Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi: SOLAT TASBIH


Search This Blog

SOLAT TASBIH

.
Solat Tasbih merupakan amalan yang digalakkan bagi seseorang salik. Hendaklah dilakukannya mengikut kelapangan dan kemampuan. Waktu yang paling afdhal mengerjakannya ialah pada malam Jumaat atau hari Jumaat atau pada bulan Ramadhan dan pada musim-musim yang baik.

Dalam hadith, ada menyebut: "Hendaklah dilakukan (solat tasbih) sama ada seminggu sekali, sebulan sekali atau setahun sekali atau pun sekali dalam seumur hidup."

Secara ringkas cara melakukan solat tasbih adalah seperti berikut:

Sekiranya dilakukan pada waktu siang, maka hendaklah dilakukan sebanyak 4 rakaat sekali gus dengan satu salam. Lafaz niatnya ialah:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala."

Sekiranya dilakukan pada waktu malam, maka hendaklah dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam. Lafaz niatnya ialah:

أُصَلِّيْ سُنَّةَ التَّسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala."


# Pada rakaat pertama, setelah membaca surah al-Fatihah dan surah yang dikehendaki, baca tasbih di bawah sebanyak 15 kali sebelum ruku':

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّـهِ، وَلَا إِلَـهَ إِلَّا اللهُ، وَ اللهُ أَكْبَرُ

"Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar."

# Ruku' dan setelah membaca bacaan tasbih ruku', baca tasbih di atas sebanyak 10 kali.

# I'tidal dan setelah membaca tahmid i'tidal baca tasbih di atas 10 kali.

# Sujud dan setelah selesai membaca tasbih sujud, baca tasbih di atas 10 kali.

# Duduk di antara dua sujud dan setelah selesai bacaan ketika duduk di antara dua sujud, baca tasbih di atas
10 kali.

# Sujud kedua dan setelah selesai membaca tasbih sujud baca tasbih di atas 10 kali.

# Semasa bangun dari sujud kedua duduk sebentar sebelum berdiri dan membaca tasbih di atas 10 kali.

Seluruh tasbih yang dibaca pada rakaat pertama sebanyak 75 kali dan apabila didarabkan dengan 4 rakaat, maka semuanya menjadi 300 kali.

# Setiap kali ketika duduk tahyat akhir sebelum membaca tahyat hendaklah membaca tasbih di atas 10 kali.

#Setelah selesai tahyat, beri salam. Lakukan cara yang sama pada rakaat berikutnya.

# Sekiranya terlupa membaca tasbih di satu-satu tempat, bolehlah diganti pada tempat yang berikutnya hingga bacaan tasbih menjadi 300.

Di dalam riwayat Tabrani mengatakan: "Sekiranya dosa kamu seperti buih-buih di lautan atau pasir-pasir, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu itu."

Abdul Aziz ibn Abu Daud berkata: Sesiapa yang inginkan syurga, maka hendaklah mengerjakan solat tasbih.

Abu Uthman al Khairi al Zahid berkata: "Aku tidak pernah melihat perkara yang lebih berat dan lebih susah seperti sembahyang tasbih."
SOLAT TASBIHSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.