Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi


Search This Blog

Tentera Akhir Zaman

Tentera Akhir Zaman

Kalau nak masuk jadi Askar Melayu syaratnya ialah:
Tinggi 5" 2"
Sihat tubuh badan
Lulus Bahasa Melayu

"Di akhir zaman kelak tentera Islam akan kejar yahudi selagi ada, kalau yahudi itu bersembunyi disebalik batu, batu itu akan khabarkan dibelakangnya ada yahudi.
kalau yahudi itu bersembunyi disebalik pokok, pokok itu akan khabarkan dibelakangnya ada yahudi."

Maka,
kalau nak jadi tentera akhir zaman, cer ambik batu sebijik dan letak kat telinga. Cecite apa batu tu khabar dan berzakir.

Maka, kalau nak jadi tentera akhir zaman, cer ambik daun sehelai dan letak kat telinga. Cecite apa daun tu khabar dan berzakir.

Kalau layak, sendiri tahu layak ke idak. Diam dan tunggu masanya.
Kalau tak layak, sendiri tahu diri layak ke idak. Maka anda ada tiga pilihan:
1. Usaha sampai layak.
2. Bertobat banyak2, kerana ramai akan kecundang.
3. Diam leer, usah bising banyak2.

Kalau semua orang boleh dengor, yahudi itulah orang yang dengor dulu, dia dah belah jauh dah ......

Banyak orang bila cerita akhir zaman jee, mereka gelut nak berperang. Mula cari senjata, simpan senjata dan sepertinya.

Sebaliknya fundamental peperangan pun tak ada pengetahuan, jauh sekali persediaan.

Contoh:
Tahukah anda bahawa bekalan makanan negara ini adalah 89% sustainance? Dari sudut bekalan beras, bekalan beras negara akan habis sebelum penanaman seterusnya sempat dituai. Sebab itu kita import.

Jadi kalau negara ini nak berperang atau diserang, kalau tak boleh menang sebelum musim menuai hadapan, negara ini akan kebulor.

Fakta sejarah:
1. Napoleon dengan teknologi perang tercanggih zaman beliau, kalah dengan Rusia kerana Rusia membakar segala bekalan makanan dari arah manapun napoleon tuju ke negara mereka.
2. Kominis mula kalah di Malaya, apabila British mula sekat, kawal dan catu segala bekalan makanan seluruh negara.
3. Hitler dengan teknologi kereta kebal pantzer mula kalah apabila amerika memula membakar semua bekalan minyak dari bertembung secara berhadapan di Tobruk, Turket dan Bulge, Rusia.

Isu:
Ahadith menunjukkan Imam akhir zaman dengan para al-Mahdinya akan berperang selama 7 tahun.
1. Apa nak makan?
2. Macammana nak tentukan makanan berkekalan?
3. Komer nak gi perang tak yah makan ke?
4. Anak bini tinggal kat rumah takyah makan ke?

Sesungguhnya sabar itu adalah perjuangan ..... dan peperangan.

Ada orang sabar dan dia berdiam diri.
Ada orang sabar tetapi dia tidak duduk diam, cuma dia tak bising jee.
Ada orang sabar dan dia tidak duduk diam, dia cuma bising jeee.
Ada orang tak sabar dan dia buat bising.

Bila kita anjurkan berzikir sampai setiap zarah pada diri berzikir, hingga sejadah turut berzikir, tasbih turut berzikir, lantai dan dinding turut berzikir............ ramai tak percaya. Tak sabor....

Tapi orang yang sabor tahu, faham dan mengerti.

Pada kitab2 lama, kita pernah melihat ungkapan dibawah:
Adapun yang mustahil pada adat itu jika berlaku,
Pada para Rasul, ia DIKENALI SEBAGAI mukjizat.
Pada para Nabi, ia DIKENALI SEBAGAI irhas.
Pada para aulia', ia DIKENALI SEBAGAI karamah.
Pada para orang biasa, ia DIKENALI SEBAGAI ma'unah.

Persoalan:
1. Istilahnya mungkin berbeza, persoalannya ialah adakah teknologinya berbeza?
2. Jika berbeza kenapa mereka yang kemudian itu dikenali sebagai 'warisatul ambia'? Apa yang mereka warisi yang orang lain tidak warisi?
3. Jika teknologinya berbeza, maka ayatnya di atas sepatutnya seperti berikut

Pada para Rasul, ia ADALAH mukjizat.
Pada para Nabi, ia ADALAH irhas.
Pada para aulia', ia ADALAH karamah.
Pada para orang biasa, ia ADALAH ma'unah.
Jelas berbeza.

Jika kita tak sabar, kita tak akan tahu dimana "passing mark"nya untuk layak sebagai al-mustaffa, atau al-mahdi itu pada tahap mana. The standard is very high.

(Sheikh Mohd Nasir Bin Ismail)

Tentera Akhir ZamanSocialTwist Tell-a-Friend

Kata-kata Hikmah Sayyid Ahmad Ibn Idris ra

Kata-kata Hikmah Sayyid Ahmad Ibn Idris ra.

Di antara kata-kata hikmah Sayyid Ahmad ibn Idris ra. yang begitu memberi kesan dalam menyampaikan cahaya manhajnya di dalam ilmu Tasawwuf dan berdakwah kepada Allah ialah:

"Tasawwuf ialah mengosongkan hati hanya untuk Allah swt dan memandang kecil selainNya."

"Makanan terpenting bagi diri ialah zikrullah."

"Benar merupakan keimanan, kerana sesiapa yang benar pada perkataannya, maka kata-katanya tidak akan ditolak. Dan tidak disifatkan al Quran sebagai mukjizat melainkan kerana kebenarannya, tidak akan didatangi sesuatu kebatilan sama ada di hadapan atau belakangnya."

