Ahmad Rifaie Al Ahmadi Idrisi


Search This Blog

Mati Yang Empat Perkara

Mati Yang Empat Perkara.

1. MATI TABI’I

Yaitu mati panca indra yang lima, seluruh anggota tubuhnya secara lahir dan batin telah membaca Allah Allah dan suara alam ini seolah berzikir dan terdengar membaca kalimat Allah Allah, berzikir dengan sendirinya, hingga yang tinggal hanyalah rasa rindu terhadap Allah. Orang yang telah merasakan mati Tabi’i itulah orang yang telah sampai dengan Rahmat Allah pada maqam tajalli Af’alullah (nyata perbuatan Allah SWT

2. MATI MAKNAWI

Yaitu merasakan dirinya lahir dan batin telah hilang dan seluruh alam ini telah lenyap semuanya, yang ada hanyalah kalimat Allah Allah semata-mata dimanapun ia memandang, kalimat Allah yang ditulis dengan Nur Muhammad.

Orang yang telah merasakan mati maknawi itulah orang yang telah sampai dengan rahmat Allah pada maqam Asma Allah SWT, atau biasa disebut maqam Tajalli Asma (nyata nama Allah SWT), nama dengan yang punya nama tidak terpisahkan sedikitpun. ”Dengan nama Allah SWT, yang tidak memberi mudarat/binasa dilangit dan dibumi dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui”.

3. MATI SURI

Yaitu didalam perasaan orang itu telah lenyap segala warna-warni, yang ada hanya Nur semata-mata, yakni Nurullah, Nur Dzatullah, Nur Sifatullah, Nur Asma Allah, Nur Af’alullah, Nur Muhammad, Nur Baginda Rosulullah saw, Nur Samawi, Nur ‘Ala Nur.

Inilah orang yang telah diberi pelita oleh Allah untuk meluruskan jalannya

Orang yang telah merasakan mati suri itulah orang yang telah sampai dengan rahmat Allah pada makam Tajalli Sifattullah (Nyata Sifat Allah).

4. MATI HISI

Yaitu dalam perasaannya telah lenyap kalimat Allah, dan telah lenyap pula seluruh alam ini secara lahir dan batin, dan telah lenyap pula nur yang tadinya terang benderang, yang ada dan dirasakannya adalah Dzat Allah SWT, bahkan dirinya sendiripun dirasakannya hilang musnah, ia telah dibunuh Allah SWT. dan dialah sebagai gantinya, sebagaimana firman Allah SWT didalam Hadist Qudsi:

“Bahwasanya hamba-Ku, apabila AKU telah kasihi, AKU bunuh ia, lalu apabila telah AKU bunuh, maka AKUlah sebagai gantinya”

Maka langkahnya seolah-olah langkah Allah

Pendengarannya, pendengaran Allah

Penglihatannya, penglihatan Allah

Geraknya, kehendak Allah

Perbuatannya, perbuatan Allah

Orang yang telah mendapat mati hisi, ia akan melihat Allah SWT dalam perasaannya

Surat Al-Baqarah ayat 115 :

“Timur dan barat kepunyaan Allah SWT, kemana kamu menghadap, maka disana ada wajah Allah”

Surat An-Nisa ayat 126 :

[4:126] Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah (pengetahuan) Allah Maha Meliputi segala sesuatu.

“Dialah Allah yang awal dan Dialah yang zhahir dan Dialah Allah yang batin”

Orang yang telah merasakan mati hisi, itulah orang yang telah sampai dengan Rahmat Allah SWT pada maqam Tajalli Dzat.

Mati Yang Empat PerkaraSocialTwist Tell-a-Friend

Wasiat Sayyid Ahmad ibn Idris

Berkata Sayyid Ahmad ibn Idris r.a

Hendaklah kamu mengamalkan wasiat ini, kerana nilainya lebih tinggi dan hebat daripada emas dan perak. Dengannya, kamu akan dapat mengalahkan penunggang kuda yang pantas di gelanggang perlumbaan. Bahkan, akan menyampaikan kamu dengan izin Allah kepada apa yang kamu impikan sehingga  kepada suatu  perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah terlintas di benak hati manusia. Inilah wasiatnya:

Jika kamu hendak membaca Salawat 'Azimiah atau salawat  al Ahmadiyah yang lain, hendaklah kamu membacanya dalam keadaan berwudhu', duduk berlutut sambil mengadap Kiblat, merendahkan pandangan dengan menghadapkan hati dan ruh kepada Nabi saw sambil membayangkan gambaran Baginda saw dengan pandangan yang hakiki. Dengan cara ini, akan menghapuskan hijab di antara kamu dan yang dilihat iaitu Nabi saw. Maka Baginda saw melihat kamu sebagaimana kamu melihat Baginda saw. Baginda saw mengasihi kamu sepertimana kamu mengasihi Baginda saw dan Baginda saw melimpahkan kepadamu pandangannya yang tinggi dan ruhnya yang jernih bercahaya. Lantas ruh kamu akan bergetar seperti bergetarnya dahan yang hijau apabila disirami air. Lebih-lebih lagi, jika dilakukan di tempat yang sunyi selepas solat Subuh, atau pada pertengahan malam.

Jika dizahirkan sesuatu kepada kamu, maka jangan kamu ceritakan kepada seorang pun melainkan syeikh kamu telah kamu mengambil tariqat di tangannya. Tetapi, jika kamu tidak melihat apa-apa, maka bersabarlah hingga sempurna bagi kamu perkara tersebut, darjat kamu meningkat dan kamu layak untuk menerimanya.

Firman Allah:

"Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami berikan kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Yusuf: 22)

Hendaklah kamu memelihara faedah istimewa yang bernilai tinggi ini. Lebih-lebih lagi, jika kamu berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah al Munawwarah kerana tempat itu lebih afdhal, lebih cepat terhasil dan lebih dekat dengan apa yang kamu inginkan. Rasulullah saw adalah tempat tujuan yang paling utama dan tinggi; yang akan menyampaikan kepada Musyahadah Ilahiyyah; perkara yang berada di sebalik aqal dan pancaindera manusia.

Telah diriwayatkan oleh al Bukhari daripada Anas ra, bahawa Nabi saw telah bersabda:

"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada dirinya, kedua ibu bapanya dan manusia seluruhnya."

