Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: Tegahan Dan Larangan Menyebarkan Ajaran Salafiah @ Wahabiah Dan Seumpamanya Di Negeri Pahang


Search This Blog

Tegahan Dan Larangan Menyebarkan Ajaran Salafiah @ Wahabiah Dan Seumpamanya Di Negeri Pahang

Tegahan Dan Larangan Menyebarkan Ajaran Salafiah @ Wahabiah Dan Seumpamanya Di Negeri Pahang

Oleh : Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang pada 19 Februari 2014

Keputusan : Mesyuarat bersetuju memutuskan dilarang mana-mana orang Islam menyebar dan menyimpan bahan bacaan Ajaran As-Salafiah @ Al- Wahabiyah dan seumpamanya

Tindakan secara penguatkuasaan undang-undang boleh dilaksanakan kepada sesiapa yang melanggar larangan tersebut mengikut kesalahan yang terkandung di dalam Enakmen Jenayah Syariah 2013

Sesiapa yang mempunyai tauliah dan melanggar larangan tersebut boleh diambil tindakan undang-undang dan ditarik tauliah atau kebenaran mengajar yang telah di berikan

Keterangan/ Hujah

1. Ajaran As Salafiah @ Wahabiyah adalah ajaran yang berlainan dengan apa yang dipegang oleh umat Islam di Malaysia yang  berlandaskan mazhab Asyirah dan Maturidiah di dalam akidah dan mazhab Syafie di dalam bab Fekah.

2. Ajaran As Salafiah @ Wahabiyah kebiasaanya menganggap apa yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia sejak sekian lama adalah sebagai bidaah. Sedangkan amalan-amalan seperti tahlil, bacaan Yasin malam Jumaat, bacaan Qunut dan sebagainya itu hanyalah khilafiyah di  kalangan ulama Islam.

3. Adalah terbukti di sesetengah tempat kewujudan ajaran As-Salafiah @ Wahabiyah ini membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Oleh itu, ajaran ini adalah di larang diajar dan diamalkan di Negeri Pahang khususnya.

Sumber: Jabatan Mufti Negeri Pahang

Tegahan Dan Larangan Menyebarkan Ajaran Salafiah @ Wahabiah Dan Seumpamanya Di Negeri PahangSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.