"Sabar ialah sifat yang membezakan di antara hati orang yang beriman dengan yang lainnya."

"Khalwat itu jika tidak terhasil di dalamnya futuh (dibukakan oleh Allah), akan terhasil di dalamnya cahaya pada masa yang akan datang."

"Setiap perkara yang menyibukkan kamu daripada Allah, maka ia adalah celaka."

"Sesungguhnya setiap fitnah yang berlaku di dalam alam ini, sebabnya ialah kerana membelakangi perintah Allah."

"Orang yang hidup, akan terasa apabila dicucuk dengan jarum tetapi orang yang mati tidak terasa sekalipun dipotong dengan pedang-pedang yang tajam. (Begitu jugalah dengan hati yang mati, tidak akan terkesan dengan sebarang peringatan walau pun banyak. Tetapi hati yang hidup akan terkesan apabila diberikan peringatan walaupun sedikit)."

"Sifat ta'sub (ekstrim); membentuk puak masing-masing dan kemudiannya menuduh sesat di antara satu sama lain sehingga seolah-olah wujud pelbagai agama yang berbeza. Perkara inilah yang tidak kami redhai dan kami tegah ke atas setiap Muslim kerana mereka adalah daripada umat yang satu yang menjadi sebaik-baik umat, mempunyai Nabi yang satu, Kitab yang satu dan Kiblat yang satu. Maka bagaimana boleh terjadi perpecahan dan ta'sub? Kami sentiasa menegah manusia daripadanya."

Beliau sering mengungkapkan kata-kata hikmah:

"Sekiranya kamu suka kapada kaum (sufi), maka ikutilah jalan mereka; Mereka tidak sampai kepada Allah melainkan dengan memutuskan hubungan selain Allah."

"Beri'tiqad benarlah kamu, kamu akan mendapatkan keuntungan, dan masuklah kamu ke dalam kesejahteraan (agama Islam), kamu akan memperolehi keselamatan."
Kata-kata Hikmah Sayyid Ahmad Ibn Idris raSocialTwist Tell-a-Friend

Kisah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dengan Syaitan

Kisah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dengan Syaitan

Syaikh 'Abdul Qadir Al-Jailani ra. berkata, Dalam salah satu pengembaraanku, aku pernah merasa kepanasan yang hebat sampai hampir mati kehausan. Tiba-tiba awam hitam melindungiku dan angin dingin berhembus ke arahku sampai-sampai nyaris mengalir air liurku. Selanjutnya aku mendengar suara memanggilku, "Hai 'Abdul Qadir, aku adalah tuhanmu." Aku bertanya kembali, "Adakah Engkau Allah, yang tidak ada tuhan selain diri-Mu?" Lalu terdengar panggilan buat kali keduanya, "Hai 'Abdul Qadir, aku adalah tuhanmu, dan telah kuhalalkan bagimu segala apa yang kuharamkan atas dirimu." Maka aku berkata, "Pendusta! Engkau tak lain hanyalah syaitan!" Tiba-tiba awam hitam itu hilang, sementara aku mendengar suara dari belakangku, "Hai 'Abdul Qadir, engkau selamat dariku kerna ilmu fiqh dalam agama yang kau miliki. Ketahuilah bahwa aku berhasil menipu tujuh puluh orang dengan cara ini."

Kemudian ditanyakan kepada Syeikh 'Abdul Qadir Al-Jailani, "Bagaimana engkau tahu bahawa dia adalah syaitan?" Dia menjawab, "Dari perkataannya, '...telah kuhalalkan bagimu segala apa yang kuharamkan atas dirimu,' sebab sepeninggalnya Rasulullah saw tidak ada lagi penghalalan atau pengharaman."

Di samping itu, Syeikh 'Abdul Qadir mengetahui bahwa dia adalah syaitan kerana ia berkata, "Aku adalah tuhanmu," dan bukan, "Aku adalah Allah." Kata 'Rabb' bermakna luas dan dapat dipakai dalam berbagai segi, misalnya, rabb ad daar, rabb al maal. Sedangkan lafazh Jalalah adalah khusus bagi Allah yang Maha Pencipta, sehingga iblis tidak dapat berkata-kata dengan lafazh Jalalah.

Berdasarkan ini, Ibnu Taimiyyah berkata, "Tidaklah agung Syeikh 'Abdul Qadir Al Jailani kecuali karena pandangannya tentang qadar dan kisahnya dengan setan."

Kata Ibnu Taimiyyah selanjutnya, "Syaikh 'Abdul Qadir dan tokoh-tokoh syeikh semacamnya pada zaman mereka memerintahkan berdasarkan syari'at tentang perintah dan larangan, mendahulukannya daripada perasaan dan kehendak peribadi, serta merupakan syeikh yang paling agung dalam memerintahkan untuk meninggalkan hawa nafsu dan kehendak jiwa."

Kisah Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani dengan SyaitanSocialTwist Tell-a-Friend

73 Golongan 1 Masuk Syurga

Terpecahnya 73 firqah dan hanya satu yang masuk syurga:

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam, bersabda:

Artinya: "Bahwasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah (firqah) dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya masuk neraka kecuali satu". Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: "siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?" Nabi menjawab: "Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri'tiqad) sebagai peganganku (i'tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku"
[Hadits Riwayat Imam Tirmidzi]

Diantara 73 golongan (firqah-firqah) itu ada satu yang benar, iaitu golongan kaum Ahlussunnah wal Jama'ah yang selalu berpegang kepada Sunnah Nabi dan Sunnah Khalifah Rasyidin.