Dengan kecintaan ini, akan mendekatkan kamu dengan pertolongan dan kehendak Allah kepada peningkatan tajalliyaat. Dengannya, kamu akan sampai kepada apa yang telah dikecapi oleh ahli Arifin, kamu akan menceduk apa yang telah diceduk oleh mereka dan kamu akan meminum apa yang telah diminum oleh mereka di dunia dan akhirat. Firman Allah saw:

"Dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci, (serta dikatakan kepada mereka), "Sesungguhnya (segala pemberian) ini untuk kamu sebagai balasan, usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)." (Al Insaan: 21-22)

Betapa aku merinduimu, wahai kekasihku, wahai Rasulullah saw!

Wahai murid! Wajib ke atas kamu sentiasa dan selama-lamanya mengkoreksi dan melihat ke dalam hatimu sejauh mana kecintaanmu terhadap Rasulullah saw, dan menimbangnya dengan neraca al Quran dan al Sunnah; adakah Baginda saw lebih kamu cintai daripada diri kamu, anak-anakmu dan kedua ibu bapamu? Adakah hati kamu merindui Baginda saw? Adakah air matamu pernah mengalir dek menanggung kerinduan terhadap Baginda saw? Adakah lidah kamu pernah memujinya kerana pujian kepadanya adalah ibadah?  Adakah kamu berusaha membanyakkan salawat dan salam ke atas Baginda saw? Adakah hati kamu suka dan redha mengikuti Sunnah Baginda saw?

Jika jawapannya, "Ya", maka bergembiralah kamu dengan dua kegembiraan di dunia dan akhirat.

Wasiat Sayyid Ahmad ibn IdrisSocialTwist Tell-a-Friend

Blog Fatwa Malaysia

Blog Fatwa Malaysia

Pandangan Mengenai Golongan
Wahabi
ISU:

Apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan golongan Wahabi? Adakah golongan yang berzikir dan berdoa secara sendiri-sendiri selepas solat itu Wahabi?

PENJELASAN:
Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab (m.1792). Dari segi mazhab , mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan
keras.

Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an.

Justeru itu,
sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka. Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.

Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi. Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.

Banyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat. Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bid’ah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.

Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang
dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membid’ahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.

Contoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘tangan dan wajah Allah’, istiwa’ dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf, ia membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.

Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al- Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah.

Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al- Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

Memandangkan Malaysia jelas mengambil pendirian sejak beratus tahun lalu bahawa aliran yang harus diikuti ialah mazhab Shafi’i dan dalam akidah aliran Ash’ari dan Maturidi dan ianya telah menghasilkan perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam, baik dalam ibadah, muamalah dan lain-lain sehingga memberi ketenangan dan keharmonian dalam masyarakat dan negara, maka aliran Wahabi adalah tidak sesuai dalam konteks kefahaman dan amalan agama di Malaysia.

Manakala mereka yang berzikir secara sendiri-sendiri selepas solat tidak semestinya dari aliran Wahabi. Namun sekiranya mereka membid’ahkan orang yang berzikir secara berjamaah selepas solat berkemungkinan besar ia dari golongan tersebut.
Wallahu A’lam.

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/pandangan-mengenai-golongan-wahabi

Blog Fatwa MalaysiaSocialTwist Tell-a-Friend

Talqin dan Bai'ah

Talqin dan Bai'ah


Talqin ialah peringatan seorang guru kepada muridnya sedangkan bai'at yang juga dinamakan ahad ialah kesanggupan dan kesetiaan seorang murid di hadapan gurunya untuk mengamalkan dan mengerjakan segala amalan dan kebajikan yang diperintahkan oleh guru.


Terdapat banyak sekali hadis yang menerangkan peristiwa Nabi ﷺ mengambil ahad pada waktu membai'at sahabat-sahabat beliau.


Diriwayatkan oleh Ahmad at Tabrani dan Syaddad ibn Aus r.a bahawa Rasulullah ﷺ pernah mentalqinkan sahabat-sahabat beliau secara berkumpulan dan juga secara perseorangan.


“Pada suatu ketika kami berada dekat Nabi ﷺ dan beliau bersabda, bermaksud: “Adakah dalam kalangan kalian orang asing, iaitu Ahli Kitab?” Kami menjawab, “Tidak ada, wahai Rasulullah ﷺ! Maka Rasulullah ﷺ menyuruh menutup pintu dan bersabda, “Angkatlah tangan-tangan kalian dan sebutlah: (لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ) Maka kami pun mengangkat tangan kami seketika dan menyebut: (لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ). Kemudian, Rasulullah ﷺ bersabda, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah mengutusku dengan kalimah ini dan menyuruhku dengannya, Engkau juga telah berjanji denganku ke atasnya (orang yang menyaksikannya) syurga dan Engkau tidak sesekali memungkiri janji.” Kemudian, Rasulullah ﷺ bersabda, “Bergembiralah kalian kerana sesungguhnya Allah telah mengampunkan kalian.”


Seterusnya Allah ﷻ berfirman:


فَا سْتَـبْشِرُوْا بِبَيْعِكُمُ الَّذِيْ بَايَعْتُمْ بِهٖ ۗ وَذٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُ


“Maka bergembiralah kamu dengan bai'atmu, yang kamu telah lakukan itu adalah kejayaan yang agung.” (QS. At-Taubah 9:111)


Tentang bai'ah perseorangan pula terdapat di dalam hadis riwayat at Tabrani dan al Bazzar yang menjelaskan cara Rasulullah ﷺ membai'atkan Saiyidina Ali r.a;


Sesungguhnya Ali Karramallahu Wajhah bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ dengan perkataan: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepada saya jalan yang paling dekat kepada Allah, paling mudah untuk hambaNya dan paling afdhal di sisi; Allah ﷻ.” Maka sabda Rasulullah ﷺ, “Wahai Ali, hendaklah kamu sentiasa berzikir mengingati Allah secara sembunyian dan terang-terangan.” Berkata Ali r.a, “Setiap manusia berzikir, tetapi saya ingin kamu mengkhususkan saya dengan sesuatu.” Bersabda Rasulullah ﷺ, “Marilah wahai Ali! Ucapan yang paling afdhal yang telah saya ucapkan dan juga nabi-nabi sebelum saya ialah: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ (Tiada Tuhan melainkan Allah). Sekiranya tujuh petala langit dan bumi berada pada satu timbangan dan kalimah لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ berada pada satu timbangan lagi, nescaya akan lebih berat dengan mereka timbangan kalimah: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ.” Kemudian, Rasulullah ﷺ, bersabda, “Wahai Ali! Tidak akan berlaku Kiamat selagi masih ada di atas muka bumi ini orang yang mengucapkan kalimah: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ.” Kemudian, berkata Ali r.a, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah caranya saya hendak berzikir?” Maka sabda Rasulullah ﷺ, “Pejamlah kedua-dua matamu dan dengar daripada saya kalimah: (لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ) sebanyak tiga kali. Kemudian, kamu sebutkannya sebanyak tiga kali dan saya pula mendengarnya.” Maka Rasulullah ﷺ pun menyebutnya dengan mengangkat suaranya sambil memejamkan kedua belah matanya. Kemudian, Ali r.a pula menyebutnya sebanyak tiga kali sambil memejamkan mata dan Rasulullah ﷺ mendengarnya.”



