Tariqah Ahmadiah Idrisiah
Tariqah Ahmadiah Idrisiah diasaskan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris radhiAllahu 'anhu di awal kurun 19 (1835). Kemudian ia diperlengkapkan oleh pengasas keduanya Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyid radhiAllahu 'anhu (1872) dan pengasas ketiganya Tuan Shaykh Sayyid Muhammad ad-Dandarawi radhiAllahu 'anhu(1907).
Dari tarikh kemunculan tuan guru di atas, maka jelaslah bahawa Tariqah Ahmadiah merupakan tariqah yang baru usianya.
Namun begitu, ia adalah di antara tariqah yang mempunyai bilangan pengikut yang ramai di seluruh dunia.
Ada beberapa keistimewaan Tariqah Ahmadiah yang menyebabkan ia mendapat sambutan dan ramai pengikut, di antaranya ialah :
* Tariqah Ahmadiah diasaskan oleh 3 orang wali yang mencapai darjat Qutb yang telah bertemu dengan Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam secara suri dan menerima sendiri ajaran tariqah ini dari Baginda sallAllahu 'alaihi wasallam.
* Ia mempunyai tiga wirid yang besar dan banyak kelebihannya, iaitu Tahlil Khusus, Selawat Azamiah, Istighfar Kabir.
* Tidak ada syarat-syarat tertentu yang agak berat dilaksanakan untuk menjadi ahli tariqah ini, seperti berkhalwat atau berpuasa, atau mengetahui fardhu 'ain dan 'aqaidul iman. Memadailah dengan Islam dan beriman sahaja.
* Orang yang beramal dengan Tariqah Ahmadiah ini terselamat dari gangguan syaitan ketika berada dalam sakaratul maut.
(Petikan dari kitab Faraidul Maatsaral Marwiah karangan oleh al-Marhum Tuan Shaykh Ahmad bin Muhammad Sa'id radhiAllahu 'anhu, selesai dikarang pada tahun 1935 Masihi setelah mendapati betapa besarnya minat masyarakat Islam Negeri Sembilan ketika itu terhadap Tariqah Ahmadiah. Kemuncaknya ialah apabila khalifah Tariqah Ahmadiah ketika itu al-Marhum Tuan Shaykh Abdullah bin Shaykh Al Hajj Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu (Khalifah kedua yang menyusuli kepimpinan Tariqah Ahmadiah setelah wafat bapanya Tuan Shaykh Muhammad Sa’id radhiAllahu 'anhu. Beliau pula telah wafat pada tahun 1957 masihi), dipanggil ke istana oleh al-Marhum Tengku Besar Burhanuddin untuk memberi penerangan mengenai kebenaran perjalanan Tariqah Ahmadiah.
Pengarang adalah anak kepada pembawa tariqah ini ke Asia Tenggara yang juga khalifahnya yang pertama di rantau ini iaitu Tuan Shaykh Muhammad Sa'id bin Jamaluddin radhiAllahu 'anhu - wafat 1926)
0 comments:
Post a Comment