72 firqah yang sesat itu adalah berdasarkan pada 7 firqah ini:

1. Kaum Syiah, kaum yang berlebih-lebihan memuja Saidina 'Ali Kw. Mereka tidak mengakui Khalifah-khalifah Abu Bakar, Umar dan Utsman, Radhiyallahu'anhum.
Kaum Syi'ah kemudian berpecah menjadi 22 aliran.

2. Kaum Khawarij, iaitu kaum yang berlebih-lebihan membenci Saidina 'Ali Kw. bahkan ada di antaranya yang mengkafirkan Saidina 'Ali. Firqah ini berfatwa bahwa orang-orang yang membuat dosa besar menjadi kafir.
Kaum Khawarij kemudian berpecah menjadi 20 aliran.

3. Kaum Mu'tazilah, iaitu kaum yang berfahaman bahwa Tuhan tidak mempunyai sifat, bahwa manusia membuat pekerjaannya sendiri, bahwa Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata dalam syurga, bahwa orang yang mengerjakan dosa besar diletakkan di antara dua tempat, dan mi'raj Nabi Muhammad hanya dengan ruh sahaja, dan lain-lain.
Kaum Mu'tazilah berpecah menjadi 20 aliran.

4. Kaum Murjiah, iaitu kaum yang memfatwakan bahwa membuat maksiat tidak memberi mudarat kalau sudah beriman, sebagai keadaannya membuat kebajikan tidak memberi manfaat kalau kafir.

5. Kaum Najariyah, iaitu kaum yang memfatwakan bahwa perbuatan manusia adalah makhluk, iaitu dijadikan Tuhan tetapi mereka berpendapat bahwa sifat Tuhan tidak ada. Kaum Najariyah pecah menjadi 3 aliran.

6. Kaum Jabariyah, iaitu kaum yang memfatwakan bahwa manusia "majbur", artinya tidak berdaya apa-apa. Tidak ada usaha sama sekali, Kaum ini hanya 1 aliran.

7. Kaum Musyabbihah. iaitu kaum yang memfatwakan bahwa ada keserupaan Tuhan dengan manusia, umpamanya bertangan, berkaki, duduk di kerusi, naik tangga, turun tangga dan lain-lainnya.
Kaum ini hanya 1 aliran saja.

Jadi jumlahnya adalah 72 aliran;
Kaum syiah 22 aliran
Kaum Khawarij 20 aliran
Kaum Mu'tazilah 20 aliran
Kaum Murjiah 5 aliran
Kaum Najariah 3 aliran
Kaum Jabariah 1 aliran
Kaum Musyabihah 1 aliran

Ditambah dengan 1 aliran lagi dengan faham kaum Ahlussunnah wal Jama'ah, maka cukuplah menjadi 73 firqah, sebagai yang diterangkan oleh Nabi Muhammad Saw. dalam hadits yang diriwayatkan Imam Tirmidzi.

Adapun Kaum Qadariyah termasuk golongan kaum Mu'tazilah, kaum Bahaiyah dan Ahmadiyah Qad-yan masuk golongan kaum Syi'ah, kaum Ibnu Taimiyah masuk dalam golongan kaum Musyabbihah dan kaum Wahabi termasuk kaum pelaksana dari faham Ibnu Taimiyah.

73 Golongan 1 Masuk SyurgaSocialTwist Tell-a-Friend

Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Bin Idris

Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Bin Idris – (1757-1835) radhiAllahu 'anhu

Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dilahirkan di Maisur iaitu sebuah perkampungan di dalam daerah ‘Arayish, yang terletak di kota Fez (Morocco) pada bulan Rejab tahun 1163 H (1749-50 Masihi). Namun ada riwayat pula yang menyebut bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1172H (1757-58 Masihi).[1]

Nama penuh beliau adalah Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris ibn Muhammad ibn ‘Ali [2] ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Abdullah ibn Ibrahim ibn Umar ibn Ahmad ibn ‘Abdul Jabbar ibn Muhammad ibn Yamluh ibn Masyish ibn Abu Bakar ibn ‘Ali ibn Hurmah ibn ‘Isa ibn Salam ibn Marwan ibn Haidarah ibn Muhammad ibn Idris al-Asghar ibn Idris [3] al-Akbar  ibn ‘Abdullah al-Kamil ibn al-Hassan al-Muthanna ibn Saiyyidina Hassan al-Sibt ibn Saiyyidina ‘Ali dan Saiyyidatina Fatimah al-Zahra’ binti Habibuna Saiyyidina Muhammad Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam . Beliau merupakan ahli keluarga Syarif Hasani Idrisi [4] yang masyhur di Morocco kerana keturunan Imam Idris ibn ‘Abdullah al-Mahd [5] pernah mempunyai kerajaan dinasti di Fez (788-974).

Pada pandangan ahli sufi, Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dianggap sebagai seorang wali yang telah mencapai maqam Qutub iaitu martabat yang tertinggi dalam pimpinan kaum sufi dan juga dikatakan meraih maqam Sultan Salatin al-Awliya [6]. Selain daripada itu, beliau juga terkenal sebagai seorang ulama pembaharu (mujadid). Beliau telah banyak menggembara dan berdakwah di jalan Allah serta menyebarkan ajaran Tariqahnya ke merata tempat hingga ke Makkah, Madinah, Mesir, Sudan, Yaman, etc.

Beliau telah wafat pada malam Sabtu di antara waktu Maghrib dan Isya’ pada tanggal 21 Rejab. Anak muridnya Saiyyid al-Soleh Ahmad Uthman al-‘Uqaili [7] dilantik untuk memandikannya dan jenazah beliau telah disembahyangkan oleh al-‘Allamah al-Wali Saiyyid Yahya ibn Muhsin al-Ni’ami al-Hasani radhiAllahu 'anhu [8] . Beliau dikebumikan pada pagi itu, 21 Rejab 1837 Masihi (1253 H)[9] di Sabya. Kota Sabya yang pada masa itu berada di Tanah Yaman, namun sekarang adalah di bawah kuasa Kerajaan Saudi.