Talqin dan Bai'ahSocialTwist Tell-a-Friend

Usaha & Terkerasi

[Kitab Risalah Al Aqoid Wal Fawaid, Tuan Guru Haji Daud, Bukit Abal]
*
(Usaha . Terkerasi)
Perbuatan seorang itu dua bangsa, pertama, sengaja dibuat. Kedua, tidak sengaja dibuat.
Potong seorang itu dua kali potong dengan qasad hendak potong kayu pada kedua-dua kalinya itu. Kali yang pertama kena kayu sebagaimana qasadnya. Kali yang kedua kena jari menyalahi qasadnya.
Kalau orang bertanya: Kerana apa engkau potong jari? Maka dijawabnya: Aku tidak sengaja, aku tidak pisah. Aku tidak qasad. Aku tidak kehendak, hanya aku qasad hendak potong kayu, tiba-tiba terkena jari.
Maka, didapati potong kayu dan potong jari itu tidak serupa kerana potong kayu itu, ada kehendak sebab itulah mengaku ia dengan perbuatannya dan potong jari itu tidak kehendak sebab itulah tidak mengaku ia dengan perbuatannya.
Maka perbuatan yang ada kehendak itu dinamakan dia usaha dan perbuatan yang tiada kehendak itu dinamakan  terkerasi. .كسبى . اختياري جبرى اضطرارى 

Maka nyatalah daripada yang tersebut itu bahawa makna usaha itu perbuatan yang terbit dari seorang dengan kehendaknya (iradatnya).

Dan makna terkerasi itu perbuatan yang terbit daripada seorang tidak dengan kehendaknya.

Tiap-tiap daripada dua perbuatan itu pada zahirnya itu perbuatan seorang itu kerana terbit ia daripadanya dan pada hakikatnya itu jika perbuatan itu tidak beserta dengan kehendak seorang itu maka iaitu semata-mata perbuatan Allah swt.

Dan jika beserta dengan kehendak seorang itu maka iaitu bukan semata-mata perbuatan Allah swt hanya bersyarikat dengan usaha seorang itu tetapi bersyarikat ini ialah bersyarikat pada rupa jua bukan bersyarikat pada memberi bekas kerana tidak memberi bekas sekali-kali, usaha seorang itu.
Maka barangsiapa iktiqad memberi bekas ia dengan asing sendirinya dan terkaya ia daripada Allah swt nescaya jadi kafir ia.(m/s 42-43)

(Hikmat dibangsakan perbuatan kepada hamba)

Allah swt jadi pada manusia ini akan nafsu yang suka kepada puji dan elok dan baik dan sedap dan seumpamanya dan benci kepada kepada cela dan hodoh dan jahat dan tidak sedap dan seumpamanya.

Allah swt jadi akan makhluk ini dua bangsa, suatu bangsa benda yang bersetuju dengan nafsu iaitu benda yang dipuji dan baik dan elok dan sedap dan seumpamanya.

Apabila memuji seseorang nescaya terkenalah puji itu atas tuhan dan apabila mencela ia nescaya terkenalah cela itu atas itu atas tuhan juga kerana tuhanlah menjadi akan benda yang dipuji dan benda yang dicela itu maka naiklah puji dan cela itu atasnya.

Tatkala menghendaki hikmah Allah swt akan bahwa beradab setengah hambanya itu dengannya, nescaya menjadi ia akan syaitan dan nafsu dan usaha dan seumpamanya seolah-olahnya penyapus tangan bagi hambaNya yang terkena luati benda yang jahat adab dibangsa akandia kepada Tuhannya.

Maka apabila mengenai akan hamba oleh suatu benda yang jahat dibangsa akandia kepada Tuhan maka hendaklah ia bangsa akandia kepada syaitan atau nafsu atau usaha atau seumpamanya supaya beradab ia dengan Tuhannya

Kalau orang tanya: Tidakkah dusta jika dibangsa akan benda itu kepada syaitan, nafsu, usaha dan seumpamanya. Kerana sekeliannya itu tidak memberi bekas ia, maka tidaklah perbuatan baginya hanya perbuatan bagi Allah swt jua.
Maka jawabnya: Tidak dusta kerana muafakat dibangsakan kepada yang tersebut itu dengan zahirnya kerana timbul perbuatan itu pada yang tersebut itu dan kerana bersebabnya dengan yang tersebut, maka dengan iktibar inilah berlaku percakapan syarak dan lainnya pada menyandarkan dan membangsakan perbuatan itu kepada yang lain daripada Allah swt.

Dan pula usaha itu, hasil ia dari takluk 4 sifat: Pertama, kehendak Allah swt. Kedua, kehendak hamba. Ketiga, kuasa Allah. Keempat, kuasa hamba.

Kehendak dan kuasa Allah swt, memberi bekas. Kehendak dan kuasa hamba, tidak memberi bekas pada hakikatnya, tetapi pada rupa sahaja.

Manakala menakluk kesemua 4 sifat itu pada suatu buatan nescaya timbullah perbuatan itu, perbuatan hamba yang dinamakan usaha dan tersembunyilah perbuatan Allah swt itu di dalam perbuatan hamba itu kerana kalah yang tidak nampak tengok, iaitu Allah swt dan perbuatan Nya dan menang yang nampak tengok, iaitu hamba dan perbuatannya.

Maka dengan iktibar yang demikian itu tidaklah dusta mengaku hamba itu dengan perbuatannya dan mengata orang dengan perbuatannya. Dan timpalah atas hamba dengan sebab yang tersebut itu oleh hukum syarak seolah-olah mengambil salah dengan yang tersebut itu.

