAT, LENA DALAM DUNIA KERAMAH ATAU TERHENTI PADA PINTU KASYAF. MEREKA MELANGGAR SEGALA PINTU2 TADI TANPA PERASAAN SELERA ATAU JADI HAMBA KPD PERKARA² ITU, KERANA MATLAMAT PEGEMBARAAN MEREKA IALAH UNTUK MENENGGELAMKAN DIRI SEDALAM-DALAM NYA DALAM LAUTAN UBUDIYYAH DAN AHADIAH ALLAH SWT.
KASYAFSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.