*************************************

[1] Kedua-dua tarikh telah disebut oleh Tuan Shaykh Salih al-Ja’afari radhiAllahu 'anhu. A’tar azhar aghsan hazirat al-taqdis fi karamat al-alim … al-sayyid Ahmad b Idris radhiAllahu 'anhu (Cairo, 1394/1974), ms 55 dan 34. Namun, tarikh 1163H dimenangkan oleh keturunan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu di Omdurman (Sudan); interview, Shaykh Idris b Muhammad b ‘Abd al-‘Aal / oleh Ali Salih Karrar, May 1977.

[2] Nasab hingga ke ‘Ali ibn Ahmad termaktub oleh Hamdan Hassan, Tarekat Ahmadiyah Di Malaysia Suatu Analisis Secara Ilmiah, (1990) cetakan Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 24

[3] Nasab yang berkait dari ‘Ali ibn Ahmad ke Idris al-Akbar, sila rujuk Tuan Shaykh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Sayyid Ahmad ibn Idris al-Hasani, (2007) radhiAllahu 'anhu terbitan SOFA Production, ms 2. Selanjutnya nasab daripada Imam Idris ke Hasan al-Sibt termaktub oleh Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu, 1354H/1935M. Majmuk, al-Ahmadiyah Press, Singapura, (Jawi), ms 16. Juga lihat Pauzi Haji Awang, Tariqah Ahmadiyyah History and Development, 2001, cetakan Persatuan Ulama Malaysia, dalam bahasa Inggeris ms 39.

[4] J.S. Trimingham, The Sufi Orders in Islam, (Oxford At The Clarendon Press, 1971), dalam bahasa Inggeris ms 114

[5] Khairudin al-Zurkaly, (Beirut :1969) al-‘Alam, Jilid 1, Cetakan ke-III, hlm 90

[6] Ahmad bin Idris, (tanpa tarikh), al-Ahzab al-Irfaniyah al-Awrad. ms 1

[7] Muhammad al Yamani, Risalah al Aurad al Idrisiyyah, ms 78-79

[8] Ibid

[9] The Encyclopedia of Islam, vol I, (1960) ms 177

Tuan Shaykh Sayyid Ahmad Bin IdrisSocialTwist Tell-a-Friend

SEJARAH TARIQAH AHMADIAH IDRISIAH

SEJARAH TARIQAH AHMADIAH IDRISIAH

Al-Tariqah al-Idrisiah adalah sebuah Tariqah yang muncul dan berpusat di Asir,(Arab Saudi) pada abad ke-19 M. Ia didirikan oleh Syarif Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris 'Ali al-Mashishi al-Yamlakhi al-Hasmi radhiAllahu 'anhu.

Semenjak kecil lagi Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dididik dalam suasana yang penuh dengan kezuhudan dan keilmuan dan telah berguru dengan beberapa ulama dan ahli sufi yang termasyhur di zamannya. Melihat pada latar belakang pendidikan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu, ternyata beliau mempunyai sanad yang merangkumi semua bidang ilmu terutama hadith, tafsir, fiqh (4 mazhab) dan tasawwuf. Sekiranya kita meneliti rantaian sanad yang diperolehi oleh ulama’ dunia seperti al-Muhaddith Tuan Shaykh Yasin al-Fadani radhiAllahu 'anhu, Tuan Shaykh Sayyid Abbas ibn Abdul Aziz al-Maliki radhiAllahu 'anhu, al-Muhaddith Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ibn ‘Alwi al-Maliki radhiAllahu 'anhu dan ulama-ulama lain, kita akan mendapati nama Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu tertera di dalam rijal sanad mereka. Juga, beliau masyhur meriwayatkan hadith Musalsal dan mempunyai sanad ‘Aali [1] misalnya sanad periwayatan di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu dan Imam al Bukhari radhiAllahu 'anhu hanya mempunyai 9 perantaraan.

Selain daripada mempelajari al-Quran, Hadiths, ilmu Tafsir, Aqidah dan Fikh, beliau telah mempelajari ilmu tasawuf sampai mendapat ijazah untuk mengajar ilmunya dari seorang sufi pimpinan Tariqah Khidriah, yakni Tuan Shaykh Sayyid Abu Al-Mawahib Abdul Wahhab at-Tazi radhiAllahu 'anhu. Gurunya yang lain dalam bidang tasawuf adalah Tuan Shaykh Abdul Qosim Al-Wazir radhiAllahu 'anhu(Tariqah Syaziliah) dan Shaykh Hasan Al-Qina’i (Tariqah Khalwatiah) radhiAllahu 'anhu.[2]

Di sini nampaknya beliau mendalami dan mengajarkan bermacam Tariqah lainnya. Beliau telah menerima beberapa tariqah seperti Tariqah Naqshabandiah, Qadiriah, dan lain-lain lagi.[3]

Juga, diriwayatkan oleh Tuan Shaykh Muhammad bin Ali as-Sanusi radhiAllahu 'anhu bahawa sewaktu dia belajar daripada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu, beliau telah mengajarinya selain Tariqah Khidiriah juga Tariqah lain seperti Nasiriah, Naqsyabandiah, Uwaysiah, Suhrawardiah, Shadziliah, Hatimiyazamqiah dan Qadariah, sehingga Tuan Shaykh Muhammad As-SanusiradhiAllahu 'anhu menganggapnya "Qutb". [4]

Yusuf bin Ismail al-Nabhani pengarang kitab Jami' Karamat al-Auliya, menggambarkan Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu sebagai orang yang berhasil menghimpun dan menguasai ilmu zahir (syari'ah) dan ilmu batin (tasawuf); memiliki kemasyhuran dalam ilmu al-Quran dan Hadiths, suatu ilmu yang diperoleh melalui Kasyf.