Dan manakala menakluk pada perbuatan itu oleh tiga sifat jua dan tidak ada padanya itu kehendak hamba, nescaya tidaklah bernama ia dengan perbuatan hamba itu dan jadilah mengaku hamba dengan perbuatannya dan mengata orang dengan perbuatannya itu dusta jua kerana ia semata-mata perbuatan Allah swt jua. Maka dengan sebab itulah tidak timpa atasnya oleh hukum syarak seperti terkerat jari bagi orang yang qasad hendak kerat kayu itu.

Dua orang yang menengok wayang: Satu yang menengok ia di sebelah luar tabir maka berkata ia: Suara itu suara wayang dan perbuatan pun perbuatan wayang. Dan satu lagi itu menengok ia kepada sebelah dalam tabir, maka berkata ia suara itu suara tok dalang dan perbuatan itu pun, perbuatan tok dalang juga. Maka kedua-dua orang itu tidak dikatakan dusta kerana muafakat perkataan tiap-tiap seorang itu dengan barang yang ia pandang atau dengan hantaran.

Maka nyatalah daripada yang tersebut itu bahwa perkataan seorang: Perbuatan itu perbuatan hamba. Dan perkataan orang lain pula: Bahwa perbuatan itu perbuatan Allah swt, iaitu tidak dikatakan dusta kedua-duanya kerana muafakat perkataan tiap-tiap seorang itu dengan barang yang ia pandang wallahu’alam.

Firman Allah swt: Ma asobaka min hasanati faminallahi wama asobaka min sayya a’ti famin nafsika. (An-Nisa' 79) Ertinya Apa-apa suatu yang mengena ia akan dikau daripada kebajikan maka iaitu daripada Allah dan apa-apa suatu yang mengenai akan dikau daripada kejahatan maka iaitu daripada diri engkau.

Ayat ini membangsakan kebajikan itu kepada Allah swt dan mengatakan kejahatan itu kepada hamba dengan dua iktibar: Pandangan batin dan pandangan zahir.

Allah swt sendiri mengatakan perbuatan kejahatan itu kepada hamba Nya, kerana mengajar mereka supaya beradab dengan Dia dan demikian itu tidak dikatakan berdusta kerana muafakat dengan pandangan zahir dan dengan usaha hamba itu, tetapi memberi keliru ia kepada orang bahwa kejahatan itu barangkali sebenarnya perbuatan hamba, bukan perbuatan Allah swt sebagaimana iktiqad QADARIAH itu. Maka ini keliru menolak oleh firman Nya: Qul kullummin 'ibdillah (An-Nisa' 78). Artinya, katakan oleh mu, bermula tiap-tiap daripada kebajikan dan kejahatan itu dari sisi Allah swt jua. Bukan daripada yang lain pada hakikatnya hanya dibahasa akandia kepada hamba itu mengikut pandangan zahir kerana beradab dengan Allah swt jua.

Dan firmannya pula: Wallahu kholaqokum wama ta’malun. (Ash-Shaffat 96). Ertinya, Dan bermula Allah swt itu menjadi ia akan kamu dan akan perbuatan yang zahir pada kamu.

Ayat ini pula menyandarkan perbuatan itu kepada hamba dan menyatakan perbuatan hamba itu sebenarnya ialah perbuatan yang menjadikannya oleh Allah swt, bukan hamba itu menjadikannya sebagaimana zahirnya itu.
Setengah daripada guna ditimbulkan perbuatan seorang dan di sembunyikan di dalamnya itu akan perbuatan Allah swt itu supaya dapat diletakkan atasnya akan hukum syarak dan dapat diletakkan atasnya akan benda yang jahat adab dibahasakan kepada Allah swt.

Dan setengah daripada guna diletakkan hukum syarak atas seorang itu supaya terdiri di dalam alam ini kerajaan yang mengadungi hamba yang berkhidmat kepada tuhannya dengan segala hukum dan adab yang patut dengan kebesaran Nya dan ketinggian Nya dan makmurlah ia dengan dia dan akhirnya pula dibalas akandia di akhirat hingga ma’murlah ia pula dengan berbagai-bagai nikmat dan rahmat dengan kemurahannya di dalam kerajaan Yang Amat Besar yang berkekalan selama-lama, wallahu’alam

Bermula hukum syarak itu lima perkara: Pertama wajib, kedua sunat, ketiga haram, keempat makruh, dan kelima harus.
Wajib itu dapat pahala pada mengerja dan berdosa pada meninggal.
Sunat itu dapat pahala pada mengerja dan tidak berdosa pada meninggal.
Haram itu berdosa pada mengerja dan dapat pahala pada meninggal.
Makruh itu dapat pahala pada meninggal dan tidak berdosa pada mengerja.
Harus itu tidak dapat pahala dan tidak berdosa pada mengerja dan meninggal.(m/s 44-50)

(Segala iktiqad pada usaha )

Perbuatan yang dinamakan akandia usaha itu ada beberapa iktiqad.

Pertama, iktiqadkan perbuatan itu semata-mata perbuatan hamba jua memberi bekas ia dengan sendirinya tidak dengan Allah swt dan tidak dengan qudrat yang dijadikan dia pada hamba itu, iaitu Iktiqad tabaiyyah, maka ini iktiqad kufur.

Kedua, iktiqadkan perbuatan itu perbuatan hamba jua memberi bekas ia dengan qudratnya yakni tatkala menghendaki Allah swt akan menzahir pada hamba itu akan suatu perbuatan, maka menjadi ia padanya akan qudrat, maka berbuatlah hamba itu dengan kudratnya itu dan tidaklah berhajat ia kepada Allah swt kerana memadainya dengan kudratnya itu, maka ini iktiqad menyandarkan memberi bekas hamba itu kepada qudratnya, jikalau dicabut akan qudratnya itu, nescaya tidaklah memberi bekas dan berhajat Allah pada meluluskan kehendaknya itu kepada berlapik (wasitah). Yakni kepada mendahului menjadikan pada hamba itu akan qudrat, maka hasillah perbuatan itu dengan kehendak Allah swt dan dengan qudrat hamba tidak dengan qudrat Allah swt iaitu iktiqad kadariah.

Maka bagi ini iktiqad dua qaul: Pertama tidak mekafir ia akandia iaitu pihak yang berpegang dengan kaedah Iman Al-Asya’ri iaitu tidak pula mekafir akan Ahli Al-Qiblat. Kedua mekafir ia akandia iaitu pihak yang tidak berpegang dengan kaedah itu iaitu qaul daif.

