.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: " Setelah Allah S.A.W selesai menciptakan Jibrail A.S. dengan bentuk yang cantik, dan Allah S.W.T. menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat.
Setelah itu Jibrail A.S. memandang dirinya sendiri dan berkata: " Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku".
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : " Tidak". Kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail A.S. solat, maka Allah S.W.T pun berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling Aku cintai , namanya " Muhammad". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.Maka demi kemuliaanKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih suka dari solatmu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu'. Kemudian Jibrail A.S. berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?" Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud : " Ya Jibrail, akan Aku memberikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal".
Kemudian Jibrail A.S. meminta izin kepada Allah S.W.T. untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail A.S. mendapat izin dari Allah S.W.T. maka pergilah Jibrail A.S. dengan mengembangkan sayap dan terbang, setipa kali dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun terbanglah malaikat Jibrail A.S. selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T. lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: " Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu serta kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah diberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan".
0 comments:
Post a Comment