Al-‘Arif billah Tuan Shaykh Sayyid Muhammad al-Sanusi radhiAllahu 'anhu menamakan tariqah ini dengan al-Tariqah al-Muhammadiah. Beliau berkata, “Aku meriwayatkan al-Tariqah al-Muhammadiah ini dari pelbagai sanad. Sanad tertinggi yang kami ambil ialah daripada syeikh kami Qutb al-‘Arifin Imam al-Muhaqqiqin Maulana Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu…”[5]

Dari sudut keistimewaannya, ia merupakan tariqah yang dinisbahkan kepada Nabi shallAllahu 'alaihi wasallam Semua perkara yang terkandung di dalam tariqah ini, merupakan ambilan dan cedokan daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam dan Sunnahnya.

Sementara Shaykh kami, Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu pula menamakan tariqah ini dengan Ahmadiah, sempena dirinya sendiri – semoga Allah menyucikan rohaninya – kerana Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam mengkhususkan tariqah tersebut kepada beliau dengan zikir yang lengkap, doa yang penuh rintihan dan sumber yang banyak.[6]

Beliau mendapat ajaran Tariqahnya sendiri langsung daripada Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam [7]. Dalam pertemuan suri  di antara Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu dengan Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam itu, Nabi Allah Khidr 'alaihis salam hadir sama. Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam telah mengarahkan Saiyidina Khidr 'alaihis salam supaya mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu akan ayat-ayat dzikir Tariqah Syaziliyah. Kemudian, Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam menyuruh Nabi Khidr 'alaihis salam mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu akan dzikir, selawat dan istighfar yang terbesar dan terafdhol sekali. Maka Nabi Allah Khidr 'alaihis salam mengajar Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu lafaz Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir. [8] Dalam pertemuan itu juga, Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam menerangkan kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu sudut keutamaan dan rahsia-rahsia Tahlil Khusus, Selawat Azimiah dan Istighfar Kabir tadi. Selepas itu Baginda shallAllahu 'alaihi wasallam mentalqinkan dzikir itu kepada Tuan Shaykh Sayyid Ahmad radhiAllahu 'anhu tanpa perantaraan. [9]

Maka lahirlah sebuah tariqah yang agung yang dipimpin dan disebarkan oleh al-Qutb al-Muhaqiqqin Tuan Shaykh Sayyid Ahmad ibn Idris radhiAllahu 'anhu ini.

****************************************

[1] Ulama berbangga apabila mendapat sanad daripadanya misal Sayyid Muhammad Ali as Sanusi, Mufti Zabid Yaman Shaykh Abdur Rahman ibn Sulaiman al Ahdali, Qadhi Hassan ‘Akish. Imam Muhammad bin Ali Syaukani memberi pengiktirafan sedemikian sebagaimana termaktub oleh Shaykh Soleh Al Ja’afari, al-Muntaqa al-Nafis fiManaqib Qutb Dairah al-Taqdis Sayyidi Ahmad ibn Idris, ms 27

[2] Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu, 1354H/1935M. Majmuk, al-Ahmadiyah Press, Singapura, (Jawi), ms 13

[3] Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu, (tanpa tarikh). Faraid al-Ma’thir al-Marwiyah li al Tariqah al-Ahmadiyah al-Rashidiyah al-Dandarawiyah, dicetak oleh Sungai Ujung Press dalam tulisan Jawi, pada Fasal Keempat ms 34

[4] Knut S. Vikor, Sufi and Scholar, hal. 120.

[5] Al-Sayyid Muhammad ibn Ali al-Sanusi al-Khattabi al-Hasani. Kitab Al-Manhal al-Rawiy al-Ra’iq fi Asanid al-‘Ulum wa Usul al-Tara’iq

[6] Al-Shaykh Al-Sayyid Ibnu Idris. Kitab Al-Raksu wal Ghanaa’ was Sima’ ‘indal Thoriqatul Shufiyyah (Tarian, Nyanyian & al-Sima’ dalam Tariqah Tasawwuf, cetakan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, ms 5

[7] Hadhihi Turjumah Sidi Ahmad, (Egypt : Dar al-Kutub al-‘Arabiyyah, tanpa tarikh) ms 2-4

[8] Ibid.

[9] Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu. Faraid al-Ma’thir al-Marwiyah li al Tariqah al-Ahmadiyah al-Rasyidiyah al-Dandarawiyah, dalam tulisan Jawi, ms 37

SEJARAH TARIQAH AHMADIAH IDRISIAHSocialTwist Tell-a-Friend

Tariqah Ahmadiah Idrisiah

Tariqah Ahmadiah Idrisiah

Tariqah Ahmadiah Idrisiah diasaskan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu di awal kurun 19 (1835). Kemudian ia diperlengkapkan oleh pengasas keduanya Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyid radhiAllahu 'anhu (1872) dan pengasas ketiganya Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu(1907).

Dari tarikh kemunculan tuan guru di atas, maka jelaslah bahawa Tariqah Ahmadiah merupakan tariqah yang baru usianya.

Namun begitu, ia adalah di antara tariqah yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai di seluruh dunia.

Ada beberapa keistimewaan Tariqah Ahmadiah yang menyebabkan ia mendapat sambutan dan ramai pengikut, di antaranya ialah :

* Tariqah Ahmadiah diasaskan oleh 3 orang wali yang mencapai darjat Qutb yang telah bertemu dengan Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam secara suri dan menerima sendiri ajaran tariqah ini dari Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam.

* Ia mempunyai tiga wirid yang besar dan banyak kelebihannya, iaitu Tahlil Khusus, Selawat Azamiah, Istighfar Kabir.