Ketiga, iktiqadkan perbuatan itu semata-mata perbuatan Allah swt dan tidak ada atas hamba itu hukum syarak kerana tiada baginya usaha yang hendak diletakkan hukum itu atasnya, maka jadilah hamba itu seumpama bulu yang dibawa terbang oleh angin jua, iaitu iktiqad jabariah. Maka ini iktiqad kufur kerana menafinya akan hukum syarak.

Keempat, iktiqadkan perbuatan itu semata-mata perbuatan Allah swt jua dan tiada bagi hamba itu usaha tetapi ada di atasnya hukum syarak, maka ini iktiqad tidak kufur tetapi jahil empunya itu akan makna usaha itu hingga nafi ia akan dia dan nafinya akandia itu dusta jua kerana usaha itu ialah kerja iradat hamba dan kudratnya, maka iradat dan qudrat dan kerja keduanya itu tidak diingkar akan sabit sekeliannya itu bagi manusia disisi ‘uqala’ dan jika tidak memberi bekas ia sekalipun.

Kelima, iktiqadkan perbuatan itu bersyarikat ia antara Allah swt dan hamba pada memberi bekas akandia, maka ini iktiqad kufur.

Keenam, iktiqadkan perbuatan itu, perbuatan Allah swt jua memberi bekas ia padanya dan dan iktiqadkan ada bagi hamba itu usaha yang tidak memberi bekas ia padanya sekali-kali dan iktiqadkan ada atas hamba hukum syarak yang diletakkan dia atas usahanya itu. Maka ini iktiqad ialah iktiqad yang betul iaitu iktiqad bagi ahlil sunnah.

Dan bagi ahli ini iktiqad beberapa hal.

Pertama, pandang mereka itu kepada zahir jua dan berkata mereka itu perbuatan itu perbuatan hamba serta tidak berubah mereka itu daripada iktiqadkan perbuatan itu perbuatan Allah swt, hanya lupa mereka itu dan lalai mereka itu daripadanya jua maka lupa dan lalai itu seperti tidur juga pada pihak tidak mencedera ia akan iktiqad mereka itu dan tidak jadi ia iktiqad Qadariah yang salah itu.

Kedua, pandang mereka itu kepada batin jua dan berkata mereka itu perbuatan itu perbuatan Allah swt serta tidak tidak berubah mereka itu daripada iktiqadkan ada bagi hamba itu usaha dan ada baginya hukum syara’ yang diletakkan dia atas usahanya itu hanya lupa mereka itu dan lalai mereka itu daripada ingat kepada usaha itu dan kepada hukum itu, maka lupa dan lalai itu tidak mencedera ia akan iktiqad itu dan tidak jadi ia i’tiqad jabariah yang salah itu.

Ketiga, ghaib iradat hamba dan qudratnya dan kerja keduanya itu daripada pandangan mereka itu, maka tiadalah pada pada pandangan mereka itu suatu perbuatan melainkan perbuatan Allah swt jua, maka ini pandangan bukan nafi ia akan usaha dan akan hukum syara’ itu, hanya ghaib kedua-duanya itu daripada pandangan mereka itu jua dan tidak sedar mereka itu kerana mabuk mereka itu dengan minuman itu.

Keempat, pandang mereka itu kepada zahir dan batin yakni berkata mereka itu perbuatan itu perbuatan hamba ingat mereka itu di dalam hati mereka itu akan bahawasa perbuatan itu perbuatan Allah swt, maka ini pandangan ialah pandangan yang sempurna kerana dapat berhimpun antara dua pihak itu dan tidak hampa kedua-duanya.

Kelima, pandang mereka itu kepada menjadi Allah swt akan hamba dan iradatnya dan kudratnya dan menggeraknya akan keduanya pada berbuat dan berusaha dan menjadinya akan perbuatan di sisi bekerja keduanya dan melakunya akan hukum syara’ atasnya, dan lainnya hingga nyatalah bagi mereka itu dengan pandangan itu kebesaran tuhan dan ketinggiannya dan kehairanannya dan lainnya.  Ini pandangan ialah suatu bagi syuhud akan Allah swt, walahu’alam.

Kerana manasabah dengan ini bicara, kami sambungkan di sini akan suatu kaedah bagi membiasakan hati seorang dengan mengingatkan Allah swt di dalam segala bab yang lima, yang dinamakan dia pancaindera yang lima: Iaitu pelihat, pendengar, pencium, pekecap dan perasa supaya jadillah ia seorang yang ada baginya tuhan dan bertuhan ia, kepada Nya di dalam tiap-tiap bab itu dan jika tidak begitu nescaya jadilah ia seorang yang lalai seolah-olahnya tiada ada baginya tuhan yang daripadanyalah datang ia dan kepada Nya lah pulang ia pula, iaitu:

Apabila kamu melihat akan sesuatu maka hendaklah kamu ingat kepada Allah swt. Apabila kamu dengar akan sesuatu maka hendaklah kamu ingat kepada Allah swt. Apabila kamu berbau dengan sesuatu maka hendaklah kamu ingat kepada Allah swt. Apabila kamu kecap akan sesuatu makanan atau minuman maka hendaklah kamu ingat kepada Allah swt. Apabila kamu berasa dengan sesuatu yang bersentuh ia dengan kamu maka hendaklah kamu ingat kepada Allah swt.

Samada ingat yang tersebut itu ingat akan nama Allah swt atau akan zatNya atau akan mana-mana sifat Nya atau akan perbuatan Nya. Dan samada ingat itu dahulu daripada tiap-tiap satu daripada yang lima itu atau kemudiannya atau di dalamnya atau bersertanya. Mudah-mudahan, dengan mengekali ingat yang tersebut itu, berpindahlah engkau daripada kenal akan Allah swt dengan dalil atau dengan taklid sebagaimana kenal mutakalimin ini kepada kenal akandia pula dengan syuhud sebagaimana kenal ariffin radiallahuanhum, maka dapatlah engkau di sana itu rasa beberapa kesedapan pemberian Allah swt yang tidak dapat dibanding akandia dengan kesedapan dunia ini.(m/s 50-56)

[Kitab Risalah Al Aqoid Wal Fawaid, Tuan Guru Haji Daud, Bukit Abal]
Usaha & TerkerasiSocialTwist Tell-a-Friend

AYAT TASYBIH

.
(Habib Munzir Al-Musawa)

AYAT TASYBIH

Mengenai ayat mutasyabih yg sebenarnya para Imam dan Muhadditsin selalu berusaha menghindari untuk membahasnya, namun justru sangat digandrungi oleh sebagian kelompok muslimin sesat masa kini, mereka selalu mencoba menusuk kepada jantung tauhid yg sedikit saja salah memahami maka akan terjatuh dalam jurang kemusyrikan, seperti membahas bahwa Allah ada dilangit, mempunyai tangan, wajah dll yg hanya membuat kerancuan dalam kesucian Tauhid ilahi pada benak muslimin, akan tetapi karena semaraknya masalah ini diangkat ke permukaan, maka perlu kita perjelas mengenai ayat ayat dan hadits tersebut.

