Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Prinsip Tasauf


Search This Blog

Prinsip Tasauf

*Perinsip Tasauf ada 3 Takhalli, Tahalli dan Tajalli.*

Nak mudah faham lihat pada huruf
ج ح خ
Jika diterbalikkan jadi
خ ح ج
Huruf:
Kha خ ialah taKhalli
Ha ح ialah taHalli
Jim ج ialah taJalli

Takhalli ialah mencuci Zahir dan Batin. Kalau lihat pada huruf خ ada titik di atas, maknanya kotoran yang perlu dicuci.

Tahalli ialah menghias Zahir dan Batin. Lihat pada huruf ح bila sudah cuci, titik tu dah hilang, iaitu zahir dan batin sudah bersih daripada kotoran.

Bila zahir dan batin sudah cuci barulah dapat Tajalli. Huruf ج timbul titik di tengah, titik itulah tajalli.

***

*🌷TAKHALLI & TAHALLI🌷*

*🍀TAKHALLI🍀*

Makna takhalli itu, mencuci akan zahir dan batin daripada tiap-tiap perkara yang menegah dan melambatkan suluk dan wusul (sampai) kepada Allah swt.

*1) Mencucikan zahir*

Mencucikan zahir daripada tiap-tiap yang HARAM, MAKRUH dan yang HARUS (yang sia-sia) dan di mana semua itu tidak memberi manafaat diakhirat, menegah, melambatkan suluk dan wusul (sampai) kepada Allah swt. Misalnya, berzina, makan riba, mencuri, semua ini menegahkan wusul. Manakala, makan petai, hisap rokok 🚬, makan budu 🍾 dan benda-benda yang berbau boleh melambatkan wusul (sampai) kepada Allah swt. *Perkara harus (yang sia-sia)* juga seperti berbual-bual di tangga rumah petang-petang hari dan lain-lain lagi boleh melambatkan wusul (sampai) kepada Allah swt.

*2) Mencucikan batin (hati)*

Mencucikan batin (hati) ❤ daripada tiap-tiap iktikad yang salah, sifat-sifat tercela (mazmumah), ingat, cita-cita, angan-angan yang sia-sia yang tidak memberi manafaat diakhirat, tidak mendatangkan manafaat kepada suluk dan wusul (sampai) kepada Allah swt. Juga daripada dosa aghyar yakni daripada sesuatu yang lain daripada Allah swt di dalam hati (masiwallah). 

*🍀TAHALLI🍀*

Makna tahalli itu, menghiaskan zahir dan batin (hati) ❤ dengan tiap-tiap perkara yang boleh MENARIK kepada suluk dan wusul (sampai) kepada Allah swt.

*1) Menghiaskan zahir*

Menghiaskan zahir dengan tiap-tiap amal ibadat yang WAJIB (fardu), SUNAT-SUNAT ,WIRID-WIRID TAREKAT dan dengan usaha yang  HALAL yang boleh menolong supaya dapat suluk dan wusul (sampai) kepada Allah swt. Kerja yang halal pula dibuat dengan ketiadaan tamak, meluput dari habuan akhirat dan tidak menegah dan melambatkan wusul (sampai) kepada Allah swt.

*2) Menghiaskan batin*

Menghiaskan batin (hati) ❤ dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah) seperti sabar, syukur, ikhlas, zuhud 🤍 , tawakkal, qanaah, muraqabah kepada Allah swt  dalam setiap amal ibadat dan pada setiap sesuatu yang didapati dengan pancaindera yang lima. Juga sentiasa berzikir kepada Allah swt di dalam setiap keadaan, setiap masa, saat, hal senang dan susah.

Prinsip TasaufSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.