* Tidak ada syarat-syarat tertentu yang agak berat dilaksanakan untuk menjadi ahli tariqah ini, seperti berkhalwat atau berpuasa, atau mengetahui fardhu 'ain dan 'aqaidul iman. Memadailah dengan Islam dan beriman sahaja.

* Orang yang beramal dengan Tariqah Ahmadiah ini terselamat dari gangguan syaitan ketika berada dalam sakaratul maut.

(Petikan dari kitab Faraidul Maatsaral Marwiah karangan oleh al-Marhum Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa'id radhiAllahu 'anhu, selesai dikarang pada tahun 1935 Masihi setelah mendapati betapa besarnya minat masyarakat Islam Negeri Sembilan ketika itu terhadap Tariqah Ahmadiah. Kemuncaknya ialah apabila khalifah Tariqah Ahmadiah ketika itu al-Marhum Tuan Shaykh Abdullah bin Shaykh Al Hajj Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu (Khalifah kedua yang menyusuli kepimpinan Tariqah Ahmadiah setelah wafat bapanya Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu. Beliau pula telah wafat pada tahun 1957 masihi), dipanggil ke istana oleh al-Marhum Tengku Besar Burhanuddin untuk memberi penerangan mengenai kebenaran perjalanan Tariqah Ahmadiah.

Pengarang adalah anak kepada pembawa tariqah ini ke Asia Tenggara yang juga khalifahnya yang pertama di rantau ini iaitu Tuan Shaykh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin radhiAllahu 'anhu - wafat 1926)

Tariqah Ahmadiah IdrisiahSocialTwist Tell-a-Friend

SUHBAH - Berguru/Mendampingi Guru

Adapun suhbah (berguru/mendamping) dengan golongan `arifin al-akhyar (yaitu syeikhmu) maka yang dikehendaki dengannya ialah menyerahkan kehendak diri kepada mereka (engkau tak punya kehendak peribadi dan menyerahkan kepada  kehendak  mereka)  serta  suhbah  dan  berkhidmat kepada mereka kerana ALLAH. Inilah dia intipati rahsia,paksi dan  roh dalam jalan  tareqat.  Bermula  makrifat  itu bukanlah dapat dengan uzlah, sesungguhnya makrifat itu terhasil dengan suhbah.

Adapun usaha bersungguh-sungguh dalam mengerjakan ketaatan dan zikir maka yang dikehendaki dengannya ialah jangan berlalu pada diri si murid barang sedetik waktu pun melainkan ia dalam ketaatan kepada ALLAH.
Inilah dia maksud dari jalan tareqat dan yang paling penting di sisi ahli tahqiq. Setiap detik berlalu ke atas seorang faqir (murid lelaki dan wanita) yang tidak diisi dengan zikrullah adalah menjadi kekesalan dan penyesalan kepadanya.
Maka waktu-waktu seorang faqir (kembara penuju ALLAH dan yang menempuh jalan kepada Robbana) -jelasnya selain waktu kerja, tugas dan kesibukannya- adalah sekitar zikir, muzakarah, berfikir dan merenung. Barangsiapa yang kosong waktunya dari perkara perkara ini maka dia berada dalam pengangguran dan kekenduran (putus hubungan), tiada apa yang diperolehinya dari jalan tareqat melainkan namanya lagi dia tidak merasa apa-apa zauq kewalian, dia tidak mendapati manis imannya lagi tak beroleh faham dari ilmunya.  

Siapa saja yang beramal dengan apa yang kami bentangkan ini Insya ALLAH akan mencapai makrifat terbesar kerana apa yang kami sampaikan tadi merupakan isi dari buah syariat yang suci. Maka hendaklah kalian berakhlak dengan apa yang telah kami sebutkan. Ia merupakan kewajiban yang tidak boleh tidak. 

Untuk melaksanakannya mintalah tolong kepada ALLAH. Sesungguhnya kamu tak lama lagi akan mencapai satu maqam di mana kamu mengambil ilmu dari ALLAH, akan hilang darimu sifat-sifat kebiasaan manusia dan hidup dalam dirimu sifat-sifat  rohani.  Dengan  hidupnya  sifat-sifat  rohani  dalam dirimu  engkau  akan  sampai  ke  hadrat  nan  kudus  dan  suatu apa pun tidak menghijabmu darinya. Di situ jadilah ghaib dan syahadah (nyata) padamu sama. Kerana di situ engkau sudah bersama ALLAH dan telah masuk ke negeri kejujuran dalam `ubudiyyah kepada  ALLAH yang  Maha  Esa lagi maha Perkasa. 

Barangsiapa yang tidak menjalani suluk (didikan) seperti yang  kami  sebutkan  ini  nescaya  rohaninya  dikalahkan  oleh kebiasaan manusiawinya lalu butalah mata hatinya dan terhijablah jiwanya  oleh  segala  alam  buana  dari  yang  Maha Pencipta lalu rugilah urusannya dan tersia-sialah hidupnya.
Maka hendaklah kamu berzikir mengingati ALLAH, yang demikian itu merupakan kewajiban yang tidak boleh tidak. Tetaplah kamu teguh di pintu ALLAH. Hendaklah kamu berhimpun untuk sama-sama zikrullah dan hendaklah kamu saling berhubung dan saling ziarah menziarahi. 

Ketahuilah bahawa pekerjaanmu dalam jalan tareqat ini dinilai besar oleh ALLAH dan kedudukanmu adalah tinggi. Pastinya ALLAH akan memperbaharui urusan agama ini denganmu. Maka hendaklah kamu tetap teguh, yang demikian itu adalah kemestian yang tak boleh tidak. Insya ALLAH, Insya ALLAH, Insya ALLAH. 