Sebagaimana makna Istiwa, yg sebagian kaum muslimin sesat sangat gemar membahasnya dan mengatakan bahwa Allah itu bersemayam di Arsy, dengan menafsirkan kalimat ”ISTIWA” dengan makna ”BERSEMAYAM atau ADA DI SUATU TEMPAT” , entah darimana pula mereka menemukan makna kalimat Istawa adalah semayam, padahal tak mungkin kita katakan bahwa Allah itu bersemayam disuatu tempat, karena bertentangan dengan ayat ayat dan Nash hadits lain, bila kita mengatakan Allah ada di Arsy, maka dimana Allah sebelum Arsy itu ada?, dan berarti Allah membutuhkan ruang, berarti berwujud seperti makhluk, sedangkan dalam hadits qudsiy disebutkan Allah swt turun kelangit yg terendah saat sepertiga malam terakhir, sebagaimana diriwayatkan dalam Shahih Muslim hadits no.758, sedangkan kita memahami bahwa waktu di permukaan bumi terus bergilir,

maka bila disuatu tempat adalah tengah malam, maka waktu tengah malam itu tidak sirna, tapi terus berpindah ke arah barat dan terus ke yang lebih barat, tentulah berarti Allah itu selalu bergelantungan mengitari Bumi di langit yg terendah, maka semakin ranculah pemahaman ini, dan menunjukkan rapuhnya pemahaman mereka, jelaslah bahwa hujjah yg mengatakan Allah ada di Arsy telah bertentangan dg hadits qudsiy diatas, yg berarti Allah itu tetap di langit yg terendah dan tak pernah kembali ke Arsy, sedangkan ayat itu mengatakan bahwa Allah ada di Arsy, dan hadits Qudsiy mengatakan Allah dilangit yg terendah.

Berkata Al hafidh Almuhaddits Al Imam Malik rahimahullah ketika datang seseorang yg bertanya makna ayat : ”Arrahmaanu ’alal Arsyistawa”, Imam Malik menjawab : ”Majhul, Ma’qul, Imaan bihi wajib, wa su’al ’anhu bid’ah (tdk diketahui maknanya, dan tidak boleh mengatakannya mustahil, percaya akannya wajib, bertanya tentang ini adalah Bid’ah Munkarah), dan kulihat engkau ini orang jahat, keluarkan dia..!”, demikian ucapan Imam Malik pada penanya ini, hingga ia mengatakannya : ”kulihat engkau ini orang jahat”, lalu mengusirnya, tentunya seorang Imam Mulia yg menjadi Muhaddits Tertinggi di Madinah Almunawwarah di masanya yg beliau itu Guru Imam Syafii ini tak sembarang mengatakan ucapan seperti itu, kecuali menjadi dalil bagi kita bahwa hanya orang orang yg tidak baik yg mempermasalahkan masalah ini.

Lalu bagaimana dengan firman Nya : ”Mereka yg berbai’at padamu sungguh mereka telah berbai’at pada Allah, Tangan Allah diatas tangan mereka” (QS Al Fath 10), dan disaat Bai’at itu tak pernah teriwayatkan bahwa ada tangan turun dari langit yg turut berbai’at pada sahabat.

Juga sebagaimana hadits qudsiy yg mana Allah berfirman : ”Barangsiapa memusuhi waliku sungguh kuumumkan perang kepadanya, tiadalah hamba Ku mendekat kepada Ku dengan hal hal yg fardhu, dan Hamba Ku terus mendekat kepada Ku dengan hal hal yg sunnah baginya hingga Aku mencintainya, bila Aku mencintainya maka aku menjadi telinganya yg ia gunakan untuk mendengar, dan menjadi matanya yg ia gunakan untuk melihat, dan menjadi tangannya yg ia gunakan untuk memerangi, dan kakinya yg ia gunakan untuk melangkah, bila ia meminta pada Ku niscaya kuberi permintaannya....” (shahih Bukhari hadits no.6137)
Maka hadits Qudsiy diatas tentunya jelas jelas menunjukkan bahwa pendengaran, penglihatan, dan panca indera lainnya, bagi mereka yg taat pada Allah akan dilimpahi cahaya kemegahan Allah, pertolongan Allah, kekuatan Allah, keberkahan Allah, dan sungguh maknanya bukanlah berarti Allah menjadi telinga, mata, tangan dan kakinya.

Masalah ayat/hadist tasybih (tangan/wajah) dalam ilmu tauhid terdapat dua pendapat dalam menafsirkannya.
1.Pendapat Tafwidh ma’a tanzih
2.Pendapat Ta’wil

1. Madzhab tafwidh ma’a tanzih yaitu mengambil dhahir lafadz dan menyerahkan maknanya kpd Allah swt, dg i’tiqad tanzih (mensucikan Allah dari segala penyerupaan)
Ditanyakan kepada Imam Ahmad bin Hanbal masalah hadist sifat, ia berkata ”Nu;minu biha wa nushoddiq biha bilaa kaif wala makna”, (Kita percaya dg hal itu, dan membenarkannya tanpa menanyakannya bagaimana, dan tanpa makna) Madzhab inilah yg juga di pegang oleh Imam Abu hanifah.

dan kini muncullah faham mujjassimah yaitu dhohirnya memegang madzhab tafwidh tapi menyerupakan Allah dg mahluk, bukan seperti para imam yg memegang madzhab tafwidh.