Lagi  hendaklah  kamu tahqiq  bahawa jika  kamu beramal dengan apa yang kami nyatakan ini nescaya ALLAH akan memimpin tanganmu sekarang, nescaya kamu kembara menuju ALLAH dengan zahir dan batinmu, nescaya kamu mencapai apa yang telah dicapai oleh para rijal yang mendahuluimu. Cubalah sendiri kerana dengan pengalaman sendiri tersingkap bagimu  segala hakikat dan terzahir  apa  yang  sembunyi pada jalan  tareqat.
Dan hendaklah kalian menghubungi dan berhubung dengan  kami  (syeikhmu)  selagi  kami masih  hidup. Dengan  itu akan tetaplah perjalananmu lagi akan sempurnalah urusanmu. 

Semoga ALLAH Taala membela kami dan dirimu, semoga ALLAH menjaga dan menaungimu. Akhir kata: 

1.  Hendaklah engkau musafir meninggalkan sombong dan golongan penyombong, juga zalim dan para penzalim.
2.  Hendaklah engkau benci ujub, benci mereka yang ujub dengan diri mereka dan mereka yang redho dengan nafsu mereka.
3.  Tinggalkanlah  sikap  mementingkan  diri  sendiri, tinggalkanlah mereka  yang bodoh dan orang-orang jahil.
4.  Larilah dari hasad dan para penghasad.
5.  Tanggalkanlah sifat  marah,  berang dan bertengkar dari dirimu.
6.  Janganlah engkau bersikap meluat dan dendam.
7.  Janganlah engkau menjadi pembuat makar, tipu daya dan licik kehidupan.
SUHBAH - Berguru/Mendampingi GuruSocialTwist Tell-a-Friend

Tujuan Tarekat

~ Tujuan Tarekat ~ 

Tarekat menurut  para ahli tasawuf bertujuan  untuk mencari  keredhaan Allah  SWT, melalui latihan jiwa (riyadhah) dan berjuang  melawan hawa  nafsu (mujahadah)  dan  membersihkan diri dari sifat yang tercela.

Berkenaan dengan tujuan  tarekat ini, Abu Bakar Aceh mengatakan bahwa tujuan  daripada tarekat itu ialah mempertingkatkan iman dalam hati pengikut-pengikutnya, demikian rupa sehingga tidak ada yang lebih indah dan dicintai selain daripada Tuhan, dan kecintaan itu melupakan dirinya dan dunia ini seluruhnya.

Dalam perjalanan kepada tujuan itu,  manusia harus :

1. Ikhlas (bersih segala amal dan niatnya)

2. Muraqabah (merasa diri selalu diawasi Tuhan dalam segala gerak-gerinya)

3. Muhasabah (memperhitungkan betapa rugi amalnya, agar sentiasa dapat memperbaiki kebajikannya)

4. Tajarrud (melepaskan segala ikatan apapun jua yang akan merintangi dirinya menuju Allah)

5. Isyq (rindu yang tidak terbatas terhadap Tuhan)

6. Hubb (kecintaan kepada Tuhan itu melebihi dirinya dan segala alam yang ada di sekitarnya).

Pada hakikatnya tujuan utama tarekat  ini tidak  lain  adalah  agar  seorang hamba dapat mengenal Allah atau  ma’rifat billah  dan selalu dekat  dengan  Allah.

Dalam ajaran  Islam,  Tuhan  memang  dekat sekali dengan  manusia, sebagaimana dalam surah al-Baqarah ayat 186 :
“Dan apabila hamba-hamba-Ku  bertanya  kepadamu  tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya  Aku adalah dekat. Aku  mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku  dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar  mereka  selalu  berada  dalam kebenaran”.

Dalam  rangka  mengenal  sedekat-dekatnya  dengan Tuhan itu,  menurut para Sufi, manusia harus berusaha mengenal dirinya.  Dengan  mengenal dirinya itulah maka  ia  akan  mengenal  Tuhannya. 

Jadi dengan menempuh tarekat,  menurut Nurcholis Madjid  bererti kita menempuh jalan yang benar  secara mantap dan konsisten. Orang yang demikian dijanjikan Tuhan akan memperoleh kurnia hidup  bahagia yang tiada terkira.

Hidup bahagia itu ialah hidup sejati, yang dalam  ayat  suci diumpamakan dengan air yang melimpah  ruah. Dalam kesufian, air kurniaan illahi itu disebut “air  kehidupan”. Inilah  yang secara simbolik  dicari  oleh para pengamal  tarekat, yang wujud sebenarnya  tidak  lain ialah “pertemuan” dengan tuhan dengan redhaNya.

"Maka selain dari Allah, ianya merupakan hijab buat manusia". Wallahu a'lam.

Tujuan TarekatSocialTwist Tell-a-Friend

Hadits tentang munculnya wahabi

 حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ أَبِي نُعْمٍ أَوْ أَبِي نُعْمٍ شَكَّ قَبِيصَةُ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ بُعِثَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذُهَيْبَةٍ فَقَسَمَهَا بَيْنَ أَرْبَعَةٍ و حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ أَبِي نُعْمٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ بَعَثَ عَلِيٌّ وَهُوَ بِالْيَمَنِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذُهَيْبَةٍ فِي تُرْبَتِهَا فَقَسَمَهَا بَيْنَ الْأَقْرَعِ بْنِ حَابِسٍ الْحَنْظَلِيِّ ثُمَّ أَحَدِ بَنِي مُجَاشِعٍ وَبَيْنَ عُيَيْنَةَ بْنِ بَدْرٍ الْفَزَارِيِّ وَبَيْنَ عَلْقَمَةَ بْنِ عُلَاثَةَ الْعَامِرِيِّ ثُمَّ أَحَدِ بَنِي كِلَابٍ وَبَيْنَ زَيْدِ الْخَيْلِ الطَّائِيِّ ثُمَّ أَحَدِ بَنِي نَبْهَانَ فَتَغَيَّظَتْ قُرَيْشٌ وَالْأَنْصَارُ فَقَالُوا يُعْطِيهِ صَنَادِيدَ أَهْلِ نَجْدٍ وَيَدَعُنَا قَالَ إِنَّمَا أَتَأَلَّفُهُمْ فَأَقْبَلَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ نَاتِئُ الْجَبِينِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ اتَّقِ اللَّهَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَنْ يُطِيعُ اللَّهَ إِذَا عَصَيْتُهُ فَيَأْمَنُنِي عَلَى أَهْلِ الْأَرْضِ وَلَا تَأْمَنُونِي فَسَأَلَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ قَتْلَهُ أُرَاهُ خَالِدَ بْنَ الْوَلِيدِ فَمَنَعَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنْ الرَّمِيَّةِ يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ لَئِنْ أَدْرَكْتُهُمْ لَأَقْتُلَنَّهُمْ قَتْلَ عَادٍ

Telah menceritakan kepada kami Qabishah telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Ayahnya dari Ibn Abu Nu'm – atau Abu Nu'm, Qabishah masih ragu antara keduanya- dari Abu Sa'id Al Khudzri berkata, "Beberapa potongan emas didatangkan kepada nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lantas beliau membaginya di antara empat orang." Dan telah menceritakan kepadaku Ishaq bin Nashr telah menceritakan kepada kami 'Abdurrazaq telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Ayahnya dari Ibn Abu Nu'm dari Abu Sa'id Al Khudzri berkata, "Ali, yang ketika itu di Yaman mengirimkan beberapa potongan emas yang masih dengan tanahnya kepada nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lantas beliau membagi-bagikannya antara Al aqra' bin Habis Al Hanzhali, lalu salah seorang Bani Majasyi', lalu 'Uyainah bin Badar Al Fazari, Alqamah bin 'Al Atsah Al 'Amiri, kemudian seorang Bani Kilab dan Zaid Al Khail Ath Thai, kemudian salah seorang Bani Nabhan. Maka beberapa orang qurasy dan Anshar pun marah, mereka berkata, 'Nabi berikan emas itu kepada pemuka-pemuka penduduk Nejed dan ia meninggalkan kita-kita'. Nabi terus berkata: 'Hanyasanya aku beri mereka untuk menjinakkan hati mereka.' Kemudian datanglah seseorang yang kedua matanya menjorok ke dalam, dahinya menjorok keluar, jenggotnya lebat, dua keningnya menjorok keluar dan berkepala gundul, orang itu kemudian berkata, 'Hai Muhammad, bertakwalah kepada Allah (maksudnya bertindaklah hati-hati dan adil)! ' Spontan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Siapa lagi yang menaati Allah jika aku membangkang-Nya, sesungguhnya Allah telah memberiku kepercayaan untuk memimpin penduduk bumi sedang kalian tidak percaya kepadaku." Lantas ada seorang sahabat yang meminta beliau untuk membunuh orang itu, dan seingatku orang sahabat itu adalah Khalid bin Al Walid, namun nabi mencegahnya. Tatkala orang itu pergi nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Diantara keturunan orang ini ada suatu kaum yang membaca al quran yang tidak melebihi tenggorokan mereka (membaca alquran tidak meresap dalam hati), mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya, mereka membantai pemeluk Islam dan membiarkan pemuja patung-patung, kalaulah aku temui mereka, niscaya aku bunuh mereka sebagaimana pembunuhan terhadap kaum 'Ad." (HR.Bukhari : no.6880/7008)

Hadits tentang munculnya wahabi

(Habib Munzir)

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
Cahaya Rahmat Nya swt semoga selalu menerangi hari hari anda dengan kebahagiaan,

Saudaraku yg kumuliakan,

ketika Rasul saw sedang membagi bagi harta maka datanglah seorang pria yg membelalak kedua matanya, lebat cambangnya, berkepala sulah (gundul), berkata : Takwa kepada Allah wahai Muhamad..!, maka Rasul saw bersabda : "Siapa yg takwa kepada Allah jika aku bermakdsiat..?, apakah ALlah membuatku mengamankan bumi dg kebangkitanku dan kalian tak menganggapku amanah?.
maka berkata Khalid bin walid : izinkan aku menebas lehernya wahai Rasulullah.., namun Rasul saw melarangnya, lalu berkata : Sungguh akan keluar dari keturunan orang ini suatu kaum yg mempelajari Alqur’an namun tidak melebihi tenggorokannya (hanya dilidah dan tidak menjiwainya), mereka semakin jauh dari agama sebagaimana menjauhnya panah dari busurnya., mereka memerangi orang islam, dan membiarkan para penyembah berhala, kalau aku menjumpai mereka akan kuperangi sebagaimana diperanginya kaum Aad. (Shahih Bukhari)

terdapat banyak hadits semakna riwayat shahih Bukhari dan shahih Muslim.

jelas sudah, kaum wahabi mengatakan Rasul saw adalah manusia biasa, mereka tak mahu memuliakan Rasul saw, sebagaimana ucapan orang tsb yg menghardik Rasul untuk agar adil, karena ia menganggap Rasul adalah sama dengannya, manusia biasa, tak perlu dimuliakan.
dan mereka kaum wahabi memerangi muslimin yg ziarah, tawassul, maulid, tarawih, dll, dan mereka tak pernah memerangi orang hindu atau budha atau yg menyembah berhala.
mengenai Hizbuttahrir dan ikhwanulmuslimin saya tak menemukan rujukan akidah mereka.

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,

Wallahu a’lam
Hadits tentang munculnya wahabiSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.