2. Madzhab takwil yaitu menakwilkan ayat/hadist tasybih sesuai dg keesaan dan keagungan Allah swt, dan madzhab ini arjah (lebih baik untuk diikuti) karena terdapat penjelasan dan menghilangkan awhaam (khayalan dan syak wasangka) pada muslimin umumnya, sebagaimana Imam Syafii, Imam Bukhari,Imam Nawawi dll. (syarah Jauharat Attauhid oleh Imam Baajuri)
Pendapat ini juga terdapat dalam Al Qur’an dan sunnah, juga banyak dipakai oleh para sahabat, tabiin dan imam imam ahlussunnah waljamaah.

seperti ayat :
”Nasuullaha fanasiahum” (mereka melupakan Allah maka Allah pun lupa dengan mereka) (QS Attaubah:67),
dan ayat : ”Innaa nasiinaakum”. (sungguh kami telah lupa pada kalian QS Assajdah 14).

Dengan ayat ini kita tidak bisa menyifatkan sifat lupa kepada Allah walaupun tercantum dalam Alqur’an, dan kita tidak boleh mengatakan Allah punya sifat lupa, tapi berbeda dg sifat lupa pada diri makhluk, karena Allah berfirman : ”dan tiadalah tuhanmu itu lupa” (QS Maryam 64)

Dan juga diriwayatkan dalam hadtist Qudsiy bahwa Allah swt berfirman : ”Wahai Keturunan Adam, Aku sakit dan kau tak menjenguk Ku, maka berkatalah keturunan Adam : Wahai Allah, bagaimana aku menjenguk Mu sedangkan Engkau Rabbul ’Alamin?, maka Allah menjawab : Bukankah kau tahu hamba Ku fulan sakit dan kau tak mau menjenguknya?, tahukah engkau bila kau menjenguknya maka akan kau temui Aku disisinya?” (Shahih Muslim hadits no.2569)

apakah kita bisa mensifatkan sakit kepada Allah tapi tidak seperti sakitnya kita?

Berkata Imam Nawawi berkenaan hadits Qudsiy diatas dalam kitabnya yaitu Syarah Annawawiy alaa Shahih Muslim bahwa yg dimaksud sakit pada Allah adalah hamba Nya, dan kemuliaan serta kedekatan Nya pada hamba Nya itu, ”wa ma’na wajadtaniy indahu ya’niy wajadta tsawaabii wa karoomatii indahu” dan makna ucapan : akan kau temui aku disisinya adalah akan kau temui pahalaku dan kedermawanan Ku dengan menjenguknya (Syarh Nawawi ala shahih Muslim Juz 16 hal 125)

Dan banyak pula para sahabat, tabiin, dan para Imam ahlussunnah waljamaah yg berpegang pada pendapat Ta’wil, seperti Imam Ibn Abbas, Imam Malik, Imam Bukhari, Imam Tirmidziy, Imam Abul Hasan Al Asy’ariy, Imam Ibnul Jauziy dll (lihat Daf’ussyubhat Attasybiih oleh Imam Ibn Jauziy).
Maka jelaslah bahwa akal tak akan mampu memecahkan rahasia keberadaan Allah swt, sebagaimana firman Nya : ”Maha Suci Tuhan Mu Tuhan Yang Maha Memiliki Kemegahan dari apa apa yg mereka sifatkan, maka salam sejahtera lah bagi para Rasul, dan segala puji atas tuhan sekalian alam” . (QS Asshaffat 180-182).
Walillahittaufiq

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,

Wallahu a'lam
AYAT TASYBIHSocialTwist Tell-a-Friend

AMALAN MENGUATKAN HAFALAN DARI SYAIKH SHOLIH AL JA’FARI

AMALAN MENGUATKAN HAFALAN DARI SYAIKH SHOLIH AL JA’FARI, ULAMA BESAR AL AZHAR MESIR

Syeikh Sholih ibn Muhammad al-Ja’fari rahimahullahu ta’ala berkata : “Kami telah diajar semenjak 35 tahun lalu oleh Syeikh Ahmad Maraghah rahimahullahu ta’ala kaedah untuk menghafal dan menghilangkan lupa. Yaitu meletakkan tangan di atas kepala setiap kali selepas solat sambil membaca ayat ke-6 dari Surah al-A’laa sebanyak 7 kali.”
ﺳَﻨُﻘْﺮِﺋُﻚَ ﻓَﻠَﺎ ﺗَﻨﺴَﻰ
ٰ
*ditambah pada bacaan yang terakhir dengan ayat ke-7 Surah al-A’laa.
ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﺎ ﺷَﺎﺀَ ﺍﻟﻠَّﻪ
ُ
Rujukan : Kitab Adab dan Doa Penuntut Ilmu, karangan Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki As- Sanusi.

AMALAN MENGUATKAN HAFALAN DARI SYAIKH SHOLIH AL JA’FARISocialTwist Tell-a-Friend

KISAH SAYYID AHMAD SIDDIQ AL-GHUMARI BERSAMA KAUM WAHABI

KISAH SAYYID AHMAD SIDDIQ AL-GHUMARI BERSAMA KAUM WAHABI

Al-Hafizh Ahmad bin Muhammad bin al-Shiddiq al-Ghumari al-Hasani adalah ulama ahli hadits yang terakhir menyandang gelar al-hafizh (gelar kesarjanaan tertinggi dalam bidang ilmu hadits).

Ia memiliki kisah perdebatan yang sangat menarik dengan kaum Wahhabi. Dalam kitabnya, Ju’nat al-’Aththar, sebuah autobiografi yang melaporkan perjalanan hidupnya, beliau mencatat kisah berikut ini.

“Pada tahun 1356 H ketika saya menunaikan ibadah haji, saya berkumpul dengan tiga orang ulama Wahhabi di rumah Syaikh Abdullah al-Shani’ di Mekkah yang juga ulama Wahhabi dari Najd.

Dalam pembicaraan itu, mereka menampilkan seolah-olah mereka ahli hadits, amaliahnya sesuai dengan hadits dan anti taklid. Tanpa terasa, pembicaraan pun masuk pada soal penetapan ketinggian tempat Allah subhanahu wa ta‘ala dan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala itu ada di atas ‘Arasy sesuai dengan ideologi Wahhabi.

Mereka menyebutkan beberapa ayat al-Qur’an yang secara literal (zhahir) mengarah pada pengertian bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala itu ada di atas ‘Arasy sesuai keyakinan mereka.

Akhirnya saya (al-Ghumari) berkata kepada mereka: “Apakah ayat-ayat yang Anda sebutkan tadi termasuk bahagian dari al-Qur’an?”

Wahhabi menjawab: “Ya.”

Saya berkata: “Apakah meyakini apa yang menjadi maksud ayat-ayat tersebut dihukumi wajib?”

Wahhabi menjawab: “Ya.”

Saya berkata: “Bagaimana dengan firman Allah subhanahu wa ta‘ala:
ﻭَﻫُﻮَ ﻣَﻌَﻜُﻢْ ﺃَﻳْﻨَﻤَﺎ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ‏). ‏(ﺍﻟﺤﺪﻳﺪ : ٤ )
“Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.”
(QS. al-Hadid : 4).

Apakah ini termasuk al-Qur’an?”

Wahhabi tersebut menjawab: “Ya, termasuk al-Qur’an.”

Saya berkata: “Bagaimana dengan firman Allah subhanahu wa ta‘ala:
ﻣَﺎ ﻳَﻜُﻮْﻥُ ﻣِﻦْ ﻧَﺠْﻮَﻯ ﺛَﻼَﺛَﺔٍ ﺇِﻻَّ ﻭَﻫُﻮَ ﺭَﺍﺑِﻌُﻬُﻢْ. ‏( ﺍﻟﻤﺠﺎﺩﻟﺔ : ٧ ).
“Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya….” (QS. al-Mujadilah : 7).

Apakah ayat ini termasuk al-Qur’an juga?”

Wahhabi itu menjawab: “Ya, termasuk al-Qur’an.”

Saya berkata: “(Kedua ayat ini menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala tidak ada di langit). Mengapa Anda menganggap ayat-ayat yang Anda sebutkan tadi yang menurut asumsi Anda menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala ada di langit lebih utama untuk diyakini dari pada kedua ayat yang saya sebutkan yang menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala tidak ada di langit?
Padahal kesemuanya juga dari Allah subhanahu wa ta‘ala?”

Wahhabi itu menjawab: “Imam Ahmad mengatakan demikian.”

Saya berkata kepada mereka: “Mengapa kalian taklid kepada Ahmad dan tidak mengikuti dalil?”

Tiga ulama Wahhabi itu pun terbungkam. Tak satu kalimat pun keluar dari mulut mereka. Sebenarnya saya menunggu jawaban mereka, bahwa ayat-ayat yang saya sebutkan tadi harus dita’wil, sementara ayat-ayat yang menunjukkan bahwa Allah subhanahu wa ta‘ala ada di langit tidak boleh dita’wil.

Seandainya mereka menjawab demikian, tentu saja saya akan bertanya kepada mereka, siapa yang mewajibkan menta’wil ayat-ayat yang saya sebutkan dan melarang menta’wil ayat-ayat yang kalian sebutkan tadi?

Seandainya mereka mengklaim adanya ijma’ ulama yang mengharuskan menta’wil ayat-ayat yang saya sebutkan tadi, tentu saja saya akan menceritakan kepada mereka informasi beberapa ulama seperti al-Hafizh Ibn Hajar tentang ijma’ ulama salaf untuk tidak menta’wil semua ayat-ayat sifat dalam al-Qur’an, bahkan yang wajib harus mengikuti pendekatan tafwidh (menyerahkan pengertiannya kepada Allah subhanahu wa ta‘ala).”

Demikian kisah al-Imam al-Hafizh Ahmad bin al-Shiddiq al-Ghumari dengan tiga ulama terhebat kaum Wahhabi.

Gambar: Sayyid Ahmad Siddiq al-Ghumari

KISAH SAYYID AHMAD SIDDIQ AL-GHUMARI BERSAMA KAUM WAHABISocialTwist Tell-a-Friend

Alam Yang Mengkagumkan

Alam ini terdiri daripada Arash, Kursi, Sidratul Muntaha, Luh Mahfuz.

Arash pula ada 4 Jenis, Arash Majid, Arash Rahman, Arash Karim dan Arash Azim

Alam ini, ia mengembang seperti belon ditiup.

Alam terbahagi DUA:
1. Alam MULKI-benda
2. Alam malakut-benda juga.

Alam malakut terbahagi DUA pula:
1. Alam Barzakh atau alam al Asfal.
2. Alam al malakut al 'Ala.

Batas Alam Mulki ialah Langit Rendah

Batas Alam Barzakh mula dari Langit Rendah ke Kistrah Alam (Kulit Alam)

Batas Alam Malakut 'Ala dari Kulit Alam ke Arash Azim.

Bawah Arash Azim ada 3 lagi Arash:
1. ARASH MAJID
2. ARASH RAHMAN
3. ARASH KARIM.

Atas Arash Azim ada satu Kubah Besar.

Luar dari Arash Azim dah tak ada makhluk dipanggil Padang Qadim.

Alam Mulki: Alam yang terletak di bawah lingkungan Al-Sama' Al-Dunia (Langit Rendah)

Alam Barzakh atau Malakut Al Asfal: Mula dari Sama' Dunia ke Qisrah Al Alam(Kulit Alam) dan terus sampai ke Jannat Al Firdaus Al 'Ala, yang terletak bawah Al Arash Majid.

Alam Malakut Tinggi atau Malakut Al 'Ala mula dari Arash Majid hinggalah Awalim Al-Hijab (Alam-Alam Hijab) sampailah hujungnya Arash Azim.

Alam Yang MengkagumkanSocialTwist Tell-a-Friend

Kalam Sayyid Ahmad ibn Idris RA. kepada golongan wahabi

Kalam Sayyid Ahmad ibn Idris RA. kepada golongan wahabi.

"Zahirnya kejahilan dan hilangnya ilmu merupakan antara tanda-tanda kiamat. Orang-orang yang miskin ilmunya menjadi beku dan hanya berpegang dengan zahir syara'. Mereka hanya mengetahui sebahagian daripada ilmu dan menyesatkan orang-orang yang tidak sependapat dengan mereka. Alangkah bagusnya, sekiranya mereka itu tidak langsung mengetahui sesuatu ilmu lalu mereka diberikan kefahaman, dan apabila mereka sesat mereka diberikan petunjuk dan menerimanya. Tetapi mereka tidak berasa terhina atau bersalah atas sifat takabbur dan kedegilan mereka. Inilah keadaan dan sifat orang yang jahil."

Kalam Sayyid Ahmad ibn Idris RA. kepada golongan wahabiSocialTwist Tell-a-Friend

Popular